You are on page 1of 68

KOLEJ VOKASIONAL TANAH MERAH

KM 3 JALAN TANAH MERAH-MACHANG


17500 TANAH MERAH
KELANTAN

NOTA KURSUS 2
SEMESTER SEMESTER 1 SESI 2021/2022
JABATAN JABATAN PERKHIDMATAN MASYARAKAT
PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK/DVM
DSA 1144 KESELAMATAN, KESIHATAN DAN PEMAKANAN KANAK-
KOD KURSUS
KANAK

KOMPETENSI 2.0 Penjagaan Kesihatan Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak


2.1 Konsep kesihatan
2.2 Penyakit dalam kalangan kanak-kanak
KOMPETENSI UNIT 2.3 Kebersihan dan keceriaan persekitaran
2.4 Tugas dan peranan pengasuh dalam menjamin kesihatan kanak-kanak
2.5 Kepentingan menjaga kesihatan kanak-kanak di TASKA dan TADIKA
Trainee must be able to:

CLO 1 : Menghuraikan konsep keselamatan, kesihatan dan pemakanan


dalam pendidikan awal kanak-kanak. [C3, PLO1]
HASIL CLO 2 : Merancang aktiviti keselamatan, penjagaan kesihatan yang baik
PEMBELAJARAN dalam pendidikan awal kanak-kanak. [P3, PLO2]
CLO 3 : Melaksanakan pemantauan terhadap aspek keselamatan, kesihatan
dan pemakanan di TASKA dan TADIKA. [A2, PLO 5]

NO KOD DSA 1144 /KP 2 NK02 - 06


Muka : 1 Drp : 168
NO KOD JPK CC-011-4:2012-C04

TAJUK/TITLE : Penjagaan Kesihatan Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

TUJUAN/PURPOSE

Kertas penerangan ini bertujuan untuk menerangkan dan menambah kefahaman pelatih
mengenai kepentingan penjagaan kesihatan dalam kalangan kanak-kanak, penjagaan
kebersihan, keceriaan persekitaran TASKA dan TADIKA serta penyakit-penyakit dalam kalangan
kanak-kanak.

PENERANGAN
1
NO KOD/CODE NUM DSA 1144/K01 & K02/NK01-02 Muka: 2 Drp: 68

Definisi Kesihatan

Menurut WHO, kesihatan adalah sesuatu yang sempurna dari segi fizikal, mental dan sosial, dan
bukan hanya sekadar tiada penyakit atau cacat cedera sahaja.

Definisi pendidikan:

·         Pendidikan ialah satu usaha sistematik yang disengajakan, dibuat oleh sesuatu masyarakat
untuk menyampaikan pengetahuan, nilai, sikap dan kemahiran kepada ahlinya. Ia juga
merupakan satu usaha memperkembangkan potensi individu dan perubahan yang berlaku dalam
diri manusia

Definisi pendidikan kesihatan:

·         Pendidikan Kesihatan merupakan suatu proses membekalkan atau menggunakan


pengalamaan bagi mempengaruhi secara mendalam kefahaman, sikap dan amalan berhubung
dengan kesihatan individu, keluarga dan komuniti.
Green (1980):
·         Pendidikan Kesihatan adalah sebarang pengalaman pembelajaran yang dibentuk bagi
memudahkan adaptasi dan tingkahlaku yang kondusif untuk kesihatan.
Anspaugh & Ezell (1995):
·         Pendidikan Kesihatan merupakan proses untuk mengembang dan membekal pengalaman–
pengalaman pembelajaran yang terancang dalam cara untuk memberi maklumat, mengubah
sikap, dan mempengaruhi tingkahlaku. Proses tersebut akan membolehkan kanak-kanak
mencapai tanggungjawab kesihatan kendiri, yang menjurus kepada peningkatan tahap kesihatan
dan kesejahteraan.
Marx & Wooley (1998):
·         Pendidikan Kesihatan sebagai pembelajaran di bilik darjah yang menyediakan dimensi
kesihatan fizikal, mental, emosi dan social. Memperkembangkan pengetahuan, sikap dan
kemahiran berkenaan kesihatan.

Aspek kepentingan kesihatan

Definisi Kesihatan

Menurut WHO, kesihatan adalah keadaan yang sempurna, sihat dari segi fizikal, mental, rohani
dan sosial. 

Kesihatan fizikal merangkumi tujuh aspek iaitu:

i.  sihat dan sempurna tubuh badan


ii.  keadaan dalam dan persekitaran rumah yang bersih dan teratur
iii. keadaan alam sekeliling yang tidak menjejaskan hidupan
2
NO KOD/CODE NUM DSA 1144/K01 & K02/NK01-02 Muka: 3 Drp: 68

iv. tempat tinggal yang sempurna


v.  pemakanan yang seimbang
vi. bekalan air yang bersih
vii  udara yang bersih

Kesihatan mental dan rohani merangkumi empat bidang utama iaitu:

i.   daya pemikiran dan sikap yang positif


ii.  dapat menyesuaikan diri dengan keluarga, rakan sebaya dan masyarakat
iii. ada perasasn kasih dan sayang
iv. ada rasa penerimaan, penghargaan dan bersyukur

kesihatan sosial

Kesihatan sosial pula adalah perhubungan yang baik dengan ahli keluarga, rakan sebaya, jiran
dan juga masyarakat setempat

DEFINISI KESIHATAN

Kesihatan amat penting dalam menjamin keceriaan hidup setiap individu. Kesihatan merujuk satu
keadaan tubuh badan yang tidak mengalami sebarang masalah seperti ada penyakit kencing
manis dan mudah diserang penyakit berjangkit lain. ada pelbagai langkah yang boeh diamalkan
oleh seseorang untuk memiliki tahap kesihatan yang baik.

Gaya hidup yang sihat merupakan kunci utama kepada kesejahteraan insan. Insan yang
sihat pastinya dapat memainkan peranan aktif terhadap pembangunan agama, bangsa dan
Negara. Pertubuhan kesihatan Sedunia (WHO, 1948) mendefinisikan kesihatan sebagai suatu
keadaan fizikal, minda dan sosial yang sihat, sergas, cerdas serta bebas dari sebarang
penyakit.berlandaskan keadaan sosial dan masyarakat. Definisi ini menegaskan bahawa
kesihatan ditunjangi oleh faktor fizikal dan mental dan sosial yang sihat, berfungsi,cergas serta
tidak diancam oleh sebarang penyakit yang boleh memudaratkan insan.

Tabiat pengambilan makanan sememangnya penting terhadap tubuh manusia, terutama


apabila ia bakal memberi kesan kepada kesihatan. Justeru, sangat diutamakan kepada individu
mengetahui jenis makanan diambil sesuai dengan keperluan badan, terutama bagi yang gemar
mengambil makanan seperti sayuran, bijirin dan buah-buahan berikutan lebih mengemari
makanan tinggi dengan gula, garam dan berminyak. Disebabkan corak pemakanan sedemikian,
seakan-akan lumrah pada masa kini apabila timbul pelbagai masalah kesihatan yang  selalunya
berpunca daripada pengambilan gula secara berlebihan dan tinggi dengan lemak dan kolestrol
sehingga menyebabkan seseorang itu mudah diserang diabetes, darah tinggi serta lemah
jantung.

Sebenarnya pengambilan makanan mengandungi tinggi lemak serta gula bukan sahaja
boleh menyumbang kepada masalah kegemukan dan menyebabkan obesiti, malah faktor
gabungan kedua-duanya mengundang kedatangan penyakit kencing manis atau diabetes.
Diabetes berlaku apabila insulin yang di hasilkan tubuh kurang daripada jumlah gula dalam
darah, menyebabkan jumlah gula digunakan tidak dapat di serap serta di gunakan sebaik-
baiknya oleh tubuh. Dengan kewujudan penyakit diabetes, kebiasaan pengidapnya turut
mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat pelbagai penyakit sampingan . Justeru itu
pengambilan makanan seimbang amatlah penting seperti yang di tunjukan dalam sistem piramid
makanan.

Sudah pasti semua sudah sedia maklum tentang keperluan nutrisi makanan dalam sistem
piramid.adalah sangat penting untuk tubuh badan. Dengan gaya hidup moden yang serba pantas
hari ini, golongan yang bekerja mudah mengabaikan diet dan sajian tetap. Pengantungan yang

3
NO KOD/CODE NUM DSA 1144/K01 & K02/NK01-02 Muka: 4 Drp: 68

tinggi pada makanan segera selalu mengakibatkan pengambilan lemak tepu, kolestrol, gula
ringkas dan sodium yang tinggi. Mereka tidak mengambil hidangan yang secukupnya pasti akan
kekeurangan nutrient penting yang diperlukan tubuh badan mereka. Pengambilan susu dan
produk susu yang mencukupi sejak peringkat awal usia dan seterusnya disepanjang hayat dapat
membantu menjadikan tulang lebih kuat dan melindunginya penyakit seperti osteoporosis( tulang
rapuh dan lemah) pada usia lanjut. Kandungan kalsium dan fosforus yang tinggi dalam susu dan
produk susu juga memberi manfaat kepada pertumbuhan dan pemeliharaan gigi yang sihat.
Setiap makanan yang kita pilih haruslah seimbang dengan keperluan harian kita agar badan
sentiasa sihat dan tidak lesu. Sentiasalah peka dengan setiap perubahan tubuh badan sendiri
agar tidak mengabaikan kesihatan diri.

Pilihlah aktiviti menyeronokkan dan mampu mengekalkan kesihatan badan seperti


berjalan pantas,berenang atau berbasikal secara berkumpulan, kerana senaman yang dilakukan
secara teratur dan berterusan membantu mengembalikan paras gula ke julat normal selain
bantuan pemakanan yang membantu sistem dalam tubuh. Aspek pemakanan amat penting
dalam menjamin kesihatan yang baik. Seseorang harus mengamalkan pemakanan yang
seimbang dan berkhasiat dalam
kehidupannya. Diet yang seimbang memastikan tubuh badan seseorang memilikii
semua zat-zat yang diperlukan oleh seseorang itu. Jadi, pemakanan yang sebegini
memberikan tahap kesihatan yang baik.

Selain itu, seseorang harus mengamalkan aktiviti senaman yang tetap. Tindakan
melakukan senaman dua atau tiga kali seminggu menyebabkan tubuh badan seseorang
berfungsi dengan baik kerana semua toksik telah dikeuarkan menerusi peluh. Rasa tekanan atau
stres turut berupaya dihilangkan menerusi senaman yang dilakuan itu. Oleh itu, untuk
memperoleh kesihatan yang baik kita harus melakukan senaman yang konsisten.

Seseorang itu juga harus memiliki waktu tidur yang cukup terutama apabila umur mereka
semakin meningkat. Tidur yang cukup ini memastikan badan seseorang menerima rehat yang
secukupnya selepas penat bekerja terutama di pejabat. Keadaan ini turut memberikan seseorang
itu tenaga untuk meneruskan aktivitinya pada esok hari. Maka, waktu tidur yang secukupnya
memberi ruang kepada seseorang itu untuk terus memiliki kesihatan yang baik. Malahan,
pemeriksaan kesihatan yang dibuat sepanjang tahun boleh memberi satu
perspektif yang baik tentang tahap kesihatan seseorang itu. Pemeriksaan yang
kerap ini menyebabkan seseorang itu mengetahui keadaan kesihatan badan mereka
dan melakukan beberapa perubahan untuk memastikan mereka dalam keadaan
yang seimbang. Sesungguhnya, pemeriksaan kesihatan yang kerap akan
memastikan kesihatan seseorang itu dalam keadaan baik.

Kesimpulannya kesihatan amat penting dalam menjalani kehidupan seharian. Jika tubuh
tidak mempunyai tahap kesihatan yang baik, nescaya segala kegiatan atau aktiviti tidak dapat
dilaksanakan dengan sempurna. Oleh itu bagi menjamin kesejahteraan dalam kesihatan, kita
tidak perlu mengejar kekayaan dan mengabaikan aktiviti yang berfaedah seperti bersukan dalam
kegiatan seharian.

cara-cara dan langkah-langkah menjaga kesihatan diri

Langkah pertama menjaga kesihatan


Seseorang itu perlu menjaga kebersihan diri.
Contohnya: mandi sekurang-kurangnya two kali, memakai pakaian yang suci, sentiasa
memastikan kawasan sekeliling sentiasa bersih dan sebagainya.
Dengan itu, kita dapat menjauhkan diri daripada sebarang penyakit.
Dengan cara ini, sudah pasti bahawa kita tidak akan senang dijangkit oleh penyakit.
Oleh itu, menjaga kebersihan amat penting untuk kesihatan.
Langkah kedua menjaga kesihatan
Selain itu, pemakanan yang seimbang amat penting terutamanya makanan yang berkhasiat.
4
NO KOD/CODE NUM DSA 1144/K01 & K02/NK01-02 Muka: 5 Drp: 68

Kita haruslah makan makanan yang mengandungi vitamin dan mineral yang tinggi.
Kita tidak perlu mengambil makanan ringan atau makanan segera kerana makanan ini tidak
menjamin kesihatan yang sempurna.
Ia akan menyebabkan kita menjadi gemuk dan lama-kelamaan, ia akan melindung kita ke arah
keadaan obesiti.
Langkah ketiga untuk menjaga kesihatan
Bersenam juga boleh menjamin kesihatan yang baik.
Apabila kita berpeluh, kita akan dapat mengeluarkan toksik yang terdapat di dalam badan kita.
Selain itu, bersenam juga dapat membakar kalori.
Contoh-contoh senaman: berlari, menunggang basikal, senaman aerobik dan sebagainya
Phase 2
Apakah maksud Kesihatan?
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mentakrifkan perkataan sihat sebagai:

"Keadaan sempurna fizikal, mental, dan sosial, dan tidak hanya ketika ketiadaan sakit"

Kesihatan juga membawa erti kemampuan untuk meneruskan hidup dengan prospek positif.

Pemeriksaan Kesihatan Bayi dan Kanak-Kanak


PEMERIKSAAN KESIHATAN BAYI DAN KANAK-KANAK
Pemeriksaan kesihatan untuk bayi dan kanak-kanak (0-6 tahun) meliputi:
1. Pengambilan antropometri (berat dan tinggi) untuk memantau pertumbuhan kanak-kanak
2. Menjalankan penilaian perkembangan dan mengesan keadaan luar biasa
3. Penilaian pemakanan

Buku Rekod Kesihatan Bayi dan Kanak-Kanak (0-6 tahun) digunakan untuk merekodkan pemeriksaan
kesihatan yang dilakukan dan boleh digunakan untuk rawatan di fasiliti kerajaan atau swasta.
Sila rujuk pada pautan di bawah.
1. Buku Rekod Kesihatan Bayi dan Kanak-kanak (buku RKK lelaki)
2. Buku Rekod Kesihatan Bayi dan Kanak-kanak (buku RKK perempuan)
3. Jadual lawatan pemeriksaan bayi dan kanak-kanak ke klinik kesihatan

PENGENALAN

Kesihatan kanak-kanak perlu diberikan perhatian. Mereka mudah terdedah kepada pelbagai jenis
penyakit. Kanak-kanak yang sihat akan dapat menikmati kehidupan yang sempurna, sementara
kanak-kanak yang kurang sihat akan terhad aktiviti hariannya. Apabila terlibat dalam bidang
kanak-kanak atau bekerja di pusat jagaan kanak-kanak, taska atau tadika, kita mestilah sentiasa
mengambil berat terhadap kesihatan kanak-kanak. Setiap perubahan kanak-kanak dari aspek
tingkah laku, fizikal dan emosi membawa kepada permulaan atau simptom penyakit tertentu.
Sebagai pekerja taska, menjadi tanggung jawab kita untuk mengenal pasti keadaan tersebut.
Terdapat pelbagai jenis penyakit yang boleh dihidapi oleh kanak-kanak. Penyakit-penyakit
tersebut mungkin penyakit biasa yang sering dihidapi, penyakit yang boleh berjangkit atau
mungkin juga alahan. Oleh sebab itu setiap pekerja di pusat jagaan kanak-kanak perlu tahu
serba sedikit tentang pendidikan kesihatan supaya dapat menguruskan keadaan dengan lebih
bersistematik.

5
NO KOD/CODE NUM DSA 1144/K01 & K02/NK01-02 Muka: 6 Drp: 68

Akta

Menurut Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308) berkaitan peraturan taman asuhan
kanak-kanak 2012, yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2013 dalam peraturan 3 (b) iaitu
mestilah menyediakan pengaturan yang cukup dan sesuai bagi pemberian makanan,
pemakanan, rehat dan hiburan bagi kanak-kanak di taman asuhan kanak-kanak ; dan (c)
memastikan bahawa kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak di taman asuhan kanak-kanak
adalah memuaskan.

Ibubapa atau penjaga perlu mempunyai pengetahuan mengenai penyakit-penyakit yang mudah
dihidapi oleh bayi dan kanak-kanak. Pengetahuan ini termasuklah jenis, tanda-tanda, cara
pencegahan dan rawatan awal yang boleh diberikan kepada mereka.

Penyakit boleh dikategorikan kepada

i. Penyakit berjangkit

ii. Penyakit tidak berjangkit

Penyakit berjangkit

Penyakit berjangkit biasanya merebak kepada orang lain melalui sentuhan, pernafasan,
berkongsi pakaian dan peralatan.

Contoh penyakit berjangkit

 Sakit mata (konjuntivitis)

 Batuk dan selsema

 Kudis buta

 Campak

 Cacar air

 Penyakit kulit

Penyakit tidak berjangkit

Penyakit tidak berjangkit disebabkan oleh kuman tertentu atau faktor individu seperti tahap
ketahanan tubuh dan corak pemakanan.

