You are on page 1of 14

DIPLOMA IN NURSING

DIPLOMA IN HALAL INDUSTRY MANAGEMENT


DIPLOMA IN MEDICAL AND HEALTH SCIENCES

MPU 2322

KURSUS INTEGRITI DAN ANTI-RASUAH

NAMA PENSYARAH: PUAN NUR DIYANA BINTI ZAINUDDIN

TAJUK TUGASAN : KES RASUAH FERDINAND EDRALIN MARCOS- PRESIDEN


FILIPINA (1986)

NAMA AHLI KUMPULAN :


NAMA NO. MATRIK
AMZAR ‘AFIF BIM AZMIDY DIN38_002202
NADIA MAISARA BINTI MOHD RIZAL DIN38_002203
AMMAR MAHFUZE BIN ZAINORDIN DIN38_002208
NURUL YUSNA SHUADA BINTI MOHD ROSLAN DIN38_002201
NURUL NUR SYAZWANI BINTI MUHAMMAD DHIM03_00013
TAUFIQ ROBIN
FARAH FARZANA BINTI REZALMAN DMHS24_00032
ISI KANDUNGAN
PERKARA
LATAR BELAKANG KES
KESALAHAN- KESALAHAN FERDINAND EDRALIN MARCOS
KESAN RASUAH FERDINAND MARCOS KEPADA INDIVIDU
KESAN RASUAH KEPADA KELUARGA
KESAN RASUAH KEPADA ORGANISASI
PENGAJARAN
RUJUKAN
LATAR BELAKANG KES

Nama Ferdinand Marcos gah satu masa dulu sebagai Presiden Filipina,
kemudiannya dijatuhkan. Semuanya disebabkan pemerintahan berbentuk
kleptokrasi bersama isterinya, Imelda Marcos sejak Disember 1965 hingga Februari
1986. Ferdinand Marcos dilahirkan di sebuah perkampungan di wilayah Ilocos Utara
di Pulau Luzon, Filipina. Beliau dibesarkan oleh ibu kandung dan bapa tirinya yang
kedua-duanya merupakan guru dan orang yang sangat berpengaruh. Sejak kecil,
beliau diajar pelbagai perkara yang menjadikan beliau seorang yang serba boleh,
sangat berdaya saing, dan bersifat tidak mahu kalah dengan orang lain. Walaupun
duduk dengan bapa tirinya, bapa kandung Marcos masih hidup. Dialah yang
bertanggungjawab terhadap persekolahan Ferdinand, dan merupakan seorang
hakim yang menyebabkan Ferdinand selalu terlepas daripada pelbagai kesalahan
jenayah yang dilakukannya sejak muda. Salah satunya adalah dengan
menggunakan pengaruhnya terhadap Mahkamah Agung Filipina supaya Ferdinand
tak dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan membunuh. Bahkan sebelum menjadi
ahli politik, Ferdinand Marcos pernah melakukan jenayah. Semasa berumur 18
tahun, beliau menembak mati seorang ahli politik, Julio Nalundasan yang meraikan
kemenangannya dalam pilihan raya kongres menentang Mariano Marcos iaitu bapa
tiri Ferdinand. Kemudian, Hanya selepas tiga tahun, dia dibuktikan bersalah dan
dipenjarakan. Pada Masa itu Marcos baru sahaja menghabiskan pembelajarannya
dalam bidang undang-undang dan merupakan antara pelajar terbaik. Tetapi
disebabkan pengaruh ayahnya sebagai hakim, beliau hanya dipenjarakan selama
enam bulan sahaja. Tidak cukup dengan itu, keesokan harinya, beliau kembali ke
Mahkamah Agung dan mengangkat sumpah untuk menjadi seorang peguam.
Disamping itu, Sebaga seorang peguam, Ferdinand Marcos berani menuntut
pampasan kepada Amerika yang pernah menjajah Filipina sebelum kemerdekaan.
Beliau sering memfailkan pelbagai tuntutan terhadap Washington, D.C. bagi pihak
veteran Filipina yang meminta pampasan untuk gaji dan faedah masa peperangan
berlaku. Sejak itu, Marcos dianggap sebagai hero bagi rakyat Filipina diawal
kemunculannya pada Perang Dunia Kedua menentang Amerika Syarikat. Tetapi, dia
kemudiannya mengambil kesempatan dengan membuat tuntutan palsu. Salah
satunya adalah apabila dia memfailkan tuntutan $595 ribu atas namanya sendiri,
menyatakan yang Tentera A.S. telah merampas 2,000 ekor lembu dari ladang ayah
tirinya, Mariano Marcos. Padahal ladang itu sebenarnya tidak pernah wujud, apatah
lagi lembu-lembu itu. Selain itu, Marcos mendakwa bahawa beliau mencipta
organisasi penentangan rahsia yang dikenali sebagai Ang Maharlika yang
bermaksud pembebas. Organisasi itu didakwa terdiri daripada agen yang bekerja
melawan orang Jepun. Tetapi hakikatnya kumpulan tersebut kebanyakannya terdiri
daripada penjenayah – penipu, penyeluk saku, lelaki bersenjata, dan samseng –
semuanya menangguk di air keruh dan mengharapkan ada ganjaran semasa
peperangan.

