You are on page 1of 34

SPPE3022

INDUSTRI DAN PENDIDIKAN TEKNIK


DAN
VOKASIONAL

CASE STUDY
RAMLY BURGER COMPANY

PREPARED BY :
1. MUHAMMAD IZZWAN BIN AB. MALIK SX171686PPHF04
2. FARAH ZAIREN BINTI NORDIN SX171814PPHF04
3. SHIVA KUMAAR SUTHAHAR SX170888PPHS01
4. KANCHANAA A/P TAMILARASEN SX170899PPHS04
5. ROZITA BINTI ROSDI SX170914PPHS04
6. TONY CHONG SX170923PPHS04

PROGRAM
SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN (KEMAHIRAN
HIDUP)

PENSYARAH
DR. MAHYUDDIN BIN ARSAT
CASE STUDY

RAMLY BURGER COMPANY


ISI KANDUNGAN

Bl. Perkara Muka Surat


1. Pengenalan
2. Pengasas
3. Visi & misi
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
1.0. Pengenalan

Ramly Mokni merupakan seorang tokoh usahawan Melayu yang telah mengecapi dan
mencapai kejayaan dalam bidang keusahawanan dengan begitu cemerlang dan patut diteladani
oleh usahawan-usahawan bumiputera yang lain. Kejayaannya bukanlah dapat dinikmati dalam
sekelip mata, tetapi terpaksa mengharungi dengan pelbagai cabaran dan halangan. Dengan
berbekalkan keyakinan diri dan ketabahan serta kecekalan hatinya, beliau telah dapat
mengembangkan perniagaannya dari gerai menjual burger sehingga membuka kilang untuk
mengeluarkan daging burger dari 300 keping sehari kepada 30 tan daging sehari selepas 20 tahun
dengan jualan tahunan kini mencatat RM42 juta.

Daripada pemerhatian beliau semasa bekerja sebagai pemotong daging di sebuah pasar raya
di ibu kota pada awal 1970an di mana kebanyakan makanan sejuk beku yang tidak pasti halal
haramnya, telah mencetuskan idea beliau untuk menghasilkan daging burger dan sosej yang
ditanggung halal untuk dimakan oleh umat Islam di negara ini. Sifat beliau ini jelas menunjukkan
beliau adalah seorang yang bijak merebut peluang dan berdaya kreatif dan inovatif serta
berpandangan jauh. Selain itu, beliau tidak pernah putus asa walaupun usahanya pernah
diperlekehkan oleh masyarakat dan juga pihak bank yang telah menolak permohonan
pinjamannya. Namun, dengan simpanan sendiri dan juga bantuan pinjaman yang diberikan oleh
Bank Pembangunan dan Malaysia Berhad telah membolehkannya mengorak langkah untuk
memajukan perniagaannya. Sekaligus telah membuktikan peranan agensi kerajaan adalah amat
penting.
Beliau juga mengakui bahawa sokongan keluarga adalah amat penting untuk mendorongnya
terutamanya isterinya yang sentiasa memberikan dorongan kepadanya dan beliau telah
mengatakan bahawa kejayaannya adalah hasil sokongan kuat keluarga. Di samping itu, beliau
sentiasa memegang kepada prinsip kejujuran, menitikberatkan mutu barangan yang dihasilkan,
keutamaan dan pandangan pelanggan terhadap barangan keluaran syarikatnya tidak pernah
diambil ringan. Sebarang rungutan dan ketidakpuasan hati oleh pelanggan, beliau pasti akan
memperbaiki mutu produknya dengan berjumpa dengan pelanggan tertentu dengan kadar segera
untuk mengetahui masalahnya. Ini dapat jelas menggambarkan corak pengurusan beliau yang
sangat cekap dan efisyen dalam menangani sebarang masalah yang timbul. Hasil kegigihan beliau,
beliau telah dianugerahkan beberapa kali Anugerah Usahawan Terbaik .
2.0. Pengasas

Dato Dr. Hj. Ramly Mokni dan isterinya Datin Hjh. Shala Siah Abdul Manap, memulakan
syarikat dari awal yang rendah hati menjadi salah satu pemimpin produk produk sejuk beku Halal
yang paling dihormati dan dipasaran di negara ini.

