You are on page 1of 8

PENGENALAN Rasuah ialah penyakit sosial yang boleh mencemarkan imej sesebuah negara danrakyatnya .

sebagaimana pelacuran yang disifatkan sebagai kerjaya tertua sejak wujudnyaperadaban manusia , perbuatan rasuah juga telah wujud sekian lama , malah semakinmenjadi amalan biasa. Apa apa pun amalan biasa terutama yang buruk , seharusnyatidak menjadi amalan yang berterusan sehingga sukar dibendung dan dibanteras . Rasuahjika diterima sebagai amalan biasa, akan membawa kehancuran kepada seluruhmasyarakat , bangsa dan negara seperti yang berlaku dalam sejarah tamadun besar dunia.Kita terpaksa mengakui bahawa Malaysia juga tidak terkecuali dalam fenomena ini .Walaupun gejala ini belum begitu berleluasa, kesedaran seluruh masyarakat amatdiperlukan , terutama dalam suasana

pertumbuhan ekonomi yang kian pesat . Rasuah jika tidak dikawal dan diperangi habis habisan dari awal lagi akanmemberi kesan buruk terhadap sistem pentadbiran negara . Penyakit ini juga akan turut menggugat kestabilan sosial negara . Apatah lagi ketika kerajaan sedang mencanangkan program pembangunan perindustrian yang bertujuan menjadikan Malaysia sebuah negaramaju. Gejala ini akan menjejaskan keyakinan orang ramai terutama pelabur asing terhadap kecekapan dan keberkesanan sistem perundangan serta birokrasi negara ini .Rasuah juga tidak boleh dimulakan kerana akan berlarutan dan ketagihan . Setelah sebati dengannya, maka wabak berbahaya ini merebak menjangkiti orang lain pula . Rasuahmenyebabkan seseorang menjual prinsip , maruah dan harga diri . Masyarakat yangmengamalkan rasuah akan bertindak di luar batasan dan peraturan yang telah ditetapkan . Sesungguhnya masyarakat yang kehilangan nilai amanah akan ditimpa krisis kepercayaan . Oleh itu , semua pihak perlu menjauhi sifat tamak yang bolehmenyebabkan perbuatan rasuah serta mengelakkan diri daripada berbelanja melebihipendapatan . Berikutan semakin seriusnya usaha menangani gejala ini , rakyat sangatberharap tiada sesiapa akan terkecuali daripada tindakan undang undang . Martabat atauparti politik bukan payung yang melindungi sesiapa daripada penghakiman dan hukuman.Kita yakin bahawa hukuman yang setimpal boleh menerbitkan perilaku baik seseorang .

Sehubungan itu , dalam memerangi gejala ini , semua pihak perlulah bertindak secara menyeluruh dan berterusan . Jika kita sepakat melakukannya , tiada sebab kita akan gagal DEFINISI RASUAH Menurut Transparency International rasuah ialah perilaku di jabatan-jabatan ataupejabat-pejabat awam, termasuklah para politikus dan pegawai-pegawai, yang secaratidak wajar dan tidak sah /menurut undang-undang, mengayakan diri atau memperkayakerabatnya (keluarga dan sahabat handai), dengan menyalahgunakan kuasa dankepercayaan awam yang diberi kepada mereka.Gejala rasuah merupakan satu jenayahatau kesalahan undang-undang di mana seseorang itu mendapat kebebasan, kontrakperniagaan atau keistimewaan dari pihak berkuasa atau syarikat tertentu selepasmenyogokkan pihak terbabit dengan wang, hadiah atau pemberian yang lain kepadapihak terbabit. Rasuah juga merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan olehseseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah dirinya sendiri. Inikerana apabila melalui prosedur-prosedur biasa, dia tidak akan memperoleh apa-apa yangdikehendakinya itu. Secara amnya rasuah bermakna kuasa yang telah diberikankepadanya disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan diri sendiri dan bersikap pilihkasih dalam tindakannya. Rasuah menurut bahasa Latin berasal daripada perkataan curroptio iaitu daripadakata kerja corrumpere yang membawa maksud busuk, rosak,

menggoyahkan, memutarbelit, dan menyogok. Dalam bahasa Arab perkataan rasuh bermaksud al-risywah. Didalam al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi jugaperkataan jenayah lain seperti merompak, menipu dan memeras ugut. Secarakeseluruhannya rasuah merupakan satu perilaku yang sangat terkutuk dan dibenci bukansahaja oleh agama malah kemanusiann sekalipun. Di negara ini, dari segi undang-undangsemua perkataan memberi dan menerima suapan adalah sebahagian daripadaperbuatan dan kesalahan jenayah rasuah. Rasuah juga boleh ditakrifkan seperti berikut:Wang, derma, alang, pinjaman, fee, hadiah, cagaran berharga, harta

ataukepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih,atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain;

Apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, danapa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan

perkhidmatanatas apa-apa sifat; Apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman, obligasi atau liabiliti lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya; Apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan atau peratusan; Apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau benda berharga; Apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, seperti perlindungan

daripadaapa-apa penalti atau ketidakupayaan yang dikenakan atau yang dikhuatiri ataudaripada apa-apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil ataujenayah, sama ada atau tidak sudah dimulakan, dan termasuk penggunaan ataumenahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa ataukewajipan rasmi; Biasanya, rasuah dijadikan sebagai salah satu jalan pintas seseorang untukmengecapi kehidupan mewah atau dengan erti kata lain mahu menjadi kaya dalam masasingkat. Kebiasaannya orang yang melakukan budaya ini tidak memikirkan kesan burukyang akan terjadi, sebaliknya mereka hanya memikirkan keuntungan kepada diri mereka.Sebagai umat Islam, keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT harus dititikberatkandalam apa juga urusan. Islam sangat melarang umatnya daripada mengamalkan budayaini. Seperti mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Daripada Abu Hurairah RA. ia telah berkata: Rasulullah SAW telah mengutuk orang yang suka memberi rasuah dan orang yang suka menerima rasuah dalam soal hukum- menghukum. erbuatan rasuah ini adalah perbuatan yang sangat keji dan berdosa. Mereka yangterjebak dalam budaya rasuah akan memperoleh balasan yang setimpal dengan perbuatanmereka ini. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud : Pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya akan masuk neraka. Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:

Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antaranyakamu dengan jalan yang batil (tiada hal) dan (jangan) kamu bawa kepada hakim, supayadapat kamu memakan sebahagian harta orang yang berdosa sedang kamu mengetahuinya. (al-Baqarah : 188) Dalam skop yang luas, rasuah "politik" bermaksud penyalahgunaan jawatanawam untuk kepentingan peribadi. Semua bentuk pemerintahan dan organisasi pastiterdapat perilaku rasuah, sama ada sedar atau tidak. Cuma berat (kes) berbeza-beza:daripada yang paling ringan dalam bentuk penggunaan pengaruh dan sokongan untukmemberi dan menerima pertolongan, hingga kepada rasuah yang sudah dianggap satu"prosedur rasmi", dan sebagainya. Kemuncak segala rasuah ialah satu keadaan yangdigelar kleptokrasi, yang erti

harfiahnya pemerintahan oleh para pencuri; iaitu berpura-pura bertindak jujur pun tidak ada sama sekali! Rasuah yang wujud dalam bidang politik dan pentadbiran/ birokrasi mungkin berbentuksama ada ringan atau berat, terancang atau tidak. Rasuah tidak sekadar memudahkan ataumenggalakkan jenayah seperti pelacuran, pemalsuan wang, cetak rompak, danpenyeludupan. Kesannya lebih meluas lagi. Untuk memahami masalah ini dan mencarirumusannya, sangat penting untuk membezakan antara rasuah dengan perilaku jenayah(dalam erti kata yang lebih luas). Sama ada sesuatu hal/perilaku dianggap rasuah atautidak bergantung pada praktik undang-undang di negara/wilayah berkenaan. Contohnya,pendanaan parti politik untuk pilihan raya dianggap satu bentuk rasuah di negara/ wilayahtertentu tapi dianggap legal di tempat tertentu lain.

PANDANGAN ISLAM MENGENAI RASUAH Budaya rasuah ini sebenarnya telah dahulu disedari oleh Islam dan cara yangterbaik bagi mengatasi dan mengawal budaya ini telah disediakan. Langkah pertama yangtegas telah diutarakan oleh Islam iaitu terhadap mengharamkan secara berkesan tanpabertolak ansur dengan rasuah, seperti sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi yang bermaksud :

