You are on page 1of 24

CTU 555 – MALAYSIAN HISTORY

I) DEKLARASI

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah di atas limpah kurnianya dapat kami
menyiapkan kerja lapangan CTU555 yang bertajuk Pengaplikasian Asas-Asas
Hubungan Etnik dalam Kalangan Kaum di Malaysia, kajian di Pulau Pinang.
Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Haslina Binti Abdullah
selaku pensyarah kursus CTU555 kerana telah memberi tugasan ini kepada kami.
Beliau juga telah banyak membatu kami dalam menyiapkan kerja lapangan ini dengan
baik. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang banyak
membantu dalam menyiapkan kerja lapangan ini tidak kira dari segi memberi pendapat
atau buah fikiran sepanjang proses penyiapan kerja lapangan ini. Sepanjang proses
penyiapan laporan kerja lapangan ini, banyak ilmu yang telah kami perolehi seperti asas
hubungan etnik yang sering diguna pakai sehingga sekarang dan telah menjadi adat
kepada masyarakat kita.

Kami juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ahli kumpulan


kami yang telah berpenat lelah untuk menyiapkan laporan kerja lapangan ini.
Sesungguhnya hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalasnya. Kami berharap
semua ilmu yang telah kami diperolehi sepanjang menjalani kerja lapangan ini dapat
digunakan dengan baik dalam menjalani kehidupan seharian dan menjadi contoh
teladan kepada masyarakat di luar sana.

1
CTU 555 – MALAYSIAN HISTORY

II) PEMARKAHAN

NO ITEM MARKAH
1) Pengenalan /2
2) Pernyataan Masalah /2
3) Objektif Kajian /2
4) Kajian Literatur /3
5) Metodologi Kajian /4
6) Dapatan Kajian dan perbincangan /8
7) Rumusan dan Kesimpulan /2
8) Rujukan /2
MARKAH PENUH / 25

2
CTU 555 – MALAYSIAN HISTORY

III) ISI KANDUNGAN

NO KANDUNGAN MUKA SURAT


Deklarasi 1
Pemarkahan 2
Isi Kandungan 3
Abstrak 4
Pendahuluan 5
1) Pernyataan Masalah 7
2) Objektif Kajian 8
3) Kajian Literatur 9
4) Metodologi Kajian 11
5) Dapatan Kajian dan Perbincangan 12
6) Rumusan dan Kesimpulan 22
7) Rujukan 24

3
CTU 555 – MALAYSIAN HISTORY

IV) ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui tentang tahap kefahaman masyarakat
Malaysia mengenai asas-asas hubungan etnik yang diamalkan dalam kalangan
masyarakat berbilang etnik. Kajian ini dijalankan di sekitar Pulau Pinang yang mana
penduduk yang terdiri daripada masyarakat Melayu, Cina dan India. Seramai lebih
kurang 20 responden dipilih iaitu 10 responden daripada masyarakat Melayu, 5
responden daripada masyarakat Cina dan 5 responden daripada masyarakat India.
Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang menggunakan boring soal selidik. Hasil
daripada kajian ini, kita dapat mengenal pasti tahap keberkesanan asas-asas hubungan
etnik dan kefahaman mereka tentang asas-asas ini yang menjadi tunggak utama
perpaduan dalam kalangan masyarakat.

4
CTU 555 – MALAYSIAN HISTORY

V) PENDAHULUAN

Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk yang unik dan terkenal sebagai
sebuah masyarakat yang telah berjaya serta menjadi model masyarakat majmukyang
hidup aman damai kepada negara-negara luar. Keunikan ini wujud keranawalaupun
penduduknya terdiri daripada berbilang etnik, namun konflik antara etnik jarang
berlaku. Bagi Malaysia, kepelbagaian etnik merupakan suatu kekuatan yang mewarnai
corak negara ini. Rakyat Malaysia yang pelbagai etnik inimampu menyelesaikan
masalah dan mengelakkan konflik dengan cara tersendiri.Kesemua ini menggambarkan
bahawa wujudnya perpaduan kaum. Konsep perpaduan di Malaysia bermaksud satu
proses menyatupadukan anggota-anggotamasyarakat dan negara seluruhnya melalui
ideologi negara supaya tiap-tiap anggotamasyarakat dapat membentuk satu identiti dan
nilai bersama di kalangan mereka.

Islam mengiktiraf kemuliaan setiap manusia tanpa mengira etnik. Oleh itu, tidak
boleh berlaku perbezaan atau penafian hak berdasarkan etnik (Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia, 2005: 37). Hal ini menjelaskan manusia secara fitrah dijadikan Allah dalam
bentuk, kelompok dan budaya yang berbeza dan semua mesti menerima dan
menghormati kepelbagaian dan perbezaan itu sebagai satu lumrah dan hukum alam
yang akan terus berlaku. Kepelbagaian dan perbezaan itu bukanlah faktor untuk
berpecah-belah dan bermusuhan. Seharusnya kita perlu kenal-mengenal dan membantu
antara satu sama lain agar kedamaian dan kemakmuran hidup bersama dapat dicapai.

