You are on page 1of 16

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KING GEORGE V

TAJUK FOLIO :

AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

NAMA : TEH WING ENG

KELAS : 2 MELEWAR

MATA PELAJARAN : PEN. JASMANI & KESIHATAN

GURU PENASIHAT : CIKGU SITI HAJAR


ISI KANDUNGAN

PENGENALAN..........................................................................................................................................I

1. DEFINISI 'GAYA HIDUP SIHAT........................................................................................................2


1.1 Definisi Gaya HIdup Sihat Secara Ringkas & Jelas ..........................................2

2. LANGKAH-LANGKAH MENGAMALKAN GAYA HIDUP SIHAT.............................................3


2.1 Pemakanan Sihat .......................................................................................................3
2.2 Persekitaran Yang Bersih...........................................................................................3
2.3 Menjalankan Pemeriksaan Kesihatan Berkala ..........................................................3
2.4 Beriadah ....................................................................................................................4
2.5 Beriadah Merokok .....................................................................................................4
2.6 Mengatasi Stress........................................................................................................4
2.7 Pastikan Rehat Yang Cukup.......................................................................................5

3. KEBAIKAN MENGAMALKAN GAYA HIDUP SIHAT .................................................................6


3.1 Memastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan yang baik ............................................6
3.2 Mengurangkan risiko menghadapi penyakit berbahaya.........................................................6
3.3 Menjamin kestabilan kesihatan mental serta sentiasa mengawal...........................................6
3.4 Melahirkan insan yang disiplin dan sihat dari segi fizikal dan persekitaraannya..................6
3.5 Menjalani kehidupan yang lebih bermakna. .........................................................................6
3.6 Melahirkan sebuah keluarga yang bahagia.............................................................................7
3.7 Mempunyai mentaliti positif ................................................................................................. 7

4. PERANAN IBU BAPA DALAM MEMUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT..........................8

5. PERANAN KERAJAAN DALAM MEMUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT......................9

6. KONKLUSI
Pengenalan

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sesiapa yang telah
banyak membantu saya dalam menyiapkan folio yang bertajuk ‘Amalan Gaya Hidup
Sihat’. Terutamanya, ibu bapa yang membeli bahan-bahan untuk mencantikkan folio yang
telah siap. Selain itu, saya juga mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Siti Hajar yang
memberi peluang yang mulia ini kepada saya untuk membuat folio ini yang membawa
banyak pengetahuan tentang gaya hidup sihat. Dalam membuat folio ini, saya telah
mengenai dengan isu-isu yang berkaitan dengan gaya hidup sihat kerap diperkatakan oleh
setiap lapisan masyarakat. Saya telah memahami bahawa amalan gaya hidup sihat akan
membolehkan seseorang itu hidup sihat sepanjang hayat. Walaubagaimanapun, masih
terdapat antara kita yang tidak mengambil hal ini sebagai suatu yang penting. Justeru,
saya harap agar kita sedar bahawa kesihatan adalah jaminan untuk hidup yang lebih
sejahtera dan untuk mencapai tahap kesihatan yang terbaik, gaya hidup sihat merupakan
satu daripada syaratnya.
1.0 DEFINISI ‘ GAYA HIDUP SIHAT ’

Sepanjang hayat, kami sering diingatkan pentingnya kesihatkan untuk diri kita. Dari
kecil ibu bapa mengajar kita dengan kata-kata seperti "ah yang ini baik untuk kesihatan"
atau "jangan merokok kerana ia membahayakan kesihatan". Kesihatan juga sering
dipentingkan di zaman persekolahan yang sering mewajipkan seseorang melibatkan diri
dalam extra-curriculum seperti sukan atau badan beruniform. Tetapi bagi setiap orang
patut hidup dengan definisi kesihatan atau gaya hidup yang tersendiri. Walaupun asas
nutrisi dan bersenam itu adalah berdasarkan kepada fakta-fakta sains, cara kita
mengaplikasikannya terpulang kepada individu. Pilihan itu dalam tangan sendiri.

Gaya hidup sihat tidak semestinya melibatkan pemakanan dan senaman yang sempura
setiap hari. Kita perlu hidup dalam keseimbangan fizikal, rohani, social dan mental.
Tetapi sekali lagi keseimbangan itu terpulang kepada individu. Akhirnya, keseimbangan
itu patut memberi kegembiraan kepada anda.

1.1 DEFINISI GAYA HIDUP SIHAT SECARA RINGKAS & JELAS

FIZIKAL:

* Menjaga kebersihan dan kesihatan tubuh badan,persekitaran dan alam sekitar

MENTAL:
* Mengawal stres dan ketegangan yang melibatkan aspek ketenangan jiwa, perasaan
dan fikiran. Secara amnya, gaya hidup sihat ialah gaya hidup yang mengutamakan
amalan kesihatan dan pencegahan jangkitan penyakit.

