You are on page 1of 16

BACHELOR OF INFORMATION TECHNOLOGY WITH HONOURS

SEMESTER 1 / 2021

MPU3122

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

NO. MATRIKULASI : 991014086432001


NO. KAD PENGENALAN : 991014-08-6432
NO. TELEFON : 012-2176082
E-MEL : nurien99@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : Bangi,Selangor


SENARAI ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN.......................................................................................................................1
2.0 SISTEM KEKELUARGAAN.................................................................................................2
2.1 Menuntut Ilmu.......................................................................................................................2
2.2 Fokus Kehidupan Berumah Tangga......................................................................................3
2.3 Membimbing Dan Memberi Nasihat Kepada Generasi Muda..............................................4
3.0 NILAI-NILAI MURNI............................................................................................................5
3.1 Hormat-Menghormati............................................................................................................5
3.2 Bertanggungjawab.................................................................................................................5
3.3 Jujur.......................................................................................................................................6
4.0 HUKUM KARMA..................................................................................................................7
4.1 Menjaga Hubungan Kekeluargaan........................................................................................7
4.2 Mengutamakan Restu Ibu Bapa.............................................................................................8
4.3 Menjalinkan Persahabatan Tanpa Mengira Bangsa Dan Agama..........................................9
5.0 KESIMPULAN......................................................................................................................10
JURNAL REFLEKTIF...............................................................................................................11
LAMPIRAN.................................................................................................................................13
1.0 PENGENALAN
Perkataan “family” dalam bahasa Inggeris muncul pada abad kelima belas. Asalnya
diambil daripada perkataan Latin “famulus” yang membawa maksud hamba. Perkataan pertama
dalam bahasa Inggeris yang hampir dengan perkataan moden kita ialah "household" iaitu
sekumpulan individu yang tinggal di bawah satu bumbung yang merangkumi hubungan darah
dan hamba. Bahkan dapat dirujuk hanya pada sekumpulan pegawai dalam rumah tangga,
penggunaan yang masih berlaku pada abad kelapan belas dan untuk membawa seseorang ke
dalam keluarga dapat diertikan bahawa orang itu ialah orang yang berkaitan dengan kerja iaitu
hamba(Michael, 1998).
Namun begitu, sesuai dengan zaman moden ini, penggunaan hamba tidak lagi diizinkan
kerana melibatkan eksploitasi manusia. Akan tetapi, sistem kekeluargaan itu masih ada dan terus
ada semenjak dunia masih diizinkan menggunakan hamba sehinggalah tidak dibenarkan lagi
menggunakan hamba tetapi harus mengupah orang bekerja sebagai pembantu rumah. Oleh itu,
perbincangan kali ini berkisar tentang sistem kekeluargaan yang wujud ketika Tamadun India,
apa perbezaan dan perubahan sistem kekeluargaan Tamadun India dengan sistem kekeluargaan
yang masih kekal sehingga ke hari ini.

Objektif bagi pelaksanaan tugasan ini adalah untuk memperkasakan ilmu pengetahuan
berkaitan dengan sistem kekeluargaan tamadun India. Di samping itu, modul Tamadun Islam dan
Tamadun Asia hasil penulisan oleh Dr Ghazali Darusalam yang dicetak oleh pihak OUM juga
telah dijadikan sebagai sumber rujukan primer bagi penulisan tugasan ini dan disokong oleh
bahan rujukan sekunder seperti bahan rujukan daripada internet dan jurnal.

1
2.0 SISTEM KEKELUARGAAN
Sistem kekeluargaan tamadun India dipengaruhi oleh dua dasar utama iaitu Ashrama
Dharma dan Purusartha. Ashrama Dharma merujuk kepada empat peringkat kehidupan yang
perlu dilalui mengikut usia manakala Purusartha merujuk kepada empat objektif mulia yang
perlu dicapai oleh setiap individu.