2.1. Sejarah Ramly Burger

Burger Ramly merupakan produk bumiputera milik Ramly bin Mokni yang telah menjadi
salah satu makanan segera yang popular di Malaysia. Burger Ramly lebih mudah didapati gerai
makanan ditepi jalan dan restoran. Kemudiannya, Burger Ramly telah menular ke Singapura dan
menjadi makanan segera yang popular dikalangan penduduk Singapura. Ramly Food Processsing
adalah industri bumiputera yang terkenal dalam industri pembuatan produk makanan berasaskan
daging lembu, ayam dan hasilan laut berjenama ramly, Burger, nuget, frankfurter dan drummet
adalah diantara produk yang paling diminati.

Diasaskan pada tahun 1984 oleh Tuan Haji Ramly b. Mokni dan Puan Hajjah Shala Siah Bt.
Abdul Manap dari cetusan idea dan hasrat murni untuk mengeluarkan produk yang halal, bersih
dan bermutu. Kini syarikat ini telah mempunyai 2 buah kilang pemerosesan di Kawasan
Perindustrian Bandar Tun Razak, Cheras dan di Taman Perindustrian IKS, Mukim Batu, Kuala
Lumpur dengan menawarkan peluang pekerjaan dari pengurusan, pengeluaran hinggalah ke
pemasaran produk. Produk berjenama ramly kini begitu unggul di pasaran Malaysia dan bakal ke
taraf antarabangsa. Setakat ini Kumpulan Ramly mempunyai 10 syarikat subsidiari yang
beroperasi dalam kumpulan Syarikat. Kumpulan Syarikat tersebut adalah :

 Ramly Food Industries Sdn. Bhd


 Ramly Food Processing Sdn. Bhd
 Ramly Food Marketing Sdn. Bhd
 Ramly Food Services Sdn. Bhd
 Ramly Halal Logistic Sdn. Bhd
 Ramly Halal Mart Sdn. Bhd
 Ramly Project Management Sdn. Bhd
 Ramly Poultry Integrated Sdn. Bhd
 Ramly Halal Kiosk Sdn. Bhd
 Ramly Mokni Holding Sdn. Bhd

2.1.1. Antara Anak Syarikat RAMLY yang lain :


1. Pemasaran Ramly Mokni Sdn Bhd
Ketika ini, produk Ramly dipasarkan melalui lebih dari 120 orang pemborong berdaftar di
bawah anak syarikat Ramly Mokni Holding Berhad iaitu Pemasaran Ramly Mokni Sendirian
Berhad. Syarikat pemasaran ini beribupejabat di Desa Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur.
Pemasaran Ramly Mokni Sdn Bhd adalah bertanggungjawab menawarkan khidmat jualan,
pemasaran dan perkhidmatan selepas jualan kepada pelanggan. Bagi memastikan pengedaran dan
penghantaran produk dijamin kualiti dan kesegarannya, kenderaan kontena sejukbeku digunakan.

2. Ramly Supermarket Sendirian Berhad

Sebuah lagi anak syarikat Ramly yang berobjektif dalam memastikan produknya mudah
didapati dipasaran telah ditubuh di Lorong Raja Bot (Off Jalan Raja Alang) di Kuala Lumpur.
Anak syarikat ini dikenali sebagai Ramly Supermarket Sendirian Berhad, dan ia beroperasi 24jam.
Pembukaan anak syarikat ini bagi memastikan khidmat borong dan runcit boleh dilaksanakan
diantara RAMLY dengan penjaja dan orang awam.

3. Ramly Halal Mart Sdn Bhd dan Ramly Halal Kiosk Sdn Bhd

Menurut beliau syarikatnya ditubuhkan bagi memastikan produk Ramly mudah diperoleh,
manakala dua lagi anak syarikat iaitu Ramly Halal Mart Sdn Bhd dan Ramly Halal Kiosk Sdn
Bhd dipertanggungjawabkan untuk menawarkan perkhidmatan jualan sejuk beku melalui pasar
mini dan jualan masak melalui kafe atau kios kepada pembeli.
3.0. Visi & misi

Rangkaian Pasaran Global, Amalan Pengurusan Produktiviti Efektif, Menitikberatkan Halal,


Bersih dan bermutu, Latihan Rohani dan Jasmani Diterapkan dan Yakin Dalam Segala Tindakan.

