You are on page 1of 16

MASYARAKAT INDIA

NO. MATRIKULASI :
NO. KAD PENGENALAN :
NO. TELEFON :
E-MEL :

PUSAT PEMBELAJARAN :
.
ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 2

2.0 SISTEM KEKELUARGAAN DALAM TAMADUN INDIA


2.1 )Keluarga Bersama (Perasaan Kasih Sayang) 3
2.3 Grihasta (Menghormati golongan yang lebih tua) 3
2.2 Brahmacharya(Mempelajari Ilmu Pengetahuan) 5
2.4 Vanapmstya(Membimbing dan Memberi Nasihat) 5-6

3.0 NILAI MURNI YANG TERKANDUNG DALAM SISTEM


KEKELUARGAAN TAMADUN INDIA
3.2 Porul/artha 7

3.1 Aram/dharma 7

3.4 Vidu/moksha 8

3.3 Inbam/kama 8-9

4.0 DIALOG/BABAK DAN KAITAN DENGAN HUKUM


KARMA
4.1 Konsep karma 9-10
4.2 Babak dari video ’Marukku’ pada minit 1:50 10
4.3 Babak dari video ’Marukku’ pada minit 2:12 10
4.4 Babak dari video ’Marukku’ pada minit 3:35 11

5.0 KESIMPULAN 11-12

6.0 REFLEKSI 12-14

7.0 RUJUKAN 15

1
1.0 PENGENALAN

Tamadun merupakan sesuatu perubahan yang berlaku sehingga membawa kemajuan


dalam kehidupan setelah melalui satu proses yang panjang. Kepelbagaian tamadun yang
wujud di asia sejak dahulu lagi telah menyebabkan terbinanya sebuah kelompok
masyarakat yang majmuk. Di Malaysia, Tamadun India merupakan salah satu tamadun
yang terdapat di Negara ini dan Tamadun ini merujuk kepada orang yang berbangsa
India. Pengaruh dan kesan Tamadun India dapat dilihat dalam segenap aspek kehidupan
masyarakat. Hal ini kerana bagi Masyarakat India keluarga merupakan unit asas dan
terpenting dan begitu sinonim dengan nilai ketimuran. (Azhar Hj. Md Aros dan
Azharuddin Mohd Dali 2000). Topik yang akan dibincangkan dalam tugasan ini adalah
mengenai sistem kekeluargaan dalam tamadun India yang masih kekal releven sehingga
kini dan mengaitkannya dengan dua buah video pendek daripada iklan raya Deepavali.

Objektif tugasan ini ialah memahami sistem kekeluargaan dalam Tamadun India
dan merumuskan nilai-nilai murni yang terkandung dalam sistem kekeluargaan Tamadun
India yang boleh diaplikasikan sebagai pelajar atau pekerja dalam konteks situasi negara
Malaysia hari ini. Melalui tugasan ini kita dapat memahami dan mendalami nilai murni
didalam, perayaan serta kepercayaan masyarakat India.

Melalui tugasan ini juga kita dapat merungkai nilai-nilai murni di dalam
masyarakat India. Nilai-nilai ini boleh diamalkan dalam kehiduapan masyarakat lain
walaupun berbeza kepercayaan dan tradisi. Setiap manusia yang lahir didunia ini
mempunyai keluarga dan memerlukan antara satu dengan yang lain. Kita tidak boleh
hidup sendirian, tampa keluarga hidup manusia tidak akan sempurna dan tidak bermakna.

2
2.0 SISTEM KEKELUARGAAN DALAM TAMADUN INDIA

Tamadun India mementingkan institusi kekeluargaan. Pembinaan keluarga mempunyai


matlamat untuk membentuk sistem sokongan yang berbentuk fizikal dan kerohanian serta
penurus kepada zuriat keturunan. Sistem keluarga masyarakat India dipelihara oleh dua
aspek utama iaitu ashrama dharma iaitu tahap yang harus dilalui oleh manusia dan
purusartha iatu empat objektif mulia yang mesti ada bagi setiap insan.

