You are on page 1of 19

Bab 3 : ABSTRAK , RUJUKAN, BIBLIOGRAFI

TAHAP PELAKSANAAN KAEDAH PENGAJARAN TILAWAH AL-QURAN DI


SEKOLAH RENDAH

Abstrak

Kaedah pengajaran guru merupakan faktor penting yang memberikan sumbanan positif terhadap pencapaian
murid dalam tilawah al-Quran. Kajian ini bertujuan menenalpasti tahap pelaksanaan kaedah pengajaran tilawah
al-Quran di sekolah rendah. Kajian tinjauan secara kuantitatif ini menggunakan soalselidik. Instrumen soal
selidik dibina oleh penyelidik dan memperoleh nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach yang tinggi iaitu 0.86
Seramai 402 orang guru yang mengajar tilawah al-Quran dari lima negeri di Malaysia dipiih secara rawak
berstrata. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Hasil kajian mendapati pelaksanaan kaedah pengajaran
tilawah al-Quran dalam kalangan guru sekolah rendah berada pada tahap tinggi. Pencapaian guru perempuan
adalah lebih tinggi berbanding lelaki. Hasil kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan pelaksanaan kaedah
pengajaran berdasarkan lokasi sekolah. Implikasinya, pelaksanaan kaedah pengajaran guru meningkat dengan
adanya kurikulum tilawah al-Quran yang lebih teratur dan peruntukan masa yang lebih panjang di peringkat
sekolah rendah. sekolah rendah

Kata kunci: kaedah pengajaran, tilawah al-Quran, sekolah rendah, jantina, lokasi

Dalam konteks pendidikan formal di Malaysia, pelaksanaan model khatam al-Quran di sekolah rendah
telah memainkan peranan penting bagi meningkatkan tahap murid dalam bacaan al-Quran. Model khatam al-
Quran juga membuktikan bahawa pengajaran tilawah al-Quran tetap diutamakan berbanding bidang lain dengan
peruntukan waktu yang lebih panjang dan guru khas untuk mengajar al-Quran.

Seorang guru yang diamanahkan untuk mengajar tilawah al-Quran perlu dibekalkan dengan kaedah
pengajaran yang sesuai untuk dilaksanakan dalam bilik darjah. Hal ini kerana mereka bakal berhadapan dengan
pelbagai murid yang berbeza dari segi kebolehan, minat dan latar belakang. Mereka juga perlu bijak
mengaplikasikan mana-mana kaedah mengikut kesesuaian masa, tempat dan keadaan muridnya (Mohd Yusuf,
2004; Misnan et al., 2012; Ab. Halim, 2013). Tambahan pula, pengajaran tilawah al-Quran itu sendiri
memerlukan kaedah khusus yang melibatkan hukum bacaan seperti kemahiran tajwid , fasohah dan bacaan tartil
(Mohd Aderi, 2008). Justeru guru tilawah perlu menguasai pelbagai kemahiran bagi memenuhi keperluan
pengajaran dan pembelajaran.

Penyataan Masalah

Kajian-kajian lepas mendapati tahap amalan pengajaran guru Pendidikan Islam Termasuk juga guru
yang mengajar tilawah al-Quran sama ada di sekolah rendah dan menengah hanya berada pada tahap sederhana
sahaja dan perlu dipertingkatkan lagi (Mohd Alwi et al., 2003; Norlela, 2007; Mohd Aderi, 2008; Amal Hayati,
2012). Oleh itu kajian ini dilaksanakan bagi melihat tahap pelaksanaan kaedah pengajaran tilawah al-Quran di
sekolah rendah secara lebih menyeluruh.

Mohd Aderi (2008) dalam kajiannya menegaskan bahawa kelemahan pengajaran tilawah al-
Quran adalah berpunca daripada sikap guru terhadap pengajaran tilawah al-Quran itu sendiri.
Pandangan ini disokong oleh Mohammed Nairn (2007) yang menyatakan tahap pelaksanaan
pengajaran guru menggunakan kaedah Iqra' tidak dilaksanakan dengan sebaiknya oleh guru.

Norlela (2007) pula melaporkan tahap kesediaan guru j-QAF dalam penggunaan Liquid
Crystal Display (LCD) dan Compact Disc (CD) Iqra' masih berada pada tahap sederhana. Seterusnya
Misnan et al. (2009) juga mendapati kelemahan guru j-QAF adalah dari aspek pedagogi pengajaran
seperti pengajaran tanpa set induksi, penggunaan ABM yarig terhad dan penilaian pengajaran yang
tidak jelas. Manakala Norlela (2007) dan Majdath (2011) pula melaporkan masalah utama guru j-QAF
di sekolah rendah adalah kurang per'sediaan rancangan mengajar dan kurang mahir dalam pedagogi
pengajaran.

xxxxxxxxxx

1. Menilai tahap pelaksanaan kaedah pengajaran guru tilawah al-Quran di sekolah rendah.

2. Mengenal pasti perbezaan tahap pelaksanaan kaedah pengajaran guru tilawah al-Quran berdasarkan jantina
dan lokasi.

xxxxxxxxxx

1. Bagaimanakah tahap pelaksanaan kaedah pengajaran guru tilawah al-Quran di sekolah rendah?

2. Adakah terdapat perbezaan tahap pelaksanaan kaedah pengajaran guru tilawah al-Quran di sekolah rendah
berdasarkan jantina dan lokasi?

xxxxxxxxxx

Berdasarkan objektif dan persoalan kajian, pengkaji turut membina dua hipotesis nol seperti berikut:

Hol- Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap pelaksanaan kaedah pengajaran guru tilawah al-Quran di
sekolah rendah berdasarkan jantina

Ho2-Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap pelaksanaan kaedah pengajaran guru tilawah al-Quran
berdasarkan lokasi.

xxxxxxxxxxx

Secara umumnya kajian amalan pengajaran guru dalam tilawah al-Quran turut dibincangkan oleh
penyelidik terdahulu saina ada di peringkat institusi pengajian tingci. menengah ataupun rendah. Antaranya
ialah Amal Hayati (2012) dalam kajiannya berka penilaian pengajaran tilawah al-Quran program j-QAF di
daerah Kuala Selangor, Klang dan Hulu Langat. Kajian menunjukkan penggunaan ABM dalam pengajaran
tilawah Al-Quran berada pada tahap sederhana tinggi.

