You are on page 1of 31

Program-Program Kesihatan

UNIT 5
PROGRAM-PROGRAM KESIHATAN

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat :
1. Mengetahui peranan individu dalam penjagaan kesihatan diri bagi mengekalkan
kesihatan diri secara optimum .
2. Memahami peranan keluarga dalam aktiviti kesihatan dalam membentuk keluarga
yang sejahtera.
3. Menjelaskan peranan masyarakat dalam aktiviti kesihatan bagi meningkatkan taraf
kesihatan dan mutu kehidupan masyarakat
4. Menerangkan kepentingan mengadakan program kesihatan di semua peringkat.

PETA KONSEP TAJUK

PROGRAM
KESIHATAN

Program
Kesihatan
Individu

Program
Kesihatan
Keluarga

Program
Kesihatan
Sekolah

Program
Kesihatan
Masyarakat

Program
Kesihatan
Negara

85

Program-Program Kesihatan

PENGENALAN

Rajah 5.1 : Contoh program kesihatan

Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, amatlah digalakkan jika kita terlibat dalam
program kesihatan yang dianjurkan oleh pelbagai pihak. Pada pendapat anda, apakah manfaat
yang diperoleh jika kita menyertai program kesihatan yang telah dianjurkan.
Masyarakat sebenarnya sering terdedah dengan pelbagai masalah kesihatan yang kronik dan
akhirnya mengundang kepada kematian. Ia adalah kesan daripada amalan gaya hidup yang
tidak sihat dan ketidakseimbangan kesihatan rohani dan jasmani dalam kitaran hidup seharian.
Kementerian Kesihatan kerap kali mengadakan kempen kesihatan untuk memberi kesedaran
kepada awam tentang penjagaan kesihatan yang perlu dipupuk dalam budaya hidup kita malah
perlu disemai sejak awal lagi agar kita tidak tergolong dalam kalangan yang mempunyai
masalah kesihatan.
Namun, adakah kempen gaya hidup sihat, Tak Nak Merokok, makanan berkhasiat dan
kempen kecerdasan mampu mengubah pandangan masyarakat tentang peri pentingnya
menjaga kesihatan sekali gus mengamalkan gaya hidup yang sihat? Mungkin ada sesetengah
golongan menyedari akan hakikat ini dan ada juga segelintir yang menganggap kesihatan
hanya perlu dijaga apabila sudah berusia ataupun ada sesetengah golongan merasakan usia

86

Program-Program Kesihatan

muda menjadi tiket untuk mereka terus kekal sihat. Bagi golongan ini, apakah jaminan
mereka? Usahkan menunggu sehingga umur tua, sedangkan yang masih kecil lagipun sudah
mengidap pelbagai penyakit. Usia bukan jaminan untuk kita terus kekal sihat, tetapi usia boleh
dijadikan satu pemangkin untuk kita menjaga kesihatan agar boleh menjalani hidup yang
bermakna pada masa hadapan.

ISI KANDUNGAN
Program program kesihatan pelbagai peringkat
Program promosi kesihatan telah mula diperkatakan sejak dua abad lalu tetapi hanya
mendapat perhatian yang serius mulai tahun 1980an. Ia merupakan satu proses atau gerakan
radikal yang menekankan kepada aspek kesejahteraan sosial, ekonomi dan kesejahteraan
kehidupan individu sebagai perkara asas dalam kesihatan masyarakat.
Selain itu, dalam promosi kesihatan juga menekankan aspek kesihatan yang positif, di mana
setiap individu perlu mengambil tindakan positif atau berusaha atau memainkan peranan
dalam menjaga kesihatan, memastikan mereka sihat, tidak dijangkiti penyakit dan bukan
semata-mata hanya memberi tindak balas terhadap tanda penyakit yang mereka alami.
Program promosi kesihatan menggunakan pelbagai strategi, pendekatan dan kaedah bagi
membantu dan menggerakkan Individu atau masyarakat mengekalkan tahap kesihatan dan
menjaga kesihatan mereka. Sehubungan dengan itu setiap individu, para profesional dan
bukan profesional serta bukan agensi kerajaan atau kerajaan mempunyai peranan masingmasing dalam aktiviti promosi kesihatan.
Promosi kesihatan boleh didefinisikan sebagai tindakan yang menjurus kepada pembaikan
atau perlindungan kesihatan menerusi perubahan tingkah laku, biologi, sosio ekonomi dan
persekitaran. Promosi kesihatan juga melibatkan bukan sahaja aktiviti penyebaran maklumat
tetapi juga membabitkan usaha atau perubahan untuk mempengaruhi aktiviti-aktiviti individu,
kumpulan, masyarakat, pihak majikan dan pihak berkuasa tempatan ke arah amalan gaya
hidup yang sihat.

87

Program-Program Kesihatan

Rajah 5.2 : Aktiviti di taman rekreasi

Dalam rajah di atas, terdapat pelbagai aktiviti yang di laksanakan di taman rekreasi.
Pada pendapat anda, aktiviti yang manakah yang memberi banyak manfaat kepada individu di
dalam rajah di atas?

Program Kesihatan Individu


Kesihatan amat penting dalam kehidupan kita sehari-hari. Dengan memiliki tubuh badan yang
sihat, seseorang dapat melaksanakan aktiviti harian tanpa halangan. Anak-anak dapat ke
sekolah menimba ilmu dan ibu bapa dapat mencari rezeki untuk keluarga. Bagi sesetengah
orang, nikmat kesihatan hanya disedari apabila mereka diserang penyakit. Mereka sanggup
menghabiskan wang membeli ubat dan makanan kesihatan untuk mengubati penyakit yang
dihadapi. Tambahan pula, pelbagai ubat dan produk makanan kesihatan wujud di pasaran
sekarang seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Oleh sebab peri pentingnya nikmat ini
dalam kehidupan, beberapa langkah perlu diambil agar kesihatan kita terjamin.
Salah satu langkah yang perlu kita beri perhatian untuk menjaga kesihatan adalah dengan
menjaga kebersihan persekitaran tempat tinggal. Keadaan di dalam dan di luar rumah
hendaklah bersih daripada sampah sarap dan tempat-tempat air bertakung. Perkara ini akan