Contoh penyakit tidak berjangkit ialah seperti


 Demam

 Sakit tekak

 Kerumunan cacing

6
NO KOD/CODE NUM DSA 1144/K01 & K02/NK01-02 Muka: 7 Drp: 68

Mengenal Pasti Dan Menangani Penyakit

Beberapa perkara yang perlu diberi perhatian untuk mengenal pasti dan menangani penyakit
yang sering berlaku kepada bayi dan kanak-kanak TASKA dan TADIKA.

 Jenis-jenis penyakit yang biasa dihidapi oleh bayi dan kanak-kanak di taska / tadika ialah
seperti demam, batuk, selsema, cirit-birit.

 Jenis-jenis penyakit seperti demam, batuk, selsema dan cirit-birit dapat dikenal pasti
berdasarkan tanda atau simptom.

 Kanak-kanak dan bayi yang mempunyai ketahanan badan yang rendah akan mudah
dijangkiti penyakit.

 Pihak pengurusan taska / tadika hendaklah mendapatkan maklumat tentang rekod


kesihatan dan imunisasi kanak-kanak daripada ibu bapa atau penjaga.

 Catatan mengenai tanda dan simptom kanak-kanak yang tidak sihat hendaklah dilakukan
setiap hari.

 Segala ubat yang dibekalkan oleh ibu bapa atau penjaga hendaklah dipatuhi dan
diberikan kepada kanak-kanak mengikut arahan doktor.

 Bincangkan peraturan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan taska / tadika tentang
kanak-kanak yang tidak sihat, penyakit berjangkit, penyakit kronik dan kecemasan
dengan ibu bapa atau penjaga.

 Nasihatkan ibu bapa atau penjaga supaya kanak-kanak yang tidak sihat dapat berehat di
rumah untuk mengelakkan jangkitan penyakit kepada kanak-kanak lain.

 Langkah pengawalan dan pencegahan awal adalah penting

 Setiap kanak-kanak yang dijangkiti perlu diberikan rawatan.

 Rujuk klinik atau hospital yang terdekat jika penyakit yang dihidapi kanak-kanak
bertambah serius dan membahayakan.

 Dapatkan maklumat dengan melayari laman web www.moh.gov.my

 Menjaga kesihatan kanak-kanak adalah tanggung jawab semua pihak.

 Pihak pengurusan taska / tadika perlu menyediakan ruang rehat bagi kanak-kanak yang
tidak sihat, sementara menunggu ibu bapa atau penjaga menjemput mereka.

Ciri Kanak-Kanak Yang Sihat

Antara ciri kanak-kanak yang sihat ialah:

 Riang dan cergas

- kanak-kanak sentiasa riang dan ceria

- Wajah kelihatan ceria

7
NO KOD/CODE NUM DSA 1144/K01 & K02/NK01-02 Muka: 8 Drp: 68

- Seronok bermain

- Cergas bergerak

- Mudah menyesuaikan diri, berkerjasama dan bersosial

 Tidur nyenyak

- kanak-kanak dapat tidur dengan nyenyak dan tidak terganggu

- Keperluan waktu tidur kanak-kanak mengikut umur mereka. Bayi baru lahir
memerlukan tidur 11 hingga 16 jam sehari. Waktu tidur semakin berkurangan
apabila umur kanak-kanak bertambah.

 Berselera makan

- kanak-kanak yang sihat mempunyai selera makan yang baik

- Berselera untuk makan terutama makanan kegemaran

 Suhu badan normal

– suhu badan normal kanak-kanak adalah antara 36°C hingga 37°C (96.8°F hingga
99.5°F)
- Suhu badan berubah-ubah mengikut waktu dalam sehari suhu melebihi 37.7°C
(99.4°F) menandakan demam

- Gunakan termometer untuk mengetahui bacaan suhu badan kanak-


kanak.

 Tumbesaran normal

- kadar tumbesaran selaras dengan peningkatan usia kanak-kanak

- Pada 6 bulan pertama kelahirannya berat badan bayi bertambah dengan ½


kilogram setiap bulan

- Pertambahan berat badan akan terus berlaku, sesuai dengan pertumbuhan umur
mereka.

Ciri Kanak-Kanak Yang Tidak Sihat

Antara ciri kanak-kanak yang tidak sihat ialah:

 Wajah pucat dan tidak ceria

 Mata merah dan berair

– Mata berasa panas dan mengeluarkan air mata

- Menunjukkan tanda demam dan selsema

Kemungkinan mendapat jangkitan pada mata

 Hidung berair - cecair mengalir keluar daripada hidung

8
NO KOD/CODE NUM DSA 1144/K01 & K02/NK01-02 Muka: 9 Drp: 68

- Berasa tidak selesa

- Kemungkinan kanak-kanak menghidap selsema

 Panas badan - Menunjukkan tanda demam

- Suhu badan meningkat

- Berasa tidak selesa dan lemah

 Tidak berselera makan – makan sedikit daripada bisa

- tidak mahu makan walaupun makanan kegemaran

 Tidak aktif - Menjadi pendiam

- Lebih suka duduk atau berbaring

 Mata merah - Mata berasa panas dan mengeluarkan air mata

- Menunjukkan tanda demam dan selsema

- Kemungkinan mendapat jangkitan pada anak mata

 Pasif dan tidak mahu melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran

 Tidak selesa untuk bersosial

Antara penyakit-penyakit biasa yang sering dihidapi oleh kanak-kanak ialah :

 Influenza / selsema

 Batuk

 Demam

 Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD)

 EKzema

 Ruam

TANDA DAN SIMPTOM PENYAKIT

Memahami Jenis-Jenis Influenza / Selsema Dan Punca

Influenza lebih dikenali sebagai selsema. Penyakit selsema disebabkan oleh serangan kuman
yang dikenali sebagai virus. Selsema disebabkan oleh virus RNA dalam keluarga
Orthomyxoviridae (influenza virus) , yang menyerang ayam dan mamalia. Simptom paling biasa
pesakit akan kesejukan , demam, sakit tekak, sakit otot, sakit kepala yang teruk, batuk,
kelemahan dan rasa tidak selesa secara umum. Bayi yang berusia kurang dari enam bulan
jarang dijangkiti penyakit selsema sekiranya bayi itu diberi susu ibu.

Faktor-Faktor Risiko Selsema

9
NO KOD/CODE NUM DSA 1144/K01 & K02/NK01-02 Muka: 10 Drp: 68

Selsema / influenza akan berrisiko kepada :

 Bayi atau kanak-kanak

 Orang dewasa yang berumur lebih dari 50 tahun

 Pesakit kronik seperti kencing manis, jantung, buah pinggang atau paru-paru

 Mereka yang mempunyai sisitem pertahanan badan (imunisasi) yang lemah seperti HIV
AIDS

 Ibu-ibu hamil

 Penjaga di pusat jagaan

 Mereka yang sentiasa berhubung rapat dengan bayi atau kanak-kanak

Punca Selsema / Influenza

Virus selsema berjangkit melalui udara apabila orang yang dijangkiti batuk, bersin atau bercakap.
Anda boleh menyedut virus secara langsung atau melalui objek seperti telefon atau papan
kekunci komputer dan kemudian memindahkannya kepada mata, hidung atau mulut anda.

Selsema disebabkan oleh tiga jenis virus – pesakit influenza A, B dan C.jenis punca maut flu
pandemik (wabak pada Hemisfera) yang menyerang setiap 10 hingga 40 tahun.jenis B
menyebabkan sebuah pandemik dengan skala yang lebih kecil. Jenis A atau B boleh
menyebabkan edaran selsema setiap musim sejuk, manakal jenis C adalah tidak berkaitan
dengan wabak.

Tanda –Tanda Selsema

 Kerap bersin

 Hidung berhingus

 Hidung tersumbat

 Batuk

 Tekak terasa sakit

 Muntah

 Demam

 pening

Media penghantaran influenza

Selsema boleh dihantar melalui sistem pernafasan serta malalui air liur. Jika kita berada
berhampiran dengan orang yang mengidap selsema, kemungkinan untuk dijangkiti selsema
adalah sangat besar.

Cara Pencegahan Influenza/Selsema


10
NO KOD/CODE NUM DSA 1144/K01 & K02/NK01-02 Muka: 11 Drp: 68

1. Menjaga ketahanan badan supaya tidak terdedah kepada virus. Contoh makan kerap,
rehat yang cukup, minum air kosong mengikut keperluan yang sepatutnya, bersenam dan
mengamalkan gaya hidup sihat. Mengambil vitamin yang boleh membantu seperti vitamin
C dengan cara mengambil buah-buahan atau suppliment.

2. Menggunakan topeng terutamanya sekiranya berada di tempat awam yang menderita


akibat selsema.

3. Berolahraga secara teratur. Melatih kardiovaskuler secara teratur – seperti berjalan,


berbasikal, aerobik untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.

Cara Merawat Selsema

 Lap badan dengan tuala yang dicelup dengan air suam

 Berikan ubat selsema mengikut arahan doktor

 Sekiranya bayi / kanak-kanak berhingus atau hidung tersumbat, baringkan dalam posisi
meniarap

 Gunakan penyedut hidung untuk melegakan pernafasannya supaya tidak tersekat

 Galakkan minum banyak air seperti air susu, jus buah-buahan atau air suam

 Adakalanya doktor menasihatkan untuk menggunakan ubat titik di bahagian hidung yang
tersumbat.

Cara Lain Mengatasi Selsema Tanpa Ubat

1. Suhu

Dengan memberi perhatian kepada dua perkara iaitu suhu bilik dan suhu badan. Caranya ialah
dengan memakai baju tebal untuk mendapatkan suhu badan yang normal dan dapat mengawal
selsema dari menjadi lebih teruk. Keadaan ini kerana apabila selsema, badan akan mengalami
demam disebabkan tindak balas pertahanan badan terhadap virus.Suhu yang sejuk boleh
menyebabkan selsema menjadi lebih teruk.

2. Rehat

Selsema ringan biasanya boleh dikendalikan hanya dengan rehat yang baik. Secara umumnya
orang dewasa memerlukan masa tidur 6 hingga 7 jam sehari. Bagi kanak-kanak 8 hingga 10 jam
sehari. Oleh sebab itu apabila selsema, cuba rehat dalam tempoh tersebut atau lebih.

3. Basuh Tangan

Selsema juga boleh diatasi dengan kerap mencuci tangan. Basuh tangan dengan sabun dengan
cara yang betul. Seperti selepas memegang benda-benda yang disentuh oleh orang ramai
apabila bresin supaya virus tidak mudah berjangkit kepada orang lain. Tabiat mencuci tangan
telah dapat mencegah penyakit berjangkit sebanyak 80%.

4. Kerap Makan
11
NO KOD/CODE NUM DSA 1144/K01 & K02/NK01-02 Muka: 12 Drp: 68

Untuk melawan virus dalam badan, badan perlu diberi pemakanan yang mencukupi. Biasakan
diri untuk makan lebih kerap iaitu pagi, tengahari dan malam. Badan memerlukan tenaga untuk
melawan virus.

5. Makan Sup Panas

Sesetengah negara mencadangkan bahawa pesakit yang mengidap demam mesti makan sup
panas semasa selsema. Ini disebabkan sup panas yang dicampurkan dengan sedikit garam
dapat membuatkan badan lebih fit. Tambahkan sup dengan potongan lobak merah dan kacang
untuk tambahan protein.

6. Rendam Badan Dengan Air Suam

Mandi dengan menggunakan air suam maksimum 30 minit boleh membuatkan tubuh rasa
selesa. Kemudian pakai pakaian tebal supaya badan tidak masuk angin. Ini kerana air suam juga
boleh membuatkan liang-liang kulit terbuka.

BATUK

Pertusis atau dikenali sebagai batuk kokol adalah penyakit kanak-kanak yang paling mudah
merebak.

Ia menyebabkan kanak-kanak sukar bernafas dan mengalami batuk kokol selama lebih daripada
20 kali dalam satu nafas tunggal.

Penyakit ini bermula dengan selesema, kemudian anda akan dengan anak batuk “tercungap-
cungap” seolah mereka susah untuk menarik nafas.

Kes-kes yang teruk boleh menyebabkan muntah, turun berat badan, kecederaan otak dan maut.
Bayi adalah insan paling berisiko.

Oleh itu ibu bapa semua, sentiasa jaga malah pantau tahap kesihatan anak-anak anda. Semua
penyakit berbahaya ini boleh dicegah dengan pemberian vaksin.

Batuk boleh dibahagikan kepada :

1. Batuk yang menghasilkan kahak dan lendir

2. Batuk yang tidak menghasilkan kahak dan lendir

1. Batuk yang menghasilkan kahak dan lendir

 Biarkan sahaja tanpa diberikan ubat. Sekiranya diberi ubat kahak dan lendir semakin
tebal dan pekat yang akan menyebabkan batuknya akan berterusan buat beberapa lama.

 Gunakan penyedut untuk menyedut kahak dan lendir yang pekat dan berlebihan

2. Batuk yang tidak menghasilkan kahak dan lendir

 Rasa kering, gatal/perit pada bahagian tekak

 Rasa gatal yang kering ditekak mengakibatkan batuk yang mengganggu tanpa
mengeluarkan kahak/dry cough/irritative cough.

12
NO KOD/CODE NUM DSA 1144/K01 & K02/NK01-02 Muka: 13 Drp: 68

 Biasanya disebabkan oleh jangkitan virus atau tindakbalas akibat alahan

 Galakkan minum banyak air

 Beri ubat sekiranya mengganggu makan, minum dan tidur kanak-kanak

 Berhentikan memberi ubat batuk sekiranya nampak lega dan biarkan batuk itu baik
dengan sendirinya

 Elakkan dari memberi makanan yang berminyak

# Ada beberapa penawar lain yang boleh digunakan berdasarkan warna hingus atau kahak
kanak-kanak.

Sekiranya jernih bermaksud badan sejuk jadi boleh dirawat dengan makanan yang panas seperti
madu (untuk kanak-kanak berusia 1 tahun ke atas), buah delima, habbatussauda ataupun
Omega Guard.

Sekiranya kahak itu pekat berwarna kuning atau hijau, ini menandakan badan panas dan kita
boleh merawat dengan memberikan makanan sejuk seperti barli, air kelapa, air asam jawa atau
kembang semangkuk.

Jika anak anda sering selsema pada waktu pagi, ia disebabkan alah kepada suhu sejuk atau
habuk pada permukaan tilam / sekitarnya (alergi). Selsema juga boleh berlaku jika anak alergi
pad sesuatu makanan yang dimakan. Ini lebih kepada resdung atau sinus. Caranya elakkan
daripada punca masalah tersebut.

Jenis-Jenis Batuk

1. Batuk ”menggonggong” atau menyalak

Biasanya disebabkan oleh croup, iaitu suatu peradangan pada larings dan trakea yang
disebabkan oleh alergi, perubahan suhu dimalam hari atau yang paling biasa adalah disebabkan
infeksi pernafasan atau akibat virus. Jangkitan kepada kanak-kanak akan menyebabkan saluran
pernafasan semakin sempit, peti suara akan membengkak sehingga menyebabkan kesulitan
untuk bernafas.

2. Batuk Rejan (whooping cough)

Batuk yang kerap diakhiri dengan suara seperti ingin muntah semasa kita mengambil nafas.
Batuk ini disebabkan oleh baktiria pertussis yang boleh menular melalui percikan cairan dari
hidung atau mulut orang yang dijangkiti apabila mereka bersin, batuk atau tertawa.

3. Batuk dengan mendehem

Iaitu batuk yang disertai dengan bunyi mendehem semasa kanak-kanak mengeluarkan udara
nafas, keadaan ini menunjukkan adanya suatu ”sumbatan” dijalan nafas bawah. Sumbatan
berlaku disebabkan pembengkakan akibat jangkitan (infeksi) pernafasan (seperti bronkiolitis atau
pneumonia), asma atau akibat ada sesuatu yang tersangkut di saluran pernafasan.

4. Stridor

13
NO KOD/CODE NUM DSA 1144/K01 & K02/NK01-02 Muka: 14 Drp: 68

Merupakan suara nafas yang berisik dan kasar yang terdengar pada saat kanak-kanak menarik
nafas. Kebiasaannya disebabkan pembengkakan di bahagian atas salur pernafasan yang
disebabkan oleh virus. Kadangkalan keadaan ini berlaku disebabkan terdapat benda asing yang
menyumbat laluan pernafasan seperti epiglotitis. Epiglotitis boleh menyebabkan bengkak dan
menutup aliran udara ke paru-paru.

5. Batuk mendadak

Batuk yang berlaku secara tiba-tiba disebabkan tersedak makanan atau minuman yang masuk
ke ”jalur yang salah” iaitu ke saluran pernafasan. Batuk membantu membersihkan dan
membebaskan jalan atau laluan nafas dari sumbatan tersebut. Kebiasaanya batuk ini berlaku
sekejap sahaja (seminit atau lebih).

6. Batuk malam hari

Keadaan ini berlaku semasa kanak-kanak baring berlaku sumbatan pada hidung dan sinus
mengalir ke tenggorok yang menyebabkan berlakunya iritasi. Asma juga boleh menyebabkan
kanak-kanak batuk pada malam hari. Keadaan ini disebabkan salur pernafasan lebih sensitif
pada waktu malam dan menjadi lebih mudah teriritasi.

7. Batuk siang hari.

Kebiasaanya disebabkan oleh alergi, asma, pilek (colds), flu dan infeksi pernafasan lain. Udara
sejuk, kanak-kanak yang aktif menyebabkan batuk semakin berlarutan. Keadaan batuk ini
biasanya akan berkurangan dan baik pada malam hari atau apabila kanak-kanak berehat.