Penerima dan pemberi rasuah akan ditempat dalam api neraka. Perbuatan ini juga dikutuk dengan kerasnya oleh Allah SWT sebagaimana dinyatakan dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Ahmad yang bermaksud : Allah SWT melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah serta orang yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya. Berdasarkan dalil-dalil diatas jelas membuktikan Islam melarang perbuatan kejiini. Kutukan itu bukan sahaja terbatas kepada penerima malah pemberi dan sesiapa jugayang bersubahat melicinkan kegiatan rasuah ini. KESAN-KESAN RASUAH Perbincangan mengenai rasuah adalah penting kerana kegiatan rasuah akanmelumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi. Dengan adanya kegiatan rasuah, tiadasesiapa akan dapat mengagak tindakan seseorang atau hasil daripada sesuatu rancanganuntuk masa depan. Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada cerdik pandai danprofesional yang ada. Kegiatan rasuah akan hanya menghakis kepercayaan orang awamterhadap cerdik pandai negara kita. Selain itu pemerintahan menjadi lemah kerana setiap kali rasuah berlaku, makapemerintah kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan-tindakan yang sepatutnya.Umpamanya jika cuai terhadap sesuatu yang telah ditentukan, maka pemberian rasuahtelah menggantikan wang cukai yang sepatutnya dikutip dan manfaatnya hanya dinikmatioleh segelintir pemberi rasuah. Kesan yang paling besar daripada gejala rasuah ini ialahakan menyebabkan pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir. Akibatnya , iamenimbulkan masalah lain seperti kemerosotan ekonomi, pengabaian kepentinganmasyarakat dan sebagainya.Budaya rasuah juga boleh menghancurkan pentadbiran danpemerintahan sesebuah negara. seperti yang berlaku di Filipina yang mencatatkan sejarahkejatuhan kerajaan presiden Marcos dari tampuk kepimpinan disebabkan amalan rasuahyang tidak terbendung. Rasuah ialah musuh pembangunan. Dalam dunia politik, rasuah

menjejaskanperjalanan demokrasi dan pentadbiran yang cekap apabila formaliti diabaikan. Rasuahdalam pilihan raya atau pemilihan umum lain dan dalam badan perundangan/ legislatifmerosakkan akauntibiliti dan kecekapan juga; rasuah dalam sistem pengadilan pulamencabul ketertinggian undang-undang; dan rasuah dalam pentadbiran awammenjejaskan keseimbangan dan kesaksamaan sosial. Secara umum, rasuah mengikiskemampuan sesuatu sistem; kerana ketidaktertiban prosedur,

kemerosotan sumberdaya/usaha, dan pejabat diiktiraf/dinaikkan oleh jabatan bukan kerana prestasi. Keseluruhannya, rasuah menghancurkan kepercayaan masyarakat terhadap sistemsistem yang ada. Rasuah juga merosakkan keadilan sosial dan kesaksamaan ekonomi. Rasuahmempersulit kemajuan ekonomi apabila kecekapan menurun selain

mengubahsuaikansistem yang selama ini diterima pakai dan efektif. Dalam sektor swasta, perbelanjaanakan meningkat kerana wujudnya perbelanjaan "di luar akaun", belanja perundingandengan pejabat/jabatan yang korup (duit kopi?), dan serta risiko pembatalanprojek/konsesi. Walaupun ada yang menyatakan bahawa rasuah mengurangkan koskerana birokrasi berjaya "dicairkan", penyelidikan terbaru mendapati hal demikian tidakberlaku, sebaliknya lebih tinggi lagi kosnya kerana pejabat/jabatan korup tersebut akanmembuat lebih banyak peraturan dan hambatan yang baru. Rasuah juga menjejaskanpersaingan dalam perniagaan dan pasaran seluruhnya apabila syarikat tertentu yangmempunyai "hubungan" dilindungi daripada persaingan, lantas melahirkansyarikat/industri yang tidak berdaya maju. Di samping itu juga, rasuah menimbulkan kekacauan dalam sektor awam apabilaperbelanjaan awam untuk projek-projek kemasyarakatan yang sememangnya banyak,naik mendadak kosnya, sehingga melepasi peruntukan awal. Pejabat/jabatan awam(mungkin juga kontraktor) mungkin "mengubahsuai" projek tersebut (selepas menerimaperuntukan daripada peringkat kerajaan yang lebih tinggi, misalnya), walaupunsebenarnya tidak diperlukan, sebagai usaha menyorokkan rasuah yang berlaku.Kemudiannya, keselamatan, keselesaan, dan kesan alam sekitar projek tersebut menjadipertaruhan . Rasuah juga menjejaskan kualiti perkhidmatan sektor awam daninfrastruktur yang dirancangkannya, sekali gus mengenakan tekanan yang hebat kepadabelanjawan/bajet kerajaan. Para pakar ekonomi berpendapat, antara punca ekonomi beberapa buah negaraAsia dan Afrika berkembang lemah, terutama di Afrika, ialah rasuah yang berbentuk"penagihan sewa" yang menyebabkan perpindahan penanaman modal ke luar negara,bukannya dilaburkan di dalam negara (yang sering kali disebut orang betapa ramai

diktator Afrika mempunyai akaun bank di Swiss). Berbeza pula dengan diktator di Asia,seperti Suharto yang sering meminta sogokan (daripada setiap biaya atau keuntunganprojek), namun lebih memberikan perhatian dalam pelaburan dalaman, seperti dalamprojek kepada prasarana, kewangan, perbankan, Pakar dan lain-lain (yang

bermanfaat

rakyatjelata

Indonesia).

