You are on page 1of 15

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

KAMPUS MACHANG

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN MATEMATIK

DIPLOMA SAINS MATEMATIK

PENGENALAN SAINS DAN TEKNOLOGI (CTU 211)

REVIEW ARTIKEL

TAJUK: ALKOHOL (ARAK DAN ETANOL) DALAM MAKANAN HALAL

NAMA PELAJAR NO MATRIK


HANIM 2019******
AMIRA 2019******

KELAS: D1CS1433C

TARIKH HANTAR: 12 DISEMBER 2020

NAMA PENSYARAH: HASNAH ATIQAH BINTI HASSAN SHUKRI

ISI KANDUNGAN

1
BIL TAJUK MUKA SURAT
1. 1.0 PENGENALAN 3-4
2. 2.0 ULASAN KANDUNGAN ARTIKEL 5-11
2.1 Pengharaman arak dan penggunaanya
dalam penyediaan makanan dalam Islam
2.1.1 Arak daripada perspektif sains
dan Islam
2.1.2 Pendapat fuqaha terhadap arak
2.1.3 Isu yang dibincangkan oleh
fuqaha
2.1.4 Penggunaan arak dalam
makanan

2.2 Etanol
2.2.1 Pengenalan etanol
2.2.2 Aplikasi etanol dalam
makanan

2.3 Etanol dalam makanan: Kategori dan


status
2.3.1 Etanol semulajadi
2.3.2 Etanol industri

2.4 Had etanol dalam persijilan makanan


halal
3. 3.0 ULASAN KRITISAN ARTIKEL 12-13
4. 4.0 KESIMPULAN 14
5. 5.0 RUJUKAN 15

1.0 PENGENALAN

Tajuk artikel yang telah kami kaji adalah “Alkohol (Arak dan Etanol) dalam Makanan
Halal”. Nama penulis bagi artikel ini ialah A Anis Najiha’ dari International Institute for

2
Halal Research and Training (INHART), IIUM, Kuala Lumpur, Malaysia dan W.A. Wan
Nadiah dari Bahagian Teknologi Bioproses, Pusat Pengajian Teknologi Industri, Universiti
Sains Malaysia, 11800 Minden, Penang, Malaysia. Nama Jurnal bagi artikel ini adalah Jurnal
Intelek (2014) Vol 9(1): 40 – 51. Peruntukan yang disediakan untuk melakukan penyelidikan
ini adalah daripada Geran Universiti Penyelidikan (RU) Universiti Sains Malaysia
1001/PTEKIND/815059.

Pelbagai jenis makanan dan minuman yang diharamkan bagi umat Islam yang telah
dinyatakan dalam Al-Quran antaranya ialah memakan daging babi, darah, bangkai dan
daging yang tidak disembelih mengikut hukum Islam dan alkohol (arak). Alkohol merupakan
salah satu isu yang sering menjadi tanda tanya oleh masyarakat yang beragama Islam.
Minuman yang haram diminum oleh masyarakat beragama Islam ialah minuman yang
memabukkan seperti arak. Untuk merujuk kepada minuman yang beralkohol atau arak, istilah
alkohol digunakan secara meluas di seluruh dunia termasuk di Malaysia.

Selain itu, kumpulan yang berfungsi sebagai alkohol juga turut digunakan istilah
alkohol. Contohnya seperti salah satu sebatian organik iaitu etanol yang merupakan
komponen psikoaktif yang utama dalam arak yang menyebabkan mabuk. Kehadiran
semulajadi etanol dalam buah-buahan atau penambah rasa sebagai contoh cuka. Semua pihak
mempunyai tanggapan yang berbeza terhadap status etanol yang sebenarnya tidak sama
dengan status arak. Sesetengah ulama berpendapat bahawa etanol (bukan daripada sumber
arak) adalah dibenarkan dan ulama juga berpendapat bahawa jumlah yang sedikit daripada
etanol yang hadir secara semulajadi yang ada dalam makanan atau ditambah semasa
pemprosesan makanan seperti proses pemendakan, pelarutan dan pengekstrakan adalah
dibenarkan.

