You are on page 1of 182

Fakulti Pendidikan dan Bahasa

HBLS1203
Perniagaan dan Keusahawanan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


HBLS1203
PERNIAGAAN DAN
KEUSAHAWANAN
Arnida Abdullah
Dalilah Mohd Rubi
Suriani Mohamed
Faridah Mariani Johari

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Pengarah Projek: Prof Dato’ Dr Mansor Fadzil
Prof Madya Dr Chung Han Tek
Open University Malaysia

Penulis Modul: Arnida Abdullah


Dalilah Mohd Rubi
Suriani Mohamed
Universiti Utara Malaysia

Faridah Mariani Johari

Penyederhana: Prof Dr Widad Othman


Open University Malaysia

Dibangunkan oleh: Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi


Open University Malaysia

Edisi Pertama, September 2007


Edisi Kedua, April 2012
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM), April 2012, HBLS1203
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam mana-mana
cara tanpa kebenaran secara bertulis daripada Presiden Open University Malaysia (OUM).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Isi Kandungan
Panduan Kursus ix-xv

Topik 1 Perniagaan 1
1.1 Pengenalan Kepada Perniagaan 1
1.1.1 Konsep Perniagaan 2
1.1.2 Mencari Idea Perniagaan 3
1.2 Memulakan Perniagaan 7
1.2.1 Langkah-langkah Memulakan Perniagaan 7
1.2.2 Cara Menjalankan Perniagaan 10
1.3 Keperluan Kewangan dan Kemudahan 13
1.3.1 Pengenalan 13
1.3.2 Pembiayaan dan Sumber Modal 13
1.3.3 Kemudahan dan Bantuan dari Kerajaan 15
Rumusan 19
Kata Kunci 19
Ujian 1 19

Topik 2 Pengurusan Jualan 21


2.1 Merancang dan Menyediakan Jualan 22
2.1.1 Perancangan Jualan 22
2.1.2 Penyediaan Barang Jualan 25
2.2 Mengurus Jualan 26
2.2.1 Kaedah Jualan 27
2.2.2 Melayan Pelanggan 29
2.2.3 Mendapat Pesanan 30
2.2.4 Menyusun Atur Barang 30
2.3 Strategi Jualan/Saluran Jualan 33
2.3.1 Pengedar Industri 33
2.3.2 Wakil Jualan Bebas 34
2.3.3 Jualan Berkumpulan 35
2.3.4 Telemarketing 37
2.3.5 Pameran Perdagangan 37
Rumusan 38
Kata Kunci 38
Ujian 1 38
Ujian 2 39

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


iv  TABLE OF CONTENTS

Topik 3 Kewangan 39
3.1 Definisi, Kaitan dan Peranan 39
3.1.1 Definisi Kewangan 40
3.1.2 Kaitan Kewangan dengan Bidang Lain 40
3.1.3 Peranan Pengurus Kewangan 41
3.2 Penyata Kewangan 42
3.2.1 Penyata Pendapatan 42
3.2.2 Kunci Kira-kira 44
3.2.3 Penyata Aliran Dana 46
3.3 Perancangan Kewangan 47
3.3.1 Belanjawan Tunai 47
3.3.2 Belanjawan Modal 49
Rumusan 54
Kata Kunci 55
Ujian 1 55
Ujian 2 56

Topik 4 Promosi 57
4.1 Pengenalan Promosi 57
4.1.1 Definisi Promosi 58
4.1.2 Peranan Promosi 58
4.1.3 Jenis-jenis Promosi 59
4.2 Media Pengiklanan 60
4.2.1 Media Bercetak 60
4.2.2 Media Elektronik 63
4.2.3 Media Lain 65
4.3 Faktor Pemilihan Pengiklanan 67
4.3.1 Kos dan Sifat Barang 67
4.3.2 Saiz Perniagaan dan Luas Pasaran 69
4.3.3 Sasaran Pengguna 69
4.3.4 Dasar Kerajaan 71
Rumusan 72
Kata Kunci 72

Topik 5 Pengenalan Keusahawanan 73


5.1 Definisi Usahawan dan Keusahawan 74
5.1.1 Definisi Usahawan 74
5.1.2 Definisi Keusahawanan 75
5.2 Sejarah Keusahawanan 77
5.3 Asas Keusahawanan 79
5.3.1 Pengenalan 79
5.3.2 Perspektif Keusahawanan 80
5.3.3 Mengapa Seseorang Usahawan Minat Menceburi 81
Bidang Keusahawanan?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TABLE OF CONTENTS  v

5.3.4 Pembudayaan Keusahawanan 83


5.3.5 Kepentingan Pembudayaan Keusahawanan 85
Rumusan 86
Kata Kunci 86
Ujian 1 87

Topik 6 Keusahawanan Dari Prespektif Islam 88


6.1 Pendekatan Islam Terhadap Keusahawanan 88
6.1.1 Kesepaduan 90
6.1.2 Fitrah Manusia 91
6.1.3 Dorongan 92
6.1.4 Ibadah 93
6.2 Kedudukan Perniagaan dan Usahawan 94
6.2.1 Peraturan Perniagaan Islam 95
6.2.2 Asas Sistem Ekonomi Islam 100
6.3 Sifat Peribadi Usahawan Muslim 101
6.4 Etika Usahawan Muslim 102
Rumusan 103
Kata Kunci 104

Topik 7 Tabii Usahawan Berjaya 105


7.1 Definisi Tabii 106
7.1.1 Definisi 106
7.1.2 Tabii Orang yang Sangat Efektif 107
7.2 Ciri Personaliti Usahawan Berjaya 110
7.2.1 Ciri Personaliti Usahawan 110
7.3 Kompetensi Usahawan Berjaya 112
7.4 Profil Usahawan Berjaya di Malaysia 114
7.4.1 Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary 115
7.4.2 Tan Sri DatoÊ Azman Hashim 116
Rumusan 117
Kata Kunci 117

Topik 8 Rancangan Perniagaan 118


8.1 Definisi Rancangan Perniagaan 119
8.1.1 Definisi 119
8.1.2 Kepentingan Rancangan Perniagaan 119
8.1.3 Maklumat Utama Rancangan Perniagaan 120
8.2 Sasaran Pembaca Rancangan Perniagaan 122
8.3 Panduan Penyediaan Rancangan Perniagaan 123
8.3.1 Perkara yang Perlu Diambil Kira Sebelum 124
Menyediakan Rancangan Perniagaan
8.3.2 Format Rancangan Perniagaan 124
8.3.3 Badan Utama Rancangan Perniagaan 125

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


vi  TABLE OF CONTENTS

8.3.4 Punca Rancangan Perniagaan Gagal 129


Rumusan 130
Kata Kunci 130

Topik 9 Pengenalan Kepada e-Dagang 131


9.1 Definisi e-Dagang 131
9.1.1 Definisi 132
9.1.2 Integrasi Perniagaan 134
9.1.3 Peruncitan 134
9.2 Jenis e-Dagang 135
9.2.1 B2B (Business-to-Business) 136
9.2.2 B2C (Business-to-Consumer) 136
9.2.3 C2B (Consumer-to-Business) 138
9.2.4 C2C (Consumer-to-Consumer) 138
9.3 Trend Masa Depan e-Dagang 141
9.3.1 Pembangunan Digital Word-of-Mouth 141
9.3.2 Komuniti Digital 143
Rumusan 145
Kata Kunci 145

Topik 10 Etika dan Tanggungjawab Sosial 146


10.1 Pengenalan Etika dan Tanggungjawab Sosial 146
10.1.1 Etika 147
10.1.2 Jenis-jenis Tindakan Tidak Beretika 148
10.1.3 Prinsip Etika Keusahawanan 150
10.1.4 Tanggungjawab Sosial 151
10.2 Perniagaan dan Masyarakat 153
10.2.1 Pihak Berkepentingan (Stakeholder) 154
10.2.2 Pendekatan Timur dan Barat tentang Etika 156
dan Tanggungjawab/Sosial Perniagaan
10.3 Kepenggunaan 157
10.3.1 Definisi 157
10.3.2 Hak-hak Pengguna 157
10.3.3 Peranan Persatuan Pengguna dan Kerajaan 159
Rumusan 162
Kata Kunci 163

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN KURSUS  ix

DESKRIPSI PANDUAN KURSUS


Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati daripada awal
sehingga akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan
membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah
tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan
sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda
membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu di dalam menjelaskan
komponen-komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas
pandang.

PENGENALAN
HBLS1203 Perniagaan dan Keusahawanan ialah kursus Open University
Malaysia (OUM) yang dikelolakan oleh Fakulti Pendidikan dan Bahasa. Kursus
ini bernilai 3 jam kredit dengan mengambil masa 8 hingga 15 minggu untuk
dilalui.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITUJUKAN?


Kursus ini ditawarkan kepada pelajar yang mengambil Sarjana Muda Pengajaran
dalam bidang Kemahiran Hidup dengan Kepujian.

Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya fasih dengan keperluan pembelajaran
kendiri dan mampu mengoptimakan kaedah pembelajaran dan persekitaran
yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan anda maklum
dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus tersebut
dikendalikan.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN


Berdasarkan piawaian OUM yang memerlukan pelajar memperuntukkan 40 jam
pembelajaran bagi setiap jam kredit, maka kursus ini memerlukan peruntukan
masa selama 120 jam pembelajaran bagi satu semester. Anggaran penggunaan
masa adalah seperti Jadual 1:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


x  PANDUAN KURSUS

Jadual 1: Anggaran Peruntukan Masa Bagi Kursus

Jam
Aktiviti Pembelajaran
Pembelajaran
Membaca kandungan kursus dan mengambil bahagian dalam
3
perbincangan awal
Membaca modul 60
Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial 10
Perbincangan atas talian 12
Ulang kaji 15
Menyiapkan tugasan, Ujian dan Peperiksaan 20
JUMLAH MASA PEMBELAJARAN 120

OBJEKTIF KURSUS
Setelah anda mengikuti kursus ini, anda akan dapat:
1. Memahami konsep perniagaan, sumber mencari idea perniagaan dan cara
memulakan perniagaan;
2. Mengenalpasti sumber-sumber pembiayaan perniagaan yang disediakan
oleh pihak kerajaan dan swasta;
3. Memahami konsep kewangan, kaitannya dan peranan yang boleh
dimainkan oleh pengurus kewangan;
4. Mengenalpasti elemen-elemen yang terdapat dalam promosi serta faktor-
faktor pemilihan pengiklanan yang baik;
5. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran penyediaan rancangan
perniagaan yang baik;
6. Mengenalpasti elemen yang terdapat dalam e-dagang serta trend dan masa
hadapan e-dagang; dan
7. Mengamalkan etika dan tanggungjawab sosial yang baik dalam perniagaan
dan terhadap hak-hak kepenggunaan.

SINOPSIS KURSUS
Perniagaan dan Keusahawanan merupakan matapelajaran yang berteraskan
teori. Dalam Setiap topik mengkehendaki pelajar memahami konsep-konsep dan
mengenalpasti elemen-elemen yang terdapat dalam bidang Perniagaan dan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xi

Keusahawanan. Untuk membolehkan anda mencapai tujuh objektif di atas,


kursus ini dibahagikan kepada 10 topik, seperti berikut:

Topik 1 menjelaskan konsep perniagaan, sumber mencari idea perniagaan dan


cara-cara memulakan perniagaan. Ia turut membincangkan mengenai sumber-
sumber pembiayaan perniagaan yang boleh dikenalpasti oleh golongan
usahawan.

Topik 2 membincangkan mengenai pengurusan jualan iaitu memahami aspek


merancang dan menyediakan jualan, bagaimana mengurus jualan yang meliputi
aspek kaedah jualan, melayan pelanggan, mendapatkan pesanan dan menyusun
atur barang. Strategi jualan / saluran jualan turut dikupas yang meliputi aspek
pengedar industri, wakil jualan bebas, jualan berkumpulan, telemarketing dan
pameran perdagangan.

Topik 3 didahului dengan definisi kewangan, kaitan dan peranan pengurus


kewangan. Penyata kewangan seperti penyata pendapatan, kunci kira-kira dan
penyata aliran dana turut dibincangkan di samping perancangan kewangan.
Perancangan kewangan merangkumi aspek belanjawan tunai dan belanjawan
modal yang perlu dikuasai oleh usahawan.

Topik 4 bermula dengan perbincangan mengenai promosi. Ia didahului dengan


pengenalan promosi, media pengiklanan yang merangkumi aspek media
bercetak, media elektronik dan media lain. Topik ini turut menyatakan
mengenai faktor-faktor pemilihan pengiklanan yang perlu diambil kira oleh
seseorang usahawan apabila merancang promosi produk/ perkhidmatan.

Topik 5 dibentuk untuk memenuhi pengenalan kepada keusahawanan. Topik


ini membincangkan mengenai definisi usahawan dan keusahawanan, sejarah
keusahawanan, asas keusahawanan yang merangkumi aspek perspektif
keusahawanan dan mengapa seseorang usahawan minat menceburi bidang
keusahawanan. Pembudayaan keusahawanan dan kepentingannya turut
dikupas.

Topik 6 merupakan kesinambungan topik 5 iaitu keusahawanan dari Perspektif


Islam. Pendekatan Islam terhadap keusahawanan dari aspek kesepaduan, fitrah
manusia, dorongan dan ibadah turut dibincangkan. Begitu juga dengan
kedudukan perniagaan dan usahawan dalam Peraturan Perniagaan Islam dan
Asas Sistem Ekonomi Islam. Sifat-sifat peribadi usahawan Islam dan etika
usahawan Islam turut dikenalpasti.

Topik 7 adalah kesinambungan daripada topik keenam. Fokus perbincangan


adalah tertumpu kepada Tabii Usahawan Berjaya. Topik ini menyentuh

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xii  PANDUAN KURSUS

mengenai tabii orang yang efektif, ciri-ciri personaliti usahawan berjaya. Begitu
juga dengan kompetensi usahawan berjaya dan profil usahawan berjaya di
Malaysia turut dibincangkan bagi memotivasikan usahawan untuk terus
bergerak maju ke hadapan.

Topik 8 membawa pelajar menghasilkan rancangan perniagaan berdasarkan


pengetahuan yang diperolehi dari topik satu hingga topik tujuh. Pelajar
dikehendaki mengaplikasikan kemahiran dan pengetahuan mengenai
perniagaan dan keusahawanan untuk menghasilkan satu rancangan perniagaan
yang baik.

Topik 9 adalah mengenai perdagangan elektronik dan ia bermula dengan


penjelasan definisi e-dagang, integrasi perniagaan dan peruncitan. Empat jenis e-
dagang dimasukkan dalam topik ini iaitu B2B, B2C, C2B dan C2C. Trend masa
depan e-dagang turut di bincangkan di bahagian ini.

Topik 10 membincangkan mengenai etika dan tanggungjawab sosial. Topik ini


turut membincangkan mengenai perniagaan dan masyarakat di mana terdapat
pihak berkepentingan (stake holder), pendekatan Timur dan Barat tentang etika
dan tanggung jawab sosial perniagaan. Tidak ketinggalan juga kepenggunaan
turut diteliti dari aspek definisi, hak-hak pengguna dan peranan Persatuan
Pengguna dan kerajaan.

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS


Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda ambil tahu
akan susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda
untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan.
Amnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti berikut:

Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau capai
setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap topik anda
digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan untuk
memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan seperti ini
akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan kandungan sesuatu
topik.

Semak Kendiri: Soalan-soalan diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam


sesuatu topik. Soalan-soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang
anda telah baca. Jawapan untuk soalan-soalan ini biasanya terdapat dalam
perenggan-perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan menjawab soalan-

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xiii

soalan semak kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada anda telah
memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan anda
menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan kepada soalan-
soalan yang ditanya terdapat di dalam modul itu sendiri.

Aktiviti: Aktiviti-aktiviti juga diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam


sesuatu topik dengan tujuan menggalakkan anda mengaplikasi konsep dan
prinsip yang anda telah pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti-aktiviti ini juga
memperluaskan kefahaman kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan
anda melakukan sesuatu seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat,
berbincang bersama rakan dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca
artikel jurnal dan seumpamanya.

Rumusan: Di akhir sesuatu topik, isi-isi penting topik tersebut disenaraikan.


Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula
keseluruhan topik. Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap
pernyataan yang disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Kata Kunci: Di akhir topik disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting
yang digunakan di dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap
perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Rujukan: Rujukan adalah bahagian di mana senarai buku teks, jurnal, artikel,
kandungan elektronik atau sumber-sumber yang boleh ditemui yang berkaitan
dan berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat di dalam
beberapa bahagian seperti di dalam Panduan Kursus (di bahagian Rujukan), di
akhir setiap topik atau di akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagian-
bahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan
maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xiv  PANDUAN KURSUS

PENGETAHUAN ASAS
Dalam silibus pengajian, pelajar dikehendaki mengikuti susunan tahap
pengetahuan asas yang bermula daripada tahap 1 sehingga ke tahap berikutnya.

Contoh:

PENGETAHUAN ASAS
Tiada pengetahuan asas diperlukan.

KAEDAH PENILAIAN
Sila rujuk myINSPIRE.

RUJUKAN
Wajib

Ab. Aziz Yusof. (2003), Prinsip Keusahawanan. Selangor: Prentice Hall.


Aini Hayati Mohamed. et al. (2009), Longman Teks Pra-U STPM Pengajian
Perniagaan 2. Selangor: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
Chiew Tung Moi. et al. (2011), Asas Keusahawanan. Selangor: Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.
Jamaluddin Che Sab. (2004), Bagaimana Memulakan Perniagaan. Pahang: PTS
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Syed Zamberi Ahmad. (2009), Keusahawanan, Teori, Proses dan Amalan.
Selangor: Leeds Publications.

Tambahan

Adnan Alias dan Mohamed Dahlan Ibrahim (2002), Keusahawanan Islam,


Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xv

Cheng Wei Hin. et al. (2003), Pengajian Perniagaan STPM. Johor Bahru:
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Khaairuddin Khalil. (2002), Keusahawanan Sebagai Kerjaya. Kuala Lumpur:


DBP.

Kuratko, Donald F. dan Hodgetts, Richard M.(2009), Entrepreneurship: Theory,


Process, Practice, Edisi ke 7. Ohio: Thomsom South-Western.

Mokhtar Ahmad. (2003), Globalisasi, Perkongsian Pintar dan Kerajaan. Kuala


Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Mustafa Haji Daud. (1994), Pengurusan Islam. Kuala Lumpur: Utusan


Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Muhammad Abdul Mannan, terjemah oleh Radiah Abdul Kader. 1994. Ekonomi
Islam : Teori dan Praktis. Kuala Lumpur: Tinta Image

Ridwan Sanjaya & Josua Tarigan. (2010), Pemasaran Online Secara Kreativiti.
Kuala Lumpur: Synergy Media.

Sabri Hj Hussin. (2005), Pengurusan Perniagaan. Jilid 1. Singapura: Thomson


Learning.

Wan Liz Ozman Wan Omar & Sulzari Mohamed. (2002), Memperkasakan
Usahawan. Kuala Lumpur: Utusan Publications.

Wan Mohd Nazif & Fazilah Ibrahim. (2005), Formula Menjadi Usahawan Berjaya.
Kuala Lumpur: PTS Professional.

Zafir Mohd Makhbul & Fazilah Mohamad Hasun. (2010), Asas Pemasaran.
Selangor: Leeds Publications.

Zafir Mohd Makhbul & Fazilah Mohamad Hasun. (2010), Asas Pengurusan
Perniagaan. Selangor: Leeds Publications.

Zafir Mohd Makhbul, Mohd Rizal Palili & Ahmad Khairy Ahmad Domil. (2004),
Mengurus Perniagaan. Kuala Lumpur: PTS Publications.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xxvi X COURSE ASSIGNMENT GUIDE

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Perniagaan
1
HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:


1. Menjelaskan konsep perniagaan;
2. Mengenal pasti sumber mencari idea perniagaan;
3. Menerangkan cara memulakan perniagaan; dan
4. Mengenal pasti sumber-sumber pembiayaan perniagaan.

 PENGENALAN
Dalam topik ini, kita akan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan
dengan perniagaan. Antaranya ialah pengenalan kepada perniagaan, memulakan
perniagaan dan keperluan kewangan dan kemudahan.

1.1 PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN


Perniagaan wujud apabila manusia mengkhususkan dalam pengeluaran
barangan dan perkhidmatan yang mereka berkemahiran dan cekap. Perniagaan
banyak memberi faedah kepada manusia kerana aktiviti-aktiviti perniagaan
dapat memenuhi keperluan dan kehendak manusia. Perniagaan juga menjana
keuntungan yang menggalakkan manusia berkecimpung dan mengembangkan
perniagaan serta sanggup menghadapi risiko daripada pelaburan wang dan
masa mereka. Ia seiring dengan perkembangan ekonomi negara yang boleh
mendatangkan keuntungan berlipat ganda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


2  TOPIK 1 PERNIAGAAN

1.1.1 Konsep Perniagaan


Perniagaan merupakan semua kegiatan membeli dan menjual barangan dan
perkhidmatan bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna dengan tujuan
mendapat keuntungan. Tahukah anda bahawa perniagaan meliputi empat
perkara penting? Berikut adalah perkara-perkara tersebut:

(a) Barang atau perkhidmatan


Barang dikenali sebagai produk atau keluaran fizikal seperti baju, laptop,
telefon, kereta dan lain-lain. Perkhidmatan merupakan produk bukan
fizikal yang dapat memberi kepuasan atau nilai faedah kepada pengguna
seperti perhotelan, perbankan, perhubungan dan pengangkutan.
(b) Pertukaran nilai
Pertukaran nilai merujuk kepada nilai aktiviti perniagaan dalam bentuk
wang yang diterima antara penjual dan pembeli.
(c) Keuntungan perniagaan
Keuntungan merupakan matlamat bagi setiap aktiviti perniagaan dan
merupakan ganjaran kepada peniaga daripada perniagaan yang mereka
jalankan.
(d) Kepuasan atau nilai faedah kepada pengguna
Pengguna akan membeli sesuatu barangan jika ia memberi kepuasan
maksimum atau nilai faedah kepadanya. Oleh itu, sekiranya peniaga
mahukan keuntungan, peniaga harus dapat memenuhi keperluan dan
kehendak pengguna.

Perniagaan masa kini semakin mencabar dan peniaga perlu bersaing dalam
dunia tanpa sempadan. Perniagaan kini bergantung penuh kepada kecekapan,
pengurusan, kreativiti dan inovasi seseorang peniaga. Aktiviti penyelidikan dan
pembangunan serta kemajuan teknologi amat penting untuk menghasilkan
produk yang lebih berdaya saing secara global. Jika kita lihat pada masa kini,
kebanyakan peniaga berlumba-lumba menggunakan teknologi moden seperti
teknologi robotik dan jentera terkini untuk meningkatkan kecekapan
pengeluaran dan produktiviti. Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi
(ICT) memudahkan dan meningkatkan lagi aktiviti perniagaan serta
perdagangan di dalam mahupun di luar negara. E-dagang misalnya
membolehkan peniaga di Malaysia untuk berdagang dengan orang di seluruh
dunia menerusi jaringan Internet dan rangkaian komputer yang baik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PERNIAGAAN  3

1.1.2 Mencari Idea Perniagaan


Sekiranya anda sanggup menghadapi saingan yang semakin sengit dalam dunia
perniagaan, anda harus berani membuat sesuatu yang berbeza untuk mengatasi
pesaing yang mempunyai pelanggan tetap bagi menjamin kedudukan anda.
Idea-idea baru atau idea-idea inovatif sangat perlu untuk menunjukkan kelainan
dan membantu anda menghadapi persaingan. Oleh yang demikian, terdapat
beberapa perkara di sekeliling anda yang boleh membantu anda mendapatkan
idea tersebut.

Tahukah anda bahawa terdapat pelbagai sumber untuk menjana sesuatu idea?
Antara sumber yang paling kerap digunakan ialah melalui pengguna, syarikat
sedia ada, saluran pengedaran, penyelidikan dan pembangunan dan dasar-dasar
kerajaan.
(a) Pengguna
(i) Bakal usahawan dan peniaga perlulah memberi tumpuan kepada
sasaran akhir dalam menjana idea bagi menghasilkan produk atau
perkhidmatan, iaitu pengguna. Ini boleh dilakukan secara tidak
formal iaitu menghasilkan idea-idea yang menjurus kepada keperluan
pengguna akhir.
(ii) Usahawan boleh dapatkan idea yang menjurus kepada sasaran akhir
dengan memberi peluang kepada pengguna memberikan pandangan
mereka terhadap produk atau perkhidmatan yang dikeluarkan
kepada mereka. Usahawan biasanya menjalankan kajian tinjauan
menerusi edaran borang soal-selidik bagi mendapatkan maklumat
tentang sikap pengguna terhadap barangan atau perkhidmatan yang
disediakan.
(iii) Idea atau keperluan yang akan dihasilkan nanti dapat mewakili
sejumlah besar pasaran usaha teroka baru yang dapat bertahan lama.
(b) Syarikat Sedia Ada
(i) Bakal usahawan hendaklah membentuk kaedah formal untuk
mengawasi dan menilai produk atau perkhidmatan yang kompetitif
di pasaran. Kebiasaannya, analisis ini akan mendedahkan cara
memperbaiki penawaran di pasaran, seterusnya menghasilkan
produk yang mempunyai daya tarikan di pasaran.
(ii) Contohnya, pada masa kini syarikat telekomunikasi berlumba-lumba
mengeluarkan pelbagai produk yang canggih dan terkini seperti
telefon android, ipad, iphone dan android tablet.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


4  TOPIK 1 PERNIAGAAN

(c) Saluran Pengedaran


Ahli-ahli saluran pengedaran merupakan sumber terbaik untuk
mendapatkan idea baru kerana mereka ini peka dengan keperluan pasaran.
Golongan ini bukan sahaja boleh berikan cadangan produk baru, malahan
mereka boleh turut membantu memasarkan produk baru berkenaan.
(d) Penyelidikan dan Pembangunan
(i) Penyelidikan dan pembangunan merupakan sumber idea baru yang
terbesar. Penyelidikan boleh dilakukan secara formal mahupun tidak
formal. SIRIM, MIMOS, dan PORLA merupakan contoh agensi-
agensi penyelidikan formal.
(ii) Sebaliknya, penyelidikan yang dijalankan secara sendirian di rumah
adalah contoh penyelidikan secara tidak formal. Penyelidikan dan
pembangunan makanan dingin beku dari aspek perubahan rasa,
ketahanan dan rupa boleh dilakukan oleh bakal usahawan di
rumahnya sendiri.
(e) Dasar-dasar Kerajaan
(i) Dasar kerajaan meliputi aspek peraturan dan undang-undang yang
dilaksanakan oleh kerajaan. Ia boleh menjadi sumber idea perniagaan
yang baik. Contohnya, satu idea produk boleh dihasilkan akibat
penguatkuasaan peraturan kerajaan seperti Akta Kesihatan dan
Keselamatan di tempat kerja.
(ii) Peniaga yang berani merebut peluang keemasan ini sudah pasti akan
terfikir produk yang memenuhi keperluan di atas seperti peti
pertolongan cemas yang mengandungi ubatan asas bagi kemalangan
ringan boleh dikeluarkan. Begitu juga bila kerajaan menguatkuasakan
penggunaan tali pinggang keledar bagi penumpang di belakang,
maka di situlah wujudnya peluang untuk merealisasikan idea
perniagaan.
(iii) Dasar kerajaan seperti menjadikan Malaysia sebagai lebuh raya laluan
maklumat dalam projek MSC juga banyak memberi peluang idea
perniagaan yang berkaitan dengan teknologi maklumat. Begitu juga
dengan pembukaan Wilayah Pembangunan Iskandar menjadi
pemandu arah pembangunan zon ekonomi di Selatan Negeri Johor. Ia
mempunyai segala elemen yang diperlukan untuk membangun
sebagai sebuah metropolis yang dinamik dan bertaraf dunia. Secara
tidak langsung, ia telah membuka seluas-luasnya idea dan peluang
kepada peniaga dan usahawan untuk bersaing di persada
antarabangsa.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PERNIAGAAN  5

Seseorang usahawan juga boleh menggunakan kumpulan fokus, sumbangsaran,


dan analisis inventori masalah bagi membantu menjana dan menguji sesuatu
idea perniagaan baru. Marilah kita lihat kaedah ini secara lebih jelas lagi.
(a) Kumpulan Fokus
(i) Kumpulan fokus merupakan sekumpulan individu yang memberi
maklumat secara formal dan berstruktur. Kaedah ini menggunakan
individu dan pelbagai latar belakang sosioekonomi. Terdapat orang
tengah yang akan mengetuai perbincangan secara terbuka dan
terperinci bagi mengenal pasti produk baru.
(ii) Orang tengah ini akan fokuskan perbincangan ini secara terarah atau
tidak terarah. Kumpulan ini terdiri daripada 8 hingga 14 orang
peserta yang akan dirangsangkan dengan komen-komen daripada
kumpulan lain secara kreatif. Tujuannya adalah untuk menghasilkan
idea produk baru yang memenuhi keperluan pasaran.
(iii) Kaedah ini merupakan kaedah yang baik untuk menyaring idea-idea
dan konsep-konsep baru.
(b) Sumbangsaran
(i) Sumbangsaran ialah satu kaedah mendapatkan idea dan penyelesaian
baru dalam kumpulan. Kebanyakan idea yang dihasilkan tidak
mempunyai asas untuk pembangunan seterusnya. Namun, kerapkali
kebanyakan idea baru dapat dihasilkan terutamanya, apabila usaha
difokuskan ke atas produk atau pasaran yang khusus.
(ii) Apabila usahawan menggunakan kaedah ini, terdapat empat
peraturan yang perlu diikuti iaitu:
 Tiada seorang pun dibenarkan mengkritik secara negatif dalam
kumpulan.
 Idea perlu dilontarkan secara bebas.
 Kuantiti idea dipentingkan.
 Kombinasi dan penambahbaikan idea digalakkan.
(c) Analisis Inventori Masalah
(i) Analisis inventori masalah merupakan satu kaedah mendapatkan idea
dan penyelesaian baru berfokuskan masalah. Biasanya, pelanggan
diberikan senarai masalah umum bagi kategori produk tertentu.
Mereka diminta mengenal pasti dan membincangkan produk dalam
kategori yang mempunyai masalah tertentu.
(ii) Kaedah ini lebih berkesan kerana ia lebih mudah untuk mengaitkan
produk yang telah dikenal pasti dengan masalah yang dicadangkan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


6  TOPIK 1 PERNIAGAAN

Seterusnya, memperolehi idea produk yang baru. Analisis inventori


masalah ini juga boleh digunakan untuk menguji idea produk baru.
(iii) Hasil keputusan analisis inventori produk ini hendaklah dinilai
dengan berhati-hati kerana tidak semua hasil keputusan ini
menggambarkan peluang perniagaan baru.
(iv) Contoh pendekatan ini dalam industri kosmetik ditunjukkan di dalam
Jadual 1 berikut:

Jadual 1: Analisis Inventori Masalah Dalam Industri Kosmetik

Psikologikal/
Psikologikal Deria Aktiviti Beli-guna
Sosial
(a) Cantik (a) Bau (a) Santai (a) Kos (a) Imej diri
- wangi - wangi - mahal
(b) Bekerja
- tiada bau - tiada bau - murah (b) Pakai sendiri
- bau kuat - bau kuat (c) Majlis keraian
(b) Stok
(b) Keselesaan (b) Rupa (d) Majlis rasmi - di luar musim
- kulit - warna - jualan
(e) Rehat
- badan - bentuk langsung
- menarik (f) Tidur - mudah
(c) Kesihatan didapati
- berasid (c) Tekstur
- rosak kulit - keras (c) Kerosakan
- bau kuat - kering - senang rosak
- berminyak - hilang bentuk
- melekit - cepat berbau
- kasar - senang patah
- halus
(d) Penggunaan

Secara umum, peniaga perlu mencari idea yang inovatif supaya boleh
memberikan peluang dan kelebihan sewaktu menghadapi persaingan sengit
dalam dunia perniagaan. Tidak perlu fikir untuk memulakan perniagaan yang
besar kerana ianya memerlukan modal yang banyak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PERNIAGAAN  7

AKTIVITI 1.1
Bentuk beberapa kumpulan di mana setiap kumpulan mempunyai 3
hingga 4 orang.
Setiap kumpulan layari Internet dan dapatkan maklumat mengenai
Wilayah Pembangunan Iskandar.
Setelah membaca bahan maklumat tersebut, lakukan sumbangsaran
dalam kumpulan untuk menjana sekurang-kurangnya 6 idea perniagaan
yang dapat diwujudkan daripada Wilayah Pembangunan Iskandar,
Negeri Johor mengikut ÂFlagship ZonÊ.

1.2 MEMULAKAN PERNIAGAAN


Kejayaan dalam sesebuah perniagaan kecil tidak boleh dicapai tanpa
perancangan yang teliti dan pengetahuan asas tentang menguruskan perniagaan.
Usahawan harus cuba memperoleh sebanyak maklumat yang boleh tentang
perniagaan tersebut termasuk selok-belok operasi perniagaan, pasaran serta
pesaing-pesaingnya. Perancangan yang teliti amat perlu bagi mengelak
kegagalan dalam perniagaan. Perkara-perkara yang patut diketahui oleh seorang
usahawan sebelum memulakan sesuatu perniagaan merupakan perkara yang
akan disentuh dalam bahagian ini.

1.2.1 Langkah-langkah Memulakan Perniagaan


Mari kita lihat langkah-langkah dalam memulakan sesebuah perniagaan.
(a) Modal
Usahawan harus memastikan mempunyai modal yang mencukupi untuk
memulakan perniagaan. Beliau harus menyediakan anggaran modal
termasuk pecahan-pecahan kos terlibat, dari mana sumber modal boleh
diperolehi untuk membeli stok dan kelengkapan perniagaan. Jumlah modal
yang diperlukan adalah berdasarkan jenis, saiz dan lokasi perniagaan.
Semasa membuat anggaran, usahawan boleh merujuk kepada rekod dan
data perniagaan sedia ada, buku-buku rekod jualan dan belian, maklumat
daripada majalah atau bahan-bahan yang dikeluarkan oleh Kerajaan atau
Agensi serta membuat pemerhatian dan temu bual.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


8  TOPIK 1 PERNIAGAAN

(b) Memilih lokasi


Pemilihan lokasi penting dalam menjanjikan kejayaan sesuatu perniagaan.
Lokasi perniagaan yang sesuai dan strategik akan menentukan kejayaan
perniagaan tersebut. Lokasi yang strategik bermaksud tempat yang mudah
dikunjungi oleh pelanggan, menjadi tempat tumpuan orang ramai,
berhampiran dengan pembekal, serta mempunyai kemudahan asas yang
lengkap seperti telefon, elektrik, air dan jalan raya. Usahawan perlu
mengambil kira faktor-faktor lain seperti kos menyewa premis yang
berpatutan berdasarkan saiz modal yang dilaburkan, kadar upah tempatan,
persaingan sedia ada, kuasa beli penduduk di kawasan tersebut dan
peraturan kerajaan tempatan.
(c) Memastikan sumber bahan mentah
Sumber bekalan meliputi bahan mentah yang diperlukan dalam proses
pengeluaran sesuatu produk atau stok barang yang dibeli untuk dijual
semula. Bagi menjamin operasi perniagaan yang licin, usahawan perlu
memastikan bekalan yang berterusan dan mudah diperoleh. Beliau perlu
mengetahui tempat-tempat untuk mendapat bekalan barang-barang
dengan seberapa murah dan mudah serta mengetahui pembekal yang
dapat menawarkan diskaun dan kredit yang lebih baik.
(d) Merancang strategi
Usahawan juga mesti memikirkan dan merancang strategi tentang
persaingan yang akan dihadapinya. Kajian perlu dibuat untuk mengenal
pasti bilangan pesaing-pesaing, saiz perniagaan mereka, kekuatan dan
kelemahan mereka dan sambutan para pelanggan terhadap perniagaan
mereka. Membuka perniagaan di tempat yang banyak mempunyai
persaingan tentu tidak akan dapat menarik ramai pelanggan pada
mulanya. Walaupun begitu, jika usahawan dapat memberi layanan yang
lebih baik, pelbagai pilihan barang, harga yang berpatutan dan
perkhidmatan selepas jualan yang memuaskan banyak pelanggan akan
tertarik untuk ke kedainya. Demi memenangi persaingan, usahawan perlu
mengadakan rancangan dan ikhtiar yang rapi dan bernas untuk menarik
pelanggan ke kedainya.
(e) Mendaftar perniagaan
Terdapat empat perkara yang perlu dilakukan oleh usahawan;
(i) Pertama
Pemilihan nama perniagaan. Usahawan boleh memilih untuk
menggunakan namanya sendiri sebagai nama perniagaan. Namun,
sekiranya mereka ingin menggunakan nama perniagaan yang lain,
mereka mestilah memohon untuk mendapatkan kelulusan atau
kebenaran daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PERNIAGAAN  9

(ii) Pertama
Pemilihan nama perniagaan. Usahawan boleh memilih untuk
menggunakan namanya sendiri sebagai nama perniagaan. Namun,
sekiranya mereka ingin menggunakan nama perniagaan yang lain,
mereka mestilah memohon untuk mendapatkan kelulusan atau
kebenaran daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
(iii) Kedua
Usahawan perlu memilih bentuk perniagaan. Bentuk perniagaan yang
dipilih hendaklah bersesuaian dengan kebolehan, pengetahuan dan
pengalaman mereka. Perniagaan yang kecil mudah ditubuhkan serta
diurus, manakala perniagaan besar-besaran memerlukan modal yang
besar dan tidak mudah dikendalikan.
(iv) Ketiga
Usahawan hendaklah mendaftarkan perniagaan tersebut. Semua
perniagaan mesti didaftarkan dengan pihak-pihak tertentu kecuali
penjaja bergerai yang hanya perlu mendapatkan lesen menjaja
daripada pihak berkuasa. Pendaftaran perniagaan in adalah
bergantung kepada jenis perniagaan yang dijalankan serta saiz
perniagaan itu.
(v) Keempat
Usahawan perlu mengetahui undang-undang dan peraturan
berkaitan dengan perniagaan yang dijalankan. Antara lain, usahawan
seharusnya mengetahui undang-undang, peraturan-peraturan serta
akta-akta yang mengawal perjalanan perniagaan dalam negara agar
tidak melanggar undang-undang, peraturan atau akta yang boleh
menghalang perjalanan perniagaan. Pihak berkuasa tempatan seperti
Majlis Tempatan, Majlis Bandaran atau Dewan Bandar Raya telah
menetapkan jenis-jenis perniagaan yang boleh dijalankan di kawasan-
kawasan tertentu serta jenis lesen yang diperlukan. Usahawan
mestilah mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa
tempatan.
(f) Menyediakan rancangan perniagaan
Usahawan digalakkan membuat rancangan perniagaan sebelum
memulakan perniagaan supaya ia dapat menjadi garis panduan dalam
menguruskan perniagaan. Dengan itu, sumber-sumber yang terhad dapat
diagihkan dengan lebih baik dan boleh menilai atau mengkaji sama ada
perniagaan yang akan ditubuhkan berdaya maju dan praktikal. Ia juga
dapat meyakinkan pelabur terhadap idea perniagaan dan sebagai asas bagi
cadangan pembiayaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


10  TOPIK 1 PERNIAGAAN

1.2.2 Cara Menjalankan Perniagaan


Apabila menjalankan perniagaan, pengendalian atau pengurusan perniagaan
yang cekap dan berkesan amat penting bagi menjayakan perniagaan yang
diceburi, memperoleh bahagian pasaran dan seterusnya menikmati keuntungan.
Berikut adalah perkara-perkara yang harus diberikan perhatian dalam
menjalankan perniagaan.
(a) Pengurusan stok
Stok memainkan peranan besar dalam sesuatu perniagaan sebagai aset
terpenting yang menjadi nadi dan nyawa kepada kesinambungan operasi.
Stok bermaksud barang-barang atau bahan-bahan yang disimpan oleh
sesebuah organisasi. Ia adalah bekalan pelbagai item yang disimpan bagi
kegunaan pada masa akan datang dan sudah tentu dijual semula. Bagi
perniagaan yang berbentuk pembuatan atau pengeluaran barangan,
barangan yang dihasilkan untuk dijual dinamakan stok. Manakala,
perniagaan yang bersifat perdagangan, barangan yang dibeli untuk dijual
semula itulah yang dikatakan stok.
Pegangan stok membolehkan organisasi itu mengendalikan perubahan dan
ketidaktentuan dalam bekalan dan permintaan. Usahawan yang bijak,
mampu untuk mendapatkan bekalan stok yang paling baik dari segi harga,
kualiti, syarat kredit dan perkhidmatan. Selain itu, penyemakan stok perlu
dilakukan dari semasa ke semasa untuk mengelakkan kecurian dan
kehilangan serta memastikan bekalannya sentiasa cukup apabila
diperlukan. Maklumat tentang stok juga perlu direkodkan dengan tepat
dalam buku rekod atau komputer. Kesemua stok perlu disimpan di dalam
gudang yang selamat dengan jumlah yang optimum iaitu tidak berlebihan
atau berkurangan. Peragaan stok juga amat penting, di mana stok tersebut
harus disusun dengan rapi di atas para bertingkat atau almari supaya
mudah dicari dan diambil.
(b) Pengurusan masa
Pengurusan masa yang baik ialah apabila usahawan dapat mendisiplinkan
diri dalam melaksanakan aktiviti perniagaan. Disiplin yang dimaksudkan
adalah mesti melakukan perancangan menurut keutamaan agar semua
urusan dapat diselenggarakan dalam masa tertentu. Buku perancangan dan
diari boleh membantu dalam pengurusan masa supaya setiap saat
digunakan dengan produktif.
(c) Pengurusan risiko
Pengurusan risiko melibatkan pengenalpastian, analisis dan pengawalan
risiko yang mengancam aset atau keupayaan perolehan sesebuah
perniagaan. Ia merupakan aspek penting dalam perancangan kewangan
yang boleh memberi keselesaan dan kelegaan sekiranya berlaku perkara

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PERNIAGAAN  11

yang tidak diingini dalam perniagaan, yang sebelum itu telah


diinsuranskan.
Terdapat tiga jenis risiko dalam perniagaan;
(i) Risiko yang pertama adalah risiko yang boleh diinsuranskan.
(ii) Manakala risiko kedua adalah risiko yang tidak boleh diinsuranskan
dan tidak dapat dikawal seperti risiko akibat peperangan dan bencana
alam.
(iii) Risiko terakhir pula adalah risiko yang tidak boleh diinsuranskan dan
boleh kawal; contohnya, kerugian berpunca daripada spekulasi
pelaburan saham, kelemahan pengurusan, hutang lapuk dan
persaingan pasaran.
(d) Pemasaran
Pemasaran adalah satu proses yang menyatukan kemampuan sesebuah
perniagaan dengan permintaan pelanggan atau pengguna. Ia
mementingkan proses perhubungan dengan pelanggan dan mempunyai
kesan terhadap setiap aspek organisasi dari penyelidikan perkhidmatan
atau produk sehinggalah kepada perkhidmatan sokongan selepas jualan.
Proses ini memerlukan analisis terperinci tentang sifat sesebuah perniagaan
dan persekitaran atau pasarannya dalam perspektif yang lebih luas. Ia
penting bagi merancang, mereka bentuk dan menyediakan perkhidmatan
yang optima dan peraturan serta prosedur yang sesuai bagi menyesuaikan
diri kepada pasaran yang lebih luas.
(e) Pengurusan kewangan
Pengurusan kewangan yang baik dalam perniagaan membolehkan
perancangan dibuat dengan lebih sempurna untuk pembesaran dan
pelbagai operasi, dan untuk apa jua aktiviti di masa hadapan, bagi
memanfaatkan kemajuan-kemajuan dalam teknologi dan pasaran. Dalam
pengurusan kewangan, bukan sahaja perbelanjaan wajib akan dapat
dirancang, tetapi akan ada pula lebihan-lebihan daripada pendapatan yang
boleh ditabung dan dijadikan pelaburan. Perancangan kewangan yang
berdisiplin, dan pengurusan kewangan secara beramanah, akan
membolehkan perniagaan memberi perkhidmatan sebaik mungkin dan
mengelak daripada berlaku kejadian-kejadian seperti pecah amanah, lebih
belanja dan pembaziran. Pengurusan kewangan melibatkan menyimpan
rekod perakaunan dengan baik, menganalisis prestasi perniagaan
berdasarkan rekod yang disimpan dan mengambil tindakan susulan untuk
mengatasi kelemahan dan meningkatkan kedudukan perniagaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


12  TOPIK 1 PERNIAGAAN

(f) Pengurusan sumber manusia


Usaha untuk membangunkan perniagaan yang berjaya bukan satu perkara
yang mudah. Ini adalah kerana ia melibatkan perubahan minda, emosi dan
juga sikap. Oleh itu, sebagai pemilik yang mengurus, usahawan pasti akan
berhadapan dengan pelbagai masalah di antaranya yang paling sukar
untuk ditangani adalah apabila berhadapan dengan pelbagai kerenah yang
berpunca daripada gelagat pekerja. Bagi menggerakkan usaha ini,
usahawan itu perlu menjadi seorang pemimpin yang berwibawa, dihormati
dan menunjukkan jalan dan contoh yang cemerlang. Beliau perlu berusaha
untuk meningkatkan kecekapan pekerja dengan memberi latihan dan
motivasi yang sesuai bagi meningkatkan produktiviti pekerja. Kebajikan
pekerja juga mesti dijaga untuk memupuk semangat dedikasi dan
semangat bekerja di kalangan mereka. Kebajikan ini termasuklah gaji,
bonus, perubatan percuma dan lain-lain. Selain daripada itu, suasana
bekerja yang harmonis dan selesa perlu diwujudkan dengan membina
hubungan yang baik antara majikan dan pekerja. Usahawan juga perlu
mematuhi undang-un dang kerajaan yang berkaitan dengan hak pekerja.
(g) Perkhidmatan pelanggan
Pelanggan adalah „raja‰ kepada perniagaan. Pelanggan yang ramai akan
meningkatkan jualan dan menambah keuntungan perniagaan. Dengan itu,
keupayaan usahawan untuk menarik pelanggan akan menentukan
kejayaan perniagaan. Usahawan perlu memahami sifat-sifat pelanggan,
mengenal pasti pelanggan tetap, pelanggan sekali sekala atau pelanggan
baru, dan melayan pelanggan dengan muka yang manis, memberi layanan
yang mesra, menyediakan perkhidmatan lepas jualan, bersopan santun dan
bersikap adil kepada mereka.
(h) Pengurusan maklumat
Pengurusan maklumat dengan menggunakan komputer membolehkan
usahawan merekod dan menyimpan pelbagai maklumat perniagaan.
Komputer dapat membantu usahawan untuk merekod dan menyimpan
maklumat berkenaan stok, pelanggan atau pembekal, dan kewangan.
Jaringan Internet pula merupakan kemudahan yang membolehkan
usahawan mendapatkan dan menyalurkan maklumat dengan pantas serta
menggunakan peluang perniagaan yang terdapat dalam Internet seperti
membina laman sesawang sendiri.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PERNIAGAAN  13

1.3 KEPERLUAN KEWANGAN DAN


KEMUDAHAN
Seterusnya, kita akan lihat pada keperluan kewangan dan kemudahan yang
boleh didapati oleh peniaga.

