You are on page 1of 15

FAKULTI SAINS GUNAAN

SEMESTER SEPT 2019

MPU3223_V2

ENTREPRENEURSHIP 2

NO. MATRIKULASI :
MPU3223_V2

ARAHAN

 Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda.


 Sediakan jawapan tugasan anda mengikut susunan KRITERIA PENILAIAN (ASSESSMENT CRITERIA)
seperti tertunjuk dalam RUBRIK. Jika RUBRIK TIDAK dibekalkan, ikut arahan/garispanduan yang
ditetapkan oleh Open University Malaysia (OUM) bagi tugasan kursus berkenaan.
 Tugasan anda hendaklah mematuhi bilangan patah perkataan seperti di dalam arahan soalan
tugasan dan TIDAK termasuk rujukan.
 Taipkan jawapan anda dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris
1.5.
 Tunjukkan bilangan perkataan di hujung tugasan anda.
 Jadual dan gambar rajah jika ada, hendaklah menunjukkan tajuk yang wajar.
 Senaraikan secara berasingan, rujukan/referensi dalam muka surat APENDIKS.

1
MPU3223_V2
TUGASAN 1

1. LATAR BELAKANG SYARIKAT

1.1 PENGENALAN SYARIKAT

McDonald's mula beroperasi di Malaysia lebih 37 tahun yang lalu. Restoran pertama
telah dibuka pada 29 April 1982 dan terletak di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. McDonald's
telah mempunyai hubungan perniagaan dengan lebih 400 pembekal-pembekal tempatan dan
mempunyai lebih 12,000 kakitangan di Malaysia di mana sekitar 95% daripada jumlah ini terdiri
daripada warga Malaysia (McDonald's Malaysia, 2017). Pengarah Urusan dan Rakan Operasi
McDonald's Malaysia ialah Encik Azmir Jaafar. Beliau memulakan kerjayanya di McDonald's
sebagai seorang Pengurus Pelatih di restoran, dan seterusnya mendaki tangga kerjaya sehingga
ke tahap ini.

Setakat ini, terdapat sekitar 260 buah restoran McDonald's di seluruh Malaysia dan
jumlah ini dijangka meningkat kepada 450 buah restoran pada tahun 2025 (McDonald's
Malaysia, 2017). McDonald's bercadang untuk melabur RM1.4 billion di Malaysia sehingga
tahun 2025, bagi membuka lebih banyak restoran baru, mengubahsuai restoran yang sedia ada
dan menyediakan lebih kemudahan kepada para pengguna. Ini juga bakal mewujudkan lebih
10,000 peluang pekerjaan baru.

1.2 SEJARAH SYARIKAT

Kelahiran McDonald's bermula dengan individu bernama Raymond Albert Kroc. Ray
Kroc adalah pengedar eksklusif pembuat goncang susu (milk shake) yang dikenali sebagai
Multimixer. Sementara itu, dua saudara lelaki iaitu Richard dan Maurice McDonald memiliki dan
menjalankan restoran hamburger di San Bernadino, California, pada tahun 1950an. Ray Kroc
telah mendengar bahawa adik beradik McDonald tersebut menggunakan Multimixers dengan
begitu baik untuk melayani pelanggan mereka. Beliau bertemu dengan mereka dan memperoleh
hak francais dari mereka untuk menjalankan restoran McDonald's (McDonald's Malaysia, 2017).

2
MPU3223_V2
1.3 STRUKTUR PEMILIKAN McDonald's Malaysia

McDonald's Malaysia dimiliki sepenuhnya oleh syarikat Lionhorn Pte Ltd dari Arab
Saudi, di bawah sistem francais yang dikenali sebagai "Developmental Licensee" (DL). Melalui
sistem ini, McDonald's Corporation di Amerika Syarikat telah memindahkan hak milik mereka
ke atas McDonald's Malaysia kepada syarikat Lionhorn. Syarikat Lionhorn telah diberi lesen
untuk mengedalikan sepenuhnya operasi McDonald's di Malaysia dan Singapura. Sistem ini
bertujuan untuk mempercepatkan pertumbuhan pasaran McDonald's di Malaysia, di mana pihak
Lionhorn mampu menyuntik modal bagi membuka lebih banyak restoran McDonald's dalam
tempoh yang lebih singkat (McDonald's Malaysia, 2017).

