You are on page 1of 2

PERKAHWINAN BAWAH UMUR

Sejujurnya saya katakan bahawa tujuan saya memilih topik ini iaitu
perkahwinan bawah umur ialah kerana perkara ini sering kali menjadi
kontroversi dalam kalangan masyarakat dari semasa ke semasa.
Kebanyakan masyarakat moden termasuk diri saya sendiri merasakan
bahawa pelajar sekolah rendah yang berusia 7 hingga 12 tahun belum
layak untuk berkahwin manakala pelajar menengah
rendah yang berusia 13 hingga 15 tahun pula belum layak untuk
mengandung,melahirkan bahkan menyusukan anak.Pada peringkat
ini,mereka lebih sesuai belajar di sekolah dan mengalami serta merasai
keindahan dunia remaja secukupnya. Sekiranya kita rujuk kepada undang
-undang seperti Enakmen Majlis Agama Islam di Malaysia sendiri hanya
membenarkan perkahwinan itu berlaku sekiranya wanita yang hendak
berkahwin,umurnya perlu mencecah 16 tahun manakala 18 tahun bagi
lelaki ke atas.Saya di sini hendak menyuarakan pendapat saya bahawa
saya sama sekali tidak bersetuju terhadap tindakan sesetengah pihak yang
ingin berkahwin di bawah had umur yang telah ditetapkan oleh undang-
undang. Ya,benar bahawa tujuan perkahwinan adalah untuk mendapatkan
zuriat dan merupakan salah satu daripada sunah nabi kita iaitu nabi
Muhammad S.A.W. dan sekiranya kita lihat dari segi mazhab ia sama
sekali tidak berlanggaran.Namun begitu, saya beranggapan bahawa tidak
semua sunnah boleh diikuti umat Islam kerana perlu diselarikan dengan
budaya setempat. Walaupun perkahwinan bawah umur ini sah dari segi
syarak tetapi cikgu, mana mungkin kanak-kanak wanita yang baru berusia
11 tahun melahirkan zuriat?. Ramai lagi wanita yang cukup umur di
Malaysia, tetapi kenapa tidak memilih wanita-wanita ini berbanding
kanak-kanak perempuan yang masih berada dalam fasa tumbesaran. Saya
di sini juga bukan mahu berbicara kosong tentang permasalahan ini tanpa
mengemukakan sebab yang kukuh terhadap penolakan saya ini.
Terdapat tiga implikasi perkahwinan bawah umur yang dapat saya
huraikan.Yang pertama dari segi aspek kesihatan.Kanak-kanak
perempuan ini akan mengalami sakit bersalin yang panjang,kesukaran
untuk bersalin, dan kadar kematian sewaktu melahirkan anak yang
tinggi.Yang kedua ialah dari segi aspek hak kanak-kanak
Kanak-kanak ini tidak dibenarkan untuk kehilangan hak sebagai kanak-
kanak kerana sekiranya kita melihat teori mengenai anak-anak, anak-anak
itu perlu dijadikan kanak-kanak dahulu sebelum meningkat
dewasa.Seterusnya kesan yang paling besar ialah dari segi aspek
pendidikan.Kanak-kanak mempunyai hak untuk mendapatkan pendidikan
yang mecukupi untuk pembangunan diri.Mereka ini sepatutnya
menggunakan masa muda mereka ini untuk belajar dan mendapatkan
ilmu yang sebanyak mungkin supaya kanak-kanak ini dapat menjadi ibu
dan bapa yang soleh atau solehah serta baik untuk anak-anak
mereka.Secara konklusinya,setiap perkara yang berlaku di Negara ini
perlu dirujuk serta disandarkan kepada undang-undang sama ada sivil dan
juga syari'ah.Sebelum menghabiskan hujah saya ini,saya berharap agar
kita semua sentiasa ingat bahawa undang-undang perlu dipatuhi manakala
hak kanak-kanak perlu dilindungi.

You might also like