You are on page 1of 10

PENGAJIAN LUAR KAMPUS

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)


UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

PUSAT: PJJ UUM SIBU


MPU 1013 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

TAJUK: REFLEKSI VIDEO

DISEDIAKAN UNTUK:

NAMA EN. AZMAN BIN MD ZAIN


SEMESTER APRIL SESI 2021/2022 (JA211)
NO.TEL 019 478 5848

DISEDIAKAN OLEH:

BIL NO. MATRIK NAMA NO. TELEFON


1. 276235 THONY AK SAGING 019 4841072
2. 276110 NANCY ANAK NYAWIN 013 8234642
3. 275933 AG MOHD RIDWAN BIN YUSUF 010 9545021
4. 276191 ROCHESTER ANAK AMPA 012 4211984
5. 275940 ALEXANDER ANAK JOHNY 012 8989683
PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Ilahi kerana


mempermudahkan kami menyempurnakan tugasan kumpulan kami dalam subjek MPU 1013
Penghayatan Etika dan Peradaban dengan jayanya.

Dengan kesempatan ini kami amat berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan terima kasih
kepada En. Azman bin MD Zain, selaku Pensyarah dalam subjek MPU 1013 Penghayatan Etika
dan Peradaban pada Semester APRIL SESI 2021/2022 (JA211) kerana memberi sepenuh
kepercayaan kepada kami untuk melaksnakan tugasan yang telah diberikan dan memberi tunjuk
ajar kepada dalam melaksanakan tugasan yang telah diberikan.

Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada sesama kami kerana
Berjaya melunaskan tugasan yang telah diberi dengan jaya. Banyak rintangan dan halangan kami
hadapi semasa ingin menyiapkan tugasan ini terutamanya semasa Pendemik Covid 19. Kami
hanya mampu berhubung melalui atas talian dan panggilan telefon untuk bertukar maklumat dan
pendapat semasa PKP ini tetapi komitmen yang diberi dalam kumpulan amat lah baik untuk
menjayakan tugasan yang diberi.

Kami berharap tugasan kami ini menepati kehendak rubrik yang telah ditetapkan dan sesuai
dengan refleksi video yang kami ambil. Semoga hasil kerja kami dapat memberi menfaat dan
kesederan kepada masyarakat terutama anak muda pada masa ini.

Sekian, terima kasih.

i
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA M/S


1.0 PENDAHULUAN 1

2.0 REFLEKSI VIDEO 2

2.1 Refleksi Pertama 2

2.2 Refleksi Kedua 3

2.3 Refleksi Ketiga 3

2.4 Refleksi Keempat 5

2.5 Refleksi Kelima 5

2.6 Refleksi Keenam 6

2.7 Refleksi Ketujuh 6

3.0 KESIMPULAN 7

ii
MPU 1013 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

TAJUK VIDEO : BAHULU EMAK


LINK : https://youtu.be/uoPq_tHnUrQ

1.0 PENDAHULUAN

Etika dan Peradaban adalah sesuatu konsep yang amat penting dalam membentuk sesebuah
tamadun. Etika dalam erti lain ialah moral, nilai-nilai murni atau akhlak seperti adat dan sopan
santun. Peradaban pula ialah sistem dan tahap perkembangan sosial sesuatu bangsa, kemajuan
sosial dan kebudayaan. Etika dan Peradaban ini amat penting dan perlu wujud dalam jiwa setiap
individu atau masyarakat. Ini kerana untuk menjamin kemakmuran dan keamanan dalam
sesebuah negara. Pada hari ini kita dapat melihat bahawa Etika dan Peradaban ini semakin
terkikis dan semakin pudar dengan kecanggihan yang dimiliki oleh dunia sekarang. Kehidupan
masyarakat pada masa ini terutamanya golongan remaja terikut-ikut dengan kebudayaan dari
luar. Semua ini akan merisaukan kita kerana kesedaran mereka terhadap Etika amat lah rendah
dan semua ini mereka akan terjerumus di dalam salah laku dan melakukan perkara yang tidak
beretika.