Syarikat Lionhorn adalah salah sebuah anak syarikat Reza Group yang diterajui oleh
Sheikh Fahd dan Abdulrahman Alireza.

1.4 PRODUK DAN SERVIS

McDonalds menawarkan pelbagai jenis makanan segera dan minuman termasuk burger,
nugget, ayam goreng, kentang goreng, set makanan dan sebagainya. Restoran ini juga
menyediakan pelbagai jenis kopi, minuman berkarbonat, krim ais dan minuman berperisa.
McDonald's juga menyediakan servis seperti penghantaran makanan, pandu lalu 24 jam serta
aplikasi atas talian. (McDonald's Malaysia, 2017).

2. PERSEKITARAN MAKRO

2.1 POLITIK DAN PERUNDANGAN

Setiap perniagaan adalah terhad oleh persekitaran politik. Terdapat banyak perbezaan
politik dan perundangan di antara satu negara dan lain. Kesemua usahawan atau syarikat perlu
mengambil tahu mengenai isu-isu global dan harus sedar halangan perdagangan, cukai, tarif dan
risiko politik, serta hubungan dua hala dan pelbagai hala. (Bhasin, 2018). Salah satunya adalah
menghalang aliran bebas sumber-sumber dari negara-negara lain sebagai perlindungan bagi
industri negara serta sekatan perdagangan yang dikenakan ke atas industri permotoran negara.

3
MPU3223_V2
Isu global juga berkaitan dengan risiko politik iaitu ketidakstabilan politik, rasuah dan keganasan
di negara atau sekitarnya. Bagi kawasan yang mempunyai risiko, adalah sukar untuk membeli,
melindungi dan melupuskan sumber. Antara risiko lain adalah keganasan politik dan fizikal,
peras ugut dan rasuah.

Selain itu, terdapat pelbagai organisasi perdagangan antarabangsa yang diwujudkan bagi
memupuk dan menggalakkan perdagangan dunia. Diantaranya ialah AFTA (Kawasan
Perdagangan Bebas ASEAN) . Menurut ASEAN (2012), penubuhan AFTA adalah untuk
mempercepat pengurangan kadar tarif ke atas barangan industri melaui Tarif Keutamaan
Berkesan Bersama dan usaha untuk menarik pelabur menanam modal dengan memberi pelbagai
insentif seperti melonggarkan cukai untuk melabur.

Selain itu, isu nasional yang mencakupi dasar-dasar dan polisi kerajaan, undang-undang,
peraturan, kawalan, percukaian dan sebagainya turut mempengaruhi kegiatan perniagaan dalam
sesebuah negara. Isu Nasional merangkumi dasar dan polisi negara yang dikenakan oleh kerajaan
kepada organisasi yang menjalankan aktiviti. Justeru itu, organisasi perlulah memahami dasar-
dasar baru serta polisi yang ditetapkan oleh kerajaan seperti yang dinyatakan oleh Mohd Ayob
Abd Razid (2013) iaitu Model Ekonomi Baru (MEB), Program Transformasi Kerajaan (GTP),
Dasar Luar Negara, Dasar Industri, Dasar Pengguna Negara, Dasar kewangan dan sebagainya
agar aktiviti yang dijalankan tidak bertentangan dengan dasar dan polisi tersebut.

2.2 EKONOMI

Sebagaimana isu perundangan, tarif dan cukai. Eknomi negara merupakan elemen yang
perlu diketahui oleh usahawan yang menjalankan perniagaan. Usahawan perlu peka terhadap
perubahan ekonomi sama ada keadaan ekonomi tempatan ataupun ekonomi antarabangsa. Ini
kerana faktor tersebut mempengaruhi operasi, prestasi, perancangan dan pendapatan organisasi.