2.1 )Keluarga Bersama (Perasaan Kasih Sayang)

Agama Hindu mengajarkan kepada umatnya mengambil berat antara satu sama lain,
dengan hidup bersama dan saling kasih-mengasihi. Di dalam kehidupan ini, hidup dalam
suasana saling kasih mengasihi merupakan nilai yang tertinggi di dalam kehidupan.
Betapa tidak, karena keberadaan kasih tidak bisa dilepaskan dari kehidupan manusia, dan
merupakan bagian dari hidup manusia itu sendiri. Dari sejak kecil manusia sangat
membutuhkan rasa kasih. Dan kasih yang pertama yang meresap kepada seseorang sejak
kecil adalah kasih ibu. Kemudian setelah dewasa, seseorang juga memerlukan kasih dari
orang lain. Setiap orang memerlukan bantuan dari orang lain dan karana itu pula setiap
orang memerlukan teman untuk harus hidup di tengah-tengah masyarakat. Dengan
berteman dan hidup saling kasih mengasihi, setiap orang akan merasakan hidup ini lebih
berbahagia dan bererti serta lebih aman.

Dalam masyarakat India, sistem keluarga yang biasa diamalkan ialah keluarga
bersama (joint-family). Keluarga bersama dibentuk oleh keanggotaan semua anggota
lelaki yang seketurunan, isteri serta anak-anak mereka yang masih belum berkahwin.
Anak perempuan yang sudah berkahwin akan menjadi anggota keluarga suaminya.
Tujuan berkeluarga adalah untuk mendapatkan zuriat sebagai penyambung keturunan.
(Azhar Hj. Md Aros dan Azharuddin Mohd Dali 2000;164). Bilangan anggota keluarga
bersama adalah tidak terhad. Ikatan kasih sayang merupakan elemen yang penting
walaupun hubungan darah yang dikira dari anggota lelaki dari keluarga yang sama
merupakan asas ikatan kekeluargaan.

3
Sistem keluarga ini disokong oleh semangat kepentingan bersama dan harta benda
keluarga merupakan milik bersama. Perpaduan keluarga dipelihara dengan nilai kasih
sayang yang murni dan kepentingan setiap anggota keluarga dijaga. Ini termasuklah
anggota keluarga yang tidak berkeupayaan untuk bekerja kerana usia tua, menghidap
penyakit, kecacatan anggota dan sebagainya. Dengan ini nilai keprihatinan dapat disemai
dalam sesuatu keluarga bersama.

Secara amnya, sesuatu perkahwinan akan diatur oleh ibu bapa, jodoh bagi
anggota keluarga juga dipilih oleh mereka. Namun begitu, masih terdapat perkahwinan
berdasarkan percintaan yang direstui oleh keluarga. Dalam perkahwinan ini, khidmat
nasihat daripada orang tua dapat dimanfaatkan terutama sekiranya berlaku perselisihan
faham antara ahli keluarga.

Dalam video tersebut, kemodenan yang melanda menonjolkan konsep individu


dan sekali gus telah membawa kemerosotan kepada sistem keluarga bersama. Namun
peranan seorang ibu telah menyelamatkan keluarga mereka dari kemerosotan sistem
keluarga bersama. Apa yang dititikberatkan oleh ibu mereka ialah perpaduan dan
kerjasama antara ahli keluarga. Kepercayaan serta budaya keluarga dipelihara dan
diperturunkan kepada generasi muda.

