You are on page 1of 4

CABARAN DALAM MENINGKATKAN

INTEGRITI PENJAWAT AWAM


IqbalMarch 15, 2016Artikel
Oleh: DATUK AHMAD KHUSAIRI YAHAYA

PENULIS ialah Pengarah Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan SPRM

KESERIUSAN kerajaan dalam meningkatkan integriti dan mengekang jenayah


rasuah di kalangan pegawai awam jelas menerusi pelaksanaan pelbagai dasar
dan program yang diperkenalkan sejak sedekad lalu.

Antaranya menjadikan rasuah sebagai salah satu daripada bidang penting


yang ditekankan dalam Pelan Transformasi Kerajaan (GTP). Untuk itu,
sebanyak 27 inisiatif telah dan sedang dilaksanakan dengan giatnya menerusi
Bidang Keberhasilan Utama Negara atau NKRA Berkaitan Rasuah.

Apa yang menjadi faktor paling kritikal dalam memastikan usaha


meningkatkan tahap integriti perkhidmatan awam, sebenarnya bukanlah
terletak pada hanya kesungguhan kerajaan. Kesungguhan itu juga perlu
datang dari kepimpinan agensi kerajaan dan menuntut semua lapisan
warganya untuk berubah.

Sejak kebelakangan ini, terdapat perubahan yang boleh dibanggakan


ditunjukkan oleh kalangan anggota perkhidmatan awam berbanding sedekad
lalu. Hakikatnya, tahap kesedaran para pegawai awam terhadap integriti dan
semangat anti-rasuah jelas meningkat. Namun demikian, masih banyak ruang
boleh diperbaiki untuk menjadikannya unggul di kaca mata masyarakat.

Berdasarkan perangkaan SPRM sepanjang sembilan tahun iaitu 2003 hingga


2011, secara keseluruhannya, purata tangkapan ke atas penjawat awam
adalah seramai 260 orang setahun. Berbanding jumlah keseluruhan penjawat
awam di Malaysia iaitu 1.4 juta orang, peratusannya adalah terlalu kecil iaitu
sekitar 0.018 peratus sahaja.

Walaupun kelihatan kecil namun jika tidak dibendung ia mampu meruntuhkan


negara. Pegawai awam dilihat mempunyai kuasa dan kuasa ini jika
disalahgunakan boleh mengakibatkan kesan yang amat buruk.

Trend perubahan ke arah pembudayaan integriti dan anti-rasuah di kalangan


pegawai awam jelas ketara bermula 2009. Terdapat pengurangan yang jelas
dari segi jumlah tangkapan ke atas penjawat awam berbanding tangkapan ke
atas sektor swasta dan orang awam. Kempen Perangi Pemberi Rasuah benar-
benar menghasilkan impak yang besar dalam sejarah pencegahan rasuah di
negara ini. Sejak pelancarannya pada 2009, jumlah penjawat awam dan
swasta yang ditangkap kerana cuba menyogok pegawai awam melonjak
begitu tinggi. Dalam 2009 misalnya, jumlah tangkapan keseluruhan SPRM
ialah seramai 500 orang kerana ditangkap cuba memberi rasuah seramai 98
orang. Melonjak melebihi empat kali ganda iaitu seramai 424 orang dalam
2010 dan 389 orang dalam 2011. Jumlah wang sogokan bermula dari RM50
ke angka RM1 juta.

Perubahan BPR kepada SPRM dalam 2009 sebenarnya membawa kepada


perubahan dari segi pendekatan dan strategi pencegahan rasuah di negara
ini. SPRM menetapkan tiga bidang utama iaitu penguatkuasaan, perolehan
(sebut harga dan tender awam) dan projek mega kerajaan sebagai fokus
utamanya.

Beberapa kelemahan yang selama ini menghalang usaha pencegahan rasuah


dikenal pasti, antaranya tanggapan bahawa tanggungjawab memerangi
rasuah terletak di tangan SPRM semata-mata, kurangnya inisiatif agensi
awam untuk mencegah rasuah; mekanisme kawalan dalaman yang longgar
dan tidak sempurna dan kesalahan rasuah tidak dianggap sebagai kesalahan
berat bagi kes tatatertib.

Terdapat segelintir ketua yang menganggap tugas mencegah rasuah adalah


tanggungjawab SPRM. Justeru, pembudayaan integriti dan pencegahan
rasuah bukan merupakan agenda utama. Yang lebih penting menjaga suasana
harmoni dan semangat esprit de corp di kalangan pegawai/staf. Jika tindakan
keras diambil dan pembudayaan anti-rasuah menjadi berkesan maka ia
kononnya akan mewujudkan suasana kurang selesa dan syak wasangka
sesama anggota.