Menurut Maria Che Othman (2016), keadaan ekonomi negara memberi impak besar
dalam sesebuah organisasi. Keadaan ekonomi merangkumi faktor keluaran dalam negara kasar
(KDNK), pendapatan perkapita, pasaran untuk barangan dan perkhidmatan, modal, rizab tukaran

4
MPU3223_V2
asing dan lain-lain. Faktor-faktor ini dapat membantu dalam meningkatkan kadar pertumbuhan
ekonomi dalam sesebuah negara jika diurus dengan baik.

Selain itu, dasar-dasar ekonomi kerajaan amat penting untuk diketahui oleh para
usahawan kerana dasar-dasar ini dapat mempengaruhi kesemua aktiviti organisasi yang
ditawarkan dari semasa kesemasa. Diantara dasar-dasar ekonomi yang diperkenalkan oleh
kerajaan adalah Dasar Fiskal, Dasar Kewangan dan Dasar Pelaburan Luar (Mohd Ayob Abd
Yazid, 2013). Tambahan itu juga, sistem ekonomi juga turut berperanan dalam aktiviti
perniagaan. Terdapat tiga jenis sistem ekonomi iaitu Sistem Ekonomi Pasaran Bebas yang hanya
berlaku di negara yang mengamalkan kapitalisme, Sistem Ekonomi Perancangan Pusat yang juga
dikenali sebagai Sistem Ekonomi Terancang, iaitu berlaku di negara yang mengamalkan sosialis
dan Sistem Ekonomi Campuran yang kebanyakkan negara di dunia mengamalkan sistem ini.

2.3 SOSIO-BUDAYA

Dalam dunia perniagaan, usahawan tidak dapat lari daripada membuat penilaian terhadap
persekitaran sosial dan budaya, tidak kira samada organisasi beroperasi di dalam negara atau
luar negara. Jika organisasi beroperasi sebagai organisasi multinasional maka lebih banyak
cabaran sosial dan budaya terpaksa difahami dan ditempuhi kerana perbezaan budaya. nilai,
norma dan gaya hidup. Menurut Bhasin (2018), persekitaran sosio-budaya ini dipengaruhi oleh
nilai-nilai asas, persepsi, kegemaran dan gelagat pengguna Selain itu, kepercayaan dan nilai asas
yang dipegang oleh seseorang individu banyak dipengaruhi oleh masyarakat di mana ia
dibesarkan. Perbezaan amalan sosio-budaya masyarakat adalah berbeza bagi setiap negara. Maria
Che Othman (2016) menyatakan sosio-budaya terdiri daripada dua aspek iaitu:-

a) Aspek Demografi

Aspek demografi merangkumi ciri-ciri kependudukan seperti umur, jantina, bilangan


penduduk, kaum, taburan pendapatan, bandar atau luar bandar. Perubahan ini membawa kepada
perubahan pada permintaan, kuasa beli, sasaran, saiz pasaran dan sebagainya. Oleh itu, sebarang
keputusan dalam menjalankan perniagaan hendaklah mengambil kira perubahan-perubahan ini.

5
MPU3223_V2
b) Aspek Budaya

Aspek budaya pula merangkumi cara hidup dan nilai sosial masyarakat, kepercayaan,
bahasa yang digunakan, gaya hidup keluarga, perubahan citarasa pengguna dan lain-lain lagi.
Elemen-elemen ini akan mengubah pola permintaan dan mempengaruhi keputusan yang akan
dibuat oleh organisasi atau usahawan.