Keluarga mereka adalah keluarga yang mengamalkan kehidupan moden dan


tidak mengamalkan budaya tradisi. Ibu mereka iaitu Patima Paathi merupakan watak
utama digambarkan seorang yang garang dan berpegang teguh pada budaya dan tradisi
agama mereka. Di telefon si anak telah di setkan ibu mereka dengan gelaran ”Angry
birds” seolah-olah kedatangan ibu mereka mengganggu kehidupan mereka. Apabila si
anak mendapat panggilan dari ibunya dia menjawab telefon dengan muka yang tidak suka
dan sangat terkejut bila mendengar berita emakknya akan menyambut deepavali bersama.
Situasi ini terjadi berkemungkinan anaknya memahami sikap ibunya yang amat
berpegang teguh pada adat dan tradisi, sedangkan dia hidup di kota dan mengamalkan
kehidupan moden. Dia telah membayangkan apa yang mereka hadapi bila berhadapan
dengan ibunya nanti.

4
2.2 Brahmacharya(Mempelajari Ilmu Pengetahuan)

Brahmacharya adalah adalah tahap pertama di dalam ashrama dharma. Brahmacharya


ialah pendidikan dari kecil secara tidak formal dan secara formal pada usia 12 tahun
seterusnya berterusan sehingga usia 24 tahun dan ini merupakan zaman bujang.

Brahmacharya dalam video tersebut adalah dua orang kanak-kanak yang berumur
diantara 10-12 tahun dan seorang remaja perempuan berumur dalam lingkungan awal 20
an. Mereka diajar oleh Patima Paathi mengenai tanggungjawab bersama. Mereka diajar
mengemas rumah bersama-sama, mengemas peralatan selepas belajar dan mengemas
alat-alat permainan. Manakala remaja perempuan iaitu kakak sulong mereka pula diajar
untuk membuat kerja-kerja di dapur dan membantu ibu mereka membuat maruku.
Pendidikan tidak formal di rumah memainkan peranan penting dalam membentuk
peribadi anak-anak apabila dewasa dan berumah tangga kelak.

2.3 Grihasta (Menghormati golongan yang lebih tua)

Grihasta adalah adalah tahap kedua di dalam ashrama dharma. Grihasta adalah apabila
tamatnya tahap pembelajaran, seseorang itu akan memulakan kehidupan berumah tangga.
Dalam konteks perkahwinan ini, Tamadun India mengesyorkan usia 21 hingga 30 tahun
sebagai usia perkahwinan bagi kaum lelaki manakala usia 18 hingga 25 tahun sebagai
usia perkahwinan kaum wanita. Seseorang itu diharapkan dapat menghasilkan ataupun
mencari kekayaan yang secukupnya sebelum mendirikan rumahtangga. Mereka yang
berumahtangga berhak untuk menikmati nikmat perkelaminan dan ia dilarang sama sekali
untuk mencari keseronokan di luar rumah. Memelihara keharmonian keluarga merupakan
tanggungjawab utama dalam tahap ini. Orang berumahtangga dianggap sebagai teras
masyarakat, kerana golongan inilah yang akan bertanggungjawab melindungi serta
menyara golongan manusia yang lain seperti hrahmachariya, vanaprastha golongan
wargatua) dan sonny asa (golongan alim) yang tersebut dalam sistem ashrama dharma.

5
Grihasta di dalam video tersebut ialah pasangan suami isteri iaitu anak dan
menantu kepada Patima Paathi. Walaupun anaknya mempunyai perwatakan perkasa,
berani & ganas, tetapi dia adalah seorang anak yang taat kepada ibunya. Dalam keadaan
terpaksa mereka tetap mengikut arahan ibu mereka. Mereka masih lagi bepegang kepada
ajaran agama Hindu kerana pada pandangan agama Hindu, melayani orang lain adalah
sama nilainya dengan memuja Tuhan. Dan kesan dari itu, diakhir video mereka sangat
gembira dengan hasil usaha mereka membersih & menghias rumah mereka serta
mengamalkan upacara tradisi perayaan agama mereka. Mereka menyambut Deepavali
dengan meriah.