Menurut Yusuf (1989: 4), Islam sentiasa menjalinkan perhubungan antara orang
Islam dengan bukan Islam atas asas-asas yang kemas dan padu merangkumi sifat
toleransi, keadilan, amal kebajikan dan belas kasihan yang belum pernah ditemui oleh
sejarah kemanusiaan sebelum Islam. Maka, penganut Islam dituntut berbuat amal
kebajikan dan melaksanakan keadilan kepada seluruh manusia biarpun orang itu terdiri
daripada orang bukan Islam selama mereka tidak menentang Islam.

Islam juga menyenaraikan enam (6) asas hubungan etnik yang perlu diaplikasikan
oleh setiap masyarakat tidak kira orang Islam ataupun bukan Islam. Asas-asas yang
dapat disimpulan seperti berkenal-kenalan (al-Ta’aruf), faham-memahami (al-
Tafahum), bekerjasama (al-Ta’awun), persaudaraan (al-Ukhuwwah), berkasih sayang
(al-Mahabbah) dan jamin-menjamin (al-Tadhamun).

5
CTU 555 – MALAYSIAN HISTORY

Adalah diharapkan bahawa hasil daripada kajian ini, kita dapat mengetahui sejauh
manakah tahap kefahaman tentang pengaplikasian asas-asas hubungan etnik yang
digariskan oleh Islam di negara kita khususnya di sekitar Pulau Pinang agar kita dapat
memperbaiki hubungan dan menjalinkan perpaduan yang lebih erat dalam masyarakat
berbilang kaum.

6
CTU 555 – MALAYSIAN HISTORY

1.0) PERNYATAAN MASALAH

Pelbagai isu sering ditimbulkan yang menyentuh hubungan dan perpaduan di antara
masyarakat yang berbilang walaupun hanya segelintir individu atau kumpulan yang
berbuat demikian. Namun, kesannya menyebabkan persengketaan dan konflik yang
berpanjangan dalam masyarakat Malaysia khususnya di Pulau Pinang. Dengan ini, kita
dapat menyenaraikan permasalahan hubungan di antara berbilang entnik seperti berikut:

1) Sejauh manakah kefahaman masyarakat tentang asas-asas hubungan etnik


yang menjadi tunjang kepada perpaduan masyarakat di Malaysia.

2) Sejauh manakah tahap pengaplikasian asas-asas hubungan etnik dalam


kalangan masyarakat berbilang etnik di Malaysia.

3) Adakah asas-asas hubungan etnik itu penting yang patut diamalkan oleh
setiap masayarat untuk menjamin kestabilan negara.

7
CTU 555 – MALAYSIAN HISTORY

2.0) OBJEKTIF KAJIAN

Antara objektif kajian yang dapat disenaraikan adalah seperti berikut:

1) Mengenalpasti sejauh mana kefahaman masyarakat tentang asas-asas


hubungan etnik yang menjadi tunjang kepada perpaduan masyarakat di
Malaysia.

2) Mengenalpasti tahap pengaplikasian asas-asas hubungan etnik dalam


kalangan masyarakat berbilang etnik di Malaysia.

3) Mengenalpasti kepentingan hubungan dan perpaduan di antara berbilang


etnik yang dapat menjamin kestabikan negara.

8
CTU 555 – MALAYSIAN HISTORY

3.0) KAJIAN LITERATUR

3.1) PENDAHULUAN

Kajian ini merupakan satu kajian bagi mengenal pasti kefahaman


masyarakat di Pulau Pinang tentang asas-asas hubungan etnik dalam
kehidupan masyarakat. Selain itu, kajian ini juga menilai tahap
pengaplikasian asas-asas hubungan etnik yang diamalkan oleh
responden terpilih berdasarkan borang soal selidik yang disediakan dan
juga kepentingan asas-asas hubungan etnik bagi menjamin keharmonian
serta perpaduan kaum di negara ini.

3.2) KAJIAN-KAJIAN YANG LEPAS BERKAITAN HUBUNGAN


ETNIK

Isu perpduan serta keharmonian hubungan etnik menjadi satu


cabaran yang besar bagi kita untuk mengekalkan serta menjaminnya.
Antara punca ialah kurangnya pengamalan asas-asas hubungan etnik
dalam kehidupan seharian. Pelbagai kajian yang telah dilakukan untuk
mengetahui tahap pengamalan nilai-nilai moral dalam menjamin
keharmonian hubungan yang berbilang kaum.

