You are on page 1of 5

PENGENALAN

Unsur seni dan permainan adalah keperluan asas dalam kehidupan manusia di dunia dan tidak mungkin
dapat dipisahkan daripada kehidupan manusia. Masyarakat Melayu tradisional juga tidak ketinggalan
dalam soal ini. Antara kegiatan yang dilakukan ialah bermain gasing. Gasing ialah alat permainan yang
diprbuat daripada kayu keras, kuat dan liat, mempunyai pelbagai bentuk seperti bulat, leper, bujur dan
sebagainya.
Gasing merupakan salah satu permainan tradisional yang sangat popuala di negeri Kelantan pada masa
dahulu. Permainan ini bukan sahaja menjadi permainan golongan remaja dan kanak-kanak malah turut
dimainkan oleh orang dewasa. Kepenatan membanting tulang dalam mencari rezeki menyebabkan orang
Melayu pada zaman dahulu mencari alternatif untuk bergembira tanpa mengeluarkan belanja yang besar
dan menggunakan bahan terbuang. Hal ini, telah menimbulkan idea kepada masyarakat Melayu untuk
mencipta permainan gasing yang diperbuat daripada saki baki kayu yang terbuang. Gasing bukan sahaja
dimainkan oleh orang dewasa, tetapi juga di kalangan remaja dan kanak-kanak.
Gasing banyak memberi faedah kepada masyarakat antaranya ialah sebagai hiburan, memanafaatkan
bahan terbuang dan serpihan kayu serta mengembangkan idea-idea masyarakat Melayu. Hal ini, terbukti
dengan kemunculan pelbagai bentuk gasing dan teknik permainan. Permainan gasing ini banyak menguji
kepantasan, memupuk semangat kekitaan yang tinggi, bekerjasama kemahiran dan kebolehan
seseorang dalam menghadapi sesuatu situasi serta ketepatan yang begitu penting dalam permainan ini.
Permainan ini juga dapat menyerikan lagi rumah tradisional Melayu kerana gelanggang permainan
gasing kebiasaannya dibina di halaman rumah dan di bawah pohon yang rendang untuk meredupkan
gelanggang.. Permainan gasing harus terus dimainkan oleh generasi muda sekarang sebagai langkah
mengekalkan daya kreatif bangsa Melayu mencipta permainan berasaskan serpihan kayu.
Di Kelantan terdapat tiga jenis gasing iaitu gasing uri, gasing pinang dan gasing pangkah. Gasing
pangkah dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing pihak lawan. Terdapat dua
pasukan yang dianggotai oleh empat orang bagi setiap kumpulan. Pasukan ini terdiri daripada pasukan
pemusing dan pasukan pemangkah. Pemusing akan memusingkan empat buah gasing dalam bulatan.
Manakala pasukan pemangkah akan cuba memangkah dan mematikan gasing lawannya. Pasukan ini
akan terus memangkah sekiranya tidak melanggar undang-undang permainan. Sekiranya pihak
pemangkah melanggar undang-undang permainan maka ia pula akan menjadi pemusing. Markah
sebanyak dua mata akan diberikan kepada setiap pemusing yang Berjaya memangkah. Pasukan yang
memperolehi mata yang terbanyak dalam masa 40 minit akan menjuarai pertandingan itu.
Manakala gasing pinang pula dimainkan oleh kanak-kanak. Gasing ini menggunakan buah pinang muda
yang dikupaskan sabut dan kulitnya. Di bahagian atas dan bawah buah pinang dipangkaskan. Kemudian
dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu. Gasing ini boleh
dilagakan atau diurikan.
Gasing uri merupakan gasing yang begitu popular di Kelantan. Gasing ini dipertandingkan untuk menguji
ketahanannya berpusing. Kebiasaannya gasing uri berpusing selama 1 hingga 2 jam. Sebiji gasing boleh
mencapai sehingga 5.5 kg. Kebiasaannya gasing yang dimainkan seberat 2 setenggah kg dan sebesar
24 incin. Gasing uri yang lebih besar daripada 24 incin tidak boleh dimainkan atau tidak boleh berpusing
lama. Manakala gasing yang paling kecil seberat 1 kg dan sebesar 18 incin. Menurut kepercayaan,
gasing boleh berpusing melebihi 24 jam sekiranya ia diserapi oleh banyak semangat. Di gasing uri
terdapat pemotek, pemukup, kepala, temalang, atau badan atau bahu, patak dan paksi.