2.4 TEKNOLOGI

Teknologi merupakan cabang ilmu yang berkaitan seni industri, sains gunaan,
kejuruteraan, proses, ciptaan atau kaedah. Analisis teknologi yang diperlukan adalah dengan
mengimbas dan memantau dari masa penyelidikan asas melalui pembangunan produk. Merujuk
buku teks yang ditulis oleh Norashidah Hashim et al. (2014), perubahan teknologi terbahagi
dalam dua bentuk iaitu ciptaan tulen dan inovasi proses.

a) Ciptaan tulen

Ciptaan tulen adalah merujuk kepada penciptaan sesuatu yang baru dan berbeza dari
teknologi sedia ada. Oleh itu, sesuatu penciptaan biasanya mempunyai nilai ekonomi dan tidak
mempunyai pesaing di peringkat awal dan dikuasai oleh individu yang mempunyai hak sah
terhadap penciptaan itu tetapi kelemahan dengan ciptaan ini adalah kerana tiada pasaran di
peringkat awal. Ciptaan baru dapat mewujudkan pasaran dan peluang baru dalam perniagaan,
sebagai contoh, ciptaan semikonduktor baru di dalam bidang komputer boleh membuka peluang
perniagaan.

b) Proses inovasi

Proses inovasi pula merujuk kepada perubahan kecil dalam reka bentuk, pembentukan
dan pembuatan produk, bahan dan pengedaran. Mengimbas dan memantau perubahan dalam
teknologi bukan satu tugas yang mudah kerana maklumat tidak mudah didapati dan ia perlu
kajian yang menyeluruh. Walaubagaimanapun, ia adalah satu kelebihan yang besar dan peluang
jika usahawan tahu maklumat ini.

6
MPU3223_V2
3. KESAN PERSEKITARAN MAKRO

Kesan persekitaran makro merupakan kesan yang berlaku selepas pengenalan elemen-
elemen tersebut dalam bidang perniagaan. Usahawan atau syarikat yang mengeksport hasil
produk dan perkhidmatan harus menghadapi dan bersemuka cabaran-cabaran ini.

3.1 KESAN : POLITIK DAN PERUNDANGAN

Operasi McDonalds dipengaruhi oleh dasar-dasar kerajaan mengenai peraturan-peraturan


operasi makanan segera. Pada masa ini kerajaan mengawal pemasaran restoran makanan segera
kerana kebimbangan kesihatan seperti masalah kardiovaskular dan kolesterol dan obesiti di
kalangan remaja dan kanak-kanak di negara ini.

Agama Islam adalah agama rasmi di Malaysia yang majoriti penduduknya adalah
Muslim. Oleh sebab itu, mereka terikat dengan undang-undang Syariat yang menyatakan semua
makanan yang dihidangkan mestilah Halal. McDonald's merupakan rangkaian restoran
perkhidmatan segera pertama di Malaysia yang menerima Pensijilam Halal daripada Bahagian
Hal Ehwal Islam di Jabatan Perdana Menteri pada awal 90-an (McDonald's Malaysia, 2017).
Kesemua makanan dan minuman yang dihidangkan oleh McDonald's Malaysia dijamin 100%
Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan lain-lain badan pengiktirafan Halal
yang diluluskan oleh JAKIM.

Tambahan itu, kerajaan juga yang mengawal lesen perniagaan yang diberikan untuk
membuka restoran makanan segera dan peraturan perniagaan lain yang perlu diikuti seperti untuk
perniagaan francais. Hubungan baik dengan kerajaan perlu dijaga dengan baik dalam memberi
manfaat bersama seperti pekerjaan dan cukai. Hal ini adalah satu kemestian bagi syarikat untuk
berjaya dalam mana-mana pasaran asing. McDonald's juga harus melindungi pekerjanya dengan
memastikan semua pengambilan, pampasan, latihan atau penghantaran pulang adalah mengikut
Undang-undang Perburuhan Malaysia sebagaimana yang ditetapkan.

7
MPU3223_V2
3.2 KESAN : EKONOMI

Sebagai sebuah restoran makanan segera yang besar, McDonalds perlu menghadapi
banyak cabaran ekonomi di luar atau persekitaran makronya. McDonalds harus tahu tentang
pertukaran mata wang jika berurusan dengan sumber antarabangsa untuk bahan. Menurut
Mazizul Dani (2017), McDonald's amat mementingkan kualiti makanan. Daging berkualiti
daripada Australia, ikan yang digunakan tidak tercemar dan mesra persekitaran kerana
McDonald's pentingkan sumber daripada mana syarikatnya dapatkan makanan ini. Apa-apa mata
wang tambahan terutamanya dolar akan memberi kesan kepada kos pembeliannya.

