You are on page 1of 14

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kejayaan Usahawan Kecil MARA di

Negeri Perlis
Suhaini Binti Mat Daud
Pensyarah,
Jabatan Perdagangan
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
02600 Arau, Perlis
No. H/P: 019-4625489 Email: smd_sue@yahoo.com
Norhasyila Binti Minhat
Pensyarah,
Jabatan Perdagangan
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
02600 Arau, Perlis
No. H/P: 012-6623629 Email: hasyilaminhat@yahoo.co.uk
Yuslina Binti Salleh
Pensyarah,
Jabatan Matematik, Sains dan Komputer
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
02600 Arau, Perlis
No. H/P: 019-5566177 Email:yusyiza05@yahoo.com

ABSTRAK
Majlis Amanah Rakyat (MARA), Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) dan
Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) adalah merupakan organisasi yang bertanggungjawab untuk
menyediakan bantuan kewangan dan khidmat nasihat perniagaan kepada usahawan Kecil dan
Sederhana di Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang
mempengaruhi kejayaan usahawan kecil MARA di Negeri Perlis Indera Kayangan. Kajian ini
memberikan tumpuan terhadap empat faktor utama yang mempengaruhi kejayaan usahawan
kecil MARA iaitu minat, bantuan kewangan, kemahiran dan latihan dan perkembangan
teknologi. Untuk tujuan ini, seramai 81 orang usahawan kecil yang telah mendapat pembiayaan
daripada MARA telah dipilih sebagai responden. Kajian ini menggunakan pendekatan
kuantitatif dan instrumen digunakan untuk mengutip data adalah menggunakan kaedah borang
soalselidik. Hasil dapatan kajian telah dianalisis menggunakan kaedah statistik mudah iaitu
analisa min. Bagi memudahkan penganalisaan, perisian SPSS (Statistical Package for Social
Science) telah digunakan. Keputusan kajian secara umumnya menunjukkan faktor kemahiran
dan latihan adalah faktor utama yang mempengaruhi kejayaan usahawan kecil MARA.
Manakala faktor minat, bantuan kewangan dan perkembangan teknologi merupakan faktor yang
signifikan mempengaruhi kejayaan usahawan kecil MARA.
Kata Kunci: Usahawan Kecil , Majlis Amanah Rakyat (MARA)
1

1.0 PENGENALAN
Bidang keusahawanan kini bukan lagi suatu bidang yang asing bagi masyarakat di Malaysia.
Malahan, kerjaya sebagai usahawan kian menjadi pilihan dikalangan para graduan masa kini.
Kerjaya keusahawanan juga dilihat sebagai salah satu cabang untuk seseorang individu
memantapkan lagi pencapaian diri. Perkembangan ini dilihat sejajar dengan Rancangan
Malaysia ke-10 dan ke-11 (meliputi tahun 2010 sehingga tahun 2020). Di dalam Rancangan
Malaysia ke-10 dan ke-11, Kerajaan telah menetapkan matlamat untuk menggalakkan
generasi baru menceburi bidang keusahawanan selain membangunkan organisasi sedia ada
supaya terlibat dalam pasaran global (Azmi, Nik Hairi & Lee Kuan Yee, 2012).
Secara ringkasnya, usahawan boleh didefinisikan sebagai mana-mana individu yang terlibat
sebagai majikan dan pengusaha sendiri (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2009). Terdapat
beberapa ilmuan dalam bidang keusahawanan memberikan definisi keusahawanan dari
perspektif yang sama. Menurut Tan (1983) yang dipetik dari Zafir & Fadhilah (2006)
usahawan adalah individu yang mampu mengenal pasti dan mengambil peluang daripada
perubahan ekonomi, menyediakan keperluan kewangan, bertanggungjawab dalam
pengurusan dan pengambilan risiko serta memperbaiki teknik pengurusan, strategi dan lainlain bidang yang berkaitan sejajar dengan perubahan teknologi. Greene (2000) telah
mentakrif usahawan sebagai individu yang menjalankan perniagaan sendiri. Manakala Wim
Naude (2010), menganggap usahawan sebagai golongan pengusaha dan peniaga yang
sanggup menanggung risiko, sentiasa berusaha untuk melakukan inovasi dan bijak serta
kreatif dalam mendapatkan cara untuk meningkatkan kekayaan, kekuasaan dan status sosial.
Proses untuk membina empayar perniagaan adalah bukan suatu tugas yang mudah.
Seseorang usahawan perlu mempunyai suatu kemampanan strategi supaya mereka dapat
terus bertahan di dalam pasaran.
Isu penyertaan golongan Bumiputra dalam bidang keusahawanan di peringkat nasional
khususnya Industri Kecil dan Sederhana (IKS) semakin sering ditekankan. Selaras dengan
agenda pembangunan ekonomi dan sosial untuk mewujudkan sebuah bangsa Malaysia yang
bersatu padu dan kental pada masa hadapan, penekanan perlu diberi kepada aspek agihan
pendapatan yang seimbang dan keadilan sosial di kalangan masyarakat berbilang kaum.
Masyarakat Melayu sering dianggap tersisih dan jauh ketinggalan dibelakang dalam semua
aspek berbanding kaum lain. Oleh itu, golongan melayu kini perlu mengambil inisiatif untuk
melakukan perubahan dan transformasi yang drastik dari semua aspek khususnya dari segi
pemikiran dan mentaliti untuk menceburi bidang keusahawanan bagi meningkatkan
kekuatan dan kemantapan ekonomi untuk bersaing secara sihat dengan bangsa lain dan tidak
terus ketinggalan dalam perjalanan negara menuju negara berpendapatan tinggi.
1.1 Pernyataan Masalah
Dewasa kini, pasaran kian global. Cabaran dan dugaan yang dihadapi oleh usahawan
di dalam pasaran amat tinggi. Senario ini telah menyebabkan pertumbuhan bilangan
usahawan di negara ini amat perlahan. Misalnya dalam tempoh 20 tahun (19822008), bilangan usahawan di seluruh negara hanya bertambah pada kadar purata
0.4% setahun iaitu dari 1.2 juta orang kepada 2.2 juta orang (Azmi et. al., 2012). Ini
selari dengan Zulnaidi Yaacob (2010) dimana Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan
2

