You are on page 1of 20

SARJANA MUDA PENGAJIAN (PENDIDIKAN RENDAH) DENGAN KEPUJIAN

SEMESTER MEI 2020

MPU3223_V2
KEUSAHAWANAN 2

NO. MATRIKULASI : 81920125434001

NO. KAD PENGNEALAN : 810920215434

NO. TELEFON : 0168460097

E-MEL : kerrykalie@hotmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM KOTA KINABALU


ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA


SURAT

1.0 Pengenalan 1-3


1.1 Sejarah POTO Travel & Tours Sdn.Bhd
1.2 Objektif
1.3 Moto
1.4 Produk POTO

2.0 Elemen-Elemen Umum Persekitaran Makro 3-8


2.1 Politik Dan Perundangan
2.2 Ekonomi
2.3 Sociocultural
2.4 Teknologi

3.0 Kesan Elemen Persekitaran Makro Kepada Organisasi 8-10


3.1 Ekonomi
3.2 Teknologi
3.3 Budaya Dan Sosial
3.4 Politik Dan Perundangan

4.0 Cadangan Untuk Menguruskan Elemen-Elemen Persekitaran 10-14


Makro Dalam Organisasi

5.0 Kesimpulan 14-15

6.0 Laporan Reflektif 16

Rujukan 17
1.0 PENGENALAN

Umum tidak mengetahui bahawa persekitaran makro boleh mempengaruhi keputusan


organisasi yang dibuat untuk jangka masa yang panjang dan ianya merupakan unsur atau
elemen yang tidak boleh dikawal. Memahami persekitaran makro atau persekitaran luaran di
dalam menguruskan sesuatu organisasi adalah sangat penting dan menentukan kejayaan serta
mempengaruhi keputusan dalam sesuatu perniagaan yang dijalankan. Persekitaran makro
adalah persekitaran yang diluar kawalan organisasi tetapi organisasi perlulah sentiasa
mengawasinya kerana persekitaran ini boleh memberi peluang dan ancaman kepada
organisasi. Ekoran daripada kesukaran usahawan-usahawan untuk mengawal persekitaran
yang ada, para usahawan perlulah bijak untuk menanganinya dengan memahami elemen-
elemen persekitaran makro tersebut.
Bagi melihat kesan persekitaran makro terhadap sesebuah organisasi, organisasi yang telah
dipilih adalah POTO Travel & Tours Sdn.Bhd. Ia adalah sebuah agensi pelancongan yang
agak besar di mana terdapat 5 cawangan di Malaysia. Pusat agensi terletak di Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur. POTO terdapat banyak produk. Berikut adalah beberapa
maklumat berkenaan POTO Travel & Tours Sdn.Bhd:

1.1 SEJARAH

POTO Travel & Tours Sdn.Bhd telah ditubuhkan pada 8 Jun 2004. Syarikat ini diterajui oleh
2 pemegang saham iaitu Hj. Ab. Rahman bin Mohd Ali (Ketua Pegawai Operasi) dan Hjh.
Zainah bte Alias (Pengarah).

1.2 OBJEKTIF

 Menjadikan POTO sebagai sebuah syarikat yang bersaing maju di pasaran dan
menawarkan produk pelancongan yang pelbagai sebagai pilihan pelanggan.
 Menyediakan pegawai-pegawai yang terlatih, bertanggungjawab, dedikasi, amanah dan
profesional demi menjamin, mengekalkan perkhidmatan yang cemerlang.
 Memperkenalkan Malaysia sebagai bangsa yang beradap dan berbudaya di kacamata
dunia.
 Memohon rezeki yang halal yang diberkati dan dibelanjakan ke jalan yang diberkati juga
demi kebaikan sekalian Ummah.
 Menjalin hubungan silaturahim antara POTO dan pelanggan, pelanggan sesama
pelanggan sebagai saudara seagama dan sebangsa.

1
1.3 MOTO

POTO mempunyai 5 Motto utama yang dinamakan Mustika POTO iaitu:

 Makanan HALAL
 Penjagaan waktu SOLAT JAMAK
 Pelbagai LOKASI yang mengagumkan.
 Profesional, Dedikasi dan Bertanggungjawab
 Selesa, Selamat dan Tanpa Was-was.

1.4 PRODUK POTO

Perniagaan Utama Syarikat

1. Mengendalikan pakej pelancongan dalam dan luar Negara

2. Penempahan tiket penerbangan dalam dan luar negara.

3. Pengendalian Pakej Umrah & Ziarah

4. Pengendalian pakej-pakej lawatan sambil belajar untuk pihak korporat, kerajaan, badan-
badan berkanun dan kesatuan-kesatuan.

5. Pengendalian pakej pelancongan sambil belajar untuk pelajar-pelajar intitusi pengajian


tinggi.

Produk Utama POTO


1. POTO Sahabat Umrah Anda.
Menyediakan pakej-pakej umrah sepanjang musim kepada jemaah di Malaysia. Antara
kelebihan POTO adalah mengadakan ‘Lawatan Khas di Madinah’ yang tidak terdapat pada
agen lain iaitu lawatan ke :
– Gua Uhud
– Gua Sajadah
– 5 buah masjid bersejarah yang berdekatan dengan Masjid Nabi
– Tanah Ubat/Wadi Su’aib
– Masjid Pasah (Masjid Tikar)
2.  Pakej Fantastik POTO
Menyediakan pakej-pakej lawatan kepelbagai destinasi di dunia antaranya Eropah (Timur &
Barat), Australia (Perth & Gold Coast), Mesir (Cairo & Alexandria atau Cairo & Sinai),

2
Spain & Morocco, China (Beijing & Tianjin, Kunming) India (Kashmir, Delhi, Agra &
Jaipur), Vietnam, Turki, Jakarta, Russia, Korea, Syria, Iran, Afrika Selatan dan lain-lain.