2.1 Menuntut Ilmu

Rajah 1.1: Budak lelaki menulis di atas meja

Berdasarkan rajah 1.1, kita dapat melihat seorang budak lelaki sedang menulis di atas
meja seperti sedang menyiapkan kerja sekolahnya. Kelakuan budak lelaki ini dapat dikaitkan
dengan peringkat pertama Ashrama Dharma iaitu Brahmacharya. Fasa Brahmacharya merupakan
fasa seorang individu pergi menuntut ilmu untuk mempersiapkan diri bagi fasa kehidupan yang
kedua iaitu Grihasta Ashrama. Walaubagaimanapun, gambaran zaman kuno bagi Brahmacharya
telah dikemaskini supaya dapat diterapkan dengan lebih baik bagi situasi masyarakat
kontemporari pada zaman ini. Matlamat Brahmacharya iaitu menuntut ilmu masih kekal sama
sehingga ke hari ini. Namun demikian, sebahagian butiran yang dilakukan pada zaman dahulu
tidak dilaksanakan lagi. Misalnya, anak murid perlu tinggal di rumah gurunya. Oleh yang
demikian, sistem kekeluargaan yang mementingkan ahli keluarga menuntut ilmu ini masih
relevan sehingga ke hari ini kerana ilmu merupakan pelita hidup.

2
2.2 Fokus Kehidupan Berumah Tangga

Rajah 1.2: Keluarga berkumpul

Seterusnya, berdasarkan rajah 1.2, kelihatan mereka sedang berkumpul bersama-sama sebagai
ahli keluarga di luar rumah bagi menzahirkan rasa gembira untuk meraikan perayaan Deepavali.
Pada waktu yang sama, kita dapat melihat lelaki yang berbaju warna kuning cair itu sebenarnya
sedang menjalani kehidupan bersama isteri dan anak-anaknya. Lelaki itu secara jelasnya sedang
berada di fasa Ashrama Dharma yang kedua iaitu Grihasta Ashrama dan dia bertanggungjawab
sebagai grihasti iaitu ketua keluarga. Fasa ini merupakan masa utama untuk mempunyai anak,
membesarkan keluarga, juga untuk bekerja dan memenuhi tugas kepada masyarakat. Sistem
kekeluargaan Grihasta Ashrama yang memfokuskan hidup berumah tangga ini masih relevan dan
sesuai diamalkan sehingga kini kerana sistem ini dapat memberikan peluang kepada seseorang
individu itu untuk mempunyai zuriat sendiri, mengembangkan lagi keturunan keluarganya di
samping berbakti kepada masyarakat sekeliling. Walakin itu, grihasti pada zaman moden ini
mempunyai satu tanggungjawab yang lebih daripada grihasti zaman dahulu kerana mereka perlu
menjadi guru kepada anak-anaknya sewaktu awal tumbesaran mereka kerana anak-anak tidak
lagi perlu menetap di rumah guru seperti zaman dahulu. Oleh yang demikian, fasa ini ialah fasa
masa yang amat sibuk bagi seseorang kerana perlu fokus kepada hal duniawi untuk mencari
rezeki buat keluarga dan dalam pada itu perlu memastikan mereka tidak hanyut dalam hal dunia
lalu mengabaikan keluarga.

3
2.3 Membimbing Dan Memberi Nasihat Kepada Generasi Muda

Rajah 1.3: Nenek sedang mengajar cara buat kolam

Selanjutnya, berdasarkan rajah 1.3, kita dapat menyaksikan seorang nenek sedang mengajar cucu
dan anak menantunya cara melukis kolam untuk perayaan Deepavali. Pada permulaan video, kita
telah melihat reaksi anak dan cucu nenek ini yang terkejut dan keengganan mereka yang jelas
terpancar di wajah apabila nenek mereka menyatakan hasrat ingin datang ke rumah untuk
menyambut perayaan Deepavali bersama-sama. Namun begitu, di bawah bimbingan dan nasihat
nenek ini, semua ahli keluarga telah berjaya merasai keseronokan dan menghargai kepentingan
mengekalkan perayaan Deepavali. Jika diteliti dengan lebih mendalam, peringkat usia nenek ini
relevan untuk peringkat usia untuk seseorang yang berada dalam fasa ketiga kehidupan iaitu
Vanaprastha. Kontradiksinya, penentuan tahap Vanaprastha mengikut definisi lama iaitu menjadi
penghuni hutan perlu difikirkan semula. Hal ini kerana, menjadi penghuni hutan pada usia
Vanaprastha moden ini bukanlah pilihan bagi kebanyakan orang. Dalam meniti arus kemodenan
ini, masa yang ada semasa peringkat kehidupan ini dapat digunakan untuk menolong dan
membimbing generasi muda dengan bertindak sebagai penasihat dan pembimbing mereka.
Sebagai contoh, nenek ini kembali untuk mengajar dan membimbing ahli keluarganya cara buat
muruku, membersihkan rumah, buat kolam dan banyak lagi amalan sewaktu Deepavali yang
semakin dilupakan. Contoh bagi kehidupan di luar juga, ramai penganut agama Hindu pada
peringkat umur ini menyertai program kemasyarakatan, mengajar agama Hindu kepada generasi
muda dan berkhidmat di dewan pengawas atau jawatankuasa kuil. Akhir sekali, fasa ini adalah
masa untuk menyumbang kembali kepada masyarakat apa yang telah dipelajari oleh seseorang,
sambil perlahan-lahan bersara daripada kehidupan profesional dan tumpu kepada kehidupan
akhirat.