Kajian Hamidah (2012) berkaitan tahap penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) bagi model
pemulihan jawi dalam kalangan guru j-QAF di Negeri Sembilan menunjukkan tahap penggunaan BBM masih
berada pada tahap sederhana. Namun kajian ini hanya menumpukan kepada amalan pengajaran guru bagi model
kemahiran jawi sahaja dan tidak menyentuh tentang model khatam al-Quran.

Kajian ini disokong oleh Saiful Nizam (2012) berkaitan amalan pengajaran guru j-QAF bagi model
pengajaran bahasa Arab di Melaka juga menunjukkan tahap pengetahuan guru terhadap kaedah pengajaran
kemahiran bertutur bahasa Arab berada pada tahap sederhana tinggi. Kajian ini hanya menumpukan kepada
tahap pengetahuan model penguasaan bahasa Arab sahaja dan tidak menyentuh tentang pelaksanaan kaedah
pengajaran tilawah al-Quran.

Manakala Majdah (2011) dalam kajiatinya berkaitan pelaksanaan pengajaran bahasa; Arab di sekolah
rendah juga mendapati terdapat dua masalah utama berkaitan pengajai guru iaitu kurang bersedia dari segi
persediaan rancangan mengajar dan guru kurang ma dalam pedagogi pengajaran. Bagaimanapun kajian ini juga
hanya difokuskan kep; model penguasaan bahasa Arab sekolah rendah.

Menyentuh tentang analisis inferensi perbezaan pula, Norlela (2007) dalam kajiannya menunjukkan
tidak terdapat perbezaan skor min yang signifikan tahap kesediaan guru dari aspek jantina dan pengalaman
mengajar dalam melaksanakan model khatam al-Quran. Namun kajian ini hanya melihat dari aspek perbezaan
tahap kesediaan guru sahaja dan tidak melihat dari aspek kekerapan pelaksanaan kaedah pengajaran guru dalam
bilik darjah.

Kajian Siti Fatimah dan Ab. Halim (2010) turut merumuskan bahawa tidak terdapat, perbezaan yang
signifikan penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) berasaskan Teknologi . Multimedia (TM) dalam kalangan
guru j-QAF di Sarawak berdasarkan perbezaan jantina dan lokasi sekolah. Dapatan yang sama turut dibuktikan
oleh Amal Hayati (2012) dalam kajiannya yang merumuskan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan
pelaksanaan pengajaran guru berdasarkan jantina, kelayakan akademik dan pengalaman mengajar.

xxxxxxxxxx

Bagi mendapatkan tahap pelaksanaan kaedah pengajaran guru dan perbezaannya berdasarkan jantina
dan lokasi, maka kajian ini melibatkan sampel guru yang mengajar ilawah al-Quran dan melaksanakan model
khatam al-Quran di sekolah rendah. Sampel kajian juga dipilih secara rawak berstrata berdasarkan lima zon di
Malaysia iaitu Zon Jtara (Kedah), Zon Tengah (Perak), Zon Selatan (Johor), Zon Timur (Kelantan) dan Zon
Borneo (Sabah). Hal ini menjadikan jumlah keseluruhan sampel guru(kumpulan sasaran/ subjek kajian/ sampel/
responden kajian) yang mengajar tilawah al-Quran model khatam al-Quran bagi kajian ini adalah seramai 402
orang.

Pengumpulan dan Penganalisisan Data

Instrumen soal selidik dalam kajian ini dibina oleh pengkaji sendiri berp^jdukan kajian lepas dan
literatur berkaitan. Manakala nilai alpha cronbach yang diperolt"h adalah 0.86 bagi menunjukkan tahap
kebolehpercayaan instrumen soal selidik ini befada pada tahap tinggi.

Manakala bentuk skala yang digunakan dalam set soal selidik ini adalah skala Likert lima mata seperti
nilaian berikut: nilai (1) memberi maksud "Tidak Pernah", iaitu kekerapan kosong kali seminggu, nilai (2)
memberi maksud "Jarang-Jarang", iaitu kekerapan satu kali seminggu, nilai (3) memberi maksud "Kadang-
Kadang", iaitu kekerapan dua kali seminggu, nilai (4) memberi maksud "Kerap", iaitu kekerapan tiga kali
seminggu dan nilai (5) pula memberi maksud "Sangat Kerap", iaitu kekerapan dari empat kali atau lebih dalam
seminggu bagi pengajaran tilawah al-Quran (Azhar 2006; Zakaria 2012).

Sehubungan itu, dapatan kajian ini dianalisis menggunakan statistik deskriptif Jan inferensi. Penyelidik
turut menggunakan interpretasi min tingkah laku afektif yang dirumuskan oleh Nunally (1978) seperti berikut:
Tinggi (min 4.01 - 5.00); Sederhana Tinggi (min 3.01-4.00); Sederhana Rendah (min 2.01 - 3.00) dan Rendah
(1.01 - 2.00).