2.4 Vanapmstya(Membimbing dan Memberi Nasihat)

Vanapmstya merupaan Tahap ketiga ashrama dharma , vanapmstya iaitu golongan


berumah tangga yang berusia antara 48 hingga 72 tahun. Pada tahap ini, seseorang itu
telah mencapai kearifan dan berkeupayaan untuk menasihati orang lain. Dalam
lingkungan usia sebegini, seseorang itu hendaklah menyelesaikan tanggungjawabnya
terhadap keluarga dan menggiatkan usaha-usaha untuk mendalami ajaran-ajaran agama
serta menolak perkara-perkara duniawi.

Vanapmstya di dalam video itu pula ialah Patima Paathi. Patima Paathi berusaha
membawa keluarga mereka menikmati dan menghayati tradisi agama dan budaya
Tamadun India. Dia sanggup datang dan beraya dirumah anaknya untuk mendidik
anaknya yang mengamalkan cara hidup moden. Akhirnya Patima Paathi berjaya
membawa konsep kekeluargaan Tamadun India untuk diamalkan. Kepercayaan serta
budaya keluarga dipelihara dan diturunkan kepada generasi muda.

6
3.0 NILAI MURNI YANG TERKANDUNG DALAM SISTEM KEKELUARGAAN
TAMADUN INDIA.

Terdapat banyak nilai murni yang terkandung dalam sistem kekeluargaan tamadun India
yang boleh kita aplikasikan sebagai pelajar dan juga di alam pekerjaan. Ianya
dirungkaikan dalam Purusartha. Purusartha adalah empat objektif mulia yang mesti ada
bagi setiap insan. Di sini saya memperjelaskan tentang empat objektif mulia dalam
membentuk jatidiri masyarakat India: (Azharudin Mohamad Dali(2004).

3.1 Aram/dharma

Objektif pertama mulia, Aram/dharma iaitu diperoleh melalui pendidikan yang bersifat
kerohanian. Aram hendak ditanam pada hati seseorang sejak tahap brahmacharya.
Dharma merupakan suatu peraturan moral dan etika yang bersifat kerohanian, contohnya
dalam konteks seorang pelajar ataupun pekerja, melanggar peraturan universiti atau etika
kerja dianggap sebagai pelanggaran atau ingkar. Menyedari serta memiliki sifat-sifat
dharma merupakan objektif pertama kehidupan ini.

3.2 Porul/artha

Objektif kedua mulia, Porul/artha iaitu kekayaan. Seseorang yang sudah memperolehi
ilmu atau kemahiran yang mencukupi hendaklah mencari pekerjaan dan mengumpulkan
harta. Namun begitu, objektif pertama mulia iaitu aram yang sudah ada pada diri
hendaklah menjadi asas dalam pengumpulan kekayaan dan hendaklah diperolehi melalui
cara yang halal. Sebagai seorang pekerja yang beretika, kita hendaklah amanah dalam
pekerjaan kita dan amanah dengan majikan kita. Jika berkerja sendiri seperti berniaga
mestilah jujur dan tidak melakukan penipuan semata-mata untuk mengaut keuntungan. Di
dalam Islam juga di galakkan berkerja dan berniaga dan menjauhi riba. Kita hendaklah
berusaha bekerja untuk menyara kehidupan dan tidak digalakkan meminta-minta seperti
meminta sedekah.

7
3.3 Inbam/kama

Objektif ketiga mulia, Inbam/kama iaitu orang yang mengumpulkan kekayaan secara
halal berhak untuk menikmati kekayaan tersebut dan berlandaskan lunas-lunas dharma.
Isteri, anak, saudara mara, wargatua, orang alim dan sebagainya hendak dipelihara
dengan kekayaan yang dimiliki. Perbelanjaan yang melebihi pendapatan pula dianggap
sebagai perbuatan yang melanggar dharma. Sebahagian daripada kekayaan yang
dikumpul hendaklah digunakan untuk menjalankan atau pun menyokong kerja-kerja
amal. Objektif ketiga ini amat baik dan perlu diamalkan setiap individu yang berkerja.
Berbelanja secara berhemaah dan mengikut keperluan sahaja dapat mengelakkan
pembaziran dan berbelanja mengikut kehendak hawa nafsu. Penggunaan kad kredit yang
diperkenalkan oleh agensi kewangan tertentu telah menyebabkan ramai golongan muda
telah muflis. Laporan Kajian Pantauan Ekonomi Malaysia Disember 2019 yang
diterbitkan Bank Dunia, menganggarkan sejumlah 60 peratus keseluruhan individu muflis
di Malaysia adalah dari golongan 25 hingga 44 tahun ekoran tabiat berbelanja melebihi
pendapatan. Menderma atau menjalankan kerja-kerja amal sangat dituntut oleh setiap
agama terutamanya masyarakat beragama Islam yang mewajibkan ummatnya
mengeluarkan zakat untuk membantu asnaf dan golongan yang memerlukan.