Terdapat beberapa sebatian organik lain yang ada di dalam kumpulan alkohol adalah
metanol, propanol dan butanol yang juga dikenali sebagai alkohol. Bagi penggunaan alkohol
ini, tidak ada larangan khusus dalam makanan halal tetapi ianya tidak dibenarkan untuk
penambahan ke dalam makanan dan minuman. Hal ini kerana kumpulan alkohol ini adalah
bertoksik dan amat berisiko terhadap kesihatan. Ini kerana ianya mengandungi bahan–bahan
terlarang seperti gliserol, sebatian ringkas, pemanis dan pengawet. Walaupun begitu, alkohol
ini langsung tidak akan menyebabkan mabuk dan beracun seperti etanol ataupun alkohol
yang lain. Berdasarkan fakta, alkohol ini adalah dibenarkan sekiranya ia daripada sumber
yang halal. Tetapi sekiranya ia daripada sumber yang haram seperti, gliserol atau gliserin

3
yang ianya dihasilkan daripada haiwan yang sememangnya diharamkan di dalam Islam
ataupun haiwan yang tidak disembelih secara sempurna atau tidak mengikut ketetapan Islam.

Surah Al-Maidah, ayat 3

Yang bermaksud : “diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak
disembelih), dan darah (yang keluar mengalir) dan daging babi (termasuk semuanya), dan
binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati jatuh dari
tempat yang tinggi dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali
yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya) dan yang disembelih atas nama
berhala dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah.
Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa
(daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan
Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gementar kepadaKu. Pada hari ini,
Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada
kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. Maka sesiapa yang
terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak
cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya
Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

2.0 ULASAN KANDUNGAN ARTIKEL

4
2.1 PENGHARAMAN ARAK DAN PENGGUNAANNYA DALAM PENYEDIAAN

MAKANAN DALAM ISLAM

2.1.1 ARAK DARIPADA PERSPEKTIF SAINS DAN ISLAM

Arak dari perspektif sains merupakan salah satu produk hasil daripada proses
perubahan anaerobik gula iaitu penapaian alkohol, terutamanya glukosa dan fruktosa,
menjadi etanol dan karbon dioksida. Di seluruh dunia, arak yang diminum seperti bir dan
wain oleh orang ramai adalah dihasilkan melalui proses penapaian dan juga mengandungi
etanol yang kurang berbanding dengan arak yang disuling setelah ditapai seperti “distilled
spirit”.

Seterusnya, arak dalam Islam daripada perkataan arab adalah “khamar”, yang
melambangkan perkara yang memabukkan atau menutupkan. Mabuk adalah pemikiran yang
sangat kacau sehingga mengganggu fungsi minda dan akal kerana tidak dapat mengawal
dengan betul. Namun, seseorang itu boleh menyebabkan dirinya menjadi mabuk apabila
meminum minuman yang memabukkan tanpa mengira jumlahnya.

Walaupun dalam peraturan Malaysia di bawah peraturan 361 daripada Akta Makanan
1983 dan Peraturan Makanan 1985, mengatakan jika air yang mengandungi etanol kurang
daripada 2% (v/v) tidak dianggap sebagai arak tetapi tetap haram diminum oleh umat Islam.

2.1.2 PENDAPAT FUQAHA TERHADAP ARAK

Kebanyakan fuqaha seperti Imam Malik, Shafie dan Ahmad berpendapat bahawa
semua jenis cecair yang memabukkan daripada apa-apa sumber dikira sebagai arak dan
haram diminum sama sekali. Berdasarkan hadis Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud:

‫ب أَ ْس َك َر فَهُ َو َح َرام‬
ٍ ‫ُكلُّ َش َرا‬

Maksudnya: “Semua yang memabukkan adalah haram.”


(Riwayat Bukhari)

5
2.1.3 ISU YANG DIBINCANGKAN OLEH FUQAHA

Terdapat isu yang dibincangkan mengenai kedudukan arak samada sebagai najis atau
sebaliknya oleh fuqaha. Ulama daripada empat mazhab utama iaitu Hanafi, Maliki, Syafi’i,
dan Hanbali berpendapat bahawa arak adalah najis tetapi ada juga ulama yang berpendapat
bahawa arak bukan najis walaupun haram diminum. Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia
(2011) telah bersepakat dengan berpendapat bahawa arak adalah najis setelah ulama
berselisih pendapat samada arak adalah najis atau suci.