Selain itu, McDonalds mesti menghadapi peraturan pemerintah mengenai cukai


keuntungan di mana keuntungan dari operasi dan cukai lain seperti hiburan dan cukai
perkhidmatan restoran. Setiap negara mungkin memiliki skala atau jenis cukai yang berbeza dan
McDonalds harus mematuhi peraturan jika ia mahu meneruskan operasi. Sebagai francais,
McDonalds juga harus membayar peratusan tertentu hasil kepada syarikat induk di Amerika
Syarikat (McDonald's Malaysia, 2017).

Keadaan ekonomi dan pertumbuhan negara juga merupakan petunjuk penting kepada
permintaan produk yang ditawarkan oleh McDonalds. Oleh kerana harga makanan yang sedikit
lebih tinggi daripada makanan biasa, tidak banyak orang akan membeli makanan di McDonald's.
Tambahan pula jika ekonomi yang buruk dan pendapatan percapita terjejas, permintaan produk
McDonalds pasti akan turun. Sebaliknya ekonomi yang baik juga bermakna pendapatan boleh
guna lebih banyak dan orang ramai boleh menghabiskan lebih banyak makanan yang lebih mahal
di restoran makanan segera.

3.3 KESAN : SOSIO-BUDAYA

Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang agama dan pelbagai budaya. Islam adalah
agama rasmi di Malaysia dan lebih daripada 50% penduduk adalah penganut Islam di Malaysia.
Oleh sebab itu, konsep 'Halal' memainkan peranan penting dalam industri makanan Malaysia
(Muhammad, Isa, & Kifli, 2009). Untuk menghormati sentimen agama umat Islam dan
mematuhi aturan-aturan kerajaan, McDonalds di Malaysia tidak menyediakan makanan yang

8
MPU3223_V2
mengandungi daging babi. Tambahan itu, McDonalds juga mengikuti pematuhan 'Halal' yang
ketat ketika membeli bahan-bahan mentah utama. Setakat ini McDonalds telah menunjukkan
usaha yang baik dalam menyediakan menu untuk memenuhi citarasa tempatan tetapi ia harus
sentiasa dikaji dan belajar tentang budaya tempatan untuk lebih memahami dan mereka bentuk
produk terbaik untuk mereka.

Perubahan gaya hidup di Malaysia juga perlu diambil kira disebabkan ekonomi Malaysia
yang kian membangun. Kebanyakan masyarakat sekarang mampu pergi ke kedai yang lebih
mahal seperti restoran makanan segera, semestinya tanggapan mereka sangat tinggi. Masyarakat
ingin mempunyai kualiti dalam perkhidmatan dan lebih banyak kemudahan yang dapat
membezakan satu restoran dari yang lain. Orang-orang muda yang tinggal di kawasan bandar
mahukan teknologi dalam kehidupan dan kemudahan mereka seperti pembayaran kad kredit,
internet tanpa wayar, tempat persekitaran yang selesa dan santai, dan tarikan lain untuk
meluangkan masa bersama keluarga atau kawan. Semua keperluan ini juga harus
dipertimbangkan oleh McDonald's.

3.4 KESAN : TEKNOLOGI

Untuk restoran makanan segera, teknologi memberikan impak yang tinggi kepada
syarikat dalam menguruskan perniagaan dalam keadaan lancar. Walau bagaimanapun,
McDonalds perlu mencari inovasi pesaing dan memperbaiki syarikat dari segi mengintegrasikan
teknologi dalam mengurus operasinya. Sebagai contoh dalam sistem inventori, sistem
pengurusan rantaian bekalan untuk menguruskan bekalannya, pembayaran yang mudah, sistem
tempahan untuk pelanggannya serta teknologi. Pelaksanaan teknologi boleh menjadikan
pengurusan lebih berkesan dan menjimatkan kos dalam jangka masa panjang. Selain itu,
pelanggan akan berasa seronok dan teruja jika McDonald's membuat kempen atau promosi yang
melibatkan produk mereka melalui iklan-iklan atau poster di internet, siaran televisyen serta
aplikasi McDonald's.