Kemudian, Pada tahun 1949, Marcos masuk ke dunia politik. Dalam kempennya,
beliau berjanji untuk mendapatkan pampasan untuk veteran perang jika terpilih
menjadi calon Parti Liberal untuk kerusi di Dewan Rakyat Filipina. Dengan
menggunakan ‘keadilan’ atas nama veteran perang, nama Marcos melonjak naik
dan membolehkannya memenangi pilihan raya sebanyak 70% undi. Marcos
kemudiannya dilantik sebagai ahli Dewan Perwakilan Filipina (1949-1959) dan Senat
(1959-1965) sebelum memenangi pemilihan presiden pada tahun 1965. Awal
pemerintahan Marcos berjalan dengan baik tetapi apabila Marcos dipilih semula
pada tahun 1969, pemerintahannya berubah menjadi lebih buruk. Malah, pelbagai
penipuan dikaitkan dengan kempennya, yang dipercayai datang dari berjuta-juta
harta negara. Rusuhan itu juga dikenali sebagai Badai Suku Pertama di mana gaya
diktator Ferdinand Marcos yang semakin jelas. Tetapi, disebabkan pemerintahan
autokratik Ferdinand Marcos yang memperkenalkan pelbagai undang-undang bagi
menyekat kebebasan media dan juga rakyatnya, Ferdinand berkuasa sepenuhnya
ke atas segala perkara. Bukan itu sahaja, beliau juga melantik isterinya, Imelda
Marcos dalam beberapa jawatan kerajaan. Jadi mereka berdua berkuasa ke atas
filipina dan mampu membuat apa sahaja yang mereka mahukan tidak kira baik
mahupun buruk.

Sehubungan dengan itu, Pada 21 September 1972 pula, Ferdinand Marcos


memperkenalkan sebuah undang-undang tentera yang dikenali sebagai Martial Law.
Perkara itu nampaknya berjaya mendapat persetujuan daripada pentadbiran Nixon,
yang bersetuju dengan tindakannya menutup kongres, menahan lawan politiknya,
menguasai media dan mahkamah, dan menggantung semua hak-hak sivil dan
pelbagai laporan pasal pelanggaran hak asasi manusia. Selain itu, Martial Law ini
juga membolehkan Ferdinand membuat undang-undang sendiri dan tiada siapa
mampu menghalangnya. Lebih menyedihkan lagi, disebabkan Martial Law ni juga,
sepanjang 9 tahun selepas itu, seramai 34,000 pekerja syarikat, pemimpin pelajar,
penulis dan ahli politik ditangkap, dan diseksa dengan renjatan elektrik, besi panas
dan ada juga yang dirogol. Malah, seramai 3,240 mayat dibuang di tempat awam,
manakala 398 orang dicatatkan hilang. Dengan kuasanya yang menyeluruh ke atas
negara, dia berkuasa atas kekayaan negara. Tahun-tahun kemudian pemerintahan
Marcos telah dicemari oleh rasuah kerajaan yang bermaharajalela, kemerosotan
ekonomi, dan jurang ekonomi yang semakin besar antara rakyat yang miskin dan
kaya serta pertumbuhan pemberontakan gerila komunis yang aktif di kawasan
pedalaman pulau-pulau di Filipina.