4
3.0 NILAI-NILAI MURNI
Berdasarkan sistem kekeluargaan yang wujud semenjak zaman Tamadun India, banyak nilai-
nilai murni yang boleh diterapkan dalam kehidupan seharian terutamanya dalam konteks sebagai
seorang pekerja di Malaysia.

3.1 Hormat-Menghormati

Bagi masyarakat India, guru ialah seorang insan yang perlu disanjung kerana mereka yang
memberikan ilmu dan mendidik anak-anak semasa fasa pertama kehidupan. Oleh yang demikian,
elemen hormat- menghormati terutamanya hormat kepada mereka yang memberikan ilmu, lebih
berusia dan lebih berpengalaman amatlah ditekankan dan diamalkan sehingga ke hari ini.
Merujuk kepada konteks sebagai seorang pekerja, kita dapat lihat bahawa amat penting untuk
seorang pekerja dan majikan saling hormat-menghormati. Hal ini kerana, apabila wujud rasa
hormat di antara dua pihak yang saling bekerjasama, segala kerja yang hendak dilaksanakan akan
menjadi lebih mudah dan berjalan dengan lancar. Sebagai contoh, Prof. Madya Dr Abdul Halim
yang merupakan pensyarah Universiti Teknologi Malaysia pernah menulis sebuah rencana
pendek di sebuah lama sesawang yang membincangkan tentang keperluan untuk belajar
menghormati orang lain tanpa mengira pangkat dan usia (Halim, 2017). Tuntasnya, sikap
hormat-menghormati ini amat penting untuk diterapkan dalam diri setiap individu bagi menjamin
keharmonian hidup bermasyarakat.

3.2 Bertanggungjawab

Selain itu, nilai yang dapat dirumuskan berdasarkan sistem kekeluargaan Tamadun India yang
boleh diaplikasikan dalam konteks seorang pekerja di Malaysia ialah nilai bertanggungjawab.
Sikap bertanggungjawab ini penting kerana apabila kita bekerja, kita harus memiliki rasa
tanggungjawab terhadap kerja yang telah diamanahkan kepada kita. Hal ini demi memastikan
hasil kerja yang dilaksanakan sentiasa berkualiti dan rezeki yang akan kita dapat menjadi rezeki
yang halal dan bukan rezeki yang tidak baik. Bagi masyarakat India dahulu, anak-anak yang
sudah melepasi fasa brahmacharya akan mempunyai tanggungjawab untuk dipikul seperti
mencari rezeki untuk keluarga di samping mencapai empat objektif mulia di dawah dasar
purusartha dan salah satu daripadanya ialah porul/artha iaitu mengumpul kekayaan melalui cara
yang halal. Sebagai contoh di Malaysia, Tuan Rozaidi Abdul Rahman yang merupakan Pengarah

5
Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Barat Laut Selangor telah melaksanakan
Program Insentif Benih Padi Sah (IBPS) untuk menjaga dan mengawal kualiti padi yang bakal
dijual untuk dijadikan sumber makanan harian masyarakat Malaysia. Tindakan yang diambil
oleh tuan itu telah membantu para pesawah di Malaysia untuk menghasilkan padi yang berkualiti
untuk dijual bagi menambah sumber pendapatan mereka (BH Online, 2021). Akhir sekali, sikap
bertanggungjawab bukan sahaja memberikan kesan yang baik buat diri sendiri tetapi juga kepada
masyarakat sekeliling dan negara.

