You are on page 1of 9

DIPLOMA SAINS PERUBATAN DAN KESIHATAN

HCH 1072

KES KOMUNITI I

SEMESTER 1 BATCH 24 / TAHUN 1

TAJUK TUGASAN :

PERKHIDMATAN KESIHATAN KANAK-KANAK DAN PERANAN PPP

NAMA PENSYARAH : EN. AHMAD ZAHRULLAIL

NAMA :

NAMA NO. MATRIK


FARAH FARZANA BINTI REZALMAN DHMS24_00032
ISI KANDUNGAN

PERKARA
1.0 PENGENALAN
2.0 SEJARAH PERKHIDMATAN KESIHATAN
3.0 PERKHIDMATAN KESIHATAN KANAK-KANAK
4.0 AKTIVITI MELIBATAN PERKHIDMATAN KESIHATAN KANAK-KANAK
5.0 PERANAN PPP DALAM PERKHIDMATAN KESIHATAN KANAK-KANAK
6.0 PENUTUP
RUJUKAN
1.0 PENGENALAN

Pada era globalisasi yang semakin berkembang maju, tahap kesihatan di Malaysia
semakin berkurang dan merosot. Hal ini disebabkan perubahan zaman yang
semakin sibuk sehingga menghiraukan isu kesihatan diri. Hal ini dapat dilihatkan
dalam berita di televisyen, radio dan media sosial. Antara isu kesihatan yang
semakin menggempar dan semakin menjadi tumpuan masyarakat di Malaysia
Kesihatan bermaksud kualiti hidup yang melibatkan sosial, emosi, mental, spiritual
dan kecergasan biologikal individu hasil daripada adaptasi individu terhadap
persekitaran.

Mengikut takrifan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) (1948), telah menyatakan


bahawa kesihatan ialah sihat daripada aspek-aspek fizikal, mental dan sosial dan
bukan sekadar terbebas daripada penyakit, kecatatan dan kecederaan. Menurut
Hoyman (1962), Kesihatan ialah keadaan sihat yang optimum bagi kehidupan yang
sempurna, produktif dan kreatif. Manakala, menurut Dubos R. (1968), Kesihatan
merupakan kualiti hidup yang melibatkan sosial, mental, spiritual dan kecergasan
biologikal individu hasil daripada adaptasi individu terhadap persekitaran.

Perkhidmatan Kesihatan diberikan kepada semua orang yang berbilang kaum,


bangsa dan Bahasa. Semua orang layak menerima rawatan kesihatan demi
mendapat khidmat kesihatan yang diperlukan. Tanpa khidmat Kesihatan,
Masyarakat akan dijangkiti dengan penyakit yang berbahaya dan boleh
membawakan ke arah kematian.
2.0 SEJARAH PEKHIDMATAN KESIHATAN

Perkhidmatan Kesihatan terbahagi kepada 4 bahagian. Antaranya ialah hospital


Kerajaan dan pusat Kesihatan. Hospital Kerajaan dan pusat Kesihatan dibina untuk
mengawal wabak penyakit yang berjangkit seperti penyakit malaria, taun, demam
campak dan lain-lain. Sebagai contoh, hospital di Kuala Lumpur dan Taiping. Selain
itu, terdapat hospital swasta yang memberikan perkhidmatan kesihatan kepada
pekerja lombong bijih timah yang terdiri daripada orang Cina dan orang India.
Sebagai contoh, Hospital Tung Shin di Kuala Lumpur. Seterusnya, Institut
Penyelidikan Perubatan seperti di KL diwujudkan untuk mengkaji punca penyakit dan
langkah pencegahan bagi merawat penyakit. Akhir sekali, terdapat Sanitary Board di
Kuala Lumpur ditubuhkan untuk meguruskan kebersihan dan kesihatan di KL.
Sanitary Board turut diwujudkan di Perak dan tanggungjawab menjaga kebersihan
bandar dijalankan sehingga Perang Dunia Kedua.