2.0 ELEMEN-ELEMEN UMUM PERSEKITARAN MAKRO

Persekitaran makro boleh mempengaruhi keputusan perniagaan yang dibuat untuk jangka
masa yang panjang dan ia merupakan unsur atau elemen yang tidak boleh dikawal
(Armstrong & Kotler, 2011). Memahami persekitaran makro atau persekitaran luaran di
dalam menguruskan sesuatu perniagaan atau organisasi adalah sangat penting dan ia
menentukan kejayaan serta mempengaruhi keputusan dalam sesuatu perniagaan yang
dijalankan. Persekitaran makro adalah persekitaran yang diluar kawalan syarikat tetapi
syarikat perlu sentiasa mengawasinya kerana persekitaran ini boleh memberi peluang dan
ancaman kepada syarikat atau organisasi (Armstrong & Kotler, 2011). Ekoran daripada
kesukaran usahawan-usahawan untuk mengawal persekitaran yang ada, para usahawan
perlulah bijak untuk menanganinya dengan memahami elemen-elemen persekitaran makro
tersebut. Di dalam dunia perniagaan, terdapat empat elemen persekitaran makro yang
terpaksa dan perlu dihadapi oleh semua peniagaan iaitu elemen ekonomi, teknologi,
kebudayaan sosial serta politik dan undang-undang (Mily, 2011).

2.1 Politik dan Perundangan

Segmen politik dan perundangan persekitaran makro adalah arena di mana kumpulan minat
yang berlainan bersaing untuk perhatian dan sumber. Organisasi perniagaan harus prihatin
dan peka kepada persekitaran politik dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan
di tempat ia beroperasi. Perniagaan tidak dapat dipisahakan daripada kuasa politik. Ia
mungkin menyulitkan aktiviti-aktiviti organisasi perniagaan atau memberi peluang kepada
organisasi perniagaan. Contohnya, untuk melindungi dan mengembangkan industri kereta
yang baru, kerajaan Malaysia sebagai pemegang kuasa politik mengenakan kadar cukai
import yang tinggi terhadap kemasukan barangan seperti komponen dan alat ganti kereta dari
negara luar. Tindakan kerajaan Malaysia ini akan memberi tekanan kepada pengimport
barangan yang berkaitan. Pada masa yang sama, ia juga memberi kebaikan dan sokongan
kepada peniaga tempatan. Dalam tempoh PKP dan krisis Covid-19, sekolah, kolaj serta

3
universiti menukar cara mengajar face to face kepada online class, ini disebabkan kerajaan
telah menetapkan peraturan untuk mengelakkan penyebaran virus Covid 19.

Selain itu, undang-undang dan peraturan yang digubahkan bertujuan menjamin etika
perniagaan. Contohnya, undang-undang jualan langsung (Direct Sale) bertujuan untuk
memberi perlindungan kepada para pembeli dan pengguan terakhir. Persekitaran politik yang
stabil dan undang-undang yang sempurna membolehkan oragnisasi perniagaan terus
beroperasi dan berkembang.

Risiko Politik

Ini merujuk kepada potensi ketidakstabilan, rasuah dan keganasan di negara atau wilayah di
mana perniagaan beroperasi. Di kawasan-kawasan di mana risiko politik adalah tinggi, sukar
dan mahal bagi usahawan untuk membeli, melindungi dan melupuskan sumber. Risiko lain
termasuk keganasan politik dan fizikal, pemerasan dan rasuah yang melibatkan rasuah dan
lain-lain bentuk pembayaran yang tidak beretika. Ini akan menambah kos usaha baru.

Perjanjian Perdagangan

Terdapat trend peningkatan perjanjian perdagangan antara negara, contohnya, Perjanjian


Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) yang usahawan Malaysia harus dipertimbangkan ketika
membuat keputusan mengenai perdagangan di peringkat antarabangsa. Matlamat perjanjian
ini adalah untuk meningkatkan produktiviti ekonomi dalam kawasan geografi yang
dilindungi. Isu-isu kebangsaan usahawan perlu sedar adalah cukai, peraturan dan
perbelanjaan kerajaan.

Cukai

Ini adalah faktor politik utama yang dihadapi usahawan di peringkat kebangsaan. Kesan
cukai ke atas operasi perniagaan adalah mengurangkan tunai yang tersedia untuk usaha
perniagaan untuk melabur; dan sesetengah cukai menguntungkan hanya perniagaan tertentu
dan merugikan orang lain.

Peraturan

Contoh peraturan adalah peraturan penggunaan dadah. Walau bagaimanapun, kadang-kadang


kesan peraturan terhadap perniagaan adalah negatif. Mereka kadang-kadang menambah kos
perniagaan dari segi kerja kertas, ujian, pemantauan dan pematuhan. Oleh itu, usahawan
harus menilai persekitaran politik secara menyeluruh untuk mengenalpasti sama ada ancaman

4
atau peluang wujud. Secara amnya, kestabilan politik sesebuah negara akan membolehkan
operasi perniagaan memberi peluang kepada usahawan untuk memulakan usaha baru atau
mengembangkan perniagaan mereka.

2.2 Ekonomi

Persekitaran ekonomi memainkan peranan penting dalam kejayaan atau kegagalan usaha
baru. Persekitaran ekonomi makro merangkumi jumlah semua barangan dan perkhidmatan
yang dihasilkan, diedarkan, dijual dan dimakan. Usahawan perlu menganalisis persekitaran
ini di peringkat global, nasional dan tempatan di mana perniagaan mereka beroperasi.
Usahawan perlu mengimbas, mengawasi, meramalkan dan menilai keadaan makroekonomi
yang mempengaruhi usaha baru mereka. Mereka sepatutnya dapat melihat perubahan yang
berlaku dalam ekonomi dan dapat menentukan pembolehubah yang relevan untuk analisis.
Kuasa membeli pengguna bergantung kepada harga, pendapatan semasa, kredit dan tabungan.

