You are on page 1of 2

SYA RAHAN : CARA-CARA MENJAGA KESIHATAN

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada yang dihormati saudari


Pengerusi Majlis,berusaha PUAN Guru Besar, barisan
Penolong kanan, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Tajuk
syarahan yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah kepada
saya ialah “ Cara-cara Menjaga Kesihatan”.

Kesihatan merupakan aset atau anugerah yang terlalu


tinggi nilainya kepada setiap individu. Amalan pemakanan yang
sihat dapat mengelakkan penyakit yang berbahaya
seperti sakit jantung,darah tinggi, angin ahmar, strok,
kencing manis dan lain-lain lagi. Kesihatan dapat dijaga dan
dikawal melalui pengambilan makanan yang seimbang.

 Hadirin yang saya muliakan,


Selain itu, kita juga hendaklah bersenam dalam
masa setengah jam, sekurang- kurangnya tiga kali
seminggu. Semasa bersenam, lemak akan dibakar dan
peluh daripada badan kita akan keluar bersama-sama
kotoran yang boleh menyebabkan penyakit. Amalan
bersenam dan berjoging  juga dapat memberikan
kesihatan yang lebih baik kepada kita

Di samping itu, kebersihan tubuh badan merupakan satu


daripada punca kesihatan seseorang individu. Kita hendaklah 
menjaga kebersihan kulit, rambut, kuku, gigi dan pakaian. 
Tubuh badan yang bersih dapat mengelakkan serangan kuman
serta jangkitan penyakit.
 
 Hadirin  sekalian,

Kita sewajarnya mengamalkan gaya hidup sihat sepanjang
masa. Sebaiknya,kita hendaklah mengurangkan pengambilan
gula, lemak, garam dan minyak dalam sajian makanan harian 
kita. Kita tidak boleh merokok, minum arak, mengambil dadah
jika mahu hidup yang sempurna dan bahagia.
 
  Kesimpulannya, kita mestilah menjaga tempat tinggal kita
agar sentiasa bersih. Oleh sebab itu, kita wajarlah
menghindarkan pembiakan lalat, tikus dan lipas yang boleh
membawa pelbagai penyakit sekali gus boleh mengancam
kesihatan dan aktiviti seharian kita. Justeru, wujudkanlah
persekitaran “rumahku mahligaiku”.

Sekian, terima kasih.

You might also like