3.0 PERKHIDMATAN KESIHATAN KANAK-KANAK

Perkhidmatan Kesihatan kanak-kanak merupakan perkhidmatan yang disediakan


terhadap kanak-kanak sehingga peringkat pra sekolah. Pada awal lagi, kanak-kanak
diberikan khidmat kesihatan sejak lahir hingga berumur 6 tahun. Tujuan
perkhidmatan Kesihatan diberikan kepada kanak-kanak ialah untuk memberi
perlindungan kepada kanak-kanak melalui program immunisasi lengkap. Imunisasi
diberikan kepada kanak-kanak sejak bayi bagi mengelakkan dijangkiti sebarang
penyakit. Selain itu, mengesan dan merujuk kes kanak-kanak bermasalah kepada
pihak yang berkaitan seperti kanak-kanak yang berkemampuan khas untuk
menjalankan penjagaan lanjutan dan tindakan susulan bagi membantu kanak-kanak
membesar. Akhir sekali, memberikan pendidikan kesihatan seperti membuat taklimat
kesihatan di sekolah. Sebagai contoh, melakukan taklimat mengenai program
pergigian di sekolah.
4.0 AKTIVITI MELIBATAN PERKHIDMATAN KESIHATAN KANAK-KANAK
Setiap kelahiran bayi akan diberikan buku rekod Kesihatan bayi dan kanak-kanak
sebagai catatan perkembangan anak. Buku tersebut mengandungi maklumat
penting mengenai Kesihatan anak. Serta, buku tersebut perlu dibawa setiap kali ke
klinik atau hospital sama ada hospital Kerajaan atau swasta.

Pihak hospital akan melakukan penilaian semua kanak-kanak dari segi antropometri,
perkembangan dan pengambilan makanan. Dari segi antropometri, jururawat akan
menimbang berat badan bayi tanpa pakaian. Selepas itu, bayi akan dibaringkan dan
diambil ukuran lilitan kepala pada waktu lahir, lawatan pertama ke klinik, setiap bulan
sehingga umur enam bulan dan selepas 6 bulan, ukuran lilitan kepala dilakukan
setiap tiga bulan sehingga umur dua tahun. Seterusnya, ukuran panjang atau tinggi
diambil dari hujung kepala sehingga hujung tumit. Ukuran ini diambil pada waktu
lahir dan setiap kali melakukan lawatan ke klinik. Dari segi perkembangan,
perkembangan bayi dan kanak-kanak akan direkod sejak kelahiran sehingga
membesar menjadi kanak-kanak yang sihat. Jururawat atau Penolong Pengawai
Perubatan atau Pegawai Perubatan akan temubual dan mendapatkan sejarah
kesihatan kelahiran bayi akan membuat pemeriksaan fizikal ke atas bayi tersebut.
Dan kemudian penilaian perkembangan akan dijalankan.

Dari segi pemakanan, bayi dan kanak-kanak perlulah mendapat nutrisi yang
secukupnya untuk membesar. Sebagai contoh, ibu bapa boleh menggunakan Prinsip
Pemberian Makanan. Pertama, amalkan penyusuan susu ibu secara eksklusif dari
lahir hingga anak berusia enam bulan. Makanan pelengkap perlu diberi mulai umur
enam bulan (180 hari) di samping meneruskan penyusuan susu ibu sehingga
berumur dua tahun. Penggunaan puting tiruan juga adalah tidak digalakkan kecuali
atas nasihat profesional perubatan serta susu ibu yang diperah atau susu tambahan
jugak tidak digalak diberikan menggunakan botol dan puting. Pemberian susu
tersebut boleh dibuat menggunakan cawan. Kedua, mulakan pemberian makanan
pelengkap kepada bayi yang menyusu susu ibu atau rumusan bayi apabila berusia
enam bulan. Penyusuan susu ibu mengikut kehendak bayi perlu diteruskan sehingga
bayi berumur dua tahun. Ketiga, beri makanan yang mencukupi bagi memenuhi
keperluan tenaga. Tingkatkan amaun makanan mengikut umur. Ibu bapa boleh
memberi bayi dan kanak-kanak makanan yang padat dengan tenaga termasuk bijirin
seperti beras, gandum dan ubi-ubian (kentang dan ubi keledek) dan mula dengan
kuantiti makanan yang sedikit dan apabila bayi dapat menyesuaikan diri, tingkatkan
kuantiti makanan secara beransur-ansur mengikut umur. Keempat, sediakan
makanan daripada pelbagai jenis makanan dan beri amaun yang mencukupi untuk
memastikan semua keperluan nutrien dipenuhi. Bayi yang membesar perlu lebih
tenaga dan nutrien. Keperluan tenaga dan nutrien dari susu ibu sahaja tidak lagi
mencukupi untuk keperluan bayi. Jenis dan kuantiti makanan yang diberi mesti
memenuhi keperluan nutrien harian terutamanya protein, lemak, kalsium, zat besi,
vitamin A dan vitamin C. Sebagai contoh, Daging, ayam, ikan, telur, susu dan produk
tenusu perlu diberi dengan kerap. Kelima, ubah tekstur serta cara penyediaan
makanan secara beransur-ansur mengikut umur bayi dan disesuaikan dengan
perkembangan serta keupayaannya. Bayi berumur 6 hingga 8 bulan mesti diberi
makanan yang dipuri, dilecek atau makanan separa pepejal seperti bubur . Dalam
lingkungan umur 9 hingga 11 bulan, bayi perlu diberi makanan yang dicincang atau
dipotong kecil seperti biskut lembut dan buah-buahan. Pada umur 12 bulan, kanak-
kanak boleh makan makanan keluarga. Keenam, tingkatkan kekerapan pemberian
makanan mengikut umur. Amalkan pemberian makanan secara responsif. Jadikan
waktu makan anak lebih menarik dan membantu anak untuk makan dan mengenali
makanan. Anak akan merasa seronok untuk makan. Ketujuh, amalkan penyediaan,
pengendalian dan penyimpanan makanan secara selamat. Kebersihan diri,
peralatan memasak dan makanan perlu dititikberatkan. Antaranya ialah basuh
tangan dengan sempurna sebelum menyediakan makanan dan selepas
menggunakan tandas. Tangan bayi dan kanak-kanak juga mesti dicuci dengan
bersih sebelum makan. Semasa sakit, berikan bayi dan kanak-kanak lebih air dan
cecair lain. Kelapan, perkenalkan makanan kepada bayi dalam kuantiti yang sedikit
terlebih dahulu. Setelah bayi dapat menerima makanan tersebut dengan baik,
tingkatkan kuantiti makanan secara beransur-ansur mengikut umur bayi.