4.0. Falsafah Korporat

Kepercayaan syarikatnya tetap sama. Ketekalan adalah kunci dan syarikat berusaha untuk berjaya.

R Reach for Global Network (Jangkauan untuk Rangkaian Global)


A Accomplishing Effective Production Management (Menyelesaikan Pengurusan
Pengeluaran yang Berkesan)
M Maintaning “Halal, Cleanliness and Quality” ( Menjaga "Halal, Kebersihan dan
Kualiti" )
L Lean on Spiritual and Physical Balance (Bersandar pada Keseimbangan Spiritual
dan Fizikal)
Y Yield Confidence in All Actions (Keyakinan Hasil dalam Semua Tindakan)

5.0. Lembaga Pengarah

From left: En. Mohd Zaharin bin Dato Dr. Hj. Ramly (Director), Datin Hjh. Shala Siah bt Abdul
Manap (Executive Director), Dato Dr. Hj. Ramly bin Mokni (Managing Director), Pn. Siti Hayu
bt Dato Dr. Hj. Ramly (Director)

6.0 Struktur Organisasi Syarikat Ramly Food Processing Sdn Bhd.


6.1 Syarikat Ramly Food Processing Sdn Bhd mempunyai struktur organisasi yang
kukuh bagi memastikan syarikat mencapai objektif yang ditetapkan. Berikut
adalah carta organisasi syarikat yang menunjukkan garis tanggungjawab di setiap
bahagian.

Pengurus

MOHD ZAHARIN BIN RAMLY

Pengurus Pengurus Pengurus


Pengurus Pengurus Penyelidikan
Kewangan Pentadbiran Pengeluaran
Pemasaran & Pembangunan
JAAFAR BIN SITI HAZURA BT ARIFFIN BIN
SITI HAYU BT SITI HAZIRA BT RAMLY
SAARI RAMLY MAT
RAMLY

Penolong Penolong Penolong Penolong


Pengurus Pengurus Pengurus Pengurus
Promosi Pemasaran Perjawatan Produktiviti

Penolong Penolong Penolong


Penolong
Pengurus Pengurus Pengurus
Pengurus
Jualan Kualiti Pembangunan
Perakaunan

Nota: Sebahagian nama perjawatan tidak diisi diatas sebab tertentu yang tidak diizinkan oleh
pihak syarikat.

6.2 Dato Hj Ramly Bin Mokni merupakan Pengarah Urusan bagi Syarikat Ramly Food
Processing SB. Beliau dibantu oleh seorang Pengurus Kanan Mohamad Zaharin Hj
Ramly bagi memastikan matlamat organisasi tercapai iaitu menyediakan produk
makanan proses yang halal, bersih dan bermutu. Beliau juga perlu membuat
keputusan dalam menangani masalah berkaitan dengan pengurusan syarikat dan
bertindak dengan betul ke arah mencapai matlamat syarikat, Selain itu, pengurus
besar juga bertanggungjawab untuk menjalankan latihan kepada kakitangan bagi
meningkatkan produktiviti pekerja serta mengenalpasti kekuatan dan kelemahan
yang ada dalam syarikat dan bertindak dengan sewajarnya .

6.3 Pengurus besar dibantu oleh beberapa bahagian yang bertanggungjawab untuk
memantau dan menyelaraskan sumber dengan cekap dan berkesan selaras dengan
matlamat syarikat. Setiap bahagian tersebut juga mempunyai seorang pengurus
yang bertindak di atas kapasiti dan autoriti masing masing. Bahagian tersebut
adalah seperti berikut:

6.3.1 Pengurus Bahagian Pemasaran - Beliau bertanggungjawab terhadap semua


perancangan aktiviti syarikat bagi menarik minat pembeli untuk membeli
produk syarikat dan mengurus belanjawan bagi tujuan pemasaran dengan
cekap dan berkesan. Beliau juga mempunyai kuasa penuh untuk membuat
keputusan berkaitan dengan masalah yang timbul di bahagaian pemasaran.
Beliau dibantu oleh dua orang dibawahnya. Penolong pengurus promosi
dan penolong pengurus pemasaran perlu melaporkan terus segala masalah
yang timbul berkaitan dengan pemasaran kepada pengurus pemasaran.
Selain itu, mereka juga bertanggungjawab untuk:

6.3.1.1 Mengenalpasti pasaran sasaran dan menganalisis trend pasaran


semasa.
6.3.1.2 Mengkaji kehendak dan keperluan pelanggan serta maklumat
persaingan pasaran.
6.3.1.3 Memantau perkembangan aktiviti promosi dan melaporkan
kepada Pengurus Pemasaran.

