You are on page 1of 17

1

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

JABATAN KELUARGA DAN SAINS KONSUMER

PENGURUSAN KELUARGA DAN KEDIAMAN

( VCH 3033 )

LAPORAN GUBAHAN BUNGA

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA NO. MATRIK


AIN ZURIATIE BINTI IBRAHIM D20141066696

ISM PENDIDIKAN EKONOMI RUMAH TANGGA (AT 07)


KUMPULAN : A

DISEDIAKAN UNTUK:
PUAN SHUHAILA BINTI NAHRAWI

TARIKH HANTAR :
30 MAC 2017
2

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT


1.0 PENGENALAN 3
2.0 TEMA DAN KONSEP 4
3.0 PEMILIHAN JENIS BUNGA DAN HIASAN 6
4.0 PEMILIHAN FABRIK DAN WARNA 8
5.0 PROSES PENGHASILAN GUBAHAN BUNGA 9
6.0 HASIL GUBAHAN BUNGA SETELAH SIAP 14
7.0 PENGIRAAN KOS DAN HASIL JUALAN 16
3

1.0 PENGENALAN

Gubahan bunga yang telah ditempah oleh pelanggan saya ialah gubahan bunga untuk
menghiasi sudut kabinet di ruang sosial iaitu ruang tamu di rumah. Sudut tersebut mempunyai
satu kabinet yang berwarna putih sebagai hiasan dan bunga yang telah lama digunakan. Beliau
menginginkan suasana yang baru bagi menampakkan kelainan dan ingin menggantikan bunga
lama itu dengan bunga yang bakal digubah. Beliau turut menyatakan beberapa tema yang
diinginkan iaitu bertemakan vintage dan warna- warna bunga adalah warna pastel yang cantik
dan menarik. Pemilihan bunga juga telah dibuat iaitu bunga rose kerana pelanggan saya amat
meminati bunga tersebut. Gambar di bawah menunjukkan ruang kabinet yang perlu diletakkan
bunga beserta contoh gambar bunga sebagai gambaran awal.

Ruang kabinet yang perlu diletakkan Contoh bunga gambaran awal


bunga (dalam bulatan)
4

2.0 TEMA DAN KONSEP

Berdasarkan permintaan pelanggan, beberapa kriteria yang telah ditekankan untuk menggubah
gubahan bunga tersebut. Berikut merupakan tema serta konsep yang telah dibincangkan
bersama pelanggan.

I. Tema : Vintage Roses


Vintage roses merupakan inspirasi daripada bunga rose yang berasal dari negara Inggeris
seperti Belanda, British dan Ireland. Kebiasaannya, tema ini sangat digemari oleh
penggemar negara Inggeris terutama berkaitan cara mendekorasi rumah, pemilihan warna
rumah, pemilihan perabot rumah serta tidak ketinggalan untuk gubahan bunga.
Kebanyakan warna-warna yang digunakan untuk tema vintage adalah warna pastel seperti
warna krim, warna pink, warna ungu dan juga warna nude. Warna ini sangat menarik dan
cantik jika digunakan pada suasana serta tempat yang betul. Bagi gubahan bunga
pelanggan kali ini, konsep perabot pada ruang tamu pelanggan adalah konsep vintage. Jika
dipadankan bersama gubahan bunga ini, ia akan menjadi gabungan yang menarik dan
bersesuaian. Untuk pemilihan warna, warna pastel iaitu krim dan ungu digunakan. Warna
bagi daun pula adalah warna hijau gelap dan pemilihan gabungan warna ini sangat sesuai
apabila dipadankan. Dibawah merupakan beberapa gambar inspirasi dan kuntuman bunga
yang telah siap bagi gubahan vintage roses.

Inspirasi vintage roses


5

Kuntuman bunga rose yang telah siap

II. Konsep : Luxury Of Roses


Luxury bermaksud mewah atau kaya. Dalam gubahan bunga ini, konsep luxury
diterap melalui penggunaan kuntuman bunga rose yang banyak membentuk
jambangan bunga di dalam pasu. Pelanggan saya yang begitu menggemari bunga
rose menyukai idea konsep ini kerana bunga rose yang akan digubah dengan
banyak iaitu lebih kurang tiga puluh kuntuman bunga. Disebabkan itu juga, hasil
gubahan bunga ini akan menampakkan kemewahan dan eklusif kerana setiap
kuntuman bunga adalah hasil tangan saya yang dibuat daripada fabrik.

Gambaran awal gubahan bunga


6

3.0 PEMILIHAN JENIS BUNGA DAN HIASAN

I. Bunga Rose

Bunga Rose ialah salah satu bunga yang sangat terkenal di seluruh dunia. Ia bukan
sahaja cantik malah mempunyai keunikan yang tersendiri. Menurut sejarah, bunga rose
hanya tumbuh subur di negara yang memiliki iklim tropika seperti Malaysia atau pada
musim panas di negara yang memiliki 4 musim, namun terdapat bukti bahawa bunga
rose pernah tumbuh meliar pada suhu yang tinggi di Alaska dan Norwegia. Hampir 150
spesies jenis rose yang telah tumbuh dan hidup di dunia ini. Pemilihan ini dibuat pada
mulanya atas permintaan pelanggan kerana bunga ini adalah kegemaran beliau.
Setelah meneliti keunikan bunga rose ini, saya juga begitu tertarik pada bunga ini
kerana bentuk, ciri-ciri pada bunga ini sangat cantik, menarik dan unik. Bagi ruang
kabinet yang perlu diletak bunga ini, bunga rose sesuai diletak kerana keadaan ruang itu
luas dan menampakkan bunga ini sebagai penyeri dan sangat menyerlah.

