You are on page 1of 11

NAMA : Mohd Suffian bin Padillah

NO. MATRIK: 831222125157

PROGRAM : BOSHM, OUM

KEDUDUKAN ERGONOMIK BAGI SEORANG KERANI HOSPITAL

UMUM SARAWAK SEMASA BEKERJA MENGGUNAKAN KOMPUTER

BAGI MENGATASI PENYAKIT BERKAITAN MUSKULOSKELETAL

1. Pengenalan dan latar belakang kajian

2. Definisi ergonomik.

Istilah ergonomik ini berasal daripada perkataan Greek ergon yang bermaksud

kerja dan nomos yang membawa maksud undang-undang tabie. Menurut American

Heritage Dictionary, edisi ke4 (2000) pula mengatakan ergonomik berasal dari

perkataan ergon yang membawa maksud kerja dan nomics yang berasal dari

perkataan oikos (rumah) serta nemein yang bermaksud mengurus. Secara ringkasnya

istilah ergonomik ini dapat disebut sebagai pengurusan pekerjaan.

Ergonomik menurut definisi Geotsh (1999) menyatakan bahawa ia merupakan

salah satu cabang sains dalam penyesuaian tempat kerja serta elemen persekitaran

terhadap perkerja .

Kroemer KHE (1994) pula memberikan maksud ergonomik adalah sebagai satu

disiplin untuk mengkaji sifat-sifat manusia untuk menghasilkan rekabentuk yang

sesuai dengan kehidupan dan persekitaran pekerjaan. Antara lain ia juga membawa

kepada aktiviti penyesuaian tugas dan persekitaran kerja terhadap pekerja,dan

merupakan suatu semakan berkenaan sejauh mana suatu tugasan itu dapat
dilaksanakan tanpa memberi beban kepada badan dan tidak merisikokan kepada

kesihatan pada jangka masa yang panjang.

The american industrial hygiene association (AIHA) mendefinisikan ergonnomik

sebagai salah satu daripada cabang sains yang berkaitrapat dengan prinsip rekabentuk

yang berdasarkan kepada kemampuan fizikal dan psikologikal manusia dalam

menggubah, merancang dan menjalankan pekerjaan selari dengan penggunaan

peralatan, produk serta persekitaran kerja

Ergonomik merupakan pengamatan, kajian dan penelitian terhadap dua aspek iaitu

yang oertama adalah berkenaan aspek biomekanik yang melibatkan pergerakan tubuh

Muskuloskeletal merupakan sebuah sistem yang memberikan bentuk, kestabilan dan

pergerakan kepada tubuh. Ia terdiri daripada otot skeletal, tulang, sendi, ligamen,

tendon, salur darah dan juga saraf. Penyakit yang berkaitan muskulosketal (work

related musculoskeletal disease, WRMSD) ini seringkali terhasil daripada kekangan

aktiviti pekerjaan yang tidak mempunyai persekitaran kerja yang sesuai, cara

menjalankan aktiviti serta pengaturan tubuh. WRMSD ini 3 peringkat iaitu :-

i. Peringkat 1 : kesakitan, ketidakselesaan dan kekebasan

ii. Peringkat 2 : kesinambungan daripada peringkat pertama berserta keradangan,

kekangan pergerakan pada bahagian pada sendi

iii. Peringkat 3 : kesan berpanjangan peringkat 1 dan dan peringkat 2 dan diikuti

dengan kadar penyembuhan yang rendah

3. Pernyataan masalah

Umum mengetahui bahawa kerja-kerja yang melibatkan aktiviti pengkeranian

memerlukan sesorang itu untuk berada/duduk di atas kerusi untuk tempoh yang lama.
Bagi kakitangan yang bertugas sebagai kerani di Hospital Umum Sarawak, secara

amnya akan bekerja selama 8jam sehari dan hampir 80 peratus masa yang dihabiskan

adalah dalam postur yang statik (duduk) tanpa melibatkan aktiviti yang pelbagai dan

dinamik seperti berjalan, memanjat ataupun berdiri.