88

Program-Program Kesihatan

dapat menghapuskan tempat pembiakan agen-agen penyakit seperti lalat, tikus, nyamuk dan
lain-lain. Kita perlulah menyahut seruan kempen yang dilancarkan oleh Majlis Perbandaran
Kota Baharu Bandar Raya Islam iaitu kempen Jumpa Sampah Kutip dan kempen Memerangi
LILATI (lipas, lalat dan tikus). Sampah perlu dibakar, dikambus atau dibuang di tempat khas.
Pasu-pasu bunga dan longkang perlu diperiksa agar air tidak bertakung dan menjadi tempat
pembiakan nyamuk. Dengan demikian, penyakit-penyakit bawaan vektor seperti taun, malaria,
dan denggi dapat dielakkan. Tegasnya, menjaga kebersihan persekitaran merupakan langkah
asas untuk kita semua ke arah mencapai tahap kesihatan yang optimum.
Selain itu, pemeriksaan kesihatan amat wajar dilakukan untuk memastikan kesihatan berada
dalam keadaan baik. Mengikut saranan pakar perubatan, seseorang perlu melakukan
pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya dua kali setahun atau enam bulan sekali.
Pemeriksaan ini meliputi tekanan darah, paras gula dalam darah, tahap kolesterol dan lain-lain
lagi.
Tujuan pemeriksaan dibuat adalah untuk memastikan tahap kesihatan kita berada dalam
keadaan sihat dan dapat mengesan penyakit kronik dengan lebih awal seperti penyakit darah
tinggi, kencing manis dan sebagainya. Hal ini bertepatan dengan peribahasa, mencegah lebih
baik daripada mengubatinya. Bagi pesakit yang telah diserang penyakit ini, keadaannya akan
boleh dikawal sebelum menjadi serius seperti peribahasa, cegah sebelum parah. Pendek
kata, kesihatan seseorang akan berada dalam keadaan baik jika kita secara berdisiplin
menjalani pemeriksaan kesihatan diri di hospital-hospital secara berjadual.
Mengamalkan pemakanan seimbang tidak kurang pentingnya sebagai langkah menjaga
kesihatan kita. Amalan pemakanan berkait rapat dengan kesihatan seseorang. Hal ini
bertepatan dengan peribahasa Inggeris tentang amalan pemakanan iaitu what you are, is what
you eat. Boleh dikatakan seseorang yang mengamalkan pemakanan yang seimbang akan
memperoleh kesihatan yang baik. Mengamalkan pemakanan seimbang bermakna seseorang
mengambil makanan yang berkhasiat dan berzat sesuai dengan keperluan tubuh badan
seseorang.
Seseorang individu memerlukan makanan yang sesuai berdasarkan usia, pekerjaan dan
keperluan-keperluan lain. Sebagai contohnya, seorang bayi memerlukan lebih kalsium
berbanding orang dewasa yang memerlukan lebih protein. Untuk lebih jelas, seseorang perlu

89

Program-Program Kesihatan

merujuk kepada piramid makanan sebagai panduan untuk mendapatkan gizi seimbang.
Sehubungan dengan itu, makanan ringan dan minuman bergas perlu dielakkan kerana boleh
memudaratkan kesihatan kita. Pendek kata, langkah terbaik untuk mencapai tahap kesihatan
adalah dengan mengamalkan diet makanan seimbang.
Kesihatan akan lebih terjamin jika kita melakukan kegiatan riadah. Amalan riadah seperti
berenang, jogging, menunggang basikal dan kegiatan sukan lain adalah baik untuk kesihatan.
Pensyarah Sains Sukan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Madya Dr. Zulkifli Abdul
Kadir, menyarankan setiap individu melakukan kegiatan riadah selama 30 minit dua kali
seminggu bagi mendapatkan tahap kesihatan yang optimum. Kegiatan riadah ini akan menjadi
kebiasaan jika setiap hari kita melakukannya dengan penuh disiplin dan istiqamah sesuai
dengan peribahasa alah bisa tegal biasa.
Dengan melakukan kegiatan riadah, otot-otot tubuh akan lebih bertenaga dan kecergasan
badan akan bertambah baik. Di samping itu, seseorang dapat menghirup udara segar semasa
melakukan senaman di taman-taman permainan serta dapat mengurangkan tekanan atau
stress selepas seharian penat bekerja di pejabat. Seyogia disarankan agar kita dapat
melakukan kegiatan senaman secara untuk memperoleh kesihatan yang baik.
Amalan gaya hidup sihat merupakan langkah yang tidak kurang pentingnya untuk
mendapatkan kesihatan yang baik. Kini, kita dikejutkan dengan bermacam-macam amalan
hidup yang negatif telah menular dalam masyarakat kita. Antara gaya hidup yang negatif ialah
amalan seks rambang dan bebas, melanggan pelacur, penagihan dadah dan pil-pil khayal,
ketagihan arak serta lain-lainnya.
Begitu juga amalan merokok yang masih menjadi sebahagian cara hidup muda-mudi dan
remaja dalam masyarakat kita seolah-olah kempen Katakan Tak Nak Pada Rokok yang giat
dijalankan tidak membawa apa-apa kesan. Sudah tentu, gaya hidup tidak sihat akan
mengundang penyakit seperti Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS), siflis dan lain-lain.
Amalan-amalan sebegini perlu dijauhkan seterusnya mengamalkan cara hidup sihat
berdasarkan norma-norma agama dan budaya timur kita. Lantaran itu, beralihlah kepada cara
hidup sihat bagi mendapatkan kesihatan yang baik sebagaimana kempen Gaya Hidup Sihat
yang diwar-warkan oleh kerajaan.

90

Program-Program Kesihatan

Rajah 5.3 : Program Kesihatan Sekolah

Pada pendapat anda, mengapakah program kesihatan telah mula di terapkan


seawal di peringkat sekolah lagi? Apakah rasional melaksanakan program kesihatan di
peringkat akar umbi?

Program Kesihatan Sekolah


Program Kesihatan Sekolah (PKS) meliputi semua kegiatan dan pengalaman yang direka
untuk mempertahankan, menggalakkan dan menjaga kesihatan optima murid-murid dan
kegiatan sekolah, untuk menggalakkan keadaan hidup sihat di sekolah dan untuk membina
pengetahuan, sikap dan kebiasaan yang diingini mengenai kesihatan.

Rasional program kesihatan sekolah

Mewujudkan program kesihatan yang mampu melahirkan rasa tanggungjawab


bersama dan komitmen di kalangan warga sekolah.

Menyeragamkan beberapa program kesihatan sekolah di bawah satu program


bersepadu.

Mewujudkan satu sistem yang fleksibel, inovatif dan kreatif berlandaskan kepada
keperluan semasa.

91

Program-Program Kesihatan

Meningkatkan kesefahaman dan kerjasama antara sekolah dan masyarakat dalam


menangani isu-isu kesihatan.

Suatu usaha yang teratur dan fokus ke arah amalan kesihatan perlu dipraktikkan.

Keperluan untuk mewujudkan satu program bersepadu yang menghasilkan impak


serta dapat dinilai keberkesanannya.

Matlamat program kesihatan sekolah


Matlamat Program Kesihatan Sekolah adalah untuk membentuk sikap dan perlakuan yang
positif terhadap kesihatan serta melahirkan warga sekolah dan persekitaran yang selamat,
sihat dan berkualiti ke arah pencapaian wawasan negara.

Objektif program kesihatan sekolah

Memelihara dan meningkatkan persekitaran sekolah yang bersih, ceria, selamat dan
sihat.

Membina satu persekitaran sosial sekolah yang menggalakkan amalan cara hidup
sihat.

Menetapkan polisi atau dasar kesihatan sekolah.

Memupuk pengetahuan, sikap dan amalan yang berkaitan dengan kesihatan supaya
setiap warga sekolah lebih bertanggungjawab terhadap penjagaan kesihatan diri,
keluarga dan masyarakat.

Meningkatkan kerjasama dan penglibatan komuniti di dalam program kesihatan


sekolah.

Menyediakan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah bagi:

Menilai taraf kesihatan murid.

Memberi khidmat rawatan dan rujukan.

Menggalakkan bimbingan dan kaunseling berdasarkan keperluan dan masalah


kesihatan murid.

Memberi penjagaan rawatan kecemasan terhadap penyakit di sekolah.

Mencegah dan mengawal kejadian penyakit.

92

Program-Program Kesihatan

Kepentingan program kesihatan sekolah


Kepentingan Program Kesihatan Sekolah boleh dilihat melalui konteks:
Kerjasama di antara masyarakat (individu, keluarga dan komuniti) dengan sekolah bertujuan
untuk mengintegrasikan aktiviti-aktiviti kesihatan sekolah dan kesihatan masyarakat (proses
dua hala).