Manakala Ujian-t turut digunakan untuk melihat perbezaan di antara dua min bagi dua kumpulan
(Mohd Majid, 2005; Chua, 2011). Melalui kajian ini, statistik ujian-t sampel bebas {Independent Sawpel T-
Test) digunakan untuk melihat perbezaan skor min pemboleh ubah bersandar berdasarkan faktor-
faktor pemboleh ubah bebas yang mempunyai dua kumpulan yang berlainan, iaitu jantina (lelaki dan
perempuan) lokasi (bandar dan luar bandar) pada aras signifikan 0.05.

Dapatan Kajian

Profil Guru Tilawah al-Quran di Sekolah Kendall

Jadual 1
Profil Responded Guru berdasarkan perbezaan zon, lokasi dan jantina.
Berdasarkan paparan Jadual 1 hasil kajian menunjukkan jumlah keseluruhan 402 orang (100%) guru
yang mengajar tilawah al-Quran bagi sampel kajian ini, maka seramai 75 orang (18.7%) adalah dari Zon Utara
(Kedah), 84 orang (20.9%) dari Zon Tengah (Perak), 85 orang (21.1%) dari Zon Selatan (Johor), 81 orang
(20.1%) dari Zon Timur (Kelantan) dan 77 orang (19.2%) dari Zon Malaysia Timur (Sabah).

Menyentuh dari segi lokasi sekolah, seramai 171 orang (42.5%) adalah dari sekolah bandar dan 231
orang (57.5%) dari sekolah luar bandar. Manakala dari segi jantina pula menunjukkan seramai 116 orang
(28.9%) adalah guru lelaki dan 286 orang (71.1%) adalah guru perempuan. Berdasarkan dapatan ini
menunjukkan guru perempuan mendominasi jumlah guru yang mengajar tilawah al-Quran di sekolah rendah.

Analisis Deskriptif Tahap Pelaksanaan Kaedali Pengajaran Guru Tilawah al-Quran

Analisis deskriptif tahap pelaksanaan kaedah pengajaran guru tilawah al Quran di sekolah rendah
adalah seperti paparan Jadual 2 di bawah. Secara terperinci 12 item yang mencatatkan interpretasi min pada
tahap tinggi ialah guru membetulkan bacaan murid apabila berlaku kesalahan (min 4.60), guru mengajar secara
talaqi dan musyafahah (min 4.51), guru membacakan al-Quran dan diikuti oleh murid secara berkumpulan (min
4.51), guru memperdengarkan bacaan contoh dan murid mendengar dengan teliti (min 4.49), guru mengaitkan
bacaan murid dengan hukum tajwid (min 4.33), guru mentikrar bacaan terutama terhadap murid lemah (min
4.30), guru menyemak bacaan murid secara individu (min 4.27), guru menerangkan hukum tajwid berpandukan
tanda bacaan resam Uthmani (min 4.25), guru mengajarkan buku Iqra' secara bacaan terus tanpa mengeja (min
4.18), guru membacakan al-Quran dan diikuti oleh murid secara individu (min 4.13), murid turus membacakan
al-Quran dan diikuti oleh rakan murid (min 4.02) dan guru dibantu oleh rakan guru semasa tilawah al-Quran
(min 4.00).

Manakala tujuh item yang mencapai interpretasi min pada tahap sederhana tinggi lalah guru
membimbing bacaan murid melalui teknik penulisan (min 3.99), guru melatih murid menyalin potongan ayat
dalam buku catatan (min 3.97), guru menggunakan khidmat murid turus (min 3.91), guru mempelbagaikan
kaedah dan teknik pengajaran al-Quran (min 3.82), guru membimbing bacaan murid secara teknik hafazan (min
3.82), guru membahagikan murid kepada kumpulan kecil (min 3.77) dan guru menyarankan murid agar
menggunakan mushaf al-Quran milik sendiri (min 3.56).
Jadual 2
Analisis Deskriptif Tahap.

D2 Guru membacakan bacaan contoh dan murid mendengar dengan teliti


D14 Guru mengaitkan bacaan murid dengan hukum tajwid
D6 Guru mengulang-ulang bacaan (likrar) terutama kepada murid lemah
D9 Guru menyemak bacaan murid secara individu (tasmik)
D18 Guru mengaitkan hukum tajwid berpandukan tanda bacaan resam Uthmani
D17 Guru mengajar buku Iqra' secara bacaan terus tanpa mengeja
D3 Guru memimpin bacaan dan murid mengikut secara individu
D5 Guru meminta murid turus membacakan al-Quran dan diikuti oleh rakan murid
D15 Guru dibantu oleh rakan guru semasa tilawah al-Quran
D8 Guru membimbing bacaan melalui teknik penulisan
D7 Guru melatih-tubi murid menyalin huruf dan kalimah al-Quran
D12 Guru menggunakan khidmat murid turus dalam pengajaran kumpulan
D10 Guru mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran al-Quran
D19 Guru membimbing murid belajar al-Quran secara teknik hafazan
D11 Guru membahagikan murid mengikut kumpulan kecil
D16 Guru menyarankan murid menggunakan mashaf al-Quran milik sendiri

Berdasarkan hasil kajian ini, didapati bahawa guru lebih mengutamakan kaedah pengajaran
secara talaqi dan musyafahah iaitu guru sendiri terlebih dahulu membacakan al-Quran sebagai
bacaan contoh dan diikuti oleh murid secara kumpulan. Guru juga sering menggunakan kaedah tikrar
dengan cara melatih tubi bacaan murid secara individu dan mengaitkan hukum tajwid berpandukan
tanda bacaan dalam mushaf al-Quran resam Uthmani.