Baru-baru ini, COVID-19 menjejaskan “kesihatan” ekonomi negara. Sektor-sektor ekonomi


dalam negara terjejas akibat kesan rantaian bekalan global. Contohnya, pengeluaran sektor
pembuatan automobil dan topeng muka terjejas kerana kekurangan pengeluaran bahan
mentah di negara-negara terjejas akibat COVID-19 seperti China. Sektor pengangkutan udara
juga terjejas kerana syarikat penerbangan terpaksa menghadkan atau memberhentikan
seketika operasi penerbangan segmen luar Negara terutama penerbangan ke China dan
Amerika Syarikat. Gunatenaga perniagaan terjejas akibat daripada pekerja-pekerja yang
terkena jangkitan dan juga arahan sementara kawalan pergerakkan penduduk. Akibatnya,
pengeluaran barangan dan perkhidmatan akan berkurangan.

Dalam tempoh PKP dan krisis Covid-19, kerajaan telah member bantuan khas iaitu Pakej
Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) kepada rakyat. Tujuannya ialah untuk
mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang rakyat hadapi. Di pihak kerajaan meraka
cuba bantu dengan sebaik mungkin. Contoh pertama ialah Lee Beauty Saloon, iaitu sebuah
PKS mikro yang terlibat dalam sektor perniagaan dandanan rambut. Saloon ini mempunyai 2
orang pekerja tempatan yang semuanya bergaji kurang RM4,000. Pemilik saloon ini, Madam
Lee ingin merancakkan semula perniagaannya selepas tamat tempoh PKP. Dengan
pelaksanaan semua bantuan yang telah diumumkan Kerajaan, Madam Lee boleh mendapat
manfaat subsidi upah tiga bulan berjumlah RM7,200 dan geran mikro sebanyak RM3,000.
Kesuluruhan manfaat yang diterima oleh Madam Lee ialah sebanyak RM10,200.

5
Contoh kedua pula ialah Restoran Mi Kolok Hj Salleh di Kuching Sarawak. Katakan restoran
ini mempunyai 5 orang pekerja tempatan bergaji RM4,000 ke bawah dan 2 orang pekerja
asing. Untuk menampung keperluan aliran tunai dalam tempoh PKP, pemilik restoran ini
boleh mendapatkan pinjaman kredit mikro BSN sebanyak RM50,000 dan subsidi upah untuk
5 orang pekerja berjumlah RM18,000. Di samping itu, pemilik restoran ini juga boleh
menikmati penjimatan daripada pengecualian sumbangan KWSP dan HRDF sebanyak
RM8,400, tangguhan cukai berjumlah RM5,200, diskaun levi pekerja asing sebanyak
RM2,300 dan diskaun bil elektrik sebanyak RM300. Keseluruhan manfaat yang boleh
diterima, tidak termasuk pinjaman kredit mikro, ialah sebanyak RM34,200 untuk tempoh 3
bulan.
Contoh terakhir ialah Syarikat Surjit Kaur Sdn. Bhd. Syarikat ini adalah sebuah syarikat
bersaiz kecil dalam sektor perkilangan perabot dengan 15 orang pekerja. 5 orang adalah
pekerja tempatan bergaji RM4,000 ke bawah, 10 orang pekerja asing dan selebihnya pekerja
tempatan bergaji lebih RM4,000. Bagi memastikan syarikat dapat menampung keperluan
aliran tunai dalam tempoh PKP, Syarikat Surjit Kaur boleh mendapatkan pinjaman Special
Relief Facility (SRF) sebanyak RM500,000 dan subsidi upah berjumlah RM18,000. Selain
itu, syarikat juga boleh menikmati penjimatan melalui pengecualian sumbangan KWSP dan
HRDF sebanyak RM8,400, diskaun levi pekerja asing sebanyak RM4,600, tangguhan cukai
PKP Mikro sebanyak RM32,700 dan diskaun bil elektrik sebanyak RM100. Keseluruhan
manfaat yang diperolehi oleh syarikat ini, tidak termasuk pinjaman SRF, ialah sebanyak
RM63,800.

2.3 Sociocultural

Persekitaran sosial budaya terdiri daripada dua aspek yang sangat berkaitan:

 Demografi; dan
 Arah aliran budaya.

Terdapat peluang perniagaan yang terdapat dalam budaya masyarakat, contohnya, peluang
perniagaan untuk barangan pengguna dan tahan lama, peruncitan dan perkhidmatan, rekreasi
dan hiburan, dan perumahan dan pembinaan.

Dalam dunia perniagaan, penilaian terhadap persekitaran social dan budaya tidak dapat
diringankan kerana masyarakat yang menggunakan barangniaga dan perkhidmatan yang

6
dikeluarkan oleh organisasi perniagaan mempunyai tahap sensitivity tersendiri. Setiap
masyarakat seperti masyarakat majmuk di Malaysia mempunyai nilai-nilai etika yang
tersendiri mengikut bangsa dan agama. Organisasi perniagaan perlu menghormati perbezaan
nilai-nilai etika di kalangan masyarakat. Contohnya, makanan yang dikeluarkan khas untuk
masyarakat beragama Islam di Malaysia diwajibkan mempamerkan logo “halal” daripada
Jabatan kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Kesedaran tentang perbezaan, keinginan untuk
mempelajari, mengetahui dan memahami perbezaan dan persamaan nilai-nilai etika yang
diamalkan oleh sesebuah masyarakat dapat membantu organisasi perniagaan untuk maju dan
mengembangkan perniagaannya sepanjang masa.

2.4 Teknologi

Cabang pengetahuan yang berkaitan dengan seni industri, sains terpakai, kejuruteraan, proses,
ciptaan atau kaedah boleh didefinisikan sebagai teknologi. Analisis teknologi memerlukan
pemindaian dan pemantauan dari masa penyelidikan asas melalui pembangunan produk dan
pengkomersialan. Perubahan teknologi mengambil dua bentuk, iaitu ciptaan tulen dan proses
inovasi.