3.3 Jujur

Seterusnya, nilai jujur juga dapat dirumuskan daripada sistem kekeluargaan Tamadun India dan
boleh diaplikasikan dalam konteks situasi pekerja di Malaysia. Di dalam dasar purusartha,
aram/dharma merupakan objektif pertama yang berkait dengan moral dan etika seseorang. Sifat
jujur merupakan sebuah etika dan moral yang telah lama diamalkan oleh masyarakat India dan
masih lagi diamalkan sehingga kini. Sikap jujur ini wajib ada dalam diri setiap pekerja yang
bekerja kerana apabila kita bersikap jujur, hati kita akan sentiasa berada dalam keadaan tenang.
Jujur dalam segala perkara juga menyebabkan diri kita lebih mudah dipercayai oleh orang lain
dalam melaksanakan kerja. Sebagai contoh, kita boleh membanteras jenayah rasuah apabila kita
mempunyai sifat jujur yang kukuh dalam jiwa kita. Tamsilannya, artikel di Sinar Harian (2021)
ada memaparkan kisah lapan individu terlibat kartel daging dalam buruan PDRM. PDRM telah
menunjukkan kejujuran yang tinggi dalam melaksanakan kerja mereka apabila mereka memburu
individu yang terlibat demi menjaga kemaslahatan masyarakat Malaysia yang majoritinya
penganut agama Islam. Kesimpulannya, nilai jujur itu harus sentiasa disematkan di dalam jati
diri seseorang agar kita dapat membina reputasi yang baik untuk diri kita terutamanya di tempat
kerja.

6
4.0 HUKUM KARMA
Berdasarkan pemerhatian melalui dua buah video yang telah disediakan, terdapat beberapa babak
yang sangat menyentuh perasaan dan boleh dikaitkan dengan hukum karma.

4.1 Menjaga Hubungan Kekeluargaan

Babak yang pertama ialah babak pada tiga minit dan enam belas saat dalam video. Babak ini
memaparkan seorang nenek memberikan sepasang persalinan kepada setiap anak dan cucunya
untuk meraikan perayaan Deepavali. Perbuatan ahli keluarga yang menerima baju yang diberikan
dengan muka yang tersenyum itu menunjukkan mereka mempunyai rasa sayang yang utuh buat
nenek tersebut. Paparan rasa kasih sayang ini amat menyentuh perasaan kerana hubungan yang
akrab sesama ahli keluarga amat susah untuk dilihat pada zaman moden ini. Kebanyakan orang
zaman sekarang terlalu sibuk mengejar hal keduniaan seperti kekayaan sehingga mengabaikan
keluarga sendiri dan melupakan perayaan-perayaan penting dalam agama dan adat mereka.
Menzahirkan rasa kasih sayang sesama manusia ini amat penting kerana setiap perbuatan kita di
dunia ini akan berbalik kepada diri kita sesuai dengan hukum karma di dalam agama hindu. Oleh
yang demikian, apabila kita bijak dalam menzahirkan perasaan sayang kita terhadap orang
sekeliling, mereka juga akan menyayangi kita sebagai balasan perbuatan kita.

7
4.2 Mengutamakan Restu Ibu Bapa

Babak seterusnya yang menyentuh perasaan adalah pada minit ke dua dan tiga puluh empat saat.
Melalui video Muruku Deepavali ini dapat dilihat seorang ibu itu berasa sedih ketika dia
mengimbau kembali kenangan bersama anaknya dengan melihat gambar-gambar yang disimpan
di dalam album sewaktu anaknya masih kecil. Ibu ini berasa sedih disebabkan oleh kata-kata
yang diucapkan oleh anaknya dengan nada yang tinggi sebelum anaknya bergerak ke tempat
kerja. Disebabkan ibu yang sedih ini, kita dapat melihat anaknya tidak tenang sewaktu berada di
tempat kerjanya kerana teringat akan perbuatannya yang melukai hati ibu. Karma yang kita dapat
lihat di sini ialah apabila kita sebagai seorang anak, melukai hati ibu yang bersusah payah
membesarkan kita, sudah pasti hidup kita akan sentiasa ditimpa masalah dan jiwa kita akan
berada dalam keadaan yang tidak tenang. Dengan itu, kita sebagai seorang anak harus ingat
bahawa setiap tindakan kita terhadap ibu dan ayah pasti akan menyumbang kepada kemudahan
dan kelancaran urusan kehidupan seharian kita. Hal ini kerana, restu ibu dan ayah itu amat
ditekankan dalam setiap sistem kekeluargaan tanpa mengira bangsa dan agama.

