You are on page 1of 5

KARANGAN : Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah

mengatasi masalah obesiti dalam kalangan masyarakat.

Obesiti bermaksud lemak yang berlebihan dalam badan


seseorang. Pada masa kini, masyarakat Malaysia kurang
mementingkan kesihatan sehingga menyebabkan mereka
mengalami masalah obesiti. Antara punca berlakunya obesiti
ialah masyarakat tidak menjaga pemakanan harian dan
kurang bersenam. Media sering memaparkan iklan berkaitan
keburukan obesiti tetapi masyarakat masih tidak mengambil
peduli. Terdapat banyak langkah yang boleh diambil untuk
mencegah masalah obesiti.
Antara langkah mengatasi masalah obesiti ialah masyarakat perlu

mengamalkan pemakanan yang seimbang. Setiap orang haruslah

makan mengikut jadual piramid makanan supaya badan sihat dan

cergas. Sebagai contoh, pengambilan makanan segera perlu

dikurangkan untuk mengelakkan lebihan kolesterol dalam badan.

Rakyat Malaysia perlulah mengamalkan pemakanan yang sihat

seperti lebihkan mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan. Oleh

itu, pemakanan seimbang sememangnya dapat mengatasi masalah

obesiti.
Selain itu, masyarakat juga perlu melakukan pemeriksaan

kesihatan untuk mengatasi masalah obesiti. Pemeriksaan

kesihatan membolehkan kita mengenal pasti penyakit yang

mungkin dihadapi oleh kita. Sebagai contoh, kita boleh

melakukan pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya dua

bulan sekali di hospital atau klinik-klinik kesihatan yang

terdekat. Jelaslah bahawa, pemeriksaan kesihatan

merupakan antara langkah terbaik untuk mengatasi masalah

obesiti.
Di samping itu, aktiviti senaman merupakan antara langkah

mengatasi masalah obesiti. Aktiviti senaman dapat menyihatkan

tubuh badan disamping kita tidak mudah mendapat penyakit.

Sebagai contoh, aktiviti senaman dilakukan pada setiap minggu

agar kesihatan kita sentiasa terjamin seperti melakukan aktiviti

berjoging, bermain badminton dan sebagainya. Oleh itu,

jelaskah bahawa aktiviti senaman merupakan langkah proaktif

untuk mengatasi masalah obesiti.


Kesimpulannya, penjagaan kesihatan merupakan
tindakan yang sepatutnya dipandang serius oleh
semua pihak. Peribahasa Melayu ada berkata
cegah sebelum parah haruslah diambil
perhatian oleh semua ahli masyarakat. Kita
haruslah sedar bahawa tiada jalan mudah untuk
mengawal berat badan. Sebaliknya, kita perlu
mengamalkan gaya hidup yang sihat, pemakanan
seimbang dan melakukan aktiviti fizikal secara
aktif.

You might also like