You are on page 1of 3

Draf :Drama : Nur Kasih

Pengenalan Drama berasal daripada perkataan dran (Greek) yang bermaksud melakukan atau melakonkan. Drama ialah aksi mimetic (peniruan), iaitu aksi yang meniru atau mewakilkan perlakuan manusia. Menurut Aristotle, drama ialah peniruan kehidupan, sebuah cermin budaya dan suatu bayangan kebenaran. Dalam buku The American College Dictionary, drama didefinisikan sebagai karangan prosa dan puisi yang menyajikan dialog, pantomin atau cereka yang mengandungi konflik untuk dipentaskan. Mengikut Oxford Dictionary, drama sebagai komposisi prosa boleh disesuaikan untuk diaksikan di atas pentas yang ceritanya disampaikan melalui dialog dan aksi, dan dipersembahkan dengan bantuan gerak, kostum dan latar hiasan seperti kehidupan yang sebenar. Bagi Aristotle, plot merupakan penggerak utama sesebuah drama dan drama harus dibina daripada tiga kesatuan, iaitu aksi, tempat dan masa. Elemen-elemen inilah yang menyebabkan drama ialah sebahagian daripada cabang sastera. Selain elemen sastera, drama juga merangkumi elemen-elemen seni yang lain seperti lakon, seni muzik, seni bina, seni busana dan seni tari. Drama bukan hanya untuk dibaca , tetapi untuk dilakonkan di atas pentas, dengan penghayatannya berbeza antara dibaca dengan pementasannya . Drama ialah naskhah skrip yang boleh dibaca secara individu tanpa memerlukan ruang, pelakon atau bantuan seni yang lain. Jenis-Jenis Drama: Tema Tema ialah idea atau persoalan pokok yang dapat dirumuskan daripada keseluruhan inti pati cerita. Persoalan pokok ini merupakan gagasan yang ingin disampaikan oleh penulis dalam skripnya. Pemikiran ini disampaikan melalui dialog dan aksi watak-wataknya. Pembaca naskhah atau penonton drama yang sensitif akan dapat menangkap idea atau persoalan pokok ini selepas selesai membaca skrip atau menonton teater. Malah, selalunya mereka bukan sahaja dapat menangkap idea atau tema drama tersebut, tetapi juga mereka akan dapat menjaring maksud lain atau lapisan maksud yang lain yang terkandung dalam drama tersebut. Pemikiran yang tersembunyi yang hanya dapat ditafsir oleh pembaca atau penonton yang mahu berfikir atau memahami perlambangan yang digunakan atau unsur cerita yang disampaikan oleh penulis dinamakan sebagai sub-teks. Drama ini bertemakan kepada hubungan kekeluargaan, pegangan agama dan juga kemanusiaan Persoalan Persoalan yang ditimbulkan dalam drama ini ialah tentang peraturan keluarga, ketaatan kepada ibu bapa dan didikan agama Mesej Mesej yang ingin disampaikan oleh drama ini ialah kepentingan pegangan agama dalam sesebuah institusi keluarga, dan juga dalam diri setiap individu.

