You are on page 1of 10

GMGF1013 – EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM 1

1.0 Pengenalan

Sebuah negara kecil yang dikenali sebagai Malaysia dengan populasi 35 juta

penduduk sahaja; ianya mengamalkan ekonomi secara terbuka dimana jumlah

dagangan tidak kurang daripada 200 peratus daripada Keluaran Dalam Negara

Kasar (KDNK). Selain daripada itu menurut Kamus Bahasa Melayu, ekonomi ini

diberikan makna sebagai ilmu yang berkenaan pengeluaran, pengagihan,

penggunaan barang-barang dan perkhidmatan oleh orang-orang yang pakar dalam

bidang ekonomi. Tugasan yang diberikan ini adalah pengusaha makanan halal di

pasaran tempatan yang mempunyai hasrat untuk mengembangkan pengusahaan ke

luar negara dan bagi mencapai keputusan yang betul dan tepat terdapat beberapa

perkara yang perlu dipertimbangkan. Apabila berada di dalam industri halal

tempatan, maka sebagai pengusaha perlu mengambil tahu bahawasanya Malaysia

merupakan sebuah negara Islam yang sangat dihormati dan dipandang tinggi oleh

negara Islam yang lain walaupun penduduk di Malaysia ini mempunyai bangsa yang

berbilang kaum, Bahasa dan warna Institusi makanan halal yang sangat berpotensi

dengan permintaan yang sangat tinggi di peringkat dalam negara mahupun luar

negara. Kenapa institusi makanan halal ini sangat tinggi dengan permintaannya

kerana cara pemprosesan yang sangat bersih dan diyakini dan juga cara

pembungkusan yang sentiasa dipantau dengan teliti bagi mencapat standard produk

makanan. Di Malaysia, institute halal telah dibahagikan kepada 2 skop iaitu produk

halal dan servis halal. Untuk produk halal telah dibahagikan kepada makanan dan

minuman dan juga bukan makanan. Selain daripada itu, ianya juga mempunyai

enam (6) faktor yang mempengaruhi dalam status halal ini iaitu produksi, bahan

mentah, keselamatan & kebersihan makanan, pelaksanaan perkhidmatan luaran,

pengservisan dan pengkhidmatan logistic.

1
GMGF1013 – EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM 1

2.0 Industri Halal

Tahun 2010 Malaysia terus ingin melangkah lebih jauh untuk menjadi sebuah

hab makanan yang bertemakan atau berkonsepkan halal di dalam negara mahupun

luar negara dengan memberi pesaingan kepada yang lain. Apabila dilihat secara

umum, industri halal melalui pemprosesan makanan halal merujuk kepada sektor

yang terlibat di dalam proses pemprosesan produk makanan dan minuman yang

mengikut hukum syarak dari sudut bahan mentah, pemprosesan, pengilangan,

pembungkusan dan pemasaran. Di Malaysia, makanan yang telah siap diproses

perlu mendapatkan kelulusan dan pengisytiharan daripada Jabatan Kemajuan Islam

Malaysia (JAKIM). JAKIM ini akan bertanggungjawab dalam peraturan dan undang-

undang yang berkenaan dengan halal tempatan dan juga luar negara dengan

mengikut standard halal mereka. Menggunakan 2 standard yang telah diisytiharkan

halal iaitu

a) MS1900:2014 – Quality management system – requirement from the

Islamic perspective.

b) MS2400:2010 – Halalan Toyyiban Pipeline Standard]

Industri makanan halal sangatlah berpontesi dengan permintaan yang makin tinggi

dan keuntungan yang melipat kali ganda apabila ianya mendapat sambutan

daripada pasaran luar negara. Seperti standard MS2400:2010 meliputi dengan

bahagian pengangkutan, pengudangan dan peruncitan. Apabila berlaku

penghantaran barang ke satu tempat ke tempat yang lain mestilah dengan

mematuhi kehendak halal toyyiban (halal dan suci). Ini kerana pada tahun 2010,

penduduk Islam di Eropah telah meningkat kepada 49 juta daripada 10 tahun yang

2
GMGF1013 – EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM 1

lepas. Peningkatan ini telah menyaksikan juga bahagian Asia telah meningkat

dengan 1.65 bilion populasi penduduk di tahun yang sama. Selain daripada ini,

terdapat 2 pasaran yang besar untuk pasaran makanan halal iaitu Timur Tengah dan

Asia Tenggara. Di Malaysia ini, institusi halal ini terbahagi kepada 2 iaitu produk

