You are on page 1of 2

LATIHAN (BAB 4)

SARAH NADHIRAH BINTI AZIMI 2020970781

1. “Cara lama fahami perpaduan perlu diubah” artikel oleh Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri
Baharuddin. Penulis menyatakan bahawa konsep perpaduan yang difahami segelintir masyarakat
perlu diubah kepada pemikiran baharu. Ini kerana, pemikiran lama mengenai kefahaman perpaduan
tidak begitu berkesan. Contoh kefahaman perpaduan yang lama ialah simplistik, mekanistik dan
literal. Dengan adanya kefahaman seperti berikut, masih lagi masyarakat menganggap bahawa
perpaduan di kalangan masyarakat di Malaysia masih belum tercapai sepenuhnya. Institut Kajian
Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memperkenalkan pemikiran baharu untuk
mengukuhkan perpaduan antara kaum di Malaysia. Perpaduan, kesepaduan dan penyatupaduan
ialah satu pemikiran baharu yang disediakan KITA-UKM. Penulis memberikan contoh perpaduan
yang jelas dimata masyarakat iaitu ketika rakyat Malaysia bersepadu menangani pandemik yang
berlaku di seluruh negara dengan mengikuti dan akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Kemudian, menurutnya kesepaduan telah tercapai melalui pembentukan “tapak integrasi” seperti
Perlembagaan Persekutuan yang merupakan asas dan teras kesepaduan rakyat Malaysia. Akhir sekali,
penyatupaduan terjadi jika mempunyai usaha untuk mencari penyelesaian dalam membentuk
keadilan di semua lapisan masyarakat dengan membina tapak integrasi. Pemikiran baharu inilah
yang perlu dititikberatkan oleh Kementerian Perpaduan Negara (KPN) agar pemahaman baharu
mengenai perpaduan ini dapat difahami seluruh negara.

2. (a) Sambutan Perayaan


Detik perpaduan : Mengunjungi rumah terbuka yang diadakan kaum lain.
Detik perbezaan : Hidangan yang disediakan.
(b) Aktiviti di sekolah
Detik perpaduan : Setiap tahun sekolah akan mengadakan Rancangan Integrasi Murid
Untuk Perpaduan (RIMUP). Contohnya dari segi seni dan kebudayaan.
Detik perbezaan : Setiap kaum mempunyai seni dan kebudayaan yang berlainan.
(c) Percutian
Detik perpaduan : Mengunjungi tempat-tempat tarikan ibadat kaum lain.
Detik perbezaan : aktiviti yang dilakukan ketika bercuti.

3. Saya sayang dan berbangga menjadi rakyat Malaysia. Ini kerana :


(a) Mempunyai pelbagai kaum
- Malaysia merupakan salah satu negara yang unik kerana Malaysia mempunyai
berbilang kaum seperti Melayu, Cina, India, Iban dan lain lain. Walaupun
Malaysia mempunyai berbilang kaum, namun perpaduan masih dipupuk antara
kaum dan mengekalkan keharmonian negara ini.
(b) Mempunyai makanan yang pelbagai
- Kepelbagaian kaum mewujudkan kepelbagaian makanan. Nasi lemak
merupakan makanan kebangsaaan dan menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia
untuk makan di waktu pagi. Walaupun nasi lemak merupakan makanan kaum
Melayu, namun kaum lain juga menggemari makanan ini.
(c) Cuti Perayaan
- Malaysia mempunyai cuti umum yang terbanyak antara negara-negara lain
selama 14 hari setahun. Ini kerana, Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan
perayaan. Maka dengan itu, setiap perayaan yang disambut oleh satu-satu kaum
itu akan diberikan cuti umum untuk menyambut perayaan tersebut.

You might also like