6.3.2 Pengurus Bahagian Kewangan

Bertanggungjawab untuk membuat perancangan kewangan berasaskan


keperluan perniagaan dan pelaburan sedia ada di Ramly Food Processing
SB dan mengikut perancangan belanjawan syarikat pada setiap tahun.
Beliau juga perlu memantau setiap kerugian dan keuntungan syarikat.
Selain itu, beliau mempunyai kuasa penuh untuk membuat keputusan dalam
menilai dan memilih sumber pembiayaan terbaik untuk syarikat. Beliau
dibantu oleh dua pegawai dibawahnya iaitu Penolong Pengurus Perakaunan
dan Penolong Pengurus Jualan. Penolong Pengurus Perakaunan
bertanggungjawab untuk melaporkan semua rekod tentang benjawan
syarikat kepada Pengurus Kewangan dan menyediakan Penyata Kewangan
syarikat kepada Pengurus Kewangan untuk dibentangkan setiapkali didalam
mensyuarat Pihak Pengurusan atasan. Penolong Pengurus Jualan
bertanggungjawab mewujudkan dan menyelaraskan semua strategi jualan
untuk membantu syarikat mencapai matlamatnya.Selain itu, beliau juga
bertanggungjawab melaksanakan strategi jualan bagi produk syarikat
termasuk harga bagi produk syarikat. Beliau juga bertanggungjawab
membangunkan pelan jualan dengan menetapkan objektif dan memastikan
sasaran jualan syarikat dapat mencapai sasaran yang ditetapkan.

6.3.3 Pengurus Bahagian Pentadbiran

Beliau bertanggungjawab untuk menguruskan hal berkenaan dengan


Pentadbiran dan Perkidmatan kakitangan. Beliau juga perlu menyelaras
serta menyusun tugas dan tanggungjawab setiap bahagian di Ramly Food
Processing SB dan semua kakitangan di dalam syarikat. Selain itu beliau
juga mempunyai kuasa untuk menandatangani dan menguruskan setiap
dokumen serta semua surat menyurat yang berkaitan dengan syarikat.
Beliau dibantu oleh seorang Penolong Pengurus Perjawatan yang
bertanggungjawab dalam menguruskan pembangunan sumber manusia
seperti pengambilan kakitangan, penstrukturan semula organisasi, latihan,
kursus dan tatatertib. Penolong Pengurus Perjawatan bertanggungjawab
untuk melaporkan semua masalah berkenaan dengan pentadbiran kepada
Pengurus Bahagian Pentadbiran.

6.3.4 Pengurus Bahagian Pengeluaran

Bertanggungjawab untuk memastikan nilai modal dan pengeluaran


seimbang, Beliau perlu sentiasa memastikan penggunaan buruh dan modal
digunakan secara efisien untuk meningkatkan produktiviti syarikat. Beliau
juga bertanggungjawab membantu syarikat dalam usaha mencapai
matlamat organisasi. Beliau dibantu oleh seorang Penolong Pengurus
Produk yang bertindak untuk meyediakan jadual pengeluaran dan dihantar
kepada bahagian pemasaran kerana bahagian tersebut menerima pesanan
berdasarkan kapasiti pengeluaran. Penolong Pengurus Produk juga perlu
memastikan keselamatan stok iaitu sentiasa mencukupi, bersih dan
bermutu. Beliau juga perlu memastikan semua produk dapat dihasilkan
mengikut jadual yang telah ditetapkan.