Plot Plot sangat penting dalam pembinaan struktur drama. Plot adalah struktur drama yang dibina melalui dialog dan aksi setiap watak. Dialog terbina melalui kata-kata atau bahasa. Melalui dialog inilah konflik dan perkembangan cerita berlaku. Seperti yang dijelaskan sebelum ini, konflik memainkan peranan yang cukup penting dalam membangunkan struktur sebuah drama. Bertolak daripada konflik dan ketegangan inilah sesuatu peristiwa digerakkan dan dilanjutkan perkembangannya hingga kepada peleraiannya atau kesimpulan cerita. Plot bukan cerita atau naratif. Mengikut E.M. Forster cerita ialah huraian tentang peristiwa yang disusun mengikut urutan waktu. Plot ialah jalan cerita yang memberikan maklumat cerita. Ia dibina oleh watak dan apa yang berlaku melalui kesan sebab dan akibat dalam ruang dan waktu. Plot Drama Nur Kasih sangat menarik kerana ianya tidak mendatar. Setiap persoalan dikupas dalam bentuk flash back dan ini memberi kesan kepada penonton untuk lebih menghayati drama tersebut. Perjalanan Cerita Nur Kasih mengisahkan dua beradik, Aidil dan Adam, yg mempunyai karaktor yang berbeza. Aidil seorang anak yg akur sgl perintah ibu bapanya, penyabar dan sgt menyayangi adiknya. Dia mengambil jurusan undang2 di Universiti Al-Azhar, Mesir dan bercita-cita untuk menjadi seorang peguam syariah. Adam pula hdup dlm suasana yang penuh eksotik di Australia, mengambil jurusan seni bina dan bercitacita besar untuk membuka firma seni bina sendiri di Sydney. Adam seorang yang berdikari dan tegas dalam setiap keputusan yang diambil dalam hidupnya. Ternyata anak-anak Ustaz Hassan dan Hajjah Khadijah ini sama-sama berjaya tetapi hanya seorang yang mendapat kepercayaan penuh iaitu aidil. Ustaz Hassan berkawan baik dengan imam kampung, Ustaz Abu Bakar, yang mempunyai 2 orang anak perempuan, Nur Amina dan Siti Sarah. Nur seorang pelajar terbaik di kampungnya dan bercita-cita tinggi untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Malangnya keluarga Nur tidak mampu untuk menanggung perbelanjaan. Nur tetap berusaha untuk memohon pinjaman dan biasiswa tetapi malang tetap menimpa apabila dia menerima kunjungan peminangan Ustaz Hassan. Ustaz Hassan bertanya kepada Aidil siapakah wanita pilihannya untuk dijadikan isteri. Aidil tanpa berfikir panjang terus menyatakan minatnya terhadap Nur Amina. Tetapi keputusan yang diambil Ustaz Hassan semasa hari peminangan mengejutkan keluarganya kerana dia memutuskan Adam untuk memperisterikan Nur Amina, bukan Aidil. Walaupun kecewa, Aidil tetap bersabar dan memahami niat baik ayahnya yang cuba untuk menolong Adam. Aidil yang sangat mengambil berat tentang adiknya sentiasa memberi nasihat untuk tidak melawan kehendak ibu dan ayahnya yang semakin tenat serta tidak mensia-siakan isteri dan perempuan seperti Nur Amina. Masa berlalu Dengan berbekalkan perasaan sedih kerana kehilangan seorang ayah dan gadis yang dicintai, Aidil tetap meneruskan kehidupannya sebagai seorang peguam di mahkamah negeri. Adam pula berhijrah kembali ke Australia untuk meneruskan pengajian dan berjumpa dengan kekasih hati, Katrina. Nur ditinggalkan dan hidup dalam penipuan terhadap ibu bapanya yang mempercayai dia

mengikut suami berhijrah ke Australia walhal kini hidup sendirian di Kuala Lumpur. Tetapi ini tidak menjadikan penghalang baginya untuk memegang segulung ijazah dalam jurusan seni bina di salah sebuah universiti terkemuka di Kuala Lumpur. Oleh kerana terlalu gah dengan kehidupan di negara orang, arwah ayah dipersoalkan, ibu di kampung dilupakan, isteri sendiri diabaikan. Pelbagai masalah yang dilakukan oleh Adam tanpa menyedari akibatnya yang akan memakan diri sendiri. Adam tetap mengamalkan tabiat buruknya yang cukup untuk memesongkan diri dari agama. Dan kerana nafsu, dia berkahwin dengan Katrina tanpa memberitahu hal sebenar tentang isteri yang telah dibiarkan. Sehinggalah dia ditimpa musibah dan segalanya mula berubah. Tahap Persembahan Drama ini Berjaya menarik minat berjuta penonton di Malaysia. Mutu lakonan yang dipersembahkan juga amat menarik . Pelakon utama wanitanya Berjaya mencipta nama menerusi drama ini. Penghakiman Drama ini wajar ditonton oleh segenap lapisan masyarakat. Ianya tidak mempunyai aksi yang keterlaluan dan boleh memberikan pendidikan moral kepada para penonton. Kesimpulan Sebagai peminat drama melayu, drama Nur Kasih Berjaya membawa satu era baru dalam penulisan dan persembahan drama. Selalunya kita hanya dihidangkan dengan drama yang berkisarkan kehidupan biasa masyarakat di Malaysia. Namun begitu di dalam Nur Kasih, penonton dibawa menghayati keindahan kehidupan di kampong. Bagaimana penonton menghayati keindahan hidup yang berteraskan agama .Nur Kasih lebih dekat dengan jiwa penonton kerana latar yang digunakan juga adalah dekat dengan hati penonton. 5 bintang untuk drama Nur Kasih.

You might also like