You are on page 1of 2

Pada era globalisasi ini,isu gaya hidup sihat sering diperkatakan oleh

pelbagai pihak.Hal ini disebabkan oleh isu ini boleh memberi pelbagai impak
kepada kita. Bagi menjelaskan isu tersebut,tahap kesihatan yang baik berkait
rapat dengan gaya hidup masyarakat pada masa ini akan dihuraikan secara
rasional dan terperinci.Gaya hidup sihat bermaksud sebagai amalan tabiat yang
meningkatkan tahap kualiti dan meninggalkan tabiat yang memudaratkan
kesihatan.Namun,terdapat pelbagai kes-kes penyakit kritikal seperti sakit
jantung,kanser,diabetes dan obesiti di Malaysia.Hal ini demikian kerana,empat
daripada sepuluh orang dewasa yang lebih daripada usia 18 tahun di Malaysia
mempunyai penyakit obesity atau lebih dikenali sebagai kegemukan.Oleh itu,kita
mestilah mengetahuai cara-cara dan manfaat gaya hidup sihat demi
meningkatkan taraf kesihatan agar tidak seperti nasi menjadi bubur.
Apabila kita berdiskusi tentang gaya hidup sihat,sudah pasti terlintas
pada benak fikiran kita tentang caranya sebagai wacana paling ampuh iaitu
bersenam.Dengan melakukan senaman,kita dapat membakar kalori dalam badan
dan mengurangkan masalah berat badan.Selain daripada itu,apabila kita
bersenam,kita akan berpeluh.Ini akan mengakibatkan toksin dan garam
berlebihan keluar daripada badan.Bak kata pepatah,’badan cergas,minda
cerdas’.Ini juga akan mengakibatkan pengaliran darah lebih lancer kerana mampu
angkut oksigen dan nutrient dengan efisien.Dengan ini,sistem kardiovaskular
berfungsi dengan baik.Aktiviti senaman harus dilakukan sekurang-kurangnya 3
kali seminggu dan setiap sesi dilakukan dalam 20 hingga 30 minit.Ini dapat
mengelakkan penyakit kronik terutamanya berkaitan dengan sistem
kardiovaskular badan.Jelaskan bahawa,gaya hidup yang sihat iaitu bersenam
dapat meningkatkan tahap kesihatan yang baik.
Mari telusuri pula cara mengamalkan gaya hidup yang sihat ialah dengan
mengamalkan pemakanan yang seimbang.Pemakanan yang seimbang terdiri
daripada pelbagai jenis makanan berdasarkan piramid makanan yang disarankan
oleh Kementerian Kesihatan Malaysia(KMM).Contohnya,makanan yang
mempunyai karbohidrat seperti nasi dan roti perlu diambil dengan banyak kerana
karbohidrat membekalkan tenaga supaya dapat menjalankan kehidupan
seharian.Seterusnya,makanan yang harus diambil dalam kuantiti yang rendah
ialah makanan yang mengandungi lemak,minyak,garam dan gula kerana ia dapat
mengelakkan daripada penyakit kronik,umpama mencegah lebih baik daripada
mengubati.Pemakanan yang seimbang menjadikan tubuh badan mendapat
bekalan nutrient yang diperlukan dengan mencukupi.Serat dan air kosong yang
mencukupi digalakkan kerana dapat membantu melancarkan sistem
perkumuhan.Selain daripada itu,bagi meningkatkan taraf kesihatan badan ialah
dengan mengamalkan gaya hidup sihat iaitu pengambilan makanan kesihatan
tambahan.Ini kerana dapat membantu tubuh mendapat vitamin dan mineral yang
mencukupi.Contohnya,seseorang boleh mengambil vitamin C untuk
meningkatkan imuniti badan.Pengambilan makanan kesihatan tambahan dapat
meningkatkan stamina dan meningkatkan daya tahan tubuh supaya menentang
penyakit.Oleh itu,bagi meningkat taraf kesihatan yang baik,seseorang tersebut
perlulah mengamalkan pemakanan yang seimbang dan boleh mengambil
makanan kesihatan tambahan seperti vitamin dalam gaya hidup sihat.
Tidak lengkap wacana ilmiah jika tidak memperkatakan tentang gaya hidup
sihat iaitu dengan tidak melakukan perbuatan negatif.Antara aktiviti gelaja sosial
ialah penagihan dadah,ketagihan arak,seks rambang dan menghisap
rokok.Perlakuan in akan menjejaskan kesihatan tubuh badan kita dalam jangka
yang penjang.Ini kerana dapat meningkatlan kendungan gula dan narkotin dalam
darah.Ia juga dapat merosakkan organ dalam tubuh.Selain daripada itu,gejala
negatif akan mengakibatkan masyarakat memandang rendah terhadap kita dan
akan memusnahkan masa depan cerah kita.Di samping itu,taraf kesihatan dapat
ditingkatkan jika jika bijak menangani tekanan.Tekanan diri adalah salah satu
gejala negatif yang semakin menular dalam kalangan masyarakat.Hal ini demikian
kerana,tekanan yang sukar dikawal sama ada di tempat kerja atau tempat belajar
selain daripada masalah rumah tangga.Justeru,seseorang perlulah sentiasa
menenangkan fikiran dengan melakukan yoga ataupun mendekatkan diri kepada
Tuhan.Ini akan mengelakkan seseorang tersebut mengalami kemurungan dan
tidak melakukan perbuatan yang dapat memudaratkan diri.Oleh itu,dengan tidak
melakukan perbuatan negatif dan mempunyai kebijaksaan menangani tekanan
dapat meningkatkan taraf kesihatan badan.
Kesimpulannya,pelbagai usaha perlu dilaksanakan untuk memastikan isu
gaya hidup sihat ini dapat difahami dan dihayati agar memberi manfaat kepada
kita semua.Setiap orang ingin kehidupan yang ceria,gembira,selamat dan hayat
yang panjang.Bagi mencapai impian tersebut,seseorang perlulah mengamalkan
gaya hidup yang sihat sebagai langkah utama untuk menrealisasikan impian
tersebut.Rakyat Malaysia perlulah sedar dan mengambil berat akan kepentingan
mengamalkan gaya hidup yang sihat demi kehidupan yang sihat dan
sejahtera.Oleh itu,semua pihak haruslah berkerjasama untuk menjayakannya dan
memberi kesedaran kepada semua,bak kata pepatah ‘bagai aur dengan tebing’.

You might also like