Penciptaan Tulen

Penemuan tulen merujuk kepada penciptaan sesuatu yang baru yang berbeza daripada
teknologi atau produk sedia ada. Atas sebab ini, penciptaan biasanya mempunyai nilai
ekonomi dan tidak mempunyai pesaing pada peringkat awal dan sering menjadi monopoli
oleh individu yang mempunyai hak undang-undang pada ciptaan itu. Walau bagaimanapun,
terdapat kelemahan dengan penemuan kerana tiada pasaran di peringkat awal. Ciptaan baru
boleh mewujudkan pasaran dan peluang baru untuk perniagaan, contohnya, penemuan
semikonduktor yang mencipta peluang perniagaan dalam komputer.

Inovasi Proses

Proses inovasi merujuk kepada perubahan kecil dalam reka bentuk, perumusan produk dan
pembuatan, bahan dan pengedaran. Ini akan dibincangkan secara terperinci dalam subtopik
mengenai pengenalan peluang. Contohnya, KFC sentiasa mengadakan menu baru, seperti
Thai Saurce Chrunchy Chicken, Double Down dan sebagainya untuk menarik pelanggan.
McDonald pula mengadakan Happy Meal yang memberi maianan percuma untuk menarik
kanak-kanak. Perkembangan teknologi juga dari segi perkhidmatan, contohya McDonald

7
telah mengadakan sistem membeli melalui mesin. McDonald juga mengadakan kemudahan
drive thru.

3.0  KESAN ELEMEN PERSEKITARAN MAKRO KEPADA ORGANISASI

3.1 Kesan elemen persekitaran makro kepada organisasi ialah ekonomi di mana
persekitaran ekonomi boleh mempengaruhi kuasa beli dan corak perbelanjaan
pengguna. Faktor-faktor ekonomi adalah kebimbangan kepada firma pemasaran kerana ia
boleh mempengaruhi permintaan, kos, harga dan keuntungan. Antaranya perubahan di dalam
pendapatan iaitu apabila pendapatan meningkat, kuasa beli juga akan meningkat
(Girijasankar & Bhar, 2011). Contohnya, semasa negara mengalami kemelesetan ekonomi
pada tahun ini, industri perlancongan menghadapi kesukaran apabila unit jualan pakej
semakin menurun. Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau menjelaskan anggaran
kerugian keseluruhan dalam sektor pelancongan mulai Januari hingga Februari 2020 adalah
sebanyak RM3.37 billion akibat penularan coronavirus (COVID-19). COVID-19 telah
membawa “bencana” yang lebih besarkepada ekonomi Malaysia berbanding dengan krisis-
krisis lain seperti perang dagangan China-Amerika Syarikat. COVID-19 menjejaskan
“kesihatan” ekonomi negara. Justeru itu, sektor perlancongan dan sektor-sektor berkaitan
terjejas akibat sekatan kemasukkan pelancong asing dan kawalan pergerakkan yang
menjejaskan aktiviti pelancongan domestik. Penerbangan Malaysia (MAS) menawarkan lebih
satu juta tiket pada harga dengan diskaun sehingga 55 peratus pada pameran MATTA.
Agensi POTO juga mengalami kesan daripada gejala COVID-19. Oleh sebab penerbangan
dihentikan, semua aktiviti pelancongan ke luar negara terutamanya Amerika Syarikat, China,
Saudi Arabia dan sebagainya turut berhenti serta merta, apa lagi produk utama POTO ialah
“POTO Sahabat Umrah Anda”. Segala pakej-pakej umrah sepanjang musim kepada jemaah
di Malaysia turut ditangguhkan.

3.2 Kesan elemen persekitaran makro kepada organisasi ialah teknologi. Teknologi
merupakan tenaga yang paling dramatik yang memberi kesan kepada usahawan atau syarikat
(Kotler at el, 2011). Dengan menukarkan teknologi boleh menjejaskan permintaan bagi
produk dan perkhidmatan firma, proses pengeluaran dan bahan-bahan mentah serta turut
menjejaskan proses dalam melaksanakan tugasan (Kotler et al, 2008). Menurut Yusof et al
(2004) mengatakan bahawa tindakan firma membawa masuk teknologi yang baru ke dalam

8
firma yang mempunyai teknologi yang lebih rendah, akan memberi kesan kejutan kepada
firma tersebut. Tindakan ini akan menyebabkan kesukaran kepada firma untuk saling
menyesuaikan diri terutamanya jika perubahan bertentangan dengan polisi atau objektif
sebenar firma. Perubahan ini mengakibatkan pembaziran dari segi masa, pengangguran,
tenaga, wang dan juga sumber-sumber lain (Mily, 2011). Ia juga mengancam survival
produk, firma atau industri. Perubahan teknologi telah menyebabkan lebih banyak peluang
dan ancaman kepada pemasar. Ini kerana peningkatan dalam teknologi banyak
mempengaruhi dunia pemasaran. Contohnya, dalam tempoh PKP dan krisis Covid-19, agensi
POTO tidak boleh masih menggunakan cara lama seperti mengadakan stesen fair di pusat
beli belah mempromosi produk mereka. Agensi POTO perlu meluaskan penggunaan elemen
teknologi, seperti mempromosikan pakej secara online, melalui Facebook dan sebagainya.

3.3 Kesan elemen persekitaran makro kepada organisasi ialah kebudayaan sosial
sama ada melalui demografi atau kebudayaan. Elemen persekitaran demografi boleh
mempengaruhi pemasar dalam strategi pemasaran meliputi jumlah kuantiti produk yang akan
dikeluarkan, produk yang sesuai dikeluarkan dan sebagainya. Sekiranya strategi yang
digunakan tidak sesuai, ini akan merugikan syarikat. Melalui kebudayaan pula, institusi dan
kuasa-kuasa lain memberi kesan kepada nilai-nilai asas masyarakat, persepsi, keutamaan dan
tingkah laku (Kotler et al, 2011). Elemen persekitaran ini boleh memberi ancaman dan
peluang kepada organisasi terutama dari aspek keperluan dan kehendak pelanggan. POTO
Travel & Tours Sdn.Bhd mempunyai lebih 70 peratus daripadanya menjalankan
perkhidmatan pakej umrah. Agensi pelancongan umrah berpotensi kehilangan sebanyak
RM200 juta disebabkan larangan Arab Saudi menunaikan umrah. Bulan Mac adalah tempoh
yang menerima banyak tempahan pelancongan ke luar negara, termasuk menunaikan umrah
kerana cuti sekolah panjang. Larangan Arab Saudi itu dijangka akan berterusan sehingga
April ini. Secara puratanya, lebih RM200 juta akan terjejas bagi umrah. Ia membabitkan
kerugian kepada agensi pelancongan dan jika ini berterusan, akan memberi impak yang buruk
kepada agensi pelancongan.