ALAT-ALAT UNTUK MEMBUAT GASING
Setiap satu perkara yang hendak dibuat mestilah mempunyai barang yang lengkap baru sesuatu benda
itu sempurna termasuklah membuat gasing. Alat-alat yang digunakan untuk membuat gasing ialah :
Kayu
Timah
Kuali besi
Tembaga
Tanduk kerbau
Gam
Varnish
Acuan
Plastik
Buluh
Tali
Jarum besar
Kikir
Kapak
CARA MEMBUAT GASING URI / GASING LEPER KELANTAN
Pilihan kayu begitu penting dalam menghasilkan gasing yang bermutu tinggi. Kebiasanya gasing
diperbuat daripada pelbagai jenis kayu keras yang banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu seperti
kayu merbau (merbau tanduk, merbau darah, merbau johol dan merbau keradah). Kayu merbau ini
begitu popular kerana kayu ini mudah dilarik tetapi tidak mudah sepah. Selain, daripada kayu merbau
terdapat kayu lain iaitu kayu leban tanduk, kayu limau, kayu bakau, kayu karan, kayu sepan, kayu
penaga, kayu keranji, kayu jambu batu, kayu manggis, jambu batu, ciku atau asam jawa sering
digunakan untuk membuat gasing.
Bahagian kayu yang paling sesuai dijadikan gasing ialah bahagian buku. Hal ini kerana, bahagian buku
mempunyai corak yang menarik sesuai dijadikan piasan. Selepas kayu yang sesuai dipilih, kayu ini akan
dikeringkan selama dua hingga tiga minggu. Kemudian kayu itu dilarik menggunakan alat pelarik,
mengikut saiz dan bentuk gasing yang telah ditetapkan. Sebelum kerja melarik dimulakan besi paksi
dibenamkan ke dalam kayu tersebut agar kesimbangan dari segi bulatnya supaya dapat dilakukan ketika
melarik.
Setelah kayu siap dilarik sehingga licin dan mengikut bentuk serta saiz yang kehendaki iaitu antara 18
incin hingga 24 incin. Badan asasnya kecil sahaja, kemudian kayu tersebut akan dililiti dengan simpai.
Hal ini, bertujuan untuk menambah berat lagi gasing itu sehingga seberat lima kilogram dan juga tidak
mudah serpih. Gasing uri ini disimpai dengan menggunakan timah, besi dan plumbum. Jika simpai ini
diperbuat
daripada timah, ia digunakan untuk memusing dan jika simpainya besi ia digunakan untuk memangkah.
Simpai gasing ini meliputi 60% berat asal gasing ini. Kebiasaannya gasing uri menggunakan simpai
timah. Timah dimasakkan sehingga cair di dalam kuali besi. Setelah timah itu cair, ia dituangkan ke kayu
yang telah diletakkan di dalam acuan.
Selepas timah tadi kering, ia kemudiannya dilarik sekali lagi sehingga licin. Kemudian gasing tadi
dipusing untuk mengetahui keseimbangan dan pusingannya. Jika gasing tadi tidak seimbang dan
berrpusing dengan ligat, ia akan dilarik semula sehingga gasing itu seimbang dan berpusing lama ligat.
Setelah gasing siap dilarik sehingga licin dan seimbang, pemotek gasing iaitu hiasan kepala gasing uri
pula dibuat. Pemotek gasing ini dibuat berasingan dengan gasing tadi. Pemotek ini diperbuat daripada
sebarang logam atau plastik. Namun, kebiasaannya pemotek ini diperbuat daripada tembaga.
Selepas selesai membuat pemotek, pemukup pula pula dibuat. Pemukup ialah sejenis alat hiasan kepala
gasing uri yang berada dibawah pemotek yang diperbuat daripada sebarang logam dan plastik. Tetapi
bagi masyarakat Kelantan pemukup ini diperbuat daripada tanduk kerbau. Pemukup diambil dari hujung
tanduk kerbau kemudian dilarik sehingga licin dan akhir sekali divarniskan. Apabila pemukup siap di
varnis kepala gasing pula dicipta. Kepala gasing ialah bahagian atas tubuh gasing yang bulat dan kecil.
Kepala ini diperbuat daripada plastik, kemudian plastik tersebut dibentuk untuk menjadi bentuk yang
dikehendaki. Setelah pemotek, pemukup, dan kepala gasing siap dibuat, ia kemudian disambung ke
tubuh gasing dengan menggunakan gam yang kuat.