9
MPU3223_V2
4. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PENGURUSAN PERSEKITARAN MAKRO.

4.1 CADANGAN : POLITIK DAN PERUNDANGAN

McDonald's perlu menilai dan mengawasi persekitaran politik sepenuhnya untuk


mengenalpasti ancaman dan peluang yang ada. McDonald's juga perlu mengawasi apa yang
sedang dan akan berlaku kerana ianya akan memberi kesan, sama ada secara langsung atau tidak
langsung kepada syarikat. Ini bertujuan agar tindakan yang dilakukan tidak mendatangkan
sebarang masalah iaitu dengan membuat perancangan produk dan program pemasaran syarikat.
Keadaan ini dapat mewujudkan persaingan yang sihat di dalam organisasi dan ianya juga
memberi peluang untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan mereka sendiri.

Menurut Hogan et al (1999), memperbaiki pengurusan persekitaran politik dan


perundangan iaitu dengan cara meningkatkan dan menetapkan peraturan, garis panduan dan
dasar-dasar dalam sesebuah organisasi yang wajib dipatuhi. Selain itu, ianya bertujuan
mewujudkan atau mengenakan kawalan untuk menghadkan keuntungan yang berlebihan serta
menggalakkan penggunaan oleh para pelanggan. Selain itu, ianya bertujuan untuk menggalakkan
pelanggan atau pembekal membayar kos penuh dan mengenakan kawalan untuk mencegah
tingkah laku yang jahat serta memantau dan menguruskan prestasi dan kualiti bagi memastikan
standard yang boleh diterima.

4.2 CADANGAN : EKONOMI

McDonald's perlu membuat analisa dan kajian terhadap dasar ekonomi, sistem ekonomi
dan persekitaran ekonomi sama ada pada tahap tempatan, nasional dan global di mana operasi
dan perkhidmatan mereka dijalankan. Ini kerana persekitaran ekonomi memainkan peranan
penting di dalam kegagalan dan kejayaan sesebuah organisasi atau syarikat. Syarikat perlu
mengenalpasti tahap keadaan ekonomi yang akan atau memberi lebih kesan kepada organisasi
dan syarikat serta harus meninjau, memantau, meramal dan mentafsir persekitaran ekonomi sama
ada diperingkat domestik atau dunia. Usahawan bukan sahaja perlu mengkaji suasana
persekitaran semasa memulakan perniagaan tetapi juga semasa perniagaan sedang berkembang

10
MPU3223_V2
(Azianlin, 2007). Persekitaran ekonomi merangkumi semua produk dan penghasilan dalam
perkhidmatan, pengedaran, penjualan dan penggunaan.

4.3 CADANGAN : SOSIO-BUDAYA

McDonald's perlu membuat pemantauan dan penyelidikan sama ada dalam aspek lokasi,
saiz, kepadatan, bilangan penduduk, kelas sosial dan statistik lain berhubung populasi penduduk
dalam sesebuah kawasan. Ini kerana secara tidak langsung dapat mempengaruhi perkembangan
sesebuah organisasi terutama dalam aspek jumlah kuantiti produk yang akan dikeluarkan atau
produk yang sesuai dikeluarkan kerana populasi membentuk pasaran. Ini dapat dilihat melalui
populasi penduduk di mana peningkatan populasi menyebabkan kuasa beli akan menjadi
semakin besar.

Selain itu, kesemua unsur ini menjadi faktor sumbangan kepada kehendak pengguna,
kuasa membeli dan kapasiti organisasi. Dengan ini sesebuah organisasi perlu melihat terlebih
dahulu faktor-faktor demografi sebelum membuka atau memulakan operasi dalam perniagaan
mereka. Sementara itu, McDonald's juga perlu menilai dan memantau perubahan gaya hidup
masyarakat atau trend bagi tujuan untuk mengenalpasti peluang perniagaan.