Usahawan Nasional Berhad (PUNB) melalui siaran Harian Metro pada 3 November
2008 telah mendedahkan bahawa sejak dilancarkan pada tujuh tahun yang lalu,
sebanyak 231 buah perniagaan di bawah skim peruncitan bumiputra telah gagal atau
mengalami kerugian. Skim peruncitan bumiputra ini merupakan skim yang telah
dibentuk dan ditadbir oleh sekumpulan pakar yang berpengalaman, peserta-peserta
yang dipilih telah melalui satu proses penilaian yang rapi serta perkembangan
perniagaan mereka sentiasa dipantau. Jika usahawan yang dibimbing sebegini pun
boleh gagal, bukankah kemungkinan usahawan yang tidak dipantau dan dibimbing
untuk gagal itu akan menjadi semakin besar. Oleh itu penyelidik cuba untuk
mengenalpasti apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan usahawan kecil
MARA di negeri Perlis.
Kajian ini dilihat penting untuk dilaksanakan kerana menurut Pengarah MARA
negeri Perlis (Utusan, Jan 17, 2009) jumlah pembiayaan tertunggak oleh peminjam
kepada MARA pada tahun 2009 telah membabitkan nilai sebanyak RM3.5 juta.
Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA, sehingga Mac 2012,
seramai 1140 peminjam telah menerima manfaat daripada kelulusan berjumlah
RM99,634,700 (Utusan, Ogos 2, 2012). Jika dilihat pada jumlah pembiayaan yang
telah dikeluarkan oleh MARA kepada usahawan, ia adalah merupakan satu jumlah
yang cukup besar. Persoalannya, adakah usahawan yang telah menerima pembiayaan
MARA mampu untuk berjaya di dalam pasaran?. Apakah faktor-faktor yang
mendorong kepada kejayaan tersebut kerana terdapat pendapat yang mengatakan
usahawan Bumiputra tidak mampu untuk berjaya di dalam pasaran?.
1.2 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui faktor yang mempengaruhi kejayaan
usahawan kecil MARA negeri Perlis. Untuk penjelasan yang lebih terperinci, objektif
kajian dipecahkan kepada dua objektif iaitu objektif umum dan objektif khusus iaitu:
1.2.1

Objektif Umum
Menentukan apakah faktor kejayaan usahawan kecil MARA negeri Perlis

1.2.2

Objektif Khusus
a. Mengetahui faktor minat mempengaruhi kejayaan Usahawan Kecil
MARA negeri Perlis
b. Mengetahui faktor bantuan kewangan mempengaruhi kejayaan
usahawan kecil MARA di negeri Perlis
c. Mengetahui faktor kemahiran dan latihan akan mempengaruhi
kejayaan usahawan kecil MARA di negeri Perlis
d. Mengetahui faktor perkembangan teknologi akan mempengaruhi
kejayaan usahawan kecil MARA di negeri Perlis

1.3 Persoalan Kajian


Beberapa persoalan kajian yang berkaitan dengan pernyataan masalah kajian adalah
seperti berikut:
a. Adakah faktor minat menyumbang kepada kejayaan usahawan kecil MARA di
negeri Perlis
b. Adakah bantuan kewangan menjadi faktor dorongan kepada kejayaan usahawan
kecil MARA di negeri Perlis
c. Adakah kemahiran dan latihan mempengaruhi seseorang usahawan kecil MARA
negeri Perlis berjaya dalam keusahawanan
d. Adakah perkembangan teknologi mempengaruhi faktor kejayaan usahawan
MARA di negeri Perlis.
1.4 Skop Kajian
Kajian ini hanya tertumpu kepada usahawan kecil di negeri Perlis yang telah
mendapat pembiayaian daripada MARA. Usahawan yang terlibat dalam kajian ini
terdiri daripada usahawan yang telah mendapat pembiayaan Skim Pembiayaan
Peningkatan Perniagaan (SPPP) yang diperkenalkan oleh MARA.
1.5 Kerangka Konsep
Minat

Kejayaan Usahawan

Bantuan Kewangan
Kemahiran dan Latihan

Perkembangan Teknologi

Pembolehubah
Bersandar

Pembolehubah Tak
Bersandar

Rajah 1: Kerangka Kerja Kajian

1.6 Kepentingan Kajian


Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui faktor-faktor kejayaan usahawan
kecil MARA di negeri Perlis. Terdapat pelbagai kepentingan kajian yang dapat
dimanfaatkan melalui penghasilan kajian ini. Berikut merupakan kepentingan kajian
ini:
1.6.1