Disamping itu juga, terdapat seorang ahli politik yang bernama Benigno S. Aquino
Jr yang membentuk kepimpinan pembangkang terhadap Ferdinand Marcos. Beliau
pernah ditangkap dan dipenjarakan atas tuduhan pemberontakan bersenjata.
Selepas dibebaskan, beliau tinggal di Amerika dan diugut bunuh jika pulang ke
Filipina. Tapi nampaknya Benigno tidak takut dan Pada tahun 1983, Benigno
ditembak mati setibanya dia di lapangan terbang Manila selepas 3 tahun menetap di
Amerika. Tiada siapapun yang berjaya dikaitkan dengan pembunuhan tersebut tetapi
rakyat filipina yakin bahawa Ferdinand Marcos terlibat dalam kes pembunuhan itu.
Tidak lama kemudian, isteri kepada Aquino, iaitu Corazon Aquino kemudiannya
bangkit dan menjadi calon presiden pembangkang dan bertanding dalam Pilihan
Raya tahun 1986. Dalam PRU tu, Marcos mendapat kemenangan yang besar, tetapi
mencurigakan. Marcos mempertahankan kemenangannnya dan berkeras ingin
menjadi presiden lagi, tapi nampaknya pihak tentera Filipina berbelah bahagi sama
ada ingin menyokong beliau atau tidak. Ada juga yang mempertahankan hak
Corazon Aquino sebagai presiden selepas PRU tersebut apabila mengetahui Marcos
memenangi pilihan raya tersebut kerana menipu. Perkara itu juga yang
menyebabkan Marcos dan sekeluarga melarikan diri dengan pesawat peribadi
mereka ke Hawaii.

Sebelum melarikan diri, Marcos sempat membawa 23 buah peti kayu, 12 bagasi
dan pelbagai kotak yang memuatkan baju sebanyak 67 buah rak, 413 jenis
perhiasan, dan bermacam-macam lagi dalam nilai USD15 juta. Tetapi ni hanyalah
sedikit daripada harta kekayaan keluarga Marcos. Kekayaan sebenar beliau pada
masa tu dikatakan sebanyak 650 kali ganda. Mengikut anggaran Mahkamah Agung
Filipina, beliau sudah mengumpul sebanyak USD10 bilion semasa menjadi Presiden
Filipina. Sedangkan gaji beliau tidak pernah lebih daripada USD13,500 setahun, dan
macam mana pula beliau boleh mengumpul kekayaan sehingga berbilion-bilion
pula? Bukan beliau seorang sahaja yang dipersoalkan, menteri-menteri yang rapat
dengan beliau juga turut disoal siasat, terlibat dengan penipuan dana negara untuk
tujuan peribadi. Sedangkan pada masa itu, seramai 40% daripada rakyat Filipina
jatuh miskin, iaitu dengan pendapatan kurang daripada USD2 dollar sehari. Republik
Filipina akhirnya memutuskan yang harta Marcos adalah daripada hasil titik peluh
rakyat, dan terus membuat rampasan serta-merta. Jenayah politik yang dilakukan
Ferdinand Marcos termasuklah memanipulasi pengundi, gunakan duit untuk beli
kuasa dan gunakan kuasanya untuk mencuri duit rakyat. Malah mereka juga
menggunakan nama samaran untuk mendepositkan sebanyak $950,000 ke dalam
empat buah akaun Credit Suisse, Ferdinand sebagai William Saunders (dia
menggunakan tandatangan barunya di atas kertas), dan isterinya Imelda sebagai
Jane Ryan. Tidak cukup dengan itu mereka juga sempat memindahkan pemilikan
mereka yang selebihnya kepada yayasan yang didaftarkan di Liechtenstein.
Keluarga Marcos menghadapi masalah undang-undang dan tekanan untuk
mengembalikan dana yang dipercayai milik dari kerajaan Filipina.

Kemudian pada tahun 1989 beberapa tahun selepas melarikan diri, Ferdinand
Marcos menemui ajalnya di Hawaii. Tetapi, mayatnya tidak ditanam kerana mereka
sekeluarga mengharapkan yang suatu hari nanti, mereka semua dapat balik ke
Filipina dan menyemadikan mayatnya di negara kelahiran mereka. Pada 1991 pula
Imelda Marcos balik ke Filipina. Dia terus ditahan keesokan harinya kerana kerajaan
baru berharap yang mereka dapat membayar semula hutang negara yang bangkrap
disebabkan keluarga Marcos. Dia kemudiannya didakwa atas tuduhan rasuah pada
1993, dia menerima hukuman penjara dan denda sebanyak $4.3 juta. Tetapi pada
tahun 1998, hukuman Imelda dikurangkan. Ferdinand Marcos pula kekal sebagai
mayat yang tak ditanam selama bukan setahun atau dua, tapi 27 tahun lamanya
sebelum kerajaan Filipina bersetuju untuk membawa pulang mayatnya kerana
presiden pada masa itu, Presiden Fidel V. Ramos merupakan sepupu Marcos yang
merupakan salah seorang dari parti Revolusi Kekuatan Rakyat (pihak
pembangkang) yang pernah menggulingkan pemerintahan kleptokrasi Marcos.
Pengebumiannya juga seperti yang dijanjikan iaitu tanpa penghormatan negara.