Menurut Hamidah AB Rahman (2011) yang telah mengkaji tinjauan


hubungan etnik dalam kalangan pelajar IPTA di Johor Bahru yang mana
tahap hubungan sosial antara pelajar yang berbilang kaum pada tahap
sederhana. Hal ini demikian kerana, para pelajar telah diwajibkan untuk
mengikuti kursus Hubungan Etnik di setiap IPTA di sana yang dapat
membantu mereka untuk mengamalkan nilai-nilai hubungan etnik di
dalam kampus ataupun diluar.

Selain daripada itu, Lee Tze (2015) juga menjalankan kajian


hubungan etnik tersebut terhadap para pelajar di sebuah IPTS untuk
mengetahui sejauh manakah kesan pengamalan nilai-nilai hubungan

9
CTU 555 – MALAYSIAN HISTORY

etnik di dalam kampus selepas mengambil kursus Hubungan Etnik di


dalam kelas. Namun begitu, terdapat masalah yang dihadapi oleh para
pelajar dalam mencapai perpaduan melalui subjek tersebut, antaranya
ialah, cara penyampaian kursus yang kurang efektif kepada pelajar dan
juga mengambil kursus tersebut hanya sekadar memenuhi jam kredit
mereka.

10
CTU 555 – MALAYSIAN HISTORY

4.0) METODOLOGI KAJIAN

Kajian yang dijalankan ini ialah tentang mengetahui tahap pengaplikasian asas-asas
hubungan etnik dalam kalangan masyarakat berbilang etnik di Malaysia. Untuk
menyempurnakan kajian kami ini, beberapa kaedah yang telah digunakan untuk
mengumpulkan maklumat penting dalam laporan. Antara kaedah atau metodologi
kajian yang gunakan ialah seperti analisis kandungan sumber ilmiah, temubual daripada
beberapa orang responden yang berbilang etnik dan analisis menggunakan program
seperti Microsoft excel.

Dalam mengumpul maklumat tentang asas-asas hubungan etnik di Malaysia,


rujukan di ambil dalam pelbagai buku ilmiah seperti buku modul hubungan etnik edisi
kedua yang diterbitkan oleh Shamsul Amri Baharuddin. Dalam buku tersebut pada
muka surat 58 hingga 63 ada menerangkan tentang asas-asas hubungan etnik di
Malaysia seperti asimilasi dan akomodasi. Buku tersebut telah menerangkan dengan
terperinci bagaimana asas-asas hubungan etnik menyambung persepakatan antara
masyarakat berbilang etnik di Malaysia. Selain itu, media elektronik juga digunakan
iaitu internet untuk mencari bahan-bahan rujukan tambahan selain buku rujukan yang
terdapat di perpustakaan.

Selain itu, borang soal selidik juga digunakan bagi menjalankan soal selidik
bersama 20 orang responden dari pelbagai etnik seperti melayu, cina dan india. Juga,
kaedah temubual juga digunakan dalam kajian ini. Beberapa orang ditemuramah di
sekitar Pulau Pinang untuk mengetahui tahap kesedaran mereka terhadap
pengaplikasian dalam asas-asas hubungan etnik di Malaysia. Kami juga meminta
mereka mengisi borang soal selidik yang mengandungi beberapa soalan yang perlu
dijawab dan memberi pendapat mereka tentang langkah-langkah penambahbaikan yang
boleh diguna pakai dalam mengeratkan lagi persepakatan antara etnik di Malaysia.

Akhir sekali, program Microsoft excel digunakan untuk menganalisa data-data


yang kami dapat daripada responden. Analisis daripada boring soal selidik mereka
dengan menterjemahkan ke dalam gambaran graf, jadual dan peratusan.

11
CTU 555 – MALAYSIAN HISTORY

5.0) DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Bahagian ini merupakan hasil dapatan kajian dan analisis soal selidik daripada
responden yang telah ditemubual di sekitar Pulau Pinang. Para responden perlu
menjawab empat (4) bahagian dalam borang tersebut iaitu Bahagian A, B C dan D.

1) Analisis Bahagian A

Rajah-rajah di bawah tersebut menunjukkan 20 orang responden yang telah ditemu


ramah dalam kajian lapangan ini. Berdasarkan Rajah 1.1, sebanyak 47% responden
terdiri daripada golongan wanita bersamaan 9 orang responden. Manakala selebihnya
adalah 11 lelaki bersamaan 55% daripada responden. Ini bermaksud majoriti responden
adalah dalam kalangan lelaki. Rajah 1.2 pula adalah umur responden yang ditemu
ramah dalam kerja khusus ini. Umur responden yang menjadi majoriti dalam temu
ramah ini adalah sebanyak 45% bersamaan 9 orang iaitu golongan yang berumur antara
19 hingga 25 tahun. Manakala golongan kedua tertinggi adalah golongan yang berumur
31 tahun keatas iaitu sebanyak 25% bersamaan 5 orang daripada seluruh responden.
Golongan bawah 18 tahun dan yang berumur 26 hingga 30 tahun berkongsi jumlah
responden yang sama iaitu 3 orang, menempatkan 2 golongan ini paling rendah
jumlahnya antara responden.