2.0 Langkah-langkah Mengamalkan Amalan Gaya Hidup Sihat

Walaupun Amanlan Gaya Hidup Sihat dapat mengurangkan risiko kita untuk terdedah
kepada penyakit ,tetapi masih ramai individu diluar sana yang mengalami masalah
berlebihan,tidak aktif dan tidak menjalani gaya hidup yang sihat. Namun, masih belum
terlambat untuk mereka berubah dan menjalani hidup yang lebih sihat. Antara amalan
yang mudah dilakukan adalah:

1. Pemakanan Sihat

Ini merupakan amalan utama dalam menjalani gaya hidup sihat. Pemakanan yang sihat
dapat membantu kita mengekalkan tubuh yang sihat dan mengelakkan kita menjadi
gemuk. Kekurangan pengambilan makanan bergula dan garam kerana pengambilan
berlebihan boleh merisikokan kita mendapat darah tinggi, kencing manis dan obesiti yang
boleh menyebabkan strok.Jika seseorang itu gemar makan makanan yang tidak
menyihatkan, dia boleh menggantikannya dengan snek yang berkhasiat dan pastikan anda
tidak mengambilnya pada waktu hampir dengan waktu makan malam.

2. Persekitaran Yang Bersih

Memastikan kebersihan diri dan juga persekitaran juga penting dalam amalan gaya hidup
sihat. Mengutamakan kebersihan dapat menghalang wabak-wabak penyakit daripada
terus tersebar dan merisikokan anda mendapatkan penyakit lain.

3. Menjalani Pemeriksaan Kesihatan Berkala


Bukan ketika sakit sahaja perlukan pemeriksaan, anda perlu menjalani pemeriksaan
kesihatan berkala ini perlu bagi mengesan simptom awal penyakit yang boleh meragut
nyawa.Sekiranya penyakit berbahaya dapat dikesan pada peringkat awal, ini
bolehmemastikan cara pencegahan dan rawatan terperinci yang boleh dijalankan.Dengan
ini,pemeriksaan kesihatan ini boleh dilakukan di hospital kerajaan atau swasta.

4. Beriadah

Beriadah atau bersenam dapat mengeluarkan peluh dari badan. Toksin dalam badan juga
turut keluar melalui peluh. Dengan melakukan aktiviti senaman, jantung akan menjadi
sihat dan kuat. Sisa toksik dalam badan pula akan keluar melalui peluh kita semasa
bersenam. Senaman yang kita lakukan akan membolehkan darah mengalir dengan baik
dan menguatkan lagi otot-otot badan.

5. Berhenti Merokok

Seperti yang sedia maklum, tabiat merokok boleh merisikokan seseorang mendapat
penyakit paru-paru dan jantung dan lebih 40 jenis penyakit yang boleh membawa maut.
Ini adalah kerana terdapat 4000 jenis bahan kimia yang berbahaya di dalam asap rokok.
Jadi, bertindak sekarang, katakan tidak pada merokok. Dapatkan nasihat dari doktor
untuk menangani masalah ketagihan dan cara berhenti merokok.

6. Mengatasi Stress

Semua orang mengalami stress atau tekanan. Pelbagai punca yang boleh menyebabkan
stress, antaranya masalah keluarga, kerja, kewangan,dan sebagainya. Tekanan atau stress
yang berpanjangan boleh menimbulkan rasa marah. Jadi, atasi masalah ini dengan
mengawal tekanan dan kemarahan.

Beberapa cara untuk mengurangkan marah:

 Berfikir secara positif


 Belajar bertenang
 Wujudkan hobi
 Luangkan masa untuk keluarga, kerja dan beriadah
 Rehat dan tidur yang cukup
 Cari temanan untuk berkongsi atau meluahkan masalah

7. Pastikan Rehat yang Cukup

Rehat dan tidur yang cukup dapat mengurangkan tekanan selain dapat menenangkan
tubuh badan serta minda.Selain itu, proses metabolisme juga dapat berjalan dengan lancar
dengan rehat yang mencukupi.
3.0 Kebaikan Mengamalkan Gaya Hidup Sihat

1) Memastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan yang baik.