8. Batuk disertai selsema (Colds)

Kebanyakan selsema disertai dengan batuk (batuk kering atau berkahak). Batuk ini biasanya
berlangsung selama satu minggu dan berhenti bila selsema reda.

9. Batuk dengan demam

Sekiranya kanak-kanak batuk dengan demam yang tidak tinggi dan hidung berhingus. Keadaan
ini berkemungkinan kanak-kanak mengidap selsema. Sekiranya kanak-kanak batuk disertai
dengan demam yang tinggi 39°c atau lebih dan keadaan kanak-kanak lesu dan nafasnya
kencang/cepat berkemungkinan kanak-kanak ini mengidap pneumonia.

10. Batuk dengan muntah

Batuk yang kuat kepada kanak-kanak boleh merangsang tindakbalas muntah. Perkara ini tidak
merbahaya kecuali jika muntah tersebut berlarutan. Keadaan ini terjadi kerana kanak-kanak yang
batuk dengan selsema atau asma akan merasa mual apabila ada lendir mengalir ke perut dan
menyebabkan kanak-kanak muntah. Keadaan ini biasa dan tidak merbahaya.

DEMAM

Demam merupakan suatu keadaan apabila suhu badan meningkat melampaui paras suhu badan
yang biasa. Sekiranya suhu badan kanak-kanak meningkat melebihi 37.5°c atau lebih. Dalam
sesetengah keadaan demam akan menyebabkan suhu badan akan menurun pada sebelah pagi
dan akan meningkat sedikit pada sebelah malam . Apabila demam , suhu badan boleh disukat
melalui mulut, telinga atau di bawah ketiak menggunakan termometer .

14
NO KOD/CODE NUM DSA 1144/K01 & K02/NK01-02 Muka: 15 Drp: 68

PUNCA DEMAM

 Jangkitan virus daripada batuk dan selesema.


 Jangkitan pada tekak atau telinga.
 Jangkitan paru- paru.
 Jangkitan saluran kencing.

TANDA-TANDA DAN SIMPTOM DEMAM

 Mata berair

 Sakit tekak

 Sakit mata

 Sakit telinga

 Badan berpeluh

 Sesak nafas

 Batuk

 Berhingus

 Loya

 Muntah atau cirit birit berterusan

 Bertukar nada suara

 Kurang selera makan

 Sakit semasa membuang air kecil

 Perubahan warna kulit atau kelihatan ‘berpetak-petak’ pada kulit ( mottling).


 Tompok-tompok merah yang halus atau kasar pada bahagian tertentu dan di seluruh
badan
 Kurang aktif atau terlalu banyak tidur daripada kebiasaannya.
 Kurang minum dan kurang kencing daripada kebiasaanya.

PANDUAN MERAWAT DEMAM

Pastikan kanak-kanak mendapat jumlah air dalam badan yang mencukupi sama ada dalam
bentuk susu bagi bayi atau air kosong. Kenakan pakaian yang tidak tebal agar anak anda berasa
selesa. Bagi demam yang disebabkan oleh jangkitan yang tidak serius, rawatan berbentuk ubat
seperti Paracetamol boleh diberikan di rumah.

1. Menurunkan Suhu Badan

15
NO KOD/CODE NUM DSA 1144/K01 & K02/NK01-02 Muka: 16 Drp: 68

Biasanya, demam tidak berbahaya sekiranya suhu badan tidak meningkat terlalu tinggi. Suhu
badan kanak-kanak yang demam patut diturunkan. Antara cara-cara menurunkan suhu badan
adalah seperti berikut:

 Elakkan memakai pakaian berlapis-lapis/tebal

 Tanggalkan semua pakaian, tinggalkan seluar dalam atau lampin bayi


 Gunakan selimut yang nipis
 Turunkan suhu bilik dengan membuka tingkap, memasang kipas atau penyaman udara
 Galakkan minum banyak air
Gunakan span atau tuala lembap untuk mengelap bahagian kepala, celah-celah lipatan,
dan tubuh kanak-kanak.

2. Minum Air Secukupnya – Pastikan anda minum air dalam kuantiti yang lebih banyak ketika
anda demam. Pengambilan air dapat mengawal suhu badan anda agar badan tidak
mengalami dehidrasi.

2) Air Asam Jawa – Bancuh asam jawa dengan segelas air. Seeloknya anda perlu embunkan air
asam jawa tersebut. Kalau tak dapat diembunkan boleh juga diminum begitu. Minum sedikit
demi sedikit. Air asam jawa dapat membantu menyejukkan badan dan merawat sakit tekak.
Anda juga boleh sapu air asam jawa di kulit kepala dan di bahagian tengkuk dan badan untuk
mempercepatkan proses menurunkan suhu badan.

3) Stokin Basah – Ada satu petua yang boleh juga anda amalkan iaitu dengan memakai stokin
yang basah ketika suhu badan tinggi. Caranya anda basahkan kedua-dua belah stokin dan
pakai. Anda boleh memakai stokin tebal yang kering di atasnya. Amalkan ini sewaktu tidur
malam untuk menurunkan suhu badan.

4) Lap Badan – Ambil sehelai tuala dan basahkan. Lapkan badan anda untuk menurunkan suhu.
Anda juga boleh biarkan tuala yang basah di atas dahi untuk menurunkan suhu badan.

5) Daun Bunga Raya – Daun dan bunga raya boleh digunakan untuk menyejukkan badan. Ambil
bekas berisi air dan letakkan beberapa helai daun bunga raya bersama beberapa kuntum
bunga raya. Ramas sehingga keluar lendir dan sapukan ke rambut dan kulit kepala.

6) Mandi Secara Kerap – Bila suhu badan panas, elok jika anda mandi dengan air suam. Ini
dapat membantu menurunkan suhu badan anda.

PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD)

Pengenalan

Penyakit ini mudah dijangkiti. Ianya bukan sahaja mudah merebak terutama di awal jangkitan,
tetapi juga boleh merebak selepas beberapa minggu dijangkiti. Sebenarnya penyakit ini tidak

16
NO KOD/CODE NUM DSA 1144/K01 & K02/NK01-02 Muka: 17 Drp: 68

boleh berjangkit daripada haiwan kerana ia tidak sama dengan penyakit kaki dan mulut pada
haiwan. Tambahan pula,penyakit ini tiada vaksin untuk diberikan kepada pesakit.

DEFINISI DAN PENYEBAB

 HMFD ialah jangkitan melalui sejenis virus dipanggil enterovirus, atau virus yang biasa
terdapat di dalam usus. 
 Contoh virus yang menjangkiti manusia ialah poliovirus, Coxsackie virus A dan B,
echovirus dan enteroviruses 68-71.
 HFMD boleh disebabkan oleh coxsackievirus A16, A5, A9, A10, B2, B5 and enterovirus
71. 
 Coxsackievirus A16 (Cox A16) adalah penyebab paling biasa HFMD tetapi yang paling
tidak bahaya.
 HFMD disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah lebih merbahaya dan
menyebabkan kematian. Ini adalah disebabkan oleh jangkitan selaput otak (meningitis),
jangkitan otak (encephalitis), masalah jantung (myocarditis) dan jangkitan paru-paru
berair.

CARA PENYEBARAN

HFMD mudah berjangkit. Jangkitan dapat merebak daripada manusia ke manusia melalui
sentuhan langsung (direct contact) dengan cairan hidung dan mulut, air liur, cecair daripada
lepuh tangan dan kaki, dan najis mereka yang dijangkiti HFMD serta sentuhan pada permukaan
dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD.
Seseorang pesakit paling mudah menjangkiti orang lain dalam waktu seminggu terkena
jangkitan.

SIMPTOM-SIMPTOM DAN GEJALA HFMD


 Demam yang ringan
 Rasa tidak sihat (letih dan lesu)
 Sakit tekak
 Kerap menangis
 Sakit kepala
 Hilang selera makan
 Ruam dengan lepuhan di kaki, tapak tangan dan kawasan lampin.
 Ulser menyerang tekak dan mulut
 Sawan

Kebanyakannya berjangkit kepada kanak-kanak berumur 10 tahun ke bawah.

Biasanya gejala HFMD mula kelihatan selepas 3 hingga 7 hari seseorang terdedah kepada
jangkitan

Selepas demam selama 2-3 hari, lepuhan yang menyakitkan mula terdapat di dalam mulut.
Biasanya terdapat di atas lidah, gusidan di sebelah dalam pipi.
17
NO KOD/CODE NUM DSA 1144/K01 & K02/NK01-02 Muka: 18 Drp: 68

Ruam di kulit mula keluar di satu dua tempat dengan timbulnya lepuhan warna merah tetapi tidak
gatal di tapak tangan dan tapak kaki serta juga di punggung.

Nota:

Lepuhan di mukosa dan permukaan kulit akan sembuh dalam masa 5-7 hari. Manakala lepuhan
di tangan dan kaki akan sembuh dalam masa 5-10 hari.

CARA MERAWAT
HFMD biasanya tidak bahaya dan hilang sendiri. Kebanyakan kes tidak perlukan kemasukan ke
hospital dan hanya perlu dirawat sebagai pesakit luar sahaja.

Perawatan simptomatik diperlukan oleh kebanyakan pesakit HFMD. Ini bermaksud menurunkan
demam, mengurangkan kesakitan seperti sakit kepala dan sakit badan, meningkat hidrasi pesakit
dan perlukan rehat yang secukupnya.

 Pesakit perlu diasingkan daripada kanak-kanak yang lain.

Masih TIADA vaksinasi untuk penyakit ini pada waktu ini.

 Ubat demam (Paracetamol) digunakan untuk mengurangkan demam.


 Air garam digunakan untuk berkumur. Bancuhan: ½ sudu teh garam untuk segelas air
suam (sekiranya kanak-kanak tersebut boleh berkumur).
 Pastikan kanak-kanak minum air yang secukupnya.
 Produk tenusu yang sejuk dan ais krim juga boleh diberi.

Rawatan tradisional

- Berikan kanak-kanak makan ais krim vanila untuk merawat luka di dalam mulut.
- Sediakan satu baldi air paip, masukkan satu sudu besar serbuk kunyit. Ramaskan daun
semambu ke dalam air tersebut. Letakkan air tersebut di bawah cahaya matahari selama
2-3 jam. Apabila air tersebut sudah suam-suam kuku, mandikan kanak-kanak
menggunakan air tersebut. Jirus secara perlahan-lahan dari kaki ke kepala. Jangan bilas
dengan air paip.
- Ramaskan daun semambu dengan bedak sejuk. Lumurkan ke tangan, kaki di bahagian
yang terkena jangkitan ini. Jangan masukkan ke dalam mulut. Untuk atasi masalah ulser
dalam mulut, beri makan aiskrim vanila sahaja. 

Ibu bapa atau pengasuh perlu menghantar kanak-kanak ke hospital apabila :

1. Apabila pesakit tidak boleh makan dan minum dan perlu dimasukkan air melalui salur
darah.
2. Kelihatan lemah dan teruk, kelihatan toksik.
3. Jika demam tidak berkurang dan tinggi (38 dan 39 darjah sentiasa) lebih daripada 4 hari.
4. Bila doktor menjangka terdapat jangkitan kepada kawasan otak menyebabkan kanak-
kanak meracau, serangan sawan, kepenatan melampau, tidak peka terhadap
persekitaran.
18
NO KOD/CODE NUM DSA 1144/K01 & K02/NK01-02 Muka: 19 Drp: 68

EKZEMA

Ekzema ialah sejenis penyakit atau masalah kulit yang biasa ditemui, di mana kulit menjadi
tersangat gatal dan ruam. Dikatakan ekzema dan kulit alergik adalah penyakit kulit warisan, dan
sesetengah ekzema disertai dengan masalah asma.

Perkataan ekzema nampaknya tidak asing lagi kerana banyak orang yang menghadapi masalah
ini. Ekzema biasanya terdapat di muka, tangan, lengan, lutut, peha, betis dan kaki serta di
beberapa bahagian tubuh yang lain. Pada bayi, ekzema selalu terdapat di muka dan bahagian
badan yang lain dalam keadaan tompok-tompok merah. Kawasan yang terkena ekzema
kelihatan sangat kering, menebal atau bersisik. Bagi mereka yang berkulit cerah atau putih,
kawasan ekzema ini pada mulanya kelihatan kemerah-merahan dan kemudiannya bertukar
warna menjadi coklat terutamanya apabila ia selalu digaru dan terdedah kepada infeksi kuman.
Oleh itu, cuba elakkan daripada menggaru dengan kuat sehingga luka atau berdarah. Ekzema
yang teruk akan kelihatan hodoh dan menjijikkan.

Simptom Berlakunya Ekzema

 Kulit akan merekah dan pecah

 Kawasan kulit tertentu mungkin akan terkoyak

 Kulit terasa sangat kering

 Rasa gatal akan lebih teruk pada waktu malam

 Menggaru akan menyebabkan kulit terasa makin menebal

 Kulit menjadi radang, kemerahan, melapuh dan terkandung cecair

 Kulit kelihatan seperti ada tompok lebam kecil, bertompok merah

Faktor Berlakunya Penyakit Ekzema

 Terdapat sejarah penyakit ini dalam keluarga

 Perubahan emosi

 Cuaca yang panas

 Alergik kepada persekitaran (asap rokok,haiwan berbulu, habuk)

 Alahan kepada bahan pencuci dan detergan

 Air yang berklorin tinggi

 Alahan kepada pemakaian, barang kemas dan bahan kosmetik

 Alahan kepada fabrik tertentu

19
NO KOD/CODE NUM DSA 1144/K01 & K02/NK01-02 Muka: 20 Drp: 68

Cara Mencegah
 Pakaikan sarung tangan yang bersih untuk menggaru

 Pastikan kuku jari kanak-kanak pendek

 Apabila sejuk pakaikan pakaian daripada kain kapas di bawah lapisan yang lebih hangat

 Elakkan dari fabrik yang kasar

Cara Merawat
 Letakkan kanak-kanak di bilik yang selesa dan nyaman

 Elakkan mandi air panas dan suam

 Elakkan pakai baju yang berlapis-lapis

 Jangan gunakan sabun apabila mandi

 Awasi makanan yang menyebabkan alahan dan dapatkan nasihat doktor

 Cuba halang anak daripada menggaru bahagian yang dijangkiti

 Apabila ekzema sudah teruk, asingkan daripada sesiapa yang mempunyai penyakit cacar
air atau lepuhan

Cara Perubatan

Mintak nasihat doktor untuk menentukan diagnosa.


 Ubat pencegah gatal seperti antihistamin

 Losen pelembab, krim untuk menahan kekeringan dan kegatalan

 Krim steroid digunakan untuk kes-kes yang teruk

 Antibiotik jika terdapat jangkitan kuman

PENYAKIT RUAM

Ruam merupakan masalah utama yang dihadapi oleh kanak-kanak. Kulit mereka yang sensitive
cepat bertindak balas dengan kerengsaan yang berlaku. Terdapat tiga jenis ruam iaitu panas,
lampin, dan susu.

RUAM PANAS

Dalam cuaca panas, pori pori kulit bayi boleh tertutup. Jika kulit bayi dibiarkan tanpa rawatan ia
menimbulkan bintik merah seakan akan jerawat. Kepanasan yang terlampau akan membuatkan
bayi rimas dan kulit mereka akan terjejas.

20
NO KOD/CODE NUM DSA 1144/K01 & K02/NK01-02 Muka: 21 Drp: 68

Cara Merawat
 Pakaikan kepada bayi yang mengalami masalah ruam panas pakaian yang diperbuat
daripada kain kapas berbanding nilon dan polyester

Cara Mencegah
 Elakkan bayi anda memakai baju yang tebal.

 Selalulah memastikan suhu bilik berada dalam suhu sederhana

RUAM LAMPIN

Ruam lampin pula merupakan radang yang sering berlaku pada kawasan sekitar punggung bayi.
Ruam lampin berlaku jika bayi dibiarkan terlalu lama memakai lampinnya yang kotor kerana air
kencing mahupun najis.

Cara Mencegah
 Segera ganti lampin setiap kali bayi buang najis

Cara Merawat
 Bersihkan dengan air suam.(Bila perlu gunakan sabun halus dan bilaskan dengan bersih
kemudian keringkan)

 Sapukan krim atau losen khusus yang melindungi kulit

RUAM SUSU

Ruam susu ialah bintik-bintik putih yang sering muncul di muka, leher dan atas dada bayi.

Cara Mencegah
 Lapikkan dengan kain pada bahagian bawah botol susu semasa minum susu

Cara Merawat

 Anda tidak perlu risau kerana bintik-bintik ini akan hilang begitu saja

Kudis Buta

Kudis buta ialah keadaan kegatalan pada kulit yang disebabkan oleh gigitan kutu yang bernama
Sarcoptes Scabiei.

Perihal Sarcoptes Scabies :

 Ianya berbadan bulat dan mempunyai lapan kaki yang panjang.


 Kutu ini berukuran 0.4 mm panjang setiap satu.
 Kutu betina akan mengorek masuk kedalam kulit, mengeluarkan telur dan mati.
 Telur-telur akan menetas menjadi kutu dan hidup selama 30 hari.
21
NO KOD/CODE NUM DSA 1144/K01 & K02/NK01-02 Muka: 22 Drp: 68

Kudis buta bukanlah tanda-tanda kurangnya penjagaan kebersihan. Walau bagaimanapun, ianya
cenderung berlaku ditempat-tempat tinggal yang sesak sepeti asrama dan rumah asuhan.

Tanda-Tanda Dan Gejala Kudis Buta

Kudis buta biasanya berkait dengan :

 Kegatalan kulit yang teramat sangat, yang mana ianya lebih teruk diwaktu malam dan
selepas mandi air panas.
 tanda-tanda calar kesan daripada menggaru.
 Bintik merah – seperti ruam terutama dikawasan kedua-dua tapak tangan dan kaki.
 Garisan hitam beralun dan pendek pada kulit (tempat korekkan kutu).