Rajah 1.1 Jantina Responden (2019)

12
CTU 555 – MALAYSIAN HISTORY

Rajah 1.2 Umur Responden (2019)

Rajah 1.3 Bangsa Responden (2019)

Rajah 1.3 merupakan carta pai bagi bangsa responden dalam temu duga kerja
khusus yang telah dijalankan. Majoriti responden adalah daripada kalangan bangsa
majoriti negara ini iaitu Melayu sebanyak 50% bersamaan 10 orang responden
manakala 2 bangsa utama lagi iaitu Cina dan India berkongsi peratusan dan jumlah yang
sama iaitu sebanyak 25% bersamaan 5 orang responden setiap bangsa.

13
CTU 555 – MALAYSIAN HISTORY

Rajah 1.4 Agama Responden (2019)

Rajah 4 adalah peratusan agama bagi responden-responden yang ditemuduga.


Menurut carta pai, yang mendominasi adalah daripada responden yang beragama Islam
bersamaan 50% iaitu 10 orang. Responden yang beragama Hindu pula ditempat yang
kedua iaitu sebanyak 25% daripada seluruh responden bersamaan 5 orang responden. 2
golongan minoriti agama bagi responden adalah daripada agama Kristian dan Buddha
iaitu 15% dan 10% daripada jumlah keseluruhan bersamaan 3 dan 2 orang sahaja.

2) Analisis Bahagian B

Terdapat tiga (3) pra soalan ditujukan kepada responden-responden tersebut bagi
mengenal pasti cara hidup berjiran dengan masyarakat lain dalam kehidupan seharian.
Soalan-soalan adalah seperti berikut:

i. Anda mempunyai jiran yang berlainan bangsa?

Soalan ini bertujuan bagi mengesan sebanyak mana masyarakat kita yang hidup
bersama kaum lain sebagai jiran.

ii. Adakah anda selesa berjiran dengan jiran berlainan bangsa?

Soalan ini pula ditujukan bagi mengenal pasti adakah mereka boleh terima
segala baik buruk jiran berlainan bangsa dengan mereka.

14
CTU 555 – MALAYSIAN HISTORY

iii. Adakah anda mengenali kaum lain dengan lebih mendalam?

Soalan ini adalah untuk melihat sejauh mana mereka iaitu responden mengenali
dan memahami segala yang diamalkan secara praktikal, spiritual dan tanggapan
mereka terhadap kaum lain.

Soalan di atas telah diberikan 2 pilihan jawapan sahaja iaitu YA dan TIDAK. Data
kajian dipamerkan di rajah di bawah.

Rajah 2.1 Graf Bar Jawapan Responden untuk Tiga (3) Pra-soalan

Berdasarkan jawapan daripada responden menurut soalan-soalan diatas bagi soalan


pertama iaitu berkenaan kawasan kejiranan responden sama ada hanya berjiran dengan
kaum yang sama atau tinggal di kejirananan yang diduduki pelbagai bangsa. Menurut
20 responden yang dipilih secara rawak di kawasan Pulau Pinang majoriti responden
ada berjiran dengan kaum yang lain daripada kaum mereka iaitu sebanyak 16 orang
responden bersamaan 80% daripada seluruh jumlah responden. Hal ini tidak lah
mengejutkan kerana di Pulau Pinang tidak ada kaum yang mendominasi negeri tersebut
seperti di negeri-negeri Pantai Timur.

15
CTU 555 – MALAYSIAN HISTORY

Bagi soalan kedua iaitu berkenaan keselesaan mereka berjiran dengan kaum selain
daripada mereka. Menurut responden, jumlah yang selesa berjiran dengan selain kaum
mereka lebih tinggi daripada responden yang sedang berjiran dengan kaum yang
berlainan dengan mereka. Hal ini menunjukan ramai dalam kalangan kaum di Malaysia
berminat untuk mengenali dan mengeratkan lagi hubungan dan perpaduan dalam
negara. Statistik menunjukan peningkatan sebanyak 5% daripada 80% yang sedang
berjiran dengan kaum lain, menjadikan jumlah keseluruhan yang bersetuju adalah 85%.
Manakala yang tidak bersetuju berkemungkinan ada masalah ketidak fahaman ataupun
masalah individu jiran mereka.

Soalan ketiga adalah berkenaan kefahaman budaya dan agama selain daripada
mereka. Jawapan daripada responden adalah sangat mengejutkan iaitu 50% daripada
responden tidak memahami agama kaum selain daripada mereka. Manakala 50% lagi
memahami, menunjukan keprihatinan mereka terhadap kaum lain sangat baik dan usaha
mereka bagi mengeratkan perpaduan sangat tinggi.

