You are on page 1of 22

MPU3313 HEALTH AND WELLNESS

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES

SEPTEMBER 2016

MPU3313

HEALTH AND WELLNESS

0
MPU3313 HEALTH AND WELLNESS

SOALAN 1

1
MPU3313 HEALTH AND WELLNESS

1.0 PENGENALAN
Kualiti hidup ialah idea mengenai kesempurnaan hidup. Definisi kualiti hidup
mengikut laporan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ialah ‘keadaan hidup yang
muncul akibat interaksi antara faktor-faktor ekonomi, sosial, kemasyarakatan, fizikal
dan alam sekitar yang mempengaruhi pembangunan masyarakat dan kehidupan
manusia’. Laporan ‘Kualiti Hidup Malaysia’ yang diterbitkan oleh Jabatan Perdana
Menteri, (2012) pula mentakrifkan ‘kualiti hidup’ dengan cara yang lebih khusus iaitu
sebagai ‘merangkumi kemajuan diri, cara hidup yang sihat, akses dan kebebasan
untuk memperoleh pengetahuan, taraf kehidupan yang melebihi keperluan asas
individu dan memenuhi keperluan psikologi untuk mencapai tahap kesejahteraan
sosial yang setanding dengan aspirasi negara’.

2.0 TANGGUNGJAWAB PERIBADI


Antara tanggungjawab peribadi individu untuk mencapai dan
mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan ialah:
2.1 Sosial
Seiring dengan era globalisasi yang penuh dengan cabaran ini, masyarakat kita
sering berlumba-lumba mengejar unsur kemewahan. Tanggapan kekayaan merupakan
kunci kepada segala kesenangan sudah sebati dalam kehidupan mereka sehingga
mereka alpa akan kepentingan aktiviti riadah yang menjadi salah satu amalan dalam
mempraktikkan gaya hidup sihat. Sesungguhnya, aktivit rekreasi dan riadah yang
boleh didefinsikan sebagai segala kegiatan yang dilakukan pada waktu lapang untuk
menyihatkan tubuh badan dan fikiran merupakan elemen yang penting dalam
menjayakan segala aktiviti dalam kehidupan seharian kita. Oleh itu, kita perlu
mempunyai kesedaran terhadap kepentingan mengamalkan aktiviti riadah dan
rekreasi. Keupayaan seseorang individu berinteraksi dengan orang lain untuk
mewujudkan perhubungan bermakna mereka telah mencapai kesihatan dan
kesejahteraan. Penglibatan sosial sangat penting dalam kehidupan kita kerana banyak
manfaat akan diperolehi seperti kehidupan ceria dan aman damai.
2.2 Fizikal
2
MPU3313 HEALTH AND WELLNESS

Seperti yang diketahui umum, senaman dan aktiviti fizikal adalah baik untuk
tubuh badan serta mempunyai pelbagai faedah yang dapat meningkatkan kualiti
hidup. Berjalan kaki selama 30 minit dapat merangsang pelbagai sel-sel otak yang
boleh membuatkan kita rasa lebih bahagia dan lebih tenang. Penampilan juga akan
kelihatan lebih menarik apabila kerap bersenam di mana ianya dapat meningkatkan
keyakinan diri. Selain itu senaman juga boleh membantu kita dengan menghalang
atau menghindarkan diri dari tekanan darah tinggi dan dapat meningkatkan kepadatan
lipoprotein (HDL) serta menurunkan trigliserida. Menurut Wee Eng Hoe, (2002)
kualiti hidup berkait dengan nilai kesihatan yang positif dan kehidupan. Aktiviti
fizikal tidak seharusnya membosankan seperti kelas tarian, wall climbing atau
mendaki bukit. Lakukan aktiviti fizikal yang kita sukai dan mencuba sesuatu yang
baru.