Selain itu, terdapat aktiviti yang disediakan untuk perkhidmatan Kesihatan kanak-
kanak ialah memberi immunisasi mengikut jadual yang ditetapkan. Antara suntikan
yang diberikan kepada bayi dan kanak-kanak ialah suntikan BCG (Basile Calmette-
Guerin). Vaksin ini diberikan untuk menawarkan perlindungan terhadap Tuberkulosis
atau dikenali sebagai penyakit batuk kering. Suntikan ini diberikan pada bayi
berumur 0 Bulan. Selain itu, suntikan Hepatitis B juga diberikan pada bayi berumur 0
bulan bertujuan untuk menawarkan perlindungan terhadap Hepatitis B iaitu penyakit
hati. (DTap-IPV-HepB-Hib. vaksin ini bertujuan untuk menawarkan perlindungan bagi
Difteria, Tetanus, Pertusis, Polio, Hepatitis B & Haemophilus influenzae type B dan
suntikan ini diberikan kepada bayi yang berumur dua bulan untuk dos pertama, tiga
bulan untuk dos kedua, lima bulan untuk dos ketiga dan 18 bulan untuk suntikan
booster. Tambahan pula, suntikan vaksin pneumokokal diberikan kepada bayi
berumur empat bulan untuk dos pertama, enam bulan untuk dos kedua dan 15 bulan
untuk suntikan booster. Hal ini untuk menawarkan perlindungan daripada jangkitan
bakteria Streptococcus pneumonia atau dikenali sebagai pneumokokus.

Bagi bayi yang dilahirkan di Kawasan Sabah, vaksin Measles diberikan seawal bayi
berumur enam bulan untuk memberi perlindungan bayi daripada penyakit demam
campak. Vaksin MMR diberikan untuk menawarkan perlindungan terhadap Measles
iaitu penyakit campak, Mumps atau beguk dan Rubella atau penyakit campak
Jerman seawal umur sembilan dan 12 bulan. Manakala, suntikan vaksin MR iaitu
dos kedua akan diberikan pada kanak-kanak berumur tujuh tahun ke atas untuk dos
booster. Suntikan DT juga diberikan kepada kanak-kanak yang berusia 7 tahun
untuk membekalkan perlindungan terhadap penyakit Difteria dan Tetanus.

Bagi remaja Perempuan yang berumur 13 tahun, suntikan HPV (Virus Papilloma
Manusia) hanya diberikan bagi mencegah kanser serviks iaitu jangkitan kelamin.
Suntikan vaksin HPV diberikan sebanyak dua kali dos, dos pertama diberikan
semasa remaja tersebut berusia 13 Tahun dan 6 bulan selepas dos pertama untuk
dos kedua. Suntikan Tetanus juga dikenali sebagai toksoid tetanus (TT) diberikan
pada remaja berumur 15 tahun untuk mencegah kancing gigi. Akhir sekali, suntikan
vaksin JE diberikan kerana Japanese Encephalitis adalah virus yang menyebabkan
radang otak (ensefalitis) merebak melalui nyamuk. Dos pertama diterima pada bayi
berumur 9 Bulan dan dos kedua setelah bayi berumur 21 Bulan.