3) Analisis Bahagian C

JADUAL 1 Taburan dan Peratusan Jawapan bagi Soalan yang dikemukakan Kepada
20 Responden.
ITEM SOALAN 1 2 3 4
1 Saya sering menyapa jiran yang f 1 3 12 4
sama atau berlainan bangsa ketika % (5.0) (15.0) (60.0) (20.0)
bertemu.
2 Saya sering bergaul dengan rakan f 2 2 9 7
yang terdiri daripada pelbagai % (10.0) (10.0) (45.0) (35.0)
etnik/kaum dalam kehidupan
seharian.
3 Saya memahami dan menghormati f 1 0 13 6
agama dan adat resam kaum lain. % (5.0) (0.0) (65.0) (30.0)
4 Saya cuba mengelak daripada f 1 2 9 8
bercakap atau melakukan sesuatu % (5.0) (10.0) (45.0) (40.0)
yang menimbulkan sensitiviti kaum
lain.
5 Saya cuba menyelesaikan dengan f 0 0 15 5
cara yang baik apabila timbul atau % (0.0) (0.0) (75.0) (25.0)
berlaku perselisihan faham.
6 Saya sering membantu dan f 0 5 10 4
bekerjasama bersama kaum lain % (0.0) (25.0) (55.0) (20.0)

16
CTU 555 – MALAYSIAN HISTORY

ketika menyelesaikan sesuatu


masalah atau majlis/program.
7 Saya sering menyertai program f 2 6 11 1
yang dianjurkan di kawasan % (10.0) (30.0) (55.0) (5.0)
kejiranan yang melibatkan semua
kaum.
8 Saya menganggap jiran saya yang f 2 4 10 4
sama atau berlainan bangsa seperti % (10.0) (20.0) (50.0) (20.0)
saudara sendiri.
9 Saya sering melawat jiran saya f 1 6 10 3
ketika sesuatu perayaan untuk % (5.0) (30.0) (50.0) (15.0)
meraikan perayaan dan
mengeratkan lagi hubungan
persaudaraan.
10 Saya sering mengambil berat akan f 0 3 13 4
keadaan jiran atau rakan yang % (0.0) (15.0) (65.0) (20.0)
berlainan bangsa.
11 Saya tidak membiarkan jiran yang f 0 3 12 5
berlainan bangsa berada dalam % (0.0) (15.0) (60.0) (25.0)
kesusahan.
12 Saya pernah memberi sedikit f 1 2 15 2
sumbangan ketika sesuatu bencana % (5.0) (10.0) (75.0) (10.0)
berlaku yang memberi manfaat
kepada semua tidak kira berlainan
kaum.
13 Saya memastikan keselamatan f 0 3 12 5
rumah dalam keadaan selamat % (0.0) (15.0) (60.0) (25.0)
apabila jiran meminta supaya
menjaganya ketika jiran tiada.
14 Saya berpendapat bahawa f 0 3 9 8
kesedaran masyarakat terhadap % (0.0) (15.0) (45.0) (40.0)
perpaduan antara kaum kini
semakin erat.
15 Saya berpendapat bahawa sesebuah f 1 0 7 12
negara yang mempunyai hubungan % (5.0) (0.0) (35.0) (60.0)
etnik yang stabil dapat membawa
kemakmuran kepada negara ini.
Nota: 1 – Sangat Tidak Setuju, 2 – Tidak Setuju, 3 – Setuju, 4 – Sangat Setuju, f – frekuensi, % -
peratusan

Jadual 1 menunjukkan tahap hubungan etnik bagi soalan-soalan yang dikemukakan


kepada 20 responden. Soalan-soalan tersebut berdasarkan asas-asas hubungan etnik
yang di gariskan oleh Islam. Bagi Soalan 1, majoriti responden iaitu 12 orang bersamaan
60 peratus memilih setuju. 20 peratus bersamaan 4 orang memilih sangat setuju.
manakala 15 dan 5 peratus iaitu bersamaan 3 dan 1 orang itu tidak setuju dan sangat

17
CTU 555 – MALAYSIAN HISTORY

tidak setuju dengan pertanyaan tersebut. Bagi Soalan 2, 45 peratus iaitu bersamaan
dengan 9 orang responden memilih setuju, manakala 35 peratus bersamaan 7 orang
memilih sangat setuju dengan soalan di atas. Selebihnya, responden yang memilih tidak
setuju dan sangat tidak setuju dengan soalan tersebut mempunyai jumlah responden
yang sama iaitu 10 peratus bersamaan 2 orang responden.