daripada

Universiti

Massachussetts memperkirakan, dari tahun1970 hingga 1996, "perlarian" modal 30 buah negara Sub-Sahara berjumlah sekitar US$187 bilion (RM710.6 bilion); melebihi jumlah hutang luar negara-negara tersebut!(Hasilnya, Mancur Olson mengutarakan model ekonomi tentang pembantutanpembangunan). Dalam kes Afrika lagi, antara punca lain termasuklah ketidakstabilanpolitik; dan kerap kali kerajaan baru yang berjaya menggulingkan pemerintah lama,merampas segala harta kerajaan terdahulu yang diperoleh daripada rasuah. Merekakemudiannya akan melakukan perkara yang sama, tanpa henti, dan menyimpan hasilnyadi seberang laut untuk persiapan "masamasa sukar" "Rasuah politik" berlaku di banyak negara dan mengancam jutaan manusia.Rasuah politik bererti "kebijaksanaan" pemerintah/kerajaan memberikan pelbagai faedahistimewa kepada penyogok, jauh sekali demi kesejahteraan rakyat terbanyak. Dari satusudut yang lain, para politikus memainkan peranan melindungi syarikat/perusahaantertentu (lazimnya entiti yang besar), yang sebenarnya cuba menguburkan perusahaanyang lebih kecil yang baru bertatih. Mereka memang pintar: melindungi syarikat yangtelah menaja kempen-kempen politiknya sahaja.

Kesimpulan
Rasuah merupakan musuh pembangunan. Ia membantutkan perkembangan ekonomi dan merencatkan perjalannya. Rasuah memberi kesan yang sangat dahsyat bukan sahaja kepada individu yang terlibat malah juga kepada masyarakat dan negaratersebut. Secara keseluruhannya gejala rasuah merupakan gejala yang kronik dan rumituntuk dihapuskan. Sebagaimana yang disebut oleh Datuk Ahmad Zaki, BPR memerlukankaki tangan yang lebih ramai lagi utnuk membasmi gejala yang tidak bermoral ini. Inidisebabkan pada masa sekarang sahaja seorang pegawai BPR terpaksa mengendalikan 13kes dalam tempoh setahun dan ini pasti sesuatu yang

amat membebankan pihgak BPR.Manakala hal sebaliknya pula berlaku di negaranegara maju yang mana seorang pegawaihanya perlu mengendalikan sekitar empat kes setahun. Pandangan Perdana Menteri supaya siasatan terhadap kes rasuh

mestilahdilakukan dengan hati-hati dan teliti supaya tidak berlaku kesilapan dan mengenakantindakan harus dititikberatkan. Namun pada masa yang sama, tidak patut tugas untukmengatasi dan membasmi gejala rasuah ini secara keseluruhan dalam setiap aspekekonomi, politik mahupun social hanya diserahkan bulat-bulat kepada pihak BPR sahaja.Sesungguhnya satu operasional dan evolusi bertindak secara sistematik dan terancangmesti dirangka dan diambil tindakan segera. Penenman nilai-nilai murni dalam diripegawai-pegawai kerajaan seharusnya dibuat secara komprehensif . kursus-kursus yangdianjurkan bukan hanya untuk melihat kepada pembangunan jati diri berbrntuk luaransahaja bahkan juga melihat kepada aspek pembangunan rohani yang berteraskan agama. Dalam konteks yang sama juga, kerajaan semestinya mengerti bahawa kesempitanhidup akan memaksa seseorang melakukan perkara di luar dugaan. Belitan kemiskinandan penderitaan disebabkan tanggungan keluarga dan

sebagainya apatah lagi dalam erayang sarat dengan cubaan dan kos kehidupan yang tinggi semestinya menjadi faktorimplisit yang menyumbang ke arah menyuburkan gejala tidak sihat ini. Baja-bajakeimanan sahaja tidak cukup untuk membentengi seseorang daripada menjauhkan diridaripada rasuah jika prasarana atau perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat tidakdipertingkatkan. Seterusnya, satu persidangan dan bengkel yang mengimpunkan paracerdik pandai, para ulama dan pegawai-pegawai kerajaan, pegawai BPR dan pihakberwajib dengan tidak mengecualikan parti pembangkang serta pimpinan mahasiswaharus diadakan segera bagi membincangkan satu resolusi penyelesaian yang segera.

You might also like