Tidak habis disitu, pada tahun 1995, seramai 10,000 rakyat Filipina memenangi
tuntutan saman yang difailkan terhadap harta Marcos. Tuntutan dibuat oleh mangsa
dan saudara-mara yang masih hidup atas sebab penyeksaan, pembunuhan dan
juga kes orang hilang masa Martial Law. Kerajaan Switzerland pada mulanya
mendiamkan diri daripada tuduhan tentang duit yang dicuri Marcos ada dalam akaun
banknya di Switzerland. Tetapi selepas didesak banyak kali, bank Switzerland itu
pun akhirnya memulangkan sebanyak USD684 juta simpanan Marcos. Dalam
Laporan Transparansi Global 2004, Marcos muncul dalam senarai Pemimpin Paling
Korup Dunia, dan disenaraikan di tempat kedua di belakang Soeharto, bekas
Presiden Indonesia. Selepas kejatuhan Ferdinand, Presiden Filipina selepas tu,
Corazon Aquino akhirnya memansuhkan kebanyakan undang-undang menindas
yang digubal semasa tempoh kediktatoran Marcos. Dia mengembalikan hak akses
kepada habeas corpus, undang-undang anti buruh dimansuhkan dan membebaskan
ratusan tahanan politik. Sampai masa kini, kebanyakan undang-undang yang ditulis
oleh Marcos masih berkuatkuasa. Daripada beribu-ribu pengisytiharan dan arahan
eksekutif, hanya beberapa yang dimansuhkan, dibatalkan, diubah suai atau dipinda
untuk kepentingan kerajaan semasa.

KESALAHAN- KESALAHAN FERDINAND EDRALIN MARCOS

Seperti yang semua tahu, Ferdiand Marcos telah membuat banyak jenayah
ketika memerintah negara Filipina ini. Akan tetapi, kesalahannya ditutup rapi ketika
dia memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Filipina. Kesalahan yang
melibatkan kewangan dan ekonomi Filipina juga banyak sepanjang dia ada. Antara
kesalahan yang melibatkan kewangan adalah Ferdinand menuduh anak Eugine
Lopez melibatkan diri dalam jenayah percubaan membunuh keatasnya. Motif
Ferdinand Marcos ini adalah bertujuan hendak memiliki sepenuhnya Syarikat
Elektrik Meralco di negara tersebut. Akibat tidak mahu Namanya lagi memburuk di
negara Filipina, Lopez memberikan syarikat kepada kerajaan dengan harga hanya
$220 dan bukan $440 juta mengikut nilai ketika itu.

Selain itu, Ferdiand juga telah mengambil sektor gula dengan menubuhkan syarikat-
syarikat dan mengeluarkan perintah yang benarkan syarikat-syarikat ini
mengenakan hak penanaman, pengilangan dan pemasaran gula Filpina ke mata
dunia. Dalam masa yang sama, Ferdiand Marcos ini turut bertanggungjawab
menubuhkan syarikat pertukaran Filipina yang membolehkannya membeli gula dari
kelompok petani dengan harga murah dan menjualnya untuk mendapatkan margin
keuntungan tinggi. Keuntungan-keuntungan yang diperolehi digunakan untuk
membeli syarikat dari Northen Lines yang yang diberikan kontrak membawa gula ke
negara luar. Ferdiand Marcos juga bertanggungjawab mengecualikan sektor
berkenaan dari senarai gaji yang minimum, sekali gus mengakibatkan 500,000
pekerja hanya mendapat gaji kurang dari $1 sehari.