Tujuan soalan di atas adalah untuk melihat sejauh mana tahap interaksi dan
perkenalan responden terhadap bangsa yang sama atau berlainan bangsa ketika bertemu
yang berkait rapat dengan konsep al-Ta’aruf. Ini dapat disimpulkan bahawa
berdasarkan dua soalan tersebut, para responden mampu mengatasi masalah
kepercayaan dan perasaan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain atau dikenali
sebagai perasaan prejudis dalam kalangan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai
kaum. Mereka juga menganggap kaum selain mereka adalalah tidak berbeza dan
mengamalkan sikap keterbukaan dalam kehidupan seharian.

Bagi Soalan 3, majoriti responden memilih setuju seramai 13 orang bersamaan 65


peratus dan juga memilih sangat setuju seramai 6 orang bersamaan 30 peratus. Walau
bagaimanapun, terdapat seorang responden yang mewakili 5 peratus memilih sangat
tidak setuju. Ini tidak sangat mempengaruhi responden lain yang memahami agama dan
adat kaum lain. Bagi Soalan 4, seramai 9 orang mewakili 45 peratus memilih setuju dan
8 orang bersamaan 40 peratus memilih sangat setuju. Manakala selebihnya, seramai 3
orang mewakili 15 peratus yang memlih kategori tidak setuju. Bagi soalan 5, kesemua
responden memilih bersetuju dan sangan setuju dengan kenyataan tersebut.

Ketiga-tiga soalan di atas berkait rapat dengan konsep al-Tafahum yang bermaksud
saling memahami. Ini dapat menunjukkan para responden mempunyai sikap memahami
antara satu sama lain yang berlainan etnik dan juga menjaga sensitiviti kaum lain serta
mengelakkan perselisihan di antara kaum yang besesuaian dengan konsep al-Tafahum
yang digariskan oleh Islam. Menjaga sensitiviti agama dan adat kaum lain sangat
penting kerana ia merupakan sesuatu yang subjektif dan tidak boleh dipertikaikan jika
disentuh kerana ia telah diamalkan sejak sekian lama.

Berdasarkan Soalan 6, menunjukkan bahawa majoriti reponden seramai 10 orang


bersetuju mewakili 55 peratus dan seramai 4 orang mewakili 20 peratus memilih sangat
setuju. Selebihnya, 5 orang responden memilih tidak setuju yang mewakili 25 peratus.

18
CTU 555 – MALAYSIAN HISTORY

Bagi Soalan 7, majoriti responden memilih setuju seramai 11 orang yang mewakili 55
peratus. Manakala di tempat kedua, responden memilih tidak setuju adalah seramai 6
orang yang mewakili 30 peratus.

Aspek yang sangat perlu difokuskan dalam kedua-dua soalan ini adalah salah satu
asas hubungan etnik iaitu At-Ta’awun bererti saling bekerjasama. Berkerjasama dalam
konteks hubungan antara etnik adalah bekerjasama bukan hanya dalam kalangan
sesama agama atau bangsa tetapi lebih dari itu. Konsep bekerjasama dalam soalan ini
sangat penting bagi melihat sejauh mana keutuhan individu dan bangsa tersebut dalam
mengaplikasikan hubungan sesama etnik di negara yang berbilang kaum ini. Peratusan
yang dapat dikumpul bagi mereka yang mengamalkan apa yang disoal dalam soalan
menentukan apakah majoriti masyarakat kita mengamalkan atau tidak konsep At-
Ta’awun sesama bangsa lain dalam kehidupan mereka atau mereka hanya memilih
semata-mata hanya menghadiri program yang melibatkan kaum atau upacara agama
mereka sahaja. Hasil yang dapat diperolehi daripada Soalan 7 dan 8 kelihatan positif
kerana pengaplikasian konsep At-Taa’wun diamalkan dengan baik. Hal ini
berkemungkinan kerana tiada sikap prejudis sesama bangsa dan yakin bahawa
kehadiran bangsa atau agama lain dapat membantu kelancaran program malah
membuatkan program kelihatan meriah. Walau bagaimanapun, maklum balas yang
positif daripada responden tidak terlalu kukuh kerana daripada pengamatan kami
bahawa kebanyakkan program di sekitar kejiranan yang dianjurkan melibatkan kaum
tertentu tetapi terdapat juga banyak program yang melibatkan semua kaum yang
dianjurkan oleh pihak kerajaan.

Bagi Soalan 8 menunjukkan bahawa seramai 10 orang mewakili 50 peratus


memilih setuju dan empat orang mewakili 20 peratus mwmilih sangat setuju.
Selebihnya, sebanyak 30 peratus responden memilih tidak setuju dan sangat tidak
setuju. Manakala untuk Soalan 9 juga seramai 10 orang memilih setuju dan empat orang
responden memilih sangat setuju. Selebihnya, sebanyak 35 peratus responden memilih
tidak setuju dan sangat tidak setuju.