6.3.5 Pengurus Bahagian Penyelidikan & Pembangunan


Bertanggungjawab menyediakan dan menjalankan kajian penyelidikan
selaras dengan matlamat syarikat untuk bersaing dan menjadi terbaik dalam
industri pembuatan makanan. Selain itu, Pengurus Bahagian Penyelidikan
& Pembangunan juga bertanggungjawab untuk merancang dan
menjalankan kajian bukan sahaja dari segi penghasilan produk tetapi perlu
mengkaji keseluruhan aduan dan maklum balas pelanggan bagi memastikan
kualiti produk sentiasa dijamin bermutu tinggi dan menjadi pilihan utama
pelanggan. Di bawahnya, beliau dibantu oleh dua kakitangan iaitu Penolong
Pengurus Kualiti dan Penolong Pengurus Pembangunan. Penolong
Pengurus Kualiti bertanggunjawab mengurus dan menyelaraskan semua
aktiviti kualiti yang berkaitan dengan pengeluaran produk Ramly. Penolong
Pengurus Pembangunan pula bertanggungjawab terhadap pembangunan
kualiti produk yang dihasilkan. Beliau juga perlu merangka strategi jualan
dan bekerjasama dengan pasukan pengurusan untuk memastikan syarikat
berjaya mencapai matlamatnya.

7.0 Peranan Pengurusan Atasan Organisasi.

7.1 Berdasarkan carta organisasi di Syarikat Ramly Food Processing Sdn Bhd dapat
dilihat bahawa setiap bahagian mempunyai seorang pengurus yang
bertanggungjawab untuk memastikan bahagian di bawah jagaan mereka dapat
berfungsi dengan cekap dan berkesan. Semua pengurus di setiap bahagian akan
melaporkan laporan dan Penyata Prestasi Proses Kerja yang telah dicapai oleh
setiap bahagian dalam mesyuarat pengurusan tertinggi.

Pengurusan tertinggi terdiri dari Pengarah Urusan , Pengurus Besar dan semua
Pengurus di setiap bahagian berikut:

i) Pemasaran
ii) Kewangan
iii) Pentadbiran
iv) Pengeluaran
v) Penyelidikan dan pembangunan.

7.2 Kumpulan pengurusan tertinggi syarikat bertanggungjawab kepada keseluruhan


pengurusan organisasi secara menyeluruh. Mereka membuat keputusan berkenaan
dengan semua persoalan yang timbul dalam syarikat di Mesyuarat Pengurusan
Tertinggi dua bulan sekali. Di dalam mesyuarat tersebut, perkara perkara seperti
dasar, visi, misi dan matlamat organisasi menjadi satu agenda penting kerana
kumpulan ini bertanggungjawab merangka Pelan Strategik syarikat dalam tempoh
setiap tiga tahun. Pelan Strategik yang dirangka akan di pantau dalam setiap
mesyuarat pengurusan supaya ianya dapat dicapai dalam tempoh yang telah
ditetapkan dengan tindakan yang betul. Selain itu,kumpulan Pengurusan Tertinggi
ini juga bertanggungjawab untuk membuat keputusan dalam pengecilan atau
penambahan kakitangan syarikat, kenaikan pangkat pengurus di setiap bahagian
dan paling penting mereka adalah kumpulan yang bertanggungjawab untuk
memastikan nama baik organisasi sentiasa terpelihara. Proses pengorganisasian ini
adalah untuk menyusun dan mengagihkan semua sumber yang ada supaya ianya
dapat diuruskan dengan cekap dan berkesan. Kumpulan Pengurusan Tertinggi ini
perlu menjadi contoh kepimpinan kepada semua kakitangan dengan mempengaruhi
mereka untuk bekerja dengan bersih, cekap dan amanah.