1
MPU 1013 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

Dalam tugasan Refleksi video ini, kami akan memaparkan kisah cerita pendek yang berkait
dengan Etika dan Peradaban iaitu kegigihan serta kesungguhan seorang anak muda dalam
membantu keluarganya untuk meluaskan lagi perniagaan bahulu keluarga mereka demi mengejar
kejayaan dengan berbekalkan kesungguhan dan semangat yang ada dalam dirinya, ianya akan
berusaha melakukan pelbagai cara demi mencapai cita-citanya. Dalam Refleksi kami terhadap
video banyak mengesahkan ciri-ciri Etika dan Peradaban yang bermanfaat kepada kita semua
seperti ciri-ciri tradisional yang diamalkan, sikap seorang anak membantu kepada orang ibunya,
perhubungan diantara etnik tanpa mengira bangsa atau agama dan lain-lain.

2.0 REFLEKSI VIDEO

2.1 Refleksi Pertama

Daripada pengamatan refleksi video kami yang pertama, ‘bahulu emak’ merupakan
sebuah filem pendek iklan raya tahun 2016 daripada aplikasi youtube yang memaparkan kisah
kehidupan Adam dan emaknya yang mengusahakan kuih bahulu sebagai sumber utama
pendapatan mereka. Dapat dilihat pada babak awal pertama, emaknya sedang menyediakan
bahan-bahan dan kelengkapan untuk menyediakan kuih bahulu seperti telur dan tepung yang
diadunkan di dalam periuk belanga lalu dituangkan ke dalam acuan kuih bahulu yang diperbuat
daripada besi tembaga dan dipanaskan atau dimasak dengan menggunakan serabut kelapa untuk
menyediakan tempahan kuih bahulu mereka daripada pelanggan dan sebagai persediaan untuk
menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba. Kerja-kerja ini dilakukan
di halaman bawah rumah mereka. Pada pengamatan saya, emak Adam masih mengamalkan cara
tradisional masyarakat Melayu lama untuk menghasilkan kuih bahulu. Ia dilakukan mungkin
untuk mengekalkan rasa dan keunikan kuih bahulu itu sendiri. Berbeza pada zaman sekarang,
kuih bahulu dipanaskan dalam ketuhar pemanas. Jadi, rasanya mungkin sedikit lari daripada
yang asal. Pada pandangan saya, pembuatan kuih bahulu secara tradisional haruslah dikekalkan
agar rasa keaslian dan keunikannya dapat dikekalkan. Khazanah yang telah ditinggalkan oleh
nenek moyang kita dulu haruslah dikekalkan agar tak lapuk dek hujan, tidak tak lekang dek
panas.

2
MPU 1013 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

2.2 Refleksi Kedua

Syurga di bawah telapak kaki ibu. Begitulah perumpamaan yang sesuai dapat
digambarkan pada filem pendek iklan raya refleksi video saya yang kedua. Adam yang baru saja
balik dari sekolah terus menolong ibunya mengambil serabut kelapa dari kebun untuk dibuat
bahan bakar kuih bahulu kelak. Malah, beliau sendiri tidak membenarkan emaknya membuat
kerja-kerja berat seperti menyorong kereta sorong tersebut. Selain itu, Adam juga dilihat
menolong ibunya menghidupkan api untuk memasak kuih bahulu dan membungkus kuih bahulu
yang telah siap untuk dijual. Secara peribadi, saya sangat mengagumi sikap Adam yang suka
menolong ibunya dan tidak membenarkan ibunya membuat kerja-kerja berat. Sebagai anak,
adalah tanggungjawab kita untuk menolong ibu bapa dalam apa jua keadaan dan kerja yang
mereka lakukan bagi mengurangkan bebanan mereka. Hidup haruslah berbakti kepada ibu bapa
kita selagi mereka masih ada dan selagi hayat dikandung badan. Persoalannya, adakah anda juga
menolong ibu bapa anda membuat kerja-kerja di rumah?