Nota: Kegatalan adalah disebabkan oleh reaksi alahan kepada kutu.

Kawasan yang biasa dijangkiti

Tempat-tempat yang biasa ialah:

 Dicelah-celah jari.
 Tapak tangan.
 Bahagian dalam pergelangan tangan.
 Kawasan-kawasan lain termasuk:
 Kawasan kemaluan.
 Punggung.
 Sekitar pusat.
 Celah-celah ketiak.
 Siku.
 Kaki dan buku lali.

Bagaimana Kudis Buta Merebak

Kudis buta senang merebak dari seorang ke seorang yang lain melalui:
 Sentuhan kulit ke kulit.
 Menyentuh pakaian atau cadar yang dijangkiti (jarang)

Rawatan Untuk Kudis Buta

Ubat-ubatan yang boleh membunuh kutu dinamakan scabicides.Ianya berbentuk krim atau
losyen disapu pada kulit. Ini termasuk:

 Losyen permethrin.
 Krim gamma benzene hexachloride.
 Losyen benzyl benzoate.
 Losyen malathion.
 Losyen atau krim crotamiton.
22
NO KOD/CODE NUM DSA 1144/K01 & K02/NK01-02 Muka: 23 Drp: 68

Dimana ianya disapu?

 Daripada bawah dagu hingga ke hujung jari-jari kaki.


 Semua kawasan yang terlibat, termasuk kawasan dicelah-celah jari, bawah kuku dan
kemaluan.

Bagaimana ianya disapu?

 Ubat-ubatan disapu dan biarkan semalaman sebelum membilasnya esok pagi.


 Rawatan perlu diambil untuk 1-3 malam berturut-turut mengikut nasihat doktor.
 Pakaian dan cadar perlu dibasuh dengan air panas.

Konjunktivitis

Konjunktiva ialah selaput lutsinar yang melitupi mata putih dan bahagian dalam kelopak mata.
Radang pada konjunktiva dikenali sebagai konjunktivitis.Ia adalah penyakit yang kerap terjadi
dan disebabkan oleh bakteria, virus atau alahan

Tanda-tanda dan gejala

Ini adalah bergantung kepada sebab-sebab konjunktivitis.Semua jenis konjunktivitis tidak


menjejaskan penglihatan.

Jenis-jenis konjunktivitis:

1. Konjunktivitis yang disebabkan oleh bakteria:


 Mata merah.
 Discaj Pekat (tahi mata bewarna putih atau kekuningan).
 Kelopak mata melekat (terutama waktu bangun pagi).
 Selalunya bermula pada satu mata dan berjangkit ke sebelah mata yang lain.
 Selalunya berlarutan selama seminggu.
2. Konjunktivitis yang disebabkan oleh virus:
 Mata merah.
 Discaj cair (airmata yang banyak).
 Selalunya bermula pada satu mata dan berjangkit ke sebelah mata yang lain.
 Boleh berlarutan selama 2 minggu atau lebih.
3. Konjunktivitis yang disebabkan oleh alahan:
 Mata merah.
 Gatal mata, kadang-kala gatal hidung jika melibatkan resdung (allergic rhinitis).
 Discaj yang berlendir.
 Mata sentiasa berair.
 Kedua-dua belah mata sakit pada masa yang sama.
 Boleh berlanjutan buat masa yang lama.

23
NO KOD/CODE NUM DSA 1144/K01 & K02/NK01-02 Muka: 24 Drp: 68

Apakah rawatan penyakit ini?

Ibu bapa perlu merujuk kepada doktor untuk mengetahui sebab penyakit ini dan mendapatkan
rawatan yang bersesuian.

Radang selaput mata disebabkan oleh bakteria:

 Antibiotik digunakan dalam bentuk ubat titis mata dan salap mata secara lebih kerap.
 Mencuci mata dengan kerap dan perlahan-lahan juga boleh membantu.

Radang selaput mata disebabkan oleh virus:

 Tidak memerlukan rawatan yang khas.


 Mencuci mata dengan kerap dan perlahan-lahan juga boleh membantu.
 Kadang-kala ubat titis antibiotik diberi untuk mengelakkan dari jangkitan bakteria.

Radang selaput mata disebabkan oleh alahan:

 Ia mungkin keadaan yang kronik.


 Memerlukan ubat-ubatan untuk mengawal alahan dan mengurangkan gatal.

Cara-cara lain :

 Cuci atau lap mata dengan air suam.


 Elakkan mengguna kanta lekap sehingga tanda-tanda penyakit ini hilang.

Cara-cara mengelakkan jangkitan

Konjunktivitis yang disebabkan oleh bakteria atau virus boleh berjangkit dengan mudah.
Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan jangkitan:

 Elakkan menyentuh mata yang dijangkiti.


 Kerap mencuci tangan terutamanya setelah menyentuh mata.
 Elakkan tempat yang sesak atau menghantar anak ke sekolah / pusat penjagaan kanak-
kanak selagi mata anak anda masih merah atau berair.
 Jangan berkongsi tuala muka / kosmetik / ubat titis mata.
 Buang semua ubat titis mata setelah anak anda sihat.

Cirit-Birit

Cirit-birit selalunya terjadi dalam kalangan kanak-kanak. Biasanya ia akan sembuh dengan
sendirinya tanpa menyebabkan komplikasi-komplikasi lain.

Apakah cirit-birit?

Cirit-birit bermaksud membuang air besar yang lebih lembik dan berair daripada biasa. Najis
akan keluar lebih kerap daripada biasa.

 Cirit-birit akut – ia terjadi dengan tiba-tiba dan berterusan kurang daripada dua minggu.
 Cirit-birit kronik– ia berterusan (berlarutan) melebihi dua minggu.

Punca cirit-birit
24
NO KOD/CODE NUM DSA 1144/K01 & K02/NK01-02 Muka: 25 Drp: 68

Makanan atau air yang tercemar menyebabkan jangkitan pada usus dan cirit-birit. Terdapat
sebab-sebab  selain daripada jangkitan tetapi ini lebih jarang berlaku.

Sebab-sebab jangkitan:

Tranmisi/penyebaran biasanya berlaku daripada makanan / air /benda yang tercemar kepada
individu ataupun daripada seorang individu kepada individu yang lain.

1. Virus

contoh.; Rotavirus, Norovirus, Astrovirus.

2. Bakteria

Contoh: Shigella, Campylobacter, Escherichia coli

3. Parasit

contoh;. Giardia lambdia, Entamoeba histolytica

Bukan sebab-sebab jangkitan

 Kurang toleransi terhadap makanan – kurang toleransi terhadap laktosa.

 Reaksi terhadap ubat-ubatan - sesetengah antibiotik.

 Penyakit berkaitan usus – penyakit radang usus (inflammatory bowel disease), penyakit

'coeliac' di mana badan kurang toleransi terhadap gluten.

 Functional bowel disease– sindrom iritasi usus (irritable bowel syndrome).

Tanda-tanda dan simptom cirit-birit

 Membuang air besar dengan lebih kerap.

 Najis berair dengan/tanpa lendir.

 Mual atau muntah-muntah.

 Demam.

 Sakit/kejang perut.

 Kembung perut.

 Hilang selera makan.

Kanak-kanak mungkin kelihatan normal atau mungkin ada tanda-tanda dehidrasi


(penyahhidratan).
25
NO KOD/CODE NUM DSA 1144/K01 & K02/NK01-02 Muka: 26 Drp: 68

Bagaimana mengenal dihidrasi?

Dihidrasi ringan dan sederhana:

 Mulut dan lidah kering.

 Bibir merekah.

 Tiada atau hanya sedikit sahaja air mata jika menangis.

 Tidak kencing selama 4-6 jam (lampin tidak basah dalam tempoh tersebut).

 Ubun-ubun kepala bayi tenggelam.

 Meragam.

Dihidrasi teruk:

Terdapat semua tanda-tanda di atas dan diikuti tanda-tanda berikut:

 Kulit kering dan berkedut.

 Kanak-kanak kelihatan tidak bermaya, sangat letih dan tidak aktif.

 Mata cengkung.

 Sukar bernafas.

 Nadi yang lemah dan sangat cepat.

 Tangan dan kaki terasa sangat sejuk.

 Enggan makan.

Apakah tanda-tanda yang bahaya yang perlu diberi perhatian

Dapatkan rawatan dengan segera sekiranya anak anda ada tanda-tanda ini:

 Tanda-tanda dehidrasi.

 Darah pada najis atau najis bewarna kehitaman.

 Cirit-birit yang berterusan hingga melebihi 48 jam.

 Susut berat badan.

 Keadaan mengantuk atau kelalian.

 Demam > 38°C.

 Enggan makan.

Kesan komplikasi cirit-birit yang teruk

26
NO KOD/CODE NUM DSA 1144/K01 & K02/NK01-02 Muka: 27 Drp: 68

 Organ badan tidak berfungsi termasuk kegagalan ginjal.

 Jangkitan sistemik melibatkan keseluruhan badan (systemic infection).

 Kurang toleransi terhadap laktosa peringkat sekunder (secondary lactose intolerance).

 Rasa sakit di sekeliling kawasan dubur dan kematian.

Bagaimana Mengurus Kanak-Kanak Yang Mendapat Cirit-Birit

Rehidrasi

Adalah penting untuk menggantikan air dan mineral dalam badan yang hilang untuk mencegah
dehidrasi.

Teruskan penyusuan susu ibu disamping memberi minum air garam rehidrasi (oral rehydration
salt - ORS).

Sekiranya bayi tidak menyusu badan, teruskan memberi bayi makanan biasa dan minum air
garam rehidrasi.Gunakan sudu atau picagari kecil untuk memberi ORS sebanyak yang mungkin
dan biasanya tidak melebihi apa yang anak anda boleh minum. Sekiranya anak anda mempunyai
tanda dehidrasi atau tanda-tanda yang bahaya atau anda tidak pasti apa yang perlu dibuat, sila
jumpa doktor anda untuk rawatan lanjut.

Fasa pemulihan

 Apabila keadaan anak bertambah baik, teruskan memberi ORS dan menyusu badan.
Dengan perlahan-lahan tambahkan jumlahnya apabila selera anak anda telah kembali.
 Makanan biasa boleh dimulakan selepas 24 hingga 48 jam jika anak anda terus
bertambah pulih.
 Keadaan najis mungkin akan mengambil masa sehingga 7 hari untuk kembali seperti
biasa (sebahagian daripada proses pemulihan).

Susu

 Elakkan daripada menukar susu formula sesuka hati.

 Dapatkan nasihat doktor jika anda rasa susu formula yang anda berikan kepada anak
anda tidak sesuai untuknya.

Ubat-Ubatan

Ubat untuk menghentikan cirit-birit hendaklah dielakkan kerana:

 Tidak selamat untuk bayi dan kanak-kanak.

 Akan mengganggu keupayaan badan untuk menghapuskan jangkitan.

Antibiotik
27
NO KOD/CODE NUM DSA 1144/K01 & K02/NK01-02 Muka: 28 Drp: 68

 Secara umumnya tidak perlu tetapi kadang kala diberi oleh doktor untuk jangkitan

bakteria usus yang jarang-jarang berlaku. Sila dapatkan nasihat doktor mengenai

rawatan ini.

Krim-krim sapu

 Krim seperti jeli petrolium dan zink oksida boleh membantu melegakan kesakitan
bahagian punggung bayi yang sakit.

Rawatan untuk cirit-birit berlarutan (kronik)

 Penilaian dan siasatan lanjut perlu dilakukan oleh doktor sebelum menentukan rawatan
yang khusus untuk kes-kes cirit-birit berlarutan yang biasanya disebabkan oleh penyakit
serius.

Bagaimana cirit-birit boleh dicegah daripada kanak-kanak?

 Pastikan air minuman anak anda bersih dan dimasak.

 Pastikan anak anda gunakan alatan yang bersih untuk makanan dan minuman.

 Untuk kanak-kanak yang menggunakansusu botol, pastikan botol bayi disterilkan.

 Elak makanan yang mentah kecuali disediakan oleh anda sendiri dengan bersih.

 Cuci tangan dengan bersih selepas menyediakan makanan mentah seperti daging,
menggunakan tandas, menukar lampin dan sebelum memegang makanan.

 Buang lampin pakai dengan betul.

Beguk

Beguk merupakan satu penyakit yang disebabkan oleh virus.Ia menyebabkan bengkak dan rasa
sakit pada kelenjar parotid. Ia mudah berjangkit dan virus merebak melalui titisan daripada mulut,
hidung dan tekak apabila mereka yang dijangkiti beguk mengalami batuk atau bersin. Ia boleh
berjangkit selepas 3 atau 4 hari selepas pembengkakan bermula.

Tanda dan gejala beguk

Tanda dan gejala jangkitan bermula selepas 12-25 hari berhubungan dengan orang yang
dijangkiti. Sesetengah orang yang dijangkiti beguk tiada simptom awal, mereka mungkin
menghadapi:

 Demam.

 Sakit kepala.

28
NO KOD/CODE NUM DSA 1144/K01 & K02/NK01-02 Muka: 29 Drp: 68

 Mulut kering dan hilang selera.

 Keletihan.

 Pembengkakan pada satu atau kedua-dua kelenjar parotid.

Gejala ini biasanya hilang dalam masa 10–12 hari.

Adakah ia satu penyakit yang ringan (biasa)?

Walaupun semua orang yang dijangkiti biasanya akan pulih sepenuhnya, kadang-kala komplikasi
juga boleh berlaku seperti:

 Encephalitis (Pembengkakan pada otak).

 Meningitis (Pembengkakan pada lapisan otak).

 Pancreatitis (Inflamasi pada pankreas).

 Orchitis (Lebam pada testis) berlaku pada lelaki dewasa.

 Pekak.

Bagaimanakah ia dirawat?

Tiada ubat yang khusus untuk beguk tetapi simptom-simptom boleh dilegakan dengan:

 Paracetamol untuk mengurangkan demam dan rasa sakit.


 Mengambil lebih minuman tetapi elakkan jus-jus yang berasid.

 Letakkan ais pada kelenjar parotid atau testis untuk melegakan kesakitan.

Orang yang dijangkiti hendaklah tinggal di rumah sehingga ianya tidak boleh lagi berjangkit (iaitu
sehingga 9 hari selepas pembengkakan kelenjar saliva) atau sehingga bengkak tersebut hilang.

Bolehkah ia dicegah?

Beguk juga boleh dicegah dengan vaksin.Vaksin beguk ini diberi pada umur 12 bulan dan
kemudian ketika berumur 7 tahun sebagai sebahagian daripada vaksin MMR iaitu (mumps,
measles and rubella).Ianya sangat berkesan untuk mencegah beguk ini.

Cacar Air

Apa itu jangkitan cacar air?

Ini ialah jangkitan biasa yang berlaku di kalangan kanak-kanak disebabkan oleh virus.Virus cacar
air juga dikenali sebagai virus varicella.Ia adalah virus sama yang menyebabkan kayap. Ia
merupakan penyakit yang senang berjangkit dan boleh merebak daripada seorang ke seorang.

29
NO KOD/CODE NUM DSA 1144/K01 & K02/NK01-02 Muka: 30 Drp: 68

Seseorang yang dijangkiti virus ini akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh (blisters).
Ianya merebak:

 Melalui udara apabila seseorang yang menghidap cacar air itu mengalami batuk atau
bersin.

 Dengan menyentuh atau bernafas masuk “partikel virus” yang terdapat pada cecair yang
keluar daripada lepuh (blister) .

Apakah tanda dan gejala

Anak anda akan mendapat cacar air 10-21 hari selepas terdedah kepada seseorang yang
mengidap cacar air. Cacar air boleh merebak 1–2 hari sebelum ruam kelihatan pada orang yang
di jangkiti sehingga semua ruam  kering. Kebanyakan kanak-kanak mengalami jangkitan yang
tidak serius. Namun jangkitan cacar air bagi orang dewasa, remaja serta anak kecil kurang dari
setahun boleh menjadi lebih serius.

Simptom :

 Demam, rasa tidak sihat dan letih lima hari sebelum ruam timbul.

 Ruam bermula bintik merah yang kecil dan gatal (seperti jerawat) pada semua badan
termasuk mulut. Biasanya ruam bermula di dada dan belakang, kemudian merebak ke
muka, kepala, kedua-dua lengan dan kaki.

 Dalam masa 24 jam, ruam-ruam akan kelihatan seperti lepuh air (blister), kemudian
pecah, kering dan menjadi keruping (4 -5 hari).

 Bintik-bintik baru akan terus timbul untuk lima hari dan mengambil masa dua minggu
untuk hilang.

Biasanya jangkitan cacar air ini menghasilkan pelalian seumur hidup. Walau bagaimanapun,
virus ini mungkin bersembunyi dan berulang sebagai kayap (shingles) kepada orang dewasa dan
kadang-kala kepada kanak-kanak.

Apakah komplikasinya?

Biasanya cacar air ialah masalah kesihatan ringan bagi kanak-kanak dan kebanyakannya akan
pulih.
Walau bagaimanapun, sesetengah orang berisiko mendapat komplikasi yang teruk, iaitu bayi
yang baru lahir, orang dewasa dan seseorang yang mempunyai sistem pertahanan badan yang
lemah.

Komplikasi lain yang boleh berlaku termasuk:

30
NO KOD/CODE NUM DSA 1144/K01 & K02/NK01-02 Muka: 31 Drp: 68

 Jangkitan kuman pada kulit.

 Jangkitan pada darah (blood stream infection).

 Radang paru-paru.