Usahawan Kecil
a. Memberikan inspirasi kepada usahawan yang pernah gagal dalam
bidang perniagaan untuk lebih fokus kepada kerjaya usahawan
b. Memberikan panduan untuk mendapatkan bantuan dan khidmat
nasihat daripada MARA

1.6.2

Kerajaan
a. Menjadi bahan rujukan agensi kerajaan seperti MARA untuk terus
membantu para usahawan kecil untuk memajukan perniagaan mereka
b. Kerajaan akan data menyusun strategi dan dasar baru untuk
meningkatkan bilangan usahawan kecil yang menjadi pemangkin
kepada ekonomi di Malaysia.

1.6.3

Masyarakat
a. Dapat memupuk minat usahawan
b. Dapat merangka strategi yang baik dan jitu untuk menceburi bidang
usahawan.

2.0 ULASAN KARYA


Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada kejayaan seseorang usahawan. Dalam kajian
ini, faktor yang diberikan penekanan adalah minat, bantuan kewangan, kemahiran dan latihan
dan perkembangan teknologi.
Usahawan
Perkataan usahawan dalam Bahasa Inggeris entrepreneur berasal daripada bahasa Perancis
entreprendre yang bermaksud memikul tugas atau mencuba. Usahawan ialah individu yang
mengusahakan sesuatu perusahaan manakala peniaga pula orang yang berniaga.Umumnya
usahawan boleh ditakrifkan sebagai seseorang yang mengusahakan sesuatu perniagaan sehingga
berjaya dengan motif memperoleh keuntungan di samping mengamalkan amalan-amalan yang
strategik untuk terus Berjaya (Azrain Nasyrah Mustafa, 2010).
Terdapat beberapa definisi usahawan dimana pendefinisian tersebut bergantung kepada faktor
persekitaran, budaya, agama dan budaya. Hull, Bosley dan Udel (1980) mendefinisikan
usahawan sebagai individu-individu yang membeli atau mewarisi perniagaan sedia ada dengan
5

niat (dan usaha berterusan) meluaskannya (Azrain Nasyrah Mustafa, 2010). Meredith, Nelson
dan Neck (1982), usahawan adalah orang yang mampu melihat dan menilai peluang-peluang
perniagaan, menggabungkan keperluan sumber-sumber untuk mengambil peluang serta
mengambil tindakan bersesuaian demi memastikan kejayaan.
Usahawan adalah merupakan nadi penggerak dan juga pemangkin kepada perkembangan
ekonomi sesebuah negara. Peningkatan jumlah usahawan yang berjaya akan mampu untuk
menukar status sesebuah negara dari negara membangun kepada status negara maju. Oleh itu,
adalah amat penting bagi pentadbir Negara untuk mengetahui factor-faktor yang mempengaruhi
kejayaan usahawan agar dapat merangka strategi dan pelan pembangunan agar bilangan
usahawan berjaya dapat ditingkatkan jumlahnya dari setahun ke setahun.
Sexton dan Bowman-Upton (1991) telah mendefinisikan keusahawanan sebagai satu proses
mengenalpasti peluang-peluang dalam pasaran, menyusun sumber-sumber untuk mencapai
objektif dan tindakan seterusnya mengeksploitasi keperluan sumber-sumber bagi kepentingan
peribadi dalam tempoh jangka masa panjang
Coulter (2000) pula mendefinisikan keusahawanan sebagai satu proses di mana individu atau
sekumpulan individu menggunakan usaha-usaha dan perantara untuk mencari peluang mencipta
nilai dan pertumbuhan melalui memenuhi keperluan dan kehendak. Ianya perlu melalui inovasi
dan keunikan tidak kira apa jua sumber kawalan yang ada yang digunakan. Usahawan juga
merupakan seseorang yang mencipta dan mengoperasikan perniagaan secara aktif.
Berdasarkan dua definisi di atas, ia jelas menunjukkan keusahawanan adalah merupakan satu
proses. Satu proses yang melibatkan pembuatan keputusan dan tindakan yang berterusan.
Keusahawanan juga turut melibatkan inovasi. Melalui keusahawanan, produk baru,
perkhidmatan, transaksi, pendekatan, sumber-sumber, teknologi dan pasaran telah dicipta dengan
tujuan memberi sedikit sumbangan nilai kepada masyarakat atau pasaran (Azrain Nasyrah
Mustafa, 2010). Maka, dengan ini jelas menunjukkan bahawa usahawan adalah merupakan pihak
yang memainkan peranan yang besar di dalam penghasilan inovasi dan seterusnya menyumbang
kepada pasaran.
Kejayaan Usahawan
Setiap individu yang menceburi bidang perniagaan inginkan kejayaan. Untuk menjadi usahawan
berjaya, ia bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Akan tetapi, ia bukanlah sesuatu yang
mustahil. Kejayaan akan dapat dikecapi oleh usahawan sekiranya mereka gigih dan bersungguhsungguh. Untuk berjaya usahawan perlu melengkapkan diri dengan ilmu perniagaannya dan
kemahiran dalam menguruskan perniagaan untuk mencapai kejayaan.
Menurut Hess (1987) dan Kent (1990), aspek pengurusan dan pemasaran adalah penting untuk
kejayaan usahawan. Ciri-ciri usahawan yang berjaya ialah mereka yang tidak takut kepada
kekuatan musuh dengan menjadikannya sebagai kekuatan untuk bersaing. Mereka mestilah
memulakan sesuatu dengan tidak mengharapkan semata-mata kepada peluang yang diberikan.
Usahawan yang berjaya mestilah cepat bertindak untuk mengubah strategi yang mereka
laksanakan berdasarkan kepada keperluan semasa. Ini bermaksud, mereka tidak hanya
bergantung kepada penetapan strategi awal yang dilaksanakan. Sebaiknya, strategi akan diubah
sekiranya perlu. Seterusnya, mereka juga bijak menggunakan masa yang sedia ada dengan
6

