You are on page 1of 3

LAPORAN CERAMAH/BENGKEL PROGRAM BINA INSAN GURU TAHUN 2013 NAMA PELAJAR PPG: MOHD YUSRI BIN YAAKUB

AMBILAN : JUN 2011 JUN 2015 SEMESTER : 4 OPSYEN : PENGAJIAN METEMATIK PERINGKAT : 2 TARIKH : 12 MEI 2013 ( SABTU ) TEMPAT : DEWAN SK DATO SERI MAHARAJALELA LAPORAN REFLEKTIF: TAJUK : KESANTUNAN BERBAHASA (A) LAPORAN AKTIVITI/PERISTIWA (Laporan umum, sila sertakan gambar sebagai bukti) Untuk slot ceramah ini, sekolah saya telah menjemput Tn. Haji Mokhsin bin Kasanwindi dari selaku Kaunselor . Ini adalah kerana beliau merupakan seorang penceramah yang sangat sinonim dengan ceramah berbentuk Kesantunan Berbahasa. Selepas majlis pendaftaran, slot ceramah bermula dengan menerangkan konsep perguruan diikuti dengan takrif Kesantunan Berbahasa. Slot ceramah diteruskan dengan akauntabiliti guru terhadap Negara,diikuti dengan akauntabiliti guru terhadap profesion perguruan. Pada slot ini, pelbagai isu ditanya dan dikemukakan oleh guru guru terutama tentang isu-isu semasa yang sangat menacabar dewasa ini terutama yang melibatkan sahsiah murid-murid di sekolah.Perbincangan secara ilmiah ini memberi pelbagai respon positif. Slot ceramah diteruskan dengan akauntabiliti guru terhadap ibubapa dan diri sendiri. Slot diteruskan dengan ceramah cirri cirri guru yang dianggap professional iaitu antara lain mestilah berkualiti dari segi jasmani, emosi, minat suka membaca,mempertingkat penguasaan Bahasa Inggeris, ICT dan sentiasa meningkatkan kemahiran pedagogi. Menurut beliau lagi seorang guru haruslah sentiasa mengamalkan nilai-nilai keguruan dan etika profesion keguruan di samping menguasai kemahiran komunikasi dan interpersonal serta mampu berkomunikasi dengan baik iaitu semasa berhubung dengan pelajar, ibubapa , masyarakat dan pihak pengurusan sekolah. Sesuatu yang agak menarik apabila beliau menrangkan tentang akauntabiliti dalam pengurusan kewangan sekolah di mana ia merupakan satu proses yang melibatkan

perancangan, pengagihan dan penggunaan tenaga manusia, wang tunai, barangan (aset) dan perkhidmatan bagi memenuhi matlamat sesebuah organisasi/sekolah. Selesai ceramah, Encik Hisham Husin dijemput menerima cenderahati dari pihak sekolah kami dan sejurus selepas itu beliau dijemput untuk menikmati jamuan ringan bersama guru guru yang lain

ISU / MASALAH (Jika ada )

1. 2.

Kabur dengan tugasnya di bilik darjah termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Kegagalan guru menguruskan kewangan menyebabkan masaalah luaran yang boleh menjejaskan tumpuannya terhadap proses pengajaran di sekolah

(B) Analisis SWOT (i) 1. 2. 3. 4. 5. KEKUATAN Penceramah seorang yang sangat berpengalaman di dalam tajuk berkenaan, maka penyampaian beliau sangat meyakinkan Penyampaian isi sangat jelas dan memberi satu kefahaman baru tentang akuntabiliti guru Suasana sanagt kondusif Mendapat kerjasama yang sangat baik dari semua pihak Semua guru dapat menghadirkan diri tidak seperti ceramah sebelumnya di mana kebiasaanya ada guru yang tidak dapat menghadirkan diri atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan (ii) 1 KELEMAHAN Dimaklumkan penceramah kurang sihat pada hari tersebut, justeru beliau kelihatan agak kurang ceria berbanding ceramah beliau sebelum ini. Ceramah terpaksa dijalankan secara tergesa-gesa kerana kekangan masa yang agak mencemburui guru-guru kerana pada hari tersebut sahaja semua guru berada di sekolah

(iii)

PELUANG

1. Guru guru dapat menambah lebih ilmu untuk mendalami profesionalisme perguruan

(iv)

ANCAMAN

1. Peruntukkan masa yang sangat terhad

(1) REFLEKSI KENDIRI (Laporan individu) (i) 1. MANFAAT PROGRAM BIG Memberi pendedahan kepada guru tentang peranan dan etika sebenar di dalam merealisasikan Guru Insan Mulia. 2. Memberi pendedahan di dalam konteks pembelajaran berterusan dan sepanjang hayat. 3. 4. Meningkatkan tahap profesionalisme keguruan para guru. Melahirkan guru yang berkualiti , berperibadi mulia dan profesionalisme

(ii) 1. 2.

PENAMBAHBAIKAN Ceramah veramah seumpamanya dapat dijalankan sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk meningkatkan lagi profesionalisme perguruan

Tandatangan Pelapor:

Disahkan oleh penyelia:

( ASLINDA BINTI A AZIZ )

(TANDATANGAN DAN NAMA)

You might also like