1.3.1 Pengenalan
Banyak kajian dan penulisan telah mengenal pasti faktor kegagalan sesebuah
perniagaan ialah kegagalan usahawan menyediakan modal yang mencukupi.
Minat yang tinggi, kelulusan yang baik, pengetahuan dan pengalaman luas
sahaja tidak menjamin seseorang usahawan itu dapat menubuhkan perniagaan
jika tidak dibekalkan dengan modal yang mencukupi. Tahukah anda bahawa
pemilihan sumber modal yang sesuai dengan perniagaan adalah sama penting
dengan memilih jenis pemilikan perniagaan atau lokasinya? Pemilihan ini akan
mempengaruhi sesebuah perniagaan untuk jangka masa panjang. Oleh itu,
seseorang usahawan hendaklah memberikan pertimbangan yang sewajarnya
terhadap pemilihan sumber kewangan yang sesuai dengan perniagaannya.

Pertama sekali, para usahawan perlu mengenal pasti tiga jenis modal asas yang
diperlukan oleh sesebuah perniagaan iaitu:
(a) Modal tetap
Modal yang diperlukan untuk membeli aset tetap perniagaan. Aset ini
digunakan dalam proses pengeluaran produk atau perkhidmatan dan
bukan untuk dijual. Modal ini akan beku di situ dan tidak boleh digunakan
untuk tujuan lain.
(b) Modal kerja
Modal ini mewakili dana semasa perniagaan yang menyokong operasi
biasa perniagaan dalam jangka masa pendek. Modal ini digunakan untuk
membeli inventori, membayar bil dan gaji dan membiayai perkara
kecemasan di luar jangkaan.
(c) Modal pertumbuhan
Modal pertumbuhan diperlukan apabila perniagaan berkembang atau
perniagaan ingin menukar arah tujuan asal perniagaannya.

1.3.2 Pembiayaan dan Sumber Modal


Dalam tajuk ini, kita akan bincangkan tentang alternatif yang boleh
dipertimbangkan oleh usahawan bagi memperoleh sumber modal.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


14  TOPIK 1 PERNIAGAAN

(a) Pembiayaan Modal Ekuiti


(i) Ia mewakili pelaburan peribadi pemilik perniagaan. Kadangkala,
modal ekuiti dikenali sebagai modal berisiko kerana pelabur
menanggung risiko kehilangan wang mereka sekiranya perniagaan
itu gagal. Sebaliknya, jika usaha teroka berjaya, mereka akan
berkongsi keuntungan.
(ii) Kebaikan modal ekuiti ialah modal tidak perlu dibayar semula
sebagaimana pinjaman. Pelabur diberi jaminan haknya untuk
bersuara dalam operasi perniagaan dan peratusan pendapatan yang
diperoleh daripada operasi perniagaan.
(iii) Bentuk modal yang disumbangkan adalah dalam bentuk tunai atau
aset tetap. Pembiayaan ini tidak perlukan sandaran.

(b) Pembiayaan Modal Hutang


(i) Pembiayaan modal hutang ialah kaedah pembiayaan melibatkan
pinjaman dan pembayaran balik pinjaman tersebut bersama-sama
dengan faedah. Ia boleh dilakukan melalui hutang daripada pihak
ketiga iaitu orang perseorangan, rakan atau ahli keluarga.
(ii) Sumbangan modal dalam bentuk tunai atau aset tetap daripada rakan
kongsi yang berminat untuk melabur dalam perniagaan yang bakal
dijalankan.
(iii) Pinjaman jangka panjang atau jangka pendek daripada institusi
kewangan atau bank. Terdapat banyak institusi kewangan atau bank
yang menawarkan pinjaman jangka panjang dengan kadar faedah
yang menarik. Jangka waktu pinjaman melebihi lima tahun dan
biasanya berasaskan sebahagiannya kepada hayat aset yang dibiayai.
Pembayaran balik pada lazimnya dibuat secara ansuran bulanan atau
suku tahunan. Pinjaman jangka pendek pula adalah kemudahan
overdraf yang membenarkan pemegang akaun mengeluarkan
sejumlah wang melebihi daripada baki akaun yang tinggal. Walau
bagaimanapun, kadar faedah yang dikenakan adalah lebih tinggi
kerana berasaskan kadar harian. Usahawan boleh memilih untuk
menggunakan pinjaman berdasarkan pembiayaan konvensional atau
lunas-lunas Islam.
(c) Pembekal dan Peminjam Berasaskan Aset Sebagai Sumber Pembiayaan
(i) Melalui sewa beli kelengkapan dan pengangkutan, mesin, jentera dan
peralatan lain. Kelengkapan yang beli dengan sistem sewa beli boleh
digunakan sebaik sahaja wang pendahuluan dijelaskan dengan
menandatangani satu perjanjian untuk membayar bakinya secara
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 1 PERNIAGAAN  15

ansuran. Walau bagaimanapun, hak milik barang hanya berpindah


setelah semua ansuran dijelaskan. Sekiranya gagal menjelaskan
ansuran, barang itu akan ditarik balik.
(ii) Membuat pajakan bangunan atau ruang niaga, mesin jentera dengan
pemberi pajak. Pajakan adalah satu perjanjian yang dilakukan antara
pemajak dengan pemberi pajak. Ia adalah suatu cara untuk membeli
peralatan tanpa perlu membuat bayaran penuh dahulu. Pemberi pajak
akan membenarkan pemajak menggunakan aset miliknya bagi satu
jangka masa tertentu dengan kadar sewa pajakan tertentu mengikut
perjanjian yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Pemajakan ialah
cara yang paling lazim digunakan untuk memperolehi kenderaan dan
jentera.
(iii) Pihak pembekal menawarkan kemudahan kredit jangka pendek
kepada peniaga. Pembekal akan mengeluarkan invois yang
menyatakan tempoh kredit yang diberikan. Jika hutang dibayar atau
diselesaikan dalam tempoh yang diberikan, diskaun akan diberikan.

1.3.3 Kemudahan dan Bantuan dari Kerajaan


Kerajaan memainkan peranan penting dalam aktiviti perdagangan di negara ini.
Walaupun negara ini mengamalkan sistem pasaran terbuka, peniaga perlu
mematuhi dasar dan undang-undang yang ditetapkan. Peniaga harus merebut
peluang yang ada hasil daripada usaha kerajaan bagi memajukan perniagaan
masing-masing. Secara amnya, dasar dirancang berlandaskan matlamat
Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju
menjelang tahun 2020.

Matlamat ini boleh dicapai sekiranya kegiatan ekonomi di negara ini


berkembang dengan pesat. Bagi memenuhi matlamat dan wawasan negara,
kerajaan memainkan peranan penting dalam perniagaan. Peranan tersebut
adalah seperti berikut:

(a) Pembiayaan
Jadual 1.1 menunjukkan agensi-agensi kerajaan yang menyediakan
perkhidmatan kewangan dalam bentuk pembiayaan, nasihat dan
sebagainya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


16  TOPIK 1 PERNIAGAAN

Jadual 1.1: Agensi-agensi kerajaan yang terlibat dengan pembiayaaan.

Agensi Peranan
Kementerian Pembangunan Memberi bantuan teknikal, nasihat, kewangan dan
Usahawan (KPUn) insentif tertentu
Majlis Amanah Rakyat (MARA) Memberikan bantuan kredit dan subsidi kepada
usahawan, terutamanya, usahawan Bumiputera
Perbadanan Usahawan Nasional Memberi bantuan kewangan untuk membeli saham
Berhad (PUNB) biasa, saham keutamaan, bon boleh tukar dan
pembiayaan ekuiti.
Perbadanan Pembangunan Industri Kemudahan-kemudahan di bawah Tabung Bantuan
Kecil dan Sederhana (SMIDEC) Teknikal Perindustrian
Malaysian Industrial Development Memberi pinjaman jangka panjang dan jangka
Fund (MIDF) pendek kepada sektor perdagangan dan
perindustrian
Bank-bank dan institusi kewangan Memberi pinjaman dan pendahuluan jangka
seperti Bank Pertanian, Bank panjang dan jangka pendek kepada usahawan
Pembangunan Malaysia, Maybank,
CIMB Bank

(b) Khidmat Promosi dan Pemasaran


Jadual 1.2 pula menunjukkan khidmat promosi dan pasaran yang
disediakan agensi-agensi berikut.
Jadual 1.2: Agensi-agensi kerajaan yang terlibat dengan pembiayaaan.

Agensi Peranan

Lembaga Pemasaran Membantu kegiatan membeli, memproses dan memasarkan hasil


Pertanian Persekutuan pertanian di samping mengadakan kempen penggunaan hasil
(FAMA) keluaran tempatan

Perbadanan Merangka dan laksanakan strategi pemasaran dan aktiviti


Pembangunan promosi untuk galakan eksport Malaysia, membuat
Perniagaan penyelidikan pemasaran, dan memberikan khidmat nasihat
Antarabangsa berkaitan aktiviti perdagangan antarabangsa
(MATRADE)

Pusat Perdagangan Membantu memasarkan hasil keluaran di dalam dan di luar


Eksport Malaysia negara
(MEXPO) Mengadakan ekspo dan pertunjukan untuk memperkenalkan
hasil keluaran

Karyaneka Memasarkan hasil kraf tangan di dalam dan di luar negara

Besta Distributor Membantu memasarkan produk hasil keluaran industri yang


berasaskan makanan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PERNIAGAAN  17

(c) Khidmat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)


Seterusnya, khidmat penyelidikan dan pembangunan (R&D) juga
disediakan kerajaan. Agensi-agensi yang terlibat boleh dilihat dalam
Jadual 1.3.

Jadual 1.3: Agensi-agensi bagi khidmat penyelidikan dan pembangunan (R&D)

Agensi Peranan
MARDI Penyelidikan dan pembangunan untuk IKS berasaskan
makanan dan herba
Institut Penyelidikan Penyelidikan dan pembangunan dalam industri
Perhutanan Malaysia berasaskan perkayuan seperti perabot dan herba
(FRIM)
Lembaga Minyak Sawit Industri berasaskan produk kelapa sawit
Malaysia (MPOB)
SIRIM Penyelidikan dan pembangunan dalam bidang sains dan
teknologi untuk industri kejuruteraan ringan
Lembaga Getah Malaysia Membangun dan memodenkan industri getah, memberi
(MRB) khidmat nasihat dan membuat kajian tentang
pembangunan produk getah

(d) Khidmat Latihan dan Pengurusan


Kerajaan juga menyediakan khidmat latihan dan pengurusan. Sila lihat
Jadual 10.4.

Jadual 1.4: Agensi-agensi bagi khidmat pengurusan

Agensi Peranan
MARA Memberi latihan keusahawanan seperti kursus
kesedaran keusahawanan, kursus pembangunan
usahawan dan kursus peningkatan keusahawanan
Perbadanan Produktiviti Memberi latihan dalam peningkatan kualiti dan
Pengeluaran Negara (NPC) produktiviti seperti kursus untuk industri
kejuruteraan, jualan dan pemasaran, pengurusan hotel
dan pelancongan, pengurusan kewangan dan kawalan
mutu
Perbadanan Pembangunan Memberi latihan dan khidmat rundingan seperti
Industri Kecil dan kursus pembangunan usahawan, kursus peningkatan
Sederhana (SMIDEC) pengurusan perniagaan dan perakaunan berkomputer

(e) Khidmat Infrastruktur dan Ruang Niaga


Bagi khidmat struktur dan ruang niaga, Jadual 1.5 menunjukkan agensi-
agensi yang menyediakan perkhidmatan tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


18  TOPIK 1 PERNIAGAAN

Jadual 1.5: Perkhidmatan untuk Infrastruktur dan ruang niaga.

Agensi Peranan
Penyediaan rumah kedai, bazar, arked, kompleks
MARA
pejabat dan membeli belah
Membangunkan bandar baru serta membina
bangunan pejabat, kompleks perniagaan,
UDA Holdings Berhad (UHB) bangunan kilang, rumah kedai dan rumah
kediaman untuk dijual dan disewa kepada
peniaga, pengusaha dan orang perseorangan
Penyediaan tapak kilang bimbingan terutama
Bank Pembangunan Malaysia
kepada usahawan yang membuat pinjaman
(BPIMB)
melalui BPIMB
Menyediakan kemudahan multimedia dan
telekomunikasi bertaraf dunia, membina bandar
Perbadanan Pembangunan
baru dan taman teknologi, kompleks perniagaan
Multimedia (MDC)
dan kemudahan penyelidikan dan mewujudkan
pusat inkubator bidang multimedia
Penyediaan tapak dan bangunan kilang untuk
Malaysian Industrial Extension
industri kecil dan sederhana (IKS) di kawasan
Berhad (MIEL)
perusahaan IKS
Menyediakan tapak perindustrian, membina
Perbadanan Kemajuan Ekonomi
bandar baru, membangunkan pusat perdagangan
Negeri (PKEN)
dan perniagaan.
Penyediaan ruang pameran, dewan persidangan,
pusat teknologi maklumat dan multimedia, pusat
Taman Teknologi Malaysia
pembelajaran bestari dan auditorium. Ia juga
( TPM)
mengendalikan penyelidikan dan gedung inovasi,
pusat inkubator dan pusat perdagangan.

AKTIVITI 1.2
Berikan satu contoh seorang usahawan yang telah berjaya. Huraikan
bagaimana agensi yang terlibat telah menyumbang kepada kejayaannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PERNIAGAAN  19

 Perubahan dan kemajuan dalam pembangunan ekonomi negara


kebelakangan ini telah melahirkan banyak peluang perniagaan.
 Orang ramai mula menyedari bahawa keusahawanan adalah sumber rezeki
yang lebih meyakinkan. Walau bagaimanapun, seseorang harus bersedia dari
segi kemahiran untuk mengharungi cabaran dan dugaan dunia perniagaan.
 Usahawan perlu berusaha mendapatkan maklumat yang perlu mengenai
perniagaan yang menjadi pilihan mereka.
 Pemilihan bidang perniagaan tidak boleh dilakukan secara ikut-ikutan sahaja,
iaitu mengikuti orang lain yang berjaya tanpa mengetahui selok-belok bidang
tersebut.
 Kejayaan orang lain dalam bidang perniagaan bukanlah sebagai jaminan
yang kita juga akan berjaya dalam bidang yang sama.

Dasar-dasar kerajaan Pengguna


Modal Perniagaan
Pembiayaan

1. Senaraikan langkah-langkah untuk memulakan sesebuah perniagaan.


2. Bagaimanakah seseorang boleh mencari idea perniagaan yang baik?
3. Bagaimanakah sumber pembiayaan modal boleh diperolehi?
4. Nyatakan 6 agensi kerajaan dan swasta yang boleh dihubungi untuk
mendapatkan sumber pembiayaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Pengurusan
2 Jualan
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan jualan
dengan tepat;
2. Menggariskan proses pengurusan jualan dengan sistematik; dan
3. Mengenal pasti strategi yang digunakan dalam jualan dengan baik.

 PENGENALAN
Bidang perniagaan dan pemasaran semakin berkembang pesat dan membangun
selaras dengan dasar-dasar kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara
perindustrian menjelang tahun 2020. Dengan kesedaran inilah, sesebuah
organisasi itu mestilah turut sama menunjukkan kecemerlangan dan kemajuan
bagi menentukan kejayaan tersebut dicapai selaras dengan pembangunan sosial
dan kemanusiaan.

Pengurusan merupakan satu elemen penting dalam mengendalikan setiap


organisasi baik organisasi perniagaan mahupun organisasi bukan perniagaan.
Jatuh bangunnya sesebuah organisasi bergantung kepada kecekapan pengurusan
secara berkesan. Menurut Lewis et al. (2001), pengurusan merupakan satu proses
mentadbir dan mengkordinasikan sumber-sumber secara efektif (berkesan) dan
efisien (cekap) ke arah mencapai matlamat organisasi. Maka pengurusan jualan
boleh dimaksudkan sebagai satu proses melaksanakan sesuatu kerja melalui
sumber-sumber organisasi, iaitu manusia, kewangan, bahan mentah dan juga
modal ke arah mencapai matlamat dan objektif yang telah ditetapkan secara
cekap dan berkesan. Ini bermakna pengurusan jualan merupakan jentera yang
menggerakkan sesebuah organisasi.

Jika kita lihat, sesuatu proses pengurusan itu mempunyai empat fungsi utama
iaitu perancangan, pengorganisasian, kepimpinan dan pengawalan. Manakala

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PENGURUSAN JUALAN  21

pengurusan jualan pula boleh dilihat dari aspek berikut iaitu perancangan,
pengorganisasian, pengarahan, penjawatan dan pengawalan operasi jualan
dalam mencapai objektif syarikat melalui subordinat.

2.1 MERANCANG DAN MENYEDIAKAN


JUALAN
Apabila seseorang mempunyai sesuatu yang hendak dicapai serta memikirkan
bagaimana dia boleh mencapainya, dia dikatakan sedang merancang. Jika
keinginan seorang pelajar adalah untuk mencapai kejayaan dan memikirkan
bahawa dia perlu belajar, mengemaskinikan nota, membentuk jadual belajar,
berbincang dengan kawan-kawan, bertanya guru dan sebagainya, dia sebenarnya
sedang merancang.

Dalam sesebuah organisasi, pencapaian sesuatu objektif banyak bergantung pada


kaedah melakukan aktiviti-aktiviti yang diperlukan oleh objektif itu. Jika kaedah
itu berkesan dan efisien, maka organisasi itu akan lebih cepat menghampiri
objektifnya. Penyedia barangan jualan amat penting bagi sesebuah organisasi
untuk memastikan kualiti barangan terjamin dan bermutu.

2.1.1 Perancangan Jualan


Perancangan dalam pengurusan jualan melibatkan pemikiran yang memerlukan
tindakan-tindakan yang bersesuaian dengan situasi dan hasil daripada
keputusan yang dibuat oleh pengurus jualan. Antara perancangan utama dalam
pengurusan jualan ialah usaha untuk mencapai objektif keuntungan.
(a) Kepentingan Perancangan
(i) Perancangan amat penting kerana ia memudahkan organisasi
mencapai matlamat yang telah ditetapkan dengan cekap dan berkesan
dengan memfokuskan segala usaha untuk mencapai matlamat
tersebut. Di samping itu perancangan turut menyediakan satu hala
tuju kepada organisasi di mana pengurus jualan dapat memastikan
apakah sebenarnya ingin dilakukan, bagaimana untuk melakukan
jualan, mengapa, bila , di mana, dan siapa yang akan melakukan
perkara tersebut. Cuba kita fikirkan sejenak. Apakah yang akan
berlaku sekiranya seseorang pengurus jualan itu tidak merancang
aktiviti jualan dengan sistematik? Adakah organisasi itu dapat
memenuhi matlamat untuk mengaut keuntungan?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


22  TOPIK 2 PENGURUSAN JUALAN

(ii) Perancangan juga melahirkan tindakan-tindakan alternatif yang boleh


diambil apabila terdapat peluang atau ancaman. Alternatif-alternatif
ini atau sering diistilah sebagai strategi, membolehkan organisasi
bertindak balas dengan cepat untuk merebut peluang ataupun
mengelakkan diri daripada bencana. Alternatif-alternatif ini juga
sebenarnya merupakan satu jalan untuk mengurangkan kesan
ketidakpastian.
(iii) Perancangan juga boleh membantu pengurus menggunakan sumber-
sumber organisasi dengan lebih efisien dan berkesan. Ini dapat
dilakukan kerana setiap perancangan mempunyai objektif yang
tertentu. Pengurus juga dapat membuat keputusan sewajarnya
melalui perancangan jangka pendek dan jangka panjang.
Perancangan juga boleh dijadikan satu standard untuk mengukur
prestasi organisasi supaya pengurus tidak tersasar dari matlamat asal
dan mengenal pasti kesilapan dengan membuat penambahbaikan
segera.
(b) Jenis-jenis Rancangan
Jenis-jenis rancangan boleh dikelaskan mengikut format, jangka masa dan
skop.
(i) Rancangan merupakan satu kaedah yang dibentuk untuk mencapai
matlamat yang telah ditetapkan oleh sesebuah organisasi. Rancangan
ini dapat dikelaskan mengikut format, jangka masa, skop dan
kekerapan penggunaannya. Jika kita lihat dari aspek format,
rancangan boleh dinyatakan dalam format berbeza secara deskriptif,
kuantitatif atau grafik. Rancangan deskriptif merupakan rancangan
bertulis atau lisan yang dinyatakan tentang apa yang perlu dicapai
dan bagaimana untuk mencapainya. Rancangan kuantitatif pula ialah
rancangan yang menggunakan istilah kewangan. Sebagai
contoh,belanjawan. Jika kita lihat setiap akhir tahun belanjawan akan
dirancang dan dibentangkan untuk mendapatkan kelulusan sebelum
dilaksanakan pada tahun berikutnya. Manakala rancangan grafik
merupakan maklumat-maklumat yang dipersembahkan dalam
bentuk carta, gambar rajah, jadual dan sebagainya.
(ii) Jenis-jenis perancangan boleh dibezakan antara satu sama lain
mengikut ciri-cirinya. Salah satu daripada ciri-ciri itu ialah jangka
masa sesuatu rancangan itu dijangka akan beroperasi. Rancangan
strategik yang dikenali sebagai rancangan jangka panjang biasanya
meliputi tempoh lima hingga sepuluh tahun dan dibentuk oleh pihak
pengurusan atasan seperti ahli lembaga pengarah. Rancangan taktikal
pula, meliputi tempoh yang lebih singkat, iaitu satu hingga lima
tahun dan dibentuk oleh pengurus pertengahan. Manakala rancangan
operasi merupakan rancangan harian yang meliputi tempoh 30 hari

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PENGURUSAN JUALAN  23

hingga setahun dan dibentuk oleh pengurus line pertama. Rancangan


ini biasanya berkaitan dengan pengeluaran dan penghantaran produk
dan perkhidmatan.
(iii) Peranan perancangan adalah lebih jelas jika ia dilihat melalui
skopnya. Jika sesuatu perancangan itu bertujuan untuk menempatkan
organisasi berhadapan dengan persekitarannya, ia digelar
perancangan korporat atau strategik. Contohnya, jika sesebuah
organisasi itu ingin berkembang, memulih semula atau kombinasi
antara kedua-duanya, skopnya meliputi seluruh organisasi.
(c) Proses Perancangan
Perancangan ialah satu aktiviti berterusan selagi sesebuah organisasi itu
masih beroperasi. Proses perancangan terbahagi kepada lima langkah. Ia
merupakan satu bentuk kitaran yang melibatkan pelaksanaan dan penilaian
semula perancangan. Menurut Dessler, G (2000) antara langkah yang
terlibat dalam proses perancangan ialah :
(i) Menetapkan Matlamat Organisasi
Matlamat amat penting kerana ia memberi hala tuju kepada seseorang
pengurus untuk membuat sesuatu keputusan. Matlamat yang
ditetapkan mestilah realistik, jelas, mudah difahami, boleh diukur dan
boleh dicapai dalam masa yang ditetapkan. Sebagai contoh jika
matlamat Syarikat Perodua Sdn Bhd mahu memperluaskan pasaran
produk Myvi di seluruh negara, maka perancangan yang terlibat ialah
perancangan untuk memilih lokasi pasaran, penentuan harga produk,
kaedah promosi yang hendak digunakan, dan lain-lain perancangan
yang berkaitan supaya matlamat itu dapat dicapai dengan jayanya.
(ii) Menganalisis Persekitaran Dan Membentuk Premis Perancangan
Kemudian, pengurus perlu menganalisis persekitaran seterusnya
untuk membentuk premis perancangan yang menjadi asas kepada
perancangan. Pengurus perlu memantau persekitaran dalaman dan
luaran organisasi dengan menggunakan analisis SWOT. Pengurus
boleh mengkaji kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman kepada
organisasi. Maklumat ini akan digunakan untuk membentuk premis
perancangan dengan andaian ia akan menjadi asas kepada setiap
alternatif yang dijanakan.
(iii) Menjanakan Alternatif-Alternatif Tindakan
Pada tahap ini, pengurus perlu menyenaraikan beberapa alternatif
tindakan supaya dapat digunakan untuk mencapai matlamat yang
ditetapkan.
(iv) Menilai Alternatif Tindakan
Penilaian mesti dilakukan supaya dapat memilih alternatif terbaik
untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Dalam proses

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


24  TOPIK 2 PENGURUSAN JUALAN

penilaian, semua alternatif akan dinilai dan dibanding bezakan antara


satu sama lain bagi mencari kekuatan dan kelemahan setiap alternatif.
(v) Memilih Dan Melaksanakan Rancangan
Setelah memilih alternatif terbaik, ia akan dilaksanakan dengan cekap
dan berkesan dalam organisasi. Semasa pelaksanaan, pengurus perlu
mengkoordinasi, memantau dan mengawal setiap aktiviti dalam
organisasi supaya matlamat dapat dicapai dengan jayanya.

Tidak semua rancangan akan mencapai matlamat walaupun kelima-lima di


atas telah dilaksanakan sepenuhnya oleh sesebuah organisasi. Sekiranya
kegagalan di sebabkan oleh matlamat yang tidak realistik, maka organisasi
perlu menilai kembali matlamat berkenaan. Akan tetapi sekiranya
rancangan itu berjaya dilaksanakan dan mencapai matlamat yang
ditentukan; ini tidak bermakna organisasi tidak perlu menilai semula
matlamat asal. Kemungkinan matlamat asal berkenaan tidak sesuai lagi
diteruskan. Sebagai kesimpulannya, proses perancangan yang lengkap
merangkumi pelaksanaan dan penilaian semula perancangan. Langkah-
langkah dalam proses perancangan ini boleh kita teliti dengan lebih jelas
lagi dengan merujuk Rajah 2.1.

Rajah 2.1: Proses perancangan jualan

2.1.2 Penyediaan Barang Jualan


Penyediaan barang jualan merangkumi jumlah kuantiti yang hendak dijual,
jumlah barangan simpanan di dalam stor, jumlah stok yang perlu dipesan
sekiranya jualan telah habis dilakukan. Pesanan barangan biasanya dilakukan
mengikut jenis barangan. Ada pesanan dibuat harian, mingguan atau bulanan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PENGURUSAN JUALAN  25

Pesanan barangan basah biasanya dibuat harian, manakala barangan kering


dibuat mingguan atau bulanan.

Selain itu, barangan yang hendak dijual perlu diperhatikan tarikh luputnya. Ini
untuk mengelakkan daripada pelanggan membeli barangan yang telah tamat
tempoh pemakanannya dan boleh mendatangkan penyakit sekiranya dimakan.
Pemilik perniagaan perlu peka terhadap barangan yang mempunyai tempoh
masanya. Keadaan barangan yang hendak dijual juga perlu diambil kira
contohnya memastikan barangan yang dijual di dalam tin tidak mempunyai tin
yang kemek atau berkarat. Barangan yang dibungkus juga perlu diperhatikan
supaya berada dalam keadaan yang baik iaitu tidak bocor atau koyak
bungkusannya.

Sesuatu barangan yang dijual memerlukan peniaga melabel barangan tersebut.


Pelabelan di sini boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu pelabelan harga
barangan dan pelabelan jenis barangan. Pelabelan harga barangan adalah
penting kepada pembeli. Pembeli dapat membuat perbandingan harga ketika
membeli barangan. Cara ini akan dapat mengelakkan pembaziran ketika
membeli. Selain itu juga ianya dapat memudahkan peniaga menguruskan
perniagaannya dengan lebih berkesan.

Pelabelan jenis barangan pula adalah untuk memudahkan peniaga mengkelaskan


barangan yang dijual. Ia akan dapat memudahkan pembeli mencari barangan
dengan lebih mudah dan cepat. Pelabelan yang dilakukan akan menjimatkan
masa pembeli dan pembeli tidak perlu mengambil masa yang lama untuk
mencari barangan tersebut.

2.2 MENGURUS JUALAN


Kejayaan sesebuah perniagaan tidak semestinya bergantung kepada besarnya
modal yang disumbangkan dan kecanggihan teknologinya, tetapi bergantung
juga kepada kebijaksanaan individu menguruskan perniagaan tersebut. Dalam
konteks ini pengurusan jualan memainkan peranan yang penting dalam
menentukan jatuh bangunnya sesebuah perniagaan kerana hasil dan keuntungan
yang dicapai daripada penjualan merupakan aset yang akan terus membawa
kemajuan kepada organisasi. Secara umumnya mengurus jualan amat penting
bagi sesebuah organisasi agar dapat memastikan produktiviti barangan syarikat
berkualiti.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


26  TOPIK 2 PENGURUSAN JUALAN

2.2.1 Kaedah Jualan


Sesebuah perniagaan itu perlu menentukan apakah kaedah jualan yang hendak
mereka aplikasikan dalam perniagaan mereka. Sepertimana yang kita ketahui,
terdapat empat kaedah jualan bagaimana menyampaikan barangan kepada
pengguna seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.2.

Rajah 2.2: Kaedah jualan


Mari kita lihat dengan lebih jelas kaedah jualan yang ditunjukkan rajah di atas.
(a) Jualan Tunai
Jualan tunai bermaksud tunai diterima sebaik sahaja barang atau
perkhidmatan diserahkan kepada pengguna/pelanggan. Tunai terdiri
daripada wang tunai, cek, draf bank, kad kredit dan kiriman wang.
Terdapat banyak jenis perniagaan yang mengamalkan jualan tunai
termasuklah perniagaan runcit besar-besaran seperti pasar raya, pasar
hyper dan kedai sejaras.
(b) Jualan Kredit
Perniagaan kredit membenarkan pembeli menggunakan barang sebelum
harganya dijelaskan. Bayaran untuk harga barangan akan dilakukan sekali
gus pada masa hadapan atau secara ansuran. Jualan kredit, sama ada
bayaran tertunda ataupun sewa beli, memerlukan pembeli membayar
sedikit wang pendahuluan atau cengkeram. Pembayaran atas baki hutang
barang belian boleh dibuat pada tempoh masa tertentu mengikut perjanjian.
Penjual akan mengenakan unsur faedah ke atas harga jualan tunai.
(i) Barangan tertunda
Barangan yang dijual secara bayaran tertunda akan menjadi milik
pembeli sebaik sahaja wang pendahuluan dibayar dan perjanjian
ditandatangani. Bayaran tertunda akan dibuat secara ansuran.
Sekiranya pembeli tidak menjelaskan bayaran, penjual tidak berhak
menarik balik barang. Penjual boleh mendakwa pembeli di
mahkamah untuk mendapatkan bayaran yang belum dijelaskan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PENGURUSAN JUALAN  27

(ii) Sewa beli


Barangan yang dijual secara sewa beli dapat digunakan oleh pembeli
sebaik sahaja pembeli menjelaskan wang pendahuluan dan
menandatangani perjanjian bagi membayar baki hutang secara
ansuran. Barang tersebut bagaikan disewa kepada pembeli. Jika
bayaran ansuran tidak dibuat, penjual boleh menarik balik barang itu.
Contohnya, kereta, rumah, barangan elektrik dan sebagainya.
(c) Jualan Prabayar
Jualan prabayar perlukan pembeli melakukan pembayaran terdahulu
sebelum barang jualan atau perkhidmatan diserahkan kepadanya. Jualan
prabayar diamalkan di sektor perkhidmatan awam dan jualan barang
tertentu, seperti panggilan telefon, bayaran tol, bayaran tambang bas,
bayaran untuk barang dijual secara pesanan mel dan sebagainya. Pemegang
kad prabayar boleh memperolehi perkhidmatan itu dengan lebih cepat,
efisien dan lebih selesa.
(d) Jualan Konsainan
Kaedah jualan konsainan membolehkan barang dihantar oleh pembekal
kepada peniaga untuk dijual, dengan syarat barang itu akan dipulangkan
balik kepada pembekal sekiranya tidak dapat dijual. Pembekal dikenali
sebagai pemberi konsain (consignor) dan peniaga pula dipanggil penerima
konsain (consignee). Hak milik barang dipegang oleh pemberi konsain,
sementara barang dijual oleh penerima konsain, sama ada atas nama sendiri
ataupun nama pemberi konsain. Kutipan jualan akan dikirim kepada
pemberi konsain selepas ditolak komisen oleh penerima konsain. Satu
perjanjian akan dibuat antara pemberi konsain dengan penerima konsain
untuk mengelakkan salah faham. Perjanjian itu menjelaskan syarat-syarat
jualan termasuk kadar komisen kepada penerima konsain, cara menstor
barang, harga barang, cara serahan dan cara bayaran.
Ciri-ciri utama jualan konsainan ialah:
(i) Hak milik barang dipegang oleh pemberi konsain sehingga barang
dijual kepada pengguna. Penerima konsain sama sekali tidak
mempunyai hak milik terhadap barang itu.
(ii) Penerima konsain bertanggungjawab mengutip hasil jualan dan
setelah ditolak bahagian komisennya, hasil jualan dikirim kepada
pemberi konsain.
(iii) Pemberi konsain tidak perlu membayar kos barang dan hanya
berfungsi sebagai agen untuk menjual barang sahaja.
(iv) Pemberi konsain menyimpan dan mengawal barang tetapi tidak
bertanggungjawab atas kerosakan, kecurian atau kehilangan barang
di bawah jagaannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


28  TOPIK 2 PENGURUSAN JUALAN

(v) Barang yang tidak dijual akan dipulangkan semula kepada penerima
konsain tanpa dikenakan kos atas pemberi konsain.

2.2.2 Melayan Pelanggan


Pelanggan merupakan salah satu aspek yang perlu ditekankan oleh sesebuah
organisasi perniagaan. Hubungan baik dengan pelanggan dapat meningkatkan
lagi hasil jualan syarikat. Hal ini kerana pelanggan merupakan individu yang
akan menggunakan barangan atau perkhidmatan yang dijalankan oleh sesebuah
syarikat. Hubungan yang baik memerlukan komitmen daripada kedua-dua belah
pihak. Andaikan bahawa tahap awal dalam proses jualan telah berjalan dengan
lancar, maka langkah seterusnya ialah untuk mendapatkan komitmen daripada
pelanggan tersebut. Dalam konsep jualan, ini bererti penjual dan pembeli
bersetuju untuk mengambil satu tindakan seterusnya. Ini termasuklah
persetujuan untuk membeli, untuk mengadakan percubaan ke atas produk atau
mungkin menandatangani perjanjian kontrak dalam jangka masa panjang.
(a) Komunikasi
Komunikasi merupakan pemindahan idea antara manusia melalui
pancaindera seperti percakapan, pendengaran dan sebagainya. Ini
merupakan terjemahan daripada idea atau maklumat dan penyaluran itu
diterima atau ditolak melalui maklum balas terhadap idea atau maklumat
yang diberikan.

Dalam bidang pemasaran dan penjualan khususnya, komunikasi penting


bagi seseorang pemasar memahami tabiat pelanggan dalam membuat
keputusan pembelian bagi sesuatu keluaran. Oleh itu, pemahaman
mengenai kelakuan pelanggan akan membantu seseorang jurujual itu
mempengaruhi pembelian pelanggan.

Tiap-tiap komunikasi mempunyai punca dan destinasi atau tempat yang


dituju. Antara punca dan destinasi terdapat sambungan yang disebut
saluran komunikasi. Keadaan ini ditunjukkan di dalam Rajah 2.4.

Komunikasi memainkan peranan yang penting kepada penjual untuk


menarik perhatian pembeli serta meyakinkan pembeli.
(b) Penyampaian Persembahan Jualan
Sewaktu persembahan jualan berlaku, jurujual menggunakan asas tema
untuk membangunkan beberapa minit pertama pada panggilan jualan atau
sewaktu panggilan jualan yang lalu. Jurujual akan menerangkan dengan
lebih jelas bagaimana kaedah yang ditawarkan dapat memenuhi keperluan
prospek. Berdasarkan kepada keadaan, ada tiga matlamat yang perlu

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PENGURUSAN JUALAN  29

diingati; membina kebolehupayaan, mencapai ketelusan, menjawab soalan


dan objektif yang ditanya oleh prospek.

AKTIVITI 2.1

Apakah yang akan anda lakukan sekiranya terdapat pelanggan yang


tidak berpuas hati dengan barangan yang telah dibelinya dan ingin
menukarkannya dengan yang baru walaupun barangan yang dibelinya
itu telah diguna pakai? Bincangkan.

2.2.3 Mendapat Pesanan


Dalam menguruskan jualan, organisasi perniagaan perlulah peka dalam aspek
penerimaan pesanan daripada pembeli ataupun pelanggan. Kebiasaannya,
pesanan yang dibuat adalah dalam unit atau jumlah yang besar dan banyak. Ia
turut melibatkan pengisian borang pesanan oleh pembeli dan borang sebut harga
oleh penjual. Borang sebut harga perlu diberikan kepada pembeli supaya mereka
mendapat hak yang sepatutnya.

Di dalam proses penjualan dan pembelian, penjual perlulah memastikan kuantiti


barangan yang dipesan oleh pelanggan mencukupi. Selain itu juga kualiti dan
mutu sesuatu barangan yang diminta perlu berada dalam keadaan yang terbaik
supaya pembeli berpuas hati dengan barangan tersebut. Penjual dan pembeli
merupakan dua individu yang saling berkait rapat. Setiap barangan yang
dipesan oleh pembeli, mestilah didengari dengan teliti oleh penjual. Setiap
pesanan perlulah dicatat dengan baik supaya barang yang diberi adalah sama
dengan barangan yang dipesan oleh pembeli. Seorang penjual perlulah bijak di
dalam menguruskan jualan berdasarkan pesanan yang diterima.

2.2.4 Menyusun Atur Barang


Dalam sesebuah organisasi perniagaan yang melibatkan penjualan barangan
secara besar-besaran, memerlukan satu pengurusan jualan yang sistematik.
Contohnya, jualan barangan keperluan. Ia memerlukan satu ruang yang besar
serta memerlukan peniaga menyusun atur barang dengan baik. Ini memudahkan
pelanggan-pelanggan membuat pemilihan barangan yang hendak dibeli.

Barangan yang kering sebaiknya disusun secara berasingan daripada barangan


yang basah. Selain itu, barangan yang mempunyai jenis yang sama perlu disusun
setempat. Contohnya, serbuk pencuci disusun atur setempat dan dijauhkah
sedikit daripada susun atur yang mempunyai bahan makanan. Pakaian juga
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
30  TOPIK 2 PENGURUSAN JUALAN

perlu disusun setempat supaya pelanggan mudah membuat pemilihan dan


perbandingan. Contohnya ialah pasar raya besar Giant yang menyusun barangan
yang dijual mengikut jenis-jenisnya.

Pasar raya yang besar seperti Giant, Tesco, dan sebagainya memerlukan peniaga
yang bijak mengkelaskan barang-barang mengikut jenisnya. Pengkelasan ini
adalah meliputi tempat sesuatu barangan itu diletakkan. Bagi makanan basah
seperti ikan, daging, udang, dan sebagainya harus diletakkan di tempat yang
berasingan dari makanan yang lain. Ini adalah kerana makanan ini memerlukan
suhu yang sejuk untuk lebih tahan lama. Bagi makanan kering pula, ia diletakkan
pada satu tempat yang telah dikhaskan dan tidak bercampur dengan makanan
yang lain. Untuk minuman pula, minuman sejuk dan biasa diletakkan di tempat
yang berasingan. Untuk minuman yang sejuk, ia memerlukan satu peti ais yang
besar, manakala minuman yang biasa pula diletakkan pada ruang lain yang lebih
terbuka.

Barangan seperti pakaian pula diletakkan pada satu tempat yang telah
disediakan dan berasingan dengan barangan makanan. Cuma yang
membezakannya pakaian ini diletakkan mengikut turutan umur. Pakaian kanak-
kanak hanya menempatkan pakaian untuk kanak-kanak sahaja, manakala
pakaian untuk golongan dewasa diletakkan pada satu tempat khas untuk
golongan dewasa mengikut jantina. Begitu juga dengan barangan seperti kasut,
disusun mengikut saiz, umur dan jantina.

Barangan seperti elektrik dan juga barangan hiburan diletakkan pula pada
tempat yang berasingan dengan barangan-barangan lain. Tiada percampuran
dengan barangan-barangan yang lain.

Pengkelasan barangan ini akan memudahkan pengguna untuk mengambil


barangan dengan mudah (sila rujuk Rajah 2.3). Sekiranya barangan ini diletakkan
tidak mengikut kelasnya, pengguna pastinya sukar untuk mencari barangan
yang diperlukan dengan mudah. Pengkelasan ini bukan sahaja memudahkan
pengguna mencari barang tetapi ianya juga akan memudahkan peniaga untuk
menguruskan barangan dengan lebih mudah.

Selain daripada mengambil kira penyusunan barang mengikut jenis, penyusunan


barangan yang mempunyai tarikh luput juga perlu diambil kira iaitu barangan
yang mempunyai tarikh luput yang hampir tamat seperti roti perlu disusun di
bahagian hadapan supaya barangan tersebut dapat dijual dahulu. Ia untuk
mengelakkan daripada berlakunya lambakan barangan yang telah luput. Ini
merupakan salah satu cara rancangan pemasaran yang berkesan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PENGURUSAN JUALAN  31

Rajah 2.3: Contoh kedai yang mempunyai susun atur


barangan yang baik.

Bagi perniagaan yang melibatkan jumlah barangan yang besar, pastinya


memerlukan rak yang mencukupi untuk meletakkan barang-barang. Barang
yang mudah rosak tidak boleh diletakkan di dalam stor dalam tempoh yang
lama. Ia perlu dijual dalam kadar yang segera. Jadi penyediaan rak yang
mencukupi adalah penting untuk memastikan semua barangan dapat diletakkan
dan dijual dengan secepat mungkin.

Penyediaan rak juga perlu dilihat dari segi jenisnya. Rak yang disediakan
perlulah sesuai dengan pengguna. Rak yang disediakan janganlah terlalu tinggi
kerana ianya hanya akan menyukarkan pengguna mengambil barangan.
Penyediaan rak juga perlulah selamat untuk pengguna terutama kanak-kanak.
Peniaga perlulah memastikan rak yang disediakan selamat untuk digunakan.
Penyediaan rak yang mencukupi adalah penting bagi peniaga di dalam
menguruskan perniagaannya. Tanpa rak yang mencukupi, barangan tidak dapat
dijual sepenuhnya dan ini akan menyebabkan kerugian dari segi penjualan dan
juga risiko kerosakan barangan jualan.