Sebagai contohnya, Gaya Hidup Sihat selalu memberi faedah kepada kecergasan
fizikal. Misalnya dengan melakukan aktiviti senaman secara kerap, kehidupan
seseorang itu menjadi lebih sihat dan menceriakan. Senaman seperti bersukan,
berekreasi, bersenam robik, berjalan dan berlari memastikan tubuh kita menjadi cergas
dan sistem peredaran darah menjadi lebih teratur. Pada masa yang sama, sistem
imunisasi manusia menjadi lebih cekap dan seterusnya stamina dan kekuatan dapat
dibina.

2) Mengurangkan risiko menghadapi penyakit berbahaya.

Sebagai contohnya, apabila kita sering melakukan senaman ataupun mengambil


makanan dengan kadar nutrisi yang betul, maka kita dapat mengelakkan diri daripada
pendedahan kepada penyakit berbahaya. Misalnya, penyakit seperti diabetes dan
penyakit jantung sering mencari mangsa yang kurang mengamalkan amalan gaya hidup
yang tidak sihat seperti merokok dan makan makanan yang berkolestrol.

3) Menjamin kestabilan kesihatan mental serta sentiasa mengawal ataupun


mengurangkan tekanan.

Sebagai contohnya, amalan berehat dan tidur dengan kadar yang mencukupi dapat
mengurangkan tekanan dan menenangkan tubuh badan serta minda. Dengan bersikap
lebih prihatin terhadap masa rehat dan masa tidur proses metabolisma juga dapat
dijalankan dengan lancar. Berikutan dengan itu, GHS yang lain seperti pemikiran positif
mampu memberi jalan penyelesaian bagi kemelut–kemelut yang serius tanpa
mengadapi tekanan yang berlebihan. Ini adalah kerana tekanan yang kita hadapi
kadang kala boleh menjuruskan kepada masalah mental ataupun masalah sosial seperti
pembuangan bayi, vandalisme dan sebagainya.

4) Melahirkan insan yang disiplin dan sihat dari segi fizikal dan persekitaraannya.

Misalnya, seseorang yang mengamalkan gaya yang positif akan sentiasa menjaga
kebersihan diri sendiri dan juga persekitarannya. Dengan mengutamakan kebersihan,
maka kita dapat menghalang wabak-wabak penyakit daripada terus tersebar. Di
samping itu, kita juga dapat hidup dalam suasana yang sihat dan harmoni. Amalan
seperti menjaga kebersihan diri serta persekitaraan melalui mandi, berpakaian bersih,
gotong-royong dan membuang sampah-sarap dalam tong sampah akan membentuk
disiplin dan peribadi seseorang

5) Menjalani kehidupan yang lebih bermakna.


Gaya hidup sihat menjanjikan kita dengan kesihatan yang lebih baik berbanding gaya
hidup tidak sihat. mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat seperti mengawal
makanan dan bersenam dapat mengurangkan risiko penyakit misalnya jantung
tersumbat. Kesannya, pengamal tidak perlu menjalani kehidupan menyulitkan seperti
terpaksa mengikut jadual ubat-ubatan dan pergi ke hospital.Di samping itu, pengamal
juga akan terhindar daripada pelbagai gejala sosial seperti merokok, minum arak,
mengambil dadah dan pergaulan bebas. Hal ini kerana pengamal akan dapat
memikirkan secara logik tentang kesan apabila terlibat dengan penyakit sosial.

6) Melahirkan sebuah keluarga yang bahagia.


Hal ini kerana keluarga ini dibina berdasarkan sebuah elemen yang cukup mantap iaitu
gaya hidup sihat yang merangkumi pengambilan makanan seimbang, senaman dan
tidak terlibat dengan gejala sosial. Hubungan antara keluarga juga dapat dieratkan.
Misalnya, ahli keluarga makan makanan sihat bersama-sama dann beriadah bersama
sama. keluarga bahagia inilah yang akan dapat melahirkan anak-anak yang produktif
untuk negara.

7) Mempunyai mentaliti positif


Pemikiran yang positif menjadikan seseorang itu mampu menyelesaikan pelbagai
kemelut yang melanda kehidupannya dengan baik tanpa tertekan. Kehidupan zaman
moden yang penuh cabaran terutama tekanan di pejabat memerlukan satu persepsi
positif daripada ahli masyarakat kita dan tekanan yang dialami boleh menjuruskan
seseorang pada perlakuan negatif seperti mendera, menagih dadah atau melakukan
sesuatu perkara di luar jangkaan. Jadi, semakin positif minda seseorang itu maka
semakin tinggilah gaya hidup sihat yang mampu dicapainya kelak.

4.0 Peranan Ibu Bapa Dalam Mempupuk Amalan Gaya Hidup Sihat

1) Memastikan anak-anak mengamalkan pemakanan yang seimbang.