2.3 Mental
Kesejahteraan emosi adalah keupayaan seseorang untuk menangani keadaan
seharian dan untuk mengurus perasaan peribadi secara positif, dan konstruktif.
Sebagai contohnya, amalan berehat dan tidur dengan kadar yang mencukupi dapat
mengurangkan tekanan dan menenangkan tubuh badan serta minda. Dengan bersikap
lebih prihatin terhadap masa rehat dan masa tidur proses metabolism juga dapat
dijalankan dengan lancar. Berikutan dengan itu, pemikiran positif mampu memberi
jalan penyelesaian bagi kemelut–kemelut yang serius tanpa mengadapi tekanan yang
berlebihan.Ini adalah kerana tekanan yang kita hadapi kadang kala boleh
menjuruskan kepada masalah mental ataupun masalah sosial.

3.0 KESIMPULAN
Masyarakat pada hari ini kurang menyayangi diri mereka dengan mengamalkan
gaya hidup yang tidak sihat, terdedah kepada tekanan yang juga menjadi akar umbi
kepada masalah kesihatan dan juga tidak menitikberatkan soal kesihatan rohani.
Agama Islam melarang manusia mementingkan diri sendiri tetapi kita
bertanggungjawab untuk menjaga diri dan seharusnya ia dijadikan penggerak untuk

3
MPU3313 HEALTH AND WELLNESS

memperbaiki mutu kesihatan diri kita. Oleh itu, sudah sampai masanya masyarakat
muhasabah kembali kesilapan dan memperbetulkannya serta perlu menjadikan
kesihatan sebagai satu amalan penting dalam hidup tidak kira semua lapisan umur.
Gaya hidup yang sihat memerlukan kita menjaga keseimbangan antara rohani dan
jasmani bagi mengelakkan pelbagai serangan penyakit moden kini dan seterusnya kita
boleh meneruskan kehidupan ini dengan kekal sihat dan teratur.

(571 Patah Perkataan)

RUJUKAN

Jabatan Perdana Menteri, 2012. Kualiti Hidup Malaysia, Unit Perancangan Ekonomi,
JABATAN PERDANA MENTERI PUTRAJAYA.

Wee Eng Hoe, (2002), Panduan Pengajaran Olahraga: Kepegawaian dan Kejurulatihan,
Karisma Publications Sdn Bhd, Shah Alam

4
MPU3313 HEALTH AND WELLNESS

SOALAN 2

5
MPU3313 HEALTH AND WELLNESS

1.0 PENGENALAN
Kesihatan menurut Kamus Dewan Edisi Keempat merupakan perihal sihat,
kesegaran, kebaikan keadaan. Hal ini bermaksud kesihatan adalah sesuatu perkara
yang dilakukan oleh seseorang dan mendatangkan kebaikan dari pelbagai aspek
kehidupan seperti menjalani amalan hidup yang sihat. Amalan hidup sihat pula
merupakan salah satu perkara yang perlu dilakukan oleh seseorang individu, keluarga
dan masyarakat untuk mencapai kesihatan yang maksimum dalam kehidupan. Kita
boleh mencapai nilai kesihatan yang maksimum dalam hidup dengan melakukan
pelbagai perkara yang mendatangkan faedah dan kebaikan kepada tubuh badan
seperti berinteraksi secara positif dengan masyarakat, tahu menjaga kebersihan diri
dengan baik, bijak menangani tekanan, mengamalkan gaya pemakanan yang
seimbang dan mengikut piramid makanan, serta mampu mengelakkan diri daripada
melakukan aktiviti yang boleh mendatangkan keburukan dan penyakit kepada diri
sendiri. Individu yang bijak dan cemerlang ialah individu yang dapat mengamalkan
gaya hidup yang sihat demi menjalani hidup yang lebih bermakna dan bermanfaat.
2.0 DIMENSI KESIHATAN SOSIAL