AKTIVITI 2.2

Sekiranya anda tidak sengaja melanggar barangan kaca yang mahal di


pasar raya, dan anda diminta membayar ganti rugi sejumlah harga
barangan tersebut, apakah yang akan anda lakukan? Jelaskan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


32  TOPIK 2 PENGURUSAN JUALAN

2.3 STRATEGI JUALAN/SALURAN JUALAN


Pembentukan strategi jualan berperanan sebagai panduan dan arah secara umum
ke atas perlaksanaan fungsi jualan. Secara umumnya, strategi jualan bagi
kebanyakan firma adalah untuk menjual produk kepada pelbagai kategori
pelanggan dengan menggunakan satu strategi yang sama.

Persekitaran pemasaran hari ini telah berubah daripada orientasi jualan transaksi
kepada perhubungan. Matlamat jualan daripada kuantiti jualan kepada
produktiviti jualan menyebabkan kebanyakan firma mula berfikir bahawa perlu
wujud perbezaan dalam strategi jualan yang di jalankan mengikut keperluan
pelanggan.

Pada masa kini firma tidak boleh lagi terikat kepada satu strategi yang sama
untuk digunakan kepada semua pelanggannya. Kepelbagaian strategi perlu
difikirkan untuk disesuaikan dengan pelanggan yang berlainan.

2.3.1 Pengedar Industri


Pengedar industri merupakan orang tengah yang membeli produk untuk
diedarkan kepada pengguna akhir dan mengambil pemilikan terhadap produk
yang mereka edarkan. Pengedar industri selalunya mempunyai kumpulan
jurujual mereka sendiri dan mungkin menjual produk daripada satu pengilang
sahaja atau menjual produk yang berkait antara satu sama lain tapi tidak
bersaing dari beberapa pengilang yang berlainan. Walaupun pengedar ini tidak
dikira sebagai pengguna akhir mereka juga merupakan pelanggan kepada
pengilang dan memerlukan layanan sebagai pelanggan yang biasa.

Lazimnya, pasukan jualan akan ditubuhkan oleh organisasi pengilang yang


menggunakan pengedar industri untuk memberi perkhidmatan dan menolong
para pengedar ini dalam memasarkan produk. Bagi organisasi pengilang
khasnya, pembentukkan hubungan jangka panjang yang positif dengan
pengedar industri perlu dilakukan untuk memastikan kejayaan pengedaran
produk mereka. Penggunaan pengedar industri akan menimbulkan satu cabaran
bagi pengurus jualan dan jurujual dimana para penjual mesti memainkan
peranan yang berbeza bila berinteraksi dengan pengedar ini. Peranan yang perlu
dimainkan dalam berinteraksi dengan pengedar industri memerlukan kemahiran
tertentu seperti pandai membuat persembahan, pendengar yang baik, kaunselor,
penganalisa, pembekal maklumat, kepimpinan profesional, motivator, juru
runding dan sebagainya.

Pengurus jualan berperanan untuk mengambil dan membangunkan kumpulan


jurujual yang boleh berkerja dengan baik bersama pengedar industri. Apabila

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PENGURUSAN JUALAN  33

menjalankan tugas ini, kadang kala wujud konflik apabila firma menggunakan
kedua-dua perkhidmatan pengedar industri dan kumpulan jurujual. Perhatian
yang mendalam membangunkan polisi dan prosedur yang memberikan layanan
adil bagi kedua-dua pihak ini.

2.3.2 Wakil Jualan Bebas


Firma yang memilih untuk menggunakan jualan peribadi sebagai pendekatan
promosi mereka boleh memilih untuk menggunakan juga wakil jualan bebas atau
dikenali juga wakil pengilang atau reps. Mereka merupakan organisasi jualan
bebas yang menjual produk pelengkap tetapi bukan produk bersaing bagi
beberapa pengilang yang berbeza dan selalunya tidak mengambil pemilikan
terhadap produk yang mereka pasarkan. Berbanding dengan pengedar industri
yang mempunyai gudang tertentu untuk menyimpan barang, wakil jualan bebas
tidak akan menyimpan inventori produk yang mereka pasarkan.

Mengikut kebiasaan, para pengilang mempunyai perjanjian kontraktual dengan


ramai wakil jualan persendirian dan ganjaran diberikan dalam bentuk komisen
atas produk yang dapat dijual. Dalam organisasi wakil jualan persendirian ini, ia
terdiri daripada satu atau ramai jurujual yang mempunyai tanggungjawab untuk
membuat liputan pasaran di wilayah geografi masing-masing.

Walaupun penggunaan kumpulan jualan dalam sesebuah firma lebih popular


digunakan, namun masih terdapat beberapa pengilang yang lebih berminat
untuk menggunakan perkhidmatan wakil jualan persendirian ini berbanding
dengan menubuhkan kumpulan jualan sendiri. Ini adalah disebabkan oleh
beberapa keistimewaan yang terdapat dalam penggunaan wakil jualan
persendirian. Antara keistimewaan wakil jualan bebas ialah:
(a) Mempunyai keupayaan jualan secara profesional yang lebih baik daripada
jurujual syarikat.
(b) Menawarkan pengetahuan yang mendalam tentang pasaran secara umum
dan bagi individu pelanggan.
(c) Mempunyai hubungan yang telah sedia terjalin dengan pelanggan.
(d) Meningkatkan aliran tunai syarikat kerana pembayaran tidak akan dibuat
sehingga pelanggan telah membuat bayaran bagi belian yang berlaku.
(e) Belanja jualan dapat diramalkan kerana kebanyakan kos jualan adalah
berubah dan berkait secara langsung dengan jumlah jualan.
(f) Lebih luas wilayah yang dapat ditumpukan kerana syarikat selalunya
menggunakan lebih ramai wakil jualan persendirian berbanding dengan
jurujual syarikat pada kos yang sama.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


34  TOPIK 2 PENGURUSAN JUALAN

Walaupun wakil jualan persendirian melibatkan kos yang lebih rendah


berbanding dengan penggunaan jurujual syarikat tetapi oleh kerana wakil jualan
tidak mempunyai hubungan langsung dengan firma maka firma tidak mampu
untuk mengawal sepenuhnya aktiviti mereka.
(a) Terdapat dua aspek penting yang menyebabkan kawalan ke atas wakil
jualan perlu dibuat. Pertamanya, oleh kerana para wakil jualan
mendapatkan pendapatan mereka melalui komisen atas jualan yang
mereka buat, maka adalah agak sukar untuk para pengilang melibatkan
mereka dengan aktiviti yang tidak berkait dengan penjanaan jualan.
Contohnya membuat panggilan susulan untuk memastikan sama ada
pelanggan memerlukan sebarang perkhidmatan selepas jualan. Para wakil
jualan biasanya lebih berminat untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti
yang boleh memberikan jualan kepada mereka. Oleh itu, walaupun
perkhidmatan lepas jualan kepada akaun penting bagi pengilang, wakil
jualan mungkin tidak berminat untuk melakukannya kerana tidak
melibatkan penjanaan jualan ataupun komisen kepada mereka.
(b) Aspek lain yang perlu diberi perhatian oleh para pengilang dalam mengawal
aktiviti wakil jualan adalah dari segi minat dan motivasi mereka untuk
mengedarkan produk pengilang. Oleh kerana wakil jualan persendirian
biasanya memasarkan produk dari ramai pengilang, puratanya sehingga
sepuluh orang pengilang, kadangkala wujud ketidakseimbangan dalam
komisen yang diterima menyebabkan wakil jualan lebih memberi perhatian
kepada produk pengilang yang mampu memberi komisen yang tinggi
kepada mereka. Ini memberi implikasi kepada para pengilang yang tidak
menawarkan pemberian komisen yang berpatutan dan menarik,
menyebabkan para wakil jualan persendirian ini tidak memberi perhatian
yang khusus dalam mengedarkan produk pengilang ini.

2.3.3 Jualan Berkumpulan


Penggunaan kumpulan jualan mempunyai kaitan dengan situasi pusat belian
yang dihadapi oleh pembeli. Para jurujual bagi sesebuah syarikat akan sama-
sama bergabung untuk menghasilkan jualan manakala individu dalam pusat
belian pula akan sama-sama membuat keputusan pembelian. Dalam kedua-dua
pusat belian dan kumpulan jualan, ia terdiri daripada beberapa orang individu
daripada jabatan yang mempunyai fungsi yang berbeza.

Jenis situasi belian akan menjadi penentu kepada saiz dan aktiviti pusat belian
manakala jenis situasi jualan menjadi penentu kepada saiz dan aktiviti kumpulan
jualan. Contohnya jika pembelian produk bagi organisasi pembeli merupakan
pembelian tugas baru dan melibatkan kos dan risiko yang tinggi maka aktiviti

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PENGURUSAN JUALAN  35

pusat belian akan menjadi semakin penting dan lebih ramai individu yang
campurtangan. Bagi organisasi penjual pula terdapat tiga jenis situasi jualan yang
dihadapi oleh organisasi jualan yang boleh memberi kesan kepada saiz dan
aktiviti kumpulan jualan iaitu situasi jualan tugas baru, situasi jualan semula
diubahsuai dan situasi jualan semula rutin.

Situasi jualan tugas baru iaitu melibatkan pengenalan produk baru kepada
pasaran atau membuat panggilan kepada pelanggan baru. Tugas ini sukar
dilakukan kerana kumpulan jualan tidak mempunyai pengalaman sebelum ini
dan kekompleksan tugas yang wujud menyebabkan lebih ramai para ahli
daripada jabatan lain yang terlibat dalam kumpulan tersebut.

Situasi jual-semula diubah suai iaitu melibatkan penjualan semula produk


kepada pelanggan sedia ada, tetapi bukanlah pada kadar jualan yang kerap dan
mungkin melibatkan penjualan produk yang mengalami sedikit modifikasi. Oleh
kerana kumpulan jualan telah mempunyai sedikit pengalaman dalam
mengendalikan pelanggan atau produk tersebut maka kumpulan jualan yang
lebih kecil biasanya dibentuk.

Situasi jualan jual semula rutin biasanya berlaku bagi pelanggan tetap atau bagi
produk yang kerap dibeli oleh organisasi pembeli. Oleh kerana pengalaman yang
banyak dan ketidak kompleksiti dalam tugas jualan, maka situasi jualan jual
semula rutin biasanya melibatkan interaksi hanya antara jurujual dan ejen belian
sahaja. Penggunaan kumpulan jualan semakin meningkat bagi kebanyakan
firma ekoran daripada keperluan untuk menjalinkan hubungan yang baik dan
bersifat jangka panjang dengan pelanggan. Firma-firma antarabangsa seperti HP
dan IBM contohnya, masing-masing banyak menggunakan kumpulan jualan
untuk memasarkan produk mereka.

Terdapat dua bentuk kumpulan jualan iaitu:


(a) Jualan Berbilang Tingkat (Multilevel)
Dalam jualan ini terdapat kepelbagaian ahli-ahli dalam kumpulan jualan
yang bertujuan untuk menyesuaikan keperluan antara firma jualan dan
belian. Jabatan-jabatan yang berlainan dalam firma akan saling bekerjasama
untuk memasarkan sesuatu produk. Contohnya jabatan pemasaran akan
bekerjasama dengan jabatan pengeluaran, jabatan kewangan, jabatan
pengurusan dan jabatan R&D untuk menjanakan jualan. Kumpulan jualan
dibentuk dengan menumpu kepada bidang kepakaran tertentu
terutamanya untuk berkomunikasi dengan individu dalam bahagian yang
sama dalam firma pembeli dan supaya dapat mengatasi sebarang
kemusykilan dan masalah yang dihadapi oleh firma pembeli.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


36  TOPIK 2 PENGURUSAN JUALAN

(b) Jualan Akaun Utama


Jualan akaun utama merupakan pembentukan program-program tertentu
oleh firma penjual dengan tujuan memenuhi keperluan akaun-akaun utama
dan besar serta penting. Contohnya, Texas Instrument menubuhkan satu
kumpulan jualan khas yang berfungsi khusus untuk memenuhi keperluan
pelanggan-pelanggan utamanya di seluruh dunia.

2.3.4 Telemarketing
Kaedah jualan melalui telemarketing wujud kerana teknologi telekomunikasi
pada hari ini semakin berkembang. Telemarketing berbeza dengan teknik jualan
yang biasa kerana ia melibatkan penggunaan telefon sebagai cara untuk
menghubungi pelanggan, menjalankan semua atau sebahagian daripada aktiviti
yang diperlukan untuk membangun dan mengekalkan hubungan dengan akaun,
dan bukannya melalui komunikasi terbuka antara penjual dengan pembeli.

Telemarketing terbahagi kepada dua iaitu: (telemarketing) luaran dan


(telemarketing) dalaman.
(a) Telemarketing luaran
Telemarketing luaran memerlukan penjual menghubungi pembeli
contohnya seorang agen insurans yang menghubungi pelanggan untuk
menjual produk mereka.
(b) Telemarketing dalaman
Telemarketing dalaman pula memerlukan pelanggan menghubungi penjual
seperti talian ÂSmartshopÊ yang memerlukan pelanggan menelefon untuk
membuat pesanan belian.

Untuk menjamin kejayaan penggunaan telemarketing, para pengurus jualan


perlu memastikan wujud komunikasi yang konsisten bagi setiap ahli yang
terlibat dengan pengendalian telefon sama ada dari segi kecukupan maklumat,
cara layanan dan pengetahuan.

2.3.5 Pameran Perdagangan


Pameran perdagangan merupakan agenda yang ditaja oleh industri di mana
firma penjual boleh menggunakan kawasan tertentu untuk mempamerkan
produk mereka kepada pelanggan sedia ada dan pelanggan baru. Contohnya,
pameran kereta buatan Malaysia dan pameran batik.

Pameran perdagangan yang dilakukan biasanya dapat meningkatkan objektif


jualan seperti dapat menguji dan memperkenalkan produk baru yang akan
dipasarkan. Contohnya, kereta yang baru boleh dipandu untuk menguji

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PENGURUSAN JUALAN  37

ketahanan dan keselesaan kereta yang diperkenalkan. Selain itu pengeluar


produk juga dapat mengumpul maklumat pesaing, mengenalpasti prospek dan
meningkatkan imej korporat.

Ini semua dapat diperolehi apabila orang ramai datang ke tapak pameran dan
menyatakan pendapat mereka tentang produk yang dihasilkan dan seterusnya
membuat perbandingan dengan produk yang sama jenis tetapi jenama yang
berlainan. Oleh itu, maklumat pesaing dapat diperolehi.

 Pengurusan jualan merupakan salah satu perkara yang penting dalam dunia
perniagaan kerana melalui jualanlah syarikat memperolehi keuntungan.
 Oleh itu pengurusan jualan perlu diberi perhatian yang serius demi untuk
memajukan perniagaan. Kita telah selesai membincangkan tentang
perancangan, strategi dan pengurusan jualan yang baik.
 Semoga dengan memahami isi kandungan topik ini akan membantu dan
menambahkan pengalaman anda mengenai topik-topik yang dibincangkan
dan dapat dipraktikkan pada masa hadapan.

Kaedah jualan Pengurusan jualan


Melayan pelanggan Perancangan jualan
Menyusun atur barang Strategi jualan

Jualan diibaratkan sebagai ÂnyawaÊ bagi sesebuah syarikat kerana melalui hasil
jualan syarikat dapat mengetahui tindak balas daripada pelanggan terhadap
produk yang dihasilkan. Jelaskan mengapa perancangan jualan amat penting
dilakukan bagi sesebuah syarikat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


38  TOPIK 2 PENGURUSAN JUALAN

1. Senaraikan lima jenis saluran jualan dan terangkan kelebihan dan


kekurangan bagi setiap jenis.
2. Susun atur barang dalam sesebuah premis memainkan peranan penting
bagi pelanggan yang berkunjung ke premis tersebut. Berikan tiga alasan
mengapa pentingnya susun atur barang yang baik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Kewangan
3
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyatakan definisi kewangan dan kaitannya dengan bidang lain;
2. Mengenal pasti jenis-jenis penyata kewangan dan kegunaannya;
3. Menjelaskan maksud titik pulang modal dan mengetahui cara
pengiraaan dan penggunaannya;
4. Mengenal pasti item-item yang terdapat dalam penyata kewangan
dan belanjawan tunai; dan
5. Menyediakan penyata kewangan dan belanjawan tunai mengikut
format yang tepat.

 PENGENALAN
Dalam topik ini, kita akan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan
dengan definisi kewangan dan kaitannya dengan bidang lain, tugas pengurus
kewangan, jenis-jenis penyata kewangan, belanjawan tunai dan belanjawan
modal.

3.1 DEFINISI, KAITAN DAN PERANAN


Di awal topik ini, kita akan membincangkan definisi kewangan, kaitan kewangan
dengan bidang lain serta peranan dan tanggungjawab seorang pengurus
kewangan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


40  TOPIK 3 KEWANGAN

3.1.1 Definisi Kewangan


Kewangan boleh didefinisikan sebagai suatu seni dan sains dalam menguruskan
wang. Kewangan melibatkan penentuan nilai dan pembuat keputusan yang
terbaik dalam aktiviti kewangan. Aktiviti kewangan melibatkan pengurusan
kewangan individu, perniagaan dan kerajaan. Kewangan juga merujuk kepada
tunai atau dana. Kewangan perniagaan bukan hanya menerangkan jumlah tunai
yang dimiliki atau disimpan, tetapi ia meliputi seluruh harta dan tuntutan yang
dipunyai oleh perniagaan. Kewangan perniagaan melibatkan aset tetap dan aset
semasa. Ini termasuklah wang tunai, stok barangan niaga, akaun belum terima,
bangunan perniagaan, kenderaan dan sebagainya.

Fungsi kewangan adalah untuk membuat ramalan keperluan dana, perolehan,


pelaburan dan mengurus sumber-sumber dana. Terdapat tiga bidang utama
dalam kewangan iaitu pelaburan, pasaran dan institusi kewangan serta
pengurusan kewangan. Kekuatan kedudukan kewangan terletak kepada jumlah
pegangan tunai dan aset-aset lain. Keteguhannya bergantung kepada berapa
banyak liabiliti perniagaan yang perlu ditanggung. Perniagaan yang mempunyai
kedudukan kewangan yang baik mempunyai nisbah pegangan aset yang lebih
tinggi daripada liabiliti.

3.1.2 Kaitan Kewangan dengan Bidang Lain


Kewangan mempunyai kaitan rapat dengan bidang lain dalam perniagaan
seperti pengeluaran, pemasaran dan pengurusan sumber manusia. Dalam bidang
pentadbiran, piawai kecekapan sesebuah organisasi perniagaan bergantung
kepada kecekapan pengurusan kewangannya. Organisasi dikatakan tidak cekap
apabila berlaku banyak pembaziran, penyalahgunaan wang, tidak merekod
penerimaan dan perbelanjaan dengan betul, tiada bukti yang menunjukkan
perbelanjaan dan sebagainya.

Dalam sistem ekonomi negara, Bank Negara menjadi bank pusat, memainkan
peranan penting dalam menyediakan suasana kewangan yang stabil. Tindakan
yang diambil termasuklah mengawal kadar bunga dan ketersediaan dana kepada
bank, kredit bank dan juga wang. Bank Negara menentukan aliran kredit kepada
sektor-sektor tertentu. Bank Negara juga merangka belanjawan tahunan dengan
menyenaraikan semua punca pendapatan negara dan penggunaan pendapatan
negara. Fungsi ini mempunyai kaitan rapat dengan fungsi pengurus kewangan
syarikat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KEWANGAN  41

3.1.3 Peranan Pengurus Kewangan


Pengurus kewangan bertanggungjawab mengurus sumber dana dan penggunaan
dana dalam syarikat. Pengurus kewangan perlu membuat keputusan pelaburan.
Mereka juga perlu menentukan jenis pelaburan samada pelaburan jenis aset
semasa atau aset tetap supaya selari dengan objektif syarikat. Berikut antara
peranan yang perlu dimainkan oleh seorang pengurus kewangan syarikat
adalah:
(a) Membuat Analisis dan Perancangan Kewangan
Pengurus kewangan perlu merancang dan menganalisis kewangan syarikat
supaya ia mudah difahami. Data ini membantu dan berguna dalam
mengawal kedudukan kewangan. Beliau perlu menentukan sama ada
syarikat perlu meningkatkan kapasiti pengeluaran dan mencari sumber
pembiayaan tambahan.
(b) Mengurus Struktur Aset Syarikat
Pengurus kewangan perlu tentukan jumlah yang perlu dibelanjakan bagi
aset tetap dan aset semasa. Nisbah antara aset semasa dan aset tetap perlu
di ambilkira dalam usaha mewujudkan kombinasi terbaik.
(c) Mengurus Struktur Modal Syarikat
Pengurus kewangan perlu tentukan kombinasi pembiayaan terbaik.
Keperluan modal syarikat boleh diperolehi dengan membuat pinjaman
ataupun menerbitkan saham. Analisis terperinci perlu dilakukan untuk
mencapai satu kombinasi terbaik bagi struktur modal. Keputusan ini adalah
penting kerana ia mempengaruhi keuntungan.
(d) Menjaga Kecairan dan Keberuntungan Syarikat
Keupayaan membiayai keperluan kewangan luar jangka perlu
menyediakan tunai. Maka pengurus kewangan perlu fikirkan nisbah
kecairan yang sesuai untuk menampung keperluan kewangan ini. Pengurus
kewangan perlu memikirkan langkah membuat pelaburan jangka pendek,
memegang sejumlah tunai atau memegang aset mudah cair.

Pengurus kewangan perlu tentukan keuntungan yang perlu diperolehi daripada


aktiviti perniagaan. Setiap keputusan pelaburan perlu mengambil risiko. Maka,
dalam menentukan keberuntungan perniagaan, pengurus kewangan perlu
membuat kombinasi pelaburan antara yang mempunyai risiko yang tinggi tetapi
memberi pulangan yang tinggi atau pelaburan dengan risiko yang rendah dan
pulangannya juga rendah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


42  TOPIK 3 KEWANGAN

3.2 PENYATA KEWANGAN


Penyata kewangan adalah penyata yang disediakan oleh pihak pengurusan
sesebuah syarikat kepada pemegang saham berhubung dengan pengendalian
sumber-sumber yang diamanahkan kepada mereka. Ia merupakan alat
perhubungan antara pengurus dengan pihak-pihak yang berminat ke atas
syarikat. Penyata kewangan disediakan pada hujung sesuatu tempoh
perakaunan untuk mencari keuntungan dan mengetahui kedudukan kewangan
sesebuah perniagaan.

Selain itu, penyata kewangan juga disediakan untuk memberi perlindungan


kepada aset-aset pelaburan dalam perniagaan, memastikan yang aset-aset
perniagaan dikendalikan dengan sempurna dan juga sebagai alat bagi
menyempurnakan tugas pengawasan, iaitu kuasa menggunakan aset telah
diberikan kepada pengurus-pengurus dan pengurus-pengurus perlu membuat
catatan perakaunan tiap-tiap tindakan yang berkaitan dengan aset tersebut.

Pada masa kini, penyata kewangan telah menjadi sumber maklumat yang
penting kepada pemegang-pemegang saham dan pelabur-pelabur untuk
membuat keputusan. Di sini penyata kewangan perlu mengandungi maklumat-
maklumat tentang prospek masa depan di samping menerangkan prestasi-
prestasi masa lepas.

Terdapat dua penyata kewangan yang utama dikeluarkan kepada pihak luar
iaitu Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira.

Seterusnya, mari kita lihat penjelasan serta contoh-contoh bagi penyata


pendapatan dan kunci kira-kira.

3.2.1 Penyata Pendapatan


Penyata Pendapatan menunjukkan semua hasil yang diperoleh dan di belanja
yang terlibat bagi suatu tempoh perakaunan. Oleh itu, penyata pendapatan dapat
mengukur prestasi perniagaan bagi suatu tempoh perakaunan. Untung bersih
diperolehi jika hasil melebihi belanja, sebaliknya rugi bersih dialami apabila
belanja melebihi hasil.

Penyata Pendapatan boleh disediakan dalam bentuk ÂTÊ atau bentuk ÂpenyataÊ.
Penyata Pendapatan dalam bentuk ÂTÊ ialah gabungan Akaun Perdagangan dan
Akaun Untung Rugi. Maklumat yang terdapat pada Penyata Pendapatan ialah:
(a) Nama perniagaan;
(b) Tajuk akaun atau penyata dan tempoh perakaunan;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KEWANGAN  43

(c) Butir-butir dan hasil perniagaan;


(d) Butir-butir dan jumlah belanja perniagaan; dan
(e) Untung bersih atau rugi bersih.

Kos jualan ialah kos barang niaga yang telah dijual dalam suatu tempoh
perakaunan. Jika barang yang dibeli semuanya habis dijual pada akhir tempoh
perakaunan, maka untung kasar diperoleh dengan menolak belian daripada
jualan. Contoh format Penyata Pendapatan ialah seperti Rajah 3.1 dibawah:

Rajah 3.1: Contoh format Penyata Pendapatan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


44  TOPIK 3 KEWANGAN

AKTIVITI 3.1

Pernahkah anda membuat anggaran perbelanjaan anda sendiri? Jika


tidak luangkan sedikit masa untuk anda membuat anggaran
perbelanjaan bulanan anda. Bandingkan jawapan anda dengan rakan
sekelas anda.

3.2.2 Kunci Kira-kira


Kunci Kira-kira merupakan penyata yang menunjukkan aset, liabiliti dan ekuiti
pemilik pada suatu tarikh tertentu. Penyediaan Kunci Kira-kira bertujuan untuk
menunjukkan kedudukan kewangan sesebuah perniagaan.

Kunci Kira-kira boleh disediakan dalam bentuk ÂTÊ atau bentuk ÂpenyataÊ.
Maklumat yang terdapat dalam Kunci Kira-kira ialah:
(a) Nama perniagaan;
(b) Tajuk dan tarikh penyata;
(c) Butir-butir dan amaun aset;
(d) Butir-butir dan amaun liabiliti; dan
(e) Ekuiti pemilik

Bagi Kunci Kira-kira dalam bentuk ÂTÊ, aset disusun di sebelah kiri sementara
ekuiti pemilik dan liabiliti disusun di sebelah kanan. Kunci Kira-kira yang
disediakan menerangkan:
(a) Nilai aset yang dimiliki oleh syarikat.
(b) Jumlah liabiliti yang merangkumi liabiliti jangka pendek dan liabiliti jangka
panjang yang perlu dilunaskan oleh syarikat.
(c) Nilai ekuiti syarikat termasuklah jumlah pelaburan pemegang saham.
(d) Pegangan aset semasa yang tinggi akan meningkatkan jumlah kecairan
syarikat.
(e) Liabiliti menunjukkan jumlah pinjaman samada tinggi atau rendah.

Pengurus kewangan perlu wujudkan keseimbangan dari segi struktur modal.


Keseimbangan yang baik antara liabiliti dan ekuiti akan membantu syarikat
membiayai aktiviti perniagaannya tanpa terikat dengan pembayaran kadar
faedah yang tinggi ataupun pembayaran dividen dan cukai yang tinggi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KEWANGAN  45

Contoh format Kunci Kira-kira bentuk ÂTÊ adalah Rajah 3.2:

Rajah 3.2: Contoh format kunci kira-kira bentuk 'T'


Contoh format Kunci Kira-kira bentuk penyata ialah seperti Rajah 3.3

Rajah 3.3: Contoh format kunci kira-kira bentuk penyata

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


46  TOPIK 3 KEWANGAN

Contoh: Penyata untuk menunjukkan prestasi.

3.2.3 Penyata Aliran Dana


Bagi sesetengah pengguna, Penyata Kewangan sudah mencukupi untuk
menerangkan prestasi kewangan syarikat. Akan tetapi, ia tidak memadai untuk
ahli-ahli kewangan. Ini adalah kerana maklumat penting mengenai kewangan
perniagaan tidak ditunjukkan oleh Penyata Kewangan. Maklumat pergerakan
modal kewangan tidak terdapat di dalamnya. Contohnya, maklumat mengenai
punca sumber kewangan dan bagaimana sumber itu digunakan. Ini adalah
penting kerana ia akan menunjukkan prestasi kewangan syarikat apabila
dikaitkan dengan Penyata Kewangan. Penyata Aliran Dana dihasilkan gabungan
antara Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira. Ia juga dikenali sebagai Penyata
Perubahan Kedudukan Kewangan. Rajah 3.4 di bawah menunjukkan contoh bagi
Penyata Aliran Dana.

Rajah 3.4: Contoh format kunci kira-kira bentuk Penyata Aliran Dana

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KEWANGAN  47

3.3 PERANCANGAN KEWANGAN


Perancangan kewangan merupakan aspek penting yang perlu ada untuk
memastikan syarikat dapat mengarah, menyelaras dan mengawal tindakannya
supaya selaras dengan matlamat dan objektif syarikat. Perancangan kewangan
melibatkan ramalan keperluan kewangan untuk keperluan jangka pendek seperti
modal kerja dan keperluan jangka panjang seperti pembelian aset tetap,
pelaburan dan lain-lain. Untuk membantu pihak pengurusan merancang
keperluan jangka pendek, belanjawan tunai disediakan. Manakala belanjawan
modal dibuat untuk merancang keperluan jangka panjang.

3.3.1 Belanjawan Tunai


Belanjawan tunai merupakan satu jadual yang menunjukkan baki tunai awal,
anggaran wang masuk dan anggaran wang keluar bagi satu tempoh masa akan
datang. Dalam belanjawan tunai, jumlah penerimaan dan pembayaran yang
dibuat oleh syarikat disenaraikan.

Belanjawan tunai boleh disediakan dalam tempoh tiga bulan, enam bulan dan
setahun. Pada akhir tempoh masa, belanjawan tunai menunjukkan syarikat
mengalami lebihan atau kurangan tunai. Dalam belanjawan tunai, hanya
urusniaga yang melibatkan tunai sahaja direkodkan. Urusniaga yang tidak
melibatkan tunai tidak direkod seperti hutang lapuk, susut nilai aset bukan
semasa, belanja terakru dan belian kredit.

(a) Kepentingan Belanjawan Tunai adalah seperti berikut:


(i) Mengukur Keupayaan Tunai
 Perniagaan mempunyai wang tunai yang cukup untuk keperluan
perniagaannya.
 Lebihan tunai menunjukkan peniaga mampu menjelaskan
liabilitinya.
 Kurangan tunai menunjukkan peniaga tidak mampu menjelaskan
hutang.
(ii) Mengetahui Pendapatan dan Perbelanjaan
 Mengetahui sumber pendapatan, jumlah dan bila wang diterima.
 Mengetahui perbelanjaan yang terlibat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


48  TOPIK 3 KEWANGAN

(iii) Alat Kawalan Berkesan


 Penerimaan dan pembayaran telah dirancang terlebih dahulu.
 Syarikat dapat mengawal kos dan perbelanjaan.
(iv) Membuat Perbandingan
 Membantu syarikat membuat perbandingan antara pendapatan
dan perbelanjaan yang dirancang dengan yang sebenar.
 Sekiranya berlaku perbezaan yang besar apabila perbandingan
dilakukan, syarikat perlu melakukan tindakan susulan.
(v) Motivasi
 Belanjawan dapat meningkatkan motivasi pengurus dan para
pekerja.
 Belanjawan menetapkan sasaran tertentu yang perlu dicapai.
Maka pihak pengurusan perlu bersedia memberikan ganjaran
seperti bonus, peluang bercuti dan insentif lain untuk
memotivasikan pekerja bagi mencapai matlamat.
(vi) Sumber Rujukan Utama Bank
 Untuk melihat kemampuan peniaga kendalikan perniagaannya.
 Belanjawan tunai menunjukkan keupayaan membayar tuntutan
perbelanjaan semasa.
 Belanjawan tunai juga digunakan sebagai sokongan untuk
mendapat kelulusan pinjaman daripada bank.

(b) Penyediaan Belanjawan Tunai


Terdapat empat komponen penting dalam belanjawan tunai iaitu:
(i) Penerimaan tunai;
(ii) Pembayaran tunai;
(iii) Komponen pembiayaan; dan
(iv) Lebihan tunai.
Langkah-langkah penyediaan belanjawan tunai ialah:
(i) Mulakan dengan baki tunai awal.
(ii) Ditambah semua anggaran perbelanjaan.
(iii) Ditolak semua anggaran pembayaran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KEWANGAN  49

(iv) Baki yang didapati ialah baki akhir wang tunai.


(v) Baki akhir bulan pertama akan menjadi baki awal bulan kedua.

(c) Format Belanjawan Tunai

Adibah Sdn. Bhd.


Belanjawan Tunai Bagi Tiga Bulan Berakhir 31 Mac 2020

BUTIR JAN (RM) FEB (RM) MAC (RM)

Baki b/b X X X
Penerimaan
Jualan Tunai X X X
Bayaran Penghutang X X
Pinjaman X
Faedah simpanan X X
Komisen X X
Lain-lain hasil tunai X X
Jumlah (A) XX XX XX
Pembayaran
Belian tunai X X X
Bayaran kepada pemiutang X X
Ambilan tunai X
Belian asset X
Lain-lain belanja tunai X
Jumlah (B) XX XX XX
Baki h/b (A-B) X X X

3.3.2 Belanjawan Modal


Pelaburan jangka panjang akan melibatkan satu jumlah penggunaan dana yang
banyak. Maka, syarikat perlukan satu analisis khusus untuk menilai dan memilih
pelaburan yang betul. Tujuannya adalah untuk memaksimumkan keuntungan
syarikat. Syarikat biasanya membuat pelbagai pelaburan jangka panjang dan
biasanya dalam bentuk aset tetap. Syarikat akan menghadapi masalah jika

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


50  TOPIK 3 KEWANGAN

membuat pembelian pada masa yang tidak sesuai ataupun berlaku kesilapan
belian.

Belanjawan modal sangat penting dalam membuat keputusan pelaburan modal.


Pada kebiasaannya, pemilihan projek atau pelaburan modal bergantung kepada
jenis projek sama ada projek itu bebas atau saling menyingkiri (mutually
exclusive) dan jumlah dana yang ada. Contohnya, pembelian aset pada kos tinggi
dengan usia guna ekonomi selama 10 tahun. Keputusan pembelian aset ini
menyebabkan syarikat terlibat dengan modal yang telah dilaburkan dan ini
mempengaruhi operasi syarikat selama 10 tahun.

Penambahan aset selalunya dikaitkan dengan jangkaan jualan akan meningkat.


Maka, kesilapan dalam membuat keputusan belanjawan modal memberi kesan
ketara kepada syarikat. Tempoh masa (timing) sangat penting. Terdapat dua
peraturan asas yang boleh dijadikan panduan bagi mengelakkan kesilapan
memilih aliran wang tunai (relevant cash flow) maka belanjawan modal mesti
berasaskan kepada aliran wang tunai dan bukannya keuntungan perakaunan
dan hanya tambahan aliran wang tunai saja berkaitan dengan keputusan terima-
tolak. Antara kaedah penilaian yang boleh digunakan ialah kaedah tempoh
bayaran balik, nilai kini bersih dan kaedah kadar pulangan dalaman.
(a) Kaedah Tempoh Bayaran Balik (TBB)
Kaedah tempoh bayaran balik adalah jumlah masa atau tempoh yang
diperlukan untuk mendapat balik jumlah pelaburan asal dalam sesuatu
projek atau pelaburan. Syarat penerimaan kaedah ini ialah jika TBB kurang
daripada tempoh maksimum bayaran balik yang ditetapkan, maka
pelaburan itu akan diterima. Begitulah sebaliknya. Untuk pelaburan
menghasilkan aliran tunai seragam (kos anuiti), TBB dikira menggunakan
formula berikut:

TBB = ___Pelaburan asal/awal___


Aliran tunai masuk tahunan

Contoh:
Syarikat Adibah Sdn Bhd mempunyai dua projek pelaburan Projek x dan
Projek y dengan pelaburan awal ialah RM50,000 dan RM 80,000. Aliran
tunai masuk ialah RM15,000 dan RM20,000 setiap tahun untuk selama 5
tahun.

Projek manakah yang berdaya maju? Kirakan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KEWANGAN  51

Jawapan:

Projek x Projek y
TBBx = 50,000 TBBy = 80,000
15,000 20,000
= 3.3 tahun = 4 tahun

Keputusannya:
Kedua-dua projek x dan y boleh diterima kerana tempoh bayaran baliknya
lebih singkat berbanding tempoh maksimum yang ditetapkan adalah 5
tahun. (3.3 thn < 4 thn < 5 thn)

Kelebihan kaedah TBB adalah:


(i) Kaedah ini senang untuk dikira dan lebih bersifat rasional;
(ii) Maklumat mengenai risiko pelaburan ada dengan anggapan lebih
lama tempoh bayaran balik, lebih tinggi risiko perniagaan; dan
(iii) Memberi ukuran kasar kecairan.

Kelemahannya ialah:
(i) Tiada pertimbangan yang jelas mengenai kekayaan pemilik;
(ii) Tidak mengambilkira faktor nilai masa wang;
(iii) Gagal mengambilkira pulangan selepas tempoh bayaran balik; dan
(iv) Tidak mengambilkira risiko yang terlibat dalam aliran tunai masa
hadapan.
(b) Kaedah Nilai Kini Bersih (NKB)
Ia merupakan satu kaedah belanjawan modal yang canggih kerana
mengambilkira nilai masa wang.

Nilai kini bersih = Nilai semasa aliran tunai masuk – Pelaburan awal

dimana, NKB = nilai kini bersih


NKB = ∑ Cft - PA PA = pelaburan awal
t=1
(1 + K )t Cf = nilai pada akhir tahun t
K = kadar faedah/kos modal
N = bilangan tahun

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


52  TOPIK 3 KEWANGAN

Syarat penerimaan kaedah ini ialah projek atau pelaburan akan diterima
sekiranya NKB lebih daripada RM0, positif dan projek akan di tolak
apabila nilai NKB kurang daripada RM0, negatif. Ini bermakna sekiranya
nilai NKB lebih besar daripada nilai RM0, syarikat akan mendapat
pulangan lebih besar daripada nilai kos modal yang dilaburkan. Sekiranya
NKB mempunyai nilai RM0, syarikat hanya pulang modal sahaja.

Jadual 3.1 menunjukkan jadual (PVIF) (Present value of Interest Factor –


Nilai sekarang dari Faktor Bunga) yang akan digunakan apabila bilangan
tahun adalah banyak. Jadual ini akan memberi nilai faktor yang perlu di
darabkan dengan nilai masa depan yang ingin didiskaunkan.

Jadual 3.1: Jadual PVIF


K
9% 10% 11% 12%
n
1 0.917 0.909 0.901 0.893
2 0.842 0.826 0.812 0.797
3 0.772 0.751 0.731 0.712
4 0.708 0.683 0.659 0.636
5 0.650 0.621 0.593 0.567

Contoh:
Syarikat Farhanis ingin menilai pelaburan M yang mempunyai pelaburan
asal RM100,000, aliran tunai RM80,000 untuk tahun pertama, RM20,000 dan
RM40,000 untuk tahun kedua dan tahun ketiga. Katakanlah kos modal
pelaburan adalah 10%, berapakah nilai kini bersih pelaburan ini?

Jawapan:
NK = (80,000 x PVIF10%, 1) + (20,000 x PVIF10%, 2) + (40,000 x PVIF10%,3)
= (80,000 x 0.909) + (20,000 x 0.826) + (40,000 x 0.751)
= 72,720 + 16,520 + 30,040
= RM119,280

NKB = NK – PA
= RM119,280 - RM100,000
= RM19,280

Keputusannya:
Maka kerana nilai kini bersih (NKB) bernilai RM19,280 (positif), iaitu lebih
daripada RM0, maka pelaburan ini diterima.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KEWANGAN  53

Kelebihan kaedah NKB ialah:


(i) Mengambil kira nilai kini wang;
(ii) Mengambil kira risiko aliran tunai masa hadapan;
(iii) Mempertimbangkan semua aliran tunai; dan
(iv) Kekayaan pemilik diambil kira dalam kaedah ini.

Kelemahan kaedah NKB ialah:


(i) Ia dinyatakan dalam bentuk ringgit dan bukannya dalam bentuk
peratusan; dan
(ii) Ia memerlukan anggaran kos modal untuk pengiraan nilai NKB.
(c) Kaedah Kadar Pulangan Dalaman (KPD)
Kaedah KPD merupakan satu kaedah yang menggunakan peratusan
sebagai pemilihannya. Ia adalah kadar diskaun yang menyebabkan
pelaburan mempunyai nilai kini bersih bersamaan kosong (NKB = RM0)

dimana,Cf = nilai pada akhir tahun t


n
RM0 = ∑ Cft - PA PA = pelaburan awal
t=1
(1 + KPD )t KPD = kadar pulangan dalaman
n = bilangan tahun

Atau gunakan formula ini;

n
∑ Cft = PA
t=1
(1 + KPD )t

Syarat penerimaan kaedah ini adalah pelaburan akan diterima sekiranya


kadar pulangan dalaman (KPD) adalah lebih besar daripada kadar kos
modal (KPD > K). Pelaburan akan ditolak sekiranya kos modal lebih besar
daripada kadar pulangan dalaman (K > KPD). Kadar pulangan dalaman ini
boleh di kira sama ada dengan menggunakan teknik percubaan (trial and
error).

Kelebihan kaedah KPD ialah:


(i) Mengambil kira semua aliran tunai;
(ii) Mengambil kira nilai kini wang;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


54  TOPIK 3 KEWANGAN

(iii) Mengambilkira risiko aliran tunai masa hadapan; dan


(iv) Mempertimbangkan kekayaan pemilik.

Kelemahan kaedah KPD ialah:


(i) Ia perlukan anggaran kos modal dalam pengiraannya; dan
(ii) Ia mungkin tidak berikan keputusan memaksimumkan nilai jika
digunakan untuk membandingkan projek yang saling menyingkirkan
dan mempunyai catuan modal.

 Fungsi kewangan sangat penting untuk membuat ramalan keperluan dana,


perolehan, pelaburan dan menguruskan sumber-sumber dana bagi
memastikan kelangsungan sesebuah perniagaan.
 Penyata kewangan merupakan ringkasan laporan perniagaan sesebuah
syarikat bagi satu tempoh tertentu.
 Belanjawan tunai diperlukan oleh syarikat untuk merancang keperluan dan
mengetahui sumber tunai untuk satu tempoh jangka pendek.
 Belanjawan modal membolehkan syarikat menilai dan memilih pelaburan
jangka panjang yang menguntungkan.
 Kaedah penilaian belanjawan modal yang biasa digunakan iaitu tempoh
bayaran balik (TBB), nilai kini bersih (NKB) dan kadar pulangan dalaman
(KPD).

Belanjawan modal Penyata aliran dana


Belanjawan tunai Perancangan kewangan
Kadar pulangan dalaman (KPD) Penyata kewangan
Kunci kira-kira Penyata pendapatan
Nilai kini bersih (NKB) Tempoh bayaran balik (TBB)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KEWANGAN  55

Arahan: Jawab soalan ini dalam masa 30 minit.


Berikut adalah Imbangan Duga yang diperoleh daripada Jokhanise Enterprise:

Debit (RM) Kredit (RM)


Stok 1 Julai 20X3 8,200
Belian 57,200
Jualan
Angkutan keluar 1,020 93,720
Kelengkapan kedai 12,700
Penghutang 3,620
Pemiutang 4,110
Ambilan 280
Belanja am 190
Gaji 9,900
Bangunan 40,600
Komisen diterima 450
Insurans 1,200
Diskaun diberi 370
Diskaun diterima 440
Duti atas belian 260
Pulangan masuk 1,300
Pulangan keluar 340
Elektrik, air dan telefon 2,600
Tunai 270
Overdraf bank 3,620
Faedah dibayar 180
Modal 1 julai 20X3 37,660

Stok pada 30 Jun 20X4 ialah RM 4,040 pada harga kos dan RM 4,400 pada harga
pasaran.

Sediakan Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 30 Jun 20X4 dan Kunci Kira-
kira pada tarikh yang sama. (Tunjukkan modal kerja.)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


56  TOPIK 3 KEWANGAN

Arahan: Jawab soalan ini dalam masa 30 minit.

Encik Halim, pemilik perniagaan Sri Keningau membekalkan maklumat yang


berikut pada 1 Januari 20X4.
1. Baki tunai pada 1 Januari ialah RM15,000.
2. Jualan tunai bagi bulan Januari berjumlah RM30,000 dan akan bertambah
pada tiap-tiap bulan sebanyak 10% daripada jualan sebelumnya.
3. Anggaran belian tunai:
Januari RM23,600
Februari RM24,200
Mac RM25,000
4. En. Halim ingin mengubahsuai premis. Kerja ubahsuai yang melibatkan kos
sebanyak RM12,000 ini akan dimulakan pada bulan Februari dan
dijangkakan akan dibayar pada akhir bulan Mac.
5. Cukai jalan RM450 perlu dibayar secara tunai pada bulan Mac.
6. Ambilan tunai setiap bulan RM220.
7. Belanja lain setiap bulan:
Gaji RM3,000
Kadar bayaran RM1,500
Belanja am RM420
8. Pada bulan Februari, perniagaan menerima bayaran dari penghutang
sebanyak RM3,000 dan RM5,000 pada bulan Mac.

