You are on page 1of 2

PEMAKANAN SEIMBANG UNTUK KANAK-KANAK PRASEKOLAH Kanak-kanak memerlukan

nutrien yang mencukupi di dalam pemakanan mereka untuk perkembangan yang sihat dan optimum dari
semua aspek iaitu intelek, fizikal, emosi, rohani dan sosial. Kebanyakkan nutrien diperolehi dari pelbagai
jenis makanan dan perlu diambil dalam kuantiti yang sesuai. Pengambilan nutrien yang tidak seimbang
akan mengakibatkan pelbagai masalah kepada kanak-kanak seperti masalah kurang berat badan, obesiti
dan anemia. Jadi guru perlu merancang menu makanan yang seimbang mengikut piramid makanan
supaya murid-murid prasekolah mendapat khasiat pemakanan yang secukupnya. Berikut merupakan
jenis-jenis nutrien yang diperlukan oleh badan, :- a) Karbohidrat Karbohidrat menyediakan sumber tenaga
yang utama yang diserap segera ke dalam sistem tubuh manusia. Karbohidrat menyumbangkan kira-kira
50% daripada pengambilan tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia. Karbohidrat terdiri daripada gula
(gula, glukos, sirap, madu, laktos), kanji (tepung gandum, kanji, kentang, ubi kayu dan kanji tulin koko)
dan beberapa selulosa, gam dan pektin. Karbohidrat banyak terdapat dalam bijiran seperti beras, gandum,
dan sepertinya. b) Protein Protein mengandungi beberapa zat seperti asid amino. Protein kelas pertama
kebanyakannya boleh diperolehi daripada binatang. Sementara protein sayuran pula mengandungi protein
kelas kedua dan sedikit protein kelas pertama. c) Lemak Lemak menyediakan lebih dua kali ganda nilai
kalori yang diperolehi daripada karbohidrat dan menjadi sumber utama lemak tubuh. Sebenarnya lemak
penting kepada manusia kerana merupakan tenaga yang tersimpan di dalam tubuh yang diperlukan untuk
menjalankan sebarang aktiviti. Secara purata, lemak membekalkan 355 daripada pengambilan tenaga.
Lemak juga mengandungi vitamin larut lemak dan asid lemak yang penting kepada penyatuan selaput sel.
d) Galian Zat galian yang mengandungi kompaun bukan organik yang penting kepada pemakanan
manusia. Ia berperanan dalam pembentukan struktur tulang dan unsur yang diperlukan dalam tisu organik
dan cairan badan seperti hemoglobin darah. Zat mineral banyak terdapat dalam susu dan telur. Ia juga
banyak terdapat dalam buah dan sayuran. e) Vitamin Vitamin adalah bahan kimia yang terkandung dalam
kebanyakan makanan. Ia membantu tubuh mengurai dan menggunakan unsur asas makanan, protein,
karbohidrat dan lemak. Sesetengah vitamin turut terbabit dalam penghasilan sel darah, hormon, bahan
genetik dan kimia dalam system saraf. Tidak seperti karbohidrat, protein dan lemak, vitamin dan mineral
tidak membekalkan kalori tetapi membantu badan mendapatkan tenaga dari tubuh. f) Serat Serat atau
serabut dalam diet permakanan membantu penghadaman dan mengelak sembelit. Sayuran dan buah segar
(termasuk buah kering) dan bijiran merupakan sumber serat penting. Untuk meningkatkan kebaikan serat,
amat penting untuk minum banyak air. Makanan berkhasiat penting untuk kanak-kanak kerana ia
membekalkan nutrien untuk perkembangan dan pertumbuhan. Selain itu,ia juga membekalkan tenaga
untuk aktiviti fizikal dan mental serta dalam mengekalkan ketahanan badan terhadap jangkitan. Makanan
yang berkhasiat juga menyediakan bekalan nutrien yang cukup untuk keperluan pertumbuhan pada
peringkat remaja. Piramid Makanan Malaysia memberi panduan tentang bagaimana untuk
mengimbangkan pengambilan makanan setiap hari. Makanan yang pelbagai membantu kanak-kanak
mendapat semua nutrien yang diperlukan. Pilih gabungan makanan setiap hari berpandukan Piramid
Makanan Malaysia Pengambilan pemakanan yang kurang atau berlebihan boleh membawa kesan serius
terhadap tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak. Masalah Ini mungkin merangkumi nutrien utama
seperti protein, karbohidrat, lemak, termasuk juga vitamin dan mineral. Tanpa mengira sama ada kanak-
kanak kekurangan atau berlebihan berat badan, mahupun mempunyai berat badan normal, mereka masih
boleh mengalami masalah kekurangan mikronutrien seperti zat besi, kalsium, iodin. Amalan pemberian
makanan yang kurang sihat akan menyebabkan kanak-kanak mengalami kekurangan berat badan atau
terbantut serta boleh menjejaskan perkembangan kognitif. Sering kali, kanak-kanak ini juga akan
mengalami kekurangan pelbagai vitamin dan mineral, yang paling umum adalah zat besi, iodin dan
Vitamin A. Kanak-kanak yang kurang berat badan lebih kerap jatuh sakit kerana mempunyai daya tahan
lebih rendah terhadap jangkitan. Masalah pemakanan berlebihan timbul apabila kanak-kanak mengambil
terlalu banyak makanan, khususnya yang tinggi kalori, dan kurang bersenam. Seorang kanak yang
mempunyai berat badan berlebihan berkemungkinan akan menjadi remaja atau dewasa dengan berat
badan berlebihan mahupun obes kelak. Kita semua tahu bahawa berat badan berlebihan merupakan satu
faktor risiko penyakit-penyakit kronik seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes dan kanser.
Berat badan berlebihan atau obesiti juga boleh mengakibatkan kanak-kanak mempunyai tanggapan imej
yang negatif terhadap fizikal badan dan kurang keyakinan diri. Pengambilan nutrien berlebihan juga
boleh menjejaskan kesihatan akibat pengambilan mikronutrien seperti vitamin larut lemak (A,D, E dan K)
secara berlebihan, tanpa mendapatkan nasihat profesional yang betul. Mikronutrien seperti vitamin boleh
berkumpul di dalam tisu lemak dan akan menyebabkan ketoksikan. Mine coins - make money:
http://bit.ly/money_crypto Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto

Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto

You might also like