Hasil kajian juga mendapati guru kurang menekankan pengajaran al-Quran secara teknik penulisan
sama ada aktiviti menulis ayat atau kalimah tertentu dalam buku catatan. Guru juga masih kurang menggunakan
khidmat murid turus dalam pengajaran kunpulan dan kurang menyarankan penggunaan mashaf al-Quran milik
sendiri.
Analisis Perbezaan Tahap Perlaksanaan Kaedah Pengajaran Tilawah al-Quran berdasarkan Jantina dan
Lokasi

Ho1 - Tidak terdapat perbezaan skor min yang signitikan tahap pelaksanaan kaedah pengajaran tilawah al-Quran
berdasarkan jantina.)

Hasil analisis ujian-t seperti dalam Jadual 3 di bawah menunjukkan bahawa erdapat perbezaan skor min
yang signifikan (P=0.001, p<0.05) tahap pelaksanaan kaedah Dengajaran tilawah al-Quran antara guru lelaki
(min 4.011, sp= 0.451) dengan guru Derempuan (min 4.180, sp=0.440). Dengan ini, hipotesis nol (Hoi) ditolak.
Hasil analisis Derbezaan ini membuktikan tahap pelaksanaan kaedah pengajaran tilawah al-Quran dalam
calangan guru perempuan adalah lebih tinggi berbanding dengan guru lelaki.

Jadual 3

Ujian-t Perbezaan Pelaksanaan Kaedah Pengajaran Tilawah al-Quran berdasarkan Jantina

Jantina N Min_ SP Nilai-t Sig. P


Lelaki 116 4.011 0.451 -3.465 0.001
Perempuan 286 4.180 0.440

*Signifikan pada aras p<0.05

Perbincangan dan Cadangan

Perbincangan Tahap Pelaksanaan Kaedah Pengajaran Guru Tilawah al-Quran Sekolah Rendah.

Secara keseluruhannya tahap pelaksanaan kaedah pengajaran tilawah al-Quran di sekolah rendah
berada pada tahap tinggi (min 4.13; sp= 0.449). Menyentuh tentang

kaedah pengajaran tilawah al-Quran yang dijalankan secara talaqqi dan musyafahah menunjukkan dapatan
kajian ini selari dan menyokong pengkaji terdahulu seperti Amal Hayati (2012); Fahimah (2013); Misnan et al.
(2013) dan Asmawati (2013) yang membuktikan kaedah talaqqi dan musyafahah sebagai kaedah terbaik bagi
meningkatkan kemahiran dan penguasaan murid dalam tilawah al-Quran. Kaedah ini membolehkan murid
duduk berhadapan secara langsung dengan guru, mendengar bacaan contoh daripada gurunya dan kemudiannya
murid pula membaca dengan bimbingan guru. Oleh sebab itu, guru terlebih dahulu mesti menguasai ilmu dan
kemahiran bagi melahirkan anak didik yang baik tahap bacaan al-Quran.

Berkenaan pengajaran guru secara kolaboratif pula, dapatan kajian turut selari dengan kajian Siti Faiza
dan Asmawati (2013) yang menyatakan teknik kolaboratif dalam pengajaran al-Quran turut memainkan peranan
penting agar murid mampu membaca al-Quran sehingga khatam. Malah bagi melicinkan proses pengajaran, al-
Qabisi (1955) tidak menghalang penglibatan lebih daripada seorang guru dalam sebuah kelas sekiranya boleh
mendatangkan banyak faedah terutama apabila guru-guru saling bekerjasama dan bertukar pandangan.

Bagaimanapun hasil kajian mendapati beberapa item masih kurang ditekankan oleh guru tilawah al-
Quran seperti pengajaran guru menggunakan teknik penulisan (min 3.97); menggunakan khidmat murid turus
(min 3.91) dan menyarankan penggunaan mushaf al-Quran / buku Iqra' milik sendiri (min 3.56). Dapatan kajian
ini turut disokong oleh Asmawati (2013) yang menyatakan bahawa penggunaan khidmat murid turus bagi
membimbing rakan murid yang lemah hanya berada pada tahap sederhana.

Berkenaan khidmat murid turns dalam proses pengajaran tilawah al-Quran, maka penggunaan khidmat
tersebut selari dengan pandangan al-Qabisi (1955) yang menyarankan supaya dilibatkan murid cerdik dalam
operasi pengajaran. Hal ini kerana bilangan murid yang ramai menyebabkan guru tidak mampu untuk
melaksanakan aktiviti tasmi' ke atas keseluruhan murid secara individu dalam keadaan selesa. Bagi mengatasi
masalah ini, guru boleh melantik murid turns yang sudah khatam al-Quran dan baik bacaannya untuk
membimbing rakan murid yang masih lemah.
Perbincangan seterusnya adalah berkaitan keperluan guru tilawah al-Quran agar menguasai ilmu
tentang pedagogi pengajaran. Hal ini kerana berdasarkan dapatan pengkaji terdahulu seperti Kartina dan Mohd
Zaihan (2007); Mohd Nasiruddin et al. (2007); Norlela (2007) dan Misnan et al. (2009) yang turut
menggambarkan guru masih kurang menguasai pedagogi pengajaran termasuk kemahiran tilawah al-Quran.
Malah Mohd Alwi et al. (2003) menyatakan bahawa antara kegagalan guru dalam proses pengajaran tilawah al-
Quran adalah kerana menggunakan kaedah pengajaran yang tidak betul.