8
4.3 Menjalinkan Persahabatan Tanpa Mengira Bangsa Dan Agama

Akhir sekali, babak ketiga yang menyentuh perasaan ini ialah babak di minit keempat video
Deepavali 2018 daripada Perodua. Babak ini menunjukkan sahabat-sahabat tuan rumah yang
mengunjungi rumah dia untuk bersama-sama meraikan Deepavali dan rata-rata semua sahabat
tersebut datangnya daripada pelbagai latar belakang bangsa dan agama. Bak kata peribahasa,
bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Tindakan mereka semua yang datang beraya ini
menunjukkan kemuafakatan yang terjalin dalam hubungan persahabatan ini. Sebagaimana yang
kita sedia maklum, karma ini berkaitan dengan kitaran kehidupan yang mana perbuatan baik
pasti akan ada balasan baik dan perbuatan yang jahat pasti akan ada akibatnya. Oleh yang
demikian, boleh dirumuskan bahawa tuan rumah ini merupakan seorang kawan yang baik buat
sahabatnya sehingga mereka sudi untuk datang ke rumahnya untuk bersama-sama berkongsi
kegembiraan menyambut perayaan Deepavali.

9
5.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, sistem kekeluargaan yang wujud semenjak dahulu masih kekal relevan untuk
diamalkan oleh masyarakat moden masa kini dan banyak memberi pengajaran yang berharga
buat semua. Sistem kekeluargaan yang mementingkan ahli keluarga untuk menuntut ilmu, fokus
kepada kehidupan berumah tangga dan membimbing dan memberi nasihat kepada generasi muda
akan memberikan kesan-kesan positif kepada pengamal-pengamalnya. Selain itu, terdapat juga
nilai-nilai murni yang boleh dijadikan teladan oleh para pembaca seperti hormat-menghormati,
bertanggungjawab dan jujur sebagai seorang pekerja mahupun pelajar. Akhir sekali, kehidupan
kita ini ibarat roda yang tidak dapat lari daripada karma kehidupan. Oleh itu, jagalah hubungan
kekeluargaan sesama ahli keluarga dan utamakan restu ibu bapa serta jalinkanlah persahabatan
tanpa mengira bangsa dan agama demi kehidupan yang baik di dunia ini.

10
JURNAL REFLEKTIF
Tugasan Tamadun Islam dan Tamadun Asia kali ini tertumpu kepada sistem
kekeluargaan yang wujud semasa zaman tamadun India. Tujuan tugasan ini dilaksanakan adalah
untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar berkenaan dengan sistem kekeluargaan
Tamadun India dan segala kebaikan yang boleh kita peroleh daripada amalan berkenaan untuk
dipraktikkan dalam kehidupan moden ini. Selain itu, tujuan tugasan ini juga adalah untuk
mengemukakan keistimewaan tamadun India daripada perspektif agama, nilai serta unsur
utamanya dan fleksibiliti masa untuk mengamalkan perkara tersebut.
Dalam proses menyiapkan tugasan, pelbagai emosi dapat dirasai oleh diri ini. Pada saya,
selaku pekerja sepenuh masa dan dalam masa yang sama turut memikul amanah sebagai seorang
pelajar bukanlah suatu tugas yang mudah. Pembahagian masa merupakan faktor terpenting
kerana tugasan yang perlu disiapkan bukanlah hanya satu tugasan ini tetapi saya juga
mempunyai satu lagi subjek lain yang perlu disiapkan tugasannya. Perasaan saya bercampur
baur, ada ketika saya berasa tertekan dengan lambakan kerja di tempat kerja yang menyebabkan
perancangan saya pada hari-hari tertentu untuk menyiapkan tugasan ini tergendala. Ada masa,
saya berasa seronok kerana ketika dalam proses mengumpulkan maklumat-maklumat penting,
saya dapat beberapa ilmu pengetahuan baharu daripada proses pembacaan melalui maklumat-
maklumat yang berjaya dikumpulkan.
Daripada segi kognitif, saya banyak berfikir berkenaan dengan pencarian sumber untuk
menulis tugasan ini. Saya telah menggunakan fungsi motor otak saya untuk memahami kehendak
soalan agar dapat menjawab soalan dengan baik. Selain itu, saya juga membaca setiap bahan
rujukan yang saya temui dan kemudian menganalisis isi-isi penting untuk dijadikan sokongan
bagi perbincangan dalam tugasan. Saya turut merangka segala idea yang tercetus untuk
dikemukakan kepada mereka yang lebih berpengalaman untuk menilai sambungan di antara idea
itu berkaitan atau tidak.
Pada pendapat saya, pengalaman melakukan tugasan ini ialah satu pengalaman yang amat
baik buat saya. Hal ini kerana, ketika menulis laporan ini, saya telah mendapat manfaat yang
sangat banyak. Sebagai contoh, saya dapat memahami budaya dan adat resam kaum India
dengan lebih baik. Jika selama ini saya langsung tidak mengetahui berkenaan dengan Purusartha
dan Ashrama Dharma, kini saya sudah tahu dengan sangat mendalam dan baik. Saya turut dapat