sebaik mungkin (Timmons dan Spinelli, 2001). Ciri yang utama ialah mereka yang mempunyai
sikap suka membuat sesuatu yang orang tidak Berjaya tidak suka dan tidak akan buat
(Megginson et.el., 2000; Rosdi, 2002)

Minat
Minat yang mendalam terhadap bidang keusahawanan akan mendorong seseorang individu untuk
menceburi bidang keusahawanan (Syahrina, 2010). Menurut Nadzri (2000), usahawan atau ahli
perniagaan akan lebih bersikap positif terhadap kerja ataupun tanggungjawab yang mereka
laksanakan sekiranya mereka berminat di dalam bidang yang telah diceburi. Minat adalah daya
penggerak yang mendorong kita supaya memberi perhatian kepada seseorang, benda atau
kegiatan. Minat juga merupakan keinginan (kesukaan, kecenderungan) terhadap sesuatu.
Kesimpulannya, usahawan yang menceburi bidang keusahawanan berdasarkan minat akan
sentiasa bekerja keras serta dapat menguruskan sumber dengan berkesan. Berdasarkan Teori
Hirarki Keperluan Maslow (Maslows Hierarchy of Needs) kepuasan dan penyempurnaan diri
merupakan elemen kelima di mana seseorang individu itu mahu mencapai kejayaan sebagaimana
yang diidamkan (Philip Kotler, 2012). Kejayaan yang diidamkan akan tercapai setelah
keseluruhan potensi yang ada di dalam diri mampu digemblengkan sepenuhnya melalui kekuatan
berimaginatif, kreatif dan berinovatif.

Bantuan Kewangan
Elemen yang sangat penting dan kritikal di dalam sesebuah perniagaan adalah modal. Seseorang
usahawan biasanya akan berdepan dengan masalah untuk mendapatkan pembiayaan modal.
Modal adalah nilai bersih dalam perniagaan atau syarikat yang digunakan untuk menambahkan
lagi nilai perniagaan atau syarikat tersebut (Rosli, 2010). Modal boleh terdiri daripada tunai,
inventori, loji dan kelengkapan. Usahawan perlu memahami dengan jelas bentuk, jenis dan
sumber pembiayaan yang diperlukan untuk membiayai perniagaannya.
Sesebuah perniagaan boleh menemui kegagalan jika seseorang usahawan itu tidak mempunyai
modal yang mencukupi. Modal sangat penting sehingga kita boleh mengibaratkan ia seperti
oksigen untuk membolehkan kita bernafas. Jumlah modal yang diperlukan berbeza bergantung
kepada saiz perniagaan, lokasi perniagaan beroperasi serta jenis industri yang diceburi.
Di Malaysia, terdapat banyak agensi-agensi kerajaan yang menyediakan bantuan pembiayaan
kewangan kepada usahawan yang baru ingin menceburi bidang keusahawanan ataupun yang
telah lama menceburi bidang keusahawanan. Bagi masyarakat Bumiputra, Majlis Amanah
Rakyat (MARA), Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN), Amanah Ikhtiar Malaysia
(AIM) adalah merupakan tempat bagi mereka untuk mendapatkan bantuan kewangan.
Terdapat beberapa jenis bantuan kewangan yang disediakan oleh MARA. Antaranya adalah Skim
Pembiayaan Kontrak (Skipe) dan Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan (SPPP). Skim
Pembiayaan Kontrak (Skipe) adalah merupakan pembiayaan untuk kerja-kerja kontrak
pembinaan, bekalan, perkhidmatan dan kerja-kerja elektrik. Pembiayaan meliputi pengusaha
kelas F, E dan D bagi kerja-kerja agensi awam. Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan
(SPPP) pula merupakan skim yang merangkumi pembiayaan untuk projek perdagangan,
7

perkhidmatan, pembuatan dan pengangkutan. SPPP ini disasarkan kepada perniagaan yang
diusahakan secara kecil-kecilan dan biasanya tidak memerlukan modal yang terlalu banyak.
Skim ini sesuai untuk usahawan yang baru memulakan perniagaan. Bagi tujuan kajian ini,
penyelidik memberikan fokus kepada peminjam yang membuat pembiayaan SPPP.