Anda dikehendaki menyediakan belanjawan tunai bagi suku tahun berakhir 31


Mac 2014.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Promosi
4
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mendefinisikan promosi;
2. Membincangkan peranan dan jenis-jenis promosi;
3. Mengenal pasti media-media pengiklanan serta kelebihan dan
kekurangannya; dan
4. Mengenal pasti faktor-faktor pemilihan pengiklanan dari segi kos dan
sifat barang, saiz perniagaan dan luas pasaran, sasaran pengguna dan
dasar kerajaan.

 PENGENALAN
Dalam topik ini, kita akan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan
dengan promosi dan pengiklanan. Antaranya ialah definisi, peranan dan jenis-
jenis promosi, media pengiklanan dan faktor pemilihannya.

4.1 PENGENALAN PROMOSI


Terdapat pelbagai cara dalam mempromosikan sesuatu produk. Promosi
memainkan peranan yang penting dalam sesuatu perniagaan. Di sini, kita akan
mempelajari apakah definisi promosi, peranan serta jenis-jenis promosi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


58  TOPIK 4 PROMOSI

4.1.1 Definisi Promosi

Promosi ialah proses memberitahu atau memaklumkan kepada orang


ramai tentang sesuatu perkara. Tujuan promosi adalah untuk
memberitahu, menyedarkan dan memujuk pengguna tentang
keistimewaan sesuatu barang atau perkhidmatan.

4.1.2 Peranan Promosi


Terdapat beberapa peranan yang dimainkan oleh promosi. Antara peranan yang
dimainkan oleh promosi ialah:
(a) Memperkenalkan Barang dan Perkhidmatan yang Ada di Pasaran
Promosi akan dapat membantu pengeluar untuk memperkenalkan barang
atau perkhidmatan baru di pasaran. Pengguna akan dimaklumkan tentang
barang itu seperti jenama, jenis, kuantiti dan kegunaannya.
(b) Memujuk dan Mempengaruhi Pengguna
Promosi akan menyatakan tentang kelebihan atau kebaikan sesuatu barang
atau perkhidmatan. Ini akan dapat mempengaruhi dan memujuk pengguna
untuk mendapatkan barang atau perkhidmatan yang dipromosikan.
(c) Mewujudkan Permintaan Terhadap Sesuatu Barang atau Perkhidmatan
Promosi perlu bagi barang atau perkhidmatan baru di pasaran kerana
melalui promosi, pengeluar akan dapat memujuk dan merayu pengguna
untuk membeli barang atau perkhidmatan yang dipasarkan itu.
(d) Meningkatkan Jualan dan Keuntungan Perniagaan
Keberkesanan promosi sesuatu produk akan dapat menarik minat
pengguna dan seterusnya meningkatkan jualan. Peningkatan dalam jualan
akan memberi kesan kepada keuntungan yang diperoleh oleh sesebuah
perniagaan.
(e) Meluaskan Pasaran Barang atau Perkhidmatan
Melalui promosi, pasaran dapat diluaskan kerana pengguna dapat
mengetahui maklumat tentang barang atau perkhidmatan yang
dipromosikan itu. Pemahaman pengguna tentang barangan ini akan
memudahkan pengeluar untuk memasarkan produk mereka dan
seterusnya meluaskan pasaran.
(f) Menonjolkan Kelebihan Barang atau Perkhidmatan yang Dipasarkan
Promosi juga membantu pengeluar untuk menerangkan tentang kebaikan
dan kelebihan produk yang dihasilkannya berbanding dengan produk lain

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PROMOSI  59

yang ada di pasaran. Situasi ini akan dapat menarik minat pengguna untuk
mendapatkan produk yang dipromosikan itu.
(g) Mengekalkan Pasaran Sesuatu Barang atau Perkhidmatan
Promosi yang dilakukan secara berulang-ulang akan membantu sesuatu
produk itu kekal di pasaran. Misalnya apabila menyebut ubat gigi, orang
ramai terutamanya di kampung akan menyebut „Colgate‰ walaupun ia
hanya salah satu jenama ubat gigi.

4.1.3 Jenis-jenis Promosi


Terdapat empat jenis promosi iaitu:
(a) Pengiklanan
Pengiklanan merupakan satu cara komunikasi pemasaran yang dirancang
untuk memberitahu serta memujuk pengguna untuk membeli sesuatu
keluaran atau perkhidmatan. Iklan-iklan direka dan dirancang
menggunakan pelbagai gaya tarikan untuk memikat hati pelanggan.
Terdapat tiga jenis gaya tarikan iaitu pujukan rasional, pujukan emosi dan
pujukan moral. Terdapat tiga jenis iklan yang utama iaitu iklan penerangan,
iklan memujuk dan iklan mengingat. Pelbagai media boleh digunakan
untuk mengiklan seperti radio, televisyen, surat khabar, majalah dan papan
iklan.
(b) Promosi Jualan
Promosi jualan merupakan salah satu cara berkesan untuk mewujud,
mengekal, menembusi serta memperluaskan pasaran. Promosi jualan
melibatkan pemberian pelbagai jenis insentif untuk merangsang pengguna
agar menambahkan belian mereka. Insentif ini termasuklah pemberian
diskaun, hadiah kupon, cabutan bertuah, jualan murah dan lain-lain.

Promosi jualan ditujukan kepada dua pihak iaitu pihak pengguna yang
dikenali sebagai promosi pengguna dan pihak pengedar yang dikenali
sebagai promosi jurujual. Tujuan promosi jualan diadakan adalah untuk
meningkatkan jualan, serta mengembangkan dan memperkukuhkan
pasaran. Pada kebiasaannya, promosi dilakukan untuk jangka waktu
pendek.
(c) Promosi Terus
Jualan pengedar dan pihak jurujual dikenali sebagai promosi terus. Jualan
terus merupakan satu kaedah jualan yang melibatkan interaksi dan
pertemuan secara peribadi antara penjual dengan bakal pelanggan. Jurujual
atau agen yang mewakili pihak pengeluar akan melawat bakal pelanggan,
memperkenalkan barang jualan, serta memujuk mereka membeli barang
itu. Tujuannya adalah untuk memberitahu dan memujuk pengguna untuk

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


60  TOPIK 4 PROMOSI

membeli produk yang dipromosikan itu. Melalui cara ini, pengeluar


mendapat maklum balas terus daripada pengguna tentang cita rasa mereka.
Antara contoh jenama jualan terus termasuk Amway, Cosway, Hai-O dan
Avon yang memasarkan barang kosmetik, ubat dan barang rumah tangga.
(d) Publisiti
Publisiti merupakan maklumat atau siaran yang disampaikan oleh pihak
media massa tentang sesuatu keluaran di dalam akhbar, televisyen, radio
mahupun majalah. Maklumat ini bebas dan berkecuali tanpa dipengaruhi
oleh pihak pengeluar. Aktiviti yang dilakukan oleh syarikat atau pengeluar
untuk menaja sesuatu program dan disampaikan melalui media massa
tanpa perlu membayar kepada pihak media massa. Kebiasaannya,
maklumat yang disampaikan adalah dalam bentuk berita. Contohnya
sebuah syarikat minuman menaja kejohanan sukan sesebuah negeri.
Dengan ini, syarikat minuman tersebut mendapat publisiti kerana nama
syarikat dan barang keluarannya disiarkan dalam media massa.

SEMAK KENDIRI 4.1


1. Apakah yang dimaksudkan dengan promosi?
2. Huraikan empat peranan promosi.
3. Terdapat empat jenis promosi. Pada pendapat anda, promosi jenis
manakah yang boleh mendatangkan untung yang cepat? Berikan
penjelasan anda.

4.2 MEDIA PENGIKLANAN


Dalam pemilihan sesuatu iklan, kita haruslah tahu memilih iklan yang terbaik.
Pemilihan iklan bagi sesuatu jenama barangan adalah sesuatu yang penting
dalam kejayaan penjualan barangan tersebut. Media adalah saluran komunikasi
utama yang membawa mesej pengiklanan. Terdapat tiga jenis media pengiklanan
utama yang terdiri daripada media bercetak, media elektronik dan media lain .

4.2.1 Media Bercetak


Media bercetak meliputi semua dokumen, edaran dan bahan bercetak yang
berfungsi sebagai iklan. Percetakan mungkin berwarna ataupun dalam bentuk
hitam putih. Gambar, foto, ilustrasi, gambar rajah dan carta boleh menarik
perhatian pelanggan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PROMOSI  61

(a) Surat Khabar dan Majalah


Surat khabar merupakan media pengiklanan yang amat popular kerana ia
mempunyai pengedaran yang luas dengan kos yang rendah (lihat rajah 4.1).
Iklan dalam surat khabar boleh dilakukan dengan cara kecil seperti iklan
terkelas, sederhana seperti iklan ruangan dan besar seperti iklan muka
surat. Faktor-faktor yang menentukan bayaran iklan dalam surat khabar
ialah di halaman di mana iklan itu dimuatkan, saiz dan bentuk ruangan,
kegunaan warna dan luas pengedaran. Majalah digunakan untuk
mengiklan barang yang ditujukan kepada sasaran pelanggan tertentu.

Contohnya, iklan kosmetik boleh dimuatkan ke dalam majalah wanita dan


sebagainya. Kelebihan mengiklan dalam surat khabar dan majalah ialah ia
murah berbanding media lain seperti televisyen atau skrin besar. Di
samping itu, surat khabar dan majalah juga mendapat subsidi kos
percetakan. Kelemahannya ialah tiada kesan audio, hanya dapat
menghubungi orang yang tahu membaca sahaja, kesan yang tidak
berpanjangan dan mudah diabaikan oleh pembaca.

Rajah 4.1: Utusan Malaysia ialah contoh surat khabar tempatan


(b) Katalog
Katalog merupakan buku kecil yang menunjukkan gambar foto barang
yang diiklan secara berwarna-warni dalam bentuk yang menarik.
Percetakan katalog adalah mahal kerana kertas, pewarnaan dan reka
bentuk yang berkualiti. Kelebihan katalog ialah ia menarik dan mudah
diedarkan. Manakala kelemahannya ialah kosnya mahal dan melibatkan
kos pengedaran.
(c) Risalah
Risalah merupakan helaian kertas atau poster kecil yang diedarkan dengan
tangan. Risalah sering diedarkan oleh Institusi Pengajian Tinggi Awam
mahupun Swasta untuk menunjukkan kursus-kursus yang ditawarkan.
Selain itu, ia juga digunakan oleh penerbit buku dan pasar raya untuk
memberitahu orang ramai tentang tawaran istimewa atau jualan murah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


62  TOPIK 4 PROMOSI

Kelebihan mengiklan melalui risalah ialah kos percetakannya murah dan ia


dapat disampaikan kepada orang yang hendak ditujukan kerana risalah
diedar dengan tangan dari rumah ke rumah.
(d) Poster dan Sepanduk
Poster dan sepanduk merupakan kepingan kertas, kain, tin atau papan
yang membawa perutusan atau cogan kata ringkas dan kadangkala disertai
lukisan yang menarik. Poster dan sepanduk ditampal ataupun digantung di
merata-rata tempat seperti di dinding bangunan, perhentian bas, bahagian
depan pawagam, pokok dan di tiang-tiang elektrik. Perutusan dalam poster
dan sepanduk mungkin memujuk orang ramai membeli sesuatu barangan
ataupun mengumumkan sesuatu perkara seperti pertandingan memancing
atau membangkitkan sesuatu isu, seperti penjagaan alam sekitar.

Kelebihan mengiklan menggunakan poster dan sepanduk ialah kos yang


murah kerana poster boleh dilukis dan dibuat sendiri dan ia boleh
ditempatkan di tempat-tempat awam yang strategik. Kelemahannya pula
ialah pengiklan boleh disaman jika poster ditampal di tempat larangan,
poster mudah dirosak atau dibuang oleh pelaku pemusnah (vandals) dan
liputannya terhad kepada kawasan tertentu sahaja.
(e) Halaman Kuning
Halaman kuning lebih dikenali sebagai Yellow Pages ialah buku panduan
perniagaan yang diterbitkan oleh syarikat Telekom Malaysia Berhad. Ia
terdiri daripada kertas kuning yang mengandungi iklan-iklan perniagaan.
Kesemua iklan disusun mengikut jenis perniagaan dan secara urutan abjad
untuk memudahkan rujukan. Halaman kuning ini memberi maklumat
mengenai nama, alamat perniagaan, nombor telefon, faks serta keterangan
tentang jenis barang jualan. Buku ini diberi percuma kepada semua
pelanggan telefon di seluruh negara. Kelebihan halaman kuning ini ialah ia
mempunyai liputan pasaran yang luas, usia guna buku ini agak panjang
kerana ia diperbaharui setahun sekali dan saiz ruang iklan boleh disewa
mengikut kemampuan pengiklan. Kelemahannya ialah maklumat di dalam
iklan ini tidak boleh dikemaskinikan sehingga tamat setahun.
(f) Kalendar dan Diari
Kalendar dan diari yang siap dicetak dengan nama kedai serta barang
jualan boleh diberi secara percuma kepada pelanggan kedai. Kelebihannya
ialah ia merupakan cara yang baik untuk menghargai sokongan yang diberi
oleh pelanggan dan dapat memikat hati pelanggan. Manakala
kelemahannya ialah kos kalendar dan diari adalah tinggi dan hanya diberi
kepada pelanggan yang penting sahaja.
(g) Kad Perniagaan
Kad nama peniaga yang dicetak dengan nama, nombor telefon dan alamat
perniagaan serta barang jualan boleh diedarkan kepada pelanggan sebagai

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PROMOSI  63

iklan. Kelebihannya ialah kos yang murah, cara baik untuk


memperkenalkan diri dan ia bersaiz kecil dan mudah dibawa ke mana-
mana.

AKTIVITI 4.1

Adakah media-media pengiklanan mempengaruhi anda dalam


membuat keputusan untuk membeli sesuatu barangan yang kurang
penting kepada anda hanya kerana iklan yang dipaparkan sangat
menarik perhatian anda? Bincangkan.

4.2.2 Media Elektronik


Media elektronik meliputi semua media iklan yang beroperasi secara elektrik dan
elektronik. Ia merangkumi Internet, televisyen, radio, lampu neon, pawagam dan
skrin besar.
(a) Internet
Ia merupakan satu cara pengiklanan yang amat berkesan dan menjimatkan
dalam era teknologi maklumat. Pengeluar boleh membina laman sesawang
yang menunjukkan gambar, foto, spesifikasi dan harga produk untuk
diakses oleh jutaan pengguna Internet di seluruh dunia. Produk boleh
dipamerkan secara berwarna, beranimasi serta dalam bentuk audio dan
video untuk menambahkan daya tarikannya. Bagi memastikan laman
sesawang ini dapat diakses dengan mudah, pengiklan perlu mempunyai
enjin pencarian sendiri atau mendaftar dengan laman sesawang yang
mempunyai enjin pencari.

Fungsi enjin pencari ialah membolehkan pengguna Internet mengakses


dengan cara menaip kata kunci yang berkaitan dengannya. E-mel ialah cara
menghantar maklumat menerusi rangkaian komputer dengan kos yang
paling minima. Kelebihannya ialah liputan luas merangkumi seluruh dunia,
menjimatkan, pantas dan menarik, manakala kekurangannya pula ialah ia
terhad kepada pelanggan Internet sahaja, kos pembinaan laman sesawang
mahal, laman sesawang boleh dirosakkan oleh penggodam dan persaingan
hebat dengan laman sesawang yang lain.
(b) Televisyen
Sesetengah orang mengatakan televisyen adalah medium yang terbaik bagi
pengiklan memasarkan sesuatu barangan kerana pada waktu perdana
tontonan, jumlah penonton yang menonton televisyen mencapai jumlah
yang maksimum dan kuasa pembelian juga meningkat. Televisyen juga
boleh mendemonstrasi barangan iklan mereka supaya pembeli boleh

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


64  TOPIK 4 PROMOSI

menilai dengan lebih jelas. Penonton juga boleh menilai secara bersemuka
dengan iklan barangan tersebut melalui iklan yang disiarkan. Inilah
kelebihan yang terdapat pada media pengiklanan televisyen.

Walaupun begitu kelemahan media ini pula adalah tidak semua orang suka
menonton televisyen dan juga tidak semua orang mempunyai masa untuk
menonton. Oleh itu kuasa belian juga boleh hilang pada golongan-golongan
yang tidak suka menonton. Kelemahan pengiklanan televisyen pula adalah
kosnya yang berubah-ubah dan semakin meningkat. Ini membuatkan kos
pengiklanan menjadi beban kepada pengiklan. Kelemahan lain yang juga
dapat dilihat ialah iklan yang disiarkan kadangkala dipendekkan dan ini
membuatkan mesej yang ingin disampaikan tidak jelas terhadap penonton
dan boleh membuatkan penonton tidak tertarik untuk membeli produk
tersebut.
(c) Radio
Pengiklanan menerusi siaran radio adalah lebih murah berbanding dengan
televisyen. Radio adalah media ketiga terpenting di dalam pemasaran
sesuatu produk untuk pengiklan. Hampir 100% rumah di Amerika Syarikat
mempunyai radio. Pemilihan radio dibuat berdasarkan kepada medium
radio itu sendiri sebagai suatu alat komunikasi yang peribadi buat
pengguna. Ia membolehkan pendengar berimaginasi dalam memainkan
peranan sebagai pembeli. Radio mempunyai kawasan siaran yang luas dan
dapat didengar di mana-mana dan pada bila-bila masa.

Kelebihan iklan radio adalah ia ekonomi, menjimatkan wang dan juga masa
pengiklan, mempunyai waktu ke udara yang pendek jadi tidak membazir
masa. Ia juga boleh menggunakan personaliti tempatan untuk menjayakan
sesuatu iklan radio dan ini amatlah menjimatkan. Kelemahan dalam media
pengiklanan radio adalah tiadanya visual yang membolehkan para
pendengar melihat tentang iklan yang sedang disiarkan. Pembelian melalui
radio juga dilihat tidak praktikal.
(d) Lampu Neon
Pengiklanan menerusi lampu neon sangat berkesan pada waktu malam.
Lampu neon menggunakan kuasa elektrik untuk memancarkan nama
kedai, jenama barang, lambang dan huruf berwarna-warni serta berkelip-
kelip. Kelebihan lampu neon adalah ia dapat menambahkan keindahan
kedai dan menarik pelanggan. Lampu neon ini juga dapat memancarkan
nama kedai atau bentuk barang dari jauh lagi. Kelemahannya ialah
kesannya terhad kepada waktu malam sahaja. Selain itu kos belanja
elektrik, kos pemasangan dan penyelenggaraan adalah tinggi dan kerja
membaiki kerosakannya amatlah rumit terutama di bangunan tinggi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PROMOSI  65

(e) Pawagam
Pawagam yang berfungsi pada masa kini adalah berbentuk ÂcineplexÊ yang
bersaiz kecil. Pawagam yang bersaiz besar menjadi kurang akibat
kemerosotan dalam industri pawagam kerana persaingan dengan Âhome
videoÊ. Namun begitu pengiklanan masih dilakukan kepada sasarannya
iaitu penduduk setempat. Terdapat dua jenis pengiklanan melalui
pawagam iaitu pertunjukan sisip kaca dan tayangan filem dalam bentuk
lakonan.
(f) Skrin Besar
Skrin besar dipasang di tempat yang strategik seperti di dinding bangunan
kompleks membeli-belah, di persimpangan jalan, di stadium, perhentian
bas dan di lebuh raya. Skrin ini beroperasi secara elektronik seperti
televisyen, ia menunjukkan filem pengiklanan yang ditayang berulangkali.
Skrin ini mungkin dimiliki oleh agensi pengiklanan, kerajaan ataupun
syarikat lain yang berkongsi kos pemasangan dan operasinya. Kelebihan
skrin besar ini ialah ia amat berkesan kerana iklan itu dapat dilihat dari
tempat yang jauh dan ia adalah menarik, terutamanya pada waktu malam.
Kelemahannya ialah kos pemasangan dan penyelenggaraannya tinggi,
lokasi terhad dan skrin besar kadangkala mengganggu perhatian orang
ramai, khususnya pemandu kereta dan mungkin mendatangkan
kemudaratan kepada pengguna jalan raya.

4.2.3 Media Lain


Tahukah anda apakah jenis pengiklanan yang menggunakan media lain? Mari
kita bincangkan. Media pengiklanan yang lain merangkumi papan tanda,
peragaan tingkap, sampel, hadiah dan cenderamata, pameran, pertunjukan dan
ekspo serta belon udara.
(a) Papan Tanda
Papan tanda merupakan cara iklan yang paling asas dan lazim digunakan
oleh peruncit untuk memperkenalkan identiti perniagaannya kepada
pelanggan. Papan tanda boleh dibuat daripada papan, logam atau plastik
dan ia menunjukkan nama kedai atau jenis perniagaannya. Ia biasanya
digantung di depan kedai. Terdapat juga papan tanda arah tuju yang
didirikan di tepi jalan, di stesen bas, di lapangan terbang dan di pinggir
bandar untuk membimbing bakal pelanggan menuju ke kedai yang hendak
mereka kunjungi. Kos mengiklan menggunakan papan tanda adalah
murah. Namun, mesej yang dapat disampaikan adalah ringkas, pendek dan
terhad sahaja.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


66  TOPIK 4 PROMOSI

(b) Peragaan Tingkap


Peragaan tingkap bermaksud mengatur barang secara kemas, rapi dan
indah di dalam premis sebagai daya tarikan. Cara ini digunakan oleh
peruncit seperti pasar raya dan gedung aneka jabatan sebagai gimik untuk
menambah jualan. Barang yang cantik, menarik dan mahal diletakkan pada
aras penglihatan untuk mengalakkan pembelian. Bagi kedai butik, model
patung akan diperagakan di tingkap pameran untuk menambat hati
pelanggan. Peragaan tingkap yang kreatif dan menarik dapat menimbulkan
minat pelanggan tanpa melibatkan kos yang besar. Namun liputannya
terhad kepada pelanggan yang lalu-lalang di hadapan kedai sahaja.
(c) Sampel, Hadiah dan Cenderamata
Sampel adalah barang contoh yang diedarkan secara percuma kepada
pelanggan untuk menggalakkan belian. Sampel biasanya bersaiz kecil
untuk menjimatkan kos. Sampel diuji pakai oleh pengguna sebelum mereka
melakukan pembelian. Sampel turut diberikan kepada pelanggan yang
membeli dalam kuantiti yang banyak. Pemberian sampel menguntungkan
pengguna. Hadiah atau cenderamata diberikan secara percuma sebagai
sampel iklan. Contohnya kemeja T, gelang kunci, topi, beg plastik dan
pelekat. Mesej iklan akan terpapar pada barang tersebut boleh dicetak
dalam bentuk logo, lambang, jenama atau cogan kata. Tujuannya untuk
mengingatkan pengguna mengenai kewujudan jenama berkenaan.
(d) Pameran, Pertunjukan dan Ekspo
Pameran, pertunjukan dan ekspo boleh diadakan untuk mempromosikan
barangan jualan. Semasa pameran, demonstrasi mengenai ciri-ciri
keistimewaan, cara penggunaan serta kelebihan sesuatu barang akan
diadakan dan sebarang pertanyaan daripada pembeli dapat dijawab.
Pameran kadangkala diadakan oleh sekumpulan peniaga yang akan
membiayai kos pameran secara kolektif. Pameran biasanya diadakan secara
berkala. Kelebihannya ialah pengguna diberi tunjuk ajar mengenai
beberapa ciri dan cara penggunaan barangan. Kelemahannya ialah
pengiklan terpaksa membayar kos sewa tapak dan kos pengangkutan.
(e) Belon Udara
Pengiklanan menerusi belon udara merupakan satu media yang amat
menarik perhatian orang ramai di samping menambahkan keindahan dan
kemeriahan persekitaran setempat. Belon udara mempunyai gambar, logo
atau mesej iklan yang berwarna-warni, terapung di udara dan dapat dilihat
dari jauh. Belon sering digunakan untuk mempromosikan jenama barangan
semasa perayaan seperti sewaktu pesta sukan, pesta laut atau pesta
makanan. Rajah 4.2 menunjukan belon udara dari Tune Talk yang
mempromosikan telefon pra-bayar keluaran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PROMOSI  67

Rajah 4.2: Belon udara promosi dari Tune Talk

4.3 FAKTOR PEMILIHAN PENGIKLANAN


Pengiklanan merupakan perkara yang amat penting dalam mempromosikan
sesuatu keluaran atau barang. Jika barangan ataupun keluaran adalah pertama
kali diperkenalkan di pasaran, alat yang paling sesuai digunakan untuk
mempromosikannya kepada pengguna adalah pengiklanan. Jika ia telah lama
berada di pasaran, publisiti dan pengiklanan mungkin menjadi campuran
pemasaran yang berkesan. Selain itu, pemasar perlu memikirkan audien
sasarannya sebelum memilih campuran promosi. Campuran promosi perlulah
mempertimbangkan bagaimana corak pembuatan keputusan dalam menentukan
pemilihan pengiklanan. Mari kita bincangkan antara faktor yang perlu diambil
kira dalam pemilihan pengiklanan.

4.3.1 Kos dan Sifat Barang


Secara teorinya, kos dalam mengiklankan sesuatu keluaran adalah suatu proses
yang mudah. Ini termasuklah suatu kenyataan yang tidak dapat disangkal dalam
proses pengiklanan iaitu memaksimumkan keuntungan yang diperoleh daripada
hasil jualan keluaran. Sangkaan secara teori terhadap kos pengiklanan yang
dianggap sebagai sesuatu proses yang mudah dalam kos pengiklanan.

Pelaburan yang berterusan dalam pengiklanan perlulah berlaku untuk


memastikan kejayaan penjualan sesuatu keluaran atau barangan. Para pengiklan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


68  TOPIK 4 PROMOSI

perlulah mempertimbangkan beberapa faktor dalam kos pengiklanan seperti


objektif iklan, aktiviti iklan pesaing dan juga berapa banyak wang yang
diperuntukkan untuk sesuatu iklan.

Objektif iklan adalah suatu perkara yang paling utama perlu difikirkan dalam
keputusan memilih iklan bagi memasarkan produk. Setiap peringkat kos dalam
pengeluaran iklan perlulah diikuti daripada objektif yang khusus untuk
pengiklanan; lebih besar impak iklan, lebih besarlah kos pembuatannya. Jika
sesuatu iklan menginginkan peningkatan belian sesuatu keluaran atau barangan,
maka kos pengiklanan yang besar adalah perlu bagi memastikan produk sentiasa
dalam perhatian pengguna.

Aktiviti pengiklanan pesaing merupakan satu lagi faktor yang penting yang
perlu difikirkan oleh pengiklan dalam pengiraan kos iklan mereka. Dalam
pasaran masa kini yang mempunyai saingan yang sengit, banyak yang perlu
dilaburkan bagi memastikan peningkatan kuasa belian pengguna ataupun
sekurang-kurangnya bertahan di pasaran. Berapa banyak wang yang
diperuntukkan bagi penghasilan sesuatu iklan adalah faktor ketiga yang perlu
difikirkan dalam proses pengiklanan. Lebih banyak yang perlu dilaburkan bagi
penghasilan iklan yang bermutu. Iklan yang bermutu pula adalah perlu bagi
menarik minat pengguna atau pembeli. Bagi pihak pengurusan yang
menguruskan penerbitan sesuatu iklan, penetapan kos adalah perkara yang
penting kerana untuk meyakinkan pihak atasan bukanlah suatu perkara yang
mudah. Kos perlulah yang mampu dibiayai.

Sifat barang pula adalah subjektif dalam pengiklanan. Barang A mungkin lebih
disukai berbanding barang B di mata pengguna. Di sinilah perlu kebijaksanaan
pengiklan bagi memperlihatkan keunikan barangan mereka di mata pembeli. Jika
pengiklan mempunyai barang yang tiada pesaing di pasaran, maka mudahlah
tugas mereka dalam mengiklankan barangan mereka dan lebih kecil kos yang
mereka perlukan dalam pengiklanan. Jika barangan yang hendak diiklankan
mempunyai pesaing-pesaing lain maka mereka perlu mengambil langkah-
langkah yang lebih efektif dan kos yang lebih besar mungkin diperlukan untuk
menghasilkan iklan yang menarik dan berkesan sebagai daya tarikan yang lebih
di mata pengguna.

Sifat barang yang berjenama dan tidak berjenama juga memainkan peranan.
Barang yang berjenama sudah mempunyai pasarannya sendiri di mata pengguna
dan sudah tentu penghasilan iklannya akan mendapat tempat di mata pengguna.
Bagi barangan yang tidak berjenama, para pengiklan perlu bijak menghasilkan
iklan yang dapat menarik perhatian pengguna terhadap barangan yang
diperkenalkan itu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PROMOSI  69

4.3.2 Saiz Perniagaan dan Luas Pasaran


Saiz perniagaan dan luas pasaran dalam pengiklanan adalah penting. Ianya
ditentukan mengikut pengiklan itu sendiri. Saiz perniagaan yang kecil bagi
syarikat-syarikat kecil memerlukan iklan yang sedikit dan lebih murah bagi
pemasaran produk-produk mereka. Saiz perniagaan yang besar bagi syarikat-
syarikat besar pula memerlukan iklan yang banyak dan lebih berkos tinggi bagi
pemasaran produk-produk mereka.

Luas pasaran pula bergantung kepada sasaran pengguna dan juga efektifnya
sesuatu barangan yang akan dipasarkan ataupun diiklankan. Keluasan pasaran
ini termasuklah juga dari segi geografi, sama ada di bandar ataupun di luar
bandar, dari segi umur iaitu tua atau muda dan dari segi status ekonomi iaitu
golongan berpendapatan tinggi, berpendapatan sederhana dan berpendapatan
rendah.

4.3.3 Sasaran Pengguna


Keberkesanan strategi pemasaran adalah perlu untuk sasaran pengguna.
Kegagalan dalam mensasarkan pengguna bagi produk-produk keluaran akan
menyebabkan kerugian kepada pengiklan. Pengiklan perlu mencari sasaran
pengguna masing-masing bagi memastikan barangan atau keluaran mereka
dapat meningkatkan hasil jualannya. Sebagai contoh, bagi kereta berjenama
mewah, tentulah sasaran penggunanya adalah golongan yang kaya dan
berkedudukan; maka, hasil iklannya perlulah bersifat mewah dan bermutu tinggi
bagi menarik minat pengguna.

Terdapat empat faktor dalam sasaran pengguna iaitu faktor geografi, faktor
demografi, faktor penggunaan produk dan juga faktor cara hidup. Maklumat
penggunaan produk apabila diperlukan secara amnya memberi kesan atau
impak yang berguna dalam pencarian pengguna sasaran (lihat Rajah 4.3). Faktor
geografi, faktor demografi dan juga faktor cara hidup selalunya disatukan bagi
mencapai sasaran pengguna yang lebih banyak dan berkesan.

Memahami gelagat pengguna adalah kajian yang berkaitan dengan proses


pembuatan keputusan belian oleh pembeli yang datang untuk membuat
pembelian dan menggunakan keluaran. Pembeli keluaran tidak semestinya
menjadi pengguna akhir keluaran. Individu mungkin membuat pembelian
keluaran untuk digunakan oleh keluarga atau rakannya. Oleh itu adalah penting
bagi pemasar untuk mengenal pasti siapa pengguna keluaran sebenarnya. Ini
adalah kerana penggunalah yang akan menggerakkan pembeli untuk membeli
keluaran. Situasi ini menunjukkan bahawa pemahaman tentang proses

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


70  TOPIK 4 PROMOSI

pembuatan keputusan pengguna amatlah penting dalam merangka strategi


pemasaran yang lebih berkesan.

Rajah 4.3: Pemilihan sasaran pengguna perlu dilakukan dengan baik

Kebanyakan pemasar pengiklanan menumpukan kepada aspek psikologi dan


sosiologi dalam memahami gelagat pengguna. Terdapat empat pengaruh utama
dalam menentukan gelagat pengguna seperti berikut:
(a) Pengaruh Psikologikal
Pengaruh ini termasuklah motivasi, tanggapan, keupayaan pembelajaran
dan sikap. Contohnya pengguna mungkin membeli keluaran Sony kerana
tanggapannya terhadap keluaran tersebut sebagai bermutu dan berkualiti
tinggi. Ini ditambah pula dengan sikap pengguna tersebut yang suka
keluaran berkualiti dan berjenama serta pengaruh rakan-rakan yang pernah
menggunakan keluaran Sony. Ini telah memberikan motivasi kepada
pengguna tersebut membuat keputusan untuk membeli barangan elektrik
berjenama Sony.
(b) Pengaruh Peribadi
Pengaruh ini termasuklah gaya hidup, personaliti, status ekonomi dan
peringkat kitaran hayat. Misalnya seorang pengguna yang membuat
keputusan membeli kereta Mercedes Benz model terbaru kerana
dipengaruhi oleh faktor gaya hidup, personaliti dan status ekonomi. Ini
bermaksud pengguna tersebut membeli kereta Mercedes Benz kerana gaya
hidupnya yang mewah dan mempunyai pendapatan tetap yang lumayan.
Oleh itu, untuk menjaga status ini, personaliti pengguna tersebut perlu
dijaga.
(c) Pengaruh Sosial
Pengaruh ini terdiri daripada elemen-elemen seperti keluarga, pendapat
pakar dan kumpulan rujukan. Contohnya keputusan membeli lampin pakai
buang berjenama Pampers adalah dipengaruhi oleh keluarga dan pendapat
pakar. Ini bermaksud keluaran ini dibeli kerana ia sesuai dengan anak-anak
dan ini disokong oleh setiap ahli keluarganya. Tambahan pula terdapat

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PROMOSI  71

pakar-pakar dalam penjagaan kesihatan bayi yang mencadangkan


penggunaan jenama tersebut.

(d) Pengaruh Budaya


Budaya bermaksud norma, amalan atau cara hidup yang diterima oleh
sekumpulan individu dan ia sukar untuk diubah. Adakalanya pengguna
membuat keputusan belian kerana faktor budaya. Contohnya pengguna
meningkatkan pembelian buah oren dan minuman bergas di sepanjang
musim perayaan Tahun Baru Cina. Ini kerana keluaran tersebut adalah
sinonim dengan budaya masyarakat Tiong Hua yang telah diwarisi sejak
turun temurun. Bagi pengguna yang menganut agama Hindu pula, alasan
utama mereka tidak membeli keluaran daging lembu dalam tin atau paket
adalah kerana faktor budaya mereka yang meletakkan bahawa haiwan
tersebut adalah suci.

4.3.4 Dasar Kerajaan


Dasar kerajaan merujuk kepada prinsip, haluan, sikap, pandangan serta
pegangan secara kolektif yang diambil dan dilaksanakan oleh pihak pemerintah.
Dasar kerajaan bersifat menyeluruh dan menyentuh pelbagai aspek kehidupan
masyarakat khususnya bidang ekonomi, politik, sosial, agama, pendidikan dan
sebagainya. Dasar ini akan berubah mengikut pandangan kerajaan, keperluan
semasa dan perkembangan antarabangsa.

Prinsip dan ketetapan dasar kerajaan terdiri daripada kepentingan negara,


kepentingan awam dan kebajikan awam. Terdapat tiga faktor yang
mempengaruhi penggubalan dasar awam iaitu politik, ekonomi dan sosial.

Merujuk kepada faktor-faktor pemilihan pengiklanan pula, firma-firma perlulah


mengambil kira dasar-dasar kerajaan yang telah ditetapkan supaya iklan yang
dipamerkan memenuhi kehendak dan keperluan semasa pengguna barangan
atau perkhidmatan yang diiklankan.

Selain itu, iklan yang ditayangkan perlulah berunsur sopan, tidak berunsur lucah
dan sesuai untuk tontonan atau bacaan umum. Selain itu, iklan yang ditayang
atau dipamerkan perlulah tidak memburuk-burukkan mana-mana pihak
terutama para pesaing barangan atau perkhidmatan yang sama jenis.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


72  TOPIK 4 PROMOSI

AKTIVITI 4.2

1. Terangkan lima jenis media pengiklanan yang biasa dilakukan di


negara kita.
2. Dewasa ini banyak syarikat menggunakan bintang-bintang
popular sebagai model iklan mereka. Berikan pendapat anda.

 Promosi ialah proses memberitahu atau memaklumkan kepada orang ramai


tentang sesuatu perkara.
 Terdapat beberapa peranan yang dimainkan oleh promosi. Empat jenis
promosi ialah pengiklanan, promosi juala, promosi terus dan publisiti.
 Media pengiklanan seperti media bercetak, elektronik dan sebagainya
mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri.
 Faktor-faktor pemilihan pengiklanan terdiri daripada kos dan sifat barang,
saiz perniagaan, sasaran pengguna, luas pasaran dan dasar kerajaan penting
bagi peniaga dalam mempromosikan sesuatu keluaran dan barang.

Jualan terus Pengiklanan


Media bercetak Promosi jualan
Media elektronik Publisiti

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Pengenalan
5 Keusahawanan

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan definisi usahawan dan keusahawanan;
2. Membincangkan sejarah awal keusahawanan;
3. Mengenal pasti tiga asas keusahawanan;
4. Menerangkan faktor-faktor pendorong usahawan menceburi bidang
keusahawanan;
5. Membincangkan cara-cara memupuk budaya keusahawanan di
kalangan masyarakat; dan
6. Mengenal pasti kepentingan pembudayaan keusahawanan.

 PENGENALAN
Masyarakat terbaik ialah masyarakat yang mempunyai paling ramai usahawan.
Ini adalah kerana usahawan merupakan individu yang kreatif, inovatif dan
dinamik. Usahawan sedia berhadapan dengan ketidaktentuan ekonomi menerusi
kreativiti dan komitmen yang tinggi untuk mencapai kejayaan dalam bidang
perniagaan. Semangat ini menjadikan seseorang usahawan itu mempunyai
paradigma yang jauh dan sentiasa berusaha meningkatkan daya saing dengan
memberikan pelbagai pilihan kepada masyarakat. Tahukah anda, mengapa
usahawan amat diperlukan dalam masyarakat? Mari kita lihat di bawah antara
empat punca utama mengapa usahawan diperlukan oleh sesebuah masyarakat:
(a) Usahawan berpotensi melihat dan mengenal pasti peluang yang terdapat di
persekitaran dengan menggiatkan aktiviti untuk memberi kesejahteraan
sejagat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


74  TOPIK 5 PENGENALAN KEUSAHAWANAN

(b) Usahawan membolehkan berlakunya penggabungan faktor-faktor


pengeluaran seperti modal, tanah, teknologi, maklumat dan sumber tenaga
untuk menghasilkan kerja yang cekap dan efektif.
(c) Mereka dapat memilih pendekatan terbaik dalam usaha menggunakan
semua faedah daripada faktor-faktor pengeluaran selepas menjalankan
aktiviti keusahawanan.
(d) Mereka juga dapat memastikan genarasi akan datang berterusan mendapat
kebaikan daripada setiap aktiviti keusahawanan yang telah dijalankan.

Kerajaan banyak memberi penekanan kepada pembangunan keusahawanan


kerana ia dapat memberi sumbangan yang positif ke arah usaha menyusun
semula masyarakat dan mempercepatkan proses industrialisasi. Ini selaras
dengan pewujudan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera
(MPPB). Menyedari kepentingan aktiviti keusahawanan dalam pembangunan
negara, satu resolusi telah digubal untuk mengukur kejayaan aktiviti
keusahawanan ini. Resolusi ini diperkenalkan dalam Kongres Ekonomi
Bumiputera ke-3 pada Januari 1992. Ukuran kejayaan ini dilihat dari perspektif
kuantitatif nisbah usahawan Bumiputera dalam keluarga mulai 1990 hingga
tahun 2020 seperti di dalam Jadual 5.1 di bawah.

Jadual 5.1: Petunjuk Kemajuan Keusahawanan

Tahun Usahawan Keluarga


1990 1 20
2000 1 15
2010 1 10
2020 1 5

5.1 DEFINISI USAHAWAN DAN KEUSAHAWAN


Usahawan-usahawan di negara kita telah banyak menyumbang kepada ekonomi
negara dengan keusahawanan mereka serta berbakti kepada masyarakat. Mari
kita lihat apakah yang dimaksudkan dengan usahawan dan keusahawanan.

5.1.1 Definisi Usahawan


Usahawan bermula daripada perkataan ÂentrepreneurÊ (usahawan) dalam bahasa
Inggeris berasal daripada bahasa Perancis iaitu ÂentreprendreÊ yang bermaksud
memikul (tugas), tanggungjawab atau mencuba. Bahasa Malaysia menyatakan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PENGENALAN KEUSAHAWANAN  75

istilah usahawan sebenarnya berasal daripada perkataan ÂusahaÊ. Menurut


Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2007), usaha merupakan daya upaya
termasuk ikhtiar, kegiatan, perbuatan dan lain-lain hal untuk melaksanakan atau
menyempurnakan sesuatu tugas dan pekerjaan bagi tujuan untuk mencapai
kejayaan.

Usahawan merupakan seorang yang berkebolehan untuk mengesan dan merebut


sesuatu peluang perniagaan. Mereka lebih cenderung melibatkan diri secara
langsung, mencipta peluang baru dalam perniagaan dan mengusahakan
perniagaan demi keuntungan dan kepuasan diri. Stoner (1995), mendefinisikan
usahawan sebagai pengasas kepada sesuatu usaha teroka dan mewujudkan satu
organisasi baru dan seterusnya menguruskannya untuk mendapat keuntungan.
Usahawan merupakan mereka yang mempunyai ciri-ciri peribadi yang unik dan
berbeza dengan individu lain. Usahawan dikatakan individu yang dapat
mengenali dan melihat peluang perniagaan.

Manakala Kirzner (1979) telah mendefinisikan usahawan sebagai individu yang


sentiasa berwaspada ke atas peluang-peluang perniagaan yang orang lain tidak
menyedarinya. Usahawan akan mengambil tindakan secara imaginatif, inovatif
dan kreatif. Menurut beliau:

ÂEntrepreneur is more than a just a risk-taker and innovator. He or she is the


one who sees the future that no one else has seen and, if this perception is
correct, bring about a reordering of resources to produce greater consumer
satisfaction and technological efficiency.Ê
Khirzner (1979)

5.1.2 Definisi Keusahawanan


Gardner (1989), menyatakan keusahawanan sebagai proses penciptaan sesebuah
organisasi. Kuratko dan Hodgetts (1995), pula menyatakan ia sebagai penciptaan
usaha niaga baru melalui empat dimensi utama yang melibatkan individu,
organisasi, persekitaran dan proses yang dibantu oleh rangkaian kerjasama
dalam kerajaan, pendidikan dan institusi. Mereka menekankan bahawa semua
aspek mikro dan makro pemikiran kemahiran keusahawanan perlu diambil kira
untuk mengenal pasti peluang yang boleh ditukar kepada idea-idea baru
perniagaan. Stevenson, Roberts dan Grousbeck (1989), telah memberi definisi
keusahawanan sebagai kesediaan individu untuk merebut peluang tanpa
mengambil kira sumber semasa yang ada di bawah kawalannya.

Hisrich dan Peter (1998), melihat perkataan keusahawanan sebagai proses


menghasilkan sesuatu yang baharu dari segi nilai dengan memperuntukkan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


76  TOPIK 5 PENGENALAN KEUSAHAWANAN

masa dan tumpuan serta tenaga yang diperlukan, menanggung bersama risiko
kewangan, psikik, sosial dan memperolehi ganjaran dari usaha tersebut dalam
bentuk kewangan dan kepuasan diri serta kebebasan. Manakala Jeffrey A.
Timmons, mendefinisikan keusahawanan sebagai tindakan kreatif manusia
membangunkan sesuatu bernilai daripada tiada suatu apapun. Keusahawanan
lebih kepada memburu peluang tanpa menghiraukan sumber atau kekurangan
sumber yang dimiliki mereka. Ia memerlukan wawasan dan komitmen untuk
memimpin orang lain ke arah wawasan itu.

Hasil daripada pelbagai definisi ini telah menjurus Dollinger (1995) menyatakan
keusahawanan sebagai pembentukan syarikat ekonomi yang berinovatif untuk
tujuan keuntungan serta bersedia berhadapan dengan risiko dan ketidakpastian
dalam ekonomi global. Semua definisi yang telah dibincangkan di atas
mendapati keusahawanan mempunyai kaitan rapat dengan usaha pembentukan,
perubahan dan pembangunan bagi pewujudan kombinasi baru dalam
melaksanakan aktiviti keusahawanan. Dari perbincangan di atas, dapatlah kita
fahami bahawa setiap individu mempunyai peluang untuk menjadi usahawan.
Perkara pokok yang membezakan usahawan dengan bukan usahawan ialah
kesediaan mereka untuk mengadun kreativiti, inovasi, pengambilan risiko
dengan komitmen bekerja untuk membentuk, membangun dan
memaksimumkan potensi diri dalam memanfaatkan peluang yang ada.