2.3 Refleksi Ketiga

Dream big, achieve more. Begitulah pandangan saya pada sikap Adam pada refleksi
video yang ketiga. Adam mempunyai cita-cita dan misi yang besar untuk membesarkan
perniagaan bahulu emaknya. Dia tidak pernah berputus asa untuk mengejar cita-citanya
walaupun pada mulanya ideanya tidak disokong oleh ibunya. Ini mungkin, pada mulanya emak
Adam tidak memahami niat Adam dan tidak tahu tentang strategi pemasaran yang berkesan.
Adam berusaha bersungguh-sungguh untuk membantu meningkatkan hasil jualan bahulu
emaknya dengan mencetak ‘flyers’ untuk menarik minat pelanggan membeli bahulunya. Dia
mula mengedarkan flyers nya diseluruh kampung dan pekan. Bukan itu sahaja, dia juga telah
mempelajari satu ilmu baru iaitu perniagan atas talian (online business) dengan cikgunya. Tanpa
diduga, Adam telah mendapat tempahan yang sungguh banyak dari seluruh negara dalam talian.
Tidak kurang juga dengan emaknya. Tempahan bahulu emaknya mendapat banyak permintaan
pada tahun ini berkat doa kesabaran dan usaha gigih mereka selama ini disamping strategi
pemasaran yang berkesan. Sesungguhnya, kejayaan itu tidak datang bergolek sekiranya tidak

3
MPU 1013 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

diusahakan dengan besungguh-sungguh, tekun dan tidak berputus-asa. Selebihnya, kita serah
kepada Tuhan yang maha esa.

2.4 Refleksi Keempat

Dalam refleksi yang keempat ini saya berasa bertuah kerana Malaysia merupakan salah
satu negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni dan aman. Perkara ini dapat
dilihat dimana Adam telah pergi ke kedai runcit yang dimiliki oleh seorang lelaki india untuk
mencetak risalah. Di dalam kedai runcit itu pemilik kedai itu telah mencetakkan risalah untuk
Adam dalam kuantiti banyak. Dengan rasa terkejut pemilik kedai runcit itu bertanyakan kepada
Adam akan kegunaan risalah tersebut dan Adam telah memberitahu kepada pemilik kedai itu
bahawa risalah itu adalah untuk tempahan bahulu emak Adam. walaupun berlainan kaum
pemilik kedai itu dengan sikap mesra bersembang dengan Adam. Setelah siap mencetak pemilik
kedai itu memberikan secara percuma kepada Adam tanpa bayaran kerana niat hati dia mahu
menolong emak Adam. Di sini saya melihat sikap tolong menolong diantara kaum tanpa mengira
bangsa dan agama. Dalam pada itu juga saya amat bangga terhadap cikgu Adam yang sudi
memberikan tunjuk ajar kepada Adam. Semasa di bilik guru, Adam mengedar risalal tempahan
kuih bahulu kepada seorang guru perempuan berbangsa cina. Namun dengan senang hati cikgu
Adam itu memberikan pendapat kepada Adam untuk membuat perniagaan atas talian. Pada
pendapat saya, cikgu Adam ini telah memberikan alternatif kepada Adam untuk
memperkembangkan jualan kuih bahulu mak dia dengan lebih luas lagi. Setelah cikgu Adam
memberitahu berkenaan perniagaan atas talian itu. Adam memaklumkan bahawa dia tidak tahu
bagaimana perniaga atas talian itu dijalankan dan cikgu Adam telah mengajar Adam untuk
membuka laman sesawang perniagaan atas talian. Jadi disini saya melihat cikgu Adam ini
seorang pendidik yang tidak kedekut ilmu pengetahuan dan baik hati. Ini menunjukan bahawa
kita rakyat Malaysia mempunyai masyarakat majmuk yang saling bantu-membantu.