Kemahiran dan Latihan


Salah satu kunci kejayaan kebanyakan usahawan yang telah berjaya adalah ilmu. Modal yang
banyak serta semangat yang berkobar-kobar tidak boleh dijadikan sebagai kunci kejayaan
seseorang usahawan. Modal boleh hangus jika usahawan mengambil keputusan yang merugikan.
Manakala semangat juga boleh luntur jika usaha yang dilakukan sering menemui kegagalan.
Justeru itu, ilmu akan dapat menjadikan seseorang usahawan itu lebih bijaksana ketika membuat
sesuatu keputusan. Setiap usahawan perlu sekurang-kurangnya menguasai semua ilmu asas yang
diperlukan untuk menguruskan perniagaan seperti asas perakaunan, asas pemasaran, undangundang perniagaan, asas pengurusan sumber manusia dan asas pentadbiran perniagaan.
Kemahiran didefinisikan sebagai kecekapan dan kepandaian seseorang individu dalam bidang
tertentu (Kamus Dewan, 1996). Definisi kemahiran dalam kajian ini merujuk kepada kemahiran
dan pengalaman dalam bidang perniagaan. Zaidatol et. al., (2000) menyatakan perniagaan yang
berjaya selalunya melibatkan beberapa kemahiran selain aspek fungsian. Kemahiran komunikasi
dan hubungan manusia di tempat kerja adalah antara kemahiran yang diperlukan untuk
memastikan kejayaan sesuatu kerjaya. Untuk berjaya, seseorang usahawan perlu belajar daripada
pakar dengan mengikuti kursus, seminar, perbincangan dan sebagainya untuk menambah
kemahiran dan pengalaman perniagaan. Luft (1986) menyarankan prinsip hubungan manusia
yang diperlukan untuk kejayaan kerjaya adalah berkaitan dengan pembentukan konsep kendiri
yang positif, menerima kritikan, menyelesaikan konflik, menangani perubahan, menangani
diskriminasi dan prejudis dan memahami sumber nilai, nilai kendiri dan menerima nilai orang
lain.
Objektif kajian ini ingin melihat kedua-dua unsur ini membantu dalam kejayaan usahawan
MARA di negeri Perlis. Latihan dan bengkel keusahawanan yang akan dilaksanakan oleh MARA
perlulah digubal dan dirancang bagi memastikan usahawan kecil MARA dapat memperkasakan
kemahiran dan jaringan perniagaan mereka. Jika usahawan sentiasa memperbaiki kemahiran
keusahawanannya, ia akan dapat memastikan minat terhadap bidang keusahawanan sentiasa
berterusan terutama bila berhadapan dengan pesaing-pesaing dan cabaran-cabaran yang melanda.
Kemahiran mengenai keusahawanan boleh diperolehi melalui pengalaman berniaga yang tidak
diajar dimana-mana institusi.
Usahawan yang mempunyai kemahiran dan menerima latihan keusahawanan secukupnya dilihat
mampu memberikan hasil yang positif dan melancarkan proses perniagaan yang dijalankan oleh
usahawan tersebut. Keberkesanan latihan-latihan yang sediakan oleh MARA dapat dilihat
melalui kejayaan usahawan terlibat. Dalam kajian yang dibuat oleh Zaidatol dan Habibah (2004),
usahawan Bumiputra mempunyai keupayaan yang tinggi dalam membentuk hubungan manusia
yang baik, dan membentuk kemahiran komunikasi secara lisan dan tulisan. Mereka perlu
melengkapkan diri dengan segala kemahiran dan ilmu pengetahuan berkaitan dengan bidang
keusahawanan termasuklah kemahiran berkomunikasi dnegan pelancong asing melalui
peningkatan penguasan berbahasa Inggeris.
8

Perkembangan Teknologi
Teknologi dalam kajian adalah merujuk kepada penggunaan internet dan komputer di dalam
aktiviti perniagaan usahawan untuk pemasaran, kewangan ataupun pentadbiran. Teknologi pada
zaman sekarang sudah menjadi satu kemestian terutamanya di dalam mengurusan perniagaan.
Kajian ini menyingkap faktor perkembangan teknologi dalam persekitaran perniagaan usahawan
kecil MARA di negeri Perlis. Sebagai contoh kepesatan teknologi maklumat banyak membantu
usahawan untuk mempromosikan perniagaan mereka atau produk dan perkhimatan mereka
menggunakan internet. Teknologi ini akan dapat mengurangkan kos promosi yang terpaksa
dibiayai dan seterusnya dapat meningkatkan lagi jumlah sasaran pengguna yang melihat iklan
mereka. Teknologi juga dikatakan dapat mempercepatkan operasi pengeluaran dan dapat
memaksimumkan pengeluaran. Ini akan dapat menjadikan perniagaan mereka telah proaktif dan
produktif.
3.0 METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini adalah merupakan kajian kuantitatif yang bertujuan mengukur hubungan pemboleh
ubah bersandar dan pembolehubah tidak bersandar. Rekabentuk kajian yang digunakan adalah
berbentuk tinjauan dengan menggunakan kaedah soal selidik. Kajian ini menggunakan kaedah
pensampelan rawak mudah. Prosedur pensampelan rawak mudah digunakan untuk memastikan
setiap unit atau subjek dalam populasi mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai
responden kajian (Chua, 2006) .Tatacara kajian ini dilakukan dengan mengedarkan borang soal
selidik yang dibuat. Data sekunder juga digunakan untuk membantu penyelidik mendapatkan
gambaran awal mengenai kajian yang dijalankan. Data sekunder adalah lebih mudah kerana ia
telah sedia ada dan dibuat oleh penyelidik terdahulu.
3.1 Populasi Kajian dan Sampel
Populasi dan pensampelan dibuat menggunakan statistik deskriptif di mana menghurai dan
membuat ringkasan tentang data yang diperolehi daripada populasi dan pensampelan bagi
usahawan kecil MARA di negeri Perlis. Populasi usahawan MARA di negeri Perlis adalah
berjumlah 320 orang (Fetrah, 2012). Berdasarkan jadual penentuan saiz sampel Krejcie dan
Morgan (1970) di dalam Chua (2006), jika populasi sebanyak 320 orang, maka bilangan
responden yang diperlukan adalah 81 orang usahawan. Menurut Sekaran (1992), lebih
banyak sampel, lebih efisyen untuk membuat kajian.
3.2 Instrumen Kajian
Borang soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian untuk mendapatkan
maklumat primer. Borang soal selidik ini dibahagikan kepada tiga (3) bahagian iaitu
Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Bahagian A berkaitan dengan latar belakang
responden seperti jantina, umur, taraf pendidikan dan sebagainya. Bahagian B berkaitan
dengan maklumat perniagaan seperti status organisasi, jenis perniagaan, lokasi operasi
perniagaan dan sebagainya. Bahagian C berkaitan faktor-faktor yang mempengaruhi
kejayaan usahawan. Kajian ini mempunyai 4 pembolehubah bersandar dan satu
pembolehubah tidak bersandar. Soalan adalah seperti berikut:
9