Apakah sumbangan sekolah terhadap masyarakat

Apakah sumbangan masyarakat terhadap sekolah.

Kerjasama meliputi:

Penyediaan tandas yang mencukupi untuk murid-murid dan kakitangan;

Kemudahan bekalan air yang selamat dan mencukupi

Keadaan kantin yang bersih dan selamat di samping pengendalian makanan


yang sempurna.

Program Kesihatan Keluarga


Amalan gaya hidup sihat adalah cara hidup yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung
pada masa hadapan. Namun demikian, ribuan rakyat Malaysia mempunyai berat badan
berlebihan, tidak aktif dan terlalu banyak menghisap rokok. Ribuan rakyat Malaysia
mengamalkan cara hidup yang tidak sihat sejak kecil lagi seperti menggemari makanan yang
mengandungi kolesterol, tidak melakukan senaman dan makan secara berlebihan. Untuk
mengurangkan risiko penyakit berbahaya seperti sakit jantung, obesiti, darah tinggi, kencing
manis dan sebagainya, rakyat Malaysia perlulah mengamalkan gaya hidup sihat.
Secara umumnya, tanggung jawab ini sudah semestinya jatuh pada bahu ibu bapa yang
melahirkan anak-anak serta menjaga mereka sejak kecil lagi. Persoalannya, apakah peranan
ibu bapa dan keluarga dalam aktiviti berunsurkan kesihatan dan amalan gaya hidup sihat
dalam kalangan anak-anak mereka?
Peranan utama ibu bapa adalah dengan memastikan anak-anak mengamalkan pemakanan
yang seimbang. Pemakanan yang seimbang adalah pemakanan yang mengandungi ketujuhtujuh kelas makanan dalam kadar yang bersesuaian iaitu karbohidrat, protein, vitamin, mineral,

93

Program-Program Kesihatan

lemak, air serta serat. Ibu bapa perlulah sentiasa menghidangkan makanan yang berzat
kepada anak-anak. Selain itu, ibu bapa juga digalakkan untuk makan di rumah kerana
makanan di luar, khususnya gerai-gerai makanan di sepanjang jalan yang makanannya biasa
digoreng dengan penuh minyak. Jika tabiat yang baik ditanam dalam diri anak-anak, sudah
pasti anak-anak akan tahu menjaga pemakanan mereka apabila dewasa kelak.
Ibu bapa juga perlu mengurangkan pengambilan minuman berkarbonat oleh anak-anak kerana
minuman sebegini tidak memberikan apa-apa kebaikan dan mengandungi kandungan gula
yang berlebihan. Anak-anak perlulah diajar untuk minum air kosong atau jus buah-buahan
yang asli. Jelasnya, ibu bapa perlulah memastikan anak-anak mengamalkan pemakanan
seimbang dalam memupuk amalan gaya hidup sihat.
Selain itu, ibu bapa juga boleh melakukan aktiviti bersenam dan beriadah bersama anak-anak.
Perbuatan ini bukan sahaja akan menyihatkan badan, malah hubungan antara ibu bapa
dengan anak-anak akan menjadi lebih erat. Aktiviti bersenam mampu mengekalkan gaya hidup
sihat kerana peluh-peluh yang keluar sewaktu melakukan senaman akan keluar bersamasama toksin badan. Kesannya, anak-anak mampu membina tahap imunisasi yang tinggi
terhadap serangan penyakit.
Aktiviti senaman perlulah dilakukan sekurang-kurangnya 20 minit sehari dan tiga kali
seminggu. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah senamrobik, berjoging, berbasikal,
berenang serta mendaki bukit. Disebabkan ramai golongan ibu bapa yang bekerja, senaman
ini boleh dilakukan pada awal pagi ataupun pada waktu petang selepas ibu bapa pulang dari
kerja. Apabila seseorang itu bersenam dan beriadah, mereka dapat meningkatkan kesihatan
diri dari aspek fizikal dan mental bak kata pepatah, badan cergas otak cerdas. Tegasnya, ibu
bapa perlulah melakukan aktiviti senaman dan riadah bersama anak-anak supaya amalan
gaya hidup sihat dapat dipupuk.
Ibu bapa juga perlu membawa anak-anak membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala
untuk memupuk amalan gaya hidup sihat. Ibu bapa digalakkan untuk membawa anak-anak
menjalani pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya enam bulan sekali ataupun dua kali
setahun. Pemeriksaan kesihatan adalah penting kerana mampu mengesan sesuatu penyakit
ketika masih di peringkat awal dan memudahkan pesakit menjalani rawatan dengan teknologi
moden kini. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati. Dengan ini, ibu bapa

94

Program-Program Kesihatan

dapat mengenali tubuh badan anak-anak mereka dengan lebih baik dan mampu menentukan
pilihan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Jika ibu bapa mendapati anak-anak mereka
tidak sihat, ibu bapa perlulah segala membawa mereka berjumpa dengan doktor untuk
mendapat ubat serta pengesahan tentang penyakit yang dihidapi. Bukan itu sahaja, ibu bapa
perlu memastikan anak-anak mematuhi nasihat doktor dan mengambil ubat pada masa yang
ditetapkan. Jelasnya, pemeriksaan kesihatan secara berkala oleh anak-anak akan memupuk
amalan gaya hidup sihat.
Ibu bapa juga perlu mengajar dan melatih anak-anak mereka mengutamakan kebersihan diri
pada setiap masa bagi memastikan mereka terhindar daripada sebarang penyakit. Keperluan
asas seperti menggosok gigi, mandi, berpakaian bersih, waktu tidur dan rehat yang cukup juga
perlu dijadikan amalan hidup seharian. Bagi mengelakkan jangkitan kuman atau penyakit,
mereka perlu mengamalkan budaya mendisiplinkan diri dengan asas-asas kebersihan seperti
mencuci tangan dengan bersih sebelum makan, menutup makanan dengan baik agar tidak
dihinggapi lalat mahupun memilih gerai atau tempat makan yang bersih semasa menjamu
selera. Sikap sambil lewa ibu bapa dalam menitik beratkan aspek berkenaan mungkin boleh
membawa padah. Justeru, amalan sebegini harus dilentur sejak dari rebung dalam diri anakanak agar dapat membentuk gaya hidup yang sihat apabila mereka dewasa kelak.
Pada masa yang sama, selain mengutamakan kesihatan diri dan makanan, ibu bapa juga
perlu mendidik ahli keluarga mereka agar menjaga kebersihan persekitaran mereka.
Persekitaran yang bersih perlu dijadikan amalan dan gaya hidup agar kita terhindar daripada
sebarang penyakit. Umpamanya, ibu bapa menggalakkan anak-anak mengadakan gotongroyong di rumah setiap hujung minggu untuk membersihkan kawasan rumah bersama ahli
keluarga. Ibu bapa juga boleh membawa anak-anak menyertai kegiatan gotong royong di
taman perumahan dengan membersihkan sampah-sarap atau memastikan kawasan
persekitaran mereka sentiasa bersih.
Amalan seperti ini dapat mengelakkan pembiakan agen-agen pembawa penyakit seperti
nyamuk, lipas, lalat dan sebagainya. Tempat-tempat pembiakan nyamuk di dalam atau di luar
rumah seperti pelapik pasu bunga ataupun tempat takungan air mestilah kerap dibersihkan
ataupun ditukar. Dengan cara demikian, ibu bapa dapat melatih gaya hidup yang positif dalam
diri anak-anak mereka sekali gus akan dapat menjauhkan diri mereka daripada pelbagai
penyakit.