Kesihatan sosial secara kebiasaannya merujuk kepada keupayaan individu untuk


memenuhi hubungan interpersonal. Ia bermaksud seseorang individu dapat
berinteraksi dan berhubung dengan seseorang individu yang lain, ahli keluarga dan
komunitinya dalam suasan yang mesra.
Ciri-ciri individu yang dapat mencapai tahap kesihatan sosial ialah berupaya
untuk mengadaptasi situasi-situasi sosial yang dialaminya dalam kehidupan seharian.
Seseorang itu mampu berhubungan dengan orang lain atau kelompok lain secara baik,
tanpa membezakan budaya, agama atau kepercayan, status sosial,ekonomi,politik dan
sebagainya serta saling menghargai. Sebagai contohnya situasi di tempat kerja, tugas
dan skop kerja saya melibatkan pelbagai pihak dan orang awam, sikap saling hormat-
menghormati dan bersikap mesra perlu diwujudkan bagi memudahkan segala urusan

6
MPU3313 HEALTH AND WELLNESS

kerja tersebut. Ini kerana bekerja di bahagian khidmat pelanggan memerlukan saya
melayan pelanggan dengan segera, mesra dan memenuhi kehendak pelanggan serta
mengurangkan aduan yang berulang-ulang terhadap Jabatan.
Dengan memiliki kesihatan sosial, individu tersebut akan memperoleh kehidupan
yang aman, bahagia, lebih bersemangat dan dapat berkomunikasi dan berinteraksi
secara positif. Kesihatan sosial boleh mewujudkan perhubungan yang baik dengan
ahli keluarga, rakan jiran dan juga masyarakat setempat. Setiap hujung minggu atau
ada masa terluang saya akan cuba meluangkan masa bersama keluarga bagi memupuk
semangat sosial didalam keluarga. Ini kerana dengan kekangan masa bekerja
menyebabkan saya jarang dapat berkomunikasi dengan adik beradik.
Kesihatan sosial juga boleh diwujudkan dengan melakukan aktiviti seperti
bergotong-royong sesama penduduk setempat, mewujudkan hari keluarga di tempat
kerja dan menghadiri program anjuran mana-mana persatuan. Saya juga sering
menghadiri kuliah dan ceramah di kawsan setempat kerana saya percaya ia akan
meningkatkan lagi kesihatan sosial dalam kehidupan saya.
Sikap juga memainkan peranan penting dalam mewujudkan kesihatan sosial
dalam kehidupan kita. Melalui amalan kunjung-mengunjung mengikut perayaan
agama akan dapat mewujudkan kesihatan sosial dan mengeratkan ikatan silaturahim
antara jiran serta rakan sekerja daripada pelbagai kaum dan kepercayaan agama.
Fernandes (1985) mengatakan bahawa sikap adalah perasaan suka atau tidak suka
terhadap sesuatu kelompok, institusi atau konsep. Dengan sentiasa bergaul dengan
masyarakat setempat dapat mewujudkan kesihatan ini.

3.0 KESIMPULAN

Setiap individu mempunyai sifat positif dan negatif dan kita haruslah memahami
sifat-sifat kita baik yang positif mahupun negatif. Sebaiknya sifat diri kita yang
positif dikembangkan dalam kehidupan seharian supaya lebih manfaat dan sifat kita
yang negatif diperbaiki agar tidak merugikan orang lain. Seseorang individu yang
benar-benar sihat bukan sahaja bebas daripada penyakit atau cacat malah beliau juga
sihat dari segi fizikal, sosial, mental, emosi, persekitaran dan rohani.

(534 PATAH PERKATAAN)

7
MPU3313 HEALTH AND WELLNESS

RUJUKAN
https://ms.wikipedia.org/wiki/Kemahiran_interpersonal
Walter Fernandes (1985). Social Action Book Review Supplement, Volume 7, Issue 1

8
MPU3313 HEALTH AND WELLNESS

SOALAN 3

1.0 PENGENALAN

9
MPU3313 HEALTH AND WELLNESS

Kesihatan sosial kebiasaanya merujuk kepada keupayaan individu berinteraksi


dengan individu lain, keluarga dan masyarakat dengan baik. Di samping itu juga,
individu yang mencapai tahap kesihatan sosial berupaya untuk mengadaptasi situasi-
situasi sosial yang dialaminya dalam kehidupan seharian.