Justeru itu, Ferdiand juga menubuhkan syarikat-syarikat di bawah namanya


untuk memonopolikan semua perjanjian dan pengecualian cukai dari pelbagai sector
seperti media, pembalakan, insuran, perkapalan dan industri udara. Bukan setakat
itu sahaja, dia juga menggunakan proksi dan kroni untuk mengambil semua jenis
perniagaan dengan kebanyakannya dilakukan oleh rakan bermain golf, saudara-
mara dan sekutu ahli politik. Syarikat- syarikat yang ada ini menggunakan nama
mereka sebelum saham pemilikannya sebanyak 60% dipindahkan kepada
seseorang tanpa dinyatakan siapa. Ramai mengesyaki pemilik 60% saham bisnes-
bisnes sebegini merujuk kepada Ferdinand Marcos.

Tidak cukup dengan apa yang dilakukan olehnya untuk memungut semua hasil
orang dan hasil negara itu sendiri, Ferdinand telah membuat semua bentuk bantuan
kewangan sama ada pinjaman atau bantuan negara asing dibolot dan dimasukkan
dalam akaun bank Switzerland nya dan Ferdinand tidak tahu malu untuk mencuri
simpanan emas dari bank pusat Filipina. Jenayah yang dinyatakan pada akhirnya
adalah mewujudkan system perbankan sendiri dengan sesetengah kroni mengambil
alih bank-bank persendirian sementara sesetengah lagi mengawal bank-bank
negeri. Menerusi bank-bank yang ditaklukinya, mereka dapat mencuri lebih banyak
duit melalui pinjaman dan akses mata wang kepada mata wang asing. Ianya
kemudian mengendalikan bank-bank ini dengan sendirinya merujuk kepakaran
sendiri menguruskan mata wang berkenaan di pasaran gelap. Staf-staf dari bank
akan dating ke istana untuk mengutip cek sebelum ia didepositkan ke akaun-akaun
yang dimiliki Ferdinand Marcos itu sendiri.

KESAN RASUAH FERDINAND MARCOS KEPADA INDIVIDU

Disebabkan oleh perbuatan rasuah oleh Ferdinand Marcos, maruah diri beliau
tercalar. Sebelum beliau menjadi pembelot negara, beliau amat disayangi dan
disanjungi oleh rakyat serta dilihat sebagai seorang president yang mampu
mempertahankan nasib rakyat. Tetapi semuanya berubah setelah dia memenangi
penggal pemerintahan kali kedua. Sejak itu, dia menyalahgunakan kuasanya demi
kepentingan diri sendiri. Sejak daripada hal itu, maruahnya mula tercalar Dan
memburukkan imejnya bersama keluarganya.

Selain itu, Ferdinand Marcos telah hilang kepercayaan oleh rakyat. Hal ini kerana
hidup rakyat Filipina ketika itu sangat penuh ketakutan Dan kesengsaraan semasa
pemerintahannya. Rakyat mula tidak menyukai cara pemerintahan Ferdinand
Marcos bersama isteri ketika itu. Maka, kebanyakan rakyat hidup dalam keadaan
kemiskinan and tidak hidup aman di negara sendiri.

Di samping itu, jawatan Ferdinand Marcos tidak dipersetujui oleh rakyat Filipina.
Dalam pilihan raya 1986, beliau sekali lagi dinobatkan sebagai presiden tetapi
kemenangannya sangat mencurigakan. Hal ini menyebabkan kemarahan rakyat
Filipina terhadap pilihan raya tersebut sebagai penipuan dan tidak adil. Maka,
berjuta-juta rakyat Filipina bersama-sama melakukan demonstrasi di jalanan. Dan
pada akhirnya, Amerika Syarikat iaitu sekutu kuat Ferdinand Marcos menasihatnya
untuk meletakkan jawatan beliau sebagai presiden. Maka, begitulah tempoh
pemerintahan Ferdinand Marcos terhenti.

Tambahan pula, Ferdinand Marcos tidak dapat penghormatan yang sepenuhnya


selepas kematian beliau di Hawaii. Beliau telah meninggal dunia did Hawaii pada
September 1989. Isterinya, Imelda Marcos ingin membawa mayat suaminya ke
Filipina untuk dikebumikan di sana. Tetapi, rakyat Filipina tidak mahu mayat
Ferdinand Marcos dikebumikan di sana. Setelah 27 tahun, akhirnya mayat dibawa
balik ke Filipina apabila pemerintah baru yang ke-11, Eidel V Ramos bersetuju
membenarkan mayatnya dikebumikan di sana. Hal ini menunjukkan bahawa
perbuatan keji oleh Ferdinand Marcos telah membuatkan semua rakyat Filipina tidak
dapat menerima akan tindakan masa lalunya.