8.0 Strategi Jangkamasa Pendek dan Jangkamasa Panjang Syarikat.

8.1 Sejak ditubuhkan pada tahun1984 Syarikat Ramly Food Processing Sdn Bhd telah
membuktikan bahawa atas hasil usaha pemilik dan pengurusan yang baik mereka
berjaya meningkatkan produktiviti yang tinggi iaitu dari pengeluaran 300 keping
daging sehari meningkat sehingga 30 tan daging sehari. Walaupun ekonomi negara
merosot sekitar tahun 2015 hingga 2018, namun Syarikat Ramly tidak terjejas
teruk kerana dasar pandangan jauh pemiliknya Hj Ramly Bin Mokni. Beliau telah
menubuhkan Makmal Biologi Ramly pada tahun 2012 dimana fungsi makmal ini
adalah untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan produk produk Ramly
supaya sentiasa selamat untuk dimakan,bersih, segar dan mampu bersaing dengan
produk produk lain. Hasil dari kajian yang dijalankan, pembuatan produk Ramly
yang dulu menggunakan cara tradisional diubah menggunakan mesin-mesin
inovasi yang terkini. Ini telah membantu syarikat dalam menangani masalah
ekonomi untuk menggaji lebih ramai tenaga manusia kerana produktiviti boleh
digantikan dengan mesin inovasi. Selain dapat menjimatkan tenaga manusia ianya
juga telah menjimatkan masa untuk mengeluarkan produk syarikat dan pengeluaran
dapat dijangka dengan tepat bagi memenuhi kehendak 120 pemborong yang
berdaftar dengan sebagai anak syarikat produk Ramly.
8.2 Penubuhan Makmal Biologi Ramly bukan sahaja berjaya menjimatkan kos bagi
tenaga kerja manusia dan masa pengeluaran produk, malah telah membantu
syarikat mengkaji bagaimana untuk mengubah bungkusan produk Ramly supaya
nampak lebih menarik dan berjaya menarik lebih ramai pelanggan. Ini juga
merupakan strategi yang telah membantu menaikkan nama produk Ramly menjadi
lebih baik berbanding produk lain.

8.3 Strategi dan objektif syarikat itu sendiri iaitu mengeluarkan produk yang halal,
bersih dan bermutu juga telah membantu syarikat berkembang dengan baik.
Sebagaimana yang kita tahu, penduduk Malaysia yang beragama Islam merupakan
jumlah populasi yang tertinggi. Memilih makanan yang halal dan bersih adalah
menjadi keutamaan mereka. Disini Syarikat Ramly telah berjaya mengatasi produk
makanan proses lain di Malaysia.

9.0 Cadangan strategi untuk mengembangkan Syarikat Ramly.

9.1 Iklankan produk Ramly di Media Sosial dan Televisyen.

9.1.1 Walaupun nama jenama Ramly mudah didapati di pasaran tetapi jika kita
perhatikan, promosinya di media sosial terutama iklan-iklan di Televisyen
boleh dikatakan tiada. Ini sesuatu yang perlu difikirkan oleh pihak
Pengurusan Ramly Food Processing Sdn Bhd untuk lebih berdaya saing
dengan produk lain. Berbanding dengan produk seperti Mc Donalds dan
KFC iklannya sangat banyak. Promosi dan iklan di Televisyen akan dapat
membantu Syarikat Ramly untuk lebih berdaya saing dengan produk lain
kerana pelanggan menilainya dari sudut kemampuan dan kualitinya setaraf
dengan produk lain apabila mampu mempengaruhi pelanggan dengan iklan
yang menarik.

9.1.2 Membina Identiti Ramly.


Pihak Pengurusan Tertinggi perlu melihat bagaimana untuk menjadikan
Ramly lebih terkenal, bukan sahaja dari segi kesedapan dan kualiti
produknya malah dari segi pembangunan modal insan dan etika
kakitangannya yang mampu menjadi bualan masyarakat setempat dan
antarabangsa. Membina institut latihan di bawah nama Ramly untuk
melatih kakitangannya, cara-cara dan etika melayan pelanggan dengan baik
dan berkualiti serta memberikan khidmat dengan cekap, dapat membina
nama Ramly supaya menjadi lebih terkenal. Perlu diketahui, dalam
perniagaan yang melibatkan pengurusan dan perkhidmatan komunikasi
adalah suatu perkara yang sangat penting. Layanan yang baik dan cekap
adalah kunci kepada kejayaan organisasi. Komunikasi yang baik bukan
sahaja dengan pelanggan malahan antara Pengurusan Tertinggi dengan
kakitangan dan juga antara kakitangan di dalam organisasi itu sendiri. Ini
dapat mewujudkan persekitaran yang sihat dan baik diantara pengurusan
dan kakitangan. Ianya dapat mengekalkan kakitangan supaya berkhidmat
lebih lama dan setia dengan organisasi.