Seringkali diperhatikan, akibat daripada berada dalam postur duduk dalam

tempoh yang agak lama akan menyebabkan kesakitan pada bahagian bawah belakang

badan, pinggang dan kadang-kadang melibatkan kelesuan pada mata akibat terlalu

lama memandang objek yang dekat dalam tempoh yang lama

4. Kepentingan kajian

Sebab utama kajian ini dilakukan adalah bertepatan dengan misi dan visi

Jabatan Keselamaan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia yang menginginkan

pembudayaan dan pengamalan cara kerja yang selamat meliputi kesemua bidang

pekerjaan dan mancakupi keseluruhan pekerja yang berkhidmat di dalam negara kita

ini

Antara lain saya menyatakan kajian ini penting untuk dilakukan adalah kerana

sebarang tindakan yang akan dapat mempertingkat tahap pekerjaan pekerja dilihat

sebagai mematuhi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dibawah seksyen

15 (2) (e) iaitu,

‘ Adalah menjadi tanggungjawab majikan bagi membuat pengawalan dan

penyelenggaraan persekitaran pekerjaan bagi pekerja-pekerja yang setakat yang

praktik, selamat, tanpa risiko kepada kesihatan dan memadai berkenaan dengan

kemudahan bagi kebajikan mereka yang sedang bekerja’

Menurut statistik yang dikeluarkan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

(JKKP) dibawah Kementerian Sumber Manusia telah menyatakan bahawa sebanyak


127 kes WRMSD telah dilaporkan pada tahun 2017. Statistik yang dikeluarkan oleh

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)yang dipetik daripada keratan akhbar

Berita Harian, menyatakan bahawa jumlah tuntutan pampasan tertinggi (2012-2014)

yang melibatkan WRMSD adalah kecederaan pada bahagian sendi, tulang dan diikuti

kecederaan pada otot. Dalam tempoh yang sama juga terdapat sebanyak 448 kes

dilaporkan pada tahun 2012, 517 kes (2013) dan 675 kes pada tahun 2016

Walaupun di Hospital Umum Sarawak penggunaan komputer kepada setiap kerani

tidak dapat dilakukan secara menyeluruh (akibat daripada kekangan kewangan) ia

tidak dijadikan alasan kenapa kajian ini tidak perlu dilakukan. Ini adalah kerana

penggunaan komputer semakin hari semakin diperlukan dan saya mengambil

pendekatan awal untuk menyediakan para kakitangan supaya bersedia akan tatacara

penggunaan komputer dengan betul dan dengan mengatakan betul adalah untuk

memastikan bahawa kakitangan yang akan mengunakan komputer akan dapat

meningkatkan prestasi dan kemampuan diri dan bukannya akan mendatangkan lebih

banyak mudarat kepada kesihatan. Ada pepatah mengatakan ‘adalah lebih baik untuk

kita bersedia walaupun peluang belum tiba, daripada kita tidak bersedia apabila

peluang sudah berada di hadapan mata’

Walaupun lokasi kajian ini diadakan di sebuah hospital dan pemilihan profesion

dan perbincangan masalah tidak melibatkan golongan majoriti seperti pegawai

perubatan ataupun jururawat, kita tidak dapat menafi dan menidakkan kepentingan

mereka yang berkeja di belakang tabir yang mana golongan ini terlibat dalam

aktiviti-aktiviti sokongan kepada organisasi dan kakitangan yang bekerja di dalamnya.

Antara lain tugas yang dilaksanakan golongan kerani ini adalah melibatkan beberapa

kumpulan sasaran iaitu

a) Pesakit - Proses Pendaftaran ke klinik-klinik pakar, kemasukan dan discaj daripada


wad, pembayaran serta hal-hal yang melibatkan kebajikan seperti

urusan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

b) Kakitangan - Pengurusan perkhidmatan, proses pemberian gaji, tuntutan

perbelanjaan dan pengurusan kenaikan pangkat

c) Hospital/ Organisasi - pengurusan pembelian aset, bahan perubatan serta

pengurusan pembangunan infrastruktur hospital

5. Objektif kajian

Objektif am kajian ini ialah mencari jalan bagaimana kecederaan berkaitan

muskuloskeletal akibat daripada penggunaan komputer dalam tempoh yang panjang

akan dapat dikurangkan

Objektif khusus kajian ini dijalankan adalah untuk mencari cara atau

langkah-langkah yang dapat dilakukan bagi membendung serta mengurangkan insiden

WRMSD dikalangan kerani yang berkhidmat di Hospital Umum Sarawak. Ini adalah

perlu kerana peningkatan kemahiran peribadi adalah seiring dengan jumlah masa

kerja yang dijalankan dan adalah perlu diambil kira bahawa risiko unutk mendapatkan

kecederaan juga adalah relatif bagi jumlah masa berserta peningkatan tahap

pekerjaan.