Pemakanan yang seimbang adalah pemakanan yang mengandungi ketujuh-tujuh kelas
makanan dalam kadar yang bersesuaian iaitu karbohidrat, protein, vitamin, mineral,
lemak, air serta serat. Ibu bapa perlulah sentiasa menghidangkan makanan yang berzat
serta bernutrisi kepada anak-anak. Selain itu, ibu bapa juga digalakkan untuk makan di
rumah kerana makanan di luar, khususnya gerai-gerai makanan di sepanjang jalan yang
makanannya biasa digoreng dengan penuh minyak. Jika tabiat yang baik ditanam dalam
diri anak-anak, sudah pasti anak-anak akan tahu menjaga pemakanan mereka apabila
dewasa kelak.

2) Melakukan aktiviti bersenam dan beriadah bersama anak-anak.


Ibu bapa digalakkan untuk membawa anak-anak menjalani pemeriksaan kesihatan
sekurang-kurangnya enam bulan sekali ataupun dua kali setahun. Pemeriksaan kesihatan
adalah penting kerana mampu mengesan sesuatu penyakit ketika masih di peringkat awal
dan memudahkan pesakit menjalani rawatan dengan teknologi moden kini. Bak kata
pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati. Dengan ini, ibu bapa dapat mengenali
tubuh badan anak-anak mereka dengan lebih baik dan mampu menentukan pilihan yang
terbaik untuk anak-anak mereka. hidup sihat.

3) Membawa anak-anak membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala.


Ibu bapa digalakkan untuk membawa anak-anak menjalani pemeriksaan kesihatan
sekurang-kurangnya enam bulan sekali ataupun dua kali setahun. Pemeriksaan kesihatan
adalah penting kerana mampu mengesan sesuatu penyakit ketika masih di peringkat awal
dan memudahkan pesakit menjalani rawatan dengan teknologi moden kini. Bak kata
pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati. Dengan ini, ibu bapa dapat mengenali
tubuh badan anak-anak mereka dengan lebih baik dan mampu menentukan pilihan yang
terbaik untuk anak-anak mereka. hidup sihat.

4) Mengajar dan melatih anak-anak mereka mengutamakan kebersihan diri pada


setiap masa
Keperluan asas seperti menggosok gigi, mandi, berpakaian bersih, waktu tidur dan rehat
yang cukup juga perlu dijadikan amalan hidup seharian. Bagi mengelakkan jangkitan
kuman atau penyakit, mereka juga perlulah mengamalkan budaya mendisiplinkan diri
dengan asas-asas kebersihan seperti mencuci tangan dengan bersih sebelum makan,
menutup makanan dengan baik agar tidak dihinggapi lalat mahupun memilih gerai atau
tempat makan yang bersih semasa menjamu selera. Sikap sambil lewa ibu bapa dalam
menitik beratkan aspek berkenaan mungkin boleh membawa padah

5) Mendidik ahli keluarga mereka agar menjaga kebersihan persekitaran mereka.


Persekitaran yang bersih perlu dijadikan amalan dan gaya hidup agar kita terhindar
daripada sebarang penyakit. Umpamanya, ibu bapa menggalakkan anak-anak
mengadakan gotong-royong di rumah setiap hujung minggu untuk membersihkan
kawasan rumah bersama ahli keluarga. Ibu bapa juga boleh membawa anak-anak
menyertai kegiatan gotong royong ditaman perumahan dengan membersihkan sampah-
sarap atau memastikan kawasan persekitaran mereka sentiasa bersih. Amalan seperti ini
dapat mengelakkan pembiakan agen-agen pembawa penyakit seperti nyamuk, lipas, lalat
dan sebagainya.

6) Melatih aspek psikologi dan sosial anak-anak.


Mereka yang lebih terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain
didapati lebih bermakna kehidupannya berbanding dengan individu yang suka
bersendirian atau menyimpan masalah mereka. Sikap berkawan dan menghabiskan masa
bersama-sama mereka menjadikan keperluan psikologi manusia dipenuhi dengan efektif.
Ibu bapa digalakkan menjalin hubungan komunikasi yang mesra bersama-sama anak-
anak atau jiran tetangga. Hubungan baik yang berkekalan biasanya dapat melahirkan satu
bentuk kehidupan yang ceria dan menggembirakan. Sesungguhnya, aspek psikologi dan
sosial manusia perlu dipenuhi bagi memperoleh gaya hidup yang sihat.

7) Memastikan agar anak-anak mendapat rehat dan tidur yang secukupnya.