Merujuk pengetahuan guru secara mendalam terhadap ilmu al-Quran dan kemahiran pedagogi adalah penting
dan mampu memberikan kesan yang mendalam kepada diri murid. Hal ini kerana kelemahan guru dalam
menguasai kemahiran dan menyampaikan ilmu dengan tepat dapat dihubungkaitkan dengan latar belakang guru
sendiri sehingga gagal mempraktikkan bacaan al-Quran kepada murid (Mohd Alwi et al., 2003; Mohd Helmi
Firdaus et al., 2013). Perkara ini terjadi kerana kebanyakan guru hanya didedahkan dengan ilmu tilawah al-
Quran secara teori sahaja dan tidak secara pengajian khusus. Malah ilmu tentang tilawah al-Quran mempunyai
banyak perbezaan dengan ilmu-ilmu lain yang memerlukan kepada kaedah pengajaran secara talaqqi dan
musyafahah daripada seorang guru yang mursyid.

Perbezaan Tahap Pelaksanaan Kaedah Pengajaran Guru Berdasarkan Jantina

Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan tahap pelaksanaan kaedah
pengajaran guru berdasarkan jantina. Responden guru perempuan memperoleh skor min yang lebih tinggi
berbanding responden lelaki dalam melaksanakan komponen pengajaran .tilawah al-Quran.

Hasil dapatan yang faktor perbezaan jantina ini juga selari kajian dengan kajian Hasbullah (2012) yang
menyatakan bahawa tahap kepuasan kerja guru peremj . 'adalah ebih tinggi berbanding lelaki. Dapatan yang
saina juga dibuktikan oleh kajian Azmil et al. (2013) yang melaporkan strategi pembelajaran tahfiz dalam
kalangan guru perempuan adalah lebih tinggi daripada lelaki. Secara umumnya hasil dapatan ini
menggambarkan berkemungkinan guru perempuan mempunyai komitmen yang lebih tinggi daripada lelaki
dalam melaksanakan komponen amalan pengajaran. Malah pada kebiasaannya juga guru perempuan dikatakan
lebih rajin dan tekun berbanding lelaki.

Perbezaan Tahap Pelaksanaan Pengajaran Guru Berdasarkan Lokasi Sekolah

Perbincangan tentang faktor lokasi sekolah pula menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan skor
min yang signifikan bagi amalan kaedah pengajaran tilawah al-Quran berdasarkan perbezaan lokasi sama ada
bandar atau luar bandar. Berdasarkan dapatan kajian ini menandakan bahawa faktor lokasi tidak memberikan
pengaruh yang besar terhadap pelaksanaan pengajaran guru dalam tilawah al-Quran di sekolah rendah.

Perkara ini juga membuktikan bahawa tiada perbezaan yang ketara di antara sekolah bandar dan
sekolah luar bandar dalam memberikan sumbangan kepada tahap pelaksanaan pengajaran tilawah al-Quran.
umuk itu faktor lokasi sekolah tidak memberikan iumbangan yang besar dalam kajian ini. Hal ini kerana guru
tilawah al-Quran yang mengajar li sekolah rendah ini kesemuanya memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang
Pengajian Islam dan Bahasa Arab. Pada masa yang sama guru ini turut mendapat latihan khusus dari Institut
Pendidikan Guru (IPG) di seluruh Malaysia dengan menggunakan kurikulum dan modul pengajaran tilawah al-
Quran yang sama. Tambahan pula, dalam persekitaran sekolah /ang ditadbir urus secara berpusat oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), maka setiap individu guru telah dibekalkan dengan amalan
pengajaran yang sama walaupun dilaksanakan di sekolah yang berbeza. Hal ini juga bersesuaian dengan hasrat
dan usaha kerajaan bagi mengurangkan jurang pendidikan antara sekolah bandar dan sekolah luar.

Guru-guru yang mengharapkan peningkatan tahap penguasaan murid dalam tilawah al-Quran perlu
meningkatkan tahap pelaksanaan kaedah pengajaran yang berkesan. Satu tindakan bersepadu perlu dilakukan
dalam usaha meningkatkan tahap pengajaran guru terutama dari aspek kaedah pengajaran tilawah al-Quran.
Pihak KPM perlu mengadakan program tambahan secara berterusan seperti bengkel, seminar dan kursus.

Hasil kajian juga membuktikan bahawa pelaksanaan kurikulum tilawah al-Quran model khatam al-
Quran telah berjaya meningkatkan tahap pelaksanaan kaeiah pengajaran guru dan seterusnya mampu
meningkatkan minat dan penguasaan murid dahm tilawah al-Quran. Justeru, implikasi kajian juga memberikan
gambaran positif bahawa model khatam al-Quran ini wajar dan perlu diteruskan dengan memantapkan
kurikulum sedia ada di samping memperkasa aspek inovasi dan kreativiti.
Rujukan

Ab. Halim Tamuri. (2013). Kualiti guru j-QAF dalam sistem pendidikan kebangsaan. Prosiding seminar
kebangsaan penyelidikan j-QAF (SKP j-QAF 2013). Bangi: Institut Islam Hadari, Universiti Kebangsaan
Malaysia & Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Al-Qabisi, Abu Hassan Ali Muhammad Khalaf. (1955). Al-risalah ahnufassalah lilahwal al-mutaaUimin
wa ahkam al-muaUmin wamutaalimin. Kaherah: Dar Ehya' al-Kutub al-Arabiyyah.

Misnan Jemali, Ibrahim Hashim, Azmil Hashim, Abdul Kadir Arifin, Ishak Ismail. ((2012). Strategi
pengajaran pendidikan Islam. Tanjong Malim : Emiritus Publications.

Misnan Jemali, Mohd Shahrin, Surya Sazali, Noradillah Hashim & Hasliza Jaafar. (2009). Keberkesanan
pengajaran j-QAF di sekolah. Kajian penyelidikan. Jabatan Pengajian Islam, Universiti Pendidikan Sultan
Idris.

