You are on page 1of 8

KERTAS KERJA MESRA MUHIBBAH DAN UKHUWAH AKHIR SEMESTER 1

TARIKH 16 OKTOBER 2010

TEMPAT PANTAI ESPALANADE LUAK,MIRI, SARAWAK

ANJURAN: PERSATUAN SENI DAN KEBUDAYAAN KULIAH PENGAJIAN AGAMA 4 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK,MIRI

TEMA KESENIAN MEWARNAI BUDAYA MASYARAKAT

1.0

TUJUAN

Kertas kerja ini disediakan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan serta bantuan modal dan kewangan bagi mengadakan projek mini bagi aktiviti Persatuan Seni dan Kebudayaan bagi kelas Pengajian Agama 4. 2.0 MUKADIMAH

Persatuan Seni dan Kebudayaan Pengajian Agama 4 mengadakan Program Mesra Muhibbah dan Ukhuwah Akhir Semesta 1 ini bertujuan memenuhi syarat dan spefikasi projek mini yang harus dilakukan sebelum penutupan aktiviti Persatuan Seni dan Kebudayaan pada semesta ini. Selain,turut bertujuan mengeratkan ukhuwah antara ahli dan melatih para guru pelatih berdikari dalam menganjurkan program.

3.0

MATLAMAT

Program ini dijalankan dengan matlamat untuk memupuk semangat kerjasama dan setiakawan dalam kalangan guru pelatih dalam aktiviti program seperti ini.

4.0 4.1

OBJEKTIF Memberi peluang kepada guru pelatih untuk menjana minda bagi

menghasilkan sesuatu yang kreatif. 4.2 Mengeratkan hubungan silaturrahim serta semangat kerjasama antara satu dengan yang lain antara guru pelatih. 4.3 4.4 Melahirkan guru pelatih yang serba boleh dan berkemahiran tinggi. Memupuk semangat cintakan alam sekitar terutamanya kawasan pantai tempat program dilaksanakan.

5.0

TEMA Tema program Majlis Mesra Muhibbah dan Ukhuwah 2010 ini ialah Kesenian Mewarnai Budaya Masyarakat manakala konsepnya pula ialah Sebiru Air Laut.

6.0

TARIKH DAN MASA Program ini dicadangkan untuk diadakan pada: Tarikh: 16 Oktober 2010 Hari : Sabtu Masa : 8.30 malam hingga 11.30 malam

7.0

TEMPAT PROGRAM Tempat program yang dicadangkan adalah di Pantai Esplanade Luak,Miri, Sarawak Bumi Kenyalang.

8. 0

STRUKTUR ORGANISASI

Rujuk Lampiran A 9.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran B.

10.0

BELANJAWAN

Rujuk Lampiran C

LAMPIRAN A

STRUKTUR ORGANISASI MAJLIS MESRA MUHIBBAH 2010 DAN UKHUWAH AKHIR SEMESTA 1 PENAUNG Ustaz Pauzi bin Yusoff PENGERUSI Mohd Fikri bin Kiprawi NAIB PENGERUSI Noor Hazwani binti Mansor SETIAUSAHA Faizah binti Mushadad TIMBALAN SETIAUSAHA Nurul Afifah binti Shoib BENDAHARI Lokman Nurhakim bin Orion AHLI JAWATANKUASA KECIL: BIRO MAKANAN Siti Sarah binti Osman Nur Amalina bin Mahiji Wan Azhar bin Wan Ali Muhammad Haris bin Mohd Nor BIRO KESELAMATAN Muhammad Syafiq bin Suhaimi Muhd Yusuf bin Mehat BIRO KEBERSIHAN Wan Munauwirah binti Saudi Nur Amiza binti Ghazali Rohsalinahkhustuti binti Rosli Nabilah binti Jamadil BIRO PERALATAN Muhammad Nazrin bin Osein Syahrul Haniff bin Sarman BIRO REKOD DAN DOKUMENTASI Nur Hafizah binti Saruji Szuhady bin Penie

LAMPIRAN B

TENTATIF PROGRAM MAJLIS MESRA MUHIBBAH 2010 DAN UKHUWAH AKHIR SEMESTA 1 16 OKTOBER 2010 MASA 8.10 pagi 8.40 pagi 8.45 pagi TENTATIF Berkumpul di depan Dewan Muhibbah Tiba di tapak program Ucapan dan kata-kata Aluan oleh: -Pengarah program - Pensyarah penasihat 9.00 pagi 10.00 pagi Pertandingan Istana Pasir Idaman Pertandingan Futsal~Lelaki Pertandingan Bola Tampar~Perempuan 10.00 pagi 10.00 pagi Persembahan Sorak berkumpulan -Menjamu selera -BBQ 11.00 pagi -Penyampaian hadiah bagi acara yang dipertandingan -Penutup majlis 11.15 pagi 11.30 pagi Gotong-royong Majlis bersurai dan pulang ke IPG.

LAMPIRAN C

BELANJAWAN Anggaran Pendapatan BIL 1. 2. PERKARA Bayaran Peserta (RM10.00 X 20) Sumbangan mentor/pensyarah pembimbing RM 200.00 100.00 200.00 500.00

3. Sumbangan JAPIM JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN Anggaran Perbelanjaan BIL 1. PERKARA Alatan

RM RM 50 RM 20 RM 30 RM 30

2.

Jamuan Istana Pasir Futsal Bola tampar

Jamuan - VIP - Peserta

(RM 10 x 2 orang) ( RM 5 x 20 orang)

RM 20 RM 100

3.

Cenderamata dan hadiah program - Hamper (RM 10 x 4 buah) - Sijil (RM 2 x 20 orang) - Perasmi (RM 20 x 1 orang) Pengangkutan

RM 40 RM 40 RM 20

4.

RM50

JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN

RM400.00

11.0

PENUTUP

Diharap pihak pentadbiran Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Sarawak, Miri dapat mempertimbangkan dan meluluskan kertas cadangan untuk program Majlis Mesra Muhibbah dan Ukhuwah ini, seterusnya memberi bantuan kewangan untuk menjayakan program ini. Di samping itu juga diharap program ini akan mencapai sasaran, matlamat dan objektifnya iaitu yang utama adalah memupuk semangat kerjasama dan saling bantu membantu antara ahli persatuan. Setinggi penghargaan diucapkan kepada pihak pentadbiran Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Sarawak,Miri.Oleh itu, Kerjasama daripada pihak Tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

. (Faizah binti Mushadad) Setiausaha, Majlis Mesra Muhibbah dan Ukhuwah, Persatuan Seni dan Kebudayaan, Pengajian Agama 4.

.................................................. (Ustaz Pauzi bin Yusoff) Pensyarah Pembimbing, Pengajian Agama 4.

Diluluskan Oleh,

..................................................... (Pn.Tumirah binti Hj Rosmin) Timbalan Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, Miri.

You might also like