4.4 CADANGAN : TEKNOLOGI

Dalam bercakap soal aspek teknologi, penggunaan teknologi baru dilihat lebih konsisten
dan efisen. McDonald's perlu membuat perubahan kecil terhadap reka bentuk, produk formulasi
dan pengeluaran serta bahan dan pengedaran. Melalui ini, penciptaan teknologi baru selalunya
mempunyai nilai ekonomi dan tiada saingan pada peringkat awal serta dimonopoli oleh sesebuah
organisasi tertentu. McDonald's juga perlu bijak dalam mengawal dan memantau perubahan
teknologi serta mengesan penggunaan teknologi untuk membantu mengisi keperluan manusia
supaya produk yang lebih inovatif dapat dicipta dan diterima dipasaran sasaran seterusnya
mengurangkan kos dan meningkatkan kualiti dalam pengeluaran produk dan membawa kepada
inovasi.

11
MPU3223_V2
5. KESIMPULAN

Untuk berjaya dengan lebih kehadapan berbanding dengan organisasi lain, McDonald's
perlu mematuhi strategi persekitaran organisasi serta di mana ianya beroperasi atau dapat
membentuk semula organisasi tersebut dengan lebih baik melalui pilihan strategi yang berkesan.
Apa yang dapat dilihat disini adalah langkah yang perlu di ambil untuk mengurus elemen ini
ialah dengan membuat perancangan yang baik di mana sesebuah organisasi perlu memahami
persekitaran makro terlebih dahulu. Ini kerana, sesebuah organisasi bukan sahaja perlu mengkaji
suasana persekitaran semasa memulakan operasi organisasi, malah perlu juga mengkaji semasa
operasi organisasi sedang berkembang. Sesebuah organisasi dilihat gagal apabila strategi
organisasinya tidak sesuai dengan persekitaran di mana organisasi tersebut beroperasi.

Bagi McDonald's Malaysia keempat-empat elemen ini memainkan peranan dalam


meningkatkan pasaran produk-produk. Kesan-kesan persekitaran macro bagi politik dan
perundangan adalah melalui isu-isu antarabangsa dan isu-isu nasional. Bagi ekonomi negara
yang stabil sekarang juga di ambil kira untuk menambahkan pelaburan dan pendapatan. Bagi
sosio-budaya, masyarakat dapat menikamati menu yang dikeluarkan oleh McDonald's yang
memenuhi citarasa rakyat Malaysia. Teknologi pula memberi kesan yang positif terhadap
McDonald's dalam mengiklankan produk serta perkhidmatan yang disediakan.

Namun melalui cadangan pengurusan elemen persekitaran makro yang telah


diberikansedikit sebanyak mungkin dapat meningkatkan dan menambahbaik mutu pemasaran
yang sedia ada. McDonald's perlu sentiasa tahu isu semasa politik dan perundangan dari semasa
ke semasa. Ekonomi sentiasa berubah-ubah pada sesebuah negara dan McDonald's perlu tahu
tahap keadaan ekonomi, namun boleh ditingkatkan melalui pengiklanan dan pemasaran. Dalam
sosio-budaya pula, McDonald's harus peka dalam isu masyarakat yang berbilang kaum dan
menjaga sensitiviti agama. Teknologi hari ini sentiasa maju dan McDonald's perlu bersifat
proaktif dalam menarik minat pelanggan untuk membeli produk yang dikeluarkan. Halangan
yang diterima boleh diubah dengan usaha yang lebih gigih serta pematuhan syarat dengan tepat.
Dengan kombinasi ke empat-empat elemen pasti dapat menghasilkan kejayaan kepada sesebuah
syarikat.