2.1.4 PENGGUNAAN ARAK DALAM MAKANAN

Arak biasanya digunakan di seluruh dunia sebagai ramuan dalam pelbagai formulasi
atau masakan untuk meningkatkan atau memberikan kelainan rasa dalam hidangan. Arak
bukan sahaja digunakan untuk penambah rasa tetapi boleh juga digunakan sebagai bahan
pengawet untuk memanjangkan jangka hayat masakan atau makanan.

Seterusnya, ramai yang masih keliru mengenai penggunaan arak dalam makanan
walaupun dalam Islam jelas tentang pengharaman arak sebab ramai mejangkakan arak yang
ditambah tersejat semasa masak. Realitinya, mengikut kajian walaupun setelah hidangan
dibakar atau dimasak selama 150 minit, sebanyak 5% etanol masih kekal dalam hidangan.

Selain itu, masyarakat Islam tidak boleh menggunakan arak sama sekali dalam
makanan mahupun minuman untuk menyedapkan rasa sebab arak telah dianggap sebagai
najis oleh sebahagian ulama. Oleh itu, “penggunaan apa-apa minuman atau makanan yang
mengandungi arak walaupun dalam kuantiti yang kecil adalah haram” telah dinyatakan oleh
seminar Fekah Perubatan ke-8. Berdasarkan prinsip-prinsip hukum Islam yang mengutuk apa
jua produk atau bahan yang diperbuat daripada arak sama ada dalam kuantiti yang sedikit
atau banyak.

6
2.2 ETANOL

2.2.1 PENGENALAN ETANOL

Etanol mempunyai tulang belakang yang bersambung dengan 2-karbon (C) dengan 5
hidrogen (H) dan hidroksil (OH) merupakan satu molekul kecik. Etanol juga dikenali sebagai
dadah. Hal ini kerana etanol boleh merosakkan fungsi mental dan psikologi manusia. Selain
itu, etanol juga dikenali sebagai sebatian kimia organik yang unik dengan penggunaannya
secara meluas dalam pelbagai industri dan dikatakan sebagai bahan yang selamat untuk
digunakan oleh United State Food and Drug Administration (USDA). Etanol ini juga
memiliki harga yang sangat berpatutan dengan sifatnya yang bertindak sebagai pembunuh
kuman, pengawet, pelarut, depresan, bahan antibeku dan perantara kimia yang efektif.

2.2.2 APLIKASI ETANOL DI DALAM MAKANAN

Etanol merupakan salah satu jenis pelarut organik. Dalam industri makanan, ia
dikenali sebagai pelarut sejagat (universal solvent) yang penting selain air dan sering
digunakan dalam pembuatan makanan untuk mengekstrakan perasa semula jadi dan tiruan.
Etanol digunakan secara meluas dalam bahan perisa iaitu sebagai pelarut. Selain itu, ia juga
bertujuan dalam menghasilkan produk vanila serta proses pengekstrakan vanila dan gula
vanila. Etanol tulen yang digunakan untuk mengekstrak perisa vanila semula jadi adalah
sekurang- kurangnya 35% sahaja. Oleh itu, dianggarkan terdapat 0.2 hingga 0.5% etanol yang
masih terkandung dalam produk akhir walaupun telah dicairkan ketika proses dijalankan.

7
2.3 ETANOL DALAM MAKANAN: KATEGORI DAN STATUS

Terdapat dua kategori etanol dalam makanan dan minuman yang halal. Kategori
pertama ialah etanol yang hadir secara semulajadi dalam makanan dan minuman dan etanol
industri yang ditambah ke dalam makanan atau minuman semasa pemprosesan makanan
merupakan kategori kedua bagi etanol.