Selain daripada itu, jururawat atau jururawat masyarakat akan memberi penerangan
kepada ibubapa berkaitan tujuan rujukan kes yang ringan. Kemudian, membuat
surat rujukan mengikut keperluan. Selepas itu, dapatkan tarikh temujanji untuk
rujukan kepada pihak yang lebih mahir seperti Pakar Perubatan Keluarga (FMS),
Pengawal Perubatan, Pengawal Sains Pemakanan, Hospital dan Agensi yang
diiktiraf oleh KKM. Jururawat atau Penolong Pengawai Perubatan atau Pegawai
Perubatan juga akan memberikan bimbingan, khidmat nasihat dan kaunseling
kepada ibubapa berkaitan keadaan semasa bayi. Bimbangan dan nasihat diberi
mengikut keperluan seperti aktiviti stimulasi, makanan pelengkap, penjagaan kanak-
kanak dan tanda-tanda bahaya dikalangan bayi dan kanak-kanak. Akhir sekali, pihak
hospital menyediakan lawatan kerumah mengikut keperluan.

5.0 PERANAN PPP DALAM PERKHIDMATAN KESIHATAN KANAK-KANAK

Penolong Pembantu Perubatan memainkan peranan dalam perkhidmatan Kesihatan


kanak-kanak. Antaranya ialah melakukan penilaian terhadap kanak-kanak semasa
pemeriksaan di unit pesakit luar. PPP bertanggungjawab bagi meningkatkan taraf
kesihatan di kalangan masyarakat tempatan melalui sistem pengendalian yang
sistematik, berkualiti dan mesra serta menghormati dan melindungi kerahsiaan
pelanggan setiap masa. Selain itu, memeriksa dan merawat kanak-kanak mengikut
bidang kuasa yang diperuntukan. Seterusnya, merujuk kepada pihak tertentu
sekiranya perlu. Tambahan pula, PPP perlulah mengesan kes-kes keciciran, dan
merujuk kepada klinik ibu dan anak untuk melengkapkan immunisasi. Jika sebarang
suntikan imunisasi tidak diambil oleh bayi dan kanak-kanak, akan mengakibatkan
risiko jangkitan penyakit yang tinggi disebabkan tidak mempunyai antibodi untuk
melawan jangkitan tertentu. Maka, PPP perlulah memastikan semua imunisasi
perlulah dijalankan bagi mengelakkan perkara buruk menimpa. Akhir sekali, PPP
akan berkerjasama dalam menjalankan promosi dan pendidikan kesihatan. Sebagai
contoh, melakukan program Kesihatan yang melibatkan semua Masyarakat yang
berbilang kaum dan usia. Hal akan menambahkan pengetahuan mereka terhadap
tahap kesihatan diri.
6.0 PENUTUP
Perkhidmatan Kesihatan telah wujud sejak sebelum kemerdekaan dan pembentukan
Malaysia. Hal ini boleh dikatakan bahawa menjaga kesihatan itu sangat penting bagi
menjamin kesihatan badan dari luaran dan dalaman. Terdapat pelbagai cara untuk
menyebarkan pengetahuan tentang perhidmatan kesihatan seperti membuat
kempen kesedaran berkaitan Kesihatan dan memasarkan iklan mengenai program
kesihatan di televisyen dan media sosial. Ibu bapa juga juga perlulah mendedahkan
anak-anak tentang penjagaan kesihatan daripada kecil lagi seperti meluntur buluh
biarlah daripada rebungnya. Seterusnya, pihak sekolah boleh mengadakan program
dan minggu Kesihatan di sekolah agar murid-murid dapat menambah pengetahuan
mengenai perkhidmatan kesihatan. Maka, semua pihak memainkan peranan yang
sangat penting dan perlulah bekerjasama dalam memartabatkan pengunaan
perkhidmatan yang sedia ada agar kes masalah kesihatan berkurang dan
masyarakat dapat hidup aman damai tanpa penyakit. Bak kata pepatah melayu,
mencegah lebih baik daripada mengubati.

RUJUKAN

https://www.moh.gov.my/moh/resources/auto%20download%20images/589d762d898e2.pdf

https://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/2531?mid=13

https://www.youtube.com/watch?v=vSNTqNOMoVE

https://www.mysumber.com/jadual-imunisasi-kkm.html#google_vignette

https://hq.moh.gov.my/bpkk/images/3.Penerbitan/2.Orang_Awam/8.Kesihatan_Kanak_Kanak/
2.PDF/12_rekod_kesihatan_bayi_dan_kanak-kanak_0-6_tahun_-perempuan.pdf

https://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Garis%20Panduan/Pen%20Peg
%20Perubatan/SenaraiTugas_TanggungjawabPPP.pdf

https://www.malaysia.gov.my/portal/content/27737?language=my

https://www.slideshare.net/nassruto/komponen-perkhidmatan-kesihatan-keluarga

You might also like