95

Program-Program Kesihatan

Gaya hidup yang sihat juga melibatkan aspek psikologi dan sosial seseorang itu. Mereka yang
lebih terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain didapati lebih
bermakna kehidupannya berbanding dengan individu yang suka bersendirian atau menyimpan
masalah mereka. Sikap berkawan dan menghabiskan masa bersama-sama mereka
menjadikan keperluan psikologi manusia dipenuhi dengan efektif. Ibu bapa digalakkan menjalin
hubungan komunikasi yang mesra bersama-sama anak-anak atau jiran tetangga.
Hubungan baik yang berkekalan biasanya dapat melahirkan satu bentuk kehidupan yang ceria
dan menggembirakan. Sesungguhnya, aspek psikologi dan sosial manusia perlu dipenuhi bagi
memperoleh gaya hidup yang sihat ini Peranan ibu bapa mengamalkan cara berkomunikasi
berkesan dengan ahli keluarga, rakan-rakan dan jiran tetangga serta mengamalkan ibadat
mengikut agama masing-masing akan memberi impak psikologi yang positif.
Pada masa yang sama sikap atau mentaliti positif penting untuk dimiliki oleh seseorang itu bagi
menangani tekanan kehidupan dalam era moden ini. Pemikiran yang positif menjadikan
seseorang itu mampu menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda kehidupannya dengan
baik tanpa tertekan. Kehidupan zaman moden yang penuh cabaran terutama tekanan di
pejabat, kekangan di tempat kerja memerlukan satu persepsi positif daripada ahli masyarakat
kita. Para ibu bapa perlu bijak menghadapi tekanan hidup, mereka mungkin boleh
mendapatkan bantuan daripada pakar motivasi ataupun rakan-taulan di sekeliling mereka.
Hal ini perlu, kerana tekanan yang dialami boleh menjuruskan ibu bapa pada perlakuan negatif
seperti mendera, menagih dadah atau melakukan sesuatu perkara di luar jangkaan. Jadi,
semakin positif minda ibu bapa itu maka semakin tinggilah gaya hidup sihat yang mampu
dicapai oleh dirinya dan keluarga kelak. Penguasaan diri yang baik dan pesanan yang sering
merangsang anak-anak ke arah positif menangani cabaran merupakan asuhan yang amat
dicontohi oleh anak-anak sehingga mereka dewasa.
Tambahan pula, untuk memupuk amalan gaya hidup sihat dalam anak-anak, ibu bapa perlulah
membawa mereka menziarahi orang sakit sama ada saudara-mara, jiran tetangga ataupun
rakan-rakan. Hari ini kita sihat, tetapi bagaimana pula dengan hari esok? Jika ibu bapa sering
melawat orang yang sedang sakit, nescaya anak-anak mereka juga akan berbuat demikian
kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. Anak-anak tidak seharusnya merasakan bahawa
perbuatan sebegini hanya membuang masa dan merugikan diri kerana ianya sesuatu amalan

96

Program-Program Kesihatan

yang mulia. Apabila kita menziarahi orang yang sakit, secara tidak langsung kehadiran kita
dapat melahirkan perasaan gembira kepada pesakit dan memberi kekuatan kepada diri
pesakit itu untuk melawan kesakitan yang ditanggung olehnya.
Menziarahi orang yang sakit akan sedikit sebanyak melahirkan rasa simpati terhadap nasib
orang lain dan pada masa yang sama anak-anak akan bersyukur atas kurniaan sebuah badan
yang sihat. Kehadiran kita menunjukkan bahawa kita, khususnya anak-anak, mengambil berat
tentang diri pesakit dan dapat mengurangkan perasaan sedih pesakit walaupun pepatah
menyatakan bahawa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tegasnya,
amalan menziarahi orang yang sakit oleh ibu bapa dan anak-anak mampu menanamkan
amalan gaya hidup yang sihat.
Akhir sekali, bagi menjalani amalan gaya hidup sihat, ibu bapa perlu memastikan agar anakanak mendapat rehat dan tidur yang secukupnya. Tubuh badan anak-anak juga perlu
direhatkan dengan kadar yang diperlukan untuk mengecas semula organ-organ dalam badan
mereka. Bagi anak-anak yang telah mencapai usia remaja, mereka memerlukan sekurangkurangnya lapan jam sehari untuk tidur dengan selesa. Namun, ramai anak-anak muda pada
masa ini yang lebih suka tidur selepas tengah malam walaupun keesokan merupakan hari
persekolahan. Kesannya, mereka tidak akan berasa cergas dan badan akan lesu dan tidak
bermaya. Salah satu langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa adalah menetapkan satu masa
yang spesifik untuk anak-anak masuk tidur dan mestilah dipatuhi dengan sepenuhnya.
Tegasnya, untuk memupuk amalan gaya hidup sihat, ibu bapa perlu memastikan anak-anak
mendapat rehat yang secukupnya.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa memainkan
peranan yang besar untuk memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan anak-anak.
Amalan ini adalah penting untuk dilaksanakan agar kesihatan rakyat dalam negara ini sentiasa
dalam keadaan yang baik. Oleh itu, langkah-langkah di atas perlulah diamalkan oleh anakanak yang menjadi pemimpin generasi akan datang bak kata pepatah pemuda harapan
bangsa, pemudi tiang negara. Semua rakyat Malaysia haruslah mengamalkan gaya hidup
sihat supaya penyakit seperti kencing manis, obesiti, darah tinggi, sakit jantung dan
sebagainya dapat dikurangkan dalam jangka masa yang panjang ini. Jelasnya, jika hal-hal
yang dinyatakan di atas itu kita laksanakan, sudah pasti kita memiliki ciri-ciri manusia yang
berjaya bak kata pepatah hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih.

97

Program-Program Kesihatan

Rajah 5.4 : Program Kesihatan Masyarakat

Program Kesihatan Masyarakat


Masyarakat yang wujud di sesebuah negara merupakan unsur yang terpenting dalam
melahirkan suasana aman dalam negara berkenaan. Kehidupan sesebuah komuniti yang baik
berkait rapat dengan kesihatan keluarga dan individu yang mendiami sesebuah negara. Ratarata kita melihat komuniti kita hari ini sudah jauh terpesong sebagai komuniti yang sihat.
Pelbagai kes yang tidak dijangkakan berlaku sewenang-wenangnya sehingga menjadi satu
budaya keganasan yang melampau.
Sikap dan tingkah laku positif sebagai seorang individu yang bermoral sudah jarang ditemui.
Masing-masing menunjukkan unsur keganasan seperti pembunuhan, kekacauan, pencabulan,
perogolan dan beberapa perkara yang sukar diterima oleh akal fikiran waras. Keadaan ini
merujuk bahawa masyarakat kita sebenarnya sedang dilanda kesakitan mental, dan
memerlukan bantuan rawatan khusus pada peringkat awal. Sakit mental bagi komuniti
dikategorikan sebagai abnormal yang merujuk kepada tingkah laku bilazim dalam sesebuah
komuniti (Azizi & Jamaludin, 2007).
Pengelasan ini di rumuskan sebagai tingkah laku yang terkeluar dari norma statistik, terkeluar
dari norma komuniti, tingkah laku yang salah adaptasi dan kadar tekanan peribadi yang
dihadapi oleh individu (Azizi & Jamaludin, 2007). Hakikat ini menunjukkan bahawa keadaan