3.4 Kesan elemen persekitaran makro kepada organisasi ialah politik dan undang-
undang. Politik dan undang-undang yang dibuat merupakan sebahagian daripada
persekitaran makro di mana setiap kumpulan yang berlainan akan bersaing dengan tujuan

9
untuk memperolehi perhatian dan sumber. Keadaan ini berlaku kerana para usahawan atau
majikan telah menggunakan kekuatan politik yang mereka ada. Para usahawan perlu
menerima dan mematuhi polisi, undang-undang dan peraturan di mana perniagaan tersebut
dijalankan. Usahawan terpaksa menerima unsur-unsur politik dan undang-undang yang
dibuat atau telah di buat bagi tujuan pelaburan.

Dalam tempoh PKP dan krisis Covid-19,  ekonomi negara telah mengalami imlak yang besar
khususnya terhadap industri pelancongan negara sehingga mengakibatkan kerugian yang
besar. Menurut seorang sumber industri perhotelan yang enggan dinamakan, pihaknya
terpaksa melakukan usaha penjimatan kos bagi membolehkan perniagaan mereka mampu
bertahan dalam tempoh empat bulan lagi. Penularan wabak ini turut memberi kesan besar
kepada agensi pelancongan seperti POTO yang memberi perkhidmatan kereta sewa, agensi
pelancongan dan juga pusat-pusat pelancongan tempatan.

4.0 CADANGAN UNTUK PENAMBAHBAIKAN PENGURUSAN


PERSEKITARAN MAKRO DALAM ORGANISASI
4.1 Cadangan untuk menguruskan elemen persekitaran makro dalam organisasi
iaitu dalam aspek ekonomi. Organisasi atau syarikat perlu membuat analisa dan kajian
terhadap dasar ekonomi, sistem ekonomi dan persekitaran ekonomi sama ada pada tahap
tempatan, nasional dan global di mana operasi dan perkhidmatan mereka dijalankan. Ini
kerana persekitaran ekonomi memainkan peranan penting di dalam kegagalan dan kejayaan
sesebuah organisasi atau syarikat. Syarikat perlu mengenalpasti tahap keadaan ekonomi yang
akan atau memberi lebih kesan kepada organisasi dan syarikat serta harus meninjau,
memantau, meramal dan mentafsir persekitaran ekonomi sama ada diperingkat domestik atau
dunia. Usahawan bukan sahaja perlu mengkaji suasana persekitaran semasa memulakan
perniagaan tetapi juga semasa perniagaan sedang berkembang (Azianlin, 2007). Persekitaran
ekonomi merangkumi semua produk dan penghasilan dalam perkhidmatan, pengedaran,
penjualan dan penggunaan. Syarikat atau organisasi perlu saling berhubungkait antara satu
sama lain (Cheng Soon, 2009).

POTO Travel & Tours Sdn.Bhd perlu mempunyai ciri-ciri keusahawanan yang boleh
berorientasikan peluang. Agensi perlu cari peluang berdasarkan keadaan. Agensi POTO
boleh memperluaskan pelancongan keluarga. Pelancongan keluarga dapat dihidupkan dengan
baik apabila kita berasa amat penting untuk mengekalkan ikatan keluarga, meningkatkan

10
usaha merapatkan tali kekeluargaan dan menghargai kenangan bersama keluarga. Data
menunjukkan usia berpanjangan akan membawakepada hubungan pelbagai generasi lebih
kukuh, lantas “cuti silaturahim” sering dianjurkan untuk mengukuhkan lagi ikatan emosi
antara anggota keluarga. Oleh itu, pelancongan keluarga dijangka meningkat dengan lebih
pantas di seluruh dunia berbanding semua bentuk pelancongan riadah lain.

Kajian di Amerika Syarikat (AS) menunjukkan kegiatan luar adalah kegemaran utama
keluarga beriadah – 61 peratus menyatakan daya tarikan seperti gunung dan pantai adalah
pilihan utama apabila memutuskan untuk pelancongan keluarga, manakala 73 peratus pula
akan memilih destinasi baharu yang tidak pernah dikunjungi keluarga. Kajian menunjukkan
kos perjalanan tinggi menjadi penghalang utama bagi mereka yang ingin melakukan
pengembaraan. Dengan mengenalkan insentif terbabit, sejumlah besar beban kewangan dapat
diatasi. Oleh itu, Pengambilan risiko adalah sederhana untuk menjalankan pelancongan
tempatan.

Oleh itu, agensi POTO boleh utamakan mempromosikan riadah domestic secara kreatif dan
inovatif seperti menawarkan pakej pelancongan dan kegiatan luar menarik dan kadar
penginapan sangat munasabah demi untuk menarik minat pengunjung tempatan. Lantaran itu,
banyak yang POTO boleh dilakukan untuk mempromosikan pelancongan keluarga dengan
mengambil kira tapak ekopelancongan dan daya tarikan tempatan yang mesra keluarga.

Lantaran itu, untuk membantu negara ini memulihkan industri pelancongannya akibat
COVID-19, adalah penting untuk mengarahkan semula tumpuan memulihkan pelancongan
domestik dan pelancongan keluarga kepada penduduk tempatan.