KESAN RASUAH KEPADA KELUARGA

Amalan rasuah menyebabkan maruah dalam kalangan ahli keluarga tercemar. kita
sedia maklum, rasuah adalah perkara yang dilarang dan dicegah kerana ianya
mampu meruntuhkan sesebuah institusi termasuk institusi kekeluargaan. maruah
ahli keluarga akan dipandang serong oleh masyarakat. malah tahap kepercayaan
masyarakat terhadap keluarga kita akan luntur sedikit demi sedikit akibat daripada
ketidak adilan dari ahli keluarga kita yang terlibat dengan rasuah. Menghancurkan
keharmonian hidup berumahtangga juga mampu memecahbelahkan masyarakat.
ketaksuban individu dalam mengejar jalan pintas untuk mendapatkan atau menerima
pulangan dengan cara yang mudah tanpa memikirkan baik buruk juga menjadi salah
satu kesan yang buruk daripada aktiviti rasuah ini. keharmonian hidup
berumahtangga akan menjadi semakin pudar dan boleh mengakibatkan kehancuran
apabila wujudnya pengamalan rasuah dari salah satu individu di dalam keluarga
tersebut. perbalahan diantara ahli keluarga akan berlaku apabila wujud dua
golongan yang menentang rasuah dan mengamalkan rasuah. dari itu, keharmonian
semakin berkurang dan perpecahan dalam keluarga berlaku
KESAN RASUAH KEPADA ORGANISASI

Jelaslah bahawa terdapat banyak kesalahan-kesalahan Ferdinand Marcos


sendiri, yang memberikan impak yang mendalam terutama kepada rakyatnya.
Namun walaubagaimana pun, terdapat juga kesan pemerintahan Ferdinand Marcos
terhadap organisasi antaranya ialah status sebagai Presiden Filipina tercemar. Ini
dibuktikan dengan penyebaran maklumat tentang kes rasuah Firdinand Marcos di
berita harian Negara luar. Ia amat memberi kesan yang mendalam terutamanya
nama baik negara Filipina sendiri yang terjejas akibat perlakuan beliau. Sekiranya
perkara rasuah ini tidak dibendung dari mula ia akan menjadi seperti perkara kes
rasuah Firdinand Marcos ini. Sepatutnya, kita haruslah mendidik jenerasi muda
supaya tidak terjebak dalam aktiviti rasuah yang akan menjerumus kepada gejala-
gejala masalah sosial. Sebagai contoh, Ferdinand Marcos mendapat sokongan dari
keluarga sendiri dalam melibat diri beliau di dalam aktiviti jenayah yang
megakibatkan seorang ahli politik Julio Nalundasan mati ditembak beliau, beliau
melakukan ini pada usia yang muda iaitu 18 tahun. Namun selepas 3 tahun kes ini
disiasat, beliau dibuktikan bersalah dan dijatuhkan hukuman tetapi disebapkan
pengaruh kuat ayahnya sebagai hakim beliau hanya dipenjara selama 6 bulan
sahaja. Jelaslah bahawa disini, asuhan ibubapa dari mula amat penting bagi
membentuk jati diri manusia yang baik di masa hadapan.

Selain daripada itu, terdapat kesan lain bagi organisasi ialah moral
penyokong makin merosot. Antara golongan penyokong yang terlibat adalah terdiri
daripada rakyat Filipina dan golongan tentera. Selepas dari pemerintahan beliau
yang kejam itu, beliau mendapat pembentangan yang sangat dahsyat dari kalangan
rakyat Filipina sendiri. Terutamanya apabila beliau meluluskan undang-undang baru
pada 21 September 1972 Martial law. Undang-undang adalah dimana pihak
kerajaan sendiri boleh menangkap mana-mana individu yang bersalah tanpa
perbicaraan. Namun begitu, Ferdinand marcos ini mengambil kesempatan bagi
mana-mana individu yang cuba menentangnya. Ini sekali gus menaikan amarah
rakyat serta menurunkan jumlah penyokongnya sendiri. Jelaslah bahawa disini, jika
seseorang itu tidak mempunyai sifat yang amanah dalam menjalankan tugas, sekali
gus ia akan menurunkan kepercayaan orang terhadap seseorang individu itu.
Antara kesan lain, bagi kes Firdinand Marcos ini adalah secara tidak langsung
ia akan meruntuhkan semangat ahli organisasinya. Jelaslah bahawa ia akan
memberi kesan atau impak yang sangat besar di dalam sesebuah organisasi.
Mengapa perkara ini adalah punca dalam kesan terhadap organisasi ? Adalah
kerana setiap pihak haruslah mempunyai sifat yang bertanggungjawab dalam
menjalankan tugas agar kesakmaan dalam mencapai matlamat organisasi dicapai
bersama-sama. Sebagai contoh, apabila Ferdinand Marcos dijatuhkan hukuman
keatasnya, pihak yang tidak bersalah turut terjejas akibat dari perbuatan
terkutuknya. Sepatutnya, rakyat terutamanya jaganlah bersikap pentingkan diri
menyalahkan semua didalam organisasi adalah persalah. Sepatutnya kita mestilah
bersikap dalam berkerjasama bagi membanteras sipelaku yang bersalah sahaja.