Jadual 1: Pembolehubah bersandar (DV) dan pembolehubah tidak bersandar (IV)


Faktor-faktor
Kejayaan Usahawan (DV)
Minat (IV)
Bantuan Kewangan (IV)
Latihan dan Kemahiran (IV)
Perkembangan Teknologi (IV)

Bilangan Item
8 item
7 item
7 item
7 item
7 item

3.3 Jenis Kajian


Data-data yang telah dikumpul dianalisa dengan menggunakan perisian Statistical package
for Social Science (SPSS) versi 16.0. Menurut Uma Sekaran (1992), prosedur analisis data
yang paling sesuai digunakan untuk mengukur data pembolehubah yang dikaji adalah
menggunakan analisis skor min.

4.0 DAPATAN KAJIAN


Jadual 2: Dapatan Min bagi setiap pembolehubah bersandar
Bil
1
2
3
4

Faktor-faktor
Minat (IV)
Bantuan Kewangan (IV)
Latihan dan Kemahiran (IV)
Perkembangan Teknologi (IV)

Min
3.26
3.23
3.29
3.02

Keseluruhan analisis huraian adalah seperti ditunjukkan di dalam jadual di atas. Semua
pembolehubah diukur menggunakan skala Likert diantara satu hingga empat. Ia terdiri dari
skala Sangat tidak setuju (1) hingga sangat setuju (4).
Berdasarkan Jadual 2, dapatan min bagi faktor minat adalah sebanyak 3.26 dan faktor
bantuan kewangan adalah sebanyak 3.23. Manakala faktor latihan dan kemahiran adalah
sebanyak 3.29 dan faktor keempat iaitu perkembangan teknologi adalah sebanyak 3.02.
Berdasarkan dapatan min ini, faktor latihan dan kemahiran mendapat min yang tertinggi
berbanding dengan faktor-faktor yang lain. Ini membuktikan bahawa faktor ini berada pada
tahap tinggi dan sekaligus menjadi faktor utama yang mempengaruhi kejayaan usahawan
kecil Mara negeri Perlis. Faktor kedua yang tertinggi yang mempengaruhi kejayaan
usahawan kecil Mara negeri Perlis adalah minat.
Faktor bantuan kewangan dan perkembangan teknologi masing-masing menjadi faktor
ketiga dan keempat yang mempengaruhi kejayan usahawan kecil MARA negeri Perlis,
namun, ia masih berada di tahap yang tinggi. Faktor ini mungkin disebabkan negeri Perlis
tidak tergolong di dalam negeri maju. Oleh itu, keperluan terhadap perkembangan teknologi
dilihat sebagai faktor yang tidak penting.
10

5.0 DAPATAN DAN PERBINCANGAN


Berdasarkan hasil dapatan yang telah dilakukan, objektif umum dan khusus yang telah
ditetapkan pada awal kajian telah dicapai iaitu:
Faktor kemahiran dan latihan mempengaruhi kejayaan usahawan kecil MARA
Objektif kajian yang ketiga ialah mengenalpasti faktor kemahiran dan latihan boleh
mempengaruhi kejayan usahawan kecil MARA. Ternyata, faktor kemahiran dan latihan
adalah merupakan faktor yang terpenting yang boleh menyumbang kepada kejayaan
usahawan Mara. Hasil kajian menunjukkan min keseluruhan untuk faktor yang ketiga ini
adalah yang tertinggi iaitu sebanyak 3.29. Dapatan ini diperkukuhkan lagi dengan hasil
dapatan kajian yang dilaksanakan oleh Zaidatol (2004). Menurut beliau, seramai 92%
usahawan Bumiputra merasakan latihan keusahawanan adalah penting dan mereka mula
sedar akan kepentingan sesuatu kemahiran tertentu maka adalah lebih baik sekiranya mereka
diberi peluang yang sewajarnya untuk mengikuti program latihan dan pembangunan
usahawan yang sempurna. Program latihan keusahawanan yang dirangka perlulah
disesuaikan perlaksanaannya seperti memberikan penekanan terhadap faktor pengalaman
dan tindakan untuk membolehkan pasara usahawan menjadi lebih berdaya saing dan
kompeten di dalam pasaran.