3.4 Vidu/moksha

Objektif keempat mulia, Vidu/moksha bermaksud pencapaian kebebasan kerohanian,


iaitu mencapai kesempurnaan kesedaran kerohanian dan terlepas daripada lingkaran
kelahiran serta kematian. Kegembiraan kerohanian dianggap sesuatu yang berkekalan
lagi maha besar. Ini dapat dicapai pada tahap sannyasa mahupun sebelum itu. Kehidupan
saling memberi dan sentiasa berusaha membuat kebaikan akan mewujudkan kehidupan
yang harmoni kerana tiada permusuhan. Semua orang berlomba-lomba membuat
kebaikan dan berpandangan positif. Sentiasa berfikiran positif akan mendatangkan aura
positif dalam kehidupan kita baik sebagai pelajar mahupun di alam pekerjaan. Sekiranya
seseorang itu melaksanakan tanggungjawabnya menurut ashrama dharma serta
mengecapi aram/dharma, porul/artha dan inban/kama maka moksha/vidu akan dapat

8
dicapai. Pelaksanaan tanggungjawab tanpa mementingkan diri akan membawa kepada
moksha. Sembahyang, khidmat bakti serta keimanan yang kuat akan turut membawa
moksha. Pertapakan yang disertai dengan ilmu yang suci iaitu ilmu kerohanian juga dapat
membawa moksha. Moksha merupakan pencapaian yang amat dicita-citakan oleh orang
beragama Hindu.

Untuk memperoleh kehidupan yang penuh dengan kedamaian dan kebahagiaan,


setiap orang harus hidup dalam bersahabat. Hidup dalam bersahabat, setiap orang
diharapkan hidup dalam suasana yang saling kasih mengasihi, menjauhi kebencian dan
mendambakan kedamaian. Hidup dalam suasana damai adalah dambaan dan tujuan hidup
manusia di dunia dan menjadi cita-cita setiap manusia. Tujuan tertinggi manusia menurut
agama hindu adalah kelepasan atau moksa, tetapi nilai tertinggi di dalam kehidupan ini
adalah hidup dalam suasana saling kasih mengasihi.

4.0 DIALOG/BABAK DAN KAITAN DENGAN HUKUM KARMA

4.1 Konsep karma

Karma adalah falsafah di dalam agama hindu dan buddha, ia bermaksud pembalasan.
Idea disebalik hukum karma itu adalah "manusia yang buat baik akan menerima
pembalasan baik, manusia yang melakukan kejahatan akan dibalas dengan kejahatan,
samada dibalas secara terus atau secara kelahiran semula iaitu reincarnation".

Konsep karma merupakan salah satu ajaran agama Hindu yang menyatakan
bahawa segala perbuatan (fizikal), fikiran (minda) dan percakapan (kata-kata) tetap
membawa kepada tindak balas (pembalasan). Bermakna, yang baik membawa kepada
tindak balas yang baik dan begitu sebaliknya.