AKTIVITI 5.1

Bagaimanakah anda membezakan antara peniaga dengan usahawan


dan perniagaan dengan keusahawanan? Bincangkan.

Tahukah anda, terdapat empat aspek asas dalam keusahawanan? Mari kita
bincangkan. Empat aspek asas dalam keusahawanan ialah:
(a) Keusahawanan terlibat dalam mereka cipta sesuatu proses yang baru;
(b) Keusahawanan memerlukan kesetiaan kepada masa dan usaha;
(c) Keusahawanan adalah individu yang sanggup menerima pelbagai risiko
dalam aspek kewangan, psikologi dan sosial; dan
(d) Keusahawanan menerima banyak ganjaran seperti kebebasan, kepuasan
peribadi dan keuntungan.

Kita sememangnya tidak dapat mempertikaikan peranan usahawan dan


keusahawanan kepada negara. Menurut Syed Zamberi (2009), usahawan dan
keusahawanan banyak memainkan peranan kepada masyarakat dan negara
kerana:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PENGENALAN KEUSAHAWANAN  77

(a) Mereka menggabungkan sumber ekonomi;


(b) Mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf ekonomi;
(c) Meningkatkan taraf sosial masyarakat;
(d) Menggalakkan perkembangan dan penciptaan teknologi produk dan
perkhidmatan baharu;
(e) Mengurangkan kadar jenayah;
(f) Menggunakan sumber-sumber yang ada secara optimum;
(g) Meningkatkan infrastruktur setempat;
(h) Menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara;
(i) Memelihara alam sekitar; dan
(j) Menjadi sumber inspirasi.

AKTIVITI 5.2

1. Bentuk beberapa kumpulan yang mengandungi tiga hingga empat


orang dalam setiap kumpulan. Setiap kumpulan perlu layari Internet
dan dapatkan maklumat mengenai Wilayah Pembangunan Iskandar.
2. Setelah membaca bahan maklumat tersebut, lakukan sumbangsaran
dalam kumpulan untuk menjana sekurang-kurangnya enam idea
perniagaan yang dapat diwujudkan daripada Wilayah Pembangunan
Iskandar, Negeri Johor mengikut ÂFlagship ZonÊ.

5.2 SEJARAH KEUSAHAWANAN


Seterusnya, mari kita bincangkan mengenai sejarah keusahawanan. Sepertimana
yang kita ketahui, perkataan usahawan ini mula menjadi sebutan ramai di
Malaysia setelah diperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Walau
bagaimanapun, apabila diteliti sejarah awal, para usahawan pada ketika itu
hanya mengejar gaya penciptaan kekayaan semata-mata dan bukannya
pembangunan industri. Menurut Syed Zamberi (2009), terdapat lima peringkat
perkembangan sejarah awal keusahawanan iaitu:
(a) Peringkat Awal
Pada peringkat awal, kebanyakan usahawan terdiri daripada saudagar-
saudagar yang mengembara ke sesebuah negara. Saudagar ini mengembara
sebagai pedagang dan merantau dari satu negara ke satu negara lain
menerusi jalan laut dan jalan darat. Antara saudagar yang terkenal seperti

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


78  TOPIK 5 PENGENALAN KEUSAHAWANAN

Marco Polo, telah memperkenalkan istilah Âgo-betweenÊ. Beliau


bertanggungjawab mewujudkan laluan perniagaan ke Timur jauh. Dalam
proses ini, pemilik wang (venture capitalist) akan menyediakan sejumlah
wang kepada saudagar-saudagar ini untuk mendapatkan barangan jualan
mereka. Venture capitalist ini merupakan pengurus kewangan profesional
yang membuat pelaburan berisiko untuk memiliki kadar pulangan yang
tinggi. Saudagar pengembara ini tidak melepaskan peluang yang ada, maka
mereka mula bergiat aktif dalam aktiviti perniagaan. Hasil keuntungan
akan dibawa balik ke negara asal oleh saudagar-saudagar pengembara ini
kerana hampir 75% hasil dagangan mereka adalah milik pemberi hutang.
Para saudagar ini hanya memiliki lebihan 25% sahaja dari usaha mereka itu.
(b) Peringkat Pertengahan
Pada peringkat ini, usahawan ditakrifkan sebagai individu yang
menguruskan projek pengeluaran berskala besar. Individu ini tidak
mengambil sebarang risiko kerana mereka hanya bekerja untuk
menguruskan projek yang ada dari aspek penggunaan sumber dan
sebagainya. Individu ini hanya bertanggungjawab dengan kerja-kerja seni
bina seperti menyiapkan bangunan kota dan kubu pertahanan, membina
bangunan awam dan rumah-rumah ibadat.
(c) Peringkat Ketiga
Pada peringkat ini, kita akan dapati wujudnya hubungan risiko perniagaan
dengan peranan usahawan sendiri. Usahawan mungkin mendapat
keuntungan atau mengalami kerugian di atas persetujuan kontrak yang
telah ditandatangani oleh usahawan dengan golongan pemerintah. Bermula
di peringkat inilah Richard Cantillon, pada tahun 1725, memperkenalkan
perkataan usahawan kepada dunia. Beliau merupakan pelopor bagi kajian
keusahawanan pada abad ini. Beliau juga melihat usahawan ini sebagai
pengambil risiko ekonomi iaitu „buy at certain price-sell at uncertain price‰.
Jika kita lihat dalam proses ini, perolehan kewangan adalah suatu faktor
yang tidak pasti. Keadaan ini mewujudkan unsur risiko dan spekulasi
dalam sesebuah perniagaan.
(d) Peringkat Keempat
Pada abad ke-18, individu yang mempunyai atau memberikan modal (venture
capitalist) mula dibanding bezakan dengan individu yang perlukan modal
perniagaan (usahawan). Perkembangan sektor perindustrian di seluruh dunia
menyebabkan banyak penciptaan rekaan-rekaan baru seperti wujudnya
elektrik oleh Thomas Edison. Beliau memerlukan sokongan pembiayaan
sumber ekonomi. Kebiasaannya, para pemberi modal ini lebih cenderung
membuat pelaburan ke atas projek-projek yang berisiko untuk mendapatkan
pulangan yang tinggi. Perkembangan sektor perindustrian membuatkan
usahawan berusaha lebih gigih untuk merebut peluang yang ada demi
kemajuan diri, agama dan negara.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PENGENALAN KEUSAHAWANAN  79

(e) Peringkat Kelima


Pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20, usahawan menjadi agen
perubahan. Ini adalah kerana mereka melaksanakan penciptaan produk,
proses atau sistem baru. Pendekatan pengurusan banyak dipengaruhi dari
perspektif ekonomi. Secara umumnya, usahawan mengendalikan
perniagaan untuk mendapatkan keuntungan. Mereka akan menggunakan
segala kebijaksanaan untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan. Pada
pertengahan abad ke-20, pendekatan usahawan dilihat sebagai seseorang
yang memperkenalkan sesuatu ciptaan baru yang membawa kepada
perubahan dalam perniagaannya (Kuratko dan Hodgetts, 2008).

5.3 ASAS KEUSAHAWANAN


Setiap usahawan yang merancang untuk memulakan sebuah perusahaan baru
pasti akan mempertimbangkan banyak perkara sebagai asas sebelum
memulakannya. Asas ini akan memastikan perancangan dan pengurusan yang
baik dalam sesebuah syarikat.

5.3.1 Pengenalan
Asas keusahawanan perlu diberi perhatian oleh setiap individu yang akan
menceburi bidang tersebut. Oleh itu, mari kita bincangkannya. Di antaranya
ialah:
(a) Keusahawanan Sebagai Satu Proses
Usahawan bukan dilahirkan tetapi usahawan boleh dibentuk apabila
mereka melalui pelbagai proses pembangunan usahawan. Proses ini akan
didorong oleh keinginan dalaman yang kuat yang berlaku secara sengaja,
tidak sengaja atau dirancang. Dorongan dalaman ini perlukan kekuatan
fizikal, rohani dan emosi bagi mengubah sikap, personaliti dan kesediaan
untuk bersaing dalam dunia keusahawanan.
(b) Penekanan Kepada Kreativiti dalam Mengolah Sumber Syarikat
Kekuatan kreativiti, imaginatif dan pengalaman antara seseorang usahawan
itu adalah berbeza. Kita ketahui bahawa kreativiti merupakan nadi atau
tunjang kepada kejayaan seseorang usahawan. Secara tidak langsung, ia
dapat mengoptimumkan sumber yang terhad dalam menghadapi cabaran
dan persaingan dalam bidang keusahawanan. Usahawan perlu
mengoptimumkan penggunaan sumber syarikat seperti sumber kewangan,
masa, maklumat, manusia, reputasi dan jaringan untuk mencari alternatif
kepada setiap masalah yang wujud.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


80  TOPIK 5 PENGENALAN KEUSAHAWANAN

(c) Meningkatkan Kesejahteraan


Usahawan perlu memegang prinsip bahawa dunia ini bukan milik mereka
sepenuhnya. Bagi usahawan yang sukakan peperangan, sudah pasti ia akan
membawa kemusnahan kepada dunia ini demi mengaut keuntungan yang
tinggi. Oleh itu mereka perlu yakin diri bahawa setiap kegiatan aktiviti
perniagaan mereka adalah demi kesejahteraan dan keselamatan manusia.
Usahawan seharusnya tidak mengabaikan diri sendiri, keluarga dan
masyarakat dalam mengejar kejayaan dan kekayaan hakiki.

5.3.2 Perspektif Keusahawanan


Visi dan misi perlu ada pada setiap usahawan apabila menjalankan sesuatu
aktiviti keusahawanan. Tanpa visi dan misi ia akan menyebabkan usahawan
boleh tersasar dari landasan yang sepatutnya mereka ikuti. Di sini marilah kita
lihat, apakah perspektif keusahawanan? Terdapat lapan perspektif yang berkait
rapat dengan bidang keusahawanan iaitu:
(a) Membangunkan kekayaan iaitu melalui keuntungan hasil daripada
kesulitan yang ditempuhi
Tiada kerja yang senang apabila menceburi bidang keusahawanan. Secekap
mana pun seseorang usahawan itu, mereka pasti menghadapi pelbagai
bentuk masalah dan cabaran dalam mengaut keuntungan daripada
perniagaannya.
(b) Membangunkan perniagaan melalui penubuhan syarikat dengan
menggabungkan kekuatan antara mereka
Penubuhan syarikat adalah perlu sebelum usahawan memulakan
perniagaannya secara lebih komersial lagi. Menerusi penubuhan syarikat
inilah akan menggabungkan segala kekuatan sumber manusia, sumber
modal, sumber bahan dan operasi syarikat ke arah kecemerlangan syarikat.
(c) Membangunkan inovasi menerusi penciptaan produk baru atau idea
dengan keberanian dan keyakinan yang dimiliki
Bukan semua usahawan memiliki keberanian yang tinggi dalam
mengeluarkan produk baru, menggunakan idea yang baru yang berisiko
tinggi dan tidak munasabah. Walau bagaimanapun, usahawan yang berani
dan yakin dengan kebolehan syarikat selalunya akan berjaya kerana
pelaburan yang dibuat terhadap produk rekaan terbaru yang berisiko
tinggi, biasanya memberikan pulangan yang berlipat kali ganda apabila
berjaya.
(d) Membangunkan perubahan iaitu melalui penyesuaian kehendak manusia,
situasi dan persekitaran
Usahawan banyak membawa perubahan kepada dunia pasaran kerana
mereka cuba untuk memenuhi keperluan dan kehendak para pelanggan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PENGENALAN KEUSAHAWANAN  81

Usahawan perlu menyesuaikan kehendak manusia ini dengan situasi dan


persekitaran di sekelilingnya.
(e) Membangunkan pekerjaan melalui penyediaan peluang pekerjaan yang
diwujudkan hasil daripada kegiatan keusahawanan
Usahawan secara tidak langsung telah mewujudkan peluang kerja kepada
masyarakat setempat apabila mereka menceburi bidang keusahawanan ini.
Usahawan akan merekrut pekerjanya mengikut kesesuaian tugas,
kemahiran dan sebagainya.
(f) Membangunkan pertumbuhan melalui perkembangan penjualan dan
pendapatan dengan pembinaan keyakinan
Usahawan akan memastikan setiap aktiviti atau operasi perniagaannya
dapat mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh syarikat. Operasi jualan
menjadi nadi penting bagi memastikan kesinambungan pendapatan oleh
semua pihak yang terlibat dengan perniagaan tersebut. Secara tidak
langsung ia turut membina keyakinan pekerja terhadap syarikat, mahupun
pelabur kepada syarikat untuk jangka masa panjang.
(g) Membangunkan nilai melalui penumpuan kepada persoalan sosial yang
tidak sepatutnya diabaikan
Nilai sosial tidak seharusnya diabaikan oleh golongan usahawan.
Usahawan yang berjaya biasanya akan lebih memberi tumpuan kepada
membanteras gejala sosial yang tidak sihat ini dengan menjalankan
tanggungjawab sosial mereka menerusi penajaan program-program belia,
program realiti TV dan sebagainya.
(h) Membangunkan keredhaan allah melalui amal makruf dan mencegah
kemungkaran dengan memiliki sifat rendah diri, berserah dan beristiqamah
atau tetap pendirian
Usahawan Muslim perlu jadikan keredhaan Allah sebagai tunggak utama
dalam setiap amalan perniagaan mereka. Usahawan perlu berusaha
mengelakkan daripada melakukan kemungkaran dalam setiap aktiviti
perniagaannya termasuklah penyelewengan dari segi produk, masa dan
harga. Usahawan perlu istiqamah dan sentiasa merendah diri.

5.3.3 Mengapa Seseorang Usahawan Minat


Menceburi Bidang Keusahawanan?
Menjadi usahawan berjaya bukanlah suatu perkara yang mudah untuk dicapai.
Ia memerlukan pengorbanan dan penggabungan pelbagai kekuatan untuk
memenuhi tujuan penyertaan mereka dalam dunia keusahawanan. Antara faktor
yang menjadi pendorong kepada usahawan menceburkan diri dalam bidang
keusahawanan ialah:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


82  TOPIK 5 PENGENALAN KEUSAHAWANAN

(a) Status
Kebanyakan usahawan yang mengutamakan status dirinya akan berusaha
dengan gigih untuk memartabatkan dirinya pada tahap yang tinggi.
Usahawan perlukan sanjungan dan pengiktirafan daripada pelbagai pihak
untuk meraih kejayaan dalam bidang keusahawanan. Status diri ini
merupakan elemen penting yang mempengaruhi kehidupan mereka.
Menurut Teori Maslow, status atau penghormatan diri merupakan elemen
keempat menjadi keperluan untuk dihormati oleh orang lain.
(b) Kepuasan Diri
Usahawan hanya akan berpuas hati apabila mereka berjaya mencapai setiap
keperluan diri yang diingini. Maka usahawan akan menggunakan setiap
peluang, sumber dan potensi yang dimilikinya secara optimum. Mereka
lebih bersedia bekerja dalam persekitaran yang tiada had peranan,
kebolehan dan kepakaran mereka kerana ia akan menghasilkan idea yang
bebas serta memberi lebih kepuasan diri.

Teori Keperluan Maslow ada menyatakan bahawa penyempurnaan kendiri


merupakan elemen kelima menunjukkan seseorang individu itu akan
berusaha untuk mencapai kejayaan yang diidamkan. Walau bagaimanapun,
seseorang usahawan itu tidak sepatutnya bersikap ego, lupa daratan,
membelakangi nilai-nilai kepercayaan dan menentang arus-arus norma
apabila berjaya mencapai impian mereka.
(c) Keselamatan
Usahawan cintakan kebebasan. Kebebasan ini membolehkan mereka
menggunakan setiap potensi diri mereka secara optimum. Teori Maslow
menyatakan bahawa keselamatan merupakan unsur kedua dalam hierarki
keperluan manusia. Ini berlainan dengan usahawan di mana salah satu ciri
usahawan berjaya ialah sentiasa memanfaatkan kelebihan diri tanpa
dihalang oleh orang lain.
(d) Kuasa
Usahawan sangat memerlukan kuasa untuk menggerakkan semua sumber
bagi mencapai matlamat mereka. Pada masa yang sama, mereka akan
berusaha mengelakkan diri mereka daripada dipermainkan oleh orang lain.
Walau bagaimanapun, usahawan masih memerlukan nasihat, pandangan
dan idea daripada mereka yang berpengalaman dan berpengetahuan luas
dalam bidang yang akan atau sedang mereka ceburi. Penglibatan mereka
dalam bidang keusahawanan ini secara tidak langsung telah membebaskan
diri mereka daripada kawalan kuasa yang menyekat perkembangan idea
kreatif mereka. Menerusi kuasa yang dimiliki oleh usahawan membolehkan
mereka mencungkil, mengeksploitasi dan menggunakan potensi orang lain
untuk mencapai matlamat peribadi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PENGENALAN KEUSAHAWANAN  83

(e) Pencapaian Matlamat


Usahawan dikatakan berjaya apabila semua keinginan, matlamat dan
objektif penglibatan mereka dalam bidang keusahawanan dapat dicapai.
Usahawan akan berusaha dengan gigih untuk mencapai matlamat bagi
kepuasan diri. Mereka akan merancang dengan teliti supaya kejayaan yang
diingini itu dapat dinikmati oleh orang lain juga.
(f) Penggabungan
Penggabungan adalah elemen penting mengapa seseorang usahawan itu
menyertai bidang keusahawanan. Secara tidak langsung, ia turut
menggabungkan pelbagai pihak yang boleh membantu meningkatkan
kejayaan dalam bidang yang diceburi. Selain itu mereka dapat mengenali
peluang, kekuatan, kelemahan dan ancaman kepada perniagaan mereka, ia
dapat menjalin dan mengekalkan persahabatan dan hubungan mesra
dengan pelbagai pihak.

5.3.4 Pembudayaan Keusahawanan


Kerajaan memainkan peranan penting dalam aktiviti perdagangan di negara ini.
Walaupun negara ini mengamalkan sistem pasaran terbuka, peniaga masih perlu
mematuhi dasar-dasar kerajaan. Mari kita lihat bagaimanakah cara untuk
membudayakan keusahawanan dalam masyarakat Malaysia. Terdapat lapan
perkara yang perlu diberi tumpuan dalam membangunkan budaya
keusahawanan iaitu:
(a) Mengawal Hala Tuju
Setiap perniagaan akan berdepan dengan pelbagai cabaran, ketidakstabilan
dan pelbagai perubahan. Maka hala tuju perniagaan perlu jelas supaya
usahawan dapat mengatur strategi untuk terus memajukan perniagaan ke
arah pencapaian matlamat yang telah ditetapkan.
(b) Memaksimumkan Potensi Diri
Usahawan perlu memaksimumkan kemahiran dan kemampuan mereka
bagi memastikan perniagaan mereka kekal dalam pasaran untuk jangka
masa panjang. Mereka perlu menggembleng seluruh tenaga bagi
memastikan mereka tidak kecundang di tangan pesaing yang ada di
sekeliling mereka. Usahawan perlu bijak menukarkan risiko yang ada
kepada peluang perniagaan yang baru dan menguntungkan.
(c) Mendapat Keuntungan
Keuntungan melambangkan kejayaan sesebuah perniagaan. Keuntungan
boleh digunakan untuk menggembleng semula operasi perniagaan, dengan
membuat promosi lebih agresif untuk mencapai kejayaan yang lebih baik.
Tanpa disedari keuntungan boleh menjadi pendorong kepada semua
pekerjanya untuk bekerja dengan lebih baik lagi. Seterusnya dapat

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


84  TOPIK 5 PENGENALAN KEUSAHAWANAN

meningkatkan keyakinan pelabur untuk melabur ke dalam perniagaan ini.


Ini adalah kerana mereka yakin perniagaan ini dapat memenuhi
tanggungjawab sosial dan memberi pulangan yang menguntungkan
kepada mereka.
(d) Berorientasikan Perancangan
Usahawan berjaya sentiasa fokus kepada perancangan perniagaan dan
sensitif dengan sebarang perubahan yang berlaku dalam pasaran semasa.
Usahawan perlu merancang dengan teliti dan sistematik bagi mengelakkan
mereka membuat keputusan yang salah dalam menerajui perniagaan.
Usahawan perlu membuat perancangan jangka pendek dan perancangan
jangka panjang bagi memastikan mereka masih kekal dan berjaya setelah 10
tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan.
(e) Menggunakan Masa Secara Strategik
Pengurusan masa yang strategik banyak membantu usahawan
memperkembangkan aktiviti syarikat. Masa adalah emas dan setiap detik
itu juga adalah emas. Ini menjadikan moto kepada semua syarikat yang
mahukan keuntungan yang cepat. Usahawan tidak akan mempersia-siakan
segala peluang dan cabaran yang ada akan diambil secara positif.
(f) Inovatif
Usahawan yang inovatif dan kreatif mempunyai imaginasi yang tinggi
dalam usaha merebut peluang perniagaan yang ada, menyahut cabaran
pesaing dan dapat menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi dengan
mudah dan cepat. Membudayakan inovasi dalam pengeluaran akan
mengembangkan lagi saiz perniagaan dan keuntungan syarikat.
(g) Meningkatkan Kualiti Kerja Secara Berterusan
Produk yang berkualiti akan menjamin kesetiaan, komitmen dan kepuasan
pelanggan kepada perniagaan. Ia akan memberikan keuntungan untuk
kesan jangka panjang. Nilai kualiti yang tinggi akan menjamin keuntungan
yang tinggi. Oleh itu usahawan perlu sentiasa mengeluarkan produk
dengan kualiti yang tinggi dalam kuantiti yang banyak dengan harga seunit
yang rendah. Oleh sebab itu, teknologi terkini banyak memainkan peranan
dalam meningkatkan kualiti produk secara berterusan.
(h) Kesediaan Untuk Merebut Peluang
Usahawan perlu cekap mengenal pasti dan mengeksploitasi peluang-
peluang perniagaan yang ada. Usahawan perlu sentiasa berfikir dan
mencari jalan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi oleh
pengguna. Mereka perlu bertindak membangunkan, memodifikasi,
menyesuaikan atau meniru produk yang sedia ada bagi memenuhi
permintaan pengguna. Maka mereka perlu bersedia merebut peluang yang
ada akibat kelemahan pesaingnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PENGENALAN KEUSAHAWANAN  85

5.3.5 Kepentingan Pembudayaan Keusahawanan


Gabungan terhadap pemilikan budaya menjadi kunci kejayaan kepada seseorang
usahawan. Usahawan perlu ingat, membudayakan keusahawanan ini
memainkan peranan yang besar kepada pembangunan individu, syarikat dan
masyarakat.
(a) Individu
Pembudayaan keusahawanan kepada individu dapat dilihat menerusi
kehidupan harian mereka. Sebagai seorang individu, para usahawan akan
bekerja untuk mencari rezeki bagi keselesaan dan kemewahan hidup untuk
diri dan keluarganya. Apabila seseorang individu menjadi usahawan, dia
sebenarnya melakukan ibadah dalam Islam. Seseorang usahawan yang
amanah dan adil bukan sahaja mendapat keuntungan di dunia tetapi juga
di akhirat. Maka para usahawan perlu berusaha dengan gigih bagi
memastikan mereka dapat memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan.
Ini jelas kita lihat, kejayaan seseorang usahawan itu banyak menyumbang
kepada peningkatan status dan imej diri mereka di mata masyarakat
seterusnya mengurangkan kadar pengangguran negara.
(b) Syarikat
Usahawan yang mempunyai komitmen dan inovatif yang tinggi, biasanya
akan dapat mencapai matlamat syarikat iaitu mencapai keuntungan. Ini
adalah kerana setiap usahawan akan berusaha sedaya upaya mencari
kaedah yang sesuai dan terbaik untuk memastikan kelangsungan syarikat.
Usahawan akan memberi tumpuan kepada pengurusan sumber manusia,
kewangan, kualiti, pemasaran dan sebagainya bagi memastikan syarikat
mencapai kejayaan yang berterusan sepanjang hayat perniagaan. Mereka
perlu menggembleng seluruh tenaga yang ada dalam syarikat untuk
menghasilkan sesuatu produk yang berkualiti tinggi dengan harga yang
berpatutan. Mereka seharusnya dapat mengenal pasti sasaran pasaran,
pengagihan dan pengedarannya menepati masa dan sasaran penggunanya.
(c) Masyarakat
Usahawan dan perniagaan merupakan sebahagian daripada tuntutan
masyarakat kerana ia mampu menyumbang ke arah kemakmuran dan
kesejahteraan hidup bermasyarakat. Bagi usahawan, pulangan yang
berlebihan membolehkan mereka menyumbang sebahagian daripada
lebihan pulangan kepada kemakmuran masyarakat di sekelilingnya.
Usahawan turut menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat, di
samping memperkenalkan inovasi baru yang boleh memberikan banyak
manfaat kepada masyarakat. Usahawan turut menyumbang ke arah
pengurangan jenayah dalam masyarakat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


86  TOPIK 5 PENGENALAN KEUSAHAWANAN

AKTIVITI 5.3
Berikan satu contoh membudayakan keusahawanan di kalangan pelajar
di sekolah. Bincangkan.

 Keusahawanan menjadi satu disiplin yang menjadi tunjang kepada


pembangunan dan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.
 Perubahan dan kemajuan dalam pembangunan ekonomi negara
kebelakangan ini telah melahirkan banyak peluang-peluang perniagaan.
 Orang ramai mula menyedari bahawa keusahawanan adalah sumber rezeki
yang lebih meyakinkan. Walau bagaimanapun, seseorang harus bersedia dari
segi kemahiran untuk mengharungi cabaran dan dugaan dunia perniagaan.
 Pembudayaan keusahawanan adalah penting dalam pembangunan
keusahawanan bagi melahirkan usahawan yang kreatif dalam mencari
penyelesaian kepada sebarang masalah.
 Pembudayaan keusahawanan ini membolehkan usahawan menggembleng
serta memanfaatkan potensi, reputasi dan sumber yang ada untuk
kepentingan diri, perniagaan, pelanggan dan juga masyarakat secara
keseluruhannya.
 Kejayaan orang lain dalam bidang perniagaan bukanlah sebagai jaminan
yang kita juga akan berjaya dalam bidang yang sama.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) Pembudayaan keusahawanan


Individu Syarikat
Keusahawanan Usahawan
Masyarakat

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PENGENALAN KEUSAHAWANAN  87

1. Jelaskan konsep keusahawanan.


2. Jelaskan mengapa keusahawanan itu sebagai satu proses.
3. Terangkan bagaimanakah caranya untuk membangunkan budaya
keusahawanan di Malaysia.
4. Jelaskan kepentingan pembudayaan keusahawanan kepada individu,
syarikat dan masyarakat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Keusahawanan
Dari Perspektif
6 Islam
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenal pasti pendekatan Islam terhadap keusahawanan;
2. Membincangkan kedudukan perniagaan dan usahawan;
3. Membincangkan kepentingan etika keusahawanan;
4. Mengenal pasti sifat peribadi usahawan Muslim; dan
5. Mengenal pasti etika usahawan Muslim dan luas pasaran, sasaran
pengguna dan dasar kerajaan.

 PENGENALAN
Dalam topik ini, kita akan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan
dengan pendekatan Islam terhadap keusahawanan. Antaranya ialah kesepaduan,
fitrah Islam, dorongan, ibadah dan kedudukan perniagaan dan usahawan dalam
Islam.

6.1 PENDEKATAN ISLAM TERHADAP


KEUSAHAWANAN
Islam merupakan satu cara hidup atau agama yang dapat mengurus seluruh
aspek kehidupan manusia. Islam melihat ekonomi sebagai sebahagian daripada
sistem kehidupan yang menyeluruh. Islam mempunyai nilai Allah, maka semua
aspek kehidupan manusia yang meliputi aktiviti ekonomi, politik dan sosial
hendaklah berkisarkan kepada persoalan penyerahan diri kepada Allah dalam
bentuk amal, iÊtikad (keyakinan) dan akhlak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KEUSAHAWANAN DARI PRESPEKTIF  89

Sama ada kita suka atau tidak suka, ekonomi Islam tidak boleh bersikap
berkecuali dalam matlamat yang berbeza. Maka, semua aktiviti yang berhubung
dengan pengeluaran dan penjualan minuman arak mungkin merupakan aktiviti
ekonomi yang baik dan sesuai dengan ekonomi moden tetapi tidak dalam
ekonomi Islam. Ini adalah kerana aktiviti itu tidak meningkatkan kebajikan
manusia. Dalam ekonomi moden, kebajikan manusia dilihat sebagai satu fungsi
menaik bagi komoditi dan perkhidmatan yang dikehendaki, dan sebagai fungsi
menurun bagi usaha pengorbanan yang terpaksa dilakukan untuk mendapatkan
produk atau perkhidmatan tersebut. Sebaliknya, dalam ekonomi Islam seseorang
individu menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan dalam setiap
aktivitinya.

Islam sentiasa mementingkan pendapatan yang halal. Maka cara yang haram
untuk memperoleh harta atau keuntungan dalam perniagaan mahupun
perdagangan adalah dilarang, kerana ia akan merosakkan manusia seperti yang
disebut dalam Surah An-NisaÊ: Ayat 30:

Bermaksud:
„Dan sesiapa berbuat demikian dengan menceroboh dan aniaya,
maka kami akan masukkan dia ke dalam api neraka, dan balasan
yang sedemikian itu adalah mudah bagi Allah, (tidak ada sesiapapun
yang dapat menghalangnya).‰
(Surah An-NisaÊ: Ayat 30)

Islam telah menetapkan hukum-hukum tertentu yang mengawal dan


menentukan bentuk dan aktiviti perolehan harta oleh manusia. Tujuannya
adalah untuk keamanan dan kebajikan masyarakat seluruhnya. Pada semua
peringkat, aktiviti ekonomi tidak bebas dari pertimbangan moral sepertimana
yang dijelaskan dalam Surah Al-Baqarah : Ayat 168:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


90  TOPIK 6 KEUSAHAWANAN DARI PRESPEKTIF

Bermaksud:
„Wahai sekalian manusia! Makanlah daripada apa yang ada di bumi
yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan;
kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh kamu yang terang
nyata.‰
(Surah Al-Baqarah: Ayat 168)

Ekonomi Islam hanya menggalakkan aktiviti yang sah dari segi undang-undang
Islam dan secara keseluruhannya selaras dengan kebajikan sosial. Oleh itu Islam
menentang sekeras-kerasnya perbuatan memonopoli sumber oleh sebilangan
kecil pemodal (Surah Al-Hasyr: Ayat 7) dan sebaliknya sentiasa menitikberatkan
perbelanjaan yang memberi faedah sosial sahaja. Ia selari dengan firman Allah
dalam Surah Al-Faathir: Ayat 29:

Bermaksud:
„Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan
tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang
Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara
terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan
sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian.‰
(Surah Al-Faathir: Ayat 29)

6.1.1 Kesepaduan
Konsep kesepaduan dalam Islam menunjukkan bahawa agama merupakan satu
cara hidup yang syumul di mana tiada jurang pemisah terhadap kemajuan dalam
bidang politik, ekonomi dan kehidupan. Islam ini amat sesuai diamalkan dalam
bidang keusahawanan merentasi masa dan zaman. Kadangkala kita sering
terdengar bahawa seseorang usahawan Islam tidak boleh berniaga kalau tidak
memberi rasuah dan tidak akan mendapat untung kalau tidak menipu. Jika itu
dikatakan sebagai budaya berniaga, budaya siapakah itu yang sebenarnya?

Masyarakat kita pada hari ini, kononnya mencari jalan tengah dengan turut
berubah; tetapi yang diubah ialah perkataan ÂrasuahÊ menjadi Âpemberian ikhlasÊ
dan penipuan menjadi Âstrategi ataupun taktikÊ. Bukan ini yang dikatakan
kemajuan. Islam mengajar umatnya supaya menjalankan aktiviti perniagaan dan
perdagangan secara halal tanpa ada jurang pemisahan dalam semua aspek

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KEUSAHAWANAN DARI PRESPEKTIF  91

bermula dari proses pengeluaran sehinggalah proses penukaran hak milik dari
pengeluar kepada pengguna akhir. Konsep kesepaduan ini jika dilakukan dan
diamalkan oleh semua usahawan tanpa mengira agama dan bangsa akan
membawa ekonomi negara ke arah yang lebih cemerlang.

6.1.2 Fitrah Manusia


Fitrah kejadian manusia, semua manusia cintakan kemewahan dan kekayaan.
Kadangkala ada dikalangan manusia yang dikenali sebagai insan ini tidak
menghiraukan kesucian dan kebersihan harta mereka. Jika kita lihat manusia yang
bernama insan, ada antara insan yang berihsan akan sentiasa mengabdikan diri
kepada Pencipta-Nya. Insan akan dipertanggungjawabkan untuk menjalankan tugas
ibadah dan khalifah. Kita patut ketahui bahawa setiap pekerjaan itu merupakan
satu ibadah jika dibuat dengan betul dan sempurna tanpa memasukkan unsur-unsur
negatif yang boleh membawa kepada kerosakan di dunia ini.

Maka seseorang insan itu akan memastikan setiap perniagaan dan perdagangan
yang dilakukan itu mendapat keredhaan Allah SWT. Matlamat seseorang usahawan
itu berniaga bukan semata-mata untuk mengaut keuntungan mahupun kekayaan,
akan tetapi adalah untuk memenuhi tuntutan fardhu kifayah. Usahawan Islam akan
meletakkan keuntungan itu sebagai musabab yang terjadi dengan kehendak Allah
SWT. Kehidupan di dunia ini hanyalah sementara dalam perjalanan menuju ke
akhirat yang kekal, maka akhirat tidak boleh dikorbankan semata-mata mengejar
kekayaan dunia. Amanah yang diberikan adalah untuk memakmurkan bumi Allah
ini maka setiap aktiviti terutamanya aktiviti ekonomi perlulah mengikut lunas-lunas
yang telah ditetapkan oleh Al-Quran dan Sunnah dan bukan semata-mata mengikut
fitrah manusia sahaja.

Rajah 6.1: Fitrah manusia cintakan kemewahan dan kekayaan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


92  TOPIK 6 KEUSAHAWANAN DARI PRESPEKTIF

6.1.3 Dorongan
Proses turun naik dalam perniagaan menjadi asam garam kepada semua
usahawan. Hakikat ini perlu diterima dengan hati yang terbuka kerana ia boleh
dijadikan sebagai asas rujukan dalam merancang dan mengatur strategi
perniagaan. Setiap perniagaan atau perusahaan mempunyai dua unsur utama
iaitu manusia dan projek perniagaan. Kedua-dua unsur ini mempunyai
dorongan dan daya maju bagi menjamin kejayaan sesebuah projek perniagaan.
Ini jelas dibuktikan menerusi amalan yang dilakukan oleh institusi kewangan
ketika menilai permohonan pinjaman daripada para usahawan. Institusi
kewangan ini akan melihat siapa orangnya sebelum menilai sesuatu permohonan
pinjaman. Ini jelas membuktikan kepada kita bahawa elemen manusia penting
untuk menentukan kejayaan sesuatu projek.

Dorongan akan menggerakkan elemen manusia ini untuk berjaya dalam


perniagaannya. Al-Quran ada menyatakan bahawa setiap manusia yang
membelanjakan hartanya pada jalan Allah adalah seperti sebiji benih jagung yang
tumbuh menjadi tujuh tangkai dan pada setiap tangkai tumbuh seratus biji. Allah
akan menggandakan pahala kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Ini
menunjukkan Allah Maha Pemurah lagi Maha Mengetahui. Potongan ayat 261,
272 dan 274 dalam Surah Al-Baqarah boleh menjadi dorongan yang kuat kepada
semua usahawan yang mengamalkan cara Islam dalam perniagaan mereka.

Islam tidak menghalang umatnya melayani kepentingan diri, tetapi Islam


memberikan perspektif kerohanian yang bersifat jangka panjang kepada konsep
kepentingan diri. Islam melanjutkan tempoh kepentingan diri itu melangkaui
kehidupan di dunia ini. Islam mengakui bahawa kepentingan diri dan keinginan
untuk keuntungan dapat mendorong daya usaha, semangat kecekapan dan
keusahawanan individu. Islam turut memperkenalkan mekanisme kawalan diri
untuk mengatasi kejahatan yang timbul dari sifat tamak, kelakuan tidak
berprinsip, dan tidak mengendahkan hak dan keperluan orang lain. Mekanisme
kawalan diri ini menekankan kepercayaan kepada Tuhan, nilai-nilai moral,
sanggup bertanggungjawab di hadapan-Nya, persaudaraan sesama manusia dan
keadilan sosio ekonomi. Dalam hal ini, Islam tidak berkompromi kepada perkara
mungkar. Namun demikian, Islam tidak melarang umatnya daripada mencari
harta. Harta boleh dimiliki asalkan berpegang kepada prinsip berikut:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KEUSAHAWANAN DARI PRESPEKTIF  93

6.1.4 Ibadah
Keusahawanan merupakan suatu ibadah kerana ia memenuhi tuntutan fardhu
kifayah iaitu memuaskan keperluan dan kehendak masyarakat. Usahawan bukan
sahaja akan mendapat ganjaran malahan keredhaan di sisi Allah SWT. Dalam
konsep ibadah ini, usahawan tidak boleh melakukan penipuan, menjalankan
perniagaan tidak halal, melakukan eksploitasi ke atas sumber-sumber alam dan
mengaut keuntungan secara berlebihan sehingga membebankan masyarakat
semasa menjalankan perniagaan.

Keusahawanan adalah satu medan dakwah yang penting dalam Islam kerana
menerusinya Islam tersebar ke seluruh pelosok dunia. Islam amat menggalakkan
bidang keusahawanan kerana menurut hadis nabi:

„Perniagaan itu adalah sembilan persepuluh dari rezeki...‰

Oleh itu, umat Islam digalakkan untuk mencari rezeki melalui kegiatan
keusahawanan yang merupakan salah satu penyumbang kepada pertumbuhan
ekonomi negara. Keusahawanan dan segala aktivitinya, baik kecil mahupun
besar, merupakan usaha yang dipandang sebagai ibadah dan diberi pahala jika
memenuhi tuntutan akidah, akhlak mahupun syariat. Berikut merupakan asas
pertimbangan aktiviti ekonomi sebagai ibadah iaitu:
(a) Akidah mestilah betul;
(b) Niat mestilah betul;
(c) Cara melakukan kerja sesuai dengan ajaran Islam;
(d) Natijahnya betul dan membawa faedah kepada orang ramai; dan
(e) Tidak meninggalkan ibadat wajib yang khusus.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


94  TOPIK 6 KEUSAHAWANAN DARI PRESPEKTIF

SEMAK KENDIRI 6.1

1. Apakah pandangan Islam terhadap keusahawanan?


2. Huraikan empat konsep pendekatan Islam.
3. Pada pendapat anda, mengapakah Islam menggariskan prinsip-
prinsip memiliki harta? Berikan alasan anda.

6.2 KEDUDUKAN PERNIAGAAN DAN


USAHAWAN
Islam sebagai agama yang telah menggariskan panduan hidup demi
kesejahteraan hidup seluruh manusia di dunia dan di akhirat, amat memandang
tinggi kepada aktiviti keusahawanan. Firman Allah SWT dalam Surah Al-
Baqarah: Ayat 275:

Bermaksud:
„Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat
berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan
dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang
demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: 'Bahawa
sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba'. Padahal Allah
telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba.
Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan)
dari Tuhannya lalu dia berhenti (daripada mengambil riba), maka apa
yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah
menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KEUSAHAWANAN DARI PRESPEKTIF  95

sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka


itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.‰
(Surah Al-Baqarah: Ayat 275)

Sehubungan dengan itu, terdapat banyak prinsip dan akad dalam muamalat
yang telah diperkenalkan oleh Islam sejak zaman Rasulullah SAW lagi. Kesemua
prinsip ini telah memberi ruang yang luas untuk umat Islam bermuamalat
dengan mudah dan sistematik. Adnan et al. (1992) menyatakan Model Perlakuan
Usahawan Mukmin adalah seperti berikut:

„Gesaan Islam untuk mukmin bergiat dalam perniagaan adalah


lengkap yang merangkumi model perniagaan Islam menganjurkan
(usaha perniagaan), menyediakan (kemudahan), menggariskan
(peraturan) dan menjanjikan (ganjaran). Model ini menjadi mantap
dengan terdapatnya contoh-contoh personaliti usahawan mukmin itu
sendiri.‰

Rajah 6.2: Model Keusahawanan Islam

6.2.1 Peraturan Perniagaan Islam


Islam telah menggariskan peraturan bagi memastikan perniagaan berjalan di
landasannya dan membawa keuntungan kepada semua pihak. Dalam model di
atas, bahagian peraturanlah yang paling banyak dinyatakan sama ada dalam Al-
Quran mahupun hadis nabi. Adnan et al. (1992) membahagikan kandungan
peraturan kepada tiga bahagian iaitu: makro, mikro dan individu. Dari aspek
makro, perniagaan Islam berlaku dalam sistem ekonomi Islam. Manakala di
peringkat mikro, dasar suka sama suka yang menguntungkan semua pihak mesti
ditekankan seperti firman Allah SWT dalam Surah An-NisaÊ: Ayat 29:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


96  TOPIK 6 KEUSAHAWANAN DARI PRESPEKTIF

Bermaksud:
„Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan)
harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan
sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara
suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-
bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani
kamu.‰
(Surah An-NisaÊ: Ayat 29)

Usahawan Muslim perlu menjalankan perniagaan mengikut panduan Islam.