II. Pasu

Pasu yang telah dipilih mempunyai rekaan yang cantik walaupun ia diperbuat
daripada plastik. Rekaannya berbentuk bunga dan sesuai juga untuk digunakan
apabila menggubah bunga rose. Warna bagi pasu ini adalah warna coklat gelap dan
warna ini juga dibawah kategori warna tema vintage. Secara tidak langsung,
gabungan warna bunga rose dan pasu masih mengikut tema yang telah dipilih.
7

III. Daun

Daun adalah penyeri kepada sesuatu bunga. Jika tiada daun, bunga tersebut
seolah-olah tidak hidup kerana tidak lengkap. Penggunaan daun berfungsi untuk
menghidupkan bunga ini dan sebagai hiasan kepada kuntuman bunga rose.
Terdapat pelbagai jenis daun seperti daun paku pakis yang perlu dipilih mengikut
kesesuaian bunga. Bagi bunga rose, daun yang jenis satu helai digunakan bagi
menampakkan penyerinya.
8

4.0 PEMILIHAN FABRIK DAN WARNA

I. Fabrik Dan Warna

Fabrik yang digunakan untuk membuat bunga rose dan daun adalah menggunakan
fabrik satin yang sesuai mengikut tema dan konsep iaitu Vintage dan Luxury Roses.
Fabrik ini menjadi fabrik yang paling elegan kerana ia kelihatan menakjubkan
dengan permukaan yang licin dan berkilap. Fabrik satin digunakan dalam pelbagai
pakaian seperti blaus, seluar dalam, gaun, dan pakaian lain. Fabrik satin
membolehkan ia berada dalam kelas tinggi tersendiri. fabrik satin umumnya terdiri
daripada sutera atau rayon dan sebab itulah fabrik ini begitu licin. Fabrik satin juga
sangat halus dan memerlukan banyak penjagaan dan perhatian. Oleh sebab ciri-ciri
fabrik satin yang unik dan memukau, saya telah memilih fabrik ini bagi
menampakkan hasil bunga rose yang cantik, berkilap, mewah dan eklusif. Untuk
proses pembuatan bunga, fabrik ini mudah dibentuk mengikut rekaan bunga.
Bagi pemilihan warna fabrik ini, ia bersesuaian dengan tema iaitu tema Vintage
Roses. Tema ini menggunakan warna pastel seperti pink, ungu, krim dan nude. Jadi
jika dilihat pada warna fabrik ini, saya telah memilih warna krim, ungu dan hijau
untuk membuat bunga dan daun. Penggunaan warna ini sangat menyerlah setelah
siap digubah kerana ia adalah warna pastel yang lembut namun boleh
mempengaruhi emosi seseorang.
9

5.0 PROSES PENGHASILAN GUBAHAN BUNGA

I. Alatan dan Bahan:

Pemadam, pembaris, pensel kertas


Gunting

Benang
Jarum
Hot glue gun

Lidi
Span bunga
Kapas
10

Pasu bunga Fabrik satin

Lilin, pemetik api

II. Langkah-Langkah Penghasilan Bunga:

Gambar Langkah-langkah
1. Buat ukuran sebanyak 2 cm
lebar, 5 cm panjang pada kertas.
Gunting untuk dijadikan sampel
ukuran.

2. Gunting fabrik mengikut sampel.


11

3. Lilinkan tepi- tepi fabrik yang telah


digunting.

4. Gamkan dan jahit kapas


sehingga menjadi kemas
pada lidi.

5. Gamkan fabrik pada kapas


yang telah dijahit kemas.
Pastikan fabrik digam
menyerong supaya
menguncup.

6. Gamkan pula fabrik pada


bahagian yang menguncup
sehingga kelopak bunga
berkembang cantik.
12

7. Gunting fabrik untuk


membuat daun mengikut
sampel yang telah dibuat.

8. Lilinkan tepi tepi fabrik


daun.

9. Gamkan daun pada bunga


yang siap tadi.
13

10. Kemudian, gamkan lidi


menggunakan selotape hijau
untuk batang bunga.

11. Bunga yang telah siap


dibuat menggunakan fabrik
satin.
14

6.0 HASIL GUBAHAN BUNGA SETELAH SIAP


15
16

7.0 PENGIRAAN KOS DAN HASIL JUALAN

Kos Bahan:

Bahan Kos
Fabrik Satin RM 7.00 x 3 m
(RM 7.00/m) = RM 28.00
Pasu Bunga RM 10.00 x 1 pc
( RM 10.00/ pc) = RM10.00
Span RM 2.00 x 1 pc
( RM 2.00/pc ) = RM2.00
Hot Glue RM 1.00 x 10 pc
( RM 1.00/pc) = RM10.00
Lidi RM 2.00 x 1 pek
(RM 2.00/pek) = RM2.00
Benang RM 1.00 x 1 pc
(RM1.00/pc) = RM1.00
Kapas RM 2.60 x 1 pek
(RM 2.60/pek) = RM2.60
JUMLAH RM 48.60

Kos upah = Bilangan pekerja x kadar upah x masa

= 1 orang x RM 5.00 x 5 jam

= RM 25.00

Kos overhead = Kos elektrik

= RM 0.20 + RM 0.40 + RM 0.50

= RM 1.10
17

Jumlah kos pengeluaran = Kos bahan + kos upah + kos overhead

= RM 48.60 + RM25.00 + RM 1.10

= RM 74.70

Jumlah kos seunit = Jumlah kos pengeluaran / kuantiti


= RM74.70/1
= RM 74.70

Minima Profit = 30 % x RM 74.70


= RM 22.40

Harga Jualan = RM 74.70 + RM 22.40

= RM 97.10

You might also like