9.1.3 Memberikan penghargaan kepada rakan perniagaan dan pelanggan.

Didalam teori hierarki keperluan Maslow yang dikemukakan oleh Abraham


Maslow menyatakan terdapat lima keperluan yang perlu dipenuhi oleh
manusia seperti fisiologi, keselamatan, sosial, penghargaan diri dan
pencapaian hasrat diri (Maslow 1943). Jelas di sini bahawa penghargaan
adalah merupakan sesuatu yang sangat penting dalam memastikan kejayaan
sesebuah organisasi. Syarikat Ramly perlu mengadakan jalinan yang baik
dengan semua rakan pengedar yang mengedar produk mereka. Berikan
mereka penghargaan setiap tahun dengan mengadakan satu konvenyen atau
annual dinner dengan semua pengedar dan hargai mereka dengan memberi
rewards yang tidak dijangka oleh mereka. Ini dapat memotivasikan mereka
supaya lebih setia untuk bekerjasama bagi terus memasarkan produk
Ramly. Syarikat juga boleh memikirkan untuk memberikan penghargaan
kepada pelanggan. Antaranya seperti memberikankan Kad Ahli kepada
pengguna Ramly yang boleh digunakan di mana mana pasaraya untuk
mendapatkan potongan harga. Mereka juga boleh membuat Peraduan
Tahunan Ramly dan memilih mana mana pelanggan yang bertuah dengan
memberikan hadiah kepada mereka. Lebih berharga sekiranya, peristiwa
seperti itu dapat dirakamkan dan disiarkan di Televisyen. Saya percaya
nama Ramly akan lebih gah di dalam dan luar Negara.

10.0. Ciri-Ciri Keusahawanan Oleh Pengasas

10.1. Keyakinan diri dan ketabahan serta kecekalan hati.

Kejayaannya bukanlah dapat dinikmati dalam sekelip mata, tetapi terpaksa mengharungi dengan
pelbagai cabaran dan halangan. Dengan berbekalkan keyakinan diri dan ketabahan serta kecekalan
hatinya, beliau telah dapat mengembangkan perniagaannya dari gerai menjual burger sehingga
membuka kilang untuk mengeluarkan daging burger dari 300 keping sehari kepada 30 tan daging
sehari selepas 20 tahun dengan jualan tahunan kini mencatat RM42 juta.

10.2. Seorang yang bijak merebut peluang dan berdaya kreatif dan inovatif serta berpandangan
jauh demi umat islam.

Kenyataan ini dibuktikan daripada pemerhatian beliau semasa bekerja sebagai penyelia bahagian
daging di sebuah pasar raya di ibu kota pada awal tahun 1970an di mana kebanyakan makanan
sejuk beku yang dijual tidak pasti halal haramnya, telah mencetuskan idea beliau untuk
menghasilkan daging burger dan sosej yang ditanggung halal untuk dimakan oleh umat Islam di
negara ini.

10.3. Tidak pernah berputus asa.


Selain itu, beliau tidak pernah putus asa walaupun usahanya pernah diperlekehkan oleh
masyarakat dan juga pihak bank yang telah menolak permohonan pinjamannya pada awal
penglibatannya dalam bidang perniagaan. Namun, berbekalkan dengan simpanan bersama
isterinya dan juga bantuan pinjaman yang diberikan oleh Bank Pembangunan dan Malaysia
Berhad telah membolehkannya mengorak langkah untuk memajukan perniagaannya. Hal ini
sekaligus telah membuktikan peranan agensi kerajaan adalah amat penting dalam membantu para
usahawan lebih-lebih lagi bagi mereka yang baru menceburi bidang ini. Sikapnya yang tidak
mudah berputus asa adalah satu sifat terpuji yang turut ditekankan di dalam ajaran islam.

10.4. Corak pengurusan beliau yang sangat cekap dan efisyen.

Sebarang rungutan dan ketidakpuasan hati oleh pelanggan, beliau pasti akan bersegera untuk
memperbaiki mutu produknya dengan cara berjumpa dengan pelanggan tertentu dengan kadar
segera untuk mengetahui masalahnya. Ini jelas menggambarkan corak pengurusan beliau yang
sangat cekap dan efisyen dalam menangani sebarang masalah yang timbul. Hasil kegigihan beliau,
beliau telah dianugerahkan beberapa kali Anugerah Usahawan Terbaik.