2.0 PENGERTIAN, KEPENTINGAN, STRATEGI

Pada zaman teknologi kini media sosial menjadi satu platform untuk berkomunikasi
dengan cara atau melalui blog-blog, wiki, forum dan jaringan sosial seperti facebook,
twitter, instagram dan banyak lagi. Menurut Rod Holmgren dan William Norton di dalam
bukunya iaitu “the mass
mediabook”, media didefinisikan sebagai “communication channels that serve people” at
au saluran komunikasi yang berkhidmat kepada orang ramai ataupun masyarakat.
Radio, surat khabar dan televisyen adalah salah satu alat komunikasi media yang
digunakan masyarakat untuk berhubung di antara satu sama lain. Maklumat dan info
yang disiarkan melalui media biasa seperti radio, surat khabar atau televisyen
membataskan para pengguna kerana para pengguna sukar untuk memberi pendapat atau
pandangan bebas terhadap sesuatu perkara yang disiarkan. Di sinilah media sosial
memainkan peranan penting apabila para pengguna kini dengan mudah mendapatkan
maklumat serta info terbaru dengan pantas serta dapat melemparkan pendapat masing-
masing dan dapat berkomunikasi ke seluruh dunia tanpa halangan sama ada ruang dan
waktu.

2.1 Mengeratkan Hubungan

Penggunaan media sosial dapat mengeratkan hubungan. Aplikasi Facebook dan


WhatsApp adalah pilihan yang sesuai untuk situasi ini. Bagi mereka yang telah
menamatkan sesuatu pengajian di sekolah menyebabkan mereka telah terputus
hubungan antara satu sama lain. Laman sosial ini boleh digunakan sebagai alat
penghubung utama untuk mengekalkan hubungan silaturahim sesama mereka. Selain
dapat menemukan semula rakan lama, media sosial juga boleh menambahkan
kenalan baru yang jauh dan yang dekat.

10
MPU3313 HEALTH AND WELLNESS

2.2 Menyampaikan Maklumat

Media sosial juga mampu menyampaikan maklumat dengan pantas. Segala


maklumat yang diingini boleh diperolehi secara mudah dengan hanya menggunakan
enjin carian digital library tanpa perlu pergi ke perpustakaan. Dengan menaip tajuk
yang berkaitan, enjin carian ini akan mencadangkan beberapa ratus jurnal dan buku
rujukan yang membincangkan tajuk yang berkaitan. Terbuktilah media sosial mampu
memberikan manfaat kepada semua golongan. Dapat dirumuskan di sini bahawa
media sosial dapat membekalkan pelbagai ilmu pengetahuan yang berguna untuk
dibaca dan diamalkan dalam kehidupan semasa.

2.3 Berkongsi Pendapat

Media sosial turut memberi ruang dan peluang untuk pengguna berkongsi
pendapat bergantung kepada isu-isu semasa yang mahu diketengahkan. Hal ini dapat
dilakukan sesama rakan, dan orang awam. Tegasnya, dengan jaringannya yang begitu
meluas menjadikan hubungan antara insan semakin mesra, rapat dan dekat.

3.0 KESIMPULAN
Dapat dilihat kebelakangan ini media sosial telah menjadi tarikan utama bagi
masyarakat serta para pengguna untuk menyalurkan serta menyampaikan maklumat
dan dapat meyakini serta mempengaruhi pengguna lain dalam mempercayai
maklumat yang disampaikan. Pengaruh media sosial yang amat besar serta tanpa
sempadan ini perlu dilihat dari pelbagai sudut bukan sahaja dari sudut positif dimana
ia juga mempunyai sudut negatif kerana tanpa apa-apa sekatan pelbagai info serta
maklumat termasuklah hasutan, fitnah dan sebaran maklumat palsu dapat dibuat. Di
harapkan semua pihak tampil untuk bekerjasama dalam memastikan media sosial
sentiasa digunakan di jalan yang betul kerana ia dapat memberikan kesan postif

11
MPU3313 HEALTH AND WELLNESS

kepada mereka dan mampu meningkatkan kualiti hidup kearah yang lebih baik pada
masa yang akan datang.