 Keradangan otak (“encephalitis,cerebellar ataxia”).

Bagaimana jangkitan cacar air dirawat?

Amnya:

 Elakkan anak anda ke sekolah atau taman asuhan kanak-kanak sehingga ruam menjadi
berkerak (lebih kurang tujuh hari daripada permulaan ruam). Jika tidak kemungkinan
kawan-kawannya akan turut dijangkiti. Elakkan dari naik kapal terbang pada masa ini.

 Ambil ubat paracetamol untuk mengurangkan demam.

 Minum banyak air masak.

 Ambil makanan yang seimbang.

 Sentiasa membasuh tangan.

Untuk rasa gatal:

 Sapu losen kalamine di tempat ruam.

 Potong kuku pendek untuk mengelakkan kecederaan kulit semasa menggaru.

 Ubat antihistamine mungkin diberi oleh doktor jika rasa gatal yang teramat sangat
sehingga anak anda tidak dapat tidur.

Ubat antivirus untuk cacar air (dalam bentuk makan) boleh didapati dan selalunya akan diberi
oleh doktor kepada mereka yang berisiko mendapat jangkitan yang teruk, iaitu:

 Berumur 12 tahun ke atas.

 Mengidap penyakit paru-paru/kulit yang kronik.

 Mereka yang menjalani terapi lama dengan mengambil ubat “salicylate” seperti aspirin.

 Mereka yang menjalani terapi steroid sama ada jangka pendek atau berkala (dalam
bentuk sedut).

 Segolongan ibu-ibu mengandung.

Bagaimana cacar air boleh dicegah?

 Cacar air boleh dicegah dengan suntikan pelalian.Vaksin “varicella” ini tiada di dapati
dalam program immunisasi sekarang akan tetapi terdapat pada sektor swasta. Minta
nasihat doktor.
31
NO KOD/CODE NUM DSA 1144/K01 & K02/NK01-02 Muka: 32 Drp: 68

 Jika anda mendapat cacar air, elakkan jangkitan kepada orang lain dengan tidak pergi ke
sekolah atau ke tempat kerja sehingga lepuh menjadi kering dan berkerak.

 Vaksin juga boleh diberi kepada anak anda yang belum pernah dijangkiti penyakit ini jika
terdedah kepada individu yang menghidap cacar air untuk mengelakkan anak anda
daripada mendapat penyakit ini. Sila berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat.

 Seseorang yang berisiko mendapat cacar air yang teruk (bayi yang baru lahir, yang
mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah, wanita mengandung) yang terdedah
kepada seseorang yang mengidap cacar air, mungkin diberi antibodi dalam bentuk
immunoglobulin untuk memberi perlindungan segera.

Demam Campak

Demam campak (Rubeola) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan oleh virus
measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan respiratori dan disertai
ruam pada kulit.

Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui udara dengan titisan (‘droplet”)
cecair daripada mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin. Walau bagaimanapun
kebanyakan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (immun) pada penyakit ini sejak adanya
program campak kebangsaan.Akan tetapi, kebelakangan ini terdapat pertambahan dalam kes-
kes campak di bandar utama dengan kemasukan orang asing. Oleh itu, jika seorang kanak-
kanak tidak lagi mendapat vaksin dan terdedah kepada individu yang menghidap penyakit ini,
maka kemungkinan besar kanak-kanak ini akan dijangkiti virus ini.

Tanda-tanda demam campak?

Antara 10 – 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkkan tanda dan gejala
demam campak seperti:

 Demam tinggi.

 Batuk, selesema dan sakit tekak.

 Mata berair dan sensitif kepada cahaya.

 Sakit otot.

Dua atau tiga hari kemudian timbul ruam-ruam, bermula dibahagian muka dan kepala kemudian
merebak ke bahagian badan, tangan dan kaki.

Ruam akan kekal selama 4 – 7 hari. Semasa ruam timbul, suhu badan biasanya sangat tinggi.
Demam campak boleh menjangkiti orang lain dalam masa seminggu sebelum timbul ruam
sehingga 4 hari selepasnya.

32
NO KOD/CODE NUM DSA 1144/K01 & K02/NK01-02 Muka: 33 Drp: 68

Adakah setiap demam yang disertai ruam merupakan demam campak?

Tidak. Demam campak sering dikelirukan dengan penyakit Rosela Infantum yang disebabkan
oleh virus lain tetapi mempunyai ciri-ciri yang sama dengan demam campak melainkan selepas
2–3 hari ruam timbul, demam biasanya akan kebah. Satu lagi penyakit yang menyerupai campak
adalah rubeola.

Kesan demam campak pada kanak-kanak

Kebanyakan kanak-kanak yang menghidapi demam campak akan sembuh dengan sempurna.
Walau bagaimanapun kadang-kala boleh terjadi komplikasi yang serius terutama golongan yang
menghidapi kekurangan zat makanan dan mempunyai imuu sistem kekebalan yang rendah.

Antara lain komplikasi yang sering terjadi adalah:

 Jangkitan pada telinga.

 Jangkitan paru-paru (Pneumonia ).

 Jangkitan pada otak (encephalitis).

 Cirit-birit.

Kes yang serius boleh berakhir dengan kematian. Bagi wanita hamil pula, boleh menyebabkan
keguguran atau kelahiran pramatang.

Cara merawat demam campak

Tiada rawatan yang spesifik tetapi hal-hal berikut dapat mengurangkan gejala:

 Panadol untuk mengurangkan demam.

 Hindari cahaya terang kerana ia menyakitkan mata.

 Berehat dan minum air yang cukup.

Ruam tidak perlu dirawat kerana ia akan hilang sendiri. Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di
rumah supaya tidak menjangkiti orang lain (sehingga 4 hari selepas ruam timbul).

Bolehkah demam campak dicegah?

Boleh. Demam campak boleh dicegah melalui pemberian suntikan immunisasi MMR (Measles,
Mumps and Rubella) pada usia 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun.

Adalah tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan anak mereka mendapat imunisasi.

MMR adalah vaksin yang selamat.

33
NO KOD/CODE NUM DSA 1144/K01 & K02/NK01-02 Muka: 34 Drp: 68

Jika anak anda terdedah kepada individu dijangkiti campak dan belum lagi menerima imunisasi,
bawa anak anda segera untuk berjumpa doktor.Pemberian vaksin dalam jangka masa tertentu
boleh mengelakkan anak anda daripada dijangkiti virus ini.

Demam Panas: Rawatan Awal

Pengenalan

Demam biasanya satu tanda bahawa sesuatu yang luar biasa sedang berlaku dalam badan
anda. Demam biasanya tidak berbahaya melainkan jika ia mencapai 103°F (39.4°C) atau lebih
tinggi.

Untuk kanak-kanak kecil dan bayi, suhu yang sedikit tinggi mungkin menunjukkan jangkitan yang
serius. Tetapi tahap demam tidak semestinya menunjukkan betapa seriusnya keadaan umum.

Suatu penyakit ringan boleh menyebabkan demam yang tinggi, dan penyakit yang lebih serius
boleh menyebabkan demam yang rendah. Biasanya demam akan hilang dalam masa beberapa
hari. Beberapa ubat-ubatan di kaunter boleh merendahkan suhu demam, tetapi kadang-kadang
ia lebih baik tidak di rawat. Demam memainkan peranan penting dalam membantu badan anda
melawan beberapa jangkitan.

Punca

Suhu normal tubuh anda berbeza-beza sepanjang hari . Ia lebih rendah daripada waktu pagi dan
lebih tinggi pada lewat petang dan malam. Malah, suhu biasa anda boleh berkisar kira-kira 97°F
(36.1°C) dan 99°F (37.2°C). Walaupun kebanyakan orang menganggap 98.6°F (37°C) biasa,
suhu badan anda mungkin berbeza-beza. Faktor-faktor lain, seperti kitaran haid anda atau
senaman berat, boleh memberi kesan kepada suhu badan anda dan juga disebabkan beberapa
faktor berikut:

 Virus
 Jangkitan bakteria
 Strok haba
 Selaran matahari yang melampau
 Keadaan radang tertentu seperti artritis reumatoid – keradangan pada selaput sendi
(synovium)
 Tumor malignan
 Sesetengah ubat-ubatan, seperti antibiotik dan ubat-ubatan yang digunakan untuk
merawat tekanan darah tinggi atau sawan
 Sesetengah imunisasi, seperti difteria, tetanus dan pertusis atau vaksin pneumokokal.

Klasifikasi

1. Suhu badan mempunyai julat yang besar.

Demam biasanya diakui sekiranya

 Suhu pada dubur adalah atau melebihi 37.5 – 38.3 °C (100–101 °F)
 Suhu pada mulut (“oral”) adalah pada melebihi 37.2°C

34
NO KOD/CODE NUM DSA 1144/K01 & K02/NK01-02 Muka: 35 Drp: 68

 Suhu pada ketiak (“axillary”) atau pada telinga (“otic”) adalah pada atau melebihi
37.2 °C (99.0 °F)

Bagi orang dewasa yang sihat, julat bagi suhu mulut adalah 33.2 – 38.2 °C (92 – 101 °F),
bagi dubur adalah 34.4 – 37.8 °C (94 – 100 °F), bagi selaput tympanik adalah 35.4 – 37.8
°C (96 – 100 °F) dan bagi ketiak (“axillary”) ia adalah 35.5 – 37.0 °C (96 – 99 °F).5

Suhu badan mungkin meningkat selepas aktiviti berat tetapi ini tidak dianggap sebagai
demam kerana titik set suhu badan adalah normal. Orang tua memiliki keupayaan yang
kurang bagi menghasilkan haba badan, dengan itu suhu tahap rendah mungkin juga
menunjukkanpenyakit umum yang serius.

2. Hiperpyrexia

Hiperpyrexia merupakan demam dengan suhu badan amat tinggi sama ada atau melebihi
41.5 °C (106.7 °F). Suhu tinggi sedemikian di anggap kecemasan perubatan kerana ia
mungkin menunjukkan keadaan sebenar yang serius atau membawa kepada kesan
sampingan yang besar.

Punca biasa adalah pendarahan otak (intracranial hemorrhage). Punca lain mungkin
akibat sepsis, sindrom Kawasaki , sindrom maligan neuroleptik, kesan dadah, sindrom
serotonin, dan jangkitan tiroid. Jangkitan merupakan punca biasa demam panas yang
suhunya tinggi. Jangkitan yang dikaitkan dengan hiperpyrexia termasuk: roseola, rubeola
dan jangkitan enteroviral.

Penyejukan agresif segera dengan suhu < 38.9 °C (102.0 °F) di dapati meningkatkan
peluang terselamat. Hiperpyrexia berbeza dari hiperthermia daripada segi bagaimana
suhu panas itu terjadi.

3. Hiperthermia

Hiperthermia berpunca daripada beberapa sebab termasuk heatstroke, sindrom maligan


neuroleptik, hyperthermia maligan, perangsang seperti amphetamine dan kokain, tindak
balas dadah idiosyncratic, dan sindrom serotonin.

Tanda / Gejala

Anda demam apabila suhu badan anda meningkat melebihi julat normal. Apa yang normal bagi
anda boleh menjadi sedikit lebih tinggi atau lebih rendah daripada suhu normal purata 98.6 F
(37°C). Bergantung kepada apa yang menyebabkan demam anda, tanda-tanda demam
tambahan dan gejala-gejala termasuk:

 Berpeluh
 Menggigil
 Sakit kepala
 Sakit otot
 Hilang selera makan
 Dehidrasi
 Lemah anggota badan
 Demam yang tinggi antara 103°F (39.4°C) dan 106°F (41.1°C) boleh menyebabkan:
35
NO KOD/CODE NUM DSA 1144/K01 & K02/NK01-02 Muka: 36 Drp: 68

 halusinasi
 kekeliruan
 mudah marah
 sawan
 dehidrasi

Komplikasi

Komplikasi demam mungkin termasuk :

 Dehidrasi yang teruk


 Halusinasi
 Sawan demam
 awan demam biasanya melibatkan hilang sedar dan kaku anggota badan. Walaupun
membimbangkan untuk ibu bapa, majoriti sawan demam tidak menyebabkan kesan
berkekalan.

Jika sawan berlaku:

1. Posisikan anak anda mengiring atau di atas perutnya di atas lantai atau tanah
2. Simpan apa-apa objek tajam yang berhampiran anak anda
3. Longgarkan bahagian baju yang ketat
4. Pegang anak anda untuk mengelakkan kecederaan
5. Jangan letakkan apa-apa di dalam mulut anak anda atau cuba untuk menghentikan
sawan itu
6. Kebanyakan sawan berhenti sendiri. Bawa anak anda berjumpa doktor secepat mungkin
bagi menentukan punca demam
7. Memanggil bantuan perubatan kecemasan jika sawan berlaku lebih dari 10 minit

Rawatan di tempat kejadian

Demam adalah sebahagian daripada pertahanan badan terhadap jangkitan. Walaupun demam
bukan penyakit, jika ia melebihi suhu 40 º C (104 º F), ia boleh menjadi sangat berbahaya. Walau
bagaimanapun, bagi kebanyakan demam, tidak ada pilihan selain merawatnya di rumah. Berikut
adalah beberapa cara untuk melakukannya.

1. Mandi. Jika anda ingin merawat demam anda, rendamkan diri dalam tab mandi yang
penuh dengan air sejuk. Air itu akan membantu menyejukkan kulit serta dapat
menurunkan suhu badan.
2. Lapkan badan. Jika anda tidak berkeinginan untuk mandi, anda boleh menggunakan tuala
lembap. Rendamkan tuala kecil dalam air sejuk dan sapukan ke seluruh badan atau letak
kain di dahi anda untuk mengurangkan ketidakselesaan yang disebabkan oleh demam.

36
NO KOD/CODE NUM DSA 1144/K01 & K02/NK01-02 Muka: 37 Drp: 68

3. Menurunkan suhu bilik. Mengurangkan suhu bilik mungkin boleh membuatkan anda
berasa lebih selesa dan juga membantu untuk mengurangkan suhu badan anda.
4. Keluarkan lapisan pakaian. Gabungan lapisan pakaian dan selimut memerangkap haba,
menjadikan demam bertahan lebih lama daripada biasa. Pakai hanya beberapa lapisan
pakaian dan hanya menggunakan selimut untuk tempoh seram sejuk.

Dapatkan banyak rehat. Badan anda adalah memerangi penyakit dan memerlukan
banyak tenaga untuk pulih dengan sendirinya. menghadkan aktiviti dan berehat sebanyak
mungkin.

Kekal terhidrat. Badan anda memerlukan banyak cecair untuk melawan penyakit di dalam
badan anda, terutamanya jika anda berpuasa. Minum air dengan kerap sepanjang hari.

Rawatan Di Hospital

1. Posisikan pesakit, beri oksigen jikalau perlu dan lakukan ‘sponging’ (mengelap badan)
jika suhu badan mendadak naik atau panas.
2. Mengambil vital sign pesakit seperti tekanan darah, denyutan nadi, suhu badan dan kadar
pernafasan setiap minit.
3. Set branula pada kedua belah tangan untuk memberi ubatan dan rujukan ke hospital
yang terdekat

Pencegahan

 Cara terbaik untuk mencegah demam adalah untuk mengurangkan pendedahan anda
kepada penyakit berjangkit. Salah satu cara yang paling berkesan untuk melakukannya
adalah juga merupakan salah satu cara yang paling mudah iaitu kerap mencuci tangan
dengan bersih.
 Mengajar anak-anak anda untuk membasuh tangan mereka kerap, terutamanya sebelum
mereka makan, selepas menggunakan tandas, selepas menghabiskan masa di khalayak
ramai atau bermain di luar rumah
 Menunjukkan kepada mereka bagaimana untuk membasuh tangan mereka dengan cara
yang betul yang meliputi kedua-dua depan dan belakang setiap tangan dengan sabun.

ALAHAN

Definisi:-

Alahan makanan didefinisikan sebagai kesan tindak balas yang memudaratkan daripada sistem
imunisasi badan terhadap beberapa jenis makanan atau minuman.

Apakah faktor yang menyebabkan seseorang kanak-kanak menghidapi alahan makanan?

1. Faktor genetik/sejarah ahli keluarga


Kebarangkalian seorang kanak-kanak itu menghidapi alahan makanan adalah 20-40%
sekiranya salah seorang daripada ibu bapa menghadapi alahan dan 25-35% seorang
daripada adik beradik menghadapi alahan. Namun kebarangkalian ini meningkat kepada
40-60% sekiranya kedua ibu bapa menghidapi alahan dan semakin tinggi 50-80%

37
NO KOD/CODE NUM DSA 1144/K01 & K02/NK01-02 Muka: 38 Drp: 68

sekiranya kedua-dua ibu bapa mempunyai alahan yang sama. Bagi ibu bapa yang tidak
menghidapi alahan, kanak-kanak turut mempunyai kebarangkalian sebanyak 5-15%
untuk menghidapi alahan makanan. (Rujuk Gambar rajah 1).

Gambar rajah 1: Peratusan kebarangkalian kanak-kanak mengalami alahan berdasarkan


genetik atau sejarah keluarga (b,c,f)

2. Faktor pemakanan

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Hill D.J. et al (1997) di Asia, didapati ramai
kanak-kanak di bawah 1 tahun alah terhadap susu lembu, soya dan telur, diikuti dengan
ikan dan makanan laut.

Antara makanan yang biasanya menyebabkan alahan adalah:

o Susu lembu
o Telur
o Legum (kacang soya dan kacang tanah)
o Kekacang (kacang badam, kacang gajus, kacang pecan, kacang pistasio, kacang
walnut)
o Ikan
o Hidupan laut yang bercangkerang (udang, ketam, sotong, kepah, kerang, tiram,
siput dan sebagainya)
o Bijirin (gandum, oat, barli, jagung)
o Makanan lain (epal, ubi kentang, lobak merah, seleri, kiwi, pisang, avocado, betik
dan sebagainya)

Gejala/Tanda

Apakah tanda-tanda seseorang itu menghidapi alahan makanan?