Siti Fatimah Ahmad & Ab. Halim Tamuri. (2010). Persepsi guru terhadap penggunaan bahan bantu mengajar
berasaskan teknologi multimedia dalam pengajaran j-QAF. Journal of Islamic and Arabic Education 2 (2),
2010, 53-64.

Zakaria Abdullah. (2011). Pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar dalam pendidikan Islam
di sekolah menengah kehangsaan di Malaysia. (Tesis doktor falsafah yang tidak diterbitkan). Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

AKTIVITI 3 (BAB 3)
1. Apakah kandungan dalam abstrak
Bab 6
Kemahiran Memproses Maklumat dan Penyediaan
Bahan Bertulis

Menganalisis Maklumat yang Mentafsir dan Membuat Menilai Maklumat Mensintesis untuk
Dikumpul Kesimpulan Menghasilkan Bahan
Bertulis

Tujuan menganalisis data:

 Menghubung kaitkan fakta


 Mensintesis data
 Membandingkan fakta
 Membaca yang tersirat
 Membuat kesimpulan

Lan«kah Analisis Data Kualitatif

Langkah 1

 Lihat maklum balas secara lalu


 Ambil nota berdasarkan tema yang muncul, isu ataufaktor
 Cari item yang berulang atau penting
 Pemerhatian, video, audio
 Temu bual, rekod dan taip semula
 Boleh guna bentuk jadual, ditulis mengikut tema

Langkah 2

 Pilih 3-4 tema/kategori yang muncul dan bina matriks


 Cuba buat carta bukti berkaitan dengan tenia utama
 Letak tema/kategori di atas dan senaraikan pelajar di bahagian tepi
 Boleh guna kod. wanna, membuat perbezaan mengikut kategori

Langkah 3

 Jika boleh, bincang tinjauan dengan pendidik lain


 Baca tinjauan (soal selidik) dan highlight kata kunci yang berkaitan dengan tema atau kategori yang telah dikenal
pasti
 Seterusnya rekodkan dapatan dalam kotak yang bersesuaian di dalam. carta matriks yang telah dibina

Langkah 4

• Tanya (apa yang telah anda dapat?)

• Rekod pemerhatian pola yang muncul semasa lihat mat!

• Pola konsep

• Pola sikap

• Tulis/rekod pemerhatian di bawah carta matriks

• Contoh:

- Orang pelajar (siapa yang bercakap banyak)

- Perkataaan 'takut' disebut beberapa kali

- Sokongan bacaan jurnal

Langkah 5

• Kesimpulan yang boleh dibuat

• Rekod kesimpulan sama ada di bawah matriks atau dalam kertas yang berasingan

Proses Analisis Data

• Reka bentuk pendekatan sistematik, simpan semua data

• Cuba faham maklumat yang ingin disampaikan oleh data

• Cari tenia dan pola

• Susun data berdasarkan apa yang dipelajari daripada data

• Masukkan semua data, termasuk data yang tidak menyokong apa yang dicari

• Baca lebih daripada sekali

' Bina imej visual detlgan cara yang kreatif

Tulis nota ringkas untuk diri sendiri

Kongsi dapatan; perbincangan akan timbulkan soalan baru


Analisis semua data dan buat nota sepanjang masa

Cari tema dan pola

• Ringkaskan tema kepada 3-5 idea

• Lihat kembali data dan semak tema-tema yang telah dibuat

• Bina subtema jika perlu

• Simpan nota secara berterusan, dapatan kadangkala mengejutkan

• Semak maklumat untuk mencari idea yang kerap atau muncul secara dominan

• Kenal pasti perkara utama

• Cari maklumat untuk menyokong dapatan kajian

Mentafsir dan Membuat Kesimpulan

tujuan mentafair makiumat

i. Mengesan pola atau corak berdasarkan maklumat yang diperoleh

ii. Menyatakan hubungan di antara maklumat

iii. Membuat kesimpulan berdasarkan data yang dikumpulkan

Prinsip pentafsiran maklumat

i. Data yang holistik

ii. Memastikan keseimbangan dalam memberikan pendapat

iii. Pentaksiran yang tidak mengetepikan unsur humanistik

Ciri-ciri pentafsiran yang digunakan untuk membuat tafsiran terhadap maklumat:

i. Bersifat holistik

ii. Berasaskan elemen

iii. Merujuk kriteria

iv. Panca instrumen

v. Berpusatkan bahan dan tugasan

vi. elbagai bentuk


vii. On-line

viii. Berterusan

6.3 MENILAI

Melalui teknik dan kaedah yang telah kita bincangkan sebelum ini, jelas bahawa terdapat
pelbagai jenis maklumat diperolehi dalam proses pembelajaran pelajar. Walau
bagaimanapun, tidak semua boleh diguna pakai serta merta. Maklumat yang diperoleh perlu
terlebih dahulu dinilai kesahihannya. Terdapat beberapa cara atau teknik untuk menilai
maklumat, antaranya adalah seperti berikut:

(a) Perbandingan fakta dcngan pendapat

Fakta ialah sesuatu yang diketahui umum sebagai benar-benar wujud. benar atau sahih.
Dalam erti kata lain, tidak dapat dipertikaikan. Pendapat pula merupakan pandangan
seseorang atau sesebuah pihak mengenai sesuatu isu. Dalam erti kata lain, ia adalah
kepercayaan atau buah fikiran seseorang atau sesebuah organisasi. Ia tidak semestinya benar,
betul atau sahih.