(506 PATAH PERKATAAN)

RUJUKAN

Rod Holmgren. William Norton. (1971).The mass media book prentice'Hall,-


ND.,englewood Cliffs, NeW Jersey.

12
MPU3313 HEALTH AND WELLNESS

SOALAN 4

13
MPU3313 HEALTH AND WELLNESS

PENGENALAN
Gaya hidup sihat merupakan salah satu aspek yang penting dalam menjaga tahap
kesihatan seseorang. Takrifan kesihatan yang lebih menyeluruh dan holistic dikemukan
oleh Persatuan Kesihatan Sedunia sebagai “Suatu keadaan kesempurnaan fizikal, mental
dan sosial yang mencukupi, dan bukannya hanya ketiadaan penyakit atau kelemahan”.
(Lon Seiger; Debbie Kanipe; Ken Vanderpool; Duke Barnes, 1998)

2. STRATEGI UNTUK MENGEKALKAN TAHAP KESIHATAN


Penjagaan kesihatan badan bukan sahaja tertumpu kepada tubuh badan sahaja.
Malah kita juga harus menjaga kesihatan dari segi fikiran dan juga jiwa. Oleh hal yang
demikian, tahap kesihatan yang terbaik haruslah dikekalkan dengan beberapa strategi
seperti:
2.1 Dari Segi Tubuh
Bersenam setiap hari secara berkala mengandungi 3 elemen. Antaranya ialah
aerobik untuk menjaga kesihatan jantung & paru-paru. Kedua, senaman fleksibiliti bagi
mengekalkan pergerakan otot & sendi. Ketiga, senaman kekuatan untuk mengekalkan
kekuatan otot, mengelak osteoporosis & kecederaan. Oleh itu wajarlah senaman menjadi
aktiviti fizikal yang seharusnya menyeronokkan. Fizikal yang sentiasa cergas dapat
mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik, membantu keseimbangan dan
koordinasi tubuh serta mengurangkan berat badan. Berat badan unggul bukan sahaja
penting untuk kesihatan, tetapi juga penting untuk keyakinan diri.

2.2 Dari Segi Minda


Kita boleh sentiasa mengawal ataupun mengurangkan tekanan. Sebagai
contohnya, amalan berehat dan tidur dengan kadar yang mencukupi dapat mengurangkan
tekanan dan menenangkan tubuh badan serta minda. Minda yang cerdas juga datangnya
daripada badan yang sihat. Minda yang cerdas juga membolehkan kita berfikir dengan
rasional apabila menghadapi sesuatu perkara, seterusnya kita akan menjadi lebih kreatif
dan inovatif. Dengan bersikap lebih prihatin terhadap masa rehat dan masa tidur proses
metabolisma juga dapat dijalankan dengan lancar. Rehat yang cukup bukan bermakna

14
MPU3313 HEALTH AND WELLNESS

rehat yang terlalu panjang dan membazirkan waktu tetapi rehat yang diambil cukuplah
untuk mencari kesegaran diri, mengendurkan kembali urat badan yang tegang dan stress,
dan memulihkan pening kepala akibat bebanan kerja yang dilakukan sebelumnya (Fazilah
Seliman, 2012). Kita perlu sentiasa berfikiran positif mampu memberi jalan penyelesaian
bagi masalah yang serius tanpa mengadapi tekanan yang berlebihan. Ini adalah kerana
tekanan yang kita hadapi kadang kala boleh menjuruskan kepada masalah mental dan
sebagainya.