Soalan diatas adalah soalan yang sukar ditafsirkan dalam masyarakat kita hari ini.
Sedangkan sesama kaum dan agama ada permusuhan dan perasaan benci-membenci,
inikan pula berlainan bangsa. Intipati soalan ini berkait rapat dengan salah satu asas
hubungan sesama etnik iaitu konsep Al-Ukhuwah. Al-Ukhuwah bererti persaudaraan

19
CTU 555 – MALAYSIAN HISTORY

iaitu perhubungan bersaudara atau pertalian yang rapat. Persaudaraan dalam konteks
hubungan antara etnik adalah berasaskan ajaran Islam yang menganjurkan persaudaraan
atas dasar keiman dan ketaqwaan. Persaudaraan dalam Islam yang dimaksudkan
meliputi seluruh kelompok masyarakat tidak kira kedudukan, nasab keturunan status
sosial dan harta. Persaudaraan ini bukan hanya dapat diamalkan oleh orang-orang Islam
semata-mata walaupun ianya berasal daripada ajaran Islam untuk menganggap
seseorang itu saudara walaupun tidak mempunyai apa-apa pertalian darah, malah dapat
juga di praktikkan oleh kaum lain untuk menganggap kaum selain mereka juga adalah
seperti adik-beradik mereka agar ikatan perpaduan menjadi utuh dan teguh bagai aur
dengan tebing. Keputusan akhir daripada responden di kawasan Pulan Pinang ini begitu
positif kerana pengaplikasian konsep hubungan sesama etnik dari sudut al-Ukhuwah
atau persaudaraan diamalkan secara optimum.

Bagi Soalan 10 menunjukkan bahawa majoriti memilih setuju dan sangat setuju
adalah seramai 17 orang mewakili 85 peratus. Selebihnya, sebanyak 15 peratus
responden memilih tidak setuju. Manakala untuk Soalan 11 juga majoriti memilih setuju
dan sangat setuju. Berdasarkan kedua-dua soalan di atas, ini merujuk kepada asas
hubungan etnik al-Mahabbah yang membawa maksud berkasih sayang sesama
masyarakat yang berbilang kaum. Peratusan ini menunjukkan pada tahap yang
memberangsangkan bahawa masyarakat di Pulau Pinang telah mengamalkan sikap
berkasih sayang dalam kehidupan kejiranan mereka. Al-Mahabbah merupakan salah
satu sifat kemanusiaan yang sewajarnya disemai dan dipupuk dalam sanubari setiap
anggota masyarakat. Sifat kasih sayang mampu mengikat hubungan kemesraan di
kalangan masyarakat pelbagai etnik. Apabila hati dengan hati bertaut erat, maka
hilanglah sifat bermusuh-musuhan, benci-membenci, dan perasaan hasad dengki antara
satu sama lain. Oleh itu, jika al-Mahabbah dapat diterapkan pada setiap individu dalam
sesebuah masyarakat, sebarang permusuhan dan pertelingkahan dapat dielakkan.

Untuk Soalan 12 dan 13 menunjukkan bahawa majoriti memilih setuju dan tidak
setuju masing-masing sebanyak 85 peratus. Maka selebihnya adalah memilih tidak
setuju dan sangat tidak setuju. Berdasarkan kedua-dua soalan di atas, ia merujuk kepada
asas hubungan etnik al-Tadhamun iaitu usaha untuk mewujudkan masyarakat yang
bertanggungjawab, terutama untuk membantu masyarakat yang berbeza kaum dan etnik
menghadapi masalah dalam kehidupan. Ini merupakan suatu jaminan sosial kepada

20
CTU 555 – MALAYSIAN HISTORY

setiap ahli masyarakat tanpa mengira etnik. Dengan lain perkataan ia merupakan hak
asasi manusia yang dianjurkan oleh Islam. Penduduk di sekitar Pulau Pinang majoriti
bersikap baik, tolong menolong dan tidak memusuhi di antara satu sama lain maka
kebajikan sesama mereka walaupun terdiri dari pelbagai etnik mesti dipelihara dan
dijamin kerana setiap pihak menginginkan keharmonian dan hubungan baik.Selain itu,
hak jiran penduduk Pulau Pinang sentiasa terpelihara kerana mereka sering berbuat baik
kepada jiran tanpa mengira jiran itu mempunyai hubungan darah, jiran Islam ataupun
jiran yang bukan beragama Islam walaupun berlainan kepercayaan agama.

Bagi Soalan 14 menunjukkan kebanyakkan memilih setuju dan sangat sebanyak 85


peratus berjumlah 17 orang. Manakala selebihnya memilih tidak setuju dan sangat tidak
setuju. Pada Soalan 15 pula, majoriti responden memilih sangat setuju dan setuju dan
antara yang tertinggi daripada soalan-soalan yang lain yang berpendapat bahawa
hubungan etnik yang stabil membawa kemakmuran pada negara iaitu sebanyak 95
peratus. Walau bagaimanapun, terdapat seorang responden memilih untuk sangat tidak
bersetuju dengan soalan ini.