98

Program-Program Kesihatan

kesihatan mental komuniti kita tidak berada dalam kenormalan, dan perlu dirawat secepat
mungkin bagi mengelakkan sebarang unsur-unsur sebegini berterusan. Pada tahun 2020,
penyakit mental dijangkakan berada pada kedudukan kedua penyakit tertinggi di dunia
(Noradilah & Mansor, 2009). Keadaan ini bakal memberikan satu tamparan hebat kepada
masyarakat dunia bahawa penyakit ini semakin merebak dari setahun ke setahun dan bakal
menghancurkan komuniti di sesebuah negara.
Raihanah (2004) menyatakan kesihatan keluarga sebagai suatu yang sangat berharga dan
bernilai dalam kehidupan. Kesihatan yang baik tidak boleh dijual beli, dan apabila individu sihat
bermakna segala aktiviti hariannya akan sempurna dan bermakna. Setiap individu memerlukan
kesihatan yang baik bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan sebagaimana lazimnya.
Inilah yang dikatakan sebagai kesejahteraan sesebuah komuniti bergantung kepada kesihatan
individu dan keluarga. Tiada sebuah keluarga pun yang menginginkan ahli-ahli keluarganya
tidak sihat sama ada secara fizikal, mental dan jiwa.
Kelemahan dalam kesihatan akan mewujudkan satu jurang yang jauh dalam kalangan ahli
keluarga dan memisahkan perhubungan yang baik selama ini. Johnson (1998) pula merujuk
kesihatan keluarga dengan keadaan institusi keluarga yang tidak berperaturan, tiada pendirian
dan tidak teguh (deinstitutionalization). Kesannya membawa kepada sebuah keluarga yang
tidak berfungsi dan penyebab kepada kesakitan mental. Banyak faktor yang mempengaruhi
keadaan ini berlaku dalam sesebuah keluarga seperti komunikasi, faktor biologi, kurang
sokongan, dan elemen emosi (Johnson, 1998).
Kewujudan faktor-faktor ini menyebabkan ahli-ahli keluarga yang tidak berpenyakit akan mula
merasai penyakit sama ada secara dalaman atau luaran. Elemen-elemen seperti sokongan,
kasih sayang, dan perhatian oleh keluarga merupakan elemen penting ke arah kesejahteraan
individu dalam keluarga. Motivasi secara intrinsik ke atas ahli-ahli dalam keluarga mewujudkan
satu keadaan tenang, tenteram dan harmoni dalam diri. Keluarga yang sihat dan komuniti yang
sejahtera mencerminkan individu dan bangsa yang ada di sesebuah negara itu sebagai
kelompok komuniti yang sejahtera, makmur, dan harmoni dalam segenap aspek seperti politik,
ekonomi dan sosial.
Murphy et al. (2002) mengelaskan kesihatan keluarga sebagai penyakit kronik dan terminologi
kesakitan yang menyebabkan tekanan keseluruhan ahli keluarga. Keadaan ini merupakan

99

Program-Program Kesihatan

suasana yang sangat tidak diinginkan oleh ahli keluarga yang memberikan tekanan dalaman
dan luaran. Murphy et al. (2002) dalam kajiannya tentang keluarga yang sakit menyatakan
bahawa ahli keluarga yang menghidap penyakit AIDS didapati memberi kesan kepada elemen
fizikal, mental dan jiwa sama ada kepada ahli-ahli keluarga dan pesakit. Penyakit ini
merupakan penyakit yang membawa maut dan memberikan stigma tidak berkesudahan.
Mereka dianggap sebagai golongan negatif kerana melanggar peraturan, agama, moral, dan
sosial (Aishah, 2002). Malah, ahli keluarga juga menjadi mangsa dalam keadaan ini dan
dipandang hina oleh sebilangan masyarakat.
Kemerosotan kesihatan keluarga sama ada secara dalaman dan luaran membawa kepada
perbalahan dalaman ahli keluarga. Perbalahan secara dalaman tanpa ada satu jalan
penyelesaian terbaik sesebuah keluarga akan mempengaruhi kehancuran sesebuah komuniti
yang sebelumnya harmoni. Gormley (2007) melihat kesihatan keluarga melalui perkaitan
dengan pokok keluarga yang dikatakan sebagai satu sejarah kehidupan yang lampau dan
berterusan. Pokok kesihatan keluarga ini digambarkan sebagai rentetan keturunan yang wujud
sejak puluhan atau ratusan generasi dan melihat dari sudut elemen kebakaan. Hubungan
kekeluargaan yang wujud selama ini menjadi satu bukti bahawa kebakaan yang diperturunkan
sedikit sebanyak mempengaruhi kesihatan sesebuah keluarga.
Sejarah kesihatan keluarga yang baik akan menceritakan keseluruhan tentang individu, adik
beradik, anak-anak, dan juga saudara mara. Pengetahuan tentang sejarah latar belakang
seperti tempat kelahiran, bangsa, dan datuk nenek memberikan penjelasan yang baik ke arah
kesejahteraan keluarga. Pembentukan kesihatan keluarga bergantung kepada kesihatan
datuk, nenek dan ibu bapa terdahulu sehingga mempengaruhi generasi seterusnya. Rozumah
dan Rahimah (2008) melihat keadaan ini sebagai susur galur keturunan terdahulu yang
dinamakan sebagai genealogi. Kajian ini merujuk kepada sejarah struktur keluarga yang
bertujuan membentuk susur galur keluarga terdahulu berasaskan individu utama (Rozumah &
Rahimah, 2008). Namun, susur galur ini biasanya digunakan oleh golongan diraja yang
bertujuan untuk memperincikan keturunan terdahulu dan dijadikan panduan kepada salasilah
keluarga.
OBrien (2006) mengkaji kesihatan keluarga dengan melihat tekanan yang wujud dalam
sesebuah keluarga. Tekanan ini membawa kepada risiko penyakit tertentu sama ada berjangkit
atau tidak berjangkit. Namun, kajian OBrien (2006) melihat kepada elemen jiwa yang tertekan

100

Program-Program Kesihatan

sebagai pencetus kepada halangan dalam kesihatan sesebuah keluarga. Beberapa tekanan
dalaman seperti stres, kemurungan, ketuaan, dan insomnia (masalah sukar tidur) merupakan
elemen penting dalam melihat kesihatan sesebuah keluarga. Tidak dinafikan bahawa penyakit
yang wujud dalam diri individu dan keluarga berpunca daripada tekanan tertentu. Keadaan
dalaman yang tidak sihat, tidak tenang dan tidak sejahtera mempengaruhi hubungan yang
tidak baik dan kehancuran hidup.
Yahaya (2002) menjelaskan personaliti mempunyai kaitan yang rapat dengan penyakit kronik
seperti hipertensi, kecelaruan jantung, kanser, anoreksia dan pelbagai penyakit dalaman lain
lagi. Keadaan ini berlaku kerana individu yang sentiasa resah, bimbang, cepat cemas dan
cepat marah. Kesannya, kesihatan individu dan keluarga mula terjejas sehingga ahli keluarga
lain turut sama merasainya. Justeru itu, kesihatan keluarga yang baik haruslah diasaskan
kepada kesihatan individu dalam membawa kepada kesejahteraan komuniti.