6. Limitasi kajian

Perkara yang menjadi kekangan untuk menjalakan kajian ini adalah bilangan

sampel (kerani) yang dapat dicerap dan dinilai aktivitinya akibat daripada mereka ini

merupakan golongan minoriti jika dibandingkan dengan profesion lain seperti

pegawai perubatan atau pembantu pegawai perubatan.


Antara lain yang menjadi kekangan kajian ini adalah tidak semua kakitangan

pengkeranian yang berkhidmat di Hospital Umum Sarawak berkeja dengan

menggunakan komputer dan pada masa ini penggunaan komputer terhad kepada

mereka yang bertugas di bahagian kemasukan pesakit ke dalam wad dan sedikit di

bahagian pengurusan administratif

7. Metodologi kajian

i. Kajian/ rujukan di perpustakaan

ii. Maklumbalas borang kaji selidik

iii. Pemerhatian di lokasi

iv. Temubual dengan kakitangan yang berkenaan

v. Rekod kejadian kecederaan yang lepas

8. Sumber data primer

i. Pemerhatian

ii. Borang soal selidik

iii. Kaedah temubual

a. Apakah peranan dan fungsi seorang kerani yang erlibat dalam bidang

pengurusan?

b. Apakah risiko seorang kerani unutk mendapat kecederaan semasa bekerja?

c. Adakah terdapat tugas yng spesifik yang diakibatkan daripada akiviti berulang?

d. Bagaimana stress pekerjaan mempengaruhi mutu perkhidmatan?

e. Bagaimana postur tubuh yang janggal mempengaruhi bahagian atas badan

seorang kerani?

f. Apakah faktor yang mendorong keletihan pada mata?


g. Adakah terdapat langkah penyelesaian bagi mengatasi penyakit berkaitan

pekerjaan semasa menggunakan komputer sepanjang hari?

h. Bagaimana papan kekunci dapat diselaraskan bagi memastikan pergelngan tangan

sentiasa dalam keadaan normal?

i. Bagi mengekalkan posisi yang ergonomik, kerusi yang bagaimana menjadi

pilihan?

j. Bagaimana rehat seketika dapat di implemen ke dalam waktu kerja seorang

kerani?

k. Apakah adaptasi yang telah dilakukan bagi mengurangkan silau?

l. Apakah program senaman ringan yang dapat dilakukan secara rutin yang

difikirkan dapat membantu mencegah kecederaan?

9. Sumber data sekunder

i. Kajian di perpustakaan

ii. Rekod kejadian yang lepas

10. Penutup

Sebagai rumusan perlulah diambil kira bahawa dalam sesebuah organisasi hatta pada

sebuah negara sekalipun, aset terpenting adalah rakyat ataupun para kakitangan. Oleh

sebab itu, perlulah dicari suatu mekanisme atau cara penyelesaian bagaimana tahap

kesihatan serta keselamatan setiap individu akan dapat dipelihara dan dijaga sebaik

mungkin kerana ia merupakan bukan sahaja aset terpenting tambahan pula ia akan
menjadi suatu pelaburan bagi menjamin masa depan sesebuah organisasi secara

umumnya dan memebri impak yang baik kepada negara khususnya

11. Rujukan

American Federation of Government Employees [AFL-CIO] (2003). Ergonomics

melalui pautan laman sesawang http://www.afge.org//Index.cfm?

Page=Ergonomics

Balci R. and Aghazadeh, F. (1998). Influence of VDT monitor position on discomfort

and performance of user with or without bifocal lenses. Journal of Human Ergology,

27, 62-69

Balci R. and Aghazadeh, F.(2003). The effect of work -rest schedules and type of task

on the discomfort and performance of VDT users. Ergonomics,46, 455-465

Berner, K. and Jacobs, K. (2002). The gap between exposure and implementation of

computer workstation ergonomics in the workplace. Work. A Journal of Prevention,

Assessment and Rehabilitation, 19, 193-199

Bureau of Labor Statistics, US Department of Labor (2004). Lost-worktime injuries

and illness: Characterisics and resulting time away from work,2002. melalui laman

sesawang , http://stats.bls.gov/news.release/osh2.nr0.htm

Bureau of Labor Statistics, US Department Of Labor (2004-2005). Occupational

Outlook Handbook [atas talian] http://www.bls.gov/oco/

Diane Redman, Ardath Lunbeck (2012). Ergonomics : Body Mechanics and Self Care

for Bodyworkers, 5, 98- 111

Demure, B., Luippold, R.S., Bigelow, C.,Ali, D., Mundt, K.A. and Liese, B.