2.3 Dari Segi Kerohanian


Meningkatkan kekuatan rohani dan emosi adalah mustahak kita menumpukan
kepada keperluan kerohanian dan keperluan perasaan kita. Kita perlu memberi perhatian
kepada kehendak kerohanian kita seperti melaksanakan ibadah-ibadah yang fardhu
dengan sempurna dan yakin, melaksanakan ibadah-ibadah yang melibatkan kemaslahatan
masyarakat dan umum. Memberi fokus kepada keperluan emosi seperti memberi dan
menerima kasih sayang, memberi dan menerima penghargaan diri dan seumpamanya.
Lakukan aktiviti yang dapat memberi kesan positif kepada diri dan orang lain. Melatih
mendisiplinkan diri dari aspek kebersihan, kekemasan dan ketepatan juga dapat
meningkatkan disiplin diri ke arah kekuatan emosi dan rohani..

3. KESIMPULAN
Kita menjaga kesihatan bukan sekadar untuk sihat secara luaran dan dalaman,
malah dengan menjaga kesihatan, kita sebenarnya memberi kesan kepada masyarakat,
organisasi dan banyak lagi kerana kesihatan kita sangat mempengaruhi produktiviti kita.
Mereka yang mempunyai kesihatan tubuh badan, minda dan rohani yang stabil akan
berkeupayaan untuk mengawal nafsu, emosi dan tingkah lakunya. Kesihatan adalah
nikmat yang tidak ternilai serta menuntut pengorbanan dan disiplin diri yang tinggi.
Nikmat tersebut boleh dikecapi dengan berbekalkan minda dan sikap yang positif.
(507 Patah Perkataan)

15
MPU3313 HEALTH AND WELLNESS

RUJUKAN

1- Lon Seiger; Debbie Kanipe; Ken Vanderpool; Duke Barnes.(1998) Fitness And
Wellness Strategies – 2nd edition. USA. WCB/McGraw-Hill.

2- Fazilah Seliman. (2012) Pengenalan Pendidikan Kesihatan. SK Kuala Pilah.18

16
MPU3313 HEALTH AND WELLNESS

SOALAN 5

17
MPU3313 HEALTH AND WELLNESS

1.0 PENGENALAN

Gangguan pemakanan telah lama menjadi masalah yang serius di pelbagai peringkat
umur. Penyakit ini biasanya menunjukkan simptom-simptom awal dalam peringkat
permulaan kehidupan seseorang. Kebiasaannya, mereka yang menderita gangguan
pemakanan akan menyalahkan faktor luaran seperti pengaruh rancangan televisyen atau
gaya hidup keluarga yang tidak sihat. Meskipun keadaan-keadaan ini turut mempengaruhi
gangguan pemakanan, pada dasarnya, punca masalah ini terletak pada individu yang
mengalami masalah itu sendiri. Anoreksia nervosa dan bulimia nervosa merupakan dua
kecelaruan gaya pemakanan yang lazim dialami oleh mereka.

2.0 PENGERTIAN, KEPENTINGAN, STRATEGI


Anoreksia Nervosa dan Bulimia nervosa adalah bentuk gangguan pemakanan yang
paling biasa dijumpai, terutamanya dikalangan kaum perempuan.

2.1 Anoreksia Nervosa (Anorexia Nervosa)

Anoreksia nervosa adalah gangguan disebabkan menahan makan dan minum


dengan melampau kerana ketakutan yang tidak rasional terhadap kenaikan berat
badan, juga memutarbelit persepsi diri terhadap badan. Ia biasanya melibatkan
kehilangan berat badan yang berlebihan dan biasanya ditemui lebih pada wanita
berbanding dengan lelaki. Oleh kerana fobia terhadap kenaikan berat badan, orang-
orang yang mempunyai masalah ini menghadkan jumlah makanan yang mereka
makan. Dengan ini, penyekatan pengambilan makanan yang berlebihan boleh
menyebabkan gangguan metabolik dan hormon. Mereka akan sentiasa memikirkan
tentang makanan dan menghadkan makanan yang dimakan, walaupun mereka sudah
terlalu kurus (Wonderlich et al, 2005).