Mengikut Hoe et al. (2005), Islam telah menentukan garis panduan berikut:
(a) Menekankan Aktiviti Halal
Barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan mestilah suci di sisi Tuhan.
Usahawan mesti melaksanakan aktiviti perniagaan secara halal. Menurut
Kementerian Pengajian Tinggi (2007), antara tindakan-tindakan yang
dianggap haram adalah seperti:
(i) Penipuan Dalam Pengiklanan
Iklan yang memaparkan maklumat yang kurang tepat mengenai
produk dan perkhidmatan adalah ditegah dalam ajaran Islam.
(ii) Menipu Timbangan
Penggunaan timbangan atau ukuran yang kurang tepat untuk
mendapatkan keuntungan tinggi merupakan penipuan yang
bertentangan dengan ajaran Islam. Firman Allah SWT dalam Surah
Al-Israa: Ayat 35:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KEUSAHAWANAN DARI PRESPEKTIF  97

Bermaksud:
„Dan sempurnakanlah sukatan apabila kamu menyukat,
dan timbanglah dengan timbangan yang adil. Yang
demikian itu baik (kesannya bagi kamu di dunia) dan
sebaik baik kesudahan (yang mendatangkan pahala di
akhirat kelak).‰
(Surah Al-Israa: Ayat 35)
(iii) Penghapusan Keluaran Lebihan
Ada di kalangan petani yang menghapuskan keluaran lebihan untuk
mengelakkan harga di pasaran menurun. Tindakan penghapusan
keluaran lebihan ini merupakan pembaziran sumber yang dilarang
keras oleh Islam. Ini adalah kerana semua sumber adalah milik Allah
SWT. Manusia adalah pemegang amanah untuk menjaga sumber itu.
Usahawan perlulah mencari jalan untuk menggunakan lebihan
tersebut bagi mengelakkan berlakunya pembaziran.
(iv) Menyorok Barangan
Perbuatan menyorok barangan boleh menyebabkan bekalan barangan
di pasaran berkurangan dan akhirnya akan meningkatkan harga
barangan. Usahawan yang inginkan keuntungan yang tinggi ini
sebenarnya telah melanggar lunas-lunas Islam. Tindakan mereka ini
telah mengabaikan kepentingan pengguna.
(b) Penuh Ketabahan
Islam amat menitikberatkan semangat yang tinggi untuk berjaya. Sifat
keinginan ini merupakan galakan kepada usahawan untuk bekerja keras
bagi mencapai kejayaan. Tidak semua usahawan berjaya tidak mengalami
pelbagai masalah, rintangan dan kesulitan semasa berniaga. Namun
kesungguhan dan komitmen yang tinggi serta tabah dalam mengharungi
segala permasalahan dan cabaran telah membuahkan hasil kejayaan. Di
mana Rasulullah SAW merupakan satu contoh tauladan terbaik sebagai
usahawan berjaya dengan komitmen yang tinggi.
(c) Menjaga Kualiti
Islam menggalakkan usahawan menjaga kualiti barangan dan
perkhidmatan kerana ia akan mempengaruhi kepuasan hati pengguna dan
menjamin kesetiaan pengguna. Adnan dan Mohamed Dahlan (2002)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


98  TOPIK 6 KEUSAHAWANAN DARI PRESPEKTIF

menyatakan bahawa kualiti yang rendah tidak dapat menjamin pembelian


yang berterusan dan ini membawa kepada kegagalan perniagaan.
(d) Mengharamkan Riba
Riba adalah haram di sisi Allah. Usahawan ditegah keras daripada terlibat
dengan amalan riba dalam setiap aktiviti perniagaannya. Riba adalah
faedah atas pinjaman yang perlu dibayar oleh peminjam. Firman Allah
dalam Surah Al-Baqarah: Ayat 275:

Bermaksud:
„Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat
berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk
Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan)
itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan:
'Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba'.
Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan
mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai
kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu dia
berhenti (daripada mengambil riba), maka apa yang telah
diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi
haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa
yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka
itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.‰
(Surah Al-Baqarah: Ayat 275)

Maka para usahawan boleh menggunakan kaedah muamalat untuk


mengelakkan riba dalam urusan.
(e) Konsep Keadilan
Islam mengalakkan usahawan berlaku adil terutamanya dalam
pengambilan pekerja tanpa mengira rupa paras atau warna kulit.
Usahawan perlu bersikap adil dalam agihan tugas kepada para pekerjanya.
Mereka juga perlu memastikan kebajikan pekerja dijaga. Firman Allah
dalam Surah Al-Nahl: Ayat 90 yang bermaksud:

„Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan


berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat dan Allah
melarang perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan.‰
(Surah Al-Nahl: Ayat 90)
(f) Elakkan Daripada Belenggu Hutang
Islam tidak menggalakkan usahawan berhutang kerana ia akan
menyebabkan perniagaan mudah gagal. Rasulullah SAW sering menyuruh
usahawan berdoa supaya dijauhi daripada belenggu hutang yang tidak
mampu dibayar. Namun, pinjaman masih boleh dilakukan dalam kadar

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KEUSAHAWANAN DARI PRESPEKTIF  99

yang minima dalam lingkungan kemampuan usahawan. Rasullullah SAW


menganggapkan orang tidak membayar hutang sebagai munafik.
(g) Tidak Boros dan Tidak Kedekut
Islam melarang amalan perbelanjaan yang boros dan membazir.
Pembaziran sumber merupakan pembaziran terbesar oleh manusia. Ini
bertentangan dengan lunas-lunas Islam. Islam juga tidak mengalakkan
sikap kedekut sepertimana firman Allah dalam Surah Al-Furqan: Ayat 67
yang bermaksud:
„Apabila dia belanja dia tidak boros tetapi tidak pula kikir.‰
(h) Menunaikan Janji Dengan Jujur dan Amanah
Sikap berpegang pada janji sangat penting dalam Islam. Usahawan mesti
mengamalkan nilai-nilai murni seperti benar, jujur dan amanah. Orang
yang menipu merupakan orang yang tidak beriman. Impaknya ialah
usahawan akan kehilangan pelanggan yang setia selama ini. Firman Allah
SWT dalam Surah An-Nahl: Ayat 105 yang bermaksud:

„Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan, hanyalah


orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah SWT
(Al-Quran).‰
(i) Penjagaan Alam Sekitar
Allah adalah pemilik mutlak alam sekitar. Firman Allah SWT dalam
Surah Thaha: Ayat 6 yang bermaksud:

„Kepunyaan-Nyalah semua yang ada di langit, semua yang ada


di bumi, semua yang di antara keduanya dan semua yang di
bawah tanah.‰

Manusia sebagai pemegang amanah tidak seharusnya merosakkan alam


sekitar bagi tujuan mengaut keuntungan berlipat kali ganda dalam
jangka masa yang pendek. Ini adalah kerana ia akan mendatangkan
malapetaka pada jangka masa panjang.

Ini menunjukkan bahawa peraturan Islam itu adalah jelas. Antara rukun jual-beli
adalah seperti berikut:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


100  TOPIK 6 KEUSAHAWANAN DARI PRESPEKTIF

AKTIVITI 6.1

Bagaimanakah peraturan dalam Islam boleh memperluaskan aktiviti


perniagaan pada masa kini? Bincangkan.

6.2.2 Asas Sistem Ekonomi Islam


Sebelum ini kita telah membincangkan mengenai sistem ekonomi Islam. Mari
kita lihat apakah yang menjadi asas kepada sistem ekonomi Islam. Antaranya
ialah:
(a) Allah Ialah Pemilik Mutlak
Dalam konteks ini, segala sesuatu yang berada di langit, di bumi dan di
antara keduanya termasuklah harta kekayaan yang diperoleh manusia
adalah milik mutlak Allah SWT. Aktiviti keusahawanan merupakan aktiviti
mencari harta kekayaan. Manusia, baik usahawan mahupun bukan
usahawan merupakan pengurus harta yang telah diamanahkan oleh Allah
untuk mencari, menerokai dan menggunakan harta dengan kadar tertentu.
Ada batas-batas tertentu bagi mereka menunaikan tanggungjawab zakat.

(b) Kekayaan Di Dunia Adalah Untuk Mencari Kehidupan Di Akhirat


Harta kekayaan hanyalah alat untuk mencapai kesenangan hidup di dunia.
Kehidupan yang kekal adalah di akhirat di mana semua harta yang kita
miliki tidak boleh dibawa ke alam akhirat, melainkan tiga perkara iaitu,
anak yang soleh/solehah, ilmu pengetahuan yang dimanfaatkan ke jalan
Allah dan amal jariah.

(c) Bahagian Di Dunia Tidak Boleh Ditinggalkan Dalam Mengejar Akhirat


Islam merupakan agama untuk hidup. Komitmen dan kerja keras ketika di
dunia ini adalah untuk memenuhi sebahagian fungsi kehidupan manusia.
Manusia tidak berhak untuk mengharamkan apa-apa yang dihalalkan oleh
Allah seperti mengharamkan perhiasan dan harta. Islam menuntut manusia
bekerja mencari harta asalkan tidak terkeluar dari batasan agama.

(d) Tetap Berlaku Adil Sesama Manusia


Manusia hendaklah berlaku adil sesama sendiri dengan menunaikan
tanggungjawab sosial kepada masyarakat dan membantu mereka yang
susah.

(e) Tidak Boleh Melakukan Sebarang Kerosakan


Allah menyuruh manusia menerokai alam dan mengambil manafaat
daripada daratan dan lautan. Namun, aktiviti ini hendaklah tidak

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KEUSAHAWANAN DARI PRESPEKTIF  101

menjejaskan dan merosakkan bumi dan makhluk lain. Islam melarang


kegiatan mencari kekayaan yang tidak adil dengan menindas orang lain,
membazirkan sumber dan hasil kekayaan serta melakukan penipuan dalam
perniagaan.

6.3 SIFAT PERIBADI USAHAWAN MUSLIM


Konsep kejayaan menurut Islam ialah pencapaian al-falah (kejayaan). Skop al-
falah meliputi kejayaan di dunia dan di akhirat berdasarkan ketaatan dan
penyerahan diri kepada Allah secara ikhlas. Menurut Mohd Salleh Din et al
(2005), berdasarkan ayat-ayat Al-Quran, hadis dan sirah nabi, terdapat banyak
ciri-ciri orang berjaya sebagai usahawan Muslim. Antara sifat usahawan Muslim
yang diiktiraf oleh Islam ialah:
(a) Mempunyai keinginan dan kesungguhan yang tinggi untuk berjaya;
(b) Mempunyai niat yang betul;
(c) Mempunyai ilmu dan kemahiran yang mencukupi dalam bidang yang
diceburi;
(d) Mempunyai kemahiran membuat keputusan;
(e) Mempunyai kemahiran berkomunikasi;
(f) Sentiasa menilai tindakan dan berwaspada;
(g) Bersyukur dengan kejayaan; dan
(h) Sentiasa menjaga kualiti.

Khairuddin Khalil (1996) menyatakan bahawa terdapat beberapa ciri usahawan


yang cemerlang dan berdaya maju. Usahawan cemerlang seharusnya memiliki
budaya seperti rajin dan mempunyai daya inisiatif, yakin terhadap keupayaan
diri, bersikap positif, bijak mengenal pasti dan mengambil peluang, cekal dan
bijak mengambil risiko. Sementara itu, Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya telah
mengutarakan lima formula yang disifatkan kejayaan dalam hidup iaitu:
(a) Rezeki yang halal;
(b) Qanaah (Berpuas hati dengan apa yang ada);
(c) Taufik (Menerima petunjuk daripada Allah);
(d) SaÊadah (Bahagia); dan
(e) Jannah (Syurga).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


102  TOPIK 6 KEUSAHAWANAN DARI PRESPEKTIF

6.4 ETIKA USAHAWAN MUSLIM


Etika Islam dikenali sebagai akhlak. Akhlak lahir daripada keimanan. Etika
dalam perniagaan merupakan prinsip-prinsip moral yang dipegang oleh
usahawan bagi membezakan apa yang betul daripada yang salah dan berniaga
dengan penuh tanggungjawab sosial. Menurut Mohd Asri, Juhary dan Faoziah
(2001), etika perniagaan merupakan satu sistem akhlak atau dasar tingkah laku
kumpulan pengurusan peniaga terhadap pelanggan, pembekal, pemodal,
kerajaan dan masyarakat. Etika dalam perniagaan merupakan prinsip-prinsip
moral yang dipegang oleh usahawan semasa berniaga.

AKTIVITI 6.2

Apakah kepentingan etika perniagaan kepada seseorang usahawan


Muslim? Bincangkan.

Etika dalam perniagaan merupakan satu garis panduan kepada usahawan untuk
membuat sesuatu keputusan. Etika akan membantu usahawan menumpukan
perhatian kepada isu-isu seperti kualiti produk, ketulusan dalam perniagaan,
pengurusan berperikemanusiaan dan membuat keputusan yang berkesan dan
cekap. Antara kepentingan etika perniagaan ialah:
(a) Membina keyakinan di kalangan pelanggan;
(b) Menjalinkan hubungan baik dengan pembekal;
(c) Mendapat sokongan pekerja;
(d) Menarik pelaburan; dan
(e) Menjamin kesinambungan perniagaan.

Etika Islam menurut perspektif Al-Quran meliputi prinsip-prinsip berlandaskan


hukum syarak. Ia boleh dijadikan panduan kepada usahawan Muslim dalam
menjalankan aktiviti keusahawanan. Antara etika itu ialah:
(a) Kebebasan;
(b) Kerelaan;
(c) Keadilan dalam menunaikan janji dan menimbang serta mengukur dengan
jitu;
(d) Perlindungan dalam perjanjian, saksi dan prinsip tanggungjawab individu; dan
(e) Kesopanan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KEUSAHAWANAN DARI PRESPEKTIF  103

Manakala Naqvi (1981) dalam Buku Muhammad Nasri Md Hussain (2006)


menyatakan bahawa persoalan akhlak telah meletakkan lima prinsip asas etika
dalam Islam iaitu:
(a) Kesatuan;
(b) Kesaksamaan;
(c) Kebebasan;
(d) Tanggungjawab; dan
(e) Ihsan.

AKTIVITI 6.3

Pada pendapat anda, prinsip-prinsip etika manakah yang paling


penting dan mesti dipegang oleh usahawan?

 Kita telah selesai membincangkan tentang keusahawanan, kedudukan


perniagaan dan usahawan dari perspektif Islam. Kita juga telah
membincangkan tentang etika usahawan Muslim.
 Kesemua kegiatan manusia mestilah dihubungkan dengan pemiliknya. Setiap
amalan ekonomi hendaklah berlandaskan kepada etika dan peraturan yang
telah digariskan oleh syariat Islam.
 Tujuan ekonomi Islam adalah bersifat ibadah dan melaksanakannya bererti
melaksanakan sebahagian daripada ibadah yang menyeluruh.
Setiap aktiviti ekonomi perlu mempertimbangkan akidah, niat, cara
melakukan kerja, natijahnya serta tidak meninggalkan ibadat wajib. Maka
barulah ekonomi Islam berkembang dengan pesat dan memberi manfaat
kepada semua umat manusia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


104  TOPIK 6 KEUSAHAWANAN DARI PRESPEKTIF

Al-Falah Ibadah
Dorongan Kesepaduan
Etika Islam Sistem ekonomi Islam
Fitrah manusia

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Tabii
7 Usahawan
Berjaya
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan tabii usahawan berjaya;
2. Membincangkan tabii orang yang sangat efektif;
3. Membezakan antara ciri personaliti usahawan;
4. Menjelaskan kompetensi yang perlu ada pada seseorang usahawan;
dan
5. Membincangkan profil tokoh usahawan berjaya di Malaysia.

 PENGENALAN
Usahawan merupakan individu yang mengenal pasti ruang dan peluang, serta
cuba merebut kelebihan daripada peluang tersebut dengan mencipta perniagaan
yang mana individu lain melihatnya sebagai suatu yang sukar dan bermasalah.
Sebagai mana yang kita ketahui, usahawan merupakan pemangkin kepada
perubahan dalam ekonomi dan pasaran. Usahawan memulakan perniagaannya
dan cuba membangunkannya demi kepentingan masyarakat dan negara. Setiap
individu berpotensi dan mampu menjadi usahawan berjaya. Namun begitu,
untuk menjadi seorang usahawan berjaya dan berdaya saing, seseorang individu
itu perlulah mempunyai ciri-ciri unik di dalam dirinya.

Mari kita bincangkan secara terperinci tabii seseorang usahawan yang berjaya.
Berbeza dengan peniaga, usahawan merupakan seseorang yang berfikiran
kreatif, inovatif dan bersedia mengambil risiko dalam usaha teroka perniagaan
yang diceburinya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


106  TOPIK 7 TABII USAHAWANAN BERJAYA

7.1 DEFINISI TABII


Setiap usahawan unik dengan keistimewaan dan ciri-ciri masing-masing. Mereka
tidak terlepas dari mempunyai sikap dan tingkah laku yang berbeza-beza. Cita-
cita dan impian juga membentuk kejayaan dan pencapaian mereka. Untuk
mengenali seseorang usahawan itu, kita harus mengetahui tabii mereka. Di sini,
kita akan belajar dengan lebih jelas mengenai tabii dan maksudnya secara
terperinci.

7.1.1 Definisi
Tabii bermaksud interaksi antara tiga domain iaitu pengetahuan, kemahiran dan
kemahuan. Ini boleh dirujuk pada Rajah 7.1 di bawah.

Rajah 7.1: Tiga domain yang membentuk tabii

Tabii terbentuk apabila ketiga-tiga domain iaitu kemahuan, pengetahuan dan


kemahiran bersilang. Jika persilangan tidak berlaku, maka tabii tidak akan
terbentuk. Begitulah juga jika hanya dua domain yang bersilang, maka tabii tidak
juga terbentuk. Usahawan boleh mendapat pengetahuan menerusi beberapa jenis
sumber seperti buku, majalah guru dan orang di sekelilingnya. Mereka boleh
memperoleh pengetahuan menerusi pemerhatian apa yang berlaku di
sekelilingnya. Usahawan yang berpengetahuan tahu apa yang mesti atau boleh
dilakukan serta sebab-sebab kenapa ia perlu dilakukan.

Kemahuan merupakan penggerak atau pendorong untuk melakukan sesuatu.


Usahawan mungkin tahu mengenai sesuatu perkara tetapi seandainya dia tidak
mahu melakukannya, ia tidak akan memberikan apa-apa faedah kepadanya.
Manakala kemahiran pula boleh diperoleh secara teori, iaitu daripada bacaan
atau pemerhatian bagaimana sesuatu itu dilakukan. Kemahiran membolehkan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 TABII USAHAWANAN BERJAYA  107

seseorang individu itu boleh melakukannya. Jika hanya teori sahaja tidak
mencukupi, ia perlu diamalkan untuk meningkatkan sesuatu kemahiran. Untuk
menjadikan sesuatu itu satu tabii dalam kehidupan, seseorang usahawan itu
mesti mempunyai ketiga-tiga domain itu.

Sebagai contoh, Aribah ingin menjadi seorang chef yang hebat. Gadis ini
memohon untuk memasuki universiti sebagai langkah pertama ke arah itu.
Tujuannya adalah untuk mendapatkan pengetahuan tentang bidang penyediaan
makanan, sanitasi makanan, hiasan makanan dan lain-lain yang berkaitan
dengan kerjaya sebagai chef. Sehingga kini, Aribah masih belum memperoleh
tabii sebagai seorang chef. Ini adalah kerana pengetahuan, tidak bersilang
dengan kemahiran dan kemahuan. Setelah Aribah menyedari hakikat itu, dia
mula mendapat ilmu mengenai kemahiran sebagai seorang chef. Aribah masih
belum mengamalkan apa yang telah dipelajarinya itu. Dia masih belum berjaya
menjadi chef yang baik semasa sesi latihan industri. Apabila tamat kursus, dia
mula bekerja sebagai pembantu chef di sebuah resort. Bermula dari situlah,
Aribah mula menguasai kemahiran yang telah dipelajarinya selama ini. Maka
timbullah kemahuan dalam dirinya untuk berusaha dengan lebih gigih bagi
mencapai cita-citanya selama ini. Akhirnya, setelah beberapa tahun berkhidmat
di situ, beliau telah dilantik sebagai chef di resort berkenaan. Dalam kes ini,
Aribah mengambil masa beberapa tahun untuk menggabungkan ketiga-tiga
domain itu untuk membentuk satu tabii. Adalah penting untuk seseorang
individu itu menanamkan tabii untuk menjadi seorang yang berguna atau efektif.

7.1.2 Tabii Orang Yang Sangat Efektif


Tabii usahawan sememangnya banyak mempengaruhi sikap, personaliti dan
jangkaan yang ada pada diri mereka sendiri. Kejayaan usahawan bergantung
kepada sejauhmanakah tabii itu mempengaruhi tindakan mereka dalam
mengejar kejayaan dalam perniagaan. Untuk mencapai keadaan ini, beberapa
tabii harus dibentuk iaitu:
(a) Bertindak Tanpa Arahan
Sebagai manusia, kita perlu mencorakkan kehidupan kita sendiri. Tingkah
laku yang ditonjolkan adalah hasil daripada keputusan kita sendiri dan
bukannya bergantung pada orang lain mahupun persekitaran. Kita tidak
boleh salahkan baka. Contohnya, ibu bapa kita tidak pandai membaca,
maka sebab itulah kita tidak pandai membaca. Sepatutnya kita perlu
berusaha mencapai sesuatu kejayaan tanpa disuruh oleh sesiapa. Maka kita
perlu bertindak atas kehendak sendiri dan bukannya menunggu arahan
daripada pihak atasan untuk merancang segala-galanya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


108  TOPIK 7 TABII USAHAWANAN BERJAYA

(b) Bermatlamat
Matlamat perlu ditentukan sebelum merancang sesuatu tindakan. Tanpa
matlamat, kita akan tersasar dari landasan sebenar. Begitu juga dalam
perniagaan; tanpa matlamat untuk mengaut keuntungan dan
memperkembangkan lagi perniagaan, maka jadilah perniagaan itu seperti
pepatah Melayu „Hidup segan, mati tidak mahu‰.
(c) Mengutamakan Yang Penting
Dalam dunia perniagaan, banyak cabaran yang perlu dihadapi oleh
seseorang usahawan. Pelbagai keputusan perlu diambil dan
dipertimbangkan bagi memastikan perniagaan berkembang dengan baik.
Usahawan perlu bijak menentukan kedudukan atau keutamaan sesuatu
perkara sebelum mengambil sesuatu keputusan. Usahawan tidak boleh
menyelesaikan sesuatu perkara itu mengikut emosi semata-mata. Mereka
perlu membuat pertimbangan yang sewajarnya dengan meneliti kekuatan,
kelemahan, ancaman dan peluang yang sedia ada.
(d) Bekerjasama
Kerjasama merupakan satu sikap yang amat perlu diberi penekanan oleh
semua usahawan yang hendak berjaya. Tanpa kerjasama yang baik
daripada pembekal, pekerja mahupun pengguna, sudah pasti sesebuah
perniagaan itu sukar untuk berkembang maju. Manusia hidup dalam
sebuah masyarakat majmuk, yang penuh dengan pelbagai ragam dan gaya.
Oleh itu kerjasama amat perlu diterapkan bagi memastikan semua perkara
yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik dan dapat menikmati
kehidupan yang tenang dan harmoni.
(e) Mendalami Kemahiran Untuk Memahami Antara Satu Sama Lain
Usahawan akan berdepan dengan pelbagai cabaran yang boleh
melambatkan atau menggagalkannya untuk mencapai matlamat yang telah
ditetapkan. Usahawan perlu mempunyai tabii ini bagi memastikan mereka
dapat mempelajari sesuatu kemahiran dengan cepat dan berkesan apabila
disayangi oleh orang lain. Mereka juga perlu belajar memahami dan
menyayangi orang lain dalam semua perkara. Ini akan mendorong orang
itu mengajar usahawan lebih banyak perkara yang boleh menyumbang ke
arah kejayaan dalam perniagaan.
(f) Mengaplikasikan Kelima-Lima Tabii Di Atas Dalam Semua Situasi
Usahawan tidak boleh membentuk tabii tertentu dan mengamalkannya
secara berasingan. Jika mereka berbuat demikian, mereka tidak akan
berjaya sepenuhnya. Usahawan perlu menyusun rancangan supaya mereka
boleh menggunakan kelima-lima tabii di atas dalam semua perkara yang
dilakukan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 TABII USAHAWANAN BERJAYA  109

(g) Memperkembangkan Diri Sendiri


Dunia keusahawanan adalah dunia yang kompleks. Usahawan perlu
mempertingkatkan kreativiti, inovasi dalam penghasilan produk baru
supaya selaras dengan perkembangan semasa. Oleh itu untuk berjaya, dan
menjadi seorang usahawan yang efektif, tabii ini perlu dikuasai dengan
baik. Usahawan perlu mempunyai kesedaran dan kehendak untuk
memperkembangkan diri seumur hidup. Mereka boleh
memperkembangkan diri dalam beberapa aspek seperti:
(i) Fizikal
Usahawan perlu membuat persiapan dari segi fizikal termasuklah
kekuatan dan kesihatan jasmani. Semua alatan, mesin dan teknologi
yang mereka miliki juga harus berada dalam keadaan baik dan
mampu beroperasi secara optimum. Kombinasi antara dua elemen ini
akan menentukan kejayaan sebenar usahawan dalam menjalankan
aktiviti keusahawanan.
(ii) Intelek
Usahawan perlu banyak membaca dan membuat refleksi dalam setiap
tindakan yang telah diambil. Tujuannya ialah supaya mereka dapat
membuat sebarang penambahbaikan dan pengubahsuaian aktiviti
perniagaan supaya ia lebih relevan dan realistik pada masa hadapan.
Pengetahuan, kemahiran dan kepakaran yang usahawan miliki perlu
sentiasa ditingkatkan dari semasa ke semasa. Kekuatan intelek
membolehkan usahawan membuat keputusan dengan lebih mantap
dan mengambil tindakan dengan lebih berkesan. Kejayaan usahawan
juga bergantung kepada kemampuan mereka untuk melihat dan
merebut peluang yang ada dengan baik.
(iii) Kerohanian
Seseorang usahawan perlu mempunyai pegangan yang kuat terhadap
agama dan percaya kepada Tuhan. Mereka perlu mendalami
pengetahuan kerohanian supaya mendapat nilai yang baik di dalam
masyarakat. Usahawan perlu juga menunjukkan komitmen yang
tinggi terhadap apa yang dilakukannya.
(iv) Emosi
Usahawan perlu mempunyai emosi yang seimbang. Usahawan yang
mempunyai emosi yang negatif seperti cepat marah, sedih dan
sebagainya akan menghalang mereka bekerja dengan baik. Orang-
orang yang berurusan dengan mereka juga akan turut terpengaruh
dengan emosi yang negatif berkenaan. Akibatnya, produktiviti
perniagaan akan terjejas. Usahawan perlu mempunyai emosi yang
positif seterusnya dapat memberi inspirasi kepada orang yang ada di

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


110  TOPIK 7 TABII USAHAWANAN BERJAYA

sekelilingnya. Tabii ini akan menjadi penyumbang kepada kejayaan


seseorang usahawan.

SEMAK KENDIRI 7.1


1. Apakah yang dimaksudkan dengan tabii?
2. Huraikan bagaimanakah tabii boleh mempengaruhi kejayaan
seseorang usahawan.

7.2 CIRI PERSONALITI USAHAWAN BERJAYA


Tahukah anda bahawa usahawan mempunyai ciri-ciri personaliti dan profil yang
unik serta istimewa yang membezakan mereka dengan orang lain? Usahawan
mempunyai kompetensi iaitu kemampuan dan kemahiran diri untuk
melaksanakan tugas-tugas keusahawanan dengan berkesan dan baik.

7.2.1 Ciri Personaliti Usahawan


Ciri-ciri personaliti ini penting dalam menentukan tahap kebolehpercayaan
orang terhadap usahawan. Mari kita bincangkan mengenai jenis personaliti yang
dimiliki oleh usahawan. Antara ciri personaliti yang telah dikenal pasti ialah:
(a) Personaliti Yakin Boleh
Usahawan perlu yakin dengan kebolehan dan potensi diri dalam
melaksanakan perniagaan. Mereka perlu mempunyai kekuatan berikut:
(i) Jadikan pengalaman langsung menguruskan aktiviti perniagaan
sebagai panduan untuk melaksanakan ataupun membuat keputusan
bagi aktiviti perniagaan;
(ii) Pemerhatian ke atas pengalaman orang lain yang telah berjaya
sebagai panduan dalam menguruskan perniagaan;
(iii) Bersedia tingkatkan kepakaran, kemahiran dan pengetahuan dengan
penuh keyakinan; dan
(iv) Anggapkan kesilapan atau kelemahan pada masa lepas sebagai satu
proses pembelajaran dalam membina keyakinan diri yang lebih
positif.
(b) Kesediaan Mengambil Risiko
Usahawan yang sedia mengambil risiko yang tinggi, biasanya akan lebih
cepat membuat keputusan dengan maklumat yang sedikit. Keputusan yang

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 TABII USAHAWANAN BERJAYA  111

diambil biasanya mengambil masa yang singkat. Ciri ini lebih sesuai
kepada mana-mana usahawan yang melibatkan diri dalam perniagaan
saham.
(c) Personaliti Proaktif
Usahawan yang memiliki personaliti proaktif akan mempengaruhi
persekitaran. Individu ini akan sentiasa mencari peluang-peluang
perniagaan yang ada disekelilingnya. Usahawan yang mempunyai
personaliti ini akan:
(i) Lebih bersedia mengemukakan cadangan tanpa merasa bimbang
diperlekehkan oleh orang lain;
(ii) Mereka akan berusaha mengenal pasti dan mencari peluang di sebalik
ancaman yang ada;
(iii) Usahawan ini bersedia mengambil tindakan yang berisiko; dan
(iv) Usahawan ini juga bersedia membuat sebarang perubahan kepada
perniagaannya kerana mereka yakin bahawa perubahan itu boleh
menghasilkan kejayaan.
(d) Lokus Kawalan
Lokus kawalan adalah tahap di mana usahawan mempunyai keyakinan
mengenai tabii mereka dikawal oleh kuasa dalaman mahupun kuasa
luaran. Terdapat dua jenis lokus kawalan iaitu:
(i) Kawalan Luaran
Kawalan luaran melibatkan usahawan itu melihat kejayaan
perniagaannya bergantung kepada sokongan pihak lain. Maka
kejayaan itu diboleh dijangka kerana ia bergantung kepada nasib dan
destinasi mereka yang dikawal oleh orang yang lebih berkuasa.
(ii) Kawalan Dalaman
Kawalan dalaman melibatkan keyakinan diri, daya usaha dan
komitmen usahawan dalam mengawal masa hadapan mereka serta
kejayaan perniagaan. Mereka yakin bahawa komitmen yang tinggi
akan menghasilkan keuntungan yang tinggi.
(e) Machiavellianisme
Nicolo Machiavelli telah memperkenalkan personaliti ini. Beliau
berpendapat bahawa individu yang mempunyai „High-match‰ akan
mempunyai sikap pragmatik, mengekalkan jarak emosi dan yakin tujuan
boleh menghalalkan cara. Kesan keyakinan ini menyebabkan mereka akan
mempergunakan orang lain atau mempergunakan pelbagai cara demi
mencapai matlamat peribadi. Usahawan mungkin akan bertindak begini
apabila mereka:
(i) Meletakkan akhlak, moral dan etika sebagai perkara terakhir;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


112  TOPIK 7 TABII USAHAWANAN BERJAYA

(ii) Bersedia memanipulasikan keadaan bagi menghasilkan kejayaan yang


cemerlang dalam perniagaan;
(iii) Lebih bersedia menakutkan seseorang daripada mencintai dirinya;
dan
(iv) Bersikap kasar dan kurang ajar dengan sesiapa sahaja yang dirasakan
menggugat keadaan dirinya mahupun perniagaannya.

AKTIVITI 7.1

Anda dikehendaki melayari Internet. Kenal pasti ciri-ciri personaliti


usahawan berjaya di negara Barat, dan bandingkan dengan personaliti
tokoh usahawan berjaya di Malaysia. Bincangkan.

7.3 KOMPETENSI USAHAWAN BERJAYA


Ciri-ciri utama yang perlu ada pada seseorang usahawan berjaya bagi
melaksanakan fungsi keusahawanan dengan berkesan dikenali sebagai
kompetensi keusahawanan. Tahukah anda bahawa terdapat 13 kompetensi
keusahawanan? Menurut Chiew Tung Moi et al (2011), kompetensi ini
berdasarkan ujian kompetensi keusahawanan diri yang digunakan dalam Special
Workshop On Personal Entrepreneurial Competencies pada tahun 1985. Mari
kita lihat senarai kompetensi usahawan di bawah:
(a) Inisiatif
Usahawan mesti seorang yang proaktif dan berupaya melakukan sesuatu
tindakan atau aktiviti tanpa arahan orang lain. Usahawan yang berinisiatif
berupaya menerajui perniagaan atau industri dengan sendiri. Mereka akan
melakukan sesuatu sebelum diminta, diarah atau dipaksa oleh orang lain
mahupun keadaan. Mereka akan berusaha mengembangkan perniagaan
dan membangunkan produk atau perkhidmatan yang baharu.
(b) Melihat dan Merebut Peluang
Usahawan yang mempunyai daya melihat dan merebut peluang akan
sensitif terhadap peluang yang ada di sekelilingnya. Usahawan akan
mencari, melihat dan membuat kajian terhadap peluang yang ada dan
boleh merebut atau mengambil peluang tersebut. Mereka juga kadangkala
dapat merebut peluang yang luar biasa dengan mendapatkan bantuan
kewangan, peralatan, tanah atau premis dalam memperluaskan pasaran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 TABII USAHAWANAN BERJAYA  113

(c) Kecekalan
Usahawan yang cekal akan berusaha mencari jalan penyelesaian untuk
masalah atau rintangan yang dihadapi. Mereka tidak cepat menyerah kalah
kepada nasib atau takdir semata-mata.
(d) Mencari Maklumat
Usahawan yang mampu mencari maklumat akan melakukan penyelidikan
terhadap produk dan perkhidmatan yang mereka tawarkan. Usahawan ini
akan mendapatkan khidmat nasihat pakar serta membuat penyelidikan
pasaran, menjalankan kajian dan membuat analisis bagi memastikan
produk atau perkhidmatan yang mereka tawarkan kekal dalam pasaran.
Mereka juga akan menggunakan pelbagai rangkaian maklumat dan
jaringan untuk mendapatkan maklumat yang berguna.
(e) Menitikberatkan Mutu Kerja Yang Tinggi
Biasanya usahawan akan melakukan sesuatu kerja atau aktiviti yang
berkualiti tinggi untuk mencapai kecemerlangan dalam perniagaannya.
Usahawan yang menitikberatkan mutu kerja yang tinggi akan
menghasilkan produk atau perkhidmatan yang berkualiti. Mereka akan
sentiasa membandingkan mutu kerja mereka dengan pesaing yang ada
dalam pasaran.
(f) Komitmen Terhadap Perjanjian Kerja
Usahawan yang mempunyai komitmen terhadap perjanjian kerja akan
melakukan pengorbanan peribadi dan masa dalam menyelesaikan sesuatu
tugas. Mereka akan bertanggungjawab sepenuhnya dalam menyelesaikan
kerja untuk pelanggan. Mereka juga akan mengambil berat mengenai
permintaan pelanggan dan memuaskan hati mereka.
(g) Berorientasikan Kecekapan
Usahawan yang berorientasikan kecekapan akan sentiasa mencari jalan
cepat atau mengurangkan kos dalam menyelesaikan sesuatu tugas.
Usahawan akan menggunakan semua maklumat atau kaedah pengurusan
perniagaan terkini untuk meningkatkan kecekapan perniagaan. Mereka
akan mengambil berat mengenai pengiraan kos berbanding keuntungan
hasil sesuatu pembaharuan, perubahan dan tindakan.
(h) Membuat Perancangan Yang Sistematik
Usahawan akan membuat perancangan yang sistematik dengan
membahagikan tugasan yang besar kepada tugasan yang lebih kecil dan
senang dilaksanakan oleh orang bawahannya. Usahawan ini juga akan
membuat beberapa rancangan alternatif. Mereka akan menilai dan memilih
beberapa rancangan alternatif yang ada. Usahawan ini akan mengambil
pendekatan yang logik dan sistematik dalam merancang setiap aktiviti
perniagaannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


114  TOPIK 7 TABII USAHAWANAN BERJAYA

(i) Menyelesaikan Masalah


Usahawan mampu menyelesaikan masalah dengan mencari dan
mengambil strategi menyelesaikan masalah dan pada masa yang sama
matlamat perniagaan tercapai. Mereka akan mencari dan melahirkan
alternatif baru untuk menyelesaikan masalah.
(j) Keyakinan Diri
Usahawan yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi akan menunjukkan
keyakinan diri mereka ketika menghadapi sesuatu cabaran atau semasa
menyelesaikan sesuatu tugas. Mereka akan berpegang kepada kebolehan
diri sendiri dalam menyelesaikan sesuatu tugas.
(k) Ketegasan
Usahawan yang tegas berupaya menyuarakan ideanya walaupun ditentang
oleh orang lain secara langsung. Usahawan yang tegas mempunyai ciri-ciri
berikut:
(i) Menghukum mereka yang tidak menghasilkan kerja yang ditetapkan;
(ii) Mampu menyelesaikan masalah dengan orang lain secara langsung;
dan
(iii) Memberitahu pekerjanya mengenai permintaan terhadap hasil kerja
mereka.
(l) Meyakinkan Orang Lain
Usahawan yang memiliki kompetensi ini akan dapat meyakinkan
pelanggannya untuk membeli produk atau perkhidmatannya. Mereka juga
dapat meyakinkan orang atau mana-mana institusi kewangan untuk
memberi bantuan kewangan atau pinjaman.
(m) Menggunakan Strategi Pengaruh
Usahawan yang menggunakan strategi pengaruh akan dapat
membangunkan jaringan perniagaannya dengan lebih baik. Di samping itu,
mereka akan mempengaruhi orang lain untuk menjadi ejennya untuk
mencapai objektif perniagaan. Seterusnya usahawan ini akan
mempengaruhi dan meyakinkan orang lain mengenai kebaikan produk
yang dikeluarkan oleh mereka.

7.4 PROFIL USAHAWAN BERJAYA DI


MALAYSIA
Menurut Norlela Zubir (2008), pemilihan mentor adalah sangat penting dalam
perniagaan kerana ia memberi motivasi kepada usahawan untuk mencontohi
sifat gigih mentor itu. Pengalaman dan cabaran yang pernah diharungi oleh
mentor dapat dijadikan contoh dan sempadan bagi mencapai kejayaan yang
cemerlang. Mari kita kenali tokoh usahawan berjaya di Malaysia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 TABII USAHAWANAN BERJAYA  115

7.4.1 Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary


Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary dilahirkan
pada tahun 1951. Beliau merupakan salah seorang tokoh korporat
Bumiputera yang terkaya di Malaysia. Beliau merupakan anak
ketiga daripada tujuh orang adik-beradik. Keluarganya berasal dari
Hadhramaut, Yemen. Pendidikan tertinggi beliau hanyalah
sehingga tingkatan lima sahaja. Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam
keadaan serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak
di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini
menyebabkan beliau susah untuk belajar. Kesempitan hidup ini menyebabkan
beliau tidak berpeluang melanjutkan pelajaran sehingga ke universiti. Tan Sri
Syed Mokhtar mula bekerja sejak di bangku sekolah lagi dengan membantu
ibunya menanam sayuran dan menjualnya di Pasar Telok Wan Jah bagi
menampung kehidupan seharian. Beliau turut menjual roti canai di pasar yang
sama.

Selepas waktu persekolahan, beliau membantu perniagaan bapanya mengembala


haiwan ternakan di pusat kuarantin berdekatan dengan Stesen Keretapi Alor
Setar. Wabak penyakit kaki dan mulut menyebabkan perniagaan bapanya jatuh
sekitar tahun 1970-an. Semenjak itu, beliau mengambil alih perniagaan bapanya
dan mula menjalankan perniagaan menjual daging bersama ais secara kecil-
kecilan. Syed Mokhtar mula dengan membungkus daging yang diperoleh
daripada penjual dan menjualkannya semula kepada peniaga-peniaga di sekitar
Alor Setar. Kesabarannya mula membuahkan hasil.

Bermula dengan menjual daging, beliau mula beralih kepada perniagaan


pengangkutan pula. Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit bagi
empat buah lori Kelas A. Kemudiannya beliau menceburi bidang perniagaan
menjual beras. Beliau bekerja keras untuk mendapatkan lesen perdagangan beras
daripada Lembaga Padi Negara (Bernas). Antara kejayaan beliau ialah apabila
syarikatnya berjaya mendapat kontrak membekalkan beras kepada anak-anak
syarikat kerajaan. Dari sini, perniagaannya terus berkembang maju dan
syarikatnya mula mengembangkan perniagaannya kepada bidang-bidang lain
seperti perniagaan logistik, perladangan, pembangunan hartanah, kejuruteraan,
pembuatan, perkapalan dan sebagainya.

Kini beliau memegang 51.8% saham dalam Malaysia Mining Corporation


(MMC), Syarikat Impian Teladan Sdn Bhd. Beliau juga mempunyai kepentingan
dalam beberapa syarikat seperti Pernas, Malakoff Berhad, iaitu syarikat
pembekalan elektrik dan 20% pegangan dalam IJM Corporation Berhad, Fiamma
Holdings Berhad dan sebagainya. Beliau telah menubuhkan Yayasan Al-Bukhary
iaitu sebuah badan kebajikan yang membantu golongan miskin, menyokong
perkembangan seni dan budaya Islam. Tan Sri Syed Mokhtar telah dinobatkan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


116  TOPIK 7 TABII USAHAWANAN BERJAYA

sebagai usahawan Melayu paling kaya di Malaysia pada tahun 2011 dengan
kekayaan beliau dianggarkan bernilai sebanyak ASD$2.603 bilion (RM9.132
bilion pada 1 Disember 2011) iaitu tempat ke tujuh dalam senarai Hartawan
Malaysia dan tempat ke-32 di Asia oleh Majalah Forbes Asia 2011.

7.4.2 Tan Sri Dato’ Azman Hashim


Tan Sri DatoÊ Azman Hashim dilahirkan pada tahun 1939 di
Kampung Baru, Kuala Lumpur dan mempunyai tiga belas
orang adik-beradik. Kejayaan beliau adalah hasil asuhan,
didikan dan disiplin yang dipupuk oleh kedua ibu bapanya
yang merupakan guru sekolah di sekitar Kampung Baru. Pada
tahun 1954, beliau menduduki peperiksaan Senior Cambridge
dan berjaya mendapat gred satu dalam peperiksaan tersebut.
Beliau bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang
perubatan. Namun, beliau telah ditawarkan Biasiswa Colombo di Australia di
bidang perakaunan dari tahun 1955 hingga 1960. Beliau telah berjaya
ditauliahkan sebagai akauntan bertauliah pada usia 21 tahun.

Beliau memulakan kerjayanya sebagai akauntan berkanun pada tahun 1955 di


Messrs. OL Haines & Co. Australia. Beliau berpengalaman luas dalam industri
perbankan dan mula terlibat dalam sektor perbankan sejak 1960 sekembalinya
dari Australia sebagai akauntan berkanun. Tan Sri Azman memulakan
kerjayanya di Bank Negara Malaysia. Selepas beberapa tahun bekerja di sana,
beliau meletakkan jawatan pada tahun 1964 bagi memulakan firma
perakaunannya sendiri, iaitu Azman, Wong, Salleh & Co. Dua tahun kemudian,
beliau menjadi Pengarah Malayan Banking Berhad (Maybank) dan dilantik
sebagai Pengarah Eksekutif Maybank dari tahun 1971 hingga 1980.

Pada tahun 1980 hingga 1982, Tan Sri Azman dilantik sebagai Pengerusi
Eksekutif Kwong Yik Bank yang kini dikenali sebagai RHB Bank Berhad selama
dua tahun. Pada tahun 1982, beliau membeli Arab-Malaysian Merchant Bank
yang kini dikenali sebagai AmBank daripada seorang usahawan Arab bernama
Hussain Najadi. Hussain mengasaskan bank itu pada tahun 1975 bagi membawa
masuk pelaburan dari negara-negara Arab ke Malaysia. Selepas pembelian itu,
Tan Sri Azman dilantik sebagai pengerusinya. Tan Sri Azman kini merupakan
Pengerusi Eksekutif Kumpulan Amcorp Berhad dan menjadi pengerusi kepada
beberapa subsidiari Kumpulan Ambank dan AMDB Berhad.

Sumbangan dan pengiktirafan beliau terhadap proses perkembangan ekonomi


negara tidak dapat disangkal lagi. Beliau bergiat aktif dalam aktiviti-aktiviti
kebajikan. Banyak pengiktirafan yang telah diperolehnya seperti dinamakan
Pengurus Bank Terbaik Asia pada tahun 1985 oleh Majalah Asian Finance,

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 TABII USAHAWANAN BERJAYA  117

anugerah Doktor Kehormat oleh Universiti Utara Malaysia pada tahun 1990,
dinamakan sebagai Usahawan ASEAN pada tahun 1993, dan Pengurus Terbaik
tahun 1995 oleh Kelab Alumni Harvard Business School. Majalah Forbes
menganggarkan kekayaan yang dimiliki oleh Tan Sri Azman berjumlah ASD$600
juta – menjadikan beliau orang Melayu yang kedua terkaya di Malaysia dan yang
ke sebelas Hartawan Terkaya di Malaysia.

AKTIVITI 7.2
1. Mengapakan seseorang usahawan perlu mempunyai kompetensi
yang baik dalam bidang keusahawanan? Berikan pandangan
anda.
2. Apakah yang dimaksudkan dengan „perlu mempunyai komitmen
yang tinggi untuk menjadi usahawan berjaya‰? Bincangkan.

 Untuk menjadi usahawan berjaya, seseorang individu perlu mempunyai


tabii dan ciri-ciri unik seorang usahawan.
 Profil usahawan berjaya boleh dijadikan contoh dan sumber inspirasi
kepada individu yang ingin menjadi usahawan berjaya dan cemerlang.
 Usaha perlu bersedia dengan pengetahuan, kemahiran dan kepakaran yang
mencukupi untuk menangani segala cabaran dan rintangan dalam bidang
keusahawanan.

Inisiatif Pengetahuan
Kemahiran Personaliti
Kemahuan Tabii
Machiavellianisme

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Rancangan
8 Perniagaan

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mendefinisikan Rancangan Perniagaan;
2. Membincangkan kepentingan Rancangan Perniagaan;
3. Membincangkan tujuan penyediaan Rancangan Perniagaan yang
berkualiti; dan
4. Mengenal pasti peranan Rancangan Perniagaan terhadap syarikat,
pelabur, rakan niaga dan mereka yang berkepentingan dalam syarikat.

 PENGENALAN
Dalam era perniagaan yang semakin mencabar ini, organisasi perniagaan
berhadapan dengan pelbagai persaingan dan cabaran dalam persekitaran
ekonomi global. Usahawan perlu mempunyai daya saing yang tinggi dan hebat
untuk bertahan dalam mengembangkan perniagaan yang diceburinya. Dunia
perniagaan pada masa kini telah menjadikan Rancangan Perniagaan itu sebagai
satu keperluan dalam menentukan hala tuju sesebuah perniagaan. Keupayaan
usahawan menyediakan Rancangan Perniagaan yang baik dan berkesan
nmencerminkan kebolehan perniagaannya dalam usaha teroka. Usahawan perlu
menjelaskan secara terperinci semua aspek yang perlu diberi penekanan dalam
perniagaan iaitu pemasaran, pembangunan dan penyelidikan perniagaan,
pengurusan sumber manusia, risiko kritikal yang bakal dihadapi, faktor
kewangan dan teknik pengeluaran. Penjelasan dalam bentuk dokumen ini perlu
disediakan untuk memastikan perniagaan mereka kekal lama dalam pasaran
bagi memudahkan mereka mendapatkan rakan kongsi, pelabur dan sebagainya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 RANCANGAN PERNIAGAAN  119

8.1 DEFINISI RANCANGAN PERNIAGAAN


Perancangan dalam sesebuah perniaagaan adalah penting. Sebuah Rancangan
Perniagaan yang baik akan mencerminkan perniaagaan tersebut. Mari kita lihat
apakah yang dimaksudkan dengan Rancangan Perniagaan serta kepentingannya.