Aktiviti dan medium yang boleh digunakan untuk menyampaikan maklumat


pendidikan kesihatan kepada masyarakat
Kurikulum di sekolah
Sebut sahaja Pendidikan Kesihatan, yang terlintas di kepala kita adalah perkataan pertama itu
sendiri iaitu pendidikan. Seharusnya, sekolah merupakan institusi utama menyampaikan ilmu
Pendidikan Kesihatan. Di sekolah, murid-murid diajar Pendidikan Kesihatan sepanjang
persekolahan mereka. Mengikut spesifikasi huraian sukatan pelajaran, Pendidikan Kesihatan
bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif
terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia


Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (LPKM) telah beroperasi pada 1 April2007 berikutan
pewartaan Akta Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia 2006 (Akta 651) pada 29 Jun
2006. Lembaga ini merupakan sebuah badan berkanun yang ditubuhkan oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia berperanan mempromosikan gaya hidup sihat dalam kehidupan di
samping mempertingkatkan keadaan sosial dan persekitaran bagi memperbaiki taraf kesihatan

101

Program-Program Kesihatan

masyarakat. Lembaga berperanan memberi geran atau bantuan kewangan untuk melakukan
sebarang jenis penyelidikan, aktiviti sukan, riadah atau kebudayaan yang berkaitan dengan
promosi kesihatan.

Radio dan televisyen


Pendidikan kesihatan disampaikan dengan utamanya melalui radio dan televisyen.Ini adalah
kerana, boleh dikatakan setiap isi rumah di Malaysia mempunyai radio atau televisyen di
rumah mereka. Oleh itu, kedua medium ini adalah medium yang paling utama dalam
menyampaikan pendidikan kesihatan kepada masyarakat. Antara contoh yang paling nyata
dapat dilihat ialah penerangan mengenai virus influenza A H1N1 yang telah melanda
Malaysia pada tahun yang lalu sehinggalah sekarang. Dengan bantuan radio dan televisyen,
sebarang maklumat dan berita terkini mengenai virus tersebut dapat disampaikan kepada
masyarakat dalam tempoh yang singkat dan lebih mudah difahami. Selain daripada
itu, televisyen kabel juga boleh memainkan peranan. Ini yang berlaku kepada Hospital
Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) yang mempunyai televisyen kabel mereka sendiri
yang dinamakan MediTV.

Surat khabar dan majalah


Selain daripada radio dan televisyen, surat khabar dan majalah menjadi medium yang kedua
terpenting. Ini kerana medium ini mudah dan murah untuk didapatkan. Antara contoh
pendidikan kesihatan di dalam surat khabar adalah seperti ruangan kesihatan yang diterbitkan
oleh akhbar Mingguan Malaysia setiap minggu. Sememangnya ruangan pendidikan kesihatan
seperti ini amat berguna kepada masyarakat. Selain itu, majalah-majalah tempatan juga sering
memaparkan maklumat mengenai pendidikan kesihatan. Contoh adalah seperti yang
terkandung dalam majalah Mingguan Wanita. Kebanyakan majalah-majalah yang diterbitkan
akan menyelitkan satu atau dua ruang yang berkaitan dengan pendidikan kesihatan. Ruangan
ini sedikit sebanyak akan melariskan lagi jualan majalah mereka.

Buku dan buletin


Buku dan bulletin juga berperanan memberi maklumat mengenai pendidikan kesihatan kepada
masyarakat. Buku-buku ini kebanyakannya diterbitkan sendiri oleh pihak Kementerian
Kesihatan mahu pun badan-badan bukan kerajaan. Ia memberi peluang kepada masyarakat

102

Program-Program Kesihatan

untuk mendapatkan ilmu pendidikan kesihatan secara murah dan mudah. Terdapat juga
bulletin yang diterbitkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia yang berbentuk
topikal. Selain itu, bulletin mingguan atau bulanan juga banyak diterbitkan oleh hospital, klinik
dan agensi-agensi kerajaan terutamanya dalam Kementerian Kesihatan Malaysia. Contoh
buku dan bulletin adalah seperti di bawah.

VCD / DVD
Penjualan vcd / dvd mengenai pendidikan kesihatan juga ada dilaksanakan terutamanya oleh
pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Kebanyakan vcd / dvd ini dihasilkan oleh hospital,
klinik dan agensi-agensi lain yang berkaitan dengan promosi kesihatan.

Brosur dan poster


Brosur dan poster juga banyak diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memberi
maklumat tentang pendidikan kesihatan kepada masyarakat. Contoh, brosur adalah seperti
brosur mengenai topik-topik tertentu seperti Otak Saya Rosak Akibat Rokok dan poster
seperti tajuk Langkah Mencapai Berat Badan Unggul.

Internet
Dalam zaman yang serba moden dan canggih ini, internet memainkan peranan yang begitu
penting. Laman-laman web tumbuh seperti cendawan bagi memberi maklumat kepada
masyarakat mengenai pendidikan kesihatan. Antara contoh laman web yang menyediakan
maklumat mengenai pendidikan kesihatan ialah seperti mysenam.com.

Kempen kesihatan
Kempen-kempen kesihatan juga banyak dianjurkan oleh pihak Kementerian Kesihatan
Malaysia. Antaranya ialah seperti Kempen Tak Nak yang dianjurkan oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia. Kempen ini menyarankan agar masyarakat berkata tidak atau tak nak
kepada merokok. Pihak kerajaan berharap yang kempen sebegini akan dapat meningkatkan
lagi mutu kesihatan masyarakat.

103

Program-Program Kesihatan

Pameran kesihatan
Pameran kesihatan juga adalah salah satu cara lagi memberi pendidikan kesihatan kepada
masyarakat. Pameran ini buka hanya di jalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia malah
juga sekolah dan badan-badan kerajaan mahu pun bukan kerajaan yang lain.
Dengan mengadakan Pameran Kesihatan, masyarakat dapat melihat dengan lebih luas lagi
tentang sesuatu topik seperti Pameran Anti Dadah yang sering dilakukan oleh Agensi Anti
Dadah Kebangsaan yang memberi maklumat kepada masyarakat tentang perkara- perkara
yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah.

Kursus / seminar / kolokium kesihatan


Kursus,

Seminar

dan

Kolokium

Kesihatan

juga

adalah

sebahagian

daripada

bentuk penyampaian maklumat pendidikan kesihatan. Ketiga-tiga medium ini biasanya


diadakan dengan menjemput penceramah untuk menyampaikan pendidikan kesihatan tetapi
jangka masa antara ketiga-tiga medium ini berbeza. Seminar kesihatan hanya mengambil
masa beberapa jam tetapi kursus atau kolokium akan mengambil masa yang lebih panjang.

Program kesihatan
Antara Program Kesihatan yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ialah seperti
Klinik Warga Emas dan Program Doktor Muda. Dua program ini adalah dua program
yang berbeza target audiennya. Walau bagaimanapun, keduanya bertujuan menyampaikan
maklumat pendidikan kesihatan yang berguna. Semoga program seumpama ini dapat
dijalankan oleh agensi-agensi lain yang berkaitan demi kebaikan kita semua.

Rajah 5.5 : Program Kesihatan Negara

104

Program-Program Kesihatan

Dengan menggunakan ayat sendiri, berikan pandangan anda bagaimana program


kesihatan yang telah di rancang oleh kerajaan boleh memberi kesan yang efektif kepada
masyarakat Malaysia?
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________

Program Kesihatan Negara


Dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10), kerajaan telah merangka strategi dalam
melaksanakan program kesihatan negara. Keterangan terperinci mengenai strategi tersebut
adalah seperti berikut:

Mentransformasikan sektor kesihatan ke arah sistem kesihatan yang efisien


dan berkesan untuk memastikan akses yang universal terhadap penjagaan
kesihatan
i.