dan servis halal; untuk produk halal ianya terlibat dengan makanan dan minuman

halal dan juga terpecah dengan produk bukan makanan. Terdapat 6 faktor yang

boleh mempengaruhi status halal seperti produksi, bahan mentah, keselamatan dan

kebersihan makanan, pelaksanaan perkhidmatan luaran, penyediaan servis dan

logistik. Apabila melaku sesuatu penghasilan sesuatu produk yang halal dihasilkan

maka harus berpegang kepada prinsip yang utama dalam penekanan iaitu produk

tidak boleh dicemari dengan produk yang tidak halal yang sentiasa mempunyai risiko

dalam pembuatan mahupun penghangtaran produk halal. Di dalam pembabitan

industri makanan halal ini juga, sikap keprihatinan manusia melibatkan dalam

pelbagai situasi seperti amalan, kawalan dan logo kemutuan makanan yang

dihasilkan dengan sebaik mungkin bagi menghadapi saingan yang lebih sengit

diperingkat luar negara atau global.

3
GMGF1013 – EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM 1

3.0 Produk Makanan

Pengusahaan kami telah menghasilkan beberapa produk yang telah

memasuki pasaran tempatan, antaranya adalah sambal bilis ranggup, sambal

tempoyak terangkat, sambal api berapi dan sambal petai sesuka hati. Produk kami

ini di isi di dalam botol 200ml dan dijual satu botol berharga RM20. Produk kami ini

boleh dibawak kemana-mana dan tidak perlu dimasak semula; kerana ianya telah

dimasak hanya tinggal buka dan makan sahaja. Produk kami boleh diletak di dalam

peti sejuk mahupun hanya suhu bilik. Tempoh setiap penggunaan akan bertahan

kesedapan selama 3 bulan setelah dibuka. Untuk berada di pasaran tempatan ini,

kami mengambil masa selama 2 tahun untuk penghasilan dari segi rasa,

persembahan, logo, ketahanan makanan dan juga kesesuaian tempat letak. Untuk 1

penghasilan produk seperti sambal ikan bilis, kami menggunakan ikan bilis mata biru

yang diimport daripada sabah,cili kering, bawang merah, bawang putih dan cili padi,

untuk 100gram ikan bilis mata biru harganya RM8.80 dan kami menggunakan dalam

1 produk lebih kurang daripada 500gram (8.80 x 3g = 26.40) anggaran ikan bilis,

anggaran bagi bawang merah, putih, & cili padi RM10 dan 1 produk yang terhasil

anggaran adalah RM36.40 dan harga yang dijual adalah RM20 untuk 1 botol 200ml.

Bagi produk sambal bilis ranggup kami akan mengeluarkan dalam 2 minggu sekali

adalah sebanyak 50 botol, begitu juga dengan 3 produk yang lain. Jika dilihat

daripada pasaran tempatan ini, produk sambal bilis ranggup dan sambal petai

sesuka hati yang lebih mendapatkan perhatian daripada 2 produk yang lain. Produk

kami telah berada di pasaran tempatan selama 3 tahun dan ianya boleh dikatakan

4
GMGF1013 – EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM 1

mendapat sambutan daripada masyarakat yang berlainan bangsa. Produk makanan

kami ini telah dilancarkan pada Januari 2019 dan pada tempoh 2 bulan pelancaran

produk kami telah berjaya sehingga 100 botol yang telah terjual habis di pasaran,

anggaran ketika itu kami memperolehi sebanyak RM100,000 untuk 3 bulan pertama

perjualan. Selepas beberapa bulan demikian, seluruh negara telah dijangkiti dengan

Covid-19 yang turut menjejaskan produk keluaran kami. Pada tahun berkenaan juga,

kami yang hanya beberapa bulan berada di pasaran tempatan. Justeru itu,

sesungguhnya ianya memang telah memberi kesan kepada pengusahaan kami

terutama dari segi bahan-bahan mentah. Ianya bertambah sulit apabila pihak

Kerajaan telah mengeluarkan Perintah Kawalan Pengerakan (PKP) dan dengan

pelbagai S.O.P yang juga dikeluarkan oleh pihak Kesihatan Malaysia. Pengusahaan

kami terpaksa ditutup hampir lama 3 bulan bagi menyediakan beberapa dokumen

yang diperlukan bagi pihak MITI untuk membenarkan kami beroperasi sepanjang

tempoh PKP. Setelah hampir 3 bulan tidak beroperasi anggaran kerugian kami

ketika itu dalam Rm500,000 dengan termasuk bahan-bahan mentah yang sudah

busuk, mesin-mesin pemprosesan yang berhabuk, tempat pemprosesan;