8.1.1 Definisi

Rancangan Perniagaan merupakan dokumen mengenai perjalanan


perniagaan dengan terperinci. Ia menerangkan status semasa pasaran
yang bakal dimasuki, jangkaan keuntungan hasil daripada perniagaan
yang akan dijalankan dan bagaimana keuntungan berkenaan akan
diperoleh.

Rancangan Perniagaan bertujuan memperkenalkan dan menjelaskan peluang


perniagaan serta bagaimana peluang tersebut boleh dimanfaatkan oleh pihak
pengurusan dan ahli organisasi. Menurut Hisrich, Peters dan Shepherd (2010),
Rancangan Perniagaan merupakan dokumen bertulis yang menerangkan semua
elemen dalaman dan luaran serta strategi memulakan sesuatu perniagaan. Ia
menerangkan status semasa pasaran yang bakal dimasuki, jangkaan keuntungan
hasil daripada perniagaan.

Menurut Barringer dan Duane (2008), Rancangan Perniagaan penting disebabkan


dua perkara. Pertama, ia merupakan dokumen dalaman mengenai peluang
perniagaan yang hendak diceburi. Ia penting kerana usahawan perlu berusaha
menyebarkan maklumat mengenai perniagaannya kepada pihak-pihak yang
berkepentingan seperti pelabur, pelanggan dan juga rakan niaga. Perkara kedua
adalah kerana Rancangan Perniagaan dapat dijadikan sebagai panduan syarikat
dalam menentukan hala tuju organisasi pada masa hadapan.

8.1.2 Kepentingan Rancangan Perniagaan


Di sini, kita akan membincangkan kepentingan Rancangan Perniagaan kepada
usahawan seperti di bawah.
(a) Membangunkan Wawasan Perniagaan
Rancangan Perniagaan membolehkan usahawan mengetahui arah tuju
perniagaan bagi membolehkan syarikat kekal dalam industri bagi lima
atau sepuluh tahun akan datang.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


120  TOPIK 8 RANCANGAN PERNIAGAAN

(b) Menentukan Bagaimana Perniagaan Akan Diurus


Rancangan Perniagaan akan menyediakan ruang yang akan membolehkan
usahawan melihat penstrukturan syarikat. Mereka boleh melihat dengan
jelas siapa perlu melakukan apa dengan siapa, bila dan bagaimana hendak
melakukannya.
(c) Meningkatkan Peluang Untuk Berjaya
Rancangan Perniagaan yang komprehensif membolehkan usahawan
melihat kekuatan dan kelemahan yang dimiliki mereka untuk
membolehkan mereka bersaing dalam perniagaan.
(d) Mengenal Pasti Pesaing-Pesaing Utama
Rancangan Perniagaan akan membolehkan usahawan mengenal pasti
pesaing sedia ada dan bakal muncul. Mereka dapat mengetahui kekuatan
dan kelemahan pesaing dalam industri yang mereka sertai.
(e) Mengenal Pasti Halangan Yang Boleh Menjejaskan Perniagaan
Usahawan akan berdepan dengan pelbagai cabaran yang boleh
melambatkan atau menggagalkannya untuk mencapai matlamat yang telah
ditetapkan. Usahawan dapat bersedia lebih awal untuk menghadapi segala
halangan menerusi Rancangan Perniagaan.
(f) Penilaian Kendiri Ke Atas Perniagaan Yang Akan Diceburi
Rancangan Perniagaan membolehkan usahawan membuat penilaian
terhadap perniagaan yang dijalankan. Usahawan dapat mengetahui
kedudukan semasa perniagaannya sama ada berjaya mendapat keuntungan
atau sebaliknya. Hasil penilaian semasa perniagaan membolehkan
usahawan mengatur strategi bagi memastikan perniagaannya selari dengan
perancangan.
(g) Meningkatkan Keyakinan Konstituen
Rancangan Perniagaan membolehkan pelbagai pihak berkepentingan
mengetahui kekuatan syarikat dari aspek kewangan, sumber tenaga dan
daya maju (ÂviabilityÊ) untuk jangka pendek mahupun jangka panjang.
Maklumat ini penting bagi membolehkan pelabur meningkatkan
pelaburannya atau tidak, institusi kewangan meluluskan pinjaman atau
sebaliknya, sama ada pembekal ingin meningkatkan nilai kredit pembelian
bahan atau peralatan atau sebaliknya, dan membolehkan masyarakat terus
memberikan sokongan atau sebaliknya.

8.1.3 Maklumat Utama Rancangan Perniagaan


Mari kita bincangkan mengenai maklumat utama dalam menyediakan
Rancangan Perniagaan. Maklumat berikut perlu dijelaskan secara terperinci iaitu:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 RANCANGAN PERNIAGAAN  121

(a) Produk atau Perkhidmatan Yang Dikeluarkan


Usahawan perlu nyatakan jenis produk atau perkhidmatan yang
dikeluarkan oleh syarikatnya. Bagaimana produk akan dikeluarkan dan
jumlah yang akan dikeluarkan. Usahawan perlu menyatakan keluasan
kawasan yang diliputinya dengan membuat ramalan ke atas peratusan
pasaran yang akan dimasukinya.
(b) Pelanggan
Usahawan perlu menyatakan siapakah pelanggan utama dan bukan utama
terhadap produk atau perkhidmatan yang dikeluarkan. Adakah mereka
terdiri daripada peruncit, pemborong, pembeli industri atau pembeli
kerajaan? Usahawan perlu membuat ramalan peratusan keseluruhan jualan
produk yang akan dikeluarkan.
(c) Pesaing
Usahawan perlu menyatakan siapakah pesaing-pesaing yang akan dihadapi
dengan menyatakan kekuatan mereka. Adakah produk yang dikeluarkan
oleh pesaing mempunyai ciri-ciri persamaan yang akan memberi saingan
langsung dengan produk yang bakal dikeluarkan? Sebaliknya, adakah
produk yang dikeluarkan adalah barang pengganti, penggenap atau lain-
lain yang akan memberi saingan yang tidak langsung?
(d) Cara Pengeluaran
Pada bahagian ini, usahawan perlu nyatakan teknik pengeluaran sama ada
secara manual, berteknologi rendah atau berteknologi tinggi. Seterusnya
adakah produk yang akan dikeluarkan merupakan produk siap atau separa
siap yang akan dikeluarkan secara besar-besaran, berperingkat, bermusim
atau berkala.
(e) Strategi Pemasaran
Strategi pemasaran perlu menyatakan dengan jelas sama ada produk atau
perkhidmatan yang ditawarkan itu akan dijual sendiri atau melantik ejen
untuk memasarkan produk atau perkhidmatan berkenaan atau
menggunakan pemasaran bertingkat. Strategi turut mempromosikan
produk dan perlu dinyatakan cara mempromosikannya sama ada menerusi
iklan dan sebagainya. Dalam strategi pemasaran ini, usahawan perlu
menyatakan strategi perletakan harga sama ada mengikut harga produk
yang sedia ada dalam pasaran, atau lebih rendah bagi tujuan penembusan
pasaran atau memimpin harga pasaran dengan pertambahan ciri-ciri unik
terhadap produk.
(f) Aspek Pengurusan
Usahawan perlu menyatakan kekuatan tenaga kerja dari segi bilangan
pekerja, kemahiran dan kelulusan yang dimiliki, jawatan yang wujud
dalam syarikat. Perbelanjaan seperti gaji, bonus, elaun dan bayaran lebih

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


122  TOPIK 8 RANCANGAN PERNIAGAAN

masa juga perlu dinyatakan. Usahawan perlu menyediakan carta syarikat


untuk perhatian dan maklumat pihak-pihak berkepentingan.
(g) Aspek Kewangan
Usahawan boleh membuat ramalan unjuran jualan dan menyediakan
belanjawan mengenai pendapatan, perbelanjaan, untung-rugi dan
kedudukan aliran tunai syarikat dari semasa ke semasa.

SEMAK KENDIRI 8.1


1. Apakah yang dimaksudkan dengan Rancangan Perniagaan?
2. Huraikan empat kepentingan Rancangan Perniagaan.
3. Terdapat empat jenis promosi. Pada pendapat anda, promosi jenis
manakah yang boleh mendatangkan untung dengan cepat?
Berikan alasan anda.

8.2 SASARAN PEMBACA RANCANGAN


PERNIAGAAN
Pada kebiasaannya, Rancangan Perniagaan akan dikemukakan kepada pihak-
pihak tertentu untuk tindakan selanjutnya. Sasaran pembaca sebuah Rancangan
Perniagaan terdiri daripada golongan berikut:
(a) Usahawan
Usahawan dapat memahami perniagaannya dengan lebih jelas apabila
terdapatnya Rancangan Perniagaan. Mereka boleh menilai sama ada
terdapat pasaran ataupun tidak untuk produk atau perkhidmatan yang
hendak ditawarkan. Ini dapat membantu mereka membuat keputusan
perniagaan dengan lebih baik.
(b) Pelabur
Pelabur perlu mengetahui prestasi dan latar belakang sesebuah perniagaan
sebelum membuat keputusan untuk melabur kepada perniagaan itu.
Dengan meneliti Rancangan Perniagaan, seseorang pelabur dapat
memahami prestasi dan daya maju perniagaan itu melalui analisis
pulangan pelaburan.
(c) Institusi Kewangan
Institusi kewangan merupakan salah satu sumber pembiayaan kewangan
utama bagi kebanyakan perniagaan. Usahawan perlu membuktikan
perniagaannya berdaya maju dan mampu membuat pembayaran balik ke
atas pinjaman kewangan. Rancangan perniagaan amat diperlukan sebagai
instrumen penilaian oleh pihak institusi kewangan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 RANCANGAN PERNIAGAAN  123

(d) Pembekal
Terdapat juga perniagaan yang memerlukan kemudahan pembekalan
secara kredit. Kemudahan kredit ini hanya akan diperoleh apabila pihak
pembekal yakin bahawa perniagaan ini mampu membayar balik hutang
dalam tempoh yang ditetapkan.
(e) Pelanggan (Pengeluar Tender)
Pengeluar tender perlu diyakinkan bahawa pemohon mampu
melaksanakan projek yang ditenderkan. Maka Rancangan Perniagaan perlu
disediakan bagi meyakinkan pihak pelanggan ini.
(f) Kakitangan/ Pekerja
Terdapat perniagaan kecil yang beroperasi dengan sumber kewangan yang
terhad dan bermasalah untuk mengambil kakitangan yang berpengalaman
dan berkemahiran. Bakal pekerja perlukan maklumat mengenai kemajuan
dan prestasi sesebuah perniagaan sebelum menyertai organisasi tersebut.
Maka Rancangan Perniagaan dapat memberi gambaran kepada bakal
pekerja mengenai latar belakang perniagaan itu.

AKTIVITI 8.1

Anda dikehendaki melayari Internet. Dapatkan contoh-contoh


Rancangan Perniagaan dan cuba buat perbandingan cara persembahan
Rancangan Perniagaan itu. Bincangkan.

8.3 PANDUAN PENYEDIAAN RANCANGAN


PERNIAGAAN
Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira bagi memastikan setiap
Rancangan Perniagaan mencapai matlamatnya. Setiap usahawan perlu
mengetahui maklumat yang perlu ada dalam penyediaan Rancangan Perniagaan
yang lengkap seperti struktur, kandungan dan gaya penulisan menepati format.
Kemahiran dalam penulisan adalah penting bagi memastikan mesej dan
maklumat yang ada dapat disampaikan kepada sasaran pembaca secara
berkesan. Beberapa soalan berikut perlu dijawab oleh usahawan sebelum
menyediakan Rancangan Perniagaan:
(a) Apakah bentuk perniagaan yang hendak dijalankan?
(b) Bagaimana produk atau perniagaan berbeza dengan produk lain?
(c) Siapakah sasaran pasaran?
(d) Apakah bentuk pasaran yang boleh diceburi?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


124  TOPIK 8 RANCANGAN PERNIAGAAN

(e) Bagaimana kita dapat merancang projek atau aktiviti dengan lebih
berkesan?

8.3.1 Perkara Yang Perlu Diambil Kira Sebelum


Menyediakan Rancangan Perniagaan
Terdapat beberapa perkara yang perlu dititikberatkan oleh usahawan iaitu:
(a) Perancangan hendaklah seringkas mungkin;
(b) Susun dan kumpulkan maklumat dengan teratur, terperinci berdasarkan
keutamaan;
(c) Perancangan perlu memenuhi keperluan masa depan;
(d) Elakkan membesar-besarkan isu yang remeh-temeh;
(e) Beri tumpuan kepada kesulitan kritikal yang bakal dihadapi;
(f) Jangan terlalu banyak andaian atau kemungkinan;
(g) Kenal pasti sasaran pasaran;
(h) Pastikan penulisan untuk Rancangan Perniagaan dalam bentuk orang
ketiga dengan menggunakan perkataan ÂkamiÊ, bukan ÂsayaÊ; dan
(i) Mampu menarik minat pembaca dengan penggunaan bahasa yang mudah,
format yang sistematik dan gaya persembahan yang menarik.

8.3.2 Format Rancangan Perniagaan


Terdapat beberapa format yang sering digunakan dalam menyediakan
Rancangan Perniagaan seperti berikut:
(a) Surat Iringan (Cover Letter)
Usahawan perlu sertakan satu surat iringan apabila menyerahkan
Rancangan Perniagaan kepada pihak tertentu. Surat iringan ini
menerangkan tujuan Rancangan Perniagaan disediakan dan kepada siapa ia
ditujukan. Surat ini disudahi dengan menyatakan kesanggupan pengusaha
memberi maklumat tambahan sekiranya perlu.
(b) Tajuk Muka Surat Hadapan
Ini merupakan helaian pertama dalam sesebuah Rancangan Perniagaan.
Antara maklumat yang perlu ada ialah:
(i) Tajuk Rancangan Perniagaan;
(ii) Nama dan alamat perniagaan;
(iii) Nama penulis Rancangan Perniagaan; dan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 RANCANGAN PERNIAGAAN  125

(iv) Tarikh disediakan.


(c) Muka Surat Isi Kandungan
Muka surat ini menyenaraikan isi kandungan tajuk-tajuk utama mengikut
muka surat dalam sesebuah Rancangan Perniagaan. Senarai isi kandungan
memudahkan pembaca membuat rujukan muka surat bagi tajuk tertentu.
(d) Ringkasan Eksekutif
Bahagian ini merupakan bahagian yang paling penting dalam perniagaan
kerana ia menjadi rujukan awal pembaca. Mengikut Vesper (1993),
dianggarkan hanya 10% daripada Rancangan Perniagaan dibaca secara
menyeluruh, manakala 90% lagi ditolak selepas membaca ringkasan
eksekutif. Maka ringkasan eksekutif ini perlu menonjolkan beberapa
perkara penting yang terkandung dalam Rancangan Perniagaan seperti
barangan yang ditawarkan, potensi pasaran, pengurusan, kos projek dan
jangkaan keuntungan yang boleh diperolehi.
(e) Badan Utama Rancangan Perniagaan
Ini merupakan bahagian yang paling penting kerana ia banyak
mengandungi maklumat mengenai aspek-aspek perniagaan yang akan
dijalankan. Aspek-aspek perniagaan yang ditekankan termasuklah
Rancangan Pentadbiran, Rancangan Pemasaran, Rancangan Operasi dan
Rancangan Kewangan.
(f) Lampiran
Bahagian ini mengandungi dokumen sokongan kenyataan atau maklumat
pada badan utama seperti:
(i) Sebut harga pembekal;
(ii) Surat akuan belian daripada pelanggan
(iii) Surat perjanjian;
(iv) Surat rujukan;
(v) Data hasil kajian; dan
(vi) Pelan tapak.

8.3.3 Badan Utama Rancangan Perniagaan


Badan utama Rancangan Perniagaan mengandungi maklumat berikut:
(a) Pengenalan
Bahagian ini merupakan pembukaan kepada keseluruhan Rancangan
Perniagaan. Semua maklumat yang akan dibincangkan perlu ada sokongan
fakta-fakta yang realistik dan kukuh. Antaranya ialah:
(i) Nama perniagaan;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


126  TOPIK 8 RANCANGAN PERNIAGAAN

(ii) Jenis perniagaan yang dijalankan;


(iii) Latar belakang industri perniagaan yang diceburi;
(iv) Lokasi perniagaan;
(v) Tarikh perniagaan dijalankan;
(vi) Faktor pemilihan jenis perniagaan yang diceburi; dan
(vii) Potensi daya maju perniagaan pada masa hadapan.
(b) Tujuan
Usahawan perlu nyatakan dengan jelas tujuan Rancangan Perniagaan ini.
Sila rujuk pada contoh di bawah.

Sekiranya Rancangan Perniagaan ini disediakan untuk mendapatkan


pinjaman kewangan daripada CIMB Bank sebanyak RM50,000 bagi
membiayai keperluan modal pusingan, tujuan penyediaannya boleh
dinyatakan seperti berikut:

„Rancangan Perniagaan ini disediakan oleh Syarikat Adibah Sdn.


Bhd. bagi memohon pembiayaan kewangan sebanyak RM50,000
daripada CIMB Bank untuk kegunaan modal pusingan
perniagaan.‰
(c) Latar Belakang Perniagaan
Semua maklumat yang diberikan hendaklah betul dan tepat. Maklumat
penting yang perlu ada dalam bahagian ini ialah:
(i) Nama perniagaan;
(ii) Alamat perniagaan;
(iii) Alamat surat-menyurat (jika berlainan);
(iv) Nombor telefon;
(v) Bentuk perniagaan;
(vi) Kegiatan utama;
(vii) Tarikh memulakan atau hendak memulakan perniagaan;
(viii) Tarikh pendaftaran perniagaan;
(ix) Nombor pendaftaran perniagaan;
(x) Nama bank; dan
(xi) Nombor akaun bank.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 RANCANGAN PERNIAGAAN  127

(d) Latar Belakang Pemilik atau Rakan Kongsi


Maklumat pemilik dan rakan kongsi yang perlu dinyatakan ialah:
(i) Nama penuh;
(ii) Nombor kad pengenalan diri;
(iii) Alamat tetap;
(iv) Alamat surat-menyurat;
(v) Nombor telefon;
(vi) Tarikh lahir;
(vii) Umur;
(viii) Taraf perkahwinan;
(ix) Kelayakan akademik;
(x) Kursus yang pernah dihadiri;
(xi) Kemahiran;
(xii) Pengalaman;
(xiii) Pekerjaan sekarang; dan
(xiv) Perniagaan lain yang pernah diceburi.
(e) Lokasi Tapak Projek
Maklumat mengenai lokasi tapak projek yang perlu disertakan ialah:
(i) Kedudukan fizikal projek (sama ada lokasi projek berdekatan dengan
jalan raya serta premis-premis lain);
(ii) Bangunan (jenis, struktur, keadaan, bentuk, saiz dan nilai bangunan);
dan
(iii) Kemudahan asas (air, elektrik dan telefon).
(f) Rancangan Pentadbiran
Maklumat yang perlu disertakan mengenai aspek-aspek pentadbiran
sesebuah organisasi perniagaan ialah:
(i) Pengenalan organisasi;
(ii) Carta organisasi;
(iii) Jadual jawatan dan bilangan tenaga pekerja;
(iv) Jadual huraian tugas;
(v) Jadual imbuhan balas jasa;
(vi) Senarai keperluan pejabat; dan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


128  TOPIK 8 RANCANGAN PERNIAGAAN

(vii) Perbelanjaan pentadbiran.


(g) Rancangan Pemasaran
Kejayaan sesebuah perniagaan bergantung kepada keupayaan perniagaan
menawarkan produk yang diperlukan oleh sasaran pengguna. Maka
rancangan pemasaran berkait rapat dengan perancangan operasi,
pentadbiran dan kewangan. Antara maklumat yang diperlukan ialah:
(i) Penerangan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan;
(ii) Pasaran sasaran;
(iii) Saiz pasaran;
(iv) Persaingan;
(v) Syer pasaran;
(vi) Ramalan jualan;
(vii) Strategi pemasaran; dan
(viii) Perbelanjaan pemasaran.
(h) Rancangan Operasi
Perancangan yang dibuat pada bahagian Rancangan Pemasaran
mempunyai implikasi pada bahagian Rancangan Operasi. Antara
maklumat yang diperlukan ialah:
(i) Carta aliran proses;
(ii) Unit pengeluaran/Jam operasi;
(iii) Keperluan bahan;
(iv) Tenaga pekerja;
(v) Mesin dan peralatan;
(vi) Susun atur ruang operasi;
(vii) Lokasi;
(viii) Operasi tak langsung; dan
(ix) Perbelanjaan operasi.
(i) Rancangan Kewangan
Bahagian ini penting kerana ia mengumpulkan semua maklumat kewangan
yang terkandung dalam bahagian Pentadbiran, Pemasaran dan Operasi.
Maklumat ini perlu untuk:
(i) Menyediakan kos perlaksanaan projek bagi memenuhi jumlah
keseluruhan kos projek.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 RANCANGAN PERNIAGAAN  129

(ii) Merancang untuk mendapatkan sumber kewangan pembiayaan


perlaksanaan projek.
(iii) Meramal dan mengetahui kedudukan ketunaian perniagaan dengan
menyediakan Penyata Aliran Wang Tunai.
(iv) Meramalkan dan mengetahui untung/rugi perniagaan di akhir
tempoh perakaunan dengan menyediakan Penyata Untung Rugi.
(v) Meramal dan mengetahui keseluruhan kedudukan kewangan dengan
menyediakan Penyata Kunci Kira-kira.

Maklumat yang perlu ada pada bahagian ini ialah:


(i) Kos pelaksanaan projek;
(ii) Sumber pembiayaan projek;
(iii) Jadual susut nilai aset tetap;
(iv) Jadual bayaran balik pinjaman (jika berkenaan);
(v) Jadual bayaran ansuran sewa beli (jika berkenaan);
(vi) Penyata Aliran Wang Tunai;
(vii) Penyata Untung Rugi; dan
(viii) Penyata Kunci Kira-kira.
(j) Rumusan
Setelah menyediakan semua bahagian di atas, usahawan perlu membuat
rumusan ke atas keseluruhan perancangan yang dibuat dalam Rancangan
Perniagaan.

8.3.4 Punca Rancangan Perniagaan Gagal


Mengapa usahawan sentiasa merungut dan menyatakan Rancangan Perniagaan
mereka selalu ditolak oleh pihak institusi kewangan atau pelabur? Tahukah anda
apa puncanya? Mari kita bincangkan. Berikut adalah antara punca kegagalan
tersebut.
(a) Matlamat yang hendak dicapai tidak munasabah.
(b) Matlamat yang diberi kurang jelas, kabur dan tidak dapat diukur.
(c) Usahawan tidak menunjukkan komitmen yang tinggi kepada Rancangan
Perniagaan yang telah disediakan.
(d) Usahawan tiada pengalaman dalam penyediaan Rancangan Perniagaan
yang baik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


130  TOPIK 8 RANCANGAN PERNIAGAAN

(e) Usahawan terlalu ambil mudah ancaman dan kelemahan perniagaan.


(f) Rancangan Perniagaan yang disediakan tidak memenuhi kehendak
pengguna.
(g) Rancangan Kewangan yang disediakan kadangkala tidak logik dan tidak
munasabah.

AKTIVITI 8.2
1. Mengapa Rancangan Kewangan penting dalam penyediaan
sesebuah Rancangan Perniagaan? Bincangkan.
2. Jelaskan kepentingan analisa pemasaran dalam penyediaan
Rancangan Perniagaan yang baik dan berkesan.
3. Mengapakah usahawan selalu gagal apabila memohon pinjaman
daripada institusi kewangan? Berikan pendapat anda.

 Setiap usahawan perlu mengakui hakikat betapa perlunya Rancangan


Perniagaan dalam menjalankan perniagaan.
 Ini adalah kerana dokumen ini akan menerangkan aspek perniagaan yang
bakal diceburi dan menjelaskan bentuk aktiviti yang ingin dijalankan.
 Kejayaan usahawan mendapat keyakinan daripada pelbagai pihak
merupakan kejayaan awal dalam memulakan perniagaan.

Rancangan kewangan Rancangan perniagaan


Rancangan operasi Rancangan pentadbiran
Rancangan pemasaran

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Pengenalan
Kepada
9 e-Dagang
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyatakan definisi e-dagang;
2. Mengenal pasti elemen dalam pengintegrasian perniagaan di Internet;
3. Menerangkan ciri-ciri peruncitan dalam talian;
4. Mengenal pasti jenis-jenis e-dagang; dan
5. Mengenal pasti trend masa hadapan e-dagang.

 PENGENALAN
Dalam topik ini, kita akan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan
dengan bagaimana e-dagang memainkan peranan penting dalam
pengintegrasian perniagaan dengan teknologi maklumat. Kita akan lihat
bagaimana dua kemahiran dalam bidang yang berbeza bergabung untuk
menghasilkan satu bidang baru yang hebat dan canggih dalam perniagaan.
Perdagangan elektronik bergantung kepada teknologi untuk menjadi subset
kepada dunia perdagangan tanpa sempadan.

9.1 DEFINISI e-DAGANG


Dengan perkembangan yang pesat dewasa kini, kita semakin bergantung harap
kepada teknologi yang ada di sekililing kita. Ini termasuklah perniagaan di mana
e-dagang semakin mendapat sambutan yang menggalakkan. Mari kita lihat
definisi e-dagang dan bagaimana perniagaan diintegrasikan bersama teknologi
ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


132  TOPIK 9 PENGENALAN KEPADA E-DAGANG

9.1.1 Definisi
Secara umumnya, e-dagang adalah model perniagaan yang menggunakan
Internet sebagai mediumnya. Aktiviti e-dagang merangkumi penggunaan laman
sesawang bagi tujuan penjualan produk atau perkhidmatan, melakukan
pemasaran dan menerima bayaran melalui Internet dan pengurusan khidmat
pelanggan secara dalam talian. Ini adalah kerana e-dagang berlaku di alam maya
di mana liputannya tiada sempadan. Mari kita lihat definisi e-dagang dari
perspektif berikut:
(a) Perspektif Ahli Ekonomi
e-dagang merupakan alat penyampaian keinginan pembeli dan peniaga
untuk mengurangkan kos, meningkatkan kualiti produk dan meningkatkan
kepantasan perkhidmatan penghantaran sesuatu produk.
(b) Perspektif Pengurusan
e-dagang merupakan aplikasi teknologi ke arah penggunaan jentera dan
aliran kerja sesuatu perniagaan.
(c) Perspektif Pemasaran
e-dagang merupakan pengangkutan baru menyediakan maklumat kepada
sasaran pasaran menerusi pengiklanan, promosi dan publisiti.
(d) Perspektif Teknologi
e-dagang bermaksud penghantaran maklumat.

Perspektif-perspektif di atas amat berguna untuk memudahkan kita memahami


pelaksanaan pelan e-dagang. Apabila digabungkan perspektif-perspektif di atas,
ia akan membentuk satu pelan e-dagang yang boleh mengaut keuntungan dan
meningkatkan kekayaan syarikat. Sebagai contoh, apabila kita menggabungkan
perspektif ekonomi dengan pengurusan, ia menunjukkan tugas yang perlu
dibuat bagi memastikan e-dagang berhasil. Di mana perdagangan menjadi sistem
transaksi, interaksi antara pembeli dan peniaga menjadi rangka kerja untuk
mengenal pasti peranan yang dimainkan oleh watak-watak dalam sistem itu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PENGENALAN KEPADA E-DAGANG  133

Rajah 9.1: Gabungan Perspektif Ahli Ekonomi, Pengurusan, Pemasaran dan Teknologi
dalam e-Dagang
Rajah 9.1 menunjukkan bagaimana e-dagang berlaku. Dalam sistem ini setiap
transaksi memerlukan kebenaran dan pembayaran apabila produk atau
perkhidmatan diterima oleh pembeli. Penggunaan teknologi dapat meningkatkan
sistem perdagangan kepada e-dagang. Manakala penggabungan perspektif
ekonomi dengan pemasaran menjadikan transaksi sebagai sebahagian daripada
komunikasi. Komunikasi pasaran berfungsi untuk memaklumkan, mengingatkan
dan memujuk pelanggan untuk membeli produk atau perkhidmatan yang
ditawarkan dalam talian.

Gabungan antara pengurusan dengan pemasaran akan menghasilkan projek.


Pengurus memainkan peranan dalam merancang, melaksana, menilai dan
mengawal operasi syarikat, manakala peranan pegawai pemasaran pula adalah
untuk mentaksir, menilai dan menambahbaik pemasaran sesuatu produk atau
perkhidmatan. Kedua-dua pengurus ini perlu bekerjasama untuk mentaksirkan
kos dan faedah projek yang dijalankan, menangani projek dengan baik. Apabila
perspektif teknologi digabung dengan perspektif-perspektif lain, ini menjadikan
rangkaian Internet tempat untuk mengumpul data serta menganalisis dan
menyebar maklumat.

Cabarannya adalah untuk akses produk baru. E-dagang hampir merangkumi


semua jenis transaksi komersial dalam talian. Maklumat distruktur
berorientasikan kesan audit dan rutin dalam pemprosesan data. Internet yang
dikenali sebagai World Wide Web (www atau Web) menjadi sempadan
komunikasi kepada pertumbuhan komputer. Penggunaan Internet bukan hanya
terhad kepada penjualan produk atau perkhidmatan sahaja, malah ia juga
digunakan untuk mengurangkan kos dan menghasilkan perkhidmatan yang
berkualiti.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


134  TOPIK 9 PENGENALAN KEPADA E-DAGANG

Terdapat tiga jenis perniagaan yang boleh dijalankan melalui medium Internet
iaitu yang berasaskan produk fizikal, produk digital dan produk perkhidmatan.
Antara kebaikan dan keuntungan menggunakan e-dagang ialah perangkaian dan
integrasi antara semua syarikat yang berhubung baik dengan pembeli, penjual
ataupun penyedia perkhidmatan berkenaan. Ia memudahkan pertukaran
maklumat dan transaksi perniagaan dapat dijalankan dengan sekelip mata serta
tidak dibelenggu dengan karenah pengisian borang-borang dan birokrasi.
Kebaikan e-dagang yang paling ketara ialah ia memberi keselesaan membeli-
belah di dalam ketenteraman rumah. Keadaan ini memberi peluang kepada
pembeli untuk berbincang bersama ahli keluarga sebelum membuat pembelian.
E-dagang berupaya memberi maklumat yang mesra pelanggan dan terkini.

9.1.2 Integrasi Perniagaan


Perniagaan secara dalam talianini memerlukan pengintegrasian kumpulan
syarikat perniagaan secara meluas tanpa had sempadan bagi memastikan mereka
dapat bersaing secara sihat. Ia memerlukan perancangan yang rapi kerana
dimensi pengurusannya menggunakan banyak sumber. Bagi memastikan
pengintegrasian perniagaan ini berjalan dengan lancar, suatu perisian integrasi
perniagaan perlu dibina. Pada kebiasaannya, sistem ini digubah dalam tiga
bahagian iaitu:
(a) Pangkalan Data Teknologi
Perkongsian gedung yang mengandungi perincian dan spesifikasi semua
bahan, produk dan peralatan.
(b) Sistem Perancangan
Aturan pengeluaran untuk suatu tempoh masa termasuk penjadualan
kakitangan dan keperluan bahan mentah.
(c) Pengukuran Pencapaian
Membandingkan pencapaian sebenar dengan perancangan.

Sistem ini perlu melepasi sempadan organisasi tunggal untuk mengintegrasikan


kontraktor, pembekal dan juga pelanggan. Ia memastikan standard adalah tinggi
dan mengurangkan ketidakseragaman. Ia menjurus ke arah kebolehramalan dan
kebolehpercayaan yang tepat bagi pengintegrasian perniagaan ini.

9.1.3 Peruncitan
Apakah pandangan anda terhadap perkara ini? Bolehkah imej nyata
menggantikan kepuasan memilih produk, menyentuh material, mencubanya
(jika kasut) atau baring di atasnya (jika tilam) sebelum membuat keputusan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PENGENALAN KEPADA E-DAGANG  135

untuk membelinya? Perkara inilah yang menyebabkan peruncit menghadapi


pelbagai cabaran dalam menjalankan perniagaan menerusi Internet. Berikut
adalah ciri-ciri perniagaan e-dagang:
(a) Menjual menggunakan Internet dengan rangkaian komputer bermula dari
peringkat pertanyaan, pesanan, pengeluaran invois hingga ke peringkat
bayaran.
(b) Secara dalam talian antara penjual dengan pembeli dari seluruh dunia.
(c) Mewujudkan laman sesawang atau Web dan gerai pameran dalam Internet.
(d) Gambar dan maklumat terperinci dipaparkan di skrin komputer.
(e) Perlu membuat pembayaran awal (prabayar) dengan memasukkan nombor
kad kredit.
(f) Barang pesanan akan dihantar melalui pos atau kurier.
(g) Jika belian didapati tidak menepati deskripsi, ia mungkin boleh
dikembalikan semula, tertakluk kepada syarat jualan.

Oleh sebab itu, transaksi secara dalam talian ini dilindungi oleh undang-undang,
cukai dan perkara yang melibatkan kepercayaan. Isu keselamataan data dan hak
peribadi pengguna telah mendapat perhatian dunia. Sehubungan dengan itu,
jalan penyelesaian bagi masalah keselamatan ini termasuk perisian antivirus,
halangan e-mel yang tidak diketahui sumbernya dan menggunakan
pertimbangan yang baik apabila menggunakan kad kredit.

Memandangkan e-dagang menyediakan peluang kepada perniagaan peruncitan


untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing, pembangunannya
dipergiatkan lagi menerusi penubuhan infrastruktur asas termasuklah
penyediaan dan penggalakan pelbagai mekanisme transaksi elektronik.

9.2 JENIS e-DAGANG


Dalam tahun 1970-an dahulu, transaksi perniagaan adalah menggunakan EDI
(Electronic Data Interchange) menerusi VAN (Value – Added Networks). Kini,
transaksi perniagaan kebanyakannya menggunakan laman sesawang sebagai
instrumen perniagaan. E-dagang boleh dibahagikan kepada empat kategori
utama iaitu B2B, B2C, C2B, dan C2C. Seterusnya, kita akan membincangkan
kategori e-dagang ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


136  TOPIK 9 PENGENALAN KEPADA E-DAGANG

9.2.1 B2B (Business-to-Business)


B2B (Business-to-Business) ialah urus niaga antara peniaga dengan peniaga.
Syarikat-syarikat yang menjalankan perniagaan antara satu sama lain seperti
pengilang menjual produk kepada pengedar dan pemborong menjualnya kepada
peruncit. Penentuan harga adalah berdasarkan kuantiti pesanan dan boleh
dirunding antara pengilang dengan peniaga berkenaan.

Berikut adalah antara kelebihan e-dagang kepada peniaga (B2B) iaitu:


(a) Penghantaran barangan mempunyai perlindungan jaminan kualiti.
(b) Menjual secara global pada kos yang paling minima.
(c) Tidak memerlukan premis, hanya perlukan gudang sahaja.
(d) Kos operasi murah dengan menyediakan satu laman sesawang sahaja.
(e) Operasi boleh dilaksanakan secara besar-besaran menerusi pengguna
Internet di seluruh dunia.
(f) Melaksanakan sistem prabayar di mana peniaga tidak akan menanggung
hutang lapuk.

Setiap perkara pasti ada kelemahannya kerana ia adalah ciptaan manusia. Mari
kita lihat kelemahannya kepada peniaga (B2B).
(a) Berlaku persaingan sengit dengan laman sesawang yang lain.
(b) Perang harga yang mungkin akan merugikan peniaga.
(c) Kos membangunkan laman sesawang adalah mahal.
(d) Terdapat kemungkinan berlakunya pencerobohan di laman sesawang.
(e) Akibat proses globalisasi, e-dagang akan menguntungkan peniaga di
negara maju.

9.2.2 B2C (Business-to-Consumer)


B2C (Business-to-Consumer) ialah urus niaga antara peniaga dan pelanggan.
Perniagaan yang menjual produk atau perkhidmatan kepada orang awam
biasanya berniaga menerusi katalog yang menggunakan perisian carta membeli-
belah. E-dagang secara B2C telah melonjak dari $11.2 bilion pada tahun 1998
kepada $31.2 bilion pada tahun 1999.

Peniaga harus berterima kasih kepada perkembangan kedai secara dalam talian
ini kerana menjadikan perniagaan dalam talian tidak lagi memerlukan pelaburan
yang besar oleh peruncit. Ini adalah kerana peruncit hanya perlu menyediakan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PENGENALAN KEPADA E-DAGANG  137

katalog, bakul tempahan, proses pembayaran, pengurusan kandungan dan


pengurusan ahli sama ada dengan mencipta sendiri kedai dalam talian atau
menyewa tapak perniagaan berkenaan.

Mari kita lihat kelebihan menggunakan e-dagang kepada pelanggan (B2C) pula
iaitu:
(a) Pilihan pelbagai kerana pasaran sedunia tanpa sempadan.
(b) Barang berkualiti tinggi dengan harga yang murah.
(c) Menjimatkan kos, masa dan tenaga dengan membeli-belah dari rumah atau
pejabat sahaja.
(d) Maklumat produk atau perkhidmatan adalah relevan, terperinci dan
sentiasa dikemaskini.
(e) Amalan pegangan tunai yang minimum kerana bayaran menggunakan kad
kredit.
(f) Penawaran harga boleh berubah serta-merta di dalam talian.
(g) Panggilan telekomunikasi jalur lebar akan meningkatkan pengalaman
membeli pelanggan.

Walaupun begitu, antara kelemahan e-dagang kepada pelanggan (B2C) ialah:


(a) Pelanggan membeli secara prabayar tanpa melihat barang sebenar.
(b) Kemungkinan berlakunya unsur penipuan dan manipulasi data.
(c) Undang-undang siber tidak dapat memberikan perlindungan sepenuhnya.
(d) Penggunaan kad kredit boleh menyebabkan berlakunya kebocoran nombor
pin.
(e) Mungkin berlaku pembaziran kerana terpengaruh dengan tawaran yang
pelbagai dan menarik.

B2C menghadapi dua cabaran utama dalam membina hubungan dan


mengekalkan kesetiaan pelanggan kepada mereka. Jika kita lihat, kebiasaannya
syarikat yang besar akan menang dalam pertandingan merebut pelanggan dan
akan menguasai sebahagian besar pasaran dalam talian. Ini menyukarkan
syarikat-syarikat kecil untuk memasuki dan kekal berdaya saing secara global
dalam talian, di mana pelanggan atau pembeli secara dalam talian sangat peka
dengan tawaran harga dan mudah terpedaya dengan iklan-iklan yang
dipaparkan. Mendapatkan dan mengekalkan pelanggan baru adalah sukar bagi
kebanyakan syarikat yang menggunakan perkhidmatan secara dalam talianini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


138  TOPIK 9 PENGENALAN KEPADA E-DAGANG

9.2.3 C2B (Consumer-to-Business)


C2B (Consumer-to-Business) ialah urus niaga yang melibatkan antara pelanggan
dengan peniaga. Pengguna boleh menyatakan bajetnya dalam talian. Syarikat-
syarikat yang ada hubung kait dengan projek yang diminta oleh pengguna akan
menghubungi pengguna untuk menawarkan projek berkenaan mengikut bajet
mereka. Pengguna berpeluang menerima pelbagai tawaran dan boleh memilih
mana-mana syarikat yang bersesuaian dengan kehendaknya. Ia memberi kuasa
kepada pengguna seluruh dunia dengan menyediakan tapak atau platform
pertemuan untuk urus niaga tersebut.

Cuba kita lihat contoh ini. Seorang pelajar mahu terbang dari London ke New
york, tetapi hanya mempunyai £200 (RM950) di bank untuk membayar
perjalanan ini. Beliau meletakkan iklan di laman C2B di Internet, mencari mana-
mana syarikat penerbangan yang sanggup menawarkan perjalanan dengan kos
£200 (RM950) atau kurang. Keistimewaan Internet adalah ia membuka peluang
dan mewujudkan pasaran kepada mana-mana syarikat penerbangan yang
tertarik dengan tawaran berkenaan. Ramai penganalisis ekonomi menyatakan
bahawa e-dagang kategori C2B dan C2C ini akan berkembang dalam masa
terdekat ini. Ia merupakan satu tugas mencabar kerana pembangunan sistem ini
bersifat pelbagai.

9.2.4 C2C (Consumer-to-Consumer)


C2C (Consumer-to-Consumer) pula merupakan urus niaga yang melibatkan
antara pelanggan dengan pelanggan. Terdapat banyak tapak menawarkan
iklaneka percuma, lelongan dan forum di mana individu boleh membeli dan
menjual dengan adanya sistem pembayaran secara online seperti PayPal. PayPal
membolehkan orang ramai menghantar dan menerima wang dalam talian
dengan mudah tanpa berkongsi maklumat kewangan mereka. Penggunaan
PayPal membolehkan bakal pelanggan mendapatkan kemudahan berikut iaitu:
(a) Berurus niaga secara dalam talian dengan berjuta-juta peniaga.
(b) Membayar transaksi secara dalam talian dengan menggunakan akaun
PayPal, akaun bank ataupun kad kredit.
(c) Daftar keluar dengan cepat tanpa perlu memasukkan maklumat
pembayaran dan penghantaran.
(d) Dibayar dengan apa yang terjual di e-Bay, di laman web mereka sendiri
atau dalam iklaneka dan forum dalam talian.
(e) Menderma kepada badan amal kegemaran mereka.
(f) Mengunakan kad kredit untuk mendapat mata ganjaran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PENGENALAN KEPADA E-DAGANG  139

Di PayPal, keselamatan kewangan pelanggan adalah dijamin kerana mereka


menggunakan teknologi anti-penipuan yang terkini dan mereka dilindungi 100%
daripada bayaran yang tidak dibenarkan yang dihantar dari akaun pelanggan.
Rajah 9.3 menunjukkan contoh laman web PayPal.

Rajah 9.3: Laman Web PayPal


Perkhidmatan lelongan e-Bay adalah contoh yang baik di mana urusniaga orang
ke orang berlaku setiap hari sejak tahun 1995 lagi. Rajah 9.4 menunjukkan laman
web e-dagang untuk kategori C2C. E-Bay kini dianggap sebagai salah satu e-
dagang C2C yang paling berjaya.

Rajah 9.4: Contoh e-dagang C2C


Seek.com.au dan CareerOne.com.au merupakan laman sesawang yang
menyediakan perkhidmatan yang penting kepada pelanggan atau pengguna
yang sedang mencari pekerjaan. Majikan boleh membuat pengiklanan di dalam
laman-laman sesawang yang ada dan bakal pekerja yang berpotensi boleh
menghubungi organisasi berkenaan untuk ditemuduga. Organisasi komunikasi
berasaskan web merupakan salah satu contoh operasi menggunakan konsep

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


140  TOPIK 9 PENGENALAN KEPADA E-DAGANG

C2C. Contohnya, Sastasopping.com dan ICQ.com bertindak menjadi medium


komunikasi untuk perbincangan peer-to-peer MSN.com. Walaupun tiada faedah
komersial di dalam laman sesawang berkenaan, akan tetapi ia menyediakan
kemudahan untuk pertukaran pendapat, idea dan pandangan antara pengguna
dengan pengguna.

Penyertaan sektor swasta terutamanya institusi kewangan dan persatuan industri


penting dalam penyediaan pertukaran kewangan bagi transaksi dalam talian
untuk peniaga dengan peniaga (B2B) dan peniaga dengan pengguna (B2C). Maka
beberapa pelan tindakan di bawah perkhidmatan perbankan Internet dan
Program e-Niaga MSC dilaksanakan secara perintis. Tujuannya adalah untuk
menggalakkan komunikasi dan transaksi elektronik melalui transaksi perniagaan
dalam talian. Sebagai langkah keselamatannya, beberapa langkah telah diambil
untuk menggubal Rang Undang-undang Transaksi Elektronik, Rang Undang-
undang Aktiviti Kerajaan Elektronik dan Rang Undang-undang Perlindungan
Maklumat Peribadi. Rajah 9.5 menunjukkan bagaimana proses transaksi
peruncitan dalam talian berjalan.

Rajah 9.5: Proses transaksi e-dagang

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PENGENALAN KEPADA E-DAGANG  141

9.3 TREND MASA DEPAN e-DAGANG


Peniaga sekarang mempunyai pilihan untuk mempromosikan sekaligus
menjalankan perniagaan melalui e-dagang. Seperti yang telah dibincangkan,
terdapat pro dan kontra dalam menjalankan perniagaan melalui e-dagang.
Namun begitu, terdapat banyak kelebihan dalam e-dagang. Mari kita lihat
dengan lebih terperinci trend masa depan e-dagang.