Memperkukuh dan menyelaras sistem penyampaian penjagaan kesihatan sedia


ada dalam usaha menjayakan 1Care for 1Malaysia
Sistem penyampaian penjagaan kesihatan perlu diperkukuh dan diselaraskan.
Penjagaan kesihatan primer akan menjadi teras bagi sistem kesihatan di Malaysia.
Setiap penduduk dan pengamal perubatan akan didaftar. Sistem rujukan akan
dizonkan mengikut kawasan.

105

Program-Program Kesihatan

Keutamaan penjagaan kesihatan akan diberi terhadap pencegahan dan promosi


kesihatan. Sumber kesihatan akan digerakkan dan dikongsi bersama. Teknologi yang
bersesuaian akan digunakan bagi tujuan penyampaian penjagaan kesihatan.
ii. Sistem pembiayaan penjagaan kesihatan yang bersepadu
Satu sistem pembiayaan penjagaan kesihatan yang bersepadu akan diwujudkan bagi
mempertingkatkan akses dan kesaksamaan terhadap penjagaan kesihatan yang
berkualiti. Sistem ini akan menjamin agar setiap rakyat mendapat perkhidmatan yang
bersesuaian di mana saja tanpa perlu berfikir mengenai kos pembiayaan. Sistem ini
akan memastikan terdapat kesaksamaan dalam pengagihan sumber termasuk fasiliti
kesihatan.
Maklumat struktur kos akan menjadi lebih teratur. Pelaksanaan sistem ini akan
memastikan bahawa penguatkuasaan Private Healthcare Facilities and Services Act
1998 (PHFSA 1998) dapat dilaksanakan dengan berjaya. Sistem pembiayaan yang
sedang diambil kira untuk dilaksanakan adalah sistem insurans kesihatan sosial yang
turut mengkaji pengguna mix case sebagai asas bagi mekanisme pembayaran kepada
pengamal perubatan serta co-payment. Pakej perubatan turut dikaji dalam
pelaksanaan sistem insurans ini.
iii. Penjagaan kesihatan asas yang berkualiti
Fasiliti kesihatan akan di akreditasi dan pengamal perubatan akan diwartakan bagi
memastikan bahawa perkhidmatan kesihatan yang diberi adalah berkualiti dan
mengikut piawaian/standard penjagaan kesihatan. Bagi meningkatkan kecekapan dan
kemahiran, setiap anggota kesihatan perlu mengikuti pembangunan profesional yang
berterusan. Garis panduan amalan akan diperkembangkan dan peranan Penilaian
Teknologi Kesihatan akan dipergiatkan. Peranan tadbir urus klinikal turut
diperkukuhkan. Penyediaan garis panduan serta sistem perundangan dan
penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan.
iv. Tenaga kerja yang kompeten dan mencukupi
Usaha akan dibuat agar pembangunan modal insan dalam bidang kesihatan menjadi
lebih efisien dalam memenuhi keperluan dan tuntutan bidang kesihatan. Ini

106

Program-Program Kesihatan

termasuklah daripada segi bilangan dan kompetensi / kemahiran serta pengagihan


sumber. Insentif dan hadiah atau ganjaran berdasarkan prestasi perkhidmatan akan
diambil kira. Kompetensi juga perlu dibangunkan dalam bidang tadbir urus dan kawal
selia klinikal (clinical governance) agar kualiti penyampaian penjagaan kesihatan dapat
dipertingkatkan.
v. Memperkukuhkan penguatkuasaan dan perundangan penjagaan kesihatan
Undang-undang kesihatan perlu diperkukuhkan melalui kajian dan penyemakan
semula akta dan garis panduan serta penggubalan undang-undang kesihatan relevan
yang baru. Sistem perundangan perlu memastikan agar kod etika kesihatan diikuti.
Sejajar dengan ini, sumber termasuk anggota yang terlatih, kompeten serta mencukupi
perlu diwujudkan supaya aktiviti penguatkuasaan dapat dilaksanakan dengan lancar.
vi. Memperkukuhkan pelaksanaan dan sistem pemantauan dan penilaian
Kompetensi dalam pengawasan perlu diperkukuhkan agar pelaksanaan program
kesihatan dapat dipantau dan dinilai berdasarkan data dan maklumat yang terkini.
Maklumat kesihatan dan hasil penyelidikan yang berkualiti perlu diwujudkan bagi
memastikan data tersebut masih relevan untuk dijadikan bukti bagi setiap peringkat
keputusan. Kapasiti dalam perkara ini perlu dipertingkatkan.
vii. Menjadikan teknologi maklumat dan komunikasi sebagai enabler
Penggunaan dan pelaburan dalam teknologi maklumat perlu dipertingkatkan untuk
dijadikan enabler bagi tujuan komunikasi dan penyebaran maklumat berkaitan dengan
transformasi kesihatan. Ini adalah untuk memastikan agar maklumat yang diperoleh
adalah yang sahih dan terkini serta mudah diakses pada bila-bila masa.

Kesedaran kesihatan dan gaya hidup sihat


i.

Meningkatkan akses kepada pengetahuan kesihatan.


Akses pengetahuan kesihatan kepada penduduk perlu dipertingkatkan dengan
menggunakan pendekatan yang lebih berinovasi untuk memperkasakan setiap
golongan masyarakat. Ini melibatkan perkongsian maklumat di setiap peringkat.

107

Program-Program Kesihatan

Insentif perlu diberi kepada individu yang berpengetahuan khusus kepada mereka
yang mengamalkan gaya hidup sihat.
ii. Memberi motivasi kepada individu, keluarga dan komuniti untuk memperoleh
pengetahuan dan kemahiran
Individu, keluarga dan komuniti perlu diberi motivasi untuk mendapatkan pengetahuan
dan kemahiran mengenai penjagaan kesihatan masing-masing. Ini melibatkan
pendekatan yang berinovasi dan pemberian insentif kepada pihak tertentu.
iii. Meningkatkan peluang untuk mengamalkan gaya hidup sihat di tempat kerja,
sekolah, rumah dan sebagainya
Prasarana, kemudahan dan persekitaran di tempat kerja, sekolah dan rumah perlu
dikaji serta diperbaiki untuk membolehkan rakyat mengamalkan gaya hidup sihat. Ini
termasuklah dalam penyediaan makanan dan poster-poster bagi menggalakkan
amalan gaya hidup sihat.
iv. Membangun dan menguatkuasakan dasar awam ke arah gaya hidup sihat
Dasar-dasar kesihatan ke arah menggalakkan gaya hidup sihat di setiap peringkat
umur perlu dibangunkan dan dikuatkuasakan. Ini termasuklah dasar-dasar bagi
mengurangkan risiko kejadian penyakit seperti promosi untuk berhenti merokok;
pengambilan makanan dan minuman yang mengandungi kurang gula; garam dan
lemak atau minyak serta fiber tinggi; penggalakan bersenam serta amalan untuk
mengurangkan stress.

Memperkasakan individu, keluarga dan masyarakat agar bertanggungjawab


terhadap kesihatan sendiri
i.

Meningkatkan tahap celik kesihatan


Strategi perlu diwujudkan

bagi meningkatkan tahap celik kesihatan penduduk

Malaysia. Ini termasuklah usaha untuk memperkasakan individu, keluarga dan


masyarakat melalui penyediaan maklumat yang sahih berkaitan sesuatu penyakit,
kaedah pencegahan dan rawatan agar setiap golongan masyarakat turut terlibat dalam
membuat keputusan serta pemilihan bagi mendapatkan rawatan penyakit masingmasing.