penyediakan dan pembungkusan agak berhabuk dan kotor. Dengan keadaan yang

berlaku ini, kami perlu membuat mencari permasalahan dan menyelesaikannya

produk kami dengan cara yang lebih baik dan terbaru. Jika sebelum ini, produk

sambal kami menggunakan botol kaca 200ml, kami telah menukarkan kepada

packaging retort 200ml; ini kerana bagus mengurangkan kos penggantian baru

apabila setiap penghantaran akan pasti 1 botol yang akan pecah apabila sampai

kepada pelanggan. Jika sebelum Covid-19 ini berlaku, produk kami ini hanya di war-

warkan melalui media sosial seperti Facebook, Instargram dan juga twitter, produk

kami juga boleh didapatkan di setiap stesen minyak Petronas yang terpilih. Untuk

5
GMGF1013 – EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM 1

Langkah yang lebih seiring, kami mula menggunakan perkhidmatan seperti Shopee

dan Lazada. Jika dibandingkan dengan tahun 2019, perusahaan kami mengalami

kerugian hampir RM500,000 ; dan tahun 2021 masih di dalam kerugian walaupun

ada produk yang terjual dan pertengahan bulan 5 tahun 2021, kami melancarkan

produk di shopee dan Lazada, produk kami amat laris dan sentiasa “sold-out” di

dalam kedua-dua platform ini. Jika dianggarkan mengenai keuntungan kami pada

tahun 2022 setelah menggunakan platform Shopee dan Lazada sebanyak

RM712,000 agak bersih setelah ditolak daripada kos-kos dan juga hutang-hutang

dengan peruncitan. Walaupun produk kami boleh dikatakan masih baru di pasaran

tempatan, namun kami yakin sambal kami lebih baik daripada sambal yang lain.

Setelah hampir 3 tahun produk kami berada di pasaran tempatan, kami ingin cuba

untuk mengembangkannya lagi ke peringkat global, namun akan mempunyai

pelbagai faktor yang perlu diberi perhatian sebelum perusahaan mengalami kerugian

yang lebih banyak.

6
GMGF1013 – EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM 1

4.0 Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan dan diberi perhatian.

Pengusaha kami telah menubuhkan satu kumpulan bagi menyelidik dan

mengkaji faktor-faktor yang perlu diberikan perhatian, antaranya yang pertama

adalah kos kewangan yang perlu digunakan bagi membeli dan mencari bahan

mentah yang utama seperti ikan bilis, petai, cili padi, dan yang paling ketara adalah

durian untuk dihasilkan menjadi sambal tempoyak. Untuk menghasilkan tempoyak,

kami akan menggunakan isi durian D24 kerana isi yang lebih manis dan sedap.

Untuk pasaran tempatan hampir 100kg isi durian yang kami gunakan untuk

menghasilkan dalam 250 packaging retort 200ml. Jika dilihat pada harga pasaran

sekarang, 1kg D24 adalah RM28 hingga RM30, dan hanya beberapa biji sahaja

boleh dimakan. Cuba dikalikan dengan 100kg lagi isi durian yang perlu ditambah

untuk menampung di pasaran antarabangsa. Setiap kos yang dikeluarkan tidak

semestinya kepada bahan mentah semata-mata, ianya juga bergantung kepada

tenaga kerja seperti pembayaran gaji, upah dan kiraan bonus. Selain itu, mesin bagi

pemprosesan juga perlu diberikan perhatian kerana untuk pasaran tempatan

pengusahaan kami menggunakan 4 mesin pemprosesan sambal dan setiap mesin

kami akan asingkan supaya sambal kami tidak bercampur aduk dengan yang lain; 1

kos mesin pengacau sambal RM6,000 dan kami mempunyai 4 mesin pengacau

sambal total semua RM24,000; jika pengusahaan kami ingin mengembangkan ke

pasaran tempatan, untuk mengambil mesin baharu mungkin akan terjadi untuk

menampung permintaan sambal di pasaran tempatan dan antarabangsa.

7
GMGF1013 – EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM 1

Antara faktor yang kedua perlu dipertimbangkan adalah piawaian jaminan kualiti

(ISO 22000:2018 Food Safety Management System & Hazard Analysis and Critical

Central Point (HACCP)), untuk mengembangkan produk makanan ke pasaran

antarabangsa setiap pengusahaan perlu memiliki sijil ISO bagi menjamin

keselamatan, kebersihan dan kualiti produk yang dihasilkan. Kenapa perlu adanya

ISO ianya untuk satu pendekatan yang positif dari segi nilai jualan dan nilai eksport.