Selain itu, kerajaan telah mengumumkan Langkah Tambahan Bagi Pakej Rangsangan
Ekonomi Prihatin Rakyat atau “PRIHATIN TAMBAHAN”. Pakej tambahan berjumlah
RM10 bilion ini diharapkan dapat membantu meringankan beban kewangan PKS dan
seterusnya menjamin dua pertiga daripada jumlah pekerja di negara ini terus mendapat
pekerjaan. Peruntukan bagi program subsidi upah yang diumumkan pada 27 Mac yang lalu
akan dinaikkan daripada RM5.9 bilion kepada RM13.8 bilion, iaitu tambahan sebanyak
RM7.9 bilion. Di bawah inisiatif tambahan ini, semua syarikat dengan pekerja tempatan yang
bergaji RM4,000 dan ke bawah akan menerima bantuan subsidi upah SEPERTI bagi syarikat
yang mempunyai pekerja lebih daripada 200 orang, subsidi upah sebanyak RM600 bagi
setiap pekerja dikekalkan. Namun, bilangan maksimum pekerja yang layak untuk menerima

11
subsidi akan ditingkatkan daripada 100 orang kepada 200 orang pekerja. Bantuan ini adalah
untuk selama 3 bulan dan dikhususkan kepada majikan yang telah berdaftar dengan SSM atau
pihak berkuasa tempatan sebelum 1 Januari 2020 dan mendaftar dengan PERKESO. Justeru,
kira-kira 4.8 juta pekerja dijangka akan mendapat manfaat daripada inisiatif ini. Bantuan ini
telah menbantu banyak agensi termasuk agensi POTO.

4.2              Cadangan untuk menguruskan elemen persekitaran makro dalam


organisasi iaitu dalam aspek teknologi di mana, penggunaan teknologi baru yang lebih
konsisten dan efisen (Kotler et al, 2008). Syarikat perlu membuat perubahan kecil terhadap
reka bentuk, produk formulasi dan pengeluaran serta bahan dan pengedaran. Dalam
kehidupan normal baharu ini, cara berinteraksi juga berubah. Agensi perlu fleksibel dan
bersedia berubah mengikut keadaan. Ini termasuk proses pendaftaran masuk sesebuah hotel
di mana kebanyakan hotel akan menggunakan kaedah tanpa sentuhan. Dalam tempoh PKP
dan krisis Covid-19, sebahagian hotel dan home stay telah mengadakan proses daftar masuk
tanpa sentuh telah dijalankan. Contohnya, Hotel Blue Pacific Suites, di mana daftar masuk
tanpa sentuh dan daftar keluar tanpa sentuh tersedia. Pelanggan boleh dafter melalui online.
Pembayaran juga boleh dijalankan secara online. Teknologi yang kian berkembang kini
memainkan peranan penting bagi melancarkan segala proses yang perlu dilakukan ketika
melancong. Contohnya, agensi POTO boleh mempromosi pakej pelancongan secara online
melalui Facebook dan sebagainya. Cara promosi seperti “buy 3 free 1” atau “family pakej”
boleh diadakan untuk menarik pelancong. Pakej Pre Order secara online boleh diadakan
dengan tempat pelancongan yang baru serta meracangkan aktiviti yang baru untuk menarik
pelanggan.

4.3             Cadangan untuk menguruskan elemen persekitaran makro dalam organisasi


iaitu dalam aspek kebudayaan sosial seperti aspek demografi dan budaya. Dalam aspek
demografi, organisasi atau para usahawan perlu menilai perubahan demografi untuk
mengenalpasti peluang perniagaan yang ada. Sesebuah syarikat perlu membuat pemantauan
dan penyelidikan sama ada dalam aspek lokasi, saiz, kepadatan, bilangan penduduk, kelas
sosial, dan statistik lain berhubung populasi penduduk dalam sesebuah negara atau kawasan.
Ini kerana ia mempengaruhi perkembangan sesebuah syarikat atau organisasi terutama dalam
aspek jumlah kuantiti produk yang akan dikeluarkan atau produk yang sesuai dikeluarkan

12
kerana populasi membentuk pasaran. Ini dapat dilihat melalui populasi penduduk di mana
meningkatnya populasi menyebabkan kuasa beli akan menjadi semakin besar. Selain itu, ke
semua unsur ini menjadi faktor sumbangan kepada kehendak pengguna, kuasa membeli dan
kapasiti syarikat . Ini menunjukkan para usahawan perlu melihat faktor-faktor demografi
terlebih dahulu sebelum membuka atau memulakan operasi dalam perniagaan mereka Dalam
kebudayaan pula, usahawan perlu menilai dan memantau pertukaran cara hidup masyarakat
bagi tujuan untuk mengenalpasti peluang perniagaan. Usahawan perlu meramal dan menilai
perubahan yang berlaku untuk memperolehi kejayaan dan keuntungan. Usahawan juga boleh
menggunakan informasi data yang ada dari sumber umum dan sendiri untuk menilai
perubahan ini (Kotler et al, 2008).  Contohnya, dalam tempoh PKP dan krisis Covid-19, Poto
Travel & Tours Sdn.Bhd boleh menawarkan pakej pelancongan dan kegiatan luar menarik
dan kadar penginapan sangat munasabah demi untuk menarik minat pengunjung tempatan.
Agensi POTO boleh memumpu dan memulihkan pelancongan domestik dan pelancongan
keluarga kepada penduduk tempatan. Sebanarnya terdapat banyak tempat perlancongan
tempatan yang menarik dan belum ditemui oleh pelancong. Justeru itu, agensi POTO perlu
bersikap berani cuba mengeluarkan ssuatu yang baharu untuk memuaskan kehendak
pelangan., serta kreativiti dan inovasi untuk meneroka pasaran baharu, iaitu pelancongan
tempatan. Agensi POTO boleh menyediakan satu rancangan perniagaan yang berpusat
kepada pelancongan tempatan untuk menarik pelabur lain. Tempat pelancongan merupakan
sumber asli di sekitar kita. Agensi POTO boleh memanfaatkannya tanpa menjejaskan alam
sekitar. Kreativiti dan inovasi mewujudkan sumber. Contohnya, memperkenalkan budaya
kaum kadazan di negeri Sabah. Kaum kadazan merai Pesta Keamatan pada hujung bulan
Mei. Tarian kadazan iaitu Sumazau , minuman tapai, serta adat resam boleh dijadikan satu
tarikan bagi pelancong.