Konsep seumpama ini mudah disalah tafsir demi untuk kepentingan golongan-
golongan tertentu. Golongan kasta atasan seperti Brahmin menyatakan bahawa orang

9
yang banyak dosanya dilahirkan dalam jati/kasta. bawahan dan sebaliknya. Peristiwa-
peristiwa yang dapat menyokong pandangan mi diselitkan dalam beberapa karya yang
bersifat agama kemudiannya.R.Rajakrishaan(1994)

4.2 Babak dari video ’Marukku’ pada minit 1:50

Pada minit 1:50 watak anak memarahi ibunya, situasi itu berlaku kerana ibunya telah
membeli baju jippa untuk dia sebagai persiapan menyambut deepavali dan
meletakkannya dihadapan pintu dengan harapan apabila si anak pulang dari kerja dan
melihatnya, anaknya akan gembira. Tetapi perkara sebaliknya pula yang berlaku.
Anaknya telah memarahinya kerana pada pandanganya baju tersebut sangat besar dan
tidak sesuai untuk dia. Kasihan si ibu, bersusah payah dia pergi seorang diri membeli
persiapan menyambut Deepavali tetapi tidak dihargai oleh anaknya. Mengikut hukum
karma jika seorang manusia bersikap kurang ajar kepada ibu bapa, maka ia akan dibalas
dengan kejahatan contohnya eksiden jatuh gaung, tempang kaki, jadi buta dan bisu. Jika
tidak dibalas secara tunai, apabila mereka mati, mereka akan dilahirkan semula menjadi
makhluk yang lebih hina contohnya seperti anjing kurap, lipas, babi atau apa saja
binatang yang hina. Mungkin juga mereka akan dilahirkan semula sebagai manusia yang
tidak cukup sifat, tempang, buta dan pekak.

4.3 Babak dari video ’Marukku’ pada minit 2:12

Di dalam babak tersebut ibunya seorang diri menatap gambar-gambar anaknya semasa
kecil. Setiap gambar yang dilihat ternyata menyimpan kenangan tersendiri. Sangat indah
dan menyentuh perasaanya apabila terbayang perilaku anak yang agak kasar tadi. Melalui
hukum karma jika perbuatan baik, akan dibalas baik. Si ibu sangat mengharap anaknya
menjadi baik sebagaimana layananya semasa anak anaknya kecil. Jika tidak,
kemungkinan anaknya akan mendapat balasan buruk suatu hari nanti atau pada kelahiran
akan datang. Bagi penganut agama hindu yang ingin melepaskan diri dari pusingan
kelahiran/sumpahan ini mereka perlu mencapai peringkat mokhsa dan roh mereka akan
bersatu dengan tuhan.

10
4.4 Babak dari video ’Marukku’ pada minit 3:35

Pada minit 3:35 adalah sewaktu si anak sedang sibuk berkerja, tiba-tiba dia terpandang
gambar ibunya. Dia teringat pada ibunya dan bekal yang ibu bekalkan kepadanya. Dia
buka bekal tersebut dan memakannya. Kemudian dia terus teringat kenangan dia dengan
ibunya sewaktu kecil. Dia rasa bersalah kerana telah bersikap kasar kepada ibunya
selama ini. Dari kecil ibunya sentiasa melayannya dengan baik. Dia merasakan
sepatutnya dia membalas perbuatan baik ibunya dengan baik juga sebagaimana hukum
karma. Perbuatan baik akan dibalas baik, begitu juga jika dia melayan buruk ibunya
nescaya dia akan mendapat balasan buruk juga nanti.

Pada pendapat saya, bukan semua orang yang jahat, zalim, perompak, pembuat
dosa akan dapat hukum karma mereka di dunia, ramai orang yang jahil yang kaya melalui
hasil haram macam tokey judi, riba', samun, tokey pelacur, samseng semua mati secara
kaya dan bahagia. Anak bini mereka juga terus hidup dalam kekayaan dan kemakmuran
yang ditinggalkan.