Akhir sekali, antara kesan yang menjejaskan organisasi kerajaan Filipana


sendiri adalah tiada kerjasama dari Negara luar. Sebagai contoh terdekat, Amerika
Syarikat adalah sekutu kuat Ferdinand Marcos telah menasihati beliau supaya
meletakkan jawatan sebagai menteri Filipina yang 10 akibat dari kekejamannya
terhadap rakyat sendiri. Sehubungan dengan itu, selepas pelepasan jawatannya
sebagai perdana menteri Filipina, beliau, keluarga dan sekutunya telah melarikan diri
ke Amerikan Syarikat bagi menyelamatkan diri. Jelaslah bahawa perkara ini amat
memberi impak yang sangat besar dalam kerjasama antara Negara luar. Sekiranya
perkara dipandang sebagai perkara biasa, ia akan memberikan impak yang negatif
kepada hubungan antara negara lain. Sepatutnya, semua negara haruslah
berganding bahu dalam membanteras gejala yang dilakukan Ferdinand Marcos agar
tiada siapa yang boleh dianaya.

Akhir kalam, jelaslah bahawa di sini seseorang pemempin itu mestilah


memerintah dengan adil dan saksama supaya ia tidak akan menjejaskan pihak lain
atau yang tidak bersalah. Apabila seseorang itu, terlibat dalam aktiviti tidak bermoral
ini, ia akan menjejaskan bukan hanya pada di seseorang individu itu, malahan ia
akan menjejaskan keluarga dan organisasi kerajaan itu. Dalam kes Ferdinand
Marcos ini ia sangat memberi kesan yang mendalam kepada negara Filipina sendiri
dan memberikan image yang negatif kepada sistem pemerintahan Filipina tersebut.
Walaubagaimanapun, kesatuan rakyat Filipina sendiri bagi membanteras sistem
pemerintahan Ferdinand Marcos amatlah berkesan dan menjadi perhatian dunia.
Sebagai seorang rakyat Malaysia kita huslah berganding bahu jika masalah yang
sama timbul di negara Malaysia sendiri agar sistem pemeritahan seperti Ferdinand
Marcos ini dapat dibanteras dari awal.

PENGAJARAN
SUMBER RUJUKAN

Kekayaan Luar Biasa Ferdinand Marcos - the Patriots. 7 Oct. 2019,


thepatriots.asia/kekayaan-luar-biasa-ferdinand-marcos-2/.\

Putri, Adi. Ferdinand Marcos: Dari Seorang Hero Kepada Pengkhianat Rakyat
Filipina | SOSCILI. 11 June 2018, soscili.my/ferdinand-marcos-dari-seorang-hero-
kepada-pengkhianat-rakyat-filipina/.

“Aktivis Filipina Tuduh Marcos Cari-Cari Kesalahan.” Www.voaindonesia.com,


www.voaindonesia.com/amp/aktivis-filipina-tuduh-marcos-cari-cari-kesalahan/
7277751.html. Accessed 22 Jan. 2024.

Coursehero.com, 2023,
www.coursehero.com/file/107393932/ISI-FAKTA-KES-PRESIDEN-FILIPINAdocx/.

“SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM).”


Sprm.gov.my, 2021, www.sprm.gov.my/index.php?
id=21&page_id=103&contentid=1818&cat=
“Ferdinand Marcos - Diktator Filipina Yang Dihalau Rakyat” www.youtube.com
https://youtu.be/RKJqvyXlyOU?si=yOfJoAKEMZIrSToc

You might also like