4.4              Cadangan untuk menguruskan elemen persekitaran makro dalam


organisasi iaitu dalam aspek politik dan undang-undang. Organisasi atau syarikat perlu
menilai dan mengawasi persekitaran politik sepenuhnya untuk mengenalpasti ancaman dan
peluang yang ada. Syarikat juga perlu mengawasi apa yang sedang dan akan berlaku kerana
ia akan memberi kesan, sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada syarikat. Ia
juga bertujuan agar tindakan yang dilakukan tidak mendatangkan sebarang masalah iaitu
dengan membuat perancangan produk dan program pemasaran syarikat. (Azianlin, 2007).

13
Keadaan ini dapat mewujudkan persaingan yang sihat di dalam syarikat atau firma dan ia
juga memberi peluang kepada usahawan untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan
mereka. Menurut Hogan et al (1999), memperbaiki pengurusan persekitaran undang-undang
iaitu dengan cara meningkatkan dan menetapkan peraturan, garis panduan dan dasar-dasar
dalam sesebuah syarikat atau firma yang wajib dipatuhi. Ini bertujuan mewujudkan firma
atau syarikat yang lebih berkembang dan maju (Kotler et al, 2011).  Selain itu, ia bertujuan
mewujudkan atau mengenakan kawalan untuk menghadkan keuntungan yang berlebihan serta
menggalakkan penggunaan oleh pelanggan. Selain itu juga, ia bertujuan untuk menggalakkan
pelanggan atau pembekal membayar kos penuh dan mengenakan kawalan untuk mencegah
tingkah laku yang jahat. Ia juga bertujuan untuk memantau dan menguruskan prestasi dan
kualiti bagi memastikan standard yang boleh diterima. Memandangkan, wabak COVID-19
kekal terkawal, negara kita memasuki tahap keempat iaitu Pemulihan atau Recovery. Sektor
ekonomi telah dibuka. POTO Travel & Tours Sdn.Bhd mula berniaga dengan mematuhi
arahan garis panduan dan SOP yang ditetapkan. Agensi POTO boleh berkerjasama dengan
hotel tempatan untuk mengadakan pakej belajar sambil melancogan bagi syarikat, intitusi,
sekolah atau keluarga. Dalam program ini, aktiviti seperti kursus, belajar sesuatu kraf tangan
tradisional, belajar tarian atau masakan sesuatu kaum boleh diadakan untuk menarik minat
pelanggan. Ini bukan saja boleh mengalakkan pelancongan tempatan, ia juga merupakan satu
peluang bagi pelanggan mengenali sesuatu baru atau suatu budaya yang lain. Secara tidak
langsung ia dapat merapatkan antara kaum dengan kaum.

5.0              KESIMPULAN

Persekitaran merujuk kepada faktor yang memberi kesan positif atau negatif kepada
keupayaan syarikat atau organisasi untuk terus beroperasi dan berkembang, di samping
mengekalkan arusniaganya dengan pembeli dan pengguna sasaran. Perubahan sentiasa
berlaku dalam persekitaran sama ada secara mendadak, perlahan atau tidak menentu.
Keadaan ini mampu memberi kesan yang mendalam dan mengejut kepada syarikat atau
organisasi. Oleh itu, apa yang dapat dirumuskan, organisasi berada di dalam satu persekitaran
yang luas. Dalam persekitaran ini, wujud kuasa-kuasa yang boleh dikawal dan tidak boleh
dikawal yang mana akan memberi peluang serta ancaman kepada keupayaan syarikat atau

14
organisasi untuk terus beroperasi. Apabila sesebuah organisasi mula beroperasi, ia tidak
berada dalam satu keadaan yang strategik atau tidak berubah.

Untuk berjaya, sesebuah syarikat atau organisasi perlu mematuhi strategi persekitaran
syarikat atau organisasi serta di mana ia beroperasi atau dapat membentuk semula syarikat
atau organisasi tersebut dengan lebih baik melalui pilihan strategi yang berkesan. Apa yang
dapat dilihat, langkah yang perlu di ambil untuk mengurus elemen ini ialah dengan membuat
perancangan yang baik di mana syarikat atau organisasi perlu memahami persekitaran makro
terlebih dahulu. Ini kerana, syarikat atau organisasi bukan sahaja perlu mengkaji suasana
persekitaran semasa memulakan operasi syarikat atau organisasi, tetapi syarikat atau
organisasi perlu juga mengkaji semasa operasi syarikat atau organisasi sedang berkembang.
Oleh itu, syarikat atau organisasi dilihat gagal apabila strategi organisasi tidak sesuai dengan
persekitaran di mana syarikat atau organisasi beroperasi.

Dalam erti kata lain, syarikat atau organisasi boleh dipengaruhi oleh persekitaran ini,
namun, syarikat atau organisasi tidak boleh mempengaruhi persekitaran ini. Sesebuah
syarikat atau organisasi perlu mengetahui strategi perancangan yang perlu diselaraskan agar
syarikat atau organisasi boleh mendapatkan dan mengekalkan syarikat tersebut terutama
dalam aspek berdaya saing. Apa yang dapat dilihat, persekitaran makro terdiri daripada
kuasa-kuasa yang berada di luar syarikat atau organisasi dan secara amnya ia tidak boleh
diubah oleh tindakan syarikat atau organisasi tersebut. Persekitaran ini dilihat berhubung
secara tidak langsung dengan syarikat atau organisasi.

