You are on page 1of 2

MALAYSIA SEBAGAI HUB PRODUK HALAL

Hub halal boleh didefinisi sebagai aktiviti pengeluaran, pemprosesan dan pengedaran produk halal oleh
pengeluar atau syarikat yang telah melepasi piawaian yang telah ditetapkan oleh agensi tertentu yang
mempunyai leluasa seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( Jakim ). Konsep halal  adalah berdasarkan
ajaran agama Islam.

Makanan halal bermaksud makanan yang dibenarkan oleh hukum syarak dan menepatisyarat-syarat
berikut:

· Tidak mengandungi mana-mana bahagian atau produk daripada haiwan yang tidak halal mengikut
syarak atau produk daripada haiwan yang tidak disembelih mengikuthukum syarak.

· Tidak mengandungi bahan yang dikategorikan sebagai najis oleh hukum syarak.

· Tidak disediakan, diproses atau dikilang menggunakan peralatan yang telah dicemari bahan-bahan najis
menurut syara.

· Semasa penyediaan, pemprosesan, pembungkusan, penyimpanan atau pemindahannya,makanan


tersebut perlu diasingkan dari makanan yang tidak menepati keperluan a, batau c di atas atau bahan-
bahan yang telah dimaktubkan sebagai najis oleh hukum syarak.

Tujuan

Antara tujuan kerajaan menjadikan Malaysia sebagai sebuah hub produk halal ialah membantu memacu
pertumbuhan ekonomi negara.

1. Memacu pertumbuhan ekonomi Negara

- Tahun 2010, Malaysia telah diiktiraf sebagai hub Halal Dunia, peluang untuk negara sebagai pengeluar
utama produk halal.

- Usaha kerajaan menjadikan malaysia sebagai hub Halal Dunia kerana nilai pasaran pada 2010 bernilai
RM 8 trillion dan dianggarkan menjangkau  RM 18 trillion menjelang 2011

- Industri PKS berasaskan produk hahal mampu meningkatkan KDNK dan sentiasa berkembang dengan
inovasi teknologi terkini. melonjakan pendapatan negara.

2. Meningkatkan taraf hidup masyarakat Islam

- menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, mengurangkan penggangguran dan


mencipta peluang pekerjaan.
- mengurangkan kadar kemiskinan.

- meningkat pendapatan isi rumah.

3. Pasaran yang luas

- pasaran untuk penduduk Islam berjumlah 2 billion atau 60 peratus penduduk Asia- pasaran yang luas
dan produk halal senang untuk dipasarkan.

- pasaran untuk negara-negara Islam atau Timur Tengah adalah seperti Arab Saudi dan Emiriyah Arab
Bersatu (UEA ).

- Di Asia lebal halal dipandang tinggi di Jepun, Thailand sebagai pelaris jualan atau ‘marketing tool’ ,
pasaran Eropah.

4. Pemindahan teknologi

- menggalakkan penglibatan para pelabur antarabangsa melabur di Malaysia dalam industkusan halal.
Contohnya negara-negara Islam di seluruh dunia.

- Teknologi pemprosesan dan pembungkusan dalam industri herba…, Korea Selatan, Taiwan dan China.

- Teknologi Pengredan bahan dan makanan memajukan industri sosej dan burger halal.

5. Halallan toiyiba ( Halal lagi baik )

- Halal dari segi sumber, cara penyediaan, bahan dan kandungan produk halal.

- Mengutamakan kebersihan dan kesucian daripada unsur subahat.

- Mendapat pengiktirafan JAKIM dan Kementerian Kesihatan Malaysia

Isu Halal Haram Masa Kini

Pelbagai isu mengenai penyelewengan sama ada logo halal, cara pembuatan dan percampuran barangan
yang tidak halal didedahkan dalam surat khabar.Ini menjadikan kebimbangan terhadap masyarakat Islam
yang mencari produk halal untuk kegunaan seharian mereka.

Antara isu yang timbul pada masa kini ialah seperti sebuah gerai yang bergerak di Desajay, Kepong
menjual daging babi salai yang dibungkus dalam plastic berlogo halal jakim. Beberapa orang Islam suadah
terpedaya dengan logo ini dan menbeli daging itu.

Kesimpulannya

Industri halal berpotensi menjana ekonomi negara, meningkat KDNK (keluaran dalam negara kasar),
peluang pekerjaan baru, pengenalan teknologi baru dan peluang negara Islam menguasai industri halal
dunia.

You might also like