18
MPU3313 HEALTH AND WELLNESS

Gejala dan tanda kebiasaan gangguan ini termasuk:

1. Keengganan untuk mengekalkan indeks jisim badan normal (BMI) bersesuaian


dengan umur pesakit.

2. Penurunan berat badan yang jelas, terlalu cepat dan drastik.

3. Obses dengan kalori dan kandungan lemak makanan.

4. Penyingkiran: menggunakan julap, pil diet, pil air, atau ‘ipecac syrup’; muntah
dengan sengaja terutamanya selepas makan untuk menyingkirkan kalori.

5. Kemurungan: kerap kali dalam keadaan letih dan lesu. Kemurungan dalam
anoreksia nervosa penyebab kepada gangguan makan, Ivarrson (2000).

2.2 Bulimia Nervosa


Bulimia nervosa adalah gangguan dengan makan minum berlebihan yang
terlampau dalam masa yang singkat, diikuti usaha untuk mengelakkan
penambahan berat badan kebiasaannya dengan muntah, mengambil julap atau
diuretik, dan senaman yang berlebihan. Bulimia nervosa dikira kurang
mengancam nyawa berbanding Anoreksia nervosa, namun gangguan ini kelihatan
lebih banyak. Malah mengikut kajian, gangguan Bulimia nervosa adalah 9 kali
ganda lebih banyak berlaku dalam golongan perempuan berbanding lelaki.
Bulimia Nervosa menurut Chavez dan Insel,(2007 ialah tingkah laku seseorang
yang makan terlalu banyak kemudian sengaja memuntahkannya akibat untuk
mengekalkan kecantikan badan. Masalah ini merupakan suatu bentuk penyeksaan
terhadap diri sendiri kerana penderita bulimia nervosa akan membuat dirinya
muntah selepas mengambil makanan.

19
MPU3313 HEALTH AND WELLNESS

Gejala dan tanda kebiasaan gangguan ini termasuk:

1. Dehidrasi dan hipokalemia disebabkan oleh muntah yang kerap.

2. Ketidakseimbangan elektrolit, yang boleh membawa kepada jantung aritmia,


serangan jantung, dan juga kematian.

3. Esofagitis, atau keradangan esofagus.

4. Trauma mulut, di mana kemasukan berulang-ulang jari atau objek lain


menyebabkan luka kepada lapisan mulut atau tekak.

5. Kelenjar membesar di leher, di bawah garis rahang.


3.0 KESIMPULAN

Kecelaruan gaya pemakanan merujuk kepada ketaksuban seseorang yang melampau


memikirkan mengenai berat badan dan apa yang dimakan. 90% daripada mereka yang
mengalami kecelaruan gaya pemakanan adalah wanita. Penyakit ini lazimnya bermula
semasa zaman remaja atau menjelang alam dewasa. Namun demikian, terdapat juga
laporan yang mengesahkan bahawa penyakit ini boleh dikesan pada zaman kanak-kanak
atau di peringkat dewasa. Merawat pengidap Anorexia dan Bulimia Nervosa adalah usaha
bersama pelbagai pihak.

(520 PATAH PERKATAAN)

20
MPU3313 HEALTH AND WELLNESS

RUJUKAN
Wonderlich et al, (2005) Advances in Fermented Foods and Beverages: Improving
Quality, Technologies.
Ivarsson T. Rastam M, Wentz E, et al: Depressive disorders in teenage-onset anorexia
nervosa
Chavez dan Insel,(2007. Eating Disorders in Children and Adolescents: A Clinical
Handbook
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/umum/11345-kecelaruan-gaya-pemakanan.html
RUJUKAN
Wonderlich et al, (2005) Advances in Fermented Foods and Beverages: Improving
Quality, Technologies.
Ivarsson T. Rastam M, Wentz E, et al: Depressive disorders in teenage-onset anorexia
nervosa
Chavez dan Insel,(2007. Eating Disorders in Children and Adolescents: A Clinical
Handbook
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/umum/11345-kecelaruan-gaya-pemakanan.html

21

You might also like