Kemudian patak dan paksi pula dibuat, patak ialah bahagian di antara tubuh dengan paksi gasing. Bagi
gasing uri, biasanya patak yang digunakan kecil untuk meligatkan pusingan gasing berbanding dengan
gasing pangkah yang menggunakan patak yang lebih besar supaya menguatkan gasing . bagi gasing uri,
kayu lain dipasakkan pada bahagian bawah labu. Manakala, paksi pula bahagian gasing berupa logam
yang dipasakkan pada patak untuk meligatkan gasing dan juga berfungsi sebagai sangga tuas paci.
Biasanya paksi ini diperbuat daripada jarum yang besar dan tahan lama. Selepas patak dan paksi siap, ia
kemudian disambungkan ke bahagian di antara tubuh dengan paksi gasing dengan menggunakan gam
yang kuat. Sebiji gasing biasanya mengambil masa selama empat hingga enam minggu untuk disiapkan.
Tali gasing begitu penting untuk memusingkan gasing, bahan daripada benang atau terap dan
seumpamanya digunakan untuk dijadikan tali gasing. Bagi gasing pangkah hujungnya berambu-rambu
dan lebih halus daripada pangkalnya manakala, gasing uri pula sebaliknya. Tali gasing uri diperbuat
daripada plastik namun, hingga hari penggunaan bahan tali mula berubah daripada penggunaan plastik
kepada penggunaan tali belon. Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga
5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing.
Setelah gasing dan tali gasing siap dibuat cagat, cokok dan lopak pula dibuat. Cagat diperbuat daripada
buluh atau gentian, buluh yang sesuai dipilih, kemudian buluh tadi dibelah pada bahagian atas dan diikat
dengan tali atau dawai pada bahagian yang dibelah tadi setelah cagat dapat disiapkan ia kemudiannya
diletakkan di tanah untuk digunakan sebagai rumah lapok dalam permainan gasing uri.
Manakala cokok pula diperbuat daripada kayu atau besi digunakan untuk mencokok atau mengangkat
gasing dalam permainan gasing uri. Alat ini biasanya berbentuk sudip untuk memudahkan kerja
mengangkat gasing uri. cokok ini mempunyai panjang kira-kira 6 cm panjang. Lopak pula ialah alat yang
digunakan sebagai tapak khusus untuk meletakka gasing uri semasa gasing tersebut di cokok yang
berbentuk terak atau berbentuk pancang.
Pada bahagian badannya diperbuat daripada kayu manakala, di bahagian kepala pula diperbuat daripada
kepingan logam yang nipis biasanya cekung dan bergaris pusat. Lopak ini sepanjang 45 cm manakala
logamnya pula 4 hingga 5 cm. Menurut Encik Rajab iaitu pembuat atau pemain gasing uri yang agak
terkenal di Kelantan memberi tahu beliau dapat menyiapkan gasing uri dalam masa satu hari jika
mempunyai kelengkapan yang cukup untuk mmbuat gasing.
CARA BERMAIN GASING URI / GASING LEPER KELANTAN
Permainan gasing uri begitu berbeza dengan permainan gasing pangkah. Hal ini kerana, gasing uri lebih
bersifat individual, manakala pemainan gasing pangkah lebih kepada berkumpulan. Gasing uri juga
dimainkan secara memusing, manakala permainan gasing pangkah dimainkan secara memangkah iaitu
dengan memangkah gasing pihak lawan supaya mati atau terkeluar.
Kaedah bermain gasing dahulu dengan sekarang tidak banyak perbezaannya. Sebelum tahun 1970,
permainan gasing di Malaysia tidak teratur dan berlainan antara satu daerah dengan daerah yang lain.
Pelbagai bentuk, saiz dan kegunaan gasing yang membezakan sifat gasing dan membentuk sistem
permainan yang turut berbeza. Dalam permainan gasing, semua pemain mesti mempunyai kemahiran
memusing, memangkah, mengangkat, menegak dan membela uri gasing.
Gasing uri dimainkan oleh dua kumpulan yang mengandungi lima orang setiap kumpulan. Gasing ini
dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing. Kumpulan yang paling lama berpusing dan
paling banyak tidak mati iaitu 2/3 di kira pemenang. Dalam permainan ini dua orang pembantu
diperlukan, seorang sebagai pemegang cokok dan seorang lagi sebagai pemegang lopok.
Tempat bermain gasing uri atau arena gasing dipanggil bong. Bong ini diperbuat daripada tanah liat
berukuran 60 cm x 60 cm dan maksimum berukuran 90 cm x 90 cm. Bong ini berpermukaan rata yang
berbentuk segi empat atau bulat yang mempunyai garis pusat kira-kira 3.25 meter.