Kedua-soalan ini merupakan soalan yang bersifat umum bagi mengetahui sejauh
manakah pengetahuan dan tahap kesedaran responden berkaitan isu-isu semasa di
negara ini yang menyentuh keharmonian serta perpaduan yang berlainan kaum. Reaksi
para responden menunjukkan suatu yang positif kerana mereka peka terhadap isu-isu
semasa di negara ini. Persepaduan kaum kini semakin erat kerana kesemua asas-asas
pengaplikasikan hubungan etnik antara kaum telah diamalkan oleh masyarakat di Pulau
Pinang iaitu at-Taaruf, al-Tafahum, al-Taawun, al-ukhuwah, al-Mahabah dan al-
Tadhamun. Kita juga berpendapat hubungan etnik yang baik antara melayu, cina dan
india dapat meransang pertumbuhan ekonomi yang sangat pesat kerana berlaku proses
bantu membantu antara kaum. Justeru itu, perkara-perkara yang boleh membangkitkan
sentimental perkauman perlulah dielakkan supaya persepakatan antara kaum dapat
dieratkan. Rakyat Malaysia perlulah saling bekerjasama dengan kerajaan untuk
memastikan pentadbiran negara dapat dijalankan dengan mudah dan lancar kerana
tunjang kepada sesuatu negara yang maju datang dari masyarakat yang bersepakat dan
bersatu-padu.

21
CTU 555 – MALAYSIAN HISTORY

6.0) RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Secara tuntas, pengaplikasian enam asas hubungan etnik yang digariskan oleh
Islam sangat penting untuk menjamin keharmonian dan perpaduan masyarakat
Malaysia. Walau bagaimanapun, setiap individu tidak kira berlainan bangsa seharusnya
mengambil inisiatif untuk mengamalkan sikap untuk mengenali serta memahami antara
satu sama lain, bekerjasama mengukuhkan keharmonian negara, membentuk
persaudaraan yang sejati dan berkasih sayang tanpa permusuhan dan juga menjamin
hak-hak masyarakat yang berbilang kaum. Kita tidak seharus mempunyai sikap
berlepas tangan untuk tidak mengamalkannya dalam kehidupan seharian serta tidak
boleh membiarkan pihak-pihak tertentu seperti kerajaan dan NGO-NGO bersendirian
bertungkus-lumus menjamin keharmonian dan perpaduan kaum di nergara ini tanpa
kerjasana daripada setiap individu masyarakat. Hal ini kerana, untuk menjamin serta
mengekalkan perpaduan dan keharmonian antara kaum merupakan cabaran terbesar
pihak kerajan sejak selepas kemerdekaan. Cabaran ini perlu disahut dan direalisasikan
oleh semua peringkat masyarakat yang berbilang kaum sehingga ke akhir hayat.

Dalam Islam, setiap individu dan masyarakat Islam diberi kelonggaran untuk
menjalinkan hubungan dengan orang bukan Islam selagi mereka tidak memusuhi Islam
dan orang Islam juga tidak seharusnya melampaui batas dalam menjalinkan hubungan
dengan bukan Islam dengan mengambil kesempatan ke atas hak-hak mereka. Oleh itu,
enam asas hubungan etnik yang digariskan Islam perlu diikuti oleh setiap muslim untuk
mengekalkan keharmonian dan perpaduan kaum yang telah lama diamalkan sejak
zaman Rasulullah s.a.w ketika membentuk negara Islam Madinah dan Khulafa’
Rasyidin selepasnya. Ini juga selaras dengan firman Allah s.w.t di dalam Al-Quran yang
bermaksud:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki
dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku
puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan
yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang
lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya

Surah al-Hujurat 49: 13

22
CTU 555 – MALAYSIAN HISTORY

Firman Allah s.w.t:

Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada
orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak
mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah
mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

Surah al-Mumtahanah 60: 8

Akhir sekali, Kerja Lapangan CTU555 ini diharap dapat membantu pihak-pihak
tertentu dalam merangka program yang membabitkan aktiviti bersama antara etnik dan
mennyemat asas hubungan etnik dalam setiap individu untuk memupuk keharmonian
antara bagi membentuk satu masyarakat yang kukuh dan bersatu padu.

23
CTU 555 – MALAYSIAN HISTORY

7.0) RUJUKAN

1) Shamsul Amri Baharuddin (2012). Modul Hubungan Etnik. Institut Kajian


Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia.
2) Nazri Muslim, et.al. (2011). Hubungan Etnik di Malaysia dari Perspektif
Islam. Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor.
3) Hamidah Ab Rahman, et.al. (2011). Kajian Tinjauan Hubungan Etnik di
Johor Bahru. Universiti Teknologi Malaysia.
4)

24

You might also like