Menurut McLaughlin dan Kaluzny (1999), persekitaran makro boleh mempengaruhi


syarikat atau firma di dalam perkhidmatan yang dilakukan. Persekitaran makro dilihat banyak
mempengaruhi strategi perkhidmatan di dalam sesebuah syarikat atau firma dengan harapan
usaha ini akan meningkatkan hubungan antara firma, pengurus dan pelanggan dengan
memberi manfaat dan kebaikan kepada semua pihak (Mohammad Fikri, 2011).

Kesimpulannya, setelah mengawasi serta mengetahui peranan dan pengaruh


persekitaran makro kepada syarikat, firma atau organisasi, terdapat kesan secara langsung
dan tidak langsung yang boleh memberikan peluang dan ancaman untuk jangka waktu
pendek atau panjang dan menjadikan syarikat atau organisasi semakin kukuh atau sebaliknya
bergantung kepada tindakan dan pendekatan yang di ambil oleh organisasi. Oleh itu, syarikat

15
atau organisasi perlulah mengawasi sebarang perubahan yang berlaku di dalam elemen-
elemen tersebut agar tidak memberi kesan yang buruk kepada syarikat.

6.0 LAPORAN REFLEKTIF


Pemikiran Reflektif
Melalui tugasan ini, saya berpeluang mengenal pasti ciri-ciri dan peranan usahawan,
agensi yang dapat membantu usahawan serta menterjemahkan ideadalam bentuk realiti
dalam kegiatan ekonomi, di samping bertahan dan peka dengan perubahan sekeliling.
Selain itu, kursus keusahawanan juga dapat mengembangkan potensi pelajar ke arah
yang lebih kreatif, inovatif dan bijaksana dalam membuat keputusan. Dari kursus ini,
juga mengajar saya supaya bersedia mengenal pasti peluang dan mecipta peluang yang
ada di dalam persekitarannya dalam tempoh PKP dan krisis Covid-19. Saya telah lebih
memahami keadaan memberikan saya gambaran sebenar berkaitan keusahawanan yang
selama ini saya percaya ia hanyalah bersifat warisan. Saya bersemangat untuk meneroka
bidang keusahawanan setelah mendapat maklumat yang tepat berkaitan ilmu keusahawanan,
rancangan perniagaan. Kursus ini menambah kemahiran saya untuk mengharungi
pembelajaran khususnya kuliah secara online (zoom meeting) ,membaca modul secara online,
forum, menonton video dan menjawab soalan. Secara tidak langsung kemahiran teknologi
saya dipertingkatkan.

Analisis

Apabila saya mempelajari kursus ini saya rasa beruntung kerana dapat mengetahui apa yang
perlu saya lakukan untuk memulakan perniagaan. Saya merasa amat teruja kerana begitu
banyak ilmu diperolehinya semasa mengikuti kursus ini. Saya juga mengambil kesempatan
membaca beberapa artikel berkaitan keusahawanan oleh penulis-penulis jurnal secara atas
talian. Saya juga semakin mahir mengikuti online kuliah, forum, tugasan, soalan, kuiz di
laman. Saya, pelajar lain dan tutor dapat berhubung dan berbincang melalui whatsup atau
forum. Kursus usahawan ini sangat bermakna dan bermanfaat kepada saya. Saya akan terus
mendalami ilmu keusahawanan walaupun telah tamat kursus ini kerana minat yang
mendalam. Saya akan gunakan ilmu yang ada untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya
pada suatu hari nanti.
            

16
Penulisan Refleksi Menerangkan: Membuat hubungkait antara pembelajaran dan
pengalaman

Saya seorang guru yang mengajar di sekolah rendah. Saya tidak ada pengalaman dalam
perningan sebelum ini. Saya rasa gembira menyertai kursus keusahawan kali ini. Melalui
tugasan ini, saya telah mengenalpasti tepat tentang elemen-elemen persekitaran makro yang
memberikan kesan ke atas organisasi dan memberi 4 cadangan untuk menambah baik
pengurusan persekitaran makro diberika. Akan tetapi ia masih bukan cadangan yang betul-
betul diaplikasi oleh agensi tersebut. Saya tidak pasti ia berkesan atau tidak. Oleh itu, saya
harap pada masa akan datang pihak OUM boleh mengadakan satu program di mana
melibatkan pelajar secara langsung dalam perniagaan. Pelajar dapat berniaga berdasarkan apa
rancangan yang dibuat. Ini merupakan satu cara penilaian kursus ini agar pelajar-pelajar
merasai pengalaman sebenar sebagai peniaga. Selain itu, saya juga harap pihak OUM dapat
memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar berkiatan keusahawanan melalui pameran
atau taklimat perkhidmatan yang ditawarkan khas kepada usahawan.

Rujukan

Macro Environment Forces. (n.a.). [Online].


Available : http://www.studymode.com/essays/Description-Of-The-Macro-
Environment-Elements-734276.html. [2014, Februari 16].

Macro Environment Elements. (n.a.). [Online].


Available : http://www.studymode.com/essays/Macro-Environment-731464.html.
[2014, Februari 17].

Mengenalpasti Faktor-faktor Persekitaran Makro Yang Mempengaruhi Aktiviti Perniagaan


Syarikat. (n.a.). [Online].
Available : http://unclemilydungun.blogspot.com/2011/07/mengenalpasti-faktor-
faktor.html. [2014, Februari 17].

Impact Of Macro Environment Forces On The Components Of The Core Marketing


System. (n.a.). [Online].
Available : http://www.termpaperwarehouse.com/essay-on/Impact-Of-Macro-
Environment-Forces-On/162521. [2014, Februari 18].

Keusahawanan. (2009). [Online].
Available : http://ghirlygz.blogspot.com/2009/06/entrepreneurship-
keusahawanan.html. [2014, Februari 17].

Persekitaran Perniagaan. (n.a.). [Online].


Available : http://pengajianperniagaan.wordpress.com/bab-1/bab-1/1-2-
17
persekitaran-perniagaan/. [2014, Februari 18].

18

You might also like