You are on page 1of 2

NUR SYAZWANI BINTI MOHD SABIDI PISMP 8.

09 2017202340028

TUTORIAL GHS3013 GAYA HIDUP SIHAT 22/01/2021

Bagaimana tindakan awal anda untuk mencegah semua penyakit tersebut. Berikan
pandangan dan pendapat anda terutama amalan gaya hidup sihat.

Berdasarkan video yang diberi penyakit kanser payudara, sakit jantung, diabetes,
obesiti dan kanser prostat merupakan penyakit utama yang menyerang rakyat Malaysia.
Penyakit kronik ini boleh menjejaskan kesejahteraan hidup kita dan boleh mengakibatkan
Persoalannya, apakah tindakan awal yang boleh kita laksanakan bagi mengelakkan diri
daripada menghidapi penyakit ini?
Kehidupan yang bahagia, selamat dan sihat merupakan impian setiap orang.
Impian ini boleh dicapai dengan mengamalkan amalan gaya hidup sihat dalam kehidupan
seharian kita. Amalan gaya hidup sihat merupakan kunci utama kepada kesejahteraan
seseorang individu. Kita perlu sedar tentang kepentingan amalan gaya hidup sihat
supaya dapat menikmati hidup yang lebih selamat dan sejahtera. Terdapat pelbagai cara
atau langkah-langkah awal yang boleh dipraktikkan untuk mengamalkan gaya hidup sihat
dalam kehidupan seharian kita.
Antaranya tindakan awal untuk mencegah penyakit kronik ialah menjaga
pemakanan seharian dengan mengambil makanan yang seimbang. Pengambilan
makanan mestilah berdasarkan piramid makanan yang telah ditetapkan oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM). Kita perlu mengambil makanan yang tinggi karbohidrat yang
boleh membekalkan tenaga serta mengambil makanan yang membekalkan vitamin
seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Kita juga diingatkan untuk mengurangkan
pengambilan makanan yang berlemak dan makanan yang mempunyai kandungan gula,
garam atau sodium glutamit yang tinggi kerana boleh mendatangkan penyakit kronik
seperti obesiti, sakit jantung, darah tinggi dan diabetes.
Selain itu, tindakan awal yang boleh kita lakukan untuk mencegah penyakit kronik
ini adalah dengan menghindari aktiviti negatif seperti merokok, menghisap dadah
meminum alkohol secara berlebihan dan seks rambang. Merokok boleh mengakibatkan
seseorang itu menghidap penyakit jantung dan paru-paru. Meminum alkohol pula dapat
memberi kesan yang buruk terhadap mental dan fizikal dan boleh menyebabkan
kegagalan fungsi hati. Seks rambang dan menghisap dadah pula boleh mengakibatkan
pelaku terkena penyakit seperti HIV dan AIDS.
Pengurusan stres juga merupakan antara amalan gaya hidup sihat yang perlu kita
amalkan dalam kehidupan seharian. Kesibukan kerja, rehat yang tidak mencukupi dan
keletihan yang melampau boleh menyebabkan kita tertekan. Kegagalan menguruskan
emosi dengan baik boleh mengakibatkan badan kita kekurangan oksigen, darah dalam
NUR SYAZWANI BINTI MOHD SABIDI PISMP 8.09 2017202340028

badan menjadi pekat dan degupan jantung semakin kencang. Hal ini boleh menyebabkan
seseorang itu menghidap penyakit kronik seperti hipertensi dan serangan jantung. Oleh
itu, kita boleh mengamalkan gaya hidup sihat dengan menangani stress dengan baik
seperti sentiasa berfikiran positif, belajar bertenang, dapatkan tidur yang cukup dan
mendapatkan pendapat atau pandangan pakar psikologi.
Di samping itu, amalan gaya hidup sihat yang boleh diamalkan bagi menghindari
penyakit kronik adalah melakukan aktiviti fizikal seperti bekerja, bersenam, bersukan dan
berekreasi. Aktiviti senaman secara konsisten dapat membantu membakar kalori dalam
badan dan mengurangkan masalah peningkatan badan selain membantu mengekalkan
berat badan yang ideal. Senaman dapat membantu menjadikan sistem peredaran darah
manusia lebih baik dan menjadikan sistem imunisasi lebih tinggi. Kita boleh
melaksanakan aktiviti senaman dan riadah sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dalam
masa 20 hingga 30 minit.
Seterusnya, tindakan awal yang boleh kita laksanakan bagi mengelakkan penyakit
kronik adalah menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala. Kebanyakan masyarakat
kita hanya akan berjumpa doktor apabila sakit sahaja. Sebenarnya, gaya hidup sihat
mengajar kita untuk membuat pemeriksaan secara berkala sama ada di hospital kerajaan
ataupun swasta sebanyak dua kali setahun. Pemeriksaan kesihatan merangkumi
pemeriksaan tekanan darah, paras gula dan juga kolestrol serta kita boleh mendapatkan
nasihat daripada doktor tentang sebarang risiko untuk menghidap penyakit kronik.
Pemeriksaan kesihatan dapat membantu kita untuk mengetahui tahap kesihatan badan
dan kita boleh mengambil langkah tertentu untuk memastikan kesihatan kita sentiasa
berada pada tahap yang memuaskan.
Kesimpulannya, amalan gaya hidup sihat perlu diamalkan dalam kehidupan
seharian kita bagi menghindari penyakit kronik yang boleh mengancam nyawa. Amalan
gaya hidup sihat ini mestilah dipupuk sejak daripada kecil lagi supaya anak-anak
mengetahui tentang kepentingan menjaga kesihatan diri daripada segi mental dan fizikal.
Rakyat perlu sedar akan kepentingan mengamalkan amalan gaya hidup bagi menjamin
kesejahteraan hidup yang lebih baik.

You might also like