Bermaksud dengan adanya sijil ISO nilai jualan dan eksport akan menjadi

meningkat. ISO ini ianya di dalam kategori pengurusan, penjualan dan pemprosesan

untuk memastikan keselamatan, kecekapan, kebersihan, kualiti dan produktivi bagi

sesebuah pengusahaan. Setiap pengambilan sijil ISO ini akan pasti melibatkan kos

yang dibayar, ini kerana apabila sebuah pengusahaan memohon untuk pengambilan

sijil ISO maka akan ada auditor yang datang untuk audit dan memberi keputusan

mengenai apa yang dinilai dan jika masih ada yang tidak kena atau perlu dibaiki, kita

harus baiki sehingga auditor datang tidak menjumpai apa-apa kesalahan tetapi tidak

mungkin kerana tugas seorang auditor ISO akan sentiasa mencari salah dan silap

dalam mana-mana perusahaan. Akan tetapi jika dilihat pada pengusaha tempatan,

kesedaran mengenai keselamatan dan kualiti sesuatu produk yang mereka hasil

masih di tahap yang lemah. Dengan era yang serba canggih dan globalisasi ini

kesedaran mengenai keselamatan dan kebersihan makanan adalah yang paling

utama di seluruh negara. Kenapa perlu adanya HACCP ini, kerana ianya sebagai

sijil untuk mana-mana pengusaha makanan tempatan untuk mengeksport produk

mereka ke luar. Mungkin ada yang memiliki sijil GMP (Bahagian Keselamatan dan

Kualiti Makanan) tetapi ianya tidak mencukupi bagi urusan eksport ke luar.

Perkara lain yang perlu dipertimbangkan adalah dari kualiti produk.

8
GMGF1013 – EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM 1

Untuk makanan halal yang dikeluarkan oleh pengusaha-pengusaha daripada

Malaysia, selalunya akan mempunyai pelanggan utama dari luar negara seperti

Singapura, Indonesia, Brunei, Emiriyah Arab Bersatu dan Saudi Arabia. Antara

makanan yang dihasilkan oleh pengusaha Malaysia yang berjaya menembusi

pasaran antarabangsa adalah seperti Kawan Food (lampiran) yang dikenali sebagai

pengeluar dan penjual kulit popia yang sudah bertapak di Shah Alam selama 30

tahun. Kawan Food ini adalah pencipta roti paratha yang sejuk beku pertama di

peringkat global dan ianya berjaya menembusi pasaran Amerika Syarikah, Kanada,

Eropah, United Kingdom, Timur Tengah, Ireland, Asia, Afrika dan Australia. Selain

daripada itu, produk rempah BABA’S (lampiran) yang mempunyai lebih daripada 30

rempah ratus dan ianya telag berjaya memasuki pasaran seperti Amerika Utara,

Eropah, Kanada, Australia dan pelusuk Asia Tenggara. Dan yang paling dikenali

dengan pelbagai cabaran yang viral di dalam media sosial sebelum ini, iaitu

makanan ringan MAMEE (lampiran). Terdapat pelbagai jenis produk MAMEE iaitu

mee segera, biskut dan juga Mister Potato sejak tahun 1992. Syarikah MAMEE ini

telah diasaskan oleh Datuk Pang Chin Hin di Melaka pada tahun 1971 dan ianya

hampir usia 50 tahun. Dan kini jenama MAMEE telah menjadi pengilang

antarabangsa yang berjaya dan diiktiraf dan mempunyai 50 produk di bawah 10

jenama daripada Perancis dan Australia. Selain itu juga, bukan hanya makanan

yang diproses, tetapi restoran makanan yang bertemakan atau berkonsepkan

"mamak style” turut mendapat pengiktirafan daripada Michelin Guide dengan 1

bintang pada tahun 2014 (lampiran). Restoran yang terletak di New York dan dimiliki

oleh Nani Rahayu Yusof Hughie merupakan bekas wartawan Pertubuhan Berita

9
GMGF1013 – EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM 1

Nasional Malaysia (BERNAMA). Dengan berkonsepkan makanan masakan India,

Melayu dan CIna yang popular di Pulau Pinang dapat menarik minat dan menerima

reaksi positif daripada pelbagai media seperti New York Times dan yang lain-lain.

Untuk setiap pencapaian dan kejayaan yang mereka ini tempoh dan

mendapatkannya, ianya juga telah melalui proses-proses yang mencabar dan

permasalahan yang sentiasa ada untuk setiap Langkah. Tiada manusia di muka

bumi ini hanya berjaya dengan sekali. Jika ianya ada mungkin kesungguhan,

perancangan dan restu yang diperolehi seiring dengan langkahnya.

10

You might also like