5.0 KESIMPULAN

Secara ringkasnya, agama Hindu amat menitikberatkan kehidupan yang lebih baik
berbanding kehidupan sebelumnya. Setiap individu perlu melakukan segala kebaikan dan
tidak melakukan kerosokan terhadap makhluk lain sama ada manusia atau haiwan.
Sekiranya mereka mempunyai nilai-nilai murni dan mengamalkannya maka mereka akan
dilahirkan semula dengan mempunyai darjat yang tinggi pada kelahiran akan datang
sehingga mencapai Mokhsa iaitu bebas daripada pusingan kelahiran. Sekiranya
sebaliknya mereka akan dilahirkan dengan darjat yang rendah. Proses ini berterusan
sehingg individu itu dapat membebaskan rohnya daripada kelahiran semula dengan
melakukan kebaikan.

11
Kepercayaan inilah yang membentuk keperibadian masyarakat India dari segi etika dan
moral yang mantapa agar kehidupan mereka menjerumus kearah yang lebih baik. Ianya
dapat mengindar masyarakat tersebut dari melakukan perkara-perkara yang menyalahi
norma-norma dan garis panduan dalam kepercayaan mereka.

6.0 REFLEKSI KENDIRI

Ahamdulillah, segala puji bagi Allah kerana saya dapat menyiapkan tugasan ini walaupun
kekangan masa dengan kerja-kerja hakiki. Tujuan tugasan ini dilakukan adalah untuk
menyempurnakan tuntutan kursus subjek MPU3122 Tamadun Islam dan Tamadun Asia
yang menyumbang 70% dari jumlah markah kursus. Walaupun subjek ini bukanlah
subjek yang baru bagi saya kerana sebelum ini telah pempelajarinya semasa belajar
diperingkat diploma, namun tugasan subjek ini dari OUM jauh berbeza dan merupakan
pengalaman baru bagi saya. Tugasan ini memerlukan kajian yang mendalam kerana perlu
membuat penelitian dan rumusan berdasarkan video yang diberikan.

Kali pertama saya membaca tugasan ini, saya merasakan tugasan ini adalah
mudah kerana banyak rujukan di dalam internet. Walau bagaimanapun apabila saya
menonton video yang diberikan dan mencari jawapan pada persoalan didalam tajuk
tugasan tersebut terus saya rasa terpinga-pinga dan merasakan saya perlu mendalami dan
mengkaji dengan lebih teliti sebelum memulakan tugasan ini. Saya sebenarnya keliru
dengan rubric yang mengkehendaki tiga sistem kekeluargaan dalam Tamadun India,
kerana pada pemahaman saya Tamadun India hanya mempunyai satu sistem sahaja iaitu
keluarga bersama dan mempunyai pecahan dan peringkat. Namun apabila mengkaji dan
membuat perbincangan dengan pensyarah dan kawan-kawan sekelas, saya mendapat
gambaran untuk menyelesaikan tugasan ini

Mengenai kedua-dua video yang diberikan, saya faham mesej yang cuba
disampaikan iaitu nilai kasih sayang, menghormati orang tua, kerjasama, perpaduan, sifat
toleransi, mempertahankan adat dan tradisi dan sebagainya. Cuma saya kurang faham

12
kaitannya dengan sistem kekeluargaan. Apa yang saya faham cuma peringkat dalam
sistem kekeluargaan. Namun apabila dihayati video tersebut ada juga kaitan dengan
sistem kekeluargaan. Kedua-dua video tersebut menggambarkan pada mulanya mereka
mempunyai sikap yang buruk tetapi dapat mengubahnya sebelum menjelang sambutan
deepavali.

