You are on page 1of 3

DIPLOMA IN HEALTHCARE MANAGEMENT

MPU 2322

KURSUS INTEGRITI DAN ANTI-RASUAH

SEMESTER 1 BATCH 24 / TAHUN 1

TAJUK TUGASAN : REFLEKSI RASUAH

NAMA PENSYARAH:
NAJWA BINTI NASRUDIN

NAMA :
NAMA NO. MATRIK
FARAH FARZANA BINTI REZALMAN DHMS24_00032
ISI KANDUNGAN VIDEO REFLEKSI
Terdapat seorang lelaki yang bernama Encik Salman datang daripada Damansara bertemu
dengan puan pengawai di pejabat untuk meminta tandangan kertas kerja miliknya. Dan
sebelum dia beredar, dia ingin berbincang dengan puan tersebut berkenaan iklan di sistem
untuk mencari pembekal kertas A4 dan dia ingin turut serta untuk tender tersebut. Tetapi,
puan pegawai tersebut mengatakan bahawa iklan tersebut telah ditutup dan mereka telah
mempunyai senarai Syarikat yang di senarai pendek. Puan pengawai tersebut meminta
Salman untuk cuba lain kali.
Tidak lama kemudian, Encik Salman tersebut mengeluarkan sepucuk sampul yang berisi
wang untuk bantu Syarikat miliknya. Puan pengawai itu segara menjelaskan bahawa iklan
tersebut telah ditutup dan telah mempunyai senarai Syarikat yang disenarai pendek. Puan
pengawai itu pun memulangkan sampul wang tersebut kepada Encik Salman. Encik Salman
beranggapan bahawa sampul wang itu tidak mencukupi. Maka, dia segera mengeluarkan satu
pucuk sampul wang lagi dan mencuba menawar sekali lagi untuk membantu Syarikat
miliknya. Kemudian, puan tersebut menerangkan lagi tentang iklan tersebut. Beliau juga
berkata bahawa beliau merupakan pengawai yang berpendirian dan memulangkan semula
sampul wang tersebut kepada Encik Salman.
Tanpa erti putus asa, Encik Salman menawarkan tiga sampul yang berisi wang kepada puan
pengawai tersebut dan meminta puan tersebut untuk membantunya. Dia juga berkata jika
puan membantu dia, dia akan membantu puan tersebut dan semua akan gembira.
Pada akhirnya, puan pengawai tersebut menerangkan bahawa beliau merupakan pengawai
yang berintegriti dan meminta Encik Salman untuk ambil semula sampul wang tersebut. Puan
pengawai tersebut juga meminta Encik Salman untuk keluar daripada bilik pejabatnya.
PENDAPAT SAYA TERHADAP VIDEO REFLEKSI
Pada pendapat saya, ini merupakan salah satu bentuk rasuah yang kita boleh di sekeliling
kita. Pada era globalisasi ini, terdapat pelbagai jenis jenayah dan rasuah merupakan salah satu
daripadanya. Rasuah boleh berlaku di mana sahaja seperti di sekolah dan di tempat kerja.
Antara bentuk-bentuk kesalahan rasuah yang kita boleh lihat ialah memberi dan menerima
segala jenis suapan seperti hadiah dan wang serta menyalahgunakan kuasa ke arah rasuah.
Rasuah ini sangat berbahaya dan membawa diri ke arah binasa. Rasuah akan menyebabkan
maruah diri, negara bangsa dan keluarga yang tersayang terjejas. Ahli keluarga akan
dipandang hina oleh Masyarakat dan menyebabkan keharmonian musnah. Selain itu juga,
rasuah boleh menjejaskan keselamatan rakyat dan negara serta kes jenayah akan semakin
meningkat. Tambahan pula, negara lain akan memandang rendah kepada negara kita jika kes
rasuah ini tidak dihentikan. Akhir sekali, rasuah boleh melahirkan pegawai yang tidak
amanah dan gagal dalam pelaksanaan.
Oleh itu, sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, kita perlulah menjauhi rasuah yang
membawa padah kepada diri sendiri. Kita perlulah katakan “TIDAK” kepada rasuah. Semua
rakyat perlulah bekerjasama demi membanteras jenayah ini daripada beleluasa demi
keharmonian dan kesejahteraan negara untuk generasi akan datang.

You might also like