You are on page 1of 1

Walaupun pembangunan industri makanan halal di Malaysia mempunyai faedah tertentu, namun

industri ini turut berdepan dengan pelbagai cabaran. Bincangkan.


Malaysia merupakan salah sebuah negara yang memainkan peranan penting dalam pembangunan
industry makanan halal. Pelbagai faedah diperolehi untuk menerusi pembangunan industri ini.
Walaubagaimanapun,cabaran tertentu terpaksa diatasi bagi membangunkan industri halal di
Malaysia.
Faedah pertama ialah dapat membantu pengusaha-pengusaha produk halal tempatan meluaskan
pasaran ke peringkat antarabangsa. Syarikat produk makanan halal tempatan dapat mengeksport
produk makanan mereka ke pasaran dunia dengan lebih luas.Hal ini dapat melebarkan sayap
perniagaan syarikat-syarikat tersebut yang dibangunkan memenuhi standard piawaian yang
ditetapkan.
Faedah kedua ialah dapat menambahkan pendapatan pengusaha produk halal tempatan .Dengan
promosi yang baik dan berterusan oleh pengusaha industri makanan halal ia mampu merancakkan
permintaan produk makanan ini terutama daripada negara-negara islam di seluruh dunia.Dengan ini
ekonomi negara juga akan berkembang dengan pesat.
Fedah terakhir ialah dapat membuka peluang pekerjaan.Apabila pengusaha produk makanan
melebarkan sayap perniagaan beliau,sekali gus dapat membuka banyak kilang untuk meningkatkan
operasi pengeluaran produk makanan halal.Hal ini, menyebabkan peluang pekerjaan dapat dibuka
dengan meluas kepada penduduk dalam pelbagai peringkat kerjaya.
Antara cabaran dalam membangunkan industri makanan halal ialah dengan mempatenkan Logo
Halal Malaysia.Industri halal Malaysia diterajui oleh Jabatan Kemajuan Islam dengan arahan untuk
mempatenkan logo Halal Jakim di peringkat domestik dan antarabangsa.Jakim mengeluarkan sijil
halal dengan matlamat memenuhi Syariah.
Selain itu,cabaran dengan membangunkan infrastruktur untuk menyokong industri halal.
Prasarana ini penting untuk memudahkan pekilang,usahawan dan pelabur menjayakan industri
makanan halal.Contohnya,membangunkan keperluan Myehalal, dan Pusat Penyelidikan Halal.
Kesimpulannya,,Malaysia mempunyai semua kepakaran dan berkelebihan dalam memajukan
industri halal dan seterusnya memimpin industri halal ke peringkat global

You might also like