(2,801 patah perkataan)

12
MPU3223_V2
APENDIKS

RUJUKAN

ASEAN Secretariat (2012, Oktober). ASEAN FREE TRADE AREA (AFTA): AN UPDATE.
Diambil dari https://asean.org/?static_post=asean-free-trade-area-afta-an-update

Hitesh Bhasin (2018, Jun). What is Macro Environment?. Diambil dari


https://www.marketing91.com/what-is-macro-environment/

Norashidah Hashim, Abd Aziz Yusof, Ooi Yeng Keat, Armanurah Mohamad, Abd Razak Amir,
Oh Teik Hai, Abd Kadir Othman, Loo Sze Wei (2014, Ogos).
MPU2223/3223/OUMM2103 ENTREPRENEURSHIP. Diambil dari MyINSPIRE Open
University Malaysia.

Maria Che Othman (2016). Persekitaran Makro Dalam Dunia Keusahawanan. Diambil dari
https://www.academia.edu/13295770/PERSEKITARAN_MAKRO_DALAM_DUNIA_
KEUSAHAWANAN

Mazizul Dani (2017). 'Orang kita sendiri uruskan' . Diambil dari


https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/06/237407/orang-kita-sendiri-uruskan

Mohd Ayob Abd Razid (2013). Ekonomi Malaysia harungi cabaran global. Kuala Lumpur, MY:
Gemilang Press Sdn Bhd.

McDonald's Malaysia (2017). Mengenail McDonald's Malaysia. Diambil dari


https://www.mcdonalds.com.my/others/mcd_about.pdf

Nik Maheran Nik Muhammad, Filzah Md Isa & Bidin Chee Kifli (2009, Julai). Positioning
Malaysia as Halal-Hub: Integration Role of Supply Chain Strategy and Halal Assurance
System. Asian Social Science, 5(7). Diambil dari www.ccsenet.org/journal.html

13
MPU3223_V2
TUGASAN 2

LAPORAN REFLEKTIF

MPU3223 Kursus Entrepreneurship 2 adalah kursus yang saya ambil semester ini juga
merupakan kursus mata pelajaran umum yang perlu diambil oleh semua pelajar program
pengajian peringkat Ijazah Sarajana Muda di Open University Malaysia (OUM).

Bagi melengkapkan kursus ini, saya telah mengulangkaji secara individu dan kadangkala
secara berkumpulan. Selain itu juga, saya mengambil bahagian dalam aktiviti atas talian dan
menghadiri semua kelas tutorial yang telah diadakan di pusat pengajian. Kursus ini juga
menambah kemahiran saya untuk mengharungi pembelajaran melalui kaedah membaca modul,
forum dan menonton video kuliah. Melalui kursus ini saya juga dikehendaki menyiapkan 1
tugasan penulisan mengenai entrepreneurship secara atas talian di laman sesawang myINSPIRE
pada jangka waktu yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti.

Perkataan entrepreneur (keusahawanan) di ambil dari perkataan perancis iaitu


entreprendre, yang membawa maksud 'untuk menjalankan'. Kursus ini memberikan saya
gambaran sebenar berkaitan keusahawanan yang selama ini saya percaya ia hanyalah bersifat
warisan. Saya bersemangat untuk meneroka bidang keusahawanan setelah mendapat maklumat
yang tepat berkaitan ilmu keusahawanan seperti konsep, mitos, visi, inovasi, penjanaan idea,
rancangan perniagaan dan kini saya telah mampu membezakan antara peniaga dan usahawan.

Saya juga dapat menerangkan konsep keusahawanan dan juga dapat mengenal pasti ciri-
ciri dan sifat keusahawanan dalam diri masing-masing. Selain itu, saya juga dapat memahami
dan menilai kepentingan etika, kreativiti dan inovasi dalam diri sendiri serta dalam perniagaan.
Saya akan mengaplikasikannya apabila terdapat peluang yang baik untuk menjadi seseorang
usahawan dan akan mengamalkan semua kriteria-kriteria untuk menjadi seorang usahawan yang
berjaya apabila saya melibatkan diri dalam bidang keusahawanan nanti.

(247 patah perkataan)

14

You might also like