Reaksi alahan terhadap makanan kebiasaannya melibatkan 3 bahagian utama iaitu sistem
pencernaan, kulit dan sistem pernafasan. Kebanyakan reaksi alahan makanan adalah ringan
namun bagi sesetengah individu boleh mengalami reaksi yang teruk sehingga mengakibatkan
maut.

38
NO KOD/CODE NUM DSA 1144/K01 & K02/NK01-02 Muka: 39 Drp: 68

Tanda-tanda dan gejala-gejala alahan makanan termasuklah :

1. Sistem pencernaan
o perut memulas
o rasa loya
o muntah
o cirit birit
2. Kulit
o Gatal-gatal pada kulit
o Angiodema – bengkak kelopak mata dan bahagian badan yang lain
o Ekzema – kulit menjadi kemerah-merahan, gatal dan rasa pedih
3. Sistem pernafasan
o Lelah atau termengah-mengah dan sukar untuk bernafas
o Anaphylaxis iaitu reaksi teruk yang berhubung kait dengan kesukaran bernafas,
bengkak dalam mulut dan kerongkong, penurunan tekanan darah dan terkejut
malah boleh mendatangkan kematian.

Pencegahan dan Rawatan

Pencegahan:-

1. Penyusuan susu ibu secara eksklusif sekurang-kurangnya selama 6 bulan pertama dapat
melindungi bayi. Penyusuan susu ibu boleh diteruskan sehingga 24 bulan atau lebih.
2. Bagi bayi yang berusia di bawah 6 bulan, sekiranya susu formula diperlukan, maka susu
formula boleh digunakan berdasarkan perkara di bawah:-
o Bagi individu yang tiada sejarah alahan makanan di kalangan ibu bapa dan adik
beradik, susu formula biasa boleh diperkenalkan.
o Bagi kanak-kanak yang mempunyai sejarah alahan makanan di kalangan ibu bapa
dan adik beradik, maka susu formula separa hadam kebiasaannya dilabelkan “HA”
atau “hypo-allergenic” boleh diperkenalkan selepas mendapat nasihat doktor.
Perhatian:- susu formula separa hadam ini tidak sesuai bagi kanak-kanak yang
telah didiagnosa alahan terhadap susu lembu.
o Susu soya dan susu mamalia lain seperi susu kambing tidak digalakkan bagi
mencegah alahan makanan.
o Bayi yang mengalami masalah ‘cow’s milk allergy’, hanya sesuai minum susu ibu
atau susu yang dihidrolisis sepenuhnya. Sila dapatkan nasihat doktor.
3. Pengenalan makanan pejal kepada bayi harus bermula pada usia 6 bulan ke atas
o Apabila bayi mula bersedia, perkenalkan makanan baru satu persatu selama 2
hingga 3 hari. Sekiranya berlaku reaksi alahan, elakkan makanan tersebut.
o Mulakan makanan seperti bijirin dan hasil bijirin, sayur-sayuran dan buah-buahan.
o Makanan sumber haiwan seperti ikan, ayam, daging dan telur perlu diperkenalkan
satu demi satu sehingga tiada tanda alahan.
Perhatian:- Berdasarkan kajian Sicherer S.H. & Burks A.W. (2008), melewatkan
pengambilan makanan pejal kepada bayi boleh mengelakkan risiko alahan,
namun tiada cukup bukti yang kukuh menyatakan pengelakan makanan yang
menyebabkan alahan seperti telur, kekacang, legum, ikan dan sebagainya boleh
mencegah alahan.

Rawatan:-

39
NO KOD/CODE NUM DSA 1144/K01 & K02/NK01-02 Muka: 40 Drp: 68

Di antara rawatan alahan makanan yang boleh dilakukan:-

1. Bagi kes yang telah dikenal pasti, mengelakkan pengambilan makanan yang
menyebabkan alahan makanan merupakan langkah yang paling berkesan. Dapatkan
nasihat Pegawai Perubatan dan Pegawai Dietetik sekiranya perlu. PENTING!!

Kedua ibu bapa dan penjaga perlu menimba ilmu pengetahuan berkaitan:-

o cara-cara mengelakkan makanan yang menyebabkan alahan seperti membaca


label makanan dan pemilihan makanan ketika menghadiri majlis-majlis keraian.
o mengenal pasti tanda-tanda alahan makanan serta pengurusan awal sekiranya
reaksi alahan berlarutan.
o pengehadan makanan secara keterlaluan boleh menyebabkan kekurangan zat
makanan seterusnya, menyebabkan pertumbuhan kanak-kanak terbantut.
Dapatkan nasihat Pegawai Dietetik.
o Pastikan bayi dan kanak-kanak diberi makanan seimbang mengikut Garis
Panduan Pemakanan Malaysia.
2. Rawatan ubat seperti epinephrine, antihistamin, steroid. Dapatkan nasihat doktor.

ALAHAN MAKANAN

Apakah itu alahan pemakanan?

Kesan tindak balas yang memudaratkan daripada sistem imunisasi badan terhadap beberapa
jenis makanan yang dianggap berbahaya kepada badan.

Berapa kerap ia berlaku?

Adalah dianggarkan, 2% kanak-kanak mengalami alahan makanan (lebih tinggi dikalangan


kanak-kanak yang lebih muda iaitu sebanyak 5-8%). Kebanyakan kanak-kanak akan hilang
alahan makanan apabila mereka meningkat dewasa. Walau bagaimanapun, sesetengah alahan
seperti alahan kepada kacang tanah dan kerang-kerangan mungkin akan berlanjutan sepanjang
hayat. Dikalangan orang dewasa, kejadian alahan makanan berkurangan kepada anggaran 1%
daripada populasi keseluruhan.

Apakah jenis makanan yang biasanya menyebabkan alahan?

Antara makanan yang biasanya menyebabkan alahan adalah:

 Susu lembu.

 Telur.

 Kacang soya.

 Gandum.

 Kacang tanah, tree nuts (walnut, kacang hazel).

 Makanan laut, kerang-kerangan (contoh : udang, ketam, kepah).


40
NO KOD/CODE NUM DSA 1144/K01 & K02/NK01-02 Muka: 41 Drp: 68

 Beberapa bahan pewarna dan bahan perasa.

Bilakan seseorang itu disyaki mengalami alahan makanan?

Gejala alahan biasanya berlaku dengan cepat dalam tempoh beberapa minit hingga kurang dari
2 jam selepas makan. Kadang-kala tanda-tanda alahan terjadi selepas beberapa jam makanan di
makan.

Tanda dan gejala alahan makanan termasuklah:

 'Angioedema' (kebengkakan muka, bibir, lidah, di sekitar mata).

 Kesukaran bernafas dan berdehit.

 Ruam kulit yang gatal termasuklah tompok-tompok merah (urticaria).

 Rasa loya, muntah dan cirit-birit.

 Perut yang sakit dan memulas.

 'Colic' (sakit perut) dikalangan bayi.

 Anafilaksis iaitu reaksi teruk yang berkaitan dengan kesukaran bernafas, kebengkakan
dalam mulut dan kerongkong, tekanan darah rendah, kejutan (shock) malah boleh
mendatangkan kematian. Gejala ini biasanya berlaku dengan cepat dalam jangka masa
beberapa minit hingga beberapa jam selepas pengambilan makanan.

Gejala yang sama boleh berlaku dalam intoleransi terhadap makanan (food intolerance)dan
penyakit-penyakit lain. Maka pemeriksaan doktor perlu dilakukan untuk membuat diagnosa yang
tepat.

Apakah kesannya?

 Gejala dan sakit mungkin di tahap sederhana tetapi kadang-kala gejala serius seperti
anafilaksis boleh berlaku iaitu saluran pernafasan tersekat dan sistem jantung tidak
berfungsi. Ini boleh membawa  maut.

 Pengelakkan beberapa jenis makanan boleh menyebabkan kekurangan zat makanan


tertentu sekiranya makanan tambahan tidak diambil, contohnya kekurangan kalsium
boleh berlaku jika semua produk susu dikeluarkan daripada pemakanan kanak-kanak
yang alah kepada susu lembu.

 Tumbesaran terbantut dan ia boleh berlaku sekiranya banyak kumpulan makanan


dihadkan.

Bagaimana alahan makanan dikenal pasti?

Adalah terbaik berjumpa doktor untuk mengenal pasti alahan makanan. Jangan sesekali
membuat ujian sendiri untuk mengetahui sama ada sesuatu makanan boleh mencetuskan
alahan. Sesetengah ujian darah untuk mengesan tahap antibodi (IgE) atau 'ujian suntikan
41
NO KOD/CODE NUM DSA 1144/K01 & K02/NK01-02 Muka: 42 Drp: 68

kulit' (skin prick test) boleh dilakukan oleh doktor untuk membantu mengenal pasti alahan
tertentu.

Adakah sebarang rawatan untuk merawat alahan makanan?

Ada. Antara langkah-langkah yang berkesan adalah:

 Dalam kes yang telah dikenal pasti, elakkan makanan yang menyebabkan alahan.
Dapatkan nasihat Pegawai Dietitik  jika perlu untuk mengelakkan kekurangan zat
makanan.

 Memberi rawatan untuk tindak balas yang teruk daripada pendedahan secara tidak
sengaja kepada mangsa, termasuklah:

o Menyuntik diri sendiri dengan adrenalin/epinephrin menggunakan jarum atau pen


khusus yang disediakan.

o Dapatkan rawatan perubatan kecemasan dengan segera.

o Kebiasaannya ubat-ubatan seperti antihistamin, 'bronchodilator' (ubat membuka


saluran pernafasan) dan steroid, alatan pembuka saluran pernafasan (insertion of
airway) juga  cecair intravena diperlukan dalam rawatan alahan.

 Memberi makanan yang menyebabkan alahan dalam kuantiti yang amat sedikit dengan
beransur-ansur (desensitising) pernah digunakan tetapi ianya bukanlah rawatan piawaian
yang diluluskan.

Apakah strategi pencegahan?

Penyusuan susu ibu akan mengurangkan risiko alahan makanan. Oleh itu, penyusuan susu ibu
sepenuhnya perlu dilakukan sekurang-kurangnya sehingga bayi berusia 6 bulan, terutamanya
bagi mereka yang mempunyai sejarah positif alahan makanan dalam keluarga.

Peringatan

 Berhati-hati dengan bahan-bahan yang tersembunyi dalam produk makanan yang


mungkin tidak dinyatakan pada label makanan.

 Tindak balas silang terhadap makanan boleh berlaku seperti alahan terhadap udang,
udang karang dan ketam.

 Beri peringatan kepada kanak-kanak yang bersekolah mengenai masalah alahan mereka
dan pihak sekolah perlu dimaklumkan. Perancangan khusus perlu disediakan sekiranya
berlaku sebarang kecemasan.

ALAHAN TELUR

Pengenalan

42
NO KOD/CODE NUM DSA 1144/K01 & K02/NK01-02 Muka: 43 Drp: 68

Telur mudah diperoleh dalam kebanyakan makanan. Ibu bapa harus mengenali makanan yang
mengandungi telur untuk mengelak alahan telur daripada terjadi kepada anak mereka.

Apakah itu alahan telur?

Alahan telur ialah reaksi tindak balas badan terhadap telur dan makanan yang mengandungi
telur. Badan akan memberi tindak balas seolah-olah telur itu adalah bahan berbahaya.

Bagaimana alahan terjadi?

Alahan terjadi apabila badan bertindak balas terhadap telur sebagai bahan berbahaya. Badan
menghasilkan antibodi untuk melawan protein telur. Antibodi ini merangsang sistem imun badan
untuk mengeluarkan bahan kimia yang menyebabkan wujudnya gejala alahan telur.

Berapa kerap alahan ini terjadi?

 Kadar kejadian alahan telur di Malaysia tidak diketahui.

 Biasanya bermula semasa telur mula-mula diperkenalkan kepada bayi.

 Alahan telur biasanya hilang apabila kanak-kanak berumur di antara 5 hingga 7 tahun.

Apakah kesan alahan ini?

Reaksi alahan boleh melibatkan kulit, usus dan paru-paru. Kadang-kala fungsi jantung dan
tekanan darah juga turut terjejas.

Jenis-jenis reaksi:

 Akut - gejala kelihatan dalam masa beberapa minit.

 Lewat - gejala kelihatan biasanya selepas 2 hingga 4 jam.

Gejala alahan biasanya di alami untuk jangka masa kurang daripada sehari. Gejala ini termasuk:

 Gatal-gatal, radang kulit (ekzema).

 Muka menjadi merah.

 Mata berair, bengkak kelopak mata.

 Mulut gatal, bengkak bibir.

 Tekak perit.

 Hidung berair.

 Nafas termengah-mengah, batuk.

 Loya dan muntah.

43
NO KOD/CODE NUM DSA 1144/K01 & K02/NK01-02 Muka: 44 Drp: 68

 Sakit perut.

 Cirit-birit.

Bagaimana diagnosa alahan telur dilakukan?

Diagnosa dilakukan oleh doktor selepas mengambil sejarah kanak-kanak dan gejalanya.

 Ibu bapa mungkin sedar bahawa bayi mereka sakit atau mendapat ruam sebaik sahaja
makan telur. Dapatkan nasihat doktor sekiranya keadaan ini berlaku.

 Ujian khusus yang mungkin dilakukan oleh pakar termasuk:

o Ujian alahan kulit.

o RAST (Radio Allergosorbent Test).

o Ujian khas alahan telur ini boleh dilakukan tetapi tidak semestinya memberi
keputusan yang tepat. Segala keputusan ujian perlu dianalisa dengan teliti oleh
pakar sebelum diagnosa dibuat.

Apa itu Anafilaksis?

Sesetengah kanak-kanak boleh mendapat reaksi alahan teruk yang dipanggil anafilaksis. Reaksi
ini wujud secara tiba-tiba dan teruk melibatkan kulit, paru-paru, usus, jantung dan salur darah.

Gejala ini berlaku dengan pantas termasuk:

 Berasa takut.

 Muka menjadi merah.

 Mata, mulut, lidah dan bibir menjadi bengkak.

 Tekak berasa perit.

 Susah bernafas, nafas berbunyi (wheezing).

 Loya dan muntah.

 Sakit perut.

 Pening.

 Tekanan darah rendah.

 Denyutan jantung cepat.

Bagaimana keadaan ini dirawat?

Untuk semua reaksi alahan:

44
NO KOD/CODE NUM DSA 1144/K01 & K02/NK01-02 Muka: 45 Drp: 68

 Jumpa doktor dengan segera.

Ubat yang digunakan untuk merawat alahan termasuk:-

 Antihistamines.

 Adrenaline.

 Steroid.

Dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil ubat-ubatan ini.

Bagaimanakah Anafilaksis dirawat?

Anafilaksis merupakan satu keadaan kecemasan yang perlu dirawati dengan segera.

 Anda perlu membawa anak anda ke hospital dengan serta-merta.

 Ubat EpiPen mesti diambil dengan serta-merta sekiranya anda memiliki ubat tersebut.
(Ubat EpiPen adalah pen suntikan yang diisi dengan Epinephrine or Adrenaline yang
boleh di dapati di Malaysia). Dapatkan nasihat doktor jika perlu pengisian semula.

Apakah yang saya harus lakukan jika ada kanak-kanak ada alahan telur?

Sekiranya kanak-kanak ada alahan telur:-

 Elakkan daripada memakan telur dan makanan yang mengandungi telur (kandungan telur
yang sedikit pun boleh menyebabkan reaksi yang teruk).

 Baca dengan teliti label makanan dan elakkan makanan yang ada telur.

 Rancang langkah kecemasan untuk sekiranya terjadi reaksi alahan.

 Bawa bersama ubat EpiPen ke mana-mana, jika ada.

 Pakaikan gelang yang ada ‘medic alert’ di pergelangan tangan anak.

 Beritahu penjaga atau guru mengenai keadaan kesihatan anak.

 Minta nasihat doktor mengenai sebarang langkah khas sebelum menerima imunisasi
MMR (Mumps, Measles, Rubella).

Apakah tindakan yang perlu dilakukan?

Ketahuilah bahawa terdapat banyak makanan mungkin yang mengandungi telur tetapi tidak
dimasukkan dalam label.

Contohnya:-

 Albumin.

 Globulin.
45
NO KOD/CODE NUM DSA 1144/K01 & K02/NK01-02 Muka: 46 Drp: 68

 Ovalbumin.

 Vitellin.

 Lysozyme.

Dapatkan nasihat pakar pemakanan sekiranya anda tidak pasti kandungan sesuatu makanan.
Apabila anak anda tidak mengambil telur, anda perlu pastikan anak anda mendapat nutrient yang
cukup daripada sumber makanan yang lain

ALAHAN KEKACANG

Pengenalan

Kacang adalah salah satu makanan biasa yang sering memberi alahan kepada seseorang.
Dengan hanya sedikit pengambilannya boleh mencetuskan alahan kepada mereka yang ada
alahan kekacang.

Apakah alahan kekacang?

Alahan kekacang ialah tindak balas badan (orang yang ada alahan kekacang) yang keterlaluan
kepada kekacang tersebut.

 Badan akan bertindak melawan kekacang tersebut sebagai bahan yang bahaya kepada
badan.

 Tindak balas ini boleh berpunca melalui pemakanan dan penyentuhan kekacang atau pun
menghidu serbuk kacang.

Bagaimana ianya berlaku?