2.3.2.1 ETANOL SEMULAJADI (TERHASIL SECARA SEMULAJADI DALAM


MAKANAN

Etanol yang terhasil melalui proses penapaian yis atau bakteria, yang menukarkan
gula kepada etanol dan karbon dioksida dalam makanan atau minuman merupakan etanol
semulajadi. Kumpulan etanol semulajadi biasanya hadir dalam buah-buahan dan dinyatakan
kurang daripada 1% etanol yang terhasil daripada buah-buahan tetapi jika diekstrak,
peratusan boleh meningkat lebih tinggi.
Seterusnya. fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia pada
tahun 2011 telah menyimpulkan bahawa makanan atau minuman yang mengandungi etanol
secara semulajadi adalah tidak najis dan harus (boleh) dimakan atau diminum. Contohnya,
buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya, atau alkohol yang terkandung itu terjadi
secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman. Pendapat ini juga
dipersetujui oleh majlis-majlis fatwa negara-negara lain seperti di Brunei, Indonesia dan
Singapura.
Selain itu, etanol daripada ekstrak arak adalah haram sebagaimana haramnya arak
kerana faktor haramnya memanfaatkan arak dan majoriti ulama menganggap “khamar”
sebagai najis. Sudah terang lagi bersuluh, mana-mana etanol yang merupakan komponen
memabukkan juga dianggap sebagai najis. Dari segi kenajisan, hukum etanol dari arak
(khamar) adalah sama dengan arak (khamar) yang bersesuaian dengan kaedah fiqh: “At-
taabi’ Taabi” dan hukum penggunaannya adalah sama dengan hukum khamar iaitu haram.

8
2.3.2 ETANOL INDUSTRI

Terdapat dua kaedah menghasilkan etanol industri iaitu secara penapaian dan sintesis
petrokimia. Pada tahun 1995, 93% etanol yang dihasilkan adalah daripada proses penapaian,
manakala yang selebihnya adalah melalui kaedah sintetik. Contohnya kegunaan etanol
industri adalah sebagai pelarut atau campuran pelarut, bahan pencuci, dan produk
farmaseutikal.

1) ETANOL INDUSTRI DARIPADA PROSES PENAPAIAN

Etanol tulen dihasilkan melalui penapaian berskala besar bagi kegunaan


industri. Bahan yang mengandungi gula seperti buah-buahan boleh ditukar
terus kepada etanol adalah merupakan sumber bahan mentah yang sesuai
dijadikan sebagai substrat untuk penapaian etanol manakala yang mengadungi
kanji dan selulosa mesti ditukar kepada gula terlebih dahulu sebelum ditapai
kepada etanol.

Seterusnya, ada yang berpendapat bahawa etanol industri dalam kuantiti


tertentu adalah dibenarkan dalam produk halal sekiranya diperolehi daripada
penapaian bijirin setelah timbulnya isu sensitif bagi sesetengah organisasi
persijilan halal tentang penghasilan etanol industry daripada sumber bahan
mentah. Hal ini kerana, etanol dari sumber bijirin dianggap sebagai suci dan
dibenarkan yang telah dinyatakan dalam garis panduan bagi Islamic Food and
Nutrition Council of America (IFANCA) dan turut dipakai oleh sebahagian
negara barat yang lain.

Selain itu, etanol tulen untuk kegunaan indusrti yang ditapai daripada
buah-buahan adalah suci dan dibenarkan kerana hanya pengestrakan etanol
daripada sumber minum arak adalah dilarang sama sekali dan haram. Selepas
itu, fatwa yang telah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia
pada 1988 bahawa selagi etanol tidak berasal daripada arak dan kuantitinya
sedikit dibenarkan untuk mengestrak dan melarutkan perasa dengan etanol
industri.

9
2) ETANOL SINTETIK

Selain proses penapaian, etanol sintetik merupakan bahan yang sangat


tulen, ditapis dengan teliti dan memiliki kualiti yang konsisten daripada
penapisan petroleum dan sintesis etilena untuk kegunaan utama industri juga.
Ada sesetengah negara bergantung kepada polisi sebuah negara untuk
penggunaan etanol sintetik dalam industri makanan. Contohnya, di Eropah
melarang penggunaan etanol sintetik dalam pemprosesan makanan.

Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia (1988), akhirnya telah


mengeluarkan bahawa etanol yang tidak dihasilkan melaui penyulingan arak
adalah tidak najis setelah banyak berselisihan pendapat. Tambahan pula,
etanol tersebut boleh ditambah dalam produk makanan selagi kuantiti etanol
adalah sedikit dan tidak menyebabkan mabuk.

10
2.4 HAD ETANOL DALAM PERSIJILAN MAKANAN HALAL

Dalam menentukan had etanol dalam makanan halal, terdapat isu utama dalam
pembangunan global halal iaitu masalah dalam pensijilan produk halal contohnya seperti
piawaian dan jaminan kualiti yang tidak konsisten. Had etanol dalam makanan adalah
sangat berbeza dengan pelbagai negara yang lain. Hal ini kerana, had etanol dalam
makanan telah ditetapkan oleh pihak berkuasa (agama) tempatan atau organisasi yang
mengeluarkan persijilan halal. Contohnya ialah Islamic Food and Nutrition Council of
America (IFANCA) yang menerima sebanyak 0.1% sahaja atau pencairannya sebanyak
1:1000 etanol sebagai had yang dibenarkan dalam produk akhir makanan. Bahkan, di
negara Brunie penambahan etanol dalam industri (daripada proses penapaian atau sintetik)
adalah diharamkan secara mutlak. Malah, di United Kingdom telah mengambil langkah
yang lebih bijaksana dengan melarang sama sekali bahawa etanol dalam makanan tidak
dibenarkan.

Sebelum pindaan fatwa terkini di Malaysia mengenai alkohol di dalam makanan


dikeluarkan pada 15 Julai 2011, terdapat juga had piawaian etanol berbeza seperti di negara-
negara lain. Had etanol dalam makanan atau minuman halal mengikut pendapat yang berbeza
contohnya, pada tahun 2010 ialah 0.01% etanol dalam produk makanan manakala, pada tahun
2011 menyatakan 0.1% adalah peratusan etanol yang dibenarkan di Malaysia.

Namun begitu, pindaan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia pada tahun 2011
secara spesifik dan menjelaskan bahawa minum ringan yang diproses yang mempunyai
alkohol di bawah aras 1% adalah harus atau boleh diminum tanpa bertujuan untuk
menghasilkan arak. Manakala, untuk etanol industri, mestilah kurang daripada 0.5% etanol
dalam makanan produk akhir. Disebabkan status dan had etanol berbeza di setiap negara,
perlulah mendapatkan khidmat nasihat daripada agensi agama tempatan atau organisasi
persijilan halal tempatan negara tersebut terlebih dahulu bagi yang berminat untuk
menjalankan urusniaga.

11
3.0 ULASAN KRITIS ARTIKEL

Artikel ini menyatakan tentang alkohol (arak dan etanol) dalam makanan halal.
Seperti yang kita tahu, alkohol (arak) adalah salah satu jenis minuman yang diharam dalam
Islam. Isu menarik yang terdapat dalam artikel ini ialah perbincangan antara fuqaha tentang
kedudukan arak samada sebagai najis atau sebaliknya. Hal ini kerana kebanyakkan umat
Islam masih keliru bahawa adakah arak dianggap sebagai najis atau tidak. Oleh itu, para
ulama telah bekerjasama dalam bersepakat untuk menyatakan bahawa arak adalah najis. Bagi
kami, isu yang telah dibangkitkan di dalam artikel tersebut adalah amat releven bagi kami
sebagai seorang penyelidik kerana kami dapat mengetahui dengan jelas tentang hukum
hakam penggunaan alkohol dalam makanan halal.

