You are on page 1of 3

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA

KPH 2043-21
HALAL REGULATORY AND GOVERNANCE

TAJUK: 5 AGENSI YANG TERLIBAT DALAM MEMBANGUNKAN DAN MENGAWAL


SELIA INDUSTRI HALAL DI MALAYSIA

NAMA: MARIAMAH BINTI AZILALLAH


NO MATRIK: 23170102
KOS: DIPLOMA PENGURUSAN HALAL
NAMA PENSYARAH: NURASYIKIN BINTI NORUDIN
1.0 JABATAN STANDARD MALAYSIA (JSM)

 Jabatan Standard Malaysia ialah badan standard dan akreditasi kebangsaan. Fungsi
utama Jabatan Standard Malaysia adalah untuk merangsang dan menggalakkan
standard, penstandardan dan akreditasi sebagai cara bagi memajukan ekonomi negara,
menggalakkan kecekapan dan pembangunan industri yang bermanfaat kepada
kesihatan dan keselamatan awam, melindungi pengguna, memudahkan perdagangan
dalam negeri dan antarabangsa serta melanjutkan kerjasama antarabangsa berhubung
dengan standard dalam penstandardan.

Jabatan Standard Malaysia juga bertanggungjawab membangunkan standard untuk


makanan halal seperti pengeluaran, penyediaan, pengendalian dan penyimpanan
makanan halal. Selain itu, Jabatan Standard Malaysia juga menyediakan peraturan
asas bagi produk makanan dan perdagangan atau perniagaan makanan di Malaysia
bagi proses pensijilan halal.

2.0 KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI (MITI)

 Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri atau yang dikenali dengan


MITI ialah sebuah kementerian Kerajaan Malaysia yang bertanggungjawab ke atas
perdagangan antarabangsa, industri, pelaburan, produktiviti, perusahaan kecil dan
sederhana, kewangan pembangunan intitusi, industry halal, automotive, keluli dan
perdagangan yang strategik.

MITI mempunyai pelbagai fungsi antaranya ialah merancang, menggubal dan


melaksanakan dasar-dasar pelaburan, perindustarian dan perdagangan luar negara
termasuk yang berkaitan dengan halal. Selain itu, MITI juga berfungsi dalam
menggubal dan menggalakkan hubungan perdagangan dua hala dan pelbagai hala
serta kerjasama perdagangan serantau serta MITI juga berfungsi merancang dan
menggalak pembangunan prestasi eksport Malaysia dipasaran antarabangsa.
Seterusnya, MITI juga menjadikan Malaysia sebagai hab halal global menerusi
ekosistem perniagaan, perdagangan dan standard.
3.0 JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR (JPV)

 Jabatan Perkhidmatan Veterinar atau dikenali sebagai JPV ialah sebuah jabatan
Kerajaan Malaysia yang bertanggungjawab menyelia dan dan mentadbir hal-hal yang
berkaitan perkhidmatan veterinar. Ia merupakan agensi di bawah Kerajaan Pertanian
dan Keterjaminan Makanan Malaysia.

 JPV berfungsi sebagai penasihat latihan bagi industri ternakan dan haiwan peliharaan,
pengembangan pengeluaran ternakan dan kesihatan haiwan serta kesihatan awam
veterinar. Selain itu, JPV juga berfungsi dalam pemeriksaan terhadap daging, susu,
telur, makanan haiwan, rumah sembelihan dan loji pemprosesan hasilan haiwan.
Seterusnya, JPV berfungsi sebagai pengawalan import dan eksport ternakan dan hasil
haiwan dan perkhidmatan kuarantin. Akhir sekali, JPV berperana dalam mengawal
kebajikan haiwan dan pemuliharaan bahan genetic haiwan.

4.0 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)

 KKM adalah salah satu agensi kerajaan yang banyak bekerjasama dengan JAKIM
dalam urusan pensijilan halal tempatan dan luar negara. KKM juga memainkan
peranan untuk mengesahkan keselamatan produk makanan, suplemen dan juga
perubatan. Selain itu, KKM juga memainkan perana penting dalam mengesahkan
keselamatan rumah sembelih luaar negara yang memohon pengiktirafan pensijilan
Halal luar negara.

5.0 HALAL INDUSTRY DEVELOPMENT CORPORATION (HDC)

 HDC atau turut dikenali sebagai Perbadanan Industri Halal. Antara fungsi HDC ini
adalah mengambil langkah-langkah yang akan mempengaruhi pembangunan industry
halal untuk membolehkan syarikat yang memasarkan produk halal bergabung dengan
pasaran global, membangun dan mempromosikan jenama halal Malaysia,
mempromosikan konsep dan servis produk halal di serata Malaysia. Selain itu, HDC
bertanggungjawab untuk memstikan integrity standard halal, mengekalkan kualiti
yang terbaik dan menyediakan penyelesaian yang akan memenuhi tuntutan prinsip-
prinsip Syariah dan industry komersial.

You might also like