Alahan kekacang berlaku apabila allergen protin di dalam kacang mengakibatkan badan
memberi tindak balas dengan pengeluaran antibodi IgE untuk melawan allergen protin tersebut.
Antibodi ini bergabung dengan ‘mast cel’ dan mengeluarkan pelbagai bahan kimia (contoh:
histamine) ke dalam aliran darah dan menyebabkan gejala timbul.

Berapa kerap alahan ini terjadi?

 Keadaan ini lebih kerap berlaku di negeri-negeri barat berbanding di Asia.

 Di Amerika Syarikat, kejadian ini berlaku kira-kira 0.8% dan berganda bagi kanak-kanak
berumur dibawah 5 tahun.

 Keadaan ini berlaku biasanya pada kanak-kanak berumur 1 tahun kebawah.

 1/3 daripada kanak-kanak ini akan bebas daripada alahan ini ketika berumur 5 tahun.

 Selainnya alahan ini berlaku seumur hidup.

46
NO KOD/CODE NUM DSA 1144/K01 & K02/NK01-02 Muka: 47 Drp: 68

Apakah gejala alahan kekacang?

Tindak balas boleh berlaku dengan hanya sedikit protien kacang kepada mereka mengalami
alahan.

Tindak balas ini lazimnya dapat dilihat dibahagian mata, mulut, kulit, usus dan paru-paru. Ia
berlaku selepas makan atau satu jam selepasnya.

Tindak balas ini serius semasa pertama kali berlaku.

Gejala ini mungkin berlaku salah satu atau kombinasi:

 Uriticaria (kulit berbintat, gatal dan kemerahan).

 Mata berair.

 Kelopak mata bengkak.

 Bibir bengkak dan mulut terasa gatal.

 Tekak merasa sempit.

 Wheezing (nafas berbunyi).

 Muntah.

 Sakit perut.

 Cirit birit.

Bagaimana diagnosa alahan kekacang dilakukan?

Diagnosa diberi oleh doktor yang memeriksa pesakit tentang sejarah dan gejalanya.

 Ibu bapa mungkin mendapati anak mereka tidak sihat dan mengalami ruam selepas
makan kacang.

 Ujian khas mungkin dibuat oleh doktor termasuk:

o Ujian alahan kulit.

o Peanut RAST (Ujian Radio Allergosorbent ).

o Peanut challenge (Jarang dilakukan kepada kanak-kanak).

Ujian-ujian ini dilakukan berlainan kepada individu mengikut gejala yang diperiksa oleh doktor.

Apakah itu Anafilaksis?

Sebagian kanak-kanak mendapat tindak balas alahan yang serius yang dinamakan anafilaksis.

Tindak balas ini berlaku secara tiba-tiba dan serius ke atas kulit, paru-paru, usus, jantung dan
saluran darah. Tindak balas berlaku dengan cepat termasuk:

47
NO KOD/CODE NUM DSA 1144/K01 & K02/NK01-02 Muka: 48 Drp: 68

 Merasa ketakutan yang amat sangat.

 Muka menjadi kemerahan.

 Kelopak mata, bibir dan lidah membengkak.

 Tekak menjadi sempit.

 Susah bernafas dan wheezing (nafas berbunyi).

 Loya dan muntah.

 Sakit perut.

 Pening kepala.

 Tekanan darah rendah.

 Degupan jantung cepat.

Tindak balas yang teruk boleh menyebabkan koma dan kematian jika tidak dirawat.

Bagaimana keadaan ini dirawat?

Untuk semua jenis alahan:

 Dapatkan rawatan doktor secepat mungkin.

Ubat untuk merawat alahan termasuk:

 Antihistamines.

 Adrenaline.

 Steroids.

Sila dapatkan nasihat doktor.

Bagaimana anafilaksis dirawat?

Anafilaksis adalah satu keadaan kecemasan.

 Bawa anak anda ke klinik/hospital berdekatan dengan segera.

 Guna EpiPen jika anda ada membawanya (EpiPen adalah Epinephrine atau Adrenaline
sejenis suntikan belum terdapat di Malaysia. Dapatkan nasihat doktor jika perlu untuk
pengisian semula).

Bagaimana keadaan ini dapat dielak?

Bagi mengelak alahan kekacang:

 Ibu yang mempunyai sejarah alahan kekacang hendaklah mengelak daripada mengambil
kekacang semasa hamil.
48
NO KOD/CODE NUM DSA 1144/K01 & K02/NK01-02 Muka: 49 Drp: 68

 Beri susu ibu sahaja sehingga anak berumur 6 bulan.

 Jangan beri anak anda kekacang sehingga anak berumur 3 tahun (bagi yang ada sejarah
alahan kekacang).

Apa yang patut anda lakukan jika anak anda mengalami alahan kekacang?

Jika anak anda alahan kekacang:

 Elakkan semua jenis kacang untuknya.

 Baca semua label makanan dengan teliti dan elakkan makanan yang bercampur kacang.

 Jangan berkongsi peralatan makan anak anda dengan orang lain.

 Simpan senarai pelan tindakan kecemasan jika alahan berlaku.

 Bawa EpiPen (bersama anda atau anak anda ketika berlaku kecemasan untuk disuntik).

 Pakaikan gelang Medic Alert kepada anak anda.

Apakah ubat bagi mencegah alahan ini berlaku?

Ubat Monoclonal anti-IgE antibodi telah diguna pakai untuk mengurangkan berlakunya alahan
kekacang. Sila dapatkan nasihat doktor untuk rawatan ini.

Apakah pengawasan yang perlu diketahui?

 Berhati-hati memilih makanan yang tidak menyatakan kandungan kacang.

 Dapatkan nasihat pakar pemakanan sekiranya anda tidak pasti kandungan sesuatu
makanan.

 Apabila anak anda tidak mengambil kacang, pastikan anak anda mendapat zat makan
secukupnya daripada sumber lain untuk pembesaran.

Alahan Protein Susu Lembu(CMPA)

Pengenalan

CMPA merupakan tindak balas luar biasa yang berlaku apabila tubuh kita terdedah kepada
protein susu lembu. Tindak balas ini dicetuskan oleh sistem imunisasi tubuh kita dan oleh itu
boleh menjejaskan pelbagai bahagian dalam tubuh kita; seperti kulit, paru-paru dan usus.

CMPA adalah berbeza daripada ketidaktahanan laktosa ataupun "lactose intolerance".


Ketidaktahanan laktosa berlaku apabila usus kita tidak boleh menghadam gula laktosa yang
terkandung dalam susu. Ia akan menyebabkan cirit-birit.

Susu lembu adalah pengganti susu ibu yang utama. Oleh itu, ia merupakan penyebab alahan
yang paling biasa di kalangan bayi. Kebanyakan bayi yang mengalami alahan kepada susu
lembu akan sembuh apabila menjangkau umur 3 hingga 4 tahun.
49
NO KOD/CODE NUM DSA 1144/K01 & K02/NK01-02 Muka: 50 Drp: 68

Walau bagaimanapun, bayi mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami CMPA yang
berterusan, jika :

 Terdapat ahli keluarga lain yang mengalami masalah alahan.

 Bayi juga mengalami masalah alahan lain seperti asma, ekzema dan resdung (allergic
rhinitis).

Gejala-gejala CMPA
1. Kulit :

o Ekzema – kulit kering, merah, gatal. Biasanya di leher, pipi, pelipat siku
dan pelipat lutut.

o Bengkak bibir, muka dan mata, dan juga ruam gatal. Biasanya timbul
sejurus selepas bayi minum susu lembu.

2. Paru-paru

o Sesak nafas, berdehit.

3. Usus

o Cirit-birit.
o Muntah.
o Najis berdarah

Komplikasi dan tanda-tanda bahaya CMPA

Jika bayi anda mengalami gejala-gejala seperti sesak nafas, muka pucat ataupun biru, bibir/lidah
bengkak ataupun pengsan, bayi anda mungkin mengalami "anaphylaxis shock". Keadaan ini
adalah amat bahaya dan anda harus membawa bayi anda untuk mendapat rawatan serta-merta.
50
NO KOD/CODE NUM DSA 1144/K01 & K02/NK01-02 Muka: 51 Drp: 68

Bayi yang mengalami CMPA juga boleh mengalami masalah tumbesaran – berat badan yang
meningkat secara perlahan ataupun tiada peningkatkan berat badan.

Rawatan

Penyusuan susu ibu merupakan langkah terbaik untuk mencegah CMPA.


Susu ibu adalah disyorkan untuk diberi kepada bayi untuk 6 bulan pertama.

Jika memerlukan susu pengganti, adalah penting untuk mendapatkan nasihat doktor untuk
mengesahkan diagnosis CMPA. Ini kerana terdapat pelbagai keadaan lain yang boleh
menyebabkan tanda-tanda yang telah disenaraikan di atas.

Selain itu, jika mengalami alahan protein susu lembu, bayi anda juga mungkin alah terhadap
susu soya dan susu kambing.

Oleh itu, bayi anda biasanya memerlukan susu khas yang hanya boleh diberi selepas mendapat
nasihat doktor.

Susu soya juga tidak disyorkan untuk bayi berumur 6 bulan ke bawah.

LATIHAN PENGUKUHAN

1. Nyatakan lima jenis penyakit biasa yang sering dihidapi oleh kanak-kanak.
i. ………………………………………………………………………………………
ii. ………………………………………………………………………………………
iii. ……………………………………………………………………………………..
iv. ……….…………………………………………………………………………….
v. .……………………………………………………………………………………

2. Berikan definisi alahan pemakanan.

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________
( 2 markah )

3. Senaraikan jenis-jenis makanan yang biasa menyebabkan alahan.

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

51
NO KOD/CODE NUM DSA 1144/K01 & K02/NK01-02 Muka: 52 Drp: 68

( 7 markah )

4. Berikan gejala-gejala alahan yang biasa dialami oleh kanak-kanak yang alahan telor.

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________
( 9 markah )

5. Senaraikan gejala-gejala alahan protin susu lembu

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________
( 6 markah )

RUJUKAN/REFERENCE :
1. Dr. Miriam Stoppard, (Cetakan Pertama Dalam Bahasa Malaysia 1998 ). Panduan Penjagaan
Kesihatan Kanak-Kanak. Tropical Press Sdn. Bhd : Kuala Lumpur
2. Dr. Miriam Stoppard, (1995). Jagaan Lengkap Bayi Dan Kanak-Kanak. Carroll & Brown
Limited : London

3. Modul Perkhidmatan Awal Kanak-Kanak Tingkatan 4 dan 5, Penerbit Dewan Bahasa dan
Pustaka
4. Modul Pengajian dan Perkembangan Kanak-Kanak Tingkatan 4 dan 5, Penerbit Dewan
Bahasa dan Pustaka
5. Buku Kursus Didikan Awal Kanak-Kanak Permata Negara,Penerbit Universiti Putra
Malaysia
52
NO KOD/CODE NUM DSA 1144/K01 & K02/NK01-02 Muka: 53 Drp: 68

6. Modul Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat


7. Perkembangan Kanak-Kanak Penilaian Secara Portfolio, Penerbit Universiti Putra
Malaysia
8.Rujukan Internet
 Australasian Society of Clinical Immunology and Allergy. Inc. (2010). Infant feeding
advice. Retrieved 10 Jun 2010, from
http://www.allergy.org.au/images/stories/aer/infobulletins/2010pdf/ascia_infant_feeding_a
dvice_2010.pdf
 Bjorksten, B. (2005). Genetic and environmental risk factors for the development of food
allergy. Journal Allergy Clinical  Immunology;5:249-53
 Exl, B., & Fritsche, R. (2001) Cow’s milk protein allergy and possible means for its
prevention. Journal of Nutrition. 17:642-651
 Hill, D.J., Hosking, C.S., Chen, Y.Z., Leung, R., Baratwidjaja K., Iikura, Y., Iyngkaran, N.,
Gonzalez-Andaya, A., Lee, B.W. & Kue, H.H. (1997). The frequency of food allergy in
Australia and Asia. Environmental Toxicology and Pharmacology, 4, 101-110
 Kemp, A., Chiang, W.C., Gerez, I., Goh, A., Liew, W.K., Shek, L., Van Bever H.PS. &
Lee, B.W. (2010) Childhood Food allergy:- A Singaporean perspective. Annal Academy of
Medicine Singapore, 39, 404-11
 Prescott, S.L. & Tang, M.L K. (2005) Summary of allergy prevention in children.  Medical
Journal of Australia; 182 (9): 464-467. Retrieved Jun 10, 2010, from
http://www.mja.com.au/public/issues/182_09_020505/pre10874_fm.html
 Schierer S.H. & Burks A.W. (2008) Maternal and infant diets for prevention of allergic
diseases: Understanding menu changes in 2008. Journal 0f Allergy Clinical Immunology;
122:29-33
 Wolf R.L. (2004).  Essential pediatric allergy, asthma & immunology. McGraw-Hill. pg:-
91-105

1. Xelrod, Y.K., Diringer, M.N. (2008). “Temperature management in acute neurologic


disorders. Neurol Clin, 26(2), 585–603.
2. Barone, J.E. (2009). Fever: Fact and fiction. J Trauma, 67(2), 406–9.
3. Craven, R & Hirnle, C. (2006). Fundamentals of nursing: Human health and function (4th
ed). Philadelphia, PL: Lippincott Williams & Wilkins.
4. Karakitsos, D., & Karabinis, A. (2008). Hypothermia therapy after traumatic brain injury in
children. N. Engl. J. Med. 359(11).
5. Loscalzo, J., Fauci, A.S., Braunwald, E., Dennis K. L., Hauser, S.L., & Longo, D. L.
(2008). Fever versus hyperthermia. Harrison’s principles of internal medicine (Chapter 17)
. McGraw-Hill Medical.
6. Marx, J., Hockberger, R., & Walls, R. (2006).  Rosen’s emergency medicine: concepts
and clinical practice. Mosby& Elsevier.
7. Rhoades, R., & Pflanzer, R. (2003). Regulation of body temperature. Human physiology
(3rd ed., p. 820 ).
8. How to cure fever at home. (n.d.). Diambil dari http://www.wikihow.com/Cure-a-Fever-at-
Home
9. Fever. (n.d). Diambil dari http://umm.edu/health/medical/ency/articles/fever
10. Fever causes. (n.d) http://www.mayoclinic.org/diseases-
conditions/fever/basics/causes/con-20019229

53
NO KOD/CODE NUM DSA 1144/K01 & K02/NK01-02 Muka: 54 Drp: 68

Ciri-ciri kesihatan kanak-kanak


i. Kanak-kanak sihat

ii. Kanak-kanak tidak sihat

Cara Mengurus Ubat Untuk Kanak-Kanak

Secara umumnya ubat didefinasikan sebagai bahan kimia yang digunakan untuk mencegah,
mengawal dan merawat penyakit. Sungguhpun tujuan asalnya membawa kebaikan namun ia
turut diklasifikasikan sebagai kumpulan racun yang berupaya menyebabkan gejala akut (gejala
keracunan yang ditunjukkan secara mendadak) sekiranya arahan penggunaan ubat tidak
dipatuhi oleh pengguna.
Selaras dengan kepesatan perkembangan teknologi maklumat, kebelakangan ini kita sering
digemparkan dengan kes-kes keracunan ubat terutamanya di kalangan kanak-kanak. Pelbagai
spekulasi disebarkan sehingga mengundang kerisauan kepada pengguna. Sebenarnya kesilapan
pengubatan jarang berlaku namun ia perlu dipandang serius oleh semua pihak kerana ia boleh
berlaku di mana – mana sahaja termasuk rumah.
National Coordinating Council for Medication Error Reporting and Prevention (NCCMERP),
Amerika Syarikat mendefinisikan kesilapan penggunaan ubat-ubatan sebagai:
“Kesilapan penggunaan ubat-ubatan adalah sebarang perkara yang mengakibatkan penggunaan
ubat-ubatan yang tidak sesuai atau memberi kesan buruk kepada pesakit pada masa ubat-
ubatan dalam kawalan anggota kesihatan, pesakit atau pengguna”.
Kesilapan boleh berlaku di semua peringkat dalam proses pengambilan ubat samada secara
langsung atau tidak langsung. Namun penggunalah individu terakhir dalam proses pengambilan
ubat sebelum ia masuk ke dalam badan. Bagi dewasa, kesilapan biasanya kurang berlaku
memandangkan maklumat ubat diberikan secara langsung kepada pengguna dan kefahaman
pengguna dipastikan terlebih dahulu. Namun, bagi kanak-kanak pula, pengambilan ubat
biasanya dilakukan kepada penjaga atau ibu bapa kanak-kanak dan kebiasaannya perhatian
khusus perlu diberikan dalam pemberian ubat kepada kanak-kanak. Proses ini amat
menyukarkan dan memerlukan kesabaran yang tinggi serta penggunaan teknik yang betul.
Oleh yang demikian, ibu bapa/ penjaga perlu memainkan peranan yang penting melengkapi diri
dengan maklumat agar kesilapan sehingga menyebabkan keracunan ubat tidak berlaku sama
sekali.

Cara Mengelakkan Keracunan Ubat Adalah:

1. Kenali ubat anda

54
NO KOD/CODE NUM DSA 1144/K01 & K02/NK01-02 Muka: 55 Drp: 68

Pengguna Yang BETUL

Memastikan kanak-kanak yang betul melalui label nama yang tertera pada bekas atau sampul
ubat.

Ubat yang BETUL

Ibu bapa/ penjaga perlu mengenalpasti nama generik ubat dan tujuan ia diberikan. Nama generik
atau bahan aktif ubat perlu dikenalpasti kerana mungkin akan berlakunya pertukaran terhadap
jenama ubat yang digunakan kelak. Selain itu, warna, bentuk dan tanda pada ubat juga perlu
dikenalpasti bagi mengelakkan kekeliruan.