Untuk menyelesaikan tugas ini, saya perlu mencari, membaca, meneliti dan
mempersembahkan ini dalam bentuk penulisan dan juga poster. Walaupun membina
poster adalah satu pengalaman baru bagi saya, kerana sebelum ini tidak pernah terlibat
dengan kerja-kerja tersebut dan kurang kemahiran dalam penggunaan multimedia ini.
Namun saya cuba mempelajarinya dan mendapati ianya tidaklah sesukar apa yang saya
gambarkan kerana teknologi ICT banyak membantu. Saya merasakan diri saya agak
ketinggalan kerana dalam dunia abad ke 21 ini saya masih daif dalam bidang ini
sedangkan pendidik zaman sekarang mistilah maju dan mengikuti perkembangan semasa
serta mahir dalam pelbagai bidang. Proses menyiapkan poster ini memakan masa yang
lama bagi saya, berhari-hari saya merenung poster-poster didalam google dan merangka
gambaran yang ingin saya hasilkan. Setelah membuat lakaran, saya menghadapi masalah
dalam menrealisasikan lakaran saya di dalam PC. Namun saya tetap belajar dan berusaha
menyiapkannya sehingga selesai dengan cemerlang dan sangat cantik seperti yang saya
impikan pada pandangan saya dan diharap pada pandangan pemeriksa juga.

Tugasan ini sangat bagus pada pandangan saya kerana sepanjang saya melakukan
tugasan ini, saya dapat mempelajari ilmu baru disamping dapat mendalami dan
memahami sistem kekeluargaan di dalam Masyarakat India. Banyak input yang saya
dapat selain daripada buku-buku rujukan, saya juga memperoleh maklumat daripada
laman web yang banyak menyediakan bahan rujukan. Semoga saya akan
mengaplikasikan ilmu ini untuk meningkatkan kepelbagaian kaedah dalam pengajaran
dan pembelajaran untuk melahirkan ank-anak yang bertamadun serta modal insan yang
cemerlang.

13
Penambahbaikan yang perlu saya lakukan ialah, setiap tugasan yang diberikan
mestilah dilaksanakan dari awal supaya tidak tergopoh-gapah menyiapkannya disaat-saat
akhir. Perancangan teratur penting dalam menghasilkan kerja yang berkualiti. Tidak
dapat dinafikan kekangan masa dengan kerja hakiki dan urusan rumah tangga di rumah
mempengaruhi tugasan saya dan saya hampir-hampir menarik diri dari meneruskan
pembelajaran saya ini. Sebenarnya belajar sambil bekerja ini memerlukan kometmen
yang tinggi dan memerlukan pengorbanan dari diri sendiri dan juga pengorbanan dari
keluarga kerana terpaksa membahagikan masa dengan kerja dan belajar. kebijaksanaan
dalam menyusun jadual dan mengatur masa amat penting jika saya ingin meneruskan
pengajian ini.

Akhir sekali, setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan


penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang.
Berdasarkan kelemahan dan kekurangan yang didapati inilah dapat membantu saya untuk
mengubah cara pengajaran yang lebih berkesan lagi dan memberi pengajaran kepada
saya. Akhirnya tugasan ini saya berjaya menyiapkannya dengan usaha gigih dan
semangat dan nasihat daripada pensyarah. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada
pensyarah saya doktor zamilan bin soni kerana telah memberi ilmu dan tunjuk ajar yang
berguna kepada saya. Semoga ilmu yang baik ini dapat saya manfaatkan untuk
meneruskan pengajian ini. Akhir kata, segala yang baik itu datangnya dari Allah dan
yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri. Wassalam.

(3381 patah perkataan)

14
APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI

1. Azhar Hj. Mad Aros, Zulkanain Abdul Rahman, Azharudin Mohd, Suffian

Mansor, (2001) Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) Penerbit Fajar Bakti

2. Azharudin Mohamad Dali, (2004) Tamadun India, Dawama Sdn. Bhd.

3. C.H Philips (1966) Sejarah India, Dewan Bahasa dan Pustaka.

4. R.Rajakrishnan, M.Rajantheran (1994) Pengantar Tamadun India, Fajar Bakti

Sdn. Bhd.

5. Fatimi binti Hanafi & Mohd. Zamani Ismail. Penghayatan Nilai-nilai Murni

Dalam Masyarakat Berbilang Kaum di Malaysia. (kertaskerja yang dibentangkan

dalam Seminar Kebangsaan Pengajian Umum yang berlangsung pada 13-14 Jun

2006 di Johor Bahru)

15

You might also like