11
memperbaiki kemahiran bersosial saya bersama rakan-rakan yang tidak dapat ditemui di dunia
nyata kerana wabak Covid-19 sekarang dan hanya berhubung secara atas talian. Interaksi saya
bersama tutor saya iaitu Puan Rohani juga amat baik. Saya belajar menggunakan platform yang
disediakan oleh pihak OUM untuk bertanya sebarang soalan dan mengemukakan kemusykilan
saya berkaitan dengan subjek dan tugasan ini. Tambahan lagi, sewaktu pembinaan poster, saya
juga merujuk rakan-rakan yang lebih kreatif dan berpengalaman untuk menghasilkan poster yang
baik dengan kreatif.
Kesimpulannya, di akhir tugasan ini saya telah mempelajari bahawa sistem kekeluargaan
ini tidaklah hanya relevan untuk masyarakat terdahulu tetapi juga sesuai digunakan seiring
dengan perubahan zaman.

JUMLAH PERKATAAN: 3000 PATAH PERKATAAN

12
LAMPIRAN

SENARAI RUJUKAN

Berita Harian. (2021). Program IBPS kawal kualiti padi – IADA. BH Online. Retrieved from
bharian.com.my/berita/nasional/2021/03/798517/program-ibps-kawal-kualiti-padi-iada

Bhangaokar, R., Kapadia, S. (2009). At the interface of ‘Dharma’ and ‘Karma’: Interpreting
moral discourse in India. Psychol Stud 54, 96–108.

Das, S. (2020). The 4 Stages of Life in Hinduism.


Retrieved from https: // www.learnreligions.com/stages-of-life-in-hinduism-1770068

Gabriel R. (2019). Purusartha: The 4 Aims of Human Life. Chopra. Retrieved from
https://chopra.com/articles/purushartha-the-4-aims-of-human-life

Ghazali, D. (2017). MPU3122 Tamadun Islam dan Tamadun Asia. (1st ed.). Open University,
Malaysia. 153-198.

Gupta, J.V. (2002). The Significance of Ashrama System. Tribune India. Retrieved from
https://www.tribuneindia.com/2002/20020818/spectrum/main2.htm

Halim, A. (2017). Belajar Menghormati Orang Lain.


Retrieved from https://people.utm.my/halim/belajar-menghormati-orang-lain/

Puja M. (n.d.). Contemporary Relevance of Ashrams System in India – Essay. Retrieved from
https://www.yourarticlelibrary.com/hindu-philosophy/contemporary-relevance-of-
ashrams-system-in-india-essay/4013

Sharma, A. (2007). Relevance of Ashrama System in Comtemporary Indian Society. SSRN


Electronic Journal. 10.2139/ssrn.1003999.

Sinar Harian. (2021). Lapan individu terlibat kartel daging dalam buruan PDRM. Sinar Harian.
Retrieved from https://www.sinarharian.com.my/article/129477/BERITA/Semasa/Lapan-
individu-terlibat-kartel-daging-dalam-buruan-PDRM

13
World Wide Words. (1998). Family. Retrieved from
https://www.worldwidewords.org/topicalwords/tw-fam1.htm

14

You might also like