You are on page 1of 6

SAINS DAN TEKNOLOGI ISLAM

CTU211

Tajuk :

Disediakan oleh :
Nama No. Pelajar
1. Mohamad Barsyik Mirza Bin 2019241704
Mohamed Arshad
2. Khairul Nisak Binti Mohamad Sharin 2019280956
3. Nurul Sakinah Binti Che Rahi 2019426508
4. Siti Nuraishah Atirah Binti Muhamad 2019410758
Latef

Disediakan untuk:
Ustazah

AS1163B2

Kategori Penilaian Markah


Pengenalan / Pendahuluan
Isi + huraian
Cadangan / Kesimpulan
Rujukan / Bibliografi
Etika & Profesional

SEMESTER I 2019/2020 / SEP 2019 – JAN 2020

Pendahuluan
SAINS
Sains merupakan suatu proses pengumpulan ilmu atau maklumat dan penyusunannya.
Perkataan ‘sains’ berasal daripada Bahasa Latin iaitu ‘scinetia’ yang bermaksud
pengetahuan manakala dalam Bahasa Arab pulak ialah Al-Ilm yang bermaksud tahu. Sains
bermula dengan pengalaman dan kemudiannya mendapatkan fakta dan peraturan
daripadanya. Sains berasal dari kata natural science atau ilmu pengetahuan alam iaitu ilmu
yang terdiri daripada biologi, fizik, kimia, geografi dan astronomi yang telah menjelaskan
setiap fenomena yang berlaku di alam ini.
Ilmu sains juga termasuk dalam mempelajari fenomena alam yang dapat dikembangkan
melalui pengamatan langsung dalam mencari hubungan sebab dan akibat daripada perkara
yang diamati. Sains juga boleh didefinisikan sebagai ilmu yang dihasilkan melalui cerapan
iaitu analisis dengan menggunakan pancaindera serta fahaman yang lahir daripadanya.
Sains juga boleh diertikan sebagai huraian secra sistemati tentang fenomena tabi’I atau
alam semula jadi.
Sains dalam Islam wajib kita untuk mempercayai bahawa sains mula dipraktikan sejak dari
zaman Nabi Adam AS. Bidang-bidang ilmu sains di dunia Islam mula diwarisi dan
dikembangkan oleh umat Islam. Mereka juga dapat membina dan membangunkan
Tamadun Islam dengan hanya mempelajari ilmu sains. Sains moden pula dibina oleh para
saintis barat yang mempelajari ilmu-ilmu sains dari saintis Islam dan mengembangkannya
ke dalam dunia Eropah. Semua kekayaan ilmu di dunia ini bermula daripada Tamadun
Islam sendiri. ‘Kaedah saintifik’ yang diguna pakai sebenarnya ialah ‘Kaedah Islam’.
Firman Allah SWT:

“Dan jika kamu takuti (sesuatu bahaya) maka sembahyanglah sambal berjalan atau
berkenderaan, kemudian apabila kamu telah aman sentosa, maka hendaklah kamu
mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang secara yang lebih sempurna),
sebagaimana Allah telah mengajar kamu apa yang kamu tida mengetahuinya.
[Al-Baqarah:239]
Ilmu yang sebenar ialah ilmu yang dapat membawa manusia mengenal khaliqnya.
Makrifatullah ialah sumber bagi ilmu yang manusia ada untuk mendekatkan diri kepada
Allah SWT. Tujuan menuntut ilmu sangat digalakkan bagi mendekatkan diri kepada Allah
bagi membolehkan manusia mencapai tahap kesempurnaan hidup untuk memperhambakan
diri dan beribadat kepada Allah dan meningkatkan ketakwaan. Natijahnya, sains
merupakan ilmu yang diperolehi dengan sumber yang kukuh dan mestilah berpandukan al-
Quran dan al-Hadis. Ianya bertentangan dengan fahaman barat tentang sains iaitu ilmu
sains tidak perlu diselarikan dan bersumberkan dengan mana-mana kitab agama. Dengan
adanya ilmu sains, manusia dapat mengenal penciptanya dan dapat mendekatkan diri
kepada Allah SWT seterusnya dapat meningkatkan iman seseorang muslim sehingga
mencapai tahap kesempurnaan hidup dengan memperhambakan diri kepada Allah SWT.
Sains juga merupakan suatu ilmu yang bersumberkan wahyu dan bersifat mengatasi akal.
Hal ini kerana wahyu dating dari kuasa tanpa batas manakala akal terbatas. Sains tidak
boleh mengatasi wahyu.
Firman Allah SWT:

“al-Quran ini adalah pedoman bagi manusia, petunjuk dan rahmat bagi kaum yang
menyakini”
[Al-Jaathiyah:20]

TEKNOLOGI
Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan.
Antaranya ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk
menyelesaikan masalah manusia. Istilah teknologi berkait rapat dengan inovasi dan gadget
menggunakan prinsip sains dan proses terkini. Namun, rekaan lama seperti tayar masih
menunjukkan teknologi. Teknologi juga disebut sebagai penggunaan bersistem
pengetahuan sains untuk tujuan amali atau pelaksanaan pengetahuan praktikal dan
teknikal.
Teknologi dalam Islam menggunakan istilah sina’ah atau ilmu guna. Teknologi merupakan
pengetahuan yang berhubung Teknik menggunakan pengetahuan sains yang direka bagi
tujuan untuk memberikan kemudahan dan kemakmuran kepada manusia tapan unsur
kerosakan.
Firman Allah SWT:

“Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan
sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian)
kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-
perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan
bertaubat).”
[Al-Ruum]

Firman diatas bermaksud, sesuatu ciptaan mestilah tidak mengganggu ekosistem alam raya
dan penggunaannya tidak terkeluar daripada prinsip-prinsip keadilan, kebenaran,
Sunnahtullah, Shariah Islamiah dan nilai etika Islam.