(2000).Video display terminal workstation improvement programme: I. Baseline


associations between musculoskeletal discomfort and ergonomics features of

workstation. Journal of Occupational Environment Medicine, 42, 783-791.

Feuerstein, M., Shaw, W.S., Nicholas, R.A amd Huang, G.D. (2004). From

confounders to suspected risk factors: Psychosocial factors and work-related upper

extremity disorders. Journal of Electromyography Kinesiology, 14, 171 -178

Franklin Stein, Ingrid Soderback, Susan K. Cutler, Barbara Larson (2006).

Occupatonal Theraphy and Ergonomics. 237 - 246

Haufler A.J., Feuerstein M. and Huang G.D. (2000). Job stress, upper extremity pain

and functional limitations in symptomatic computer users. American Journal of

Industrial Medicine, 38,507-515

Hjortskov, N. Rissen, D., Blangsted, A.K., Fallentin, N., Lundberg, U. and Sogaard,

K. (2004). The effect of mental stress on heart rate variability and blood pressure

during computer work. [atas talian] European Jpurnal of Applied Physiology , 92,

84-89

https://www.bharian.com.my/hujung-minggu/lain-lain/2018/02/392411/kes

an-ergonomikhttp://www.dosh.gov.my/index.php/ms/perundangan/akta/563-02-ak

ta-keselamatan-dan-kesihatan-pekerjaan-1994-akta-514/file

Job-Analysis Net Work (nd). Job analysis guide. Melalui laman sesawang

http://www.job-analysis.net/

Larson, B.A. and Ellexson, M.T. (2000). Blueprint for ergonomics.Work. A Journal

of Prevention,Assessment and Rehabilitation, 15,107-112

Lassen, C.F., Mikkelsen, S., S., Kryger, A.I., Brandt, L.P., Overgaard,

E.,Thomsen,J.F.,Vilstrup,I. and Andersen,J.H. (2004) Elbow and wrist/hand

symptoms among 6,943 computer operators: a 1 year follow-up study (the

NUDATA study). American Jurnal of Industrial Medicine, 46,521-533.


Laursen, B., Jensen, B.R., Garde, A.H. (2002). Effect of mental and physical demand

on muscular activity during the use of computer mouse and keyboard. Scandinavian

Journal Work Environment and Health, 28, 211-213

Matias, A.C., Salvendy, G. and Kuczek, T.(1998). Predictive models of carpal tunnel

syndrome causation among VDT operators. Ergonomics, 41, 213-226

Martin, S.A .,Irvine, J.L., Fluharty, K. and Getty, C.M. (2003). A comprehensive

work injury prevention programme with clerical and office workers: phase I. Work.

A Journal of Prevention, Assessment and Rehabilitation, 21,185-196

http://www.ukm.my/rosh/wp-content/uploads/2015/11/Slot-6-Ergonomik-Di

-Tempat-Kerja.pdf

Portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia http://www.myhealth.gov.my/


KAJIAN LITERATUR

1. Balci dan Aghazadeh (1998) telah menunjukkan di dalam sebuah kajian berkenaan

pengendali VDT dimana pengendali yang menggunakan lensa dwifocal cenderung

untuk mengalami sakit pada leher berbanding pengendali yang menggunakan lensa

focal tunggal. Pengendali yang mengunakan lensa dwifokal terpaksa untuk mengubah

kedudukan kepala beberapa kali untuk menyesuaikan diri dengan lensa yang betul. Ini

telah mengakibatkan leher pengendali tadi berada pada kedudukan yang janggal.

Mereka telah mencadangkan penggunaan lensa tunggal untuk membaca dan bekerja

pada VDT menggantikan lensan dwifokal

2. Matias et al. (1998) mengkaji punca Sindrom Karpal Tunnel terhadap 100 pekerja

wanita yang bekerja sebagai pengendali VDT. Penilai menilai tempoh bekerja, posisi

badan, pergelangan tangan, ulnar dan pelbagai lagi elemen anthropometric dan

hasilnya mengatakan faktor utama pekerja untuk mengalami sindrom karpal tunnel

adalah berkaitrapat dengan tempoh bekerja yang panjang

You might also like