Faktor minat mempengaruhi kejayaan usahawan kecil MARA


Objektif kajian yang pertama iaitu untuk mengenalpasti faktor minat mempengaruhi
kejayaan usahawan kecil MARA. Bagi menjawab soalan ini, sebanyak 7 soalan telah
dikemukakan kepada responden. Dapatan kajian mendapati min keseluruhan adalah
sebanyak 3.26. Ini menunjukkan responden setuju dengan faktor ini. Faktor minat menjadi
faktor kedua tertinggi yang mempengaruhi kejayaan golongan usahawan ini di negeri Perlis.
Hasil dapatan ini selari dengan dapatan kajian oleh Norfadhilah & Halimah (2010), dimana
wujud hubungan yang positif diantara minat dengan kerjaya keusahawanan.
Faktor bantuan kewangan mempengaruhi usahawan kecil MARA
Objektif yang kedua ialah mengenalpasti sama ada faktor bantuan kewangan merupakan
faktor yang menyumbang kepada kejayaan usahawan kecil Mara. Untuk menjawab
persoalan kajian ini, sebanyak 7 soalan telah dikemukakan kepada responden. Dapatan
kajian mendapati min keseluruhan adalah sebanyak 3.23. Ini menunjukan responden
bersetuju bahawa faktor bantuan kewangan turut menyumbang kepada kejayaan usahawan
kecil di negeri Perlis. Walau bagaimanapun, hasil dapatan kajian yang dilaksanakan oleh
Ishak et. al. (2011) faktor sokongan institusi dan kerajaan bukan merupakan faktor
penyumbang kepada prestasi kejayaan usahawan kerana keputusan kajian mendapati bahawa
faktor ini adalah tidak signifikan.

11

Faktor perkembangan teknologi mempengaruhi kejayaan usahawan kecil MARA


Objektif yang terakhir kajian adalah mengenalpasti faktor perkembangan teknologi
mempengaruhi kejayaan usahawan kecil Mara. Min keseluruhan menunjukkan bahawa
responden bersetuju perkembangan teknologi turut mempengaruhi kejayaan mereka sebagai
usahawan yang berjaya. Akan tetapi, ia adalah merupakan min keseluruhan yang terendah
diantara 3 faktor yang dikaji. Dapatan ini selari dengan hasil kajian Muhd Rashid & Fazlee
(2010), dimana tahap amalan usahawan batek di Kota Bharu terhadap penggunaan teknologi
adalah pada tahap yang lemah.

6.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, pengkaji mendapati bahawa faktor yang ketiga iaitu kemahiran dan latihan
merupakan faktor yang terpenting yang mempengaruhi kejayaan usahawan kecil MARA.
Kemahiran dan latihan adalah merupakan elemen yang penting yang boleh mempengaruhi
kejayaan seseorang usahawan. Oleh yang demikian, pihak yang bertanggungjawab menyalurkan
dana pembiayaan kepada usahawan kecil perlu merancang dan mengadakan lebih banyak
peluang latihan dan kmahiran bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran usahawan di
dalam bidang perniagaan mereka. Manakala dari skop usahawan itu sendiri, mereka perlulah
sentiasa berusaha untuk memperbaiki sikap diri sendiri dalam menguruskan perniagaan
disamping mempertingatkan lagi usaha untuk memajukan perniagaan yang mereka usahakan.
Faktor seterusnya adalah faktor minat. Jika seseorang usahawan mempunyai minat yang tinggi
terhadap bidang keusahawanan, ia akan mempengaruhi tahap usaha mereka untuk berjaya di
dalam bidang keusahawanan.
Seterusnya, pengkaji mendapati faktor bantuan kewangan menjadi faktor yang ketiga terpenting
yang mempengaruhi kejayaan usahawan kecil MARA. Oleh itu, ini menggambarkan bahawa
usahawan dan agensi pembiayaan seperti MARA tidak dapat dipisahkan. Usahawan dilihat
bergantung kepada dana yang disalurkan oleh MARA kepada mereka untuk menceburi bidang
perniagaan dan meningkatkan pencapaian perniagaan mereka.
Untuk faktor yang keempat ialah faktor perkembangan teknologi. Kebanyakan responden
merasakan teknologi adalah penting. Akan tetapi mereka tidak begitu menitikberatkan
pembolehubah ini di dalam pentadbiran perniagaan mereka.