(b) Tahun penerbitan dan autoriti

Maklumat terkini hanya terdapat dalam bahan-bahan maklumat yangterkini. Untuk menilai
sama ada maklumat yang anda perolehi itu terkini, semak tarikh pencrbitan bahan dari mana
maklumat tersebut diperolehi. Autoriti pula adalah penting untuk mengetahui asal-usul
maklumat yang telah diperolehi dan untuk menilai sania ada makluinat tersebut boleh
dipercayai atau sebaliknya. Bagi menentukan keesahan maklumat berkenaan , Pelajar perlu
menyemak perkara-perkara berikut:

i. Siapakah pengarang yang menulis karya berkenaan?

ii. Apakah kelayakan akademik penulis?

iii. Apakah karya-karya lain yang pernah dihasilkan?

iv. Adakah pengarang tersebut seorang dalam bidang yang dituliskan?

c) Kumpulan sasaran dan penerbit

Artikel, kertas kerja atau kertas cadangan lazimnya dihasilkan untuk kumpulan sasaran
tertentu. Oleh yang demikian, adalah penting untuk pelajar menyemak sama ada maklumat
yang diperolehi sesuai atau tidak. Maklumat yang disasarkan untuk golongan pelajar sekolah
menengah mungkin kurang(d) Bahan popular dan aki^ltmuk , ,

d) Bahan popular dan akademik

Bahan-bahan popular selalunya memaparkan maklumat yang pendapat dan kurang fakta
berbanding dengan bahan-bahan akademik. Maklumat daripada bahan-bahan akademik
biasanya mempunyai senarai rujukan bahan-bahan maklumat lain yang telah dirujuk oleh
pengarang.

6.4 Mensintesis Maklumat untuk Menghasilkan Bahan Bertulis


Peringkat sintesis adalah peringkat untuk menjadikan data dalam bcntuk baru dan bersepadu
melalui kema'^an mengolah dan mencadangkan satu pembaharuan atau kefahaman barn.
Pekataan yang biasa digunakan dalam peringkat sintesis ini ialah rumuskan, membuat
keputusan, membuat kesimpulan, bentukkan, ciptakan, rekakan, gubahkan. integrasikan,
gabungkan, dan sebagainya.

Pada peringkat sintesis ini memudahkan pemahaman daripada pelbagai sumber maklumat.
Sintesis yang dilakukan akan memberikan gambaran menyeluruh tentang maklumat yang
dapat diketaliui. Pelajar perlu menyediakan data yang lebih sistematik supaya data dapat
disintesis dengan lebih sempurna.

Proses mensintesis adalah peringkat menggabungkan unsur yang berlaii untuk menghasilkan
satu gambaran menyeluruh dengan cara:

i. Menggabungkan idea

ii. Menggubal semula

iii. Menyatukan idea-idea

Proses sintesis yang dijalankan dengan baik dan sempurna menjadikan maklumat lebih
bermakna. Maklumat yang disintesis dengan baik ini akan menjadikan sesuatu tugasan atau
laporan yang dibentangkan lebih mudah difahami oleh pembaca. Laporan bertulis digunakan
untuk melaporkan sesuatu hal atau peristiwa yang telah berlaku. Semasa bersekolah dahulu,
selalunya penulisan laporan adalah tentang kegiatan persatuan, lawatan, hari penyampaian
hadiah, dan sebagainya.

Di peringkat pengajian tinggi, laporan bertulisdigunakan untuk menyempurnakan sesuatu


tugasan yang diberikan oleh para pensyarah. Untuk menulis laporan, penulis mesti benar-
benar mengetahui segala butir tentang hal atau peristiwa, isu atau tajuk yang hendak
dilaporkan. Butir-butir seperti persoalan tentang apa, siapa, bila, di mana, dan inengapa
haruslah dapat dimasukkan dan diolah dengan baik dalam laporan.

Ellis dan Hopkin (1985) telah mendefinisikan laporan sebagai dokumen untuk
menyampaikan maklumat kepada pembaca yang khusus. Menurut Nuraini (1991:69), laporan
juga boleh dikategorikan berdasarkan tujuun penulisan dikenal pasti sebagai berikut:

i.Makluman

ii. Pemujukan
iii. Penerangan

iv. Sejarah

Menulis laporan juga merupakan aktiviti menyatakan sesuatu maklumat secara


logikal dan tersusun. Modul Latihan Guru Bestari (2000) menyatakan bahawa
sesuatu laporan yang dibuat adalah untuk memberikan maklumat dan fakta
mengenai sesuatu perkara. Laporan tersebut juga akan membantu pembaca
untuk mengenai pasti masalah dan mencadangkan penyelesaian bagi sesuatu isu
yang dibincangkan. Laporan dapat didefinisikan secara mudah sebagai satu
persembahan atau penyampaian maklumat (presentation of information).
Laporan juga dihasilkan sebagai satu komunikasi bertulis atau tidak bertulis
bagi menyampaikan sesuatu maksud kcpada piliak yang disarankan.

Laporan juga dijadikan sebagai satu dokumen yang memberi maklumat


melaporkan penemuan, mengemukakan idea, dan kadangkala membuat
cadangan atau syor mengenai sesuatu perkara untuk pembaca tertentu bagi
mendapatkan maklumat berkaitan dengan lebih jelas. Di samping itu, pelapor
juga perlu mencadangkan tindakan yang perlu dilakukan dan membuat
kesimpulan terhadap tajuk yang diketengahkan. Bagi mendapatkan laporan
yang tepat seseorang pelapor seharusnya:

i. Meinbuat sesuatu penyelidikan atau aktiviti

ii. Meinbuat rekod sesuatu peristiwa

iii. Menganalisis aktiviti

iv. Mensintesis sesuatu pelan tindakan

v. Menghuraikan sesuatu peristiwa, prosedur dan tindakan.