108

Program-Program Kesihatan

ii. Menyediakan maklumat kesihatan termasuk kos penjagaan kesihatan dan dasar
tadbir urus
Individu, keluarga dan masyarakat perlu tahu cara mendapatkan maklumat kesihatan
termasuk kos penjagaan kesihatan dan dasar-dasar tadbir urus supaya mereka turut
bertanggungjawab dalam mendapatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang
optimum.
iii. Menyediakan saluran untuk membuat aduan dan mendapatkan maklum balas
mengenai pengamal kesihatan
Saluran untuk membuat aduan serta maklum balas berkenaan pengamal kesihatan
perlu diwujudkan agar setiap golongan masyarakat boleh mendapatkan rawatan
kesihatan yang terbaik serta berkualiti.
iv. Menggerakkan persatuan-persatuan sivil
Persatuan-persatuan sivil perlu digerakkan untuk membolehkan organisasi terlibat
secara aktif dalam memperkasakan individu, keluarga dan komuniti bertanggungjawab
terhadap kesihatan sendiri.

RUMUSAN
1. Kementerian Kesihatan kerap kali mengadakan kempen kesihatan untuk memberi
kesedaran kepada awam tentang penjagaan kesihatan yang perlu dipupuk dalam budaya
hidup kita malah perlu disemai sejak awal lagi agar kita tidak tergolong dalam kalangan
yang mempunyai masalah kesihatan.
2. Promosi kesihatan boleh didefinisikan sebagai tindakan yang menjurus kepada pembaikan
atau perlindungan kesihatan menerusi perubahan tingkah laku, biologi, sosioekonomi dan
persekitaran. Promosi kesihatan juga melibatkan bukan sahaja aktiviti penyebaran
maklumat tetapi juga membabitkan usaha atau perubahan untuk mempengaruhi aktivitiaktiviti individu, kumpulan, masyarakat, pihak majikan dan pihak berkuasa tempatan ke
arah amalan gaya hidup yang sihat.

109

Program-Program Kesihatan

3. Program Kesihatan Sekolah (PKS) meliputi semua kegiatan dan pengalaman yang direka
untuk; mempertahankan, menggalakkan dan menjaga kesihatan optima murid-murid dan
kegiatan sekolah, untuk menggalakkan keadaan hidup sihat di sekolah dan untuk membina
pengetahuan, sikap dan kebiasaan yang diingini mengenai kesihatan.
4. Ibu bapa memainkan peranan yang besar untuk memupuk amalan gaya hidup sihat dalam
kalangan anak-anak. Amalan ini adalah penting untuk dilaksanakan agar kesihatan rakyat
dalam negara ini sentiasa dalam keadaan yang baik. Oleh itu, langkah-langkah di atas
perlulah diamalkan oleh anak-anak yang menjadi pemimpin generasi akan datang.
5. Semua rakyat Malaysia haruslah mengamalkan gaya hidup sihat supaya penyakit seperti
kencing manis, obesiti, darah tinggi, sakit jantung dan sebagainya dapat dikurangkan
dalam jangka masa yang panjang ini. Jelasnya, jika hal-hal yang dinyatakan di atas itu kita
laksanakan, sudah pasti kita memiliki ciri-ciri manusia yang berjaya.

110

Program-Program Kesihatan

111

PETA KONSEP

Program Kesihatan Individu


Kegiatan riadah

Mentaliti positif

Program Kesihatan Keluarga


Menjaga kebersihan
persekitaran

Program Kesihatan Sekolah


Program susu sekolah

Program Kesihatan Masyarakat


Kempen kesihatan

Program Kesihatan Negara


Memperkasa individu,
keluarga & masyarakat
Rajah : Program kesihatan pelbagai peringkat

Program-Program Kesihatan

Medium
Program
Kesihatan

Rajah: Medium program kesihatan

KATA KUNCI
1. Program Kesihatan Diri
2. Program Kesihatan Keluarga
3. Program Kesihatan Sekolah
4. Program Kesihatan Masyarakat
5. Program Kesihatan Negara
6. Kempen Kesihatan
7. Pendidikan Kesihatan

112

Program-Program Kesihatan

PENILAIAN KENDIRI

1. Terangkan apakah peranan yang dimainkan oleh individu dalam penjagaan kesihatan diri
bagi mengekalkan kesihatan diri secara optimum?
2. Apakah peranan keluarga dalam aktiviti kesihatan dalam membentuk keluarga yang
sejahtera?
3. Jelaskan peranan masyarakat dalam aktiviti kesihatan bagi meningkatkan taraf kesihatan
dan mutu kehidupan masyarakat?
4. Bincangkan perancangan dan perlaksanaan program-program kesihatan secara khusus.
5. Apakah kepentingan mengadakan program kesihatan di semua peringkat?

RUJUKAN
Abdul Latif Ahmad(2002). Pke3104 Pengenalan Program Kesihatan Sekolah.Ipg Kampus Tun
Hussein Onn Batu Pahat Johor
Jabatan Perdana Menteri (2010). Rancangan Malaysia Kesepuluh 2011-2015. Kuala Lumpur:
Unit Perancangan Ekonomi:
Norkumala binti Awang.(2007). Gaya Hidup Sihat Perlu Keseimbangan Rohani dan Jasmani.
Kuala Lumpur: IKIM
MediTV HUKM. Atas Talian. http://pkukmweb.ukm.my/~medipro/home/meditv.asp. (akses 12
Jan 2013)
Program Doktor Muda. Atas Talian. http://www.drmuda.gov.my/drmuda. (akses 29 Jun 2012).
http://sobhahunnur.blogspot.com/p/amalkan-aktiviti-rekreasi.html
http://sobhahunnur.blogspot.com/p/peranan-diri-kita-dan-masyarakat.html
http://www.edutraining.cc/pendidikan/semester2/Manusia%20dan%20alam%20sekitar.
http://www.mysenam.com/MySENAM.asp. (akses 29 Jun 2012)
MediTV HUKM. Atas Talian. http://pkukmweb.ukm.my/~medipro/home/meditv.asp. (akses 12
Jan 2013)
Program Doktor Muda. Atas Talian. http://www.drmuda.gov.my/drmuda. (akses 29 Jun 2012).

113

Program-Program Kesihatan

114

JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS

Program Kesihatan Individu


Mentaliti positif

Utamakan kebersihan
diri

Kegiatan riadah

Tidak merokok

Program Kesihatan Keluarga


Pemakanan yang seimbang

Menjaga kebersihan
persekitaran

Pemeriksaan kesihatan

Program Kesihatan Sekolah


Program susu sekolah

Pemeriksaan gigi

Bergotong-royong

Program Kesihatan Masyarakat


Gotong-royong

Kempen kesihatan

Seminar kesihatan

Program Kesihatan Negara


Tranformasi sektor kesihatan

Kesedaran kesihatan dan


gaya hidup sihat

Memperkasa individu,
keluarga & masyarakat

Rajah : Program kesihatan pelbagai peringkat

Program-Program Kesihatan

115

B
Kurikulum
di sekolah
Radio &
Televisyen

VCD/DVD

Pameran
Kesihatan

Surat
Khabar &
Majalah

Medium
Program
Kesihatan

Kempen
Kesihatan

Buku &
Buletin

Internet

Brosur &
Poster

Rajah : Medium program kesihatan

You might also like