MELILIT TALI PADA GASING
Sebelum melilit tali gasing diletakkan getah pelekat seperti getah daripada pokok kecupu atau lilin kelulut
untuk mengemaskan lilitan tali pada badan gasing. Bagi permainan gasing uri pemain tidak melilit tali . ia
dililit oleh orang lain dan setelah kemas barulah diberikan kepada pemain. Sebelum melilit tali di gasing,
tali terlebih dahalu diikat di pokok kayu. Hal ini bertujuan supaya lilitan itu menjadi lebih kemas bagi
menghasilkan pusingan yang lama.
Semua gasing yang akan dililit hendaklah dipastikan bahu, labu dan pataknya dalam keadaan rata. Jika
keadaan tidak rata, kerja meratakannya haruslah dilakukan dengan mengikir, mengetuk atau menggosok
dengan kertas kaca. Tali diilit melawan arah jam dan tali hendaklah ditarik dengan ketat dan kuat. Lilitan
hendaklah sentiasa mencecah ke bahu gasing untuk mendapatkan lilitan yang kemas, padat dan sejat.
Semasa melilit pastikan tali tidak bertindih atau bersilang. Kalua tidak gasing tersebut akan borot dan
membahayakan semua orang.
MEMUSINGKAN GASING URI
Setelah selesai tali dililit pada gasing, gasing uri akan diserahkan kepada permain. Permain akan
memusingkan gasing dengan cara pusingan sentap. Gaya pusingan ini akan menghasilkan pusingan
yang ligat, tegak dan kuat.
Pemain yang memegang gasing akan berdiri tegak , iaitu kepala gasing menghala ke atas dan diangkat
tinggi. Kedudukan tanggan kira-kira 30 darjah dari paras lengan atau gasing diangkat pada paras bahu.
Tangan dihayumkan kea rah sasaran dengan kedudukan gasing tegak sehingga tiba ke hadapan,
sebelum dilepaskan. Setelah gasing terpacak ke bumi, sedikit sentapan dikenakan dan pastikan ia
berada dalam keadaan tegak. Jika tidak gasing tersebut akan meliuk dan pusingan akan menjadi kurang
ligat. Sekiranya gasing ini dimainkan secara berkumpulan kesemua ahli kumpulan akan melepaskan
gasing mereka secara serentak. Gasing akan berpusing mengikut arah jam.
Gasing yang sedang berpusing di atas tanah akan dibiarkan selama satu jam sebelum gasing tersebut di
cokok oleh jong (jurucokok). Gasing tersebut akan diletakkan ke tapak uri yang sesuai. Tujuan gasing uri
diangkat ialah untuk menjamin keligatannya agar terus terpelihara. Mengangkat gasing memerlukan
kemahiran, kesabaran dan kecekapan yang tinggi. Kerja mengkat gasing uri bukan dilakukan oleh
pemain itu sendiri tetapi dilakukan oleh orang lain yanh pakar dalam mengcokok gasing.
Setelah gasing siap dicokok, ia kemudian akan diletakkan di atas lopak dan kemudian di atas cagat.
Gasing itu akan dibiarkan berada di atas cagat sehingga ia berhentj berpusing. Kebiasaannya gasing uri
akan berpusing selama satu setengah jam hingga dua jam atau lebih. Kumpulan yang paling lama
berpusing dan paling banyak iaitu 2/3 akan dikira sebagai pemenang.
KESIMPULAN
Kesimpulan ini dapat dilihat apabila saya membuat kajian permainan gasing uri atau gasing leper di
Kelantan ialah permainan gasing ini masih lagi dimainkan oleh orang dewasa. Namun, cara
perbuatannya sudah mula dilupakan olegh generasi sekarang. Hal ini dapat dilihat pada Encik Rajab bin
Haji Ali iaitu pembuat dan pemain gasing Uri yang terkenal di Kelantan tetapi anak-anaknya tidak
menguasai warisannya.
Justeru, permainan gasing Uri di Kelantan akan terus maju sekiranya permainan gasing ini diperluaskan
permainan supaya ia tidak dilupakan oleh generasi akan dating. Selain itu, jawatan kuasa khas haruslah
diwujukkan untuk memelihara pembuatan dan pemainan gasing ini. Oleh itu, sama-samalah kita
memartabatkan permainan gasing ini di Kelantan agar tidak ketinggalan zaman.

You might also like