Tubuh badan anak-anak juga perlu direhatkan dengan kadar yang diperlukan untuk
mengecas semula organ-organ dalam badan mereka. Bagi anak-anak yang telah mencapai
usia remaja, mereka memerlukan sekurang-kurangnya lapan jam sehari untuk tidur
dengan selesa. Namun, ramai anak-anak muda pada masa ini yang lebih suka tidur
selepas tengah malam walaupun keesokan merupakan hari persekolahan. Kesannya,
mereka tidak akan berasa cergas dan badan akan lesu dan tidak bermaya. Malahan,
pelajaran anak-anak juga diganggu dan lama-kelamaan prestasi mereka dalam
peperiksaan semakin merosot.

Jelas bahawa ibu bapa memainkan peranan yang besar untuk memupuk amalan gaya
hidup sihat dalam kalangan anak-anak. Amalan ini adalah penting untuk dilaksanakan
agar kesihatan rakyat dalam negara ini sentiasa dalam keadaan yang baik. Oleh itu,
langkah-langkah di atas perlulah diamalkan oleh anak-anak yang menjadi pemimpin
generasi akan datang bak kata pepatah pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.
5.0 Peranan Kerajaan Dalam Mempupuk Amalan Gaya Hidup Sihat

1) Kempen
Pelbagai kempen dialankan untuk memupuk amalan gaya hidup sihat oleh pihak
kerajaan. Misalnya, pihak kerajaan telah mengadakan kempen anti merokok dan
sebagainya melalui pelbagai cara seperti iklan-iklan yang ditayangkan di dalam
televisyen, radio, poster-poster mahupun ceramah yang sering diadakan di sekolah
mahupun di pejabat dan sebagainya.

2) Ceramah
Dalam ceramah mahupun iklan itu hendaklah tentang kebaikan mengamalkan gaya hidup
sihat seperti dapat memastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan yang baik.,
mengurangkan risiko menghadapi penyakit berbahaya, menjamin kestabilan kesihatan
mental serta sentiasa mengawal ataupun mengurangkan tekanan, melahirkan insan
yang disiplin dan sihat dari segi fizikal dan persekitaraannya dan sebagainya.

3) Kuatkuasakan Undang-undang
Pihak kerajaan harus menetapkan undang-undang iaitu tidak membenarkan sesiapa
sahaja untuk merokok di kawasan-kawasan terbuka supaya tidak mempengaruhi orang
lain. Dendaan harus dikenakan kepada sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang
tersebut. Penjual rokok di kedai juga tidak boleh menjual rokok kepada remaja yang
berumur di bawah lapan belas tahun. Sesiapa yang didapati berumur di bawah lapan
belas tahun akan dikenakan denda yang setimpal. Pihak-pihak yang berkenaan juga
diharap akan dapat bekerjasama dalam membentuk gaya hidup yang sihat dengan tidak
membawa pengaruh yang negatif kepada generasi hadapan.

4) Menganjurkan Program-program
Sertai program-program untuk menyebarkan amalan gaya hidup sihat sambil mengambil
iktibar dan bersyukur dengan kesihatan diri. Jika seseorang itu sentiasa menyertai
program yang dijalankan, dia akan mengetahui kebaikan amalan gaya hidup sihat. Bagi
ibu bapa yang mempunyai anak-anak hendaklah didedahkan kepada iklan-iklan tentang
pentingnya.

5. KUAT SEMANGAT DAN BERDISIPLIN


Pihak kerajaan haruslah menguatkan semangat dan mendisiplinkan rakyat Malaysia
untuk mengamalkan gaya hidup sihat seperti tetapkan tarikh untuk beriadah, yakinkan
diri, buat nota peringatan, katakan pada diri anda, “Gaya Hidup Sihat Memanfaatkan”,
tumpukan pada hari ini jangan dulu fikirkan hari seterusnya, sentiasa berfikiran positif,
dapatkan sokongan daripada orang sekeliling seperti rakan sebaya, ibu bapa atau
keluarga, lawan keinginan atau perasaan untuk merokok dan gunakan.
Konklusi
Hendak seribu daya, tak nak sejuta dalih.amalan yang sangat mudah untuk kita amalkan
untuk menjadikan gaya hidup kita jalani lebih sihat. Usaha yang kita laburkan hari ini
akan mendatangkan faedah yang sangat berbaloi di masa akan datang. Amalan gaya
hidup sihat ini harus dipupuk sedari kita kecil dimana ibu bapa serta anggota keluarga
memainkan peranan mereka dalam mengamalkan gaya hidup sihat. Oleh itu mencegah
lebih baik dari mengubati. Justeru, marilah kita semua bersama-sama untuk
mengamalkan amalan gaya hidup sihat.

You might also like