Penghasilan teknologi baru sangat diperlukan dari masa ke masa dengan harapan dapat
mencipta sesuatu yang akan menyempurnakan keperluan umat manusia dan umat Islam
selaras dengan kehendak syariat. Sebagai contoh, teknologi perancangan bandar bagi
memenuhi keperluan manusia. Teknologi bukan semestinya suatu yang zahir atau tidak
nyata tetapi boleh dihuraikan dalam membantu manusia dalam menjalani ibadah dalam
kehidupan seharian. Sebagai contoh, teknologi IT dalam membantu umat Islam dalam
pembayaran zakat, wakaf, dan infaq melalui penciptaan laman sesawang, kalkulator zakat
dan laeah pembayaran secara ‘bank-in’ melalui capaian internet.
TAZKIYAH
Tazkiyah berasal dari perkataan Bahasa Arab yang bermaksud pembersihan atau
penyuburan. Dalam ahli Tasawuf, tazkiyah merujuk kepada bersih daripada sifat keji
dalam diri dan kezaliman lahiriyah. Pembersihan dalam konsep Tazkiyah melibatkan dua
proses utama iaitu:
1. Al-Takhalli
2. Al-Tahalli

Al-Takhalli bermaksud membersihkan diri daripada sifat-sifat yang tercela manakala Al-
Tahalli pula bermaksud menghias jiwa dengan sifat-sifat yang mulia sebagaimana yang
dituntut oleh Islam.
Hakikatnya, manusia yang mempunyai sifat Tazkiyah itu memiliki tubuh badan yang
jiwanya cerah hasil dari limpahan cahaya hidayah yang diberikan Allah SWT.Hidupnya
tidak lagi dikuasai oleh sifat kebinatangan. Saintis dan teknokrat Islam perlu melakukan
Tazkiyah dalam setiap aktiviti sains dan teknologi yang dijalankan.
Tazkiyah juga menjadikan manusia menitikberatkan pelbagai aspek termasuklah aspek
ibadah, Tauhid dan akhlak tanpa keraguan menerima dengan taat segala perkara yang
diperintahkan Allah SWT. Ini kerana proses penyucian dalam konsep Tazkiyah bergantung
kepada medium iaitu melaksanakan perkara wajib, meninggalkan perkara yang haram dan
shubhat, menambahkan kesungguhan untuk melaksanakan perkara yang sunat menjaga
adab dan akhlak, bergaul dengan orang solihin.
Tazkiyah juga mencakupi usaha untuk meninggalkan segala larangan dan perkara yang
membawa kepada dosa. Ibrahim A-Khawwas menyatakan lima perkara yang boleh
menyucikan hati iaitu membaca Al-Quran, mendirikan solat malam, mengosongkan perut,
tadarrus di waktu sahur dan mujalasah dengan orang-orang soleh. Asas falsafah Tazkiyah
sangat penting dalam sains dan teknologi dalam memelihara makhluk dan alam ini. Contoh
Tazkiyah dalam sains ialah tidak mencemarkan alam dan menambahkan kerosakan seperti
bom nuclear.

‫الذين يذكرون اللقيما وقعودا‬


‫على جثوبهم ويتفكرون في خلق الموت واألرض‬
‫راماخلتهابط بنك قناعذاباالر‬

Maksudnya: Orang yang menyebut dan mengingati ALLAH semasa mereka berdiri, duduk
dan baring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi
sambil berkata "Wahai Tuhan kami, tidaklah engkau menjadikan benda-benda ini dengan
sia- sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada azab neraka.'

[ Al-Imran,191]
UBUDIYAH
Ubudiyah memberi maksud pengabdian diri kepada Allah SWT dengan meletakkan setiap
kerja yang dilakukan sebagai ibadah yang akan memperoleh ganjaran pahala dia akhirat
sana.
Firman Allah SWT:

“Dan (ingatlah) Aku tidak menjadikan jin dan manusia melainkan mereka
menyembah dan beribadat kepada-Ku”.
[ Al Dzariyat: 56]

Kejadian manusia dicipta oleh Allah SWT membawa satu tugas yang wajib dilaksanakan
iaitu pengabdian diri kepada Allah SWT. Pengabdian secara mutlak hanya untuk Allah
SWT dan tidak kepada orang lain.
Firman Allah SWT:

“Wahai
orang-
orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah SWT dan taatlah kamu kepada
Rasulullah SAW dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari
kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam
sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah
SWT (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya – jika kamu benar beriman kepada Allah
SWT dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok
pula kesudahannya.
[ An-Nissa’:59]

Ubudiyah terbahagi kepada 3 skop:


1. Tunduk hati kepada Allah SWT dalam apa jua yang dilakukan.
2. Taat kepada Allah SWT tanpa rasa berat.
3. Bertawakkal kepada Allah SWT.
Ubudiyah dalam sains dan teknologi Islam.
1. Melahirkan saintis dan teknorat yang patuh dan taat pada perintah Allah SWT.
2. Mempunyai tujuan dan matlamat yang jelas dalam kehidupan untuk mencari
keredhaan Allah SWT.
3. Tidak merasa berat dalam menjalankan pengabdian diri kepada Allah SWT.
4. Bertambah keimanan kepada Allah melalui kajian dan penyelidikan yang dijalankan.

You might also like