2.5 Refleksi Kelima

Dalam refleksi kelima, didapati bahawa kampung Adam tidak ketinggalan dalam
kemajuan kemudahan-kemudahan perhubungan yang penting seperti talian telefon dan talian
internet. Berdasarkan video ini, kemudahan kafe siber disediakan di kampung bagi memudahkan

4
MPU 1013 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

penduduk kampung yang tidak mempunyai komputer atau pencetak di rumah sendiri seperti
Adam. Ini menunjukkan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang pesat
membangun. Dengan adanya kemudahan kafe siber di kampung, Adam dapat menggunakan
komputer untuk menyemak tempahan kuih bahulu mak dia melalui emel yang dihantar oleh
penempah. Adam sangat teruja dan gembira apabila menerima banyak emel tempahan kuih
bahulu. Ini menunjukkan bahawa cara pemasaran Adam bermula hanya mengedar risalah sekitar
kampung dan pekan mampu diperkembangkan lagi ke pemasaran atas talian sehinggalah Adam
dapat permintaan kuih bahulu yang tinggi. Ini membuktikan bahawa cara pemasaran Adam
melalui laman sesawang adalah berkesan. Sikap Adam yang gigih ini patut dicontohi oleh
masyarakat dalam menjana ekonomi keluarga. Adam sanggup mencari pelbagai cara untuk
menambah tempahan kuih bahulu emaknya demi impiannya yang ingin menyambut Hari Raya
dengan lebih meriah untuk dirinya dan emaknya. Adam berusaha untuk mengedar risalah iklan
kuih bahulu emaknya sekeliling kampung hanya dengan mengayuh basikal walaupun masih
dalam bulan berpuuasa. Selain itu, Adam juga berani mencuba kaedah pemasaran yang baru
baginya, iaitu pemasaran melalui laman sesawang yang tidak pernah dia lakukan. Hanya
berbekalkan ilmu yang diajar oleh cikgunya, dia telah membuka laman sesawang miliknya
sendiri dan mengiklankan kuih bahulu emaknya pada laman sesawangnya itu. Adam juga
sanggup mengeluarkan modal untuk pergi ke kafe siber untuk menyemak hasil iklannya di laman
sesawang dan mencetak hasil tempahan itu. Adam tetap bersemangat untuk berusaha
mengiklankan kuih bahulu emaknya walaupun emaknya tidak faham akan usaha yang sedang dia
lakukan.

2.6 Refleksi keenam

Dalam refleksi keenam, boleh disimpulkan bahawa sikap penduduk di kampung tersebut
yang terdiri daripada berbilang kaum suka bantu-membantu antara satu sama lain. Dapat saya
lihat kedatangan tiga orang yang berlainan bangsa iaitu melayu, cina dan india, termasuk cikgu
Adam dan pekedai India yang mencetak risalah Adam. Tujuan kedatangan mereka adalah untuk
menghulurkan bantuan kepada Adam dan emaknya yang sedang kebuntuan dengan permintaan
kuih bahulu yang melebihi kemampuan emak Adam kerana kekurangan peralatan untuk
menghasilkan kuih bahulu yang banyak. Dalam pada keseronokan Adam menerima tempahan