9.3.1 Pembangunan Digital Word-of-Mouth


Word-of-mouth atau dari mulut ke mulut merupakan sebahagian daripada
pemasaran yang sangat efektif dan mempunyai pengaruh yang luar biasa. Ramai
pengamal pemasaran menyatakan bahawa strategi word-of-mouth merupakan
promosi yang efektif untuk pengguna. Malah, pengaruhnya boleh mengalahkan
promosi melalui media above line. Data hasil penyelidikan pemasaran
menunjukkan bahawa word-of-mouth dapat menewaskan pengaruh TV, radio
dan media cetak. Selain itu ia juga menjadi sumber maklumat terbaik dan
mempengaruhi pengguna dalam membuat keputusan. Gabungan word-of-
mouth dengan teknologi digital akan mencipta kesan multiplikasi.

Laman sesawang, blog, jejaring sosial dan blog mikro akan memainkan peranan
yang penting dalam pembangunan word-of-mouth pada masa kini dan akan
datang. Kemampuannya memberi maklumat dan rujukan secara cepat kepada
pengguna-pengguna secara dalam talian menjadikannya sebagai pilihan utama
pengguna. Penggunaan teknologi digital ini membolehkan pertemuan dan
komunikasi di dalam talian berlaku 24 jam sehari, setiap jam, setiap minit dan
setiap saat. Saranan atau rujukan yang ditulis dapat dibaca oleh rakan atau
jaringannya setiap saat tanpa perlu bertemu. Malahan, orang lain di luar jaringan
turut boleh membacanya ketika mereka mendapatkan ulasan tersebut
menggunakan enjin pencarian Google, Yahoo dan sebagainya seperti yang
ditunjukkan di dalam rajah di bawah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


142  TOPIK 9 PENGENALAN KEPADA E-DAGANG

Rajah 9.6: Contoh penggunaan enjin pencarian Google

Kesan penyebarannya adalah cepat dan meluas. Pengguna akan mendapat


maklum balas serta merta dalam Blog, Facebook, Plurk dan lain-lain. Setiap
pendapat dan cadangan boleh dipaparkan semerta tanpa melalui proses
penyuntingan dan percetakan untuk sampai kepada pengguna. Berikut adalah
antara contoh blog yang menggunakan strategi word-of-mouth:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PENGENALAN KEPADA E-DAGANG  143

Rajah 9.7: Blog guna strategi word-of-mouth

9.3.2 Komuniti Digital


Pada masa kini, kita akan dapati bahawa terdapat komuniti tertentu yang
berkumpul untuk membincangkan produk atau perkhidmatan kesukaan mereka
di dalam talian. Dalam Komuniti Kelab Ferrari contohnya, ahi-ahli kelab itu akan
membincangkan pelbagai aspek mengenai kereta Ferrari termasuklah aktiviti-
aktiviti yang boleh mereka lakukan secara bersama. Kelab ini menyatukan semua
anggota komuniti yang menyertai kelab berkenaan. Komuniti ini mempunyai
pengaruh besar dalam membicarakan semua aspek mengenai kesukaan mereka
tanpa had dan sempadan di dalam talian.

Jika kita tinjau konsep tradisional, maklumat mengenai sesuatu produk atau
perkhidmatan yang berkualiti akan mudah tersebar ke seluruh dunia. Begitu juga
sebaliknya, jika kualitinya teruk, maka ia akan cepat menjadi perbualan ramai.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


144  TOPIK 9 PENGENALAN KEPADA E-DAGANG

Penggunaan komuniti digital ini memungkinkan apa-apa sahaja boleh berlaku.


Kepantasan penyebaran maklumat sama ada baik atau teruknya kualiti produk
atau perkhidmatan adalah sangat cepat dan ia akan mempengaruhi kepercayaan
dan kesetiaan pelanggan kepada produk berkenaan.

Rajah 9.8: Contoh laman sesawang

Jika dilihat Rajah 9.8, laman sesawang berkenaan jelas menunjukkan maklumat
yang segera perlu diambil perhatian oleh seluruh masyarakat dunia iaitu
mengenai kes penipuan yang berlaku dalam transaksi di dalam talian. Ini boleh
membantu pelanggan atau bakal pembeli supaya tidak turut terlibat dalam kes
penipuan tersebut. Maka oleh sebab itulah setiap transaksi secara dalam talian
perlu dibuat dengan jujur dan amanah. Dengan adanya maklumat sebegini,
secara tidak langsung ia memberi pengajaran kepada mereka yang mempunyai
keinginan mengaut keuntungan tanpa perlu menjual produk atau perkhidmatan.

Cuba kita perhatikan berapa juta e-mel, laman sesawang dan blog yang
memaparkan ketidakpuasan hati serta kekecewaan pengalaman pembeli atau
pengguna sesuatu produk mahupun perkhidmatan di Internet. Maklumat ini
akan menjadi rujukan percuma kepada mana-mana bakal pelanggan yang lain.
Ketika kita menaip kata kunci di Google ataupun Yahoo mengenai sesuatu
produk atau perkhidmatan, sudah pasti kita akan dapati banyak kaitan yang
merujuk kepada produk atau perkhidmatan berkenaan. Di sinilah menjadi
medan perbualan komuniti digital di Internet.

AKTIVITI 9.1
Pernahkah anda menganggotai mana-mana komuniti di Internet? Jika
ada, kongsikan pengalaman anda menggunakan ruangan tersebut
dengan rakan sekelas anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PENGENALAN KEPADA E-DAGANG  145

SEMAK KENDIRI 9.1


Arahan: Jawab soalan ini dalam masa 45 minit.
1. Bagaimanakah e-dagang dapat menyumbang kepada
kesejahteraan dan keharmonian negara?
2. Jelaskan empat kategori e-dagang.
3. Jelaskan perbezaan konsep antara B2C dengan C2B.

 e-dagang menjadi penyumbang kepada perkembangan ekonomi dunia.


 Perniagaan secara e-dagang membolehkan produk atau perkhidmatan
dipasarkan ke seluruh dunia tanpa sempadan dan tanpa had. Usahawan akan
dapat berkembang maju dan bersaing dengan pesaing-pesaing dari seluruh
dunia secara global dan adil.
 Aktiviti peruncitan banyak dilaksanakan secara dalam talian dan ia
mengintegrasikan kumpulan syarikat yang dikawal oleh undang-undang
siber.
 Terdapat empat jenis perniagaan secara e-dagang dan ia mempunyai
peranannya tersendiri iaitu B2B, B2C, C2B dan C2C.
 Trend masa hadapan e-dagang lebih berfokuskan kepada konsep word-of-
mouth dan komuniti digital. Trend ini akan menambahkan kepercayaan
bakal pelanggan mahupun pembeli untuk berurusniaga dalam talian.

B2B (Business-to-business) E-dagang


B2C (Business-to-consumer) Komuniti digital
C2B (consumer-to-business) Paypal
C2C (consumer-to-consumer) Word-of-mouth

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Etika dan
Tanggungjawab
10 Sosial
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengguna pakai amalan etika dalam sesuatu perniagaan dan kerjaya;
2. Mengenal pasti peranan dan tugas peniaga dalam masyarakat;
3. Mengaplikasikan etika perniagaan dalam urusan perniagaan;
4. Mengaplikasikan etika perniagaan Islam;
5. Membandingkan etika perniagaan di Timur dengan etika perniagaan
di Barat; dan
6. Membincangkan hak-hak kita sebagai pengguna dan pihak-pihak yang
berkuasa tentang kepenggunaan.

 PENGENALAN
Dalam topik akhir ini, kita akan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan
dengan etika iaitu etika perniagaan dan etika kerja, tanggungjawab sosial,
perniagaan dan masyarakat, dan kepenggunaan yang merangkumi hak-hak kita
sebagai pengguna dan peranan agensi-agensi yang berkaitan.

10.1 PENGENALAN ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB


SOSIAL
Dalam melakukan apa saja transaksi perniagaan, sama ada sebagai seorang
peniaga ataupun pengguna/pelanggan, kita haruslah mengamalkan tatatertib
yang telah digariskan. Etika dan tanggungjawab harus diambilkira setiap waktu
dalam perniagaan. Mari kita bincangkan kedua-dua konsep ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL  147

10.1.1 Etika
Tahukah anda bahawa perkataan etika berasal dari perkataan ÂethosÊ dalam
bahasa Yunani yang bermaksud tabii atau perangai? Secara formal, etika
ditakfirkan sebagai satu teori mengenai perlakuan baik buruk manusia dan
sejauh mana dapat ditentukan akal. Jika kita lihat dalam bahasa Latin, ÂethosÊ
disebut sebagai ÂmoresÊ yang dikatakan sebagai moral. Dalam bahasa Yunani
pula ia membawa maksud karakter.

Etika mengkaji hak dan tanggungjawab manusia ke atas peraturan-peraturan


moral yang digunakan semasa membuat keputusan dan juga jenis-jenis
perhubungan antara manusia. Caroll berpendapat bahawa etika dan taraf hidup
mempunyai kaitan yang rapat. Moral merupakan norma yang sesuai dengan
konsep yang diterima umum sebagai tingkah laku manusia yang baik dan wajar
dan dianggap sebahagian daripada etika.

Etika boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:


(a) Etika Deskriptif
(i) Ia merupakan suatu disiplin mengenai sejarah sistem moral yang
dianuti oleh setiap individu mahupun golongan tertentu.
(ii) Etika ini menyedarkan kita bahawa dalam dunia ini terdapat pelbagai
sistem moral yang relatif seperti moral kepada orang Kristian,
Buddha, Yahudi, Islam dan sebagainya.
(iii) Etika deskriptif ini menyatakan bentuk atau karakter yang sebenarnya
satu sistem moral yang ada. Etika ini tidak akan membuat pengadilan,
penilaian atau keputusan terhadap sistem-sistem moral tersebut.
(b) Etika Normatif
(i) Etika ini akan menilai, mengkritik dan membuat keputusan terhadap
sistem moral yang ada. Ia akan mencadangkan satu undang-undang
moral yang dianggap terbaik untuk diamalkan.
(ii) Etika ini akan mengemukakan satu sistem moral yang standard
berpandukan sistem yang sedia ada seperti etika guru.

Berikut merupakan dua jenis etika iaitu:


(a) Etika Perniagaan
Etika dalam perniagaan bertujuan mengkaji tindakan manusia sama ada
betul atau salah dalam konteks perniagaan. Etika ini ditentukan oleh
masyarakat yang digambarkan melalui media massa, kumpulan-kumpulan
berkepentingan, organisasi perniagaan, moral dan nilai individu sendiri.
Etika ini mengandungi tiga tahap iaitu:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


148  TOPIK 10 ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL

(i) Persoalan asas dalam masyarakat;


(ii) Stakeholder (pihak berkepentingan - pekerja, pembekal, pengguna,
pemegang saham); dan
(iii) Dasar-dasar dalaman (hubungan syarikat dengan para pekerja
kontrak yang adil, kewajipan pengurus dan pekerja, dan hak-hak
pekerja) dan layanan antara satu sama lain dalam sesebuah
organisasi.
(b) Etika Kerja
Etika kerja ini berkaitan dengan bidang pekerjaan sama ada bekerja di
sektor awam atau swasta dengan menceburi profesion tertentu dan mana-
mana jenis dan tahap pekerjaan. Tidak salah pada undang-undang jika ia
tidak diamalkan tetapi pekerjaan yang dikerjakan itu tidak lagi beretika
berdasarkan kepada norma-norma dan nilai-nilai masyarakat yang sedang
diamalkan. Sebagai contoh, bagi kod etika seorang doktor di mana doktor
tersebut hanya boleh berkongsi maklumat dan latar belakang seseorang
pesakit dengan pesakit itu sahaja mengikut masa yang diperlukan.

10.1.2 Jenis-jenis Tindakan Tidak Beretika


Terdapat empat jenis tindakan tidak beretika seperti berikut:
(a) Utilitarian
Berkembang daripada teleologi (consequentialist), etika telah diasaskan dan
menjadi kepentingan sebagai penakrifan. Konsep ini berasaskan fahaman
bahawa sesuatu keputusan yang dibuat itu hendaklah bergantung kepada
hasil yang diperolehi daripada perlaksanaannya. Matlamatnya ialah
memberi taraf kebaikan tertinggi kepada seberapa ramai orang. Sebagai
contoh, satu projek empangan yang dilaksanakan memerlukan pemindahan
penduduk seramai 100 orang. Walaupun terpaksa memindahkan 100 orang
dari kawasan tersebut, empangan tersebut memberi kebaikan kepada 10
juta orang. Ini bermakna walaupun terpaksa melibatkan 100 orang mangsa,
ia tidak memberi makna yang besar kerana kebaikan terhadap 10 juta
orang.

Rajah 10.1: Empangan Hidroelektrik Bakun di Sarawak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL  149

Terdapat beberapa kelemahan pada konsep utilitarian iaitu tidak ada faktor
yang dikatakan baik yang boleh dimaksimumkan dalam suasana yang
berbeza, tidak berupaya menyukat utiliti pada faktor-faktor bukan
kewangan seperti kesihatan, kebajikan dan sebagainya, tidak berupaya
menentukan yang benar dengan yang salah, tidak mengambil kira faktor
individu, hanya menumpukan kepada agregat kolektif dan tidak juga
mengambil kira hak-hak asasi individu.
(b) Individu
Sesuatu keputusan mestilah berdasarkan kepada dasar menghormati dan
melindungi hak-hak asasi seseorang individu. Implikasinya seseorang itu
boleh melakukan apa sahaja asalkan ia tidak bercanggah dengan undang-
undang. Seseorang itu berhak melakukan sesuatu mengikut caranya sendiri
tanpa mempedulikan arahan orang lain; akan tetapi ia boleh merencatkan
kecekapan dan produktiviti organisasi.

Satu lagi konsep berkaitan etika yang sedang berkembang dinamakan


ÂegoismÊ iaitu berpegang kepada prinsip diri dengan membuat apa yang
difikirkan betul. Egoism meletakkan kesalahan seseorang individu
disebabkan oleh masyarakat yang membentuknya menjadi sedemikian.
Secara lumrahnya, setiap individu itu baik dan pemurah tetapi masyarakat
yang telah membentuk keburukan padanya. Ia menjadi idola laungan Barat
dan mungkin nampak ideal pada asasnya bagi memuaskan kebebasan
individu tanpa mengganggu hak-hak orang lain.

Egoism mempunyai beberapa kelemahan. Kelemahannya ialah ia sendiri


telah menyuburkan sikap mementingkan diri sendiri dan individualistik
dan juga sesebuah perjuangan hanya bertujuan untuk menegakkan hak ke
atas seseorang individu sahaja walaupun pada hakikatnya ada pihak yang
menjadi mangsa.
(c) Hak Moral
Hak moral merupakan satu konsep yang berkembang daripada falsafah
deontologi. Ia mencadangkan bahawa apa-apa tindakan yang disukai dan
tidak disukai perlu menjadi undang-undang universal. Contohnya,
sekiranya kita merasakan bahawa kita tidak suka orang lain mencuri harta
milik kita, maka undang-undang yang perlu diadakan ialah menjatuhkan
keputusan mencuri itu salah. Prinsip ini tidak praktikal dari segi utiliti
kerana tidak berupaya menyelesaikan konflik berkepentingan diri termasuk
konflik dalam melaksanakan tugas tentang etika.
(d) Kesaksamaan
Pada pandangan kesaksamaan, seseorang pengurus atau pemimpin itu
mestilah adil dan saksama dalam membuat keputusan. Keadilan dan
kesaksamaan yang dimaksudkan ialah sesuatu yang sepatutnya melebihi
daripada keadilan atau kesaksamaan biasa. Prinsip asas ialah setiap orang

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


150  TOPIK 10 ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL

mesti dilayan secara sama rata dengan memberikan peluang-peluang yang


serupa.

De George telah membahagikan prinsip ini kepada empat jenis iaitu ganti
rugi, hukuman, keserataan dan pengkaedahan. Kesaksamaan akan tercapai
sekiranya pihak yang kerugian diberi ganti rugi oleh pihak yang telah
merugikan, sekiranya sesuatu yang sukar untuk diberi ganti rugi, pihak
pelaku mesti dijatuhi hukuman. Prinsip kesaksamaan ini tertakluk kepada
beberapa masalah iaitu siapa yang akan menentukan sesuatu peraturan
etika itu betul atau salah; dan siapa yang akan menentukan kesetimpalan
hukuman, pampasan dan sebagainya.

10.1.3 Prinsip Etika Keusahawanan


Menurut Zimmerer dan Scarborough (1996), terdapat sepuluh prinsip etika
keusahawanan yang perlu ada pada setiap usahawan (Abdul Aziz, 2003). Antara
prinsip itu ialah:
(a) Akauntabiliti
Usahawan perlu bersedia mengambil tanggungjawab dan menerima
tanggungjawab terhadap sebarang keputusan yang telah mereka ambil.
Tindakan mereka menjadi contoh kepada orang lain.
(b) Integriti
Usahawan perlu ada prinsip, maruah, yakin dengan kebenarannya dan
bertindak berlandaskan bukti-bukti yang jelas.
(c) Jujur
Usahawan perlu sentiasa bersikap jujur semasa bertindak, menyatakan
pendapat atau semasa melaksanakan sesuatu keputusan.
(d) Tepati janji
Usahawan perlu menepati janji kepada semua pihak yang berurusan
dengannya. Mereka perlu mematuhi setiap perjanjian yang telah
ditandatanganinya.
(e) Adil
Sikap adil perlu ada semasa melaksanakan prosedur, mengagihkan sumber
dan telus dalam melaksanakan sistem tanpa mengira status, tahap
pendidikan dan rupa paras.
(f) Hormati Orang Ramai
Usahawan perlu menunjukkan penghormatan terhadap maruah insan lain.
Mereka perlu menghormati hak-hak persendirian, hak bersuara dan hak
berpersatuan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL  151

(g) Tanggungjawab Sebagai Warganegara


Usahawan perlu mematuhi undang-undang dan bertindak selari dengan
tuntutan undang-undang. Mereka berhak menggunakan hak demokrasi.
(h) Kesetiaan
Usahawan perlu setia kepada keluarga, kawan-kawan, pekerja dan negara.
Mereka sama sekali tidak boleh membongkarkan maklumat penting untuk
kepentingan pihak lain.
(i) Ambil Berat Hak Orang Ramai
Usahawan hendaklah bersedia berkongsi kelebihan yang dimilikinya
dengan pihak yang memerlukannya.
(j) Meningkatkan Kecemerlangan
Usahawan perlu sentiasa berusaha meningkatkan kualiti kerja, produk dan
perkhidmatan. Mereka perlu bertindak secara profesional dan boleh
dipercayai apabila diberi tanggungjawab.

10.1.4 Tanggungjawab Sosial


Usahawan tidak akan terlepas daripada tanggungjawab sosial. Menurut Keith
Davis (1975), tanggungjawab sosial wujud daripada kuasa sosial. Ia wujud
daripada tanggungjawab untuk mengambil berat mengenai kesan daripada
aktiviti perniagaan yang telah dijalankan. Ia memberi kesan kepada kepentingan
orang lain. Ia wujud apabila terdapatnya pembahagian kuasa yang boleh
ditakrifkan dengan kewajipan sesebuah organisasi ke atas masyarakat. Ia juga
adalah sebahagian daripada perniagaan. Ia berfungsi sebagai pemaksimum
kesan-kesan positif dan meminimumkan kesan-kesan negatif terhadap
masyarakat.

Konsep tanggungjawab sosial secara relatifnya adalah satu subjek baru yang
perlu diberi perhatian sebagai satu cabaran kepada masyarakat peniaga. Adalah
sesuatu yang logik bahawa tanggungjawab sosial menjadi sebahagian daripada
perniagaan dan tentunya dapat membantu pertumbuhan dan keuntungan
sesebuah perniagaan di dalam jangka panjang. Tanggungjawab sosial terbahagi
kepada tiga iaitu tanggungjawab ekonomi (menghasilkan produk yang
diperlukan oleh masyarakat), tanggungjawab undang-undang (mematuhi
undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan), tanggungjawab sukarela
(hal-hal yang dingini oleh masyarakat seperti derma, sokongan kewangan dan
moral kepada projek-projek komuniti).

Tanggungjawab sosial juga boleh dikatakan sebagai suatu kepercayaan bahawa


fungsi organisasi dan pengurus itu sebagai pembuat keputusan mestilah
berasaskan kepentingan sosial dan ekonomi. Tanggungjawab sosial juga
membawa idea bahawa firma perniagaan seharusnya membantu menyelesaikan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


152  TOPIK 10 ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL

masalah-masalah sosial sementara menuju ke arah pencapaian matlamat firma


iaitu memaksimakan nilai firma.

Tiga fasa dalam perkembangan tanggungjawab sosial perniagaan kepada


masyarakat di Amerika Syarikat bermula dari zaman keusahawanan di akhir
abad ke-19 apabila syarikat-syarikat besar menyalahgunakan kuasa mereka
dalam soal-soal diskriminasi harga, mengurung buruh dan lain-lain amalan yang
menyalahi moral kemanusiaan. Ini telah membawa kepada bantahan masyarakat
dan memberi kesan kepada perubahan peraturan perniagaan yang dibuat oleh
kerajaan.

Fasa kedua evolusi tanggungjawab sosial tercetus di dalam tahun-tahun 1930-an.


Suasana tidak puas hati masyarakat terhadap golongan peniaga sekali lagi
memuncak di tahun-tahun 1960-an dan 1970-an menggambarkan fasa ketiga
perkembangan tanggungjawab sosial di Amerika Syarikat.

Prinsip-prinsip asas kepada tanggungjawab sosial yang terbina di Amerika


Syarikat ialah prinsip „Charity‰ dan prinsip „Stewardship‰. Prinsip „Charity‰
atau menderma membawa idea bahawa anggota masyarakat yang lebih kaya
seharusnya menolong anggota masyarakat yang kurang bernasib baik seperti
orang kurang upaya, warga emas dan orang sakit. Pada masa kini, kita dapat
melihat satu trend perubahan telah berlaku pada konsep ini apabila pihak
korporat mula memberi perhatian dan sumbangan kepada „Charity‰ berbanding
dengan masa lalu di mana ia dibuat oleh individu-individu tertentu sepertimana
di dalam Rajah 10.2 di bawah.

Rajah 10.2: Astro pergiatkan konsep ÂCharityÊ sebagai tanggungjawab sosial korporat
Prinsip „Stewardship‰ adalah satu konsep yang diambil daripada ajaran kitab
Injil yang mengkehendaki individu yang kaya menganggap diri mereka sebagai
pemegang amanah terhadap harta benda mereka untuk kebajikan keseluruhan
masyarakat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL  153

Tanggungjawab masyarakat peniaga kepada masyarakat umum adalah berkisar


kepada beberapa isu seperti kesihatan masyarakat, menjaga alam sekitar dan
membina satu sumber pekerja yang tinggi kualitinya. Pihak swasta juga perlu
bekerjasama dengan kerajaan dalam usaha membina tenaga kerja yang berkualiti
dan berkemahiran dengan memberi ruang kepada pelajar mengikuti latihan
praktikal di tempatnya.

Peniaga juga mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap pengguna.


Walaupun sesebuah perniagaan itu memerlukan keuntungan tetapi ia tidak
boleh membelakangkan soal-soal kebajikan dan kepentingan pengguna. Mereka
tidak boleh menjual produk yang membahayakan pengguna, menipu kandungan
sesuatu produk dan sebagainya.

Antara tanggungjawab majikan terhadap pekerja-pekerja ialah membayar gaji


dan menjaga kebajikan pekerja melalui skim-skim seperti potongan KWSP dan
SOCSO. Namun isu-isu seperti memberi kelonggaran cuti kepada pekerja bagi
memenuhi keperluan keluarga dan peluang-peluang pekerjaan yang sama rata
telah menjadi lebih penting kini.

Pihak pengurusan sesebuah syarikat juga memainkan peranan penting dalam


menjaga hak-hak pelabur syarikat yang diuruskannya. Amanah yang diberikan
perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Kesilapan pengurusan kepada
sesebuah syarikat melibatkan kesengsaraan ramai pelabur dan masyarakat. Oleh
itu, pemilihan kakitangan pengurusan dalam sesebuah syarikat perlu
diutamakan bagi menentukan hala tuju sesebuah syarikat.

SEMAK KENDIRI 10.1

Sejauh manakah sepuluh prinsip etika keusahawanan diamalkan oleh


golongan usahawan? Bincangkan.

10.2 PERNIAGAAN DAN MASYARAKAT


Usahawan perlu pastikan semua keputusan yang dibuat perlu mengambil
perkiraan nilai kos agar sepadan dengan kualiti produk dan perkhidmatan yang
ditawarkan dengan harga yang perlu dibayar oleh pelanggan. Usahawan perlu
mengambil kira aspek masyarakat di samping keuntungan. Masyarakat perlu
dititikberatkan dalam menjalankan tanggungjawab sosial.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


154  TOPIK 10 ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL

Rajah 10.3: Tanggungjawab sosial yang dilaksanakan oleh Petronas

10.2.1 Pihak Berkepentingan (Stakeholder)


Terdapat beberapa pihak yang berkepentingan dalam perniagaan iaitu:
(a) Pekerja
Pekerja merupakan orang yang menghasilkan barangan atau perkhidmatan
yang juga menentukan kualiti produk keluaran. Dasar upah dan gaji
perlulah diberikan kepada pekerja mengikut daya pengeluaran dan
kecekapan. Dasar pengambilan pekerja yang adil perlu diutamakan.
Majikan juga perlu memberi jaminan kerja dan ganti rugi yang mencukupi
dan menyediakan tempat kerja yang selamat dan sihat. Selain itu, majikan
juga perlu mewujudkan keadaan yang membolehkan pekerja
meningkatkan keupayaan tenaga kerja dan hubungan manusia, seterusnya
menggalakkan penyertaan supaya berpengetahuan, berpengalaman dan
berdaya cipta.
(b) Pelanggan
Pelanggan ialah orang yang membeli barangan atau perkhidmatan yang
disediakan. Syarikat perlulah menjaga mutu barangan dan perkhidmatan
yang dapat memuaskan hati pelanggan. Syarikat juga tidak boleh
menghasilkan dan menjual barangan palsu, barangan seludup dan
membahayakan kesihatan. Selain itu, pengeluar juga perlulah mengguna
dan mengubahsuai penemuan dan rekaan sains yang memberi faedah
kepada pelanggan. Selain itu, aktiviti pemasaran perlu diadakan supaya
memberi manfaat kepada pelanggan.
(c) Pembekal
Orang yang menyedia dan membekalkan barangan atau perkhidmatan
dikenali sebagai pembekal. Pembekal memainkan peranan penting dalam
mengawal urusan keluar dan masuk inventori dan seterusnya memastikan
barangan yang dipesan oleh peniaga mencukupi. Sebelum urusniaga jual
beli dilakukan, peniaga dan pembekal perlulah mengemukakan syarat-
syarat kontrak dengan jelas dan tidak meragukan. Ini bertujuan untuk

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL  155

mengelakkan penyalahgunaan kuasa ekonomi dengan pembekal dan


menepati syarat pembayaran.
(d) Pemilik dan pemodal
Pemilik merupakan tuan punya perniagaan yang dijalankan. Pemodal pula
merupakan orang yang mengeluarkan modal sama ada dalam bentuk
wang, bangunan atau harta yang lain untuk menjalankan sesuatu
perniagaan. Pemilik dan pemodal perlulah menentukan kadar pulangan
yang mencukupi supaya pelaburan mereka terjamin. Mereka juga perlulah
menggunakan sumber kewangan mereka untuk membekalkan barang-
barang dengan penuh tanggungjawab dan cekap. Selain itu, peniaga juga
perlulah memberi maklumat yang perlu kepada pemilik dan pemodal
supaya mereka sentiasa mengikuti perkembangan dalam syarikat. Akhir
sekali, pemilik dan pemodal perlulah berusaha supaya mencapai objektif
sebagai pemilik dan pemodal selagi tidak bercanggah dengan prinsip etika.
(e) Kerajaan
Kerajaan merupakan pemerintah sesebuah negara yang mempunyai kuasa
untuk mengatur, mengawal dan memantau aktiviti perniagaan. Pihak kerajaan
juga memainkan peranan penting dalam dunia perniagaan. Antara peranan
yang perlu dimainkan oleh kerajaan ialah mengambil bahagian dalam
perbincangan undang-undang yang dicadangkan dalam perlaksanaan yang
melibatkan kepentingan sektor kawasan, negara dan kerajaan dan seterusnya
membuat laporan yang benar tentang kewangan dan membayar cukai. Ini
adalah bertujuan untuk melindungi hak-hak peniaga dan mengenal pasti pihak-
pihak yang tidak mempunyai etika perniagaan.
(f) Masyarakat
Pengguna sebenar barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan dikenali
sebagai masyarakat. Masyarakat memainkan peranan penting dalam
industri perniagaan. Oleh sebab itu, kepentingan masyarakat
keseluruhannya perlu diambil kira dalam segala keputusan. Selain itu,
pihak pengeluar juga perlu mengesan dari semasa ke semasa keperluan
asas masyarakat yang sentiasa berubah-ubah yang memberi kesan kepada
alam sekitar dan orang ramai. Selain itu, pihak-pihak tertentu juga boleh
memberi sumbangan terhadap penyelidikan pembangunan dan membiayai
projek-projek pembangunan sosial. Pihak kerajaan juga harus mengadakan
satu dasar yang membolehkan pekerja menyumbang tenaga dan masa
terhadap perkhidmatan kebajikan awam dan masyarakat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


156  TOPIK 10 ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL

10.2.2 Pendekatan Timur dan Barat tentang Etika dan


Tanggungjawab/Sosial Perniagaan
Seterusnya, kita akan melihat pendekatan Timur dan Barat tentang etika dan
tanggungjawab sosial perniagaan.
(a) Pendekatan Islam
Walaupun tidak banyak perbincangan tentang etika perniagaan mengikut
Islam, beberapa percubaan tentang perkara ini telah dibuat oleh beberapa
orang ilmuan Islam. Mereka telah membina satu asas kod etika mengikut
lunas-lunas Al-Quran dengan pendekatan yang lebih spesifik. Antaranya
Naqvi (1985) telah menulis di dalam bukunya yang berjudul ÂEthics and
Economics: An Islamic SynthesisÊ, dan yang mutakhir, Beekun (1998), telah
menghasilkan karyanya yang berjudul ÂIslamic Business EthicsÊ.

Naqvi (1985) memfokuskan etika dalam Islam sebagai konsep „manusia


individu‰ dan „manusia kolektif‰, sementara Beekun (1998) pula
memfokuskan etika sebagai sesuatu yang berkuatkuasa sepanjang masa
kerana manusia sentiasa diperhatikan oleh Penciptanya. Beekun
melanjutkan lagi bahawa falsafah etika Islam mempunyai lima prinsip iaitu
kesatuan, kesamaan, keinginan, tanggungjawab dan kemurahan hati. Inilah
antara perkara yang membezakan etika Islam dengan etika sekular Barat.
Kelihatan bahawa etika Islam lebih bersifat kualitatif, sedangkan etika
sekular menerjah ke arah kuantitatif walaupun dalam banyak keadaan
pemikir-pemikir mereka sendiri mengakui bahawa sukatan baik dan buruk
itu sukar untuk dilakukan.
(b) Pendekatan Sekular Barat
(i) Aliran Naturalisme
Naturalisme menyatakan bahawa ukuran baik buruk sesuatu tingkah
laku ditentukan oleh fitrah manusia itu sendiri dari segi zahir dan
batin. Sememangnya fitrah manusia dikatakan menuju kepada
kebahagiaan yang dipandu oleh akal dan rasional. Setiap suatu di
dunia ini menuju ke suatu matlamat dan ia dapat dicapai sekiranya
manusia itu dapat memenuhi fitrah diri sendiri. Tumbuh-tumbuhan
mencapai matlamatnya tanpa pertimbangan dan perasaan. Binatang
pula mencapai matlamat dan keperluan melalui naluri kehaiwanan
(Judith A. Boss, 2001).
(ii) Aliran Hedonisme
Menurut Thiroux (2001), tokoh utama bagi aliran ini ialah Epikuros
(341-270 SM). Ukuran etika yang lebih baik mahupun jahat itu
ditentukan oleh faktor hedone iaitu kenikmatan dan kelazatan. Fitrah
manusia dan binatang ialah mencari kelazatan, kenikmatan dan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL  157

keseronokan hidup yang maksima. Sebarang jalan yang dapat


menyampaikan manusia kepada kelazatan itu dianggap mulia dan
merupakan keutamaan. Aliran ini membahagikan kelazatan kepada
tiga:
 Kelazatan utama seperti makan, minum dan keperluan asas yang
lain.
 Kelazatan wajar tetapi tidak menjadi keperluan asas.
 Kelazatan tidak wajar, tidak diperlukan dan tidak berasaskan
kepada yang benar seperti riak dengan kekayaan, iri hati,
sombong dan bongkak.
(iii) Aliran Deontologikal
Menurut Abd Hadi Ismail et al (2000) terdapat dua kaedah yang
sering digunakan untuk mengukur tingkah laku manusia iaitu kaedah
deontologikal dan kaedah telelogikal. Dua kaedah ini dapat
memperjelaskan gerak laku manusia iaitu pada dua situasi.
 Pada gerak laku (Deontologikal); dan
 Pada gerak laku (Telelogikal).

10.3 KEPENGGUNAAN
Sebagai seorang pengguna, kita harus menjadi bijak dalam penggunaan dan
pembelian seharian. Kita juga harus mengambil tahu akan hak kita sebagai
pengguna.

10.3.1 Definisi
Kepenggunaan adalah satu pergerakan sosial untuk mewujudkan sebuah
masyarakat pengguna yang bijak, sedar dan faham tentang hak dan
tanggungjawab mereka. Ia melibatkan tindakan pengguna secara kolektif melalui
pertubuhan atau perwakilan untuk membela dan melindungi kepentingan
mereka dalam pelbagai aspek kehidupan seperti alam sekitar, hak asasi manusia
dan sebagainya.

10.3.2 Hak-hak Pengguna


Pengguna yang bijak adalah pengguna yang tahu dan menyedari haknya sebagai
pengguna serta bertindak dengan bijaksana dan bertanggungjawab. Setiap
pengguna perlu tahu haknya dan menjaga hak tersebut agar tidak ditindas oleh

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


158  TOPIK 10 ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL

pengeluar yang tidak bertanggungjawab. Terdapat lapan hak para pengguna


iaitu:
(a) Hak Mendapat Keperluan Asas
Pengguna mempunyai hak untuk mendapatkan keperluan asas seperti
makanan, pakaian dan tempat tinggal.
(b) Hak Penjagaan Keselamatan
Pengguna berhak untuk mendapat jaminan bahawa barang dan
perkhidmatan yang ditawarkan adalah selamat digunakan tanpa
membahayakan kesihatan pengguna.
(c) Hak Mendapat Maklumat
Pengguna berhak diberi maklumat yang mencukupi dan tepat berkaitan
barang dan perkhidmatan yang hendak dibeli bagi memudahkannya
membuat keputusan yang bijak. Maklumat yang perlu dipamerkan pada
label sesuatu barang ialah nama pengeluar, jenama, tanda harga, berat,
kuantiti, kandungan dan juga tarikh luput. Pengguna berhak dilindungi
daripada maklumat palsu dalam pengiklanan, pelabelan dan amalan lain.
(d) Hak Membuat Pilihan
Pengguna perlu diberi kebebasan untuk memilih dan menentukan barang
atau perkhidmatan yang diperlukan berasaskan maklumat yang diperolehi.
(e) Hak Bersuara
Hak bersuara bererti hak untuk menyuarakan pendapat, sama ada secara
individu atau melalui perwakilan, dalam proses menggubal dan
melaksanakan polisi kerajaan.
(f) Hak Mendapat Ganti Rugi
Pengguna mempunyai hak menuntut ganti rugi daripada penjual jika diberi
barang atau perkhidmatan yang sudah rosak, tidak bermutu dan luput
tarikh.
(g) Hak Mendapat Pendidikan Kepenggunaan
Pengguna perlu diberi panduan untuk mengetahui hak-hak mereka.
Pendidikan kepenggunaan juga membolehkan pengguna menjadi lebih
rasional dan bijak. Ini boleh diperolehi melalui bengkel, media massa,
pameran, seminar dan ceramah. Buletin Pengguna merupakan salah satu
contoh media massa untuk pengguna.
(h) Hak Mendapat Alam Sekitar Yang Sihat dan Selamat
Pengguna berhak hidup dan bekerja dalam suatu alam sekitar yang bersih,
berudara nyaman dan bebas daripada sebarang ancaman yang
memudaratkan kesihatan serta tidak mengganggu ketenangan jiwa.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL  159

Rajah 10.4: Gunalah hak-hak pengguna yang ada supaya tidak ditipu oleh para peniaga

10.3.3 Peranan Persatuan Pengguna dan Kerajaan


Berikutnya, kita akan bincangkan peranan persatuan–pengguna serta peranan
kerajaan.
(a) Peranan Persatuan Pengguna
Persatuan pengguna ialah persatuan persatuan sukarela yang ditubuhkan
bertujuan untuk melindungi hak dan kepentingan pengguna. Pengguna
dapat bersatu dan menyelesaikan masalah mereka melalui persatuan
pengguna. Antara beberapa persatuan pengguna di Malaysia ialah
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Persatuan Pengguna Selangor
(SCA), Persatuan Pengguna Negeri Sembilan (CANS), Gabungan Persatuan
Pengguna Malaysia (FOMCA) dan Persatuan Pengguna Kedah (CAKE).
Antara peranan persatuan pengguna ialah:
(i) Menerima dan Menyiasat Aduan
Persatuan pengguna akan menerima sebarang aduan daripada
pengguna. Aduan-aduan tersebut akan disiasat dan persatuan
pengguna berusaha untuk menyelesaikannya. Jika penyelesaian tidak
dapat dilakukan, persatuan pengguna akan merujuk perkara tersebut
kepada pihak berkuasa yang sewajarnya seperti Kementerian
Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Kesihatan,
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan sebagainya.

Rajah 10.5: Pengguna perlu segera membuat aduan sekiranya menghadapi


sebarang masalah atau perkara yang mencurigakan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


160  TOPIK 10 ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL

(ii) Menyebarkan Maklumat


Semua hasil kajian dan penyelidikan yang dijalankan oleh persatuan
pengguna akan disiarkan melalui media massa dan majalah persatuan
pengguna seperti Utusan Pengguna yang dikeluarkan oleh Persatuan
Pengguna Pulau Pinang. Laporan dan maklumat ini membantu
pengguna membuat pilihan yang tepat dan pengguna menjadi lebih
peka terhadap kepenggunaan dan konsumerisme.
(iii) Menjalankan Kajian dan Penyelidikan
Persatuan pengguna akan menjalankan ujian, kajian dan penyelidikan
ke atas barangan para pengguna terutamanya barang makanan bagi
memastikan keselamatannya, kualitinya dan harga yang bersesuaian.
Ujian juga dijalankan terhadap kandungan bahan pewarna, bahan
pengawet dan perisa makanan untuk menjaga keselamatan dan
kesihatan para pengguna. Kajian ke atas harga barangan juga
dijalankan untuk memastikan sama ada kenaikan harga sesuatu
barang itu wajar mahupun sebaliknya.
(iv) Memberi Pendidikan Kepenggunaan
Persatuan pengguna berusaha untuk memberikan pendidikan, latihan dan
kesedaran kepada para pengguna melalui aktiviti ceramah, kursus, forum,
seminar dan pameran dengan kerjasama daripada agensi kerajaan. Usaha
yang dijalankan itu bertujuan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan
para pengguna mengenai hak mereka di sisi undang-undang.
Konsumerisme juga boleh membentuk kemahiran para pengguna
membuat keputusan membeli barang dan perkhidmatan.
(v) Memberi Bantuan dan Khidmat Nasihat
Persatuan pengguna membantu meningkatkan kemahiran pengguna
dalam memilih, membeli dan mengguna barangan melalui konsumerisme.
Persatuan pengguna juga berusaha melahirkan pengguna yang bijak dan
berjimat-cermat semasa berbelanja untuk memenuhi keperluan dan
kehendak mereka dengan mengedarkan risalah, menerbitkan majalah
pengguna dan mengadakan ceramah konsumerisme.
(b) Peranan Kerajaan
Kerajaan juga mempunyai tanggungjawab dalam melindungi hak dan
kepentingan pengguna. Usaha kerajaan untuk melindungi pengguna adalah
dengan cara-cara seperti berikut.
(i) Menggubal Undang-undang
Undang-undang yang pelbagai telah digubal oleh kerajaan dengan
bertujuan memberi perlindungan kepada pengguna. Akta-akta berikut
digubal oleh kerajaan untuk memberi perlindungan keselamatan dan
kesihatan para pengguna. Antara akta tersebut ialah:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL  161

 Akta Perihal Dagangan 1972 (Pindaan 1982).


 Ordinan Menjual Makanan dan Dadah 1952 (Pindaan 1983).
 Akta Kawalan Harga 1946 (Pindaan).
 Akta Kawalan Bekalan 1961 (Pindaan 1973).
 Akta Timbang dan Sukat 1972.
 Peraturan-peraturan Makanan 1985.
 Akta Sewa Beli 1967.
 Akta Elektrik.
 Akta Label 1980.
 Akta Mutu Alam Sekitar 1974.
(ii) Menyelaraskan Kepentingan Pengguna
Kerajaan telah menubuhkan Majlis Penasihat Perlindungan Pengguna
Kebangsaan (MPPPK) pada tahun 1973 untuk memberi nasihat
kepada kerajaan tentang kawalan bekalan barang dan harga, mengkaji
dan menilai amalan perniagaan, mengemukakan cadangan kepada
kerajaan untuk menyelesaikan masalah pengguna dan menerbitkan
majalah serta risalah yang bertujuan menyebarkan maklumat terkini
kepada para pengguna. Anggota Majlis Pengguna terdiri daripada
wakil kerajaan, persatuan pengeluar, kesatuan pekerja, pertubuhan
belia dan orang perseorangan.
(iii) Menguatkuasakan Undang-undang
Kerajaan juga telah menggunakan kementerian dan agensi tertentu
untuk menguatkuasakan undang-undang dan akta berkaitan dengan
para pengguna. Antaranya ialah:
 Bahagian penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
dan Hal Ehwal Pengguna memastikan akta yang digubal dipatuhi
sepenuhnya serta mengawal peniaga dari melakukan
penyelewengan.
 Kementerian Kesihatan bertugas memastikan kebersihan
diamalkan di kedai mahupun di tempat pengeluar terutamanya
pengeluar makanan. Kementerian juga memastikan ubat-ubatan
yang dikeluarkan selamat digunakan dan makanan yang dijual
tidak beracun dan berbahaya.
 Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar berusaha
meningkatkan kualiti alam sekitar melalui langkah pencegahan,
pengurangan dan pengawalan pencemaran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


162  TOPIK 10 ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL

 Institut Piawaian dan Penyelidikan Malaysia (SIRIM)


bertanggungjawab memastikan barang yang dikeluarkan adalah
berkualiti dan selamat digunakan.
 Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri
bertanggungjawab mengeluarkan logo „Halal‰ bagi memastikan
barangan makanan dan kosmetik yang dikeluarkan tidak
mengandungi bahan yang haram digunakan oleh umat Islam.

AKTIVITI 10.1

Adakah anda fikir slogan ÂCustomer Is Always RightÊ (Pelanggan Sentiasa


Betul) adalah tepat dan sesuai ditujukan kepada pelanggan? Bincangkan.

SEMAK KENDIRI 10.2

1. Apakah yang dimaksudkan dengan etika?


2. Huraikan perbezaan-perbezaan yang terdapat dalam falsafah etika
perniagaan Islam berbanding dengan falsafah pemikiran etika
sekular.
3. Terangkan lapan hak pengguna yang perlu diketahui oleh setiap
individu.

 Kita telah selesai membincangkan tentang etika dan tanggungjawab sosial


serta maklumatnya.
 Kita juga telah belajar mengenai kepenggunaan iaitu untuk mempertahankan
hak-hak kita sebagai pengguna dan mengetahui peranan badan-badan atau
agensi yang berkaitan dengan kepenggunaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL  163

Deontologikal Naturalisme
Etika Tanggungjawab sosial
Hedonisme

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


MODULE FEEDBACK
MAKLUM BALAS MODUL

If you have any comment or feedback, you are welcome to:

1. E-mail your comment or feedback to modulefeedback@oum.edu.my

OR

2. Fill in the Print Module online evaluation form available on myINSPIRE.

Thank you.

Centre for Instructional Design and Technology


(Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi )
Tel No.: 03-27732578
Fax No.: 03-26978702

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

You might also like