Setelah maklumat diperolehi dan diproses, kesimpulan tentang aspek yang


penting hendaklah dibuat. Kesimpulan atau rumusan ini adalah untuk memberi
penekanan kepada dapatan penting, isu utama atau pandangan penulis tentang
tajuk berkenaan. Segala maklumat yang diperoleh tersebut akan
dipersembahkan kepada umum dalam bentuk laporan. Laporan adalah satu
bentuk penyataan yang logikal dan tersusun serta mengandungi bahagian-
bahagian, tajuk-tajuk dan subtajuk kepada isu yang dilaporkan.

Laporan yang dihasilkan haruslah difahami oleh kumpulan sasaran yang


diperlukan. Oleh yang demikian, pelajar perlulah mengetahui beberapa perkara
sebelum berjaya menghasilkan laporan yang baik dan memberikan kesan
kepada penerima maklumat tersebut. Antara persediaan membuat laporan yang
perlu diketahui ialah 5W+1S, iaitu yang memberikan makna seperti berikut:

i. Mengapa laporan ini perlu dibuat (Why?)

ii. Apa tujuan/objektif laporan (What?)

iii. Jangka masa (When?)

iv. Pihak yang meminta laporan dibuat (Who?)

v. Untuk siapa, siapa sasaran/pembaca (Whom?)

Di samping itu, pelajar juga harus mengetahui siapa pembaca atau penerma
laporan yang disediakan. Kumpulan penerima laporan perlu diketahui kenna
melalui pengetahuan kumpulan sasaran ini akan membolehkan pelajar:

i. Mudah untuk menyesuaikan dengan keperluan

ii. Mengetahui tahap pengetahuan pembaca dan pengetahuan teknikkal

iii. Mengetahui pandangannya tentang perkara yang akan dilaporkan (untuk


kuatkan hujah jika bertentangan)
(a) Tujuan laporan

Sesiapa sahaja boleh membuat laporan tetapi apa yang penting untuk diketahui adalah tujuan laporan itu disediakan. Di
peringkat pengajian tinggi, berikut adalah tujuan sesuatu laporan ditulis, iaitu:

i. Mengenal pasti masalah

ii. Memberikan maklumat dan fakta

iii. Mencadangkan penyelesaian

iv. Mencadangkan tindakan yang perlu dilakukan

v. Membuat kesimpulan

vi. Menilai sesuatu penyelidikan atau aktiviti

vii. Membuat rekod sesuatu peristiwa

viii. Menganalisa aktiviti perniagaan

ix. Mensintesis sesuatu pelan tindakan

x. Menghuraikan sesuatu peristiwa, prosedur, tindakan dan lain-lain


(b) Kualiti laporan

Pelajar harus berupaya untuk menghasilkan sebuah yang berkualiti untuk membuktikan bahawa mereka telah menjalankan
kajian terperinci terhadap tajuk yang diberikan. Di samping itu, lapon lebih meyakinkan pembaca untuk menerima keputusan
atau cadangan yang diberikan pelajar pada akhir laporan tersebut. Kualiti sesuatu laporan boleh dilihat melalui prinsip
5C+1P, iaitu:

i. Betul/Tepat (Correct/Accurate)

• Data, fakta dan maklumat yang betul, tepat dan accountable (stand by your statement, e.g. on figures and facts)

• Gunakan data semasa

. Data terdahulu boleh dijadikan/digunakan sebagai perbandingan

ii. Padat (Concise)

• Tulis seberapa ringkas yang boleh

• Ringkas tetapi padat dan mencakupi semua perkara yang perlu

iii. Lengkap (Complete/Comprehensive)

• Mempunyai data, fakta dan maklumat yang lengkap

• Lampiran yang perlu, disertakan

• Ada sinopsis/ringkasan

• Menyatakan bahan-bahan rujukan

iv. Jelas (Clear)

• Huraian yang jelas

• Menggunakan bahasa yang mudah difahami

• Mengikut urutan logik (logical sequence)

• Susun atur yang baik dan menarik (layout)

• Ilustrasi yang menarik dan pelbagai

v. Urutan

• Sequential, iaitu fakta/maklumat yang penting dikemukakan dahulu, diikuti dengan fakta/maklumat lain
mengikut tahap kepentingan

• Mengikut hierarki (hierachical) di mana penyataan umum diikuti oleh butir-butir/perincian


• Perbandingan (comparative) yang mana sesuatu idea dibandingkan dengan idea lain. Digunakan bersama
denean mana-mana dua di atas

(c) Kategori laporan

i. Bentuk borang (Form report)

• Laporan kemalangan

• Laporan berkala (periodic)

ii. Bentuk terbuka/panjang (Extendedreport)

• Laporan untuk menyampaikan maklumat (information)

Membuat kesimpulan tentang sesuatu masalah

Menyediakan laporan tahunan

Menyediakan laporan prestasi (progress report)

• Laporan perakuan (recommendation)

Laporan kajian

Laporan bagi menyelesaikan sesuatu masalah

6.4.1 Penyediaan Laporan Bertulis

Pada umumnya terdapat beberapa cara untuk menyediakan laporan bertulis dan cara berkenaan bergantung
kepada tajuk yang dibincangkan dan kebolehan penulis untuk nienyiapkan laporan berkenaan. Antara cara
penyediaan laporan adalah seperti yang berikut:

i. Mernilih topik sekiranya tidak diberikan

ii. Mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber

iii. Meneliti dan memilih maklumat yang relevan dengan topik

iv. Membuat nota

v. Menyediakan kerangka laporan

vi. Menulis draf pertama dan mengenal pasti sumber yang dipetik

vii. Melengkapkan laporan dengan jadual, graf dan bahan grafito yang sesuai

viii. Menyemak draf

ix. Membuat pemurnian dan menulis draf kedua


x. Menerbitkan laporan

You might also like