5
MPU 1013 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

yang banyak melalui emel yang diterima, emaknya juga menerima tempahan kuih bahulu yang
banyak melalui telefon. Usaha Adam untuk mendapatkan tempahan kuih bahulu yang banya
telah berhasil, namun bagi emaknya, perkara ini menjadi beban kepadanya kerana emaknya tidak
mampu untuk menyiapkan tempahan itu hanya dengan kelengkapan dapur yang sedia ada.
Emaknya terus berputus asa dan berhasrat untuk menolak tempahan yang banyak itu. Adam
berasa kecewa dengan keputusan emaknya itu. Namun, kejutan berlaku apabila mereka
dikunjungi oleh tiga orang yang baik hati dan membantu emak Adam dari segi kewangan. Emak
Adam amat bersyukur atas bantuan yang dihulurkan itu dan bantuan itu digunakan untuk
membeli kelengkapan dapur untuk tujuan penghasilan kuih bahulu dalam kuantiti yang banyak.
Di akhir video, Adam berjaya mencapai impiannya untuk berhari raya dengan lebih meriah
bersama emaknya. Andaikata, Adam tidak mengimpikan untuk menyambut Hari Raya dengan
lebih meriah pada tahun ini, Adam tidak akan berusaha dari awal dan hanya mengharapkan
jualan kuih bahulu emaknya seperti tahun-tahun sebelumnya. Pekedai yang berbangsa India itu
tidak akan tahu akan impian dan kesungguhan Adam. Dia juga tidak akan mendapat ilmu
berniaga atas talian daripada cikgunya dan akhirnya tiada bantuan dari mana-mana pihak untuk
membantu ibunya bagi menghasilkan kuih bahulu yang banya. Dan perkara ini akan berulang
setiap tahun dan tiada perubahan yang akan berlaku. Adam dalam video ini dengan impian
kecilnya yang hanya inginkan Hari Raya yang lebih meriah bersama emaknya secara tidak
langsung telah mengubah masa depan dia dan emaknya. Kini emaknya boleh sentiasa
menghasilkan tempahan kuih bahulu untuk dijual ke pasaran yang lebih besar daripada sebelum
ini. Ini membuktikan bahawa usaha yang gigih, berterusan dan tidak berputus asa merupakan
kunci utama dalam mencapai kejayaan yang kita impikan. Tanpa usaha, perubahan tidak berlaku
dan kita tidak akan maju dan sentiasa berada di tempat yang sama.

2.7 Refleksi Ketujuh

Dalam refleksi ketujuh, kita dapat melihat diakhir cerita iaitu sikap atau konsep kunjung
mengunjungi semasa musim perayaan tidak kira bangsa atau agama kita Bersama-sama
meraikannya. Konsep ini telah menjadi satu tradisi kita pada hari ini dan tradisi ini juga telah
lama kita amalkan dari nenek moyang kita. Semua ini untuk mengwujudkan perpaduan diantara
kaum mahu pun agama. Cuba kita lihat pada zaman pemerintahan British iaitu dasar pecah dan

6
MPU 1013 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

perintah (devide and rule), Jurang perbezaan ekonomi dan sosial kalangan kaum di Malaysia
begitu ketara dan British telah melahirkan perasaan prasangka dan memperkukuh keperibadian
setiap kumpulan etnik yang terus menjarakkan jurang perpaduan antara kaum. Begitu juga
dengan kejadian yang bersejarah dalam Malaysia setelah mencapai kemerdekaan iaitu Peristiwa
13 Mei pada tahun 1969 ialah insiden rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah
perpaduan di Malaysia. Tragedi ini telah meragut nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan
yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 10 Mei 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah
negara Malaysia. Sekiranya kita tidak ingin perkara-perkara ini berulang harus lah kita menitik
beratkan perinsip Etika dan peradaban kepada anak-anak remaja pada masa kini kerana mereka
adalah generasi penyambung kita dan Generasi muda ini juga harus mempunyai tanggungjawab
untuk meneruskan usaha kerajaan melonjakkan pembangunan dan kemakmuran negara ke tahap
yang lebih tinggi, selain memastikan Malaysia sentiasa dihormati di persada antarabangsa.

3.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, menerusi filem pendek ini yang bertajuk bahulu emak kita dapat
mempelajari sifat-sifat yang baik yang boleh kita jadikan sebagai ikutan dalam kehidupan kita
seharian. Filem bahulu emak ini juga membuatkan kita mempunyai refleksi dan mampu
mentafsirkannya dalam kehidupan kita yang realiti ke arah yang lebih baik di mana filem ini
menunjukkan sebuah kisah kehidupan susah yang pernah dilalui oleh dua orang anak dan ibu
sebelum mereka dibantu sehingga mencapai kejayaan. Bagi pendapat kami perniagaan atas talian
ini juga dapat membantu terutama gologan B40 pada masa kini terutamanya negara kita yang
menghadapi masalah Pendemik covid 19 ini. Banyak nasihat dan pengajaran telah kami pelajari
semasa membuat refleksi video terhadap filem ini. Bersama-sama kita menjaga dan mewujudkan
sikap atau perinsip berpaduaan kaum diantara kita.

You might also like