Secara keseluruhannya, kami bersetuju dengan hasil kajian dalam artikel ini bahawa
alkohol diharakamkan dalam Islam dan penambahan arak dalam produk makanan juga haram
dan tidak dibenarkan sama sekali tetapi ada juga yang dibenarkan jika etanol tersebut adalah
secara semulajadi serta mengandungi kuantiti etanol yang sedikit. Hal ini kerana penambahan
arak dalam produk makanan memberi kesan buruk dan menjejaskan kesihatan walaupun
dengan penambahan arak dapat menambahkan rasa dalam hidangan dan menjadikan makanan
tersebut dapat digunakan dalam jangka masa yang lama. Sudah terang lagi bersuluh terdapat
hadis yang menyatakan bahawa arak merupakan punca kerosakkan. Contohnya hadis
daripada Uthman RA yang bermaksud “Hendaklah kamu menjauhi arak kerana ia punca
segala kejahatan dan kerosakkan”.

Seterusnya persoalan yang dinyatakan oleh penulis mengenai alkohol dalam makanan
halal melalui tinjauan ilmiah sudah terjawab. Penulis telah menyediakan jadual untuk
memberi kepercayaan kepada kami tentang status arak, alkohol dan etanol dalam makanan
serta had etanol dalam Persijilan Makanan Halal di pelbagai negara untuk memudahkan kita
faham apa yang telah disampaikan. Maklumat dalam jadual tersebut adalah benar kerana
penulis telah merujuk buku-buku dan sumber-sumber serta Majlis Fatwa Kebangsaan
Malaysia (2011) yang berkaitan dengan alkohol.

12
Tambahan pula, artikel ini memberi kesan terhadap pemikiran dan pandangan kami
dalam tajuk alkohol (arak dan etanol) dalam makanan halal dengan memberi penjelasan yang
lebih mendalam dan teliti. Selain itu, artikel ini juga memberi pengetahuan yang baru kepada
kami yang kurang berpengetahuan tentang tajuk tersebut. Akhir sekali, artikel ini sangat
membantu kami dalam penyelidikan untuk masa hadapan kerana dengan pengetahuan baru
ini dapat memudahkan kerja kami tentang alkohol (arak dan etanol) dengan lebih jelas.

13
4.0 KESIMPULAN

Hasil dari artikel ini dapat memberikan pengetahuan baru iaitu terdapat sebatian organik
lain dalam kumpulan alkohol selain etanol, seperti metanol, propanol dan butanol yang turut
dikenali sebagai alkohol. Penggunaan alkohol ini walaupun tiada larangan khusus terhadap
makanan halal dan penambahan ke dalam makanan dan minuman, tetapi ia tidak dibenarkan
sama sekali untuk dimakan dan diminum kerana kelompok alkohol ini adalah bertoksik dan
berisiko terhadap kesihatan. Dengan ini, kami dapat mengesan dan mengetahui sekiranya
makanan tersebut mengandungi kolompok alkohol yang tidak dibenar untuk makan bagi
umat Islam. Hal ini juga dapat menjadikan kita untuk mengekalkan kesihatan.

Dalam artikel ini, rujukan dari Al-Quran dan hadis adalah sangat sedikit. Oleh itu,
langkah yang kami akan lakukan untuk memperbaiki kajian ini adalah dengan menggunakan
bukti yang banyak berdasarkan ayat-ayat Al-Quran dan hadis kerana umat Islam lebih
mempercayai sumber-sumber daripada Al-Quran yang telah dinyatakan oleh Allah SWT serta
hadis. Hal ini kerana, sumber-sumber daripada Al-Quran dan hadis merupakan sumber yang
sahih dan jelas. Walaupun artikel ini mempunyai sedikit kekurangan, tetapi artikel ini boleh
dijadikan bahan rujukan dan pembelajaran untuk memahami tentang alkohol (arak dan
etanol) dalam makanan halal kerana artikel ini mempunyai maklumat dan isi kandungan yang
cukup jelas dan tepat.

14
5.0 RUJUKAN

1. Najiha, A. A., & Nadiah, W. W. (2014). Alkohol (arak dan etanol) dalam makanan halal.
Jurnal Intelek, 9(1).

2. Fauzul Na’im Ishak (2015), Fatwa Kontemporari Hubungan Kemasyarakatan, Kuala


Lumpur: PTS Islamika.

3. Rohidzir Rais (2014), Inspirasi Khutbah Rasulullah, Selangor: Grup Buku Karangkraf Sdn.
Bhd.

15

You might also like