You are on page 1of 2

Menurut MyHEALTH Kementerian Kaesihatan Malaysia, Piramid Makanan Malaysia

merupakan satu panduan mudah bagi individu mempelbagaikan makanan harian mengikut
jumlah sajian yang disarankan. Setiap individu memerlukan pemakanan seimbang yang
mengandungi kombinasi pelbagai jenis makanan untuk memberi kita semua zat makanan
yang diperlukan oleh tubuh. Tiada satu pun makanan tunggal yang dapat membekalkan
kesemua zat yang diperlukan. Tubuh memerlukan pelbagai jenis makanan dalam kuantiti yang
berbeza untuk memelihara kesihatan. Piramid Makanan Malaysia mempunyai gabungan lima
(5) kumpulan makanan yang diletakkan pada empat (4) aras. Selain daripada jenis kumpulan
makanan, piramid makanan juga menyatakan jumlah sajian yang disarankan untuk diambil
dalam sehari bagi setiap kumpulan makanan. Bentuk piramid yang lebih besar di bahagian
bawah dan semakin mengecil ke atas menggambarkan kepada individu perlu mengambil
makanan yang lebih banyak pada bahagian bawah (dasar) piramid dan makan sedikit
makanan-makanan pada aras paling atas (puncak) piramid. Berikut merupakan empat aras
yang terdapat pada piramid makanan dan diklasifikasi dengan ciri-ciri makanan yang sesuai
mengikut aras:

Aras 1 ( Sumber karbohidrat yang membekalkan tenaga seperti nasi, mee, roti dan
Dasar sumber biji-bijirin dan ubi-ubian
piramid) Makan secukupnya di mana jumlah sajian yang disyorkan adalah 4 – 8
sajian sehari

Aras 2 Sumber baik untuk serat, vitamin, mineral dan fitokimia yang membantu
menguatkan ketahanan terhadap penyakit (imuniti) iaitu sayur-sayuran dan
buah-buahan dan perlu diambil sebanyak 2 atau 3 sajian sehari

Aras 3 Sumber baik untuk protein yang diperlukan untuk membina tubuh serta
Kaya dengan vitamin B, zat besi dan zink. Antara sumber protein ialah
ayam, ikan, daging dan kekacang dan perlu diambil 1 atau 2 sajian sehari

Aras 4 Sumber baik utk lemak, minyak, gula dan garam di mana sumber ini perlu
dihadkan pengambilannya dalam penyediaan makanan dan dimakan
secara sedikit.

Antara kepentingan piramid makanan ialah ia membantu memberikan panduan umum tentang
pemakanan seimbang yang merangkumi kombinasi pelbagai jenis makanan untuk
memberikan zat serta nutrisi yang cukup kepada badan. Hal ini termasuklah sumber
karbohidrat, protein, serat dan lemak pada aras yang berbeza. Apabila seseorang
mengamalkan pemakanan seimbang, maka gejala obesiti dapat dihindari serta mengelakkan
penyakit berisiko seperti diabetes, tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi. Selain itu,
piramid makanan membantu meningkatkan kebiasaan tabiat makan yang menggalakkan
pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan yang banyak di samping mengawal kuantiti
makanan mengikut aras yang ditetapkan pada piramid makanan. Kebanyakan orang
menginginkan pemakanan yang sihat dan diet yang berkualiti namun sekiranya tidak mengikut
piramid makanan, amalan tersebut adalah sia-sia. Dengan berpandukan piramid makanan,
pengambilan makanan serta diet yang seimbang dapat membantu kita menerima nutrien
lengkap yang diperlukan oleh tubuh badan. Bukan itu sahaja, piramid makanan juga bertindak
sebagai peringatan buat kita agar sentiasa berhemah ketika memilih makanan untuk tubuh
kita. Ikon makanan yang ditunjukkan dalam piramid makanan membantu kita agar sentiasa
berada tetap di landasan yang betul untuk mendapatkan keperluan harian yang disyorkan.
Seperti yang diketahui, panduan piramid makanan menjanjikan kita untuk makan dengan sihat
dan mengingatkan kita tentang kuantiti sajian yang boleh diambil pada setiap hari. Sebagai
contoh, jika sarapan pagi kita dikecualikan daripada susu, maka kita boleh mengambil snek
seperti yogurt atau termasuk tenusu rendah lemak pada waktu makan tengah hari.

You might also like