7.0 CADANGAN BAGI KAJIAN AKAN DATANG


Berdasarkan perbincangan dan analisis dapatan kajian, ia telah menunjukkan bahawa faktorfaktor kemahiran dan latihan, minat, bantuan kewangan dan perkembangan teknologi
mempengaruhi kejayaan usahawan kecil Mara. Cadangan kepada penyelidik akan datang untuk
meningkatkan lagi jumlah responden supaya dapat meningkatkan lagi tahap kebolehpercayaan
terhadap kajian ini dan hasil kajian lebih menyeluruh. Selain itu, sampel kajian boleh
diperluaskan kepada usahawan yang lebih besar. Kajian ini juga boleh diperluaskan lagi dengan
membuat kajian terhadap usahawan dibawah agensi pembiayaan kewangan yang lain seperti
agensi pembiayaan berkeuntungan seperti Institusi Perbankan.
12

RUJUKAN
Azmi Abdul Manaf, Nik Hairi Omar & Lee Kuan Yee, (April Special-2012). Faktor
Kejayaan Usahawan Dalam Perniagaan, Journal of Social Science and Humanities, Vol
7, Number 1,034-045
Azrain Nasyrah Mustafa, (2010). Pengenalan kepada Usahawan. Di dalam Rosli Mahmood,
Azrain Nasyarah, Rosli, Mohamad Yusop, Norria, Syahrina, Ahmad Khairi, Hoe Chee
Yee, Shamsul Huda, Muhammad Shukri, Shiza Saatur, Lily Julienti, Habshah (2nd
Edition). Prinsip-prinsip Keusahawanan (pp. 4-5) Cengage Learning Asia Pte Ltd.
Chua Yan Piaw, (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Penyelidikan, Mc Graw
Hill (Malaysia) Sdn Bhd.
Coulter, M. (2000). Enterpreneurship in Action. New Jersey: Prentice Hall.
Hess, D.W. (1987). Relevance of Small Business Courses To Management Needs. Journal of
Small Business Management 25(1): 26-34.
Ishak Yussof, Khairunnisa Mardzuki, Zaimah Darawi, Mohd Shukri Haji Noor, (2011).
Faktor Keusahawanan dan Prestasi Kejayaan Usahawan Melayu di Pulau Langkawi,
Kedah, Prosiding Perkem VI, Jilid 2, 196-207.
Kamus Dewan edisi ketiga, (1996). Maksud kemahiran dan latihan
Ken, C.A. (1990). Integrating Enterpreneurship In The Secondary Curriculum: Economics
And Other Courses. Dalam Enterpreneurship Education, Disunting Oleh C.A. Kent.
Connecticut: Quorum Book.
Luft, R.L,. dan J. L,. Schoen. (1986). Non technical business employment competencies in
Illinois. The Delta Pi Epsilon Journal. Xxxviii(3): 167-157
Meredith, G. G., Nelson, R.E. & Neck, P.A. (1982). The Practice of Enterpreneurship.
Geneva:ILO.
Nadzri Mohamad (2000), Program Pembangunan Kerajaan, [online] network on 17 Jun 2002
on the World Wide Web:www.geocities.com/haji_Nadzri/mohamad.html
Rizam Zakariya, (2012, Oktober 16). Mara lahirkan 139 jutawan bumiputra, Utusan Melayu
(M) Bhd.
Rosli Mahmood, (2010). Pembiayaan Perniagaan. Di dalam Rosli Mahmood, Azrain
Nasyarah, Rosli, Mohamad Yusop, Norria, Syahrina, Ahmad Khairi, Hoe Chee Yee,
Shamsul Huda, Muhammad Shukri, Shiza Saatur, Lily Julienti, Habshah (2 nd Edition).
Prinsip-prinsip Keusahawanan (pp. 229-250) Cengage Learning Asia Pte Ltd.
Sexton, D.L. & Bowman-Upton, N. (1991). Enterpreneurship. New York: Macmillan
13

Syahrina Abdullah, (2010). Mengenali Ciri-ciri Usahawan. Di dalam Rosli Mahmood,


Azrain Nasyarah, Rosli, Mohamad Yusop, Norria, Syahrina, Ahmad Khairi, Hoe Chee
Yee, Shamsul Huda, Muhammad Shukri, Shiza Saatur, Lily Julienti, Habshah (2nd
Edition). Prinsip-prinsip Keusahawanan (pp. 24-26) Cengage Learning Asia Pte Ltd.
Timmons, J. & Spinelli, S. (2001). Moral Reasoning Skills: Are Enterpreneurs Different?
Journal of Business Ethics, 19, 229-240.
Philip Kotler, Gary Armstrong, (2012). Principles of Marketing, Pearson Education Limited,
2012, 172
Uma Sekaran (1992), Research Methods For Business A Skill-Building Approach. 2 nd
Edition, John Wiley and Sons, Inc, New York
Zafir Mohd Makhbul, Fazilah Mohamad Hasun, (2006), Menjadi Usahawan, PTS
Professinal Publishing Sdn. Bhd
Zaidatol Akmalian Lope Pihie, Zakaria Kasa, (2000). Professional traits needed for career
success: how it relates to education of future workers. Journal Psikologi. 14:75-86
Zaitadol Akmaliah Lope Pihie, Habibah Elias, (2004). Keupayaan Usahawan Bumiputra
Melaksanakan Kemahiran Keusahawan: Satu Kajian Kes, Journal of Social Science and
Humanities, Vol 12, Number 1, 61-70.
Zulnaidi Yaacob, (2010). 12 Strategi Elak Bisnes Gagal, Must Read Sdn. Bhd
(Puan Fetrah Binti Abu Samah, Penolong Pengarah Bahagian Usahawan MARA Perlis
(2012) Maklumat Usahawan MARA

14

You might also like