You are on page 1of 2

Kekalkan kesihatan minda, badan

0 0 Google +0 0 0
Cetak
Isu berkaitan gaya hidup sihat kerap diperkatakan kerana ia cara paling berkesan
mengekalkan tahap kesihatan diri dan dapat mengelakkan serangan penyakit
berbahaya.
Selain bersenam dan menjaga pemakanan, ada beberapa perkara lain yang perlu diberikan
perhatian untuk mengekalkan kesihatan iaitu:

Menjaga pemakanan seharian
Antara amalan gaya hidup sihat ialah menjaga pemakanan seharian supaya seimbang.
Pemakanan seimbang membolehkan tubuh badan kita sihat dan terhindar daripada masalah
gemuk. Pemakanan tidak seimbang akan menyebabkan badan kita mendapat pelbagai penyakit
seperti darah tinggi, penyakit jantung dan kencing manis.

Bersenam atau beriadah

Rajin bersenam atau beriadah membantu menjadikan jantung kita sihat dan kuat. Sisa toksik
dalam badan akan keluar melalui peluh semasa bersenam, merangsang aliran darah,
menguatkan otot badan, meningkatkan keseimbangan dan mengurangkan tekanan.


Menjaga kebersihan rumah dan persekitaran

Amalan gaya hidup sihat seterusnya ialah menjaga kebersihan rumah dan persekitaran. Tempat
yang membolehkan nyamuk membiak mesti dihapuskan.

Segala sampah-sarap hendaklah dibuang ke tempat yang dikhaskan dan jangan sesekali
membuang sampah ke dalam sungai atau dibakar di luar rumah kerana boleh menyebabkan
pencemaran alam sekitar.


Membuat pemeriksaan kesihatan

Pemeriksaan kesihatan secara berkala amat penting untuk mengetahui tahap kesihatan diri.
Pemeriksaan kesihatan ini perlu dilakukan sekurang-kurangnya dua kali setahun.


Elakkan perbuatan menjejaskan kesihatan

Jauhi perbuatan yang boleh menjejaskan kesihatan seperti merokok, minum arak, menagih
dadah atau terbabit dalam jenayah. Mungkin ada yang tertanya bagaimana pembabitan dalam
jenayah boleh menjejaskan kesihatan. Biasanya orang yang terbabit dalam jenayah hidupnya
tidak tenang, cepat gelisah dan marah. Ia bukan saja menjejaskan kesihatan mental diri sendiri
malah boleh membuatkan seisi keluarga merana.


Babitkan diri dalam aktiviti masyarakat

Ini antara cara kita memperoleh ketenangan hati dan fikiran. Apabila kita melakukan perkara
baik, contohnya menolong orang, manfaatnya seolah-olah mengembang ke semua hala
terutama pada diri kita sendiri. Orang yang dibantu akan berasa beban hidupnya berkurangan
dan kita yang menghulurkan bantuan pula Allah kurniakan fikiran dan hati yang tenang. Malah
Allah juga berjanji akan menggandakan rezeki orang yang rajin bersedekah yang secara tidak
langsung boleh meningkatkan kesejahteraan hidup kita secara keseluruhan.

You might also like