Perkara yang lebih disesalkan ialah sikap kasihan kepada pesalah rasuah
masih menjadi asas pertimbangan dalam proses tindakan tatatertib. Bagi
SPRM, siasatan sesuatu kes tidak hanya berakhir dengan tindakan
menghadapkan suspek ke mahkamah semata-mata. Sebaliknya, banyak kes
yang disiasat SPRM dikemukakan sebagai Laporan SPRM untuk tindakan
tatatertib. Namun, atas dasar simpati, suspek-suspek ini terlepas daripada
hukuman berat seperti ditamatkan perkhidmatan dan hanya diberikan surat
teguran atau amaran sahaja.

Perangkaan SPRM sepanjang 10 tahun lalu berhubung kes tatatertib jelas


menunjukkan sebanyak 1,957 laporan dikemukakan kepada Pihak Berkuasa
Tatatertib Agensi. Daripada jumlah itu, hanya 60 kes dikenakan hukuman
buang kerja. Sebaliknya, 979 atau 50% dikenakan surat amaran yang tidak
mendatangkan apa-apa kesan deterrent. Ini jelas menunjukkan tiada istilah
serius dalam kes-kes yang melibatkan perbuatan jenayah rasuah.

Cabaran utama yang perlu diperbaiki dalam memastikan kelangsungan


program pemantapan integriti dan pencegahan rasuah dalam perkhidmatan
awam adalah melibatkan dua pendekatan strategik yang dikenal pasti SPRM
iaitu memperkasakan entiti kawalan dalaman agensi awam dan
memperkukuhkan SPRM.

Justeru, dalam konteks memperkasakan entiti kawalan dalaman agensi


awam, SPRM telah mencadangkan kepada kerajaan untuk mewujudkan model
pencegahan rasuah yang berbentuk kawalan dalaman menerusi penubuhan
Unit Integriti di kementerian, jabatan Persekutuan dan negeri.

Model unit ini sama seperti di Amerika Syarikat (AS) dan Taiwan. Di AS ia
lebih dikenali sebagai Inspector General Office (IGO). Unit ini diwujudkan di
jabatan-jabatan berisiko tinggi dan bertanggungjawab sepenuhnya
memantau dan menjalankan siasatan ke atas kes-kes berkaitan integriti,
rasuah dan lain-lain jenayah yang melibatkan warga agensi terbabit.

Mengambil contoh di AS, unit integriti New York Police Department (NYPD)
ditubuhkan dengan keanggotaan seramai 700 orang bagi memantau 35,000
pegawai polis di NYPD iaitu nisbah 1:50 manakala Pihak Berkuasa Pelabuhan
New York mempunyai keanggotaan 70 orang bagi memantau 7,000
pekerjanya iaitu nisbah 1:100.

Idea berhubung penubuhan Unit Integriti di agensi-agensi kerajaan ini


disambut baik. Buat masa ini, empat agensi telah mewujudkan unit ini iaitu
Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Jabatan
Pengangkutan Jalan dan SPRM sendiri. Pegawai-pegawai SPRM akan dilantik
dan ditempatkan sebagai Ketua Unit Integriti di agensi-agensi terbabit.

Perubahan status daripada BPR ke SPRM dalam 2009 sebenarnya selari


dengan perubahan besar kepada budaya kerja dan sistem operasi SPRM
secara keseluruhannya. Bermula dengan Pelan Strategik SPRM 2011-2013,
tiga bidang utama diperkukuhkan termasuk memperkenalkan sistem
pengurusan siasatan berkesan, sistem pengurusan pencegahan dan
pendidikan berkesan dan pembangunan serta pemantapan modal insan SPRM
secara menyeluruh.
Jawatankuasa Eksekutif Transformasi yang terdiri daripada ahli-ahli Lembaga
Penasihat SPRM dibentuk bagi memacu proses transformasi. Kesan kepada
proses transformasi ini jelas memantapkan SPRM dari segi memperbaiki
struktur organisasi, memperkenalkan sistem pengurusan modal insan
berdasarkan kompetensi, memperkenalkan sistem pengurusan bakat yang
fleksibel dan membawa masuk tenaga pakar yang berkepakaran tinggi bagi
meningkatkan operasi SPRM.

Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20120723/re_06/Cabaran-
dalam-meningkatkan-integriti-penjawat-awam#ixzz42Zoi7u8g

http://www.isn.gov.my/cabaran-dalam-meningkatkan-integriti-penjawat-awam/

You might also like