You are on page 1of 6

Syarahan :Cara-cara Menjaga

Kesihatan
Assalamualaikum, selamat sejahtera
saya ucapkan. Yang saya hormati
Saudara Pengacara Majlis, yang berusaha
Tuan Guru Besar, barisan Penolong
Kanan, Guru Cemerlang, panel hakim
yang arif lagi bijaksana, serta rakanrakan yang disenangi. Tajuk syarahan
yang telah diamanahkan kepada saya
ialah Cara-cara Menjaga Kesihatan.

Kesihatan merupakan aset atau


anugerah yang terlalu tinggi nilainya
kepada setiap individu. Amalan
pemakanan
yang
sihat
dapat
mengelakkan
penyakit
yang
berbahaya seperti sakit jantung,
darah tinggi, angin ahmar, strok,
kencing manis dan lain-lain lagi.
Kesihatan dapat dijaga dan dikawal
melalui pengambilan makanan yang
seimbang.

Hadirin yang saya muliakan,


Selain itu, kita juga hendaklah
bersenam dalam masa setengah jam,
sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.
Semasa bersenam, lemak akan dibakar
dan peluh daripada badan kita akan
keluar bersama-sama kotoran yang
boleh menyebabkan penyakit. Amalan
bersenam dan berjoging juga dapat
memberikan kesihatan yang lebih baik
kepada kita.

Di samping itu, kebersihan


tubuh badan adalah satu daripada
punca
kesihatan
seseorang
individu.Kita hendaklah menjaga
kebersihan kulit, rambut, kuku, gigi
dan pakaian. Anggota badan yang
bersih dapat mengelakkandaripada
pembiakan
kuman serta jangkitan penyakit.

Hadirin yang saya hormati,


Kita sewajarnya mengamalkan
gaya hidup sihat sepanjang
masa. Kurangkan pengambilan
gula, lemak, garam dan minyak
dalam sajian makanan harian
kita. Kita tidak boleh merokok,
minum arak, mengambil dadah
jika mahu kehidupan yang
sempurna dan bahagia.

Kesimpulannya, kita mestilah


menjaga tempat tinggal kita agar
sentiasa bersih. Oleh sebab itu, kita
wajarlah menghindarkan pembiakan
lalat, tikus dan lipas yang boleh
membawa pelbagai penyakit sekali
gus boleh mengancam kesihatan dan
aktiviti seharian kita. Justeru,
wujudkanlah persekitaran rumahku
mahligaiku. Sekian, terima kasih.

You might also like