You are on page 1of 2

ISI 2

Di samping itu, amalan gaya hidup sihat yang boleh dipraktikkan ialah
bersenam. Bersenam merupakan aktiviti yang boleh meningkatkan
kesihatan badan. Aktiviti bersenam boleh dilakukan dengan bermain aktiviti
lasak yang boleh mengeluarkan peluh. Setiap individu hendaklah
melakukan aktiviti senaman sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Aktiviti
senaman ini boleh dilakukan dimana-mana sahaja mengikut keselesaan
masing-masing seperti di rumah, di taman ataupun di gimnasium. Aktiviti
senaman ini perlulah dilakukan agar badan menjadi cergas dan terhindar
daripada segala penyakit misalnya diabetes dan penyakit kardiovaskular.
Contoh aktiviti bersenam ialah senamrobik, berjoging dan berjalan 10000
langkah sehari. Oleh itu, kita perlulah mengamalkan aktiviti bersenam
dalam kehidupan seharian kerana badan cergas minda cerdas.
KESIMPULAN
Sebelum mengakhiri wacana ini,dapat kita lihat bahawa terdapat pelbagai amalan
gaya hidup sihat yang perlu dilakukan oleh masyarakat bagi membina sebuah
komuniti yang sejahtera.Amalan-amalan seperti ini adalah wajar dilaksanakan
kerana amalan gaya hidup sihat ini bukan hanya membawa seribu satu manfaat
kepada seseorang individu itu sahaja,malahan turut memberi impak positif kepada
masyarakat dan negara.Tambahan pula,amalan gaya hidup sihat dapat
menghindarkan diri kita daripada pelbagai jenis penyakit yang berbahaya seperti
diabetes dan obesiti.Hal ini adalah sama dengan peribahasa iaitu sediakan payung
sebelum hujan.Semoga amalan-amalan ini dapat diterapkan dalam kalangan
masyarakat,sekaligus meningkatkan lagi kesihatan rakyat Malaysia.

You might also like