Dos Yang BETUL

Ibu bapa / penjaga perlu mengetahui kuantiti dan kekuatan ubat yang perlu diambil mengikut
arahan doktor.

Masa Pengambilan Yang BETUL

55
NO KOD/CODE NUM DSA 1144/K01 & K02/NK01-02 Muka: 56 Drp: 68

Ibu bapa/ penjaga perlu mengenalpasti selang masa ubat perlu diambil.

Cara Pengambilan Yang BETUL

Ibu bapa/ penjaga perlu mengenalpasti bentuk dos ubat yang diberikan dengan cara
pengambilan yang betul. Ini memastikan dos ubat yang cukup untuk memberi kesan terapeutik
kepada kanak-kanak.

Jenis Persediaan:

A. Persediaan Cecair

1. Kanak-kanak yang baru lahir hingga usia berusia 1 tahun

Panduan pemberian:
1. Mengenal pasti ubat dan cara penyediaan yang betul.
2. Ampu kepala bayi dan dongakkan kepala bayi pada sudut 45°
3. Balut bayi anda dengan kain / selimut bayi.
4. Tiupkan mata bayi selepas ubat diberikan agar bayi menelan ubat
5. Pakai peralatan yang sesuai untuk pemberian ubatan bagi mengelakkan bayi menutup
mulut dan muntah.
6. Jangan campurkan ubat dengan susu atau jus.

56
NO KOD/CODE NUM DSA 1144/K01 & K02/NK01-02 Muka: 57 Drp: 68

B. Persediaan Cecair, Ubat Kunyah Atau Ubat Yang Telah Dipecah Atau Hancurkan

1. Kanak-kanak yang berumur di antara 1 tahun hingga pra-sekolah.


2. Panduan pemberian:
1. Campurkan ubat dengan makanan / manisan.
2. Beri anak minuman kegemaran selepas pengambilan ubat.
3. Jangan marah atau denda anak anda sekiranya dia mengeluarkan semula ubat tersebut.
4. Puji dan peluk anak selepas makan ubat.

C. Kanak-Kanak Berumur 5 Tahun Dan Keatas Selalunya Boleh Menelan Ubat

1. Kanak-kanak sekolah
2. Panduan pemberian:
1. Dalam kes tertentu ibu bapa mungkin perlu menghancurkan dan mencampurkan ubat biji
dengan makanan / manisan.
2.Jangan benarkan anak mengambil ubat tanpa pengawasan ibubapa.

Sukatan yang tepat amat penting terutamanya kepada bayi dan kanak-kanak. Bagi bentuk ubat
cecair, ianya lebih tepat menggunakan alat penyukat bagi mengelakkan kesilapan sukatan
isipadu ubat yang diperlukan. Terdapat pelbagai jenis peralatan yang sesuai dan berkesan bagi
pemberian ubat kepada kanak-kanak bergantung kepada umur dan keupayaan menelan ubat.

GOLONGAN KANAK-
JENIS GAMBAR
KANAK

Penitis berukuran dan Bayi dan kanak-kanak


picagari oral kecil
– Ukur ubat pada paras
mata dan beri dengan
segera

57
NO KOD/CODE NUM DSA 1144/K01 & K02/NK01-02 Muka: 58 Drp: 68

Kanak-kanak yang tidak


Sudu bersukatan
boleh minum dari cawan

Kanak-kanak yang boleh


Cawan ubat
minum dari cawan

 
Bertanya

Bertanya sekiranya ubat yang diterima berlainan daripada yang biasa.

3. Simpan senarai ubat-ubatan

58
NO KOD/CODE NUM DSA 1144/K01 & K02/NK01-02 Muka: 59 Drp: 68

Ibu bapa/ penjaga disarankan untuk menyediakan senarai semua jenis ubat termasuk sediaan
vitamin dan makanan tambahan yang diambil oleh kanak-kanak. Ini termasuk ubat yang
menyebabkan alahan. Senarai tersebut perlu dibincangkan bersama doktor atau ahli farmasi.
Senarai tersebut juga perlu dikemaskini sekiranya terdapat perubahan.

4. Baca label ubat

Setiap kali mengambil ubat, ibu bapa/ penjaga perlu membaca label kerana label mengandungi
maklumat yang lengkap. Ia perlu dibaca ditempat yang terang agar kesilapan tidak berlaku.
Sekiranya membeli ubat, semak label supaya ia tidak mengandungi bahan yang tidak boleh
diambil. Minta bantuan ahli farmasi sekiranya bermasalah

4. Maklumkan jika ada alahan


Beritahu doktor atau ahli farmasi jika anak anda mempunyai alahan kepada ubat atau bahan
makanan.

5. Tanya jika harga berbeza

Semasa membeli ubat, bertanyalah sekiranya harga ubat terlalu berbeza daripada harga lazim
yang diperolehi sebelum ini. Ia berkemungkinan ubat yang berbeza disebabkan nama-nama ubat
yang hampir sama dan mengelirukan.

59
NO KOD/CODE NUM DSA 1144/K01 & K02/NK01-02 Muka: 60 Drp: 68

6. Jangan ubah bentuk fizikal ubat

Ubat tidak boleh dikunyah, dipecah atau dicampur dengan ubat lain melainkan diarah berbuat
demikian oleh doktor atau ahli farmasi. Ibu bapa perlu bertanya kepada ahli farmasi berkenaan
cara untuk menghancur atau melarutkan ubat dan peralatan yang boleh digunakan.

7. Jangan kongsi ubat

Ubat yang dikongsi mungkin menyebabkan interaksi dengan ubat sediada yang diambil.
Sekiranya ubat yang dikongsi adalah sama dengan kanak-kanak lain, dosnya mungkin tidak
sesuai dan mungkin boleh menyebabkan alahan.

8. Penyimpanan ubat yang betul

Ubat perlu disimpan berasingan di dalam bekas/ sampul asal kerana sesetengah ubat kelihatan
hampir sama dan boleh menyebabkan kekeliruan. Ia juga boleh menyebabkan interaksi
sekiranya dicampur dengan ubat / makanan lain. Selain itu, bekas / sampul ubat tersebut
sebenarnya mempunyai ciri khas untuk melindungi ubat daripada rosak dan dilabel lengkap.

60
NO KOD/CODE NUM DSA 1144/K01 & K02/NK01-02 Muka: 61 Drp: 68

Ubat biasanya perlu disimpan ditempat yang jauh dari haba, kelembapan yang tinggi dan tidak
mudah dicapai oleh kanak-kanak. Namun ia bergantung kepada jenis ubat yang diberikan.
Arahan penyimpanan khas boleh dirujuk kepada ahli farmasi.

9. Jangan guna ubat yang telah luput atau berubah warna

Ibu bapa/ penjaga dinasihatkan agar tidak menggunakan ubat sekiranya ia telah berubah warna,
bau, melekat antara satu sama lain, retak, atau luput. Pengguna perlu memulangkan ubat
tersebut ke farmasi kerajaan untuk tujuan pelupusan dengan cara yang betul dan selamat.
Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan ubat, pengguna ubat atau orang awam boleh
menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC) melalui talian 1-800-88-672.

Rujukan

1. Hadijah bt. Mohd Taib. Cara Pemberian Ubat Kepada Kanak-Kanak; [serial on the
Internet]. 2012 April. Available from: http://www.myhealth.gov.my/index.php/ubat-a-
anda/umum/cara-pemberian-ubat-kepada-kanak-kanak
2. Raudhatun Sa’adiah Ithnin. Waspada Elak Keracunan Ubat.Dlm. Harian Metro 2015;
April12: E7

61
NO KOD/CODE NUM DSA 1144/K01 & K02/NK01-02 Muka: 62 Drp: 68

RUJUKAN

1. Kurikulum Permata Negara.

2. Salina binti Mohamed Ali dan Normah binti Mat Daut (2005), Pengajian Perkembangan
Kanak-Kanak Tingkatan 4 dan 5 (1st Edn.), Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 983-62-8646-
2.

3. Modul Pendidik/Pengasuh, Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Permata


Negara (2013). Penerbit Universiti Putra Malaysia.

4. Garis Panduan Pemeriksaan Pemantauan TASKA.

5. Dr Miriam Stoppard. (1998). Panduan Penjagaan Kesihatan Kanak-kanak. Kuala Lumpur:


Tropical Press Sdn Bhd
6. Zainun Ishak (2006) panduan kesihatan dan keselamatan kanak-kanak (siri pengajian
dan pendidikan utusan), utusan publications. ISBN 9676118117, 9789676118110

7. Kurikulum Permata Negara

8. Abdul Rahman Isa, Rusli Nordin dan Abdul Manaf Hj. Hamid (1996) Prinsip dan Amalan
Pertolongan Cemas, crescent News (K.L.) Sdn Bhd. ISBN 983-061-025-X.

9. Salina Binti Mohamed Ali dan Normah Binti Mat Daut (2005) Pengajian Perkembangan
Kanak-kanak (1st Edn.), Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 983-62-8646

10. http://pbsmsmkpp.blogspot.com/p/pertolongan-cemas-bantuan-segera-atau.html

62
NO KOD/CODE NUM DSA 1144/K01 & K02/NK01-02 Muka: 63 Drp: 68

Kepentingan Makanan Berkhasiat


Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang
tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai
juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang
berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. Punca utama serangan
penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah
kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan
makanan yang berkhasiat serta kurang bersenam. Corak pengambilan
makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada
mengatakan, “ Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan  ” dan kenyataan
ini benar dalam soal kesihatan.

Malaysia dikatakan mempunyai masalah obesiti yang serius.

“ Empat daripada sepuluh orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun


di negara ini sama ada mengalami kegemukan atau terlebih berat
badan (obesiti). ”

Sumber dari berita harian

Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk


keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk
pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut mempopularkan
pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan artikel
mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan
daripada makanan seimbang ini.

1.  Pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal.

Tubuh badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk


membina tubuh badan yang kuat daripada keperluan fizikal manusia.

63
NO KOD/CODE NUM DSA 1144/K01 & K02/NK01-02 Muka: 64 Drp: 68

Keupayaan fizikal yang ketara ini menjadikan seseorang manusia itu boleh
menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan sempurna. Jelaslah,
pemakanan seimbang menjadikan fizikal manusia itu lebih baik
berbanding manusia lain yang kurang menjaga aspek pemakanannya.

2.  Memberikan vitamin yang cukup kepada badan.

Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih
tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah
untuk jatuh sakit. Kesihatan manusia dikatakan perkara yang paling
penting dalam kehidupan seseorang itu. Sesungguhnya, manusia yang
mengamalkan pemakanan seimbang akan mempunyai kesihatan yang sihat
sejahtera sahaja.

3.  Mampu mengawal kadar obesiti.

Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia


perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup
khasiat yang diperlukan oleh badan. Pengawalan pemakanan sebegi
menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan
mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman
yang mampu menyihatkan badan pula. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika
seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya.

4.  Perkembangan mental seseorang itu tidak terganggu.

Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental


seseorang itu tidak cukup cerdas atau mudah letih apabila cuba
menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami dalam kehidupan seseorang
itu. Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk
menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif berbanding dengan
individu yang seimbang aspek pemakanannya. Jadi, pemakanan seimbang
menjadikan aspek mental manusia lebih stabil dan berdaya tahan.

Kesimpulannya

Kita perlu mengambil makanan yang seimbang kerana semua


kepentingannya sudah dinyatakan tadi. Bukan sahaja individu tetapi
masyarakat dan seterusnya negara akan menerima kesan positif daripada
pemakanan yang baik ini. Jika masyarakat masih ingkar dan tidak mahu
64
NO KOD/CODE NUM DSA 1144/K01 & K02/NK01-02 Muka: 65 Drp: 68

berubah sudah pasti jumlah pesakit penyakit kronik di negara ini akan
bertambah pula. Ketika itu mungkin sudah terlewat untuk kita semua
mengambil langkah pencegahannya. “Tepuk dada tanya selera”.

  
Makanan Seimbang Kurangkan Risiko
 

Penyakit Berbahaya

Pengambilan makanan berkhasiat, berzat dan seimbang sering disarankan


untuk memastikan anda sentiasa sihat dan bebas daripada pelbagai
penyakit berbahaya. Ini kerana pengambilan makanan seimbang dalam
diet seharian dapat membantu mengurangkan risiko beberapa penyakit,
termasuk kanser, serangan jantung dan angin ahmar, tekanan darah
tinggi, lebihan kolesterol, osteoporosis dan spina bifida. Sejauh manakah
makanan dapat membantu anda menjauhkan diri daripada penyakit
berbahaya?

1.  Kanser (Barah)

Makan buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membantu mengurangkan


risiko kanser kolon, perut, paru-paru dan esofagus. Bagaimanapun, bukti
yang menunjukkan pengurangan risiko itu tidak sekuat sebagaimana
kanser payu dara dan prostat.
Diet tinggi lemak sering dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser
prostat, kolon, rektum dan endometrium. Bagaimanapun diet tinggi lemak
sukar dikaitkan dengan kanser payu dara tetapi ada bukti menunjukkan
bahawa lemak tepu memainkan peranan penting dalam meningkatkan
risiko kanser.

2.  Serangan jantung dan angin ahmar (Strok)

Satu kajian mendapati mereka yang mengikuti garis panduan pemakanan


disarankan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) mengalami 28%
dan 14% pengurangan risiko terhadap serangan jantung dan strok
berbanding mereka yang tidak mengikuti garis panduan itu.

65
NO KOD/CODE NUM DSA 1144/K01 & K02/NK01-02 Muka: 66 Drp: 68

3.  Lebihan kolesterol

Kurangkan pengambilan lemak, terutama lemak tepu akan merendahkan


risiko mengalami lebihan kolesterol di dalam darah, sekaligus risiko
terhadap penyakit jantung koronari.

4.  Tekanan darah Tinggi

Mengambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran (8 hingga 10 hidangan)


diikuti diet rendah lemak dan mengambil produk tenusu (3 hidangan
sehari) boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan
merendahkan tekanan darah, sekaligus mengurangkan risiko terhadap
penyakit jantung koronari.

5.  Osteoporosis

Mendapat kalsium secukupnya akan melindungi anda daripada


osteoporosis. Kalsium dijumpai dalam produk tenusu, sayuran hijau dan
banyak lagi produk yang diperkaya dengan kalsium.

6.  Spina Bifida

Mengambil makanan yang mengandungi asid folik seperti sayur-sayuran


hijau atau asid folik yang diperkaya dengan bijirin sebelum dan ketika
hamil dapat membantu melindungi bayi daripada mengalami spina bifida.

Info dari: Panduan Penjagaan Kesihatan (Berita Harian)

Tips Diet Seimbang


Antara beberapa tips diet seimbang yang boleh diamalkan.

1. Banyakkan makan makanan yang berbuah.

Kalau nak kira memang banyak sebenarnya buah yang sedap lagi
berkhasiat. Diantaranya ialah buah apple, nenas, pisang, bawang putih,

66
NO KOD/CODE NUM DSA 1144/K01 & K02/NK01-02 Muka: 67 Drp: 68

gandum, kentang, dan buah betik. Semua jenis buah yang disebut ini
sebenarnya banyak khasiat tersendiri.

2. Banyakkan juga memakan kekacang.

Kacang pea, kekacang dan lentil adalah kaya dengan protein, karbohidrat,
gentian dan beberapa vitamin (terutamanya vitamin B). Kacang soya yang
sangat kaya dengan protein tumbuhan – boleh didapati dalam pelbagai
bentuk seperti susu kacang soya, tauhu, tempe, protein sayuran
bertekstur dan taugeh.

3. Banyakkan minum air.

Air adalah sangat penting untuk fungsi-fungsi tubuh anda, termasuk


penghadaman, penyerapan dan pengangkutan zat, perkumuhan,
pengawalan suhu badan dan bertindak sebagai pelincir bahagian tubuh
yang bergerak. Tubuh kita akan kehilangan lebih kurang 11/2 hingga 21/2
liter air dalam satu hari melalui air kencing, tinja, peluh dan wap daripada
paru-paru. Jangan tunggu sehingga sudah berasa dahaga, untuk
menggantikan cecair yang telah hilang dari badan. Minum sekurang-
kurangnya 6 hingga 8 gelas air setiap hari. Cecair juga boleh didapati
daripada minuman lain, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan lain.

4. Kurangkan kandungan lemak dalam makanan.

Sebenarnya lemak itu penting, tetapi dalam diet harus menyumbangkan


20% hingga 30% sahaja dalam jumlah keperluan tenaga harian.Jadi, oleh
itu kita harus elakkan pengambilan lemak berlebihan dengan:
 Memilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol.
 Menggunakan minyak masak dalam kuantiti yang sedikit sahaja.
 Mengurangkan penggunaan santan atau minyak kelapa dalam
masakan.
 Memilih daging tanpa lemak, serta membuangkan kulit jika boleh
(contoh: kulit ayam).
 Menghadkan penggunaan lemak yang boleh dilihat (seperti marjerin,
mentega, minyak salad, krim dan mayonis).
 Mengamalkan kaedah masakan alternatif (seperti membakar,
menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mengukus) daripada
menggoreng.
67
NO KOD/CODE NUM DSA 1144/K01 & K02/NK01-02 Muka: 68 Drp: 68

5. Kurangkan gula.

Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim
mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa
khasiat makanan atau serat.Kehadiran gula juga menggantikan makanan
yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari
tubuh.Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko
kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan
dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.

6. Kurangkan garam

Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan
ringan bergaram seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak
garam. Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah
tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau
strok.Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu banyak air
di bawah kulit (edema).

Sumber dari UTUSAN PENGGUNA

68

You might also like