10.5. Berpegang kepada prinsip-prinsip yang mulia.

Di samping itu, beliau sentiasa memegang kepada prinsip-prinsip yang amat ditekakan oleh islam
di dalam menjalankan perniagaan iaitu kejujuran, menitikberatkan mutu barangan yang dihasilkan
dan lain-lain lagi. Keutamaan dan pandangan pelanggan terhadap barangan keluaran syarikatnya
tidak pernah diambil ringan. Hal ini adalah bagi memastikan kepuasan pelangan dapat dijaga
dengan baik.

10.6. Sentiasa mendapatkan dorongan dari keluarga terutama isterinya.

Beliau juga mengakui bahawa sokongan keluarga adalah amat penting untuk mendorongnya
terutamanya isterinya yang sentiasa memberikan dorongan kepadanya dan beliau telah
mengatakan bahawa kejayaannya adalah hasil sokongan kuat keluarga. Kata-kata semangat yang
membina dari seorang isteri yang solehah adalah umpama mutiara yang berkilauan dimalam
kelam. Islam amat menitikberatkan hubungan kekeluargaan. Hal ini adalah kerana, dorongan dan
semangat dari ahli keluarga adalah lebih memberi kesan terhadap hati terutamanya dalam
menghadapi pelbagai permasalahan di dalam kehidupan.

11. Jenis Warung Atau Gerai Ramly Burger Di Malaysia

Lebih dari 120 orang pemborong berdaftar sebagai anak syarikat bagi mengedarkan produk-
produk RAMLY. Kesemua pemborong berdaftar ini dibawah pemasaran Ramly Mokni Sendirian
Berhad. Syarikat pemasaran ini beribupejabat di Desa Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur.
Penubuhan syarikat ini bertujuan dalam menawarkan khidmat jualan kepada pelanggan. Bagi
memastikan pengedaran dan penghantaran produk dijamin kualiti dan kesegarannya, kenderaan
kontena sejukbeku digunakan. Sebuah anak syarikat Ramly yang berobjektif dalam memastikan
produknya mudah didapati dipasaran telah ditubuh di Lorong Raja Bot (Off Jalan Raja Alang) di
Kuala Lumpur.

Anak syarikat ini dikenali sebagai Ramly Supermarket Sendirian Berhad, dan ia beroperasi
24jam. Pembukaan anak syarikat ini bagi memastikan khidmat borong dan runcit boleh
dilaksanakan diantara RAMLY dengan penjaja dan orang awam. KualitiPenubuhan Makmal
Mikrobiologi yang dijalankan oleh Ramly, bagi mengawal kualiti produk. Tujuan penubuhan
makmal ini adalah memasitkan produknya adalah suci (dari pemilihan bahan mentah hingga
produk siap) dan selamat untuk dimakan. Selain itu, makmal ini berfungi sebagai satu tempat
penyelidikan dan pembangunan produk. Makmal Mikrobiologi Ramly lengkap dengan peralatan
teknologi tinggi. ProduksiSatu kajian penyelidikan dan pembangunan produk dijalankan oleh
Ramly, bagi tujuan kesegaran, kelazatan dan kualiti produknya.

Cara pembungkusan yang menarik juga dikaji dalam memastikan produk kelihatan menarik
dan boleh dinikmati. Pengimplementasi kepakaran teknologi oleh Ramly, adalah memastikan
pengeluran daging dan hasil laut dapat memenuhi citarasa pengguna dan pengemar Ramly.
Kepakaran teknologi yang digunakan juga memastikan produktiviti produk. PenyediaanUntuk
memasak burger Ramly, tidak begitu sukar, cuma yang diperlukan ialah kuali atau plet leper,
penekan daging burger, dapur, gas masakan, ban burger dan daging burger. Untuk rencah atau isi-
isinya pula ialah timun dan kobis. Untuk bahan perisanya, biasa digunakan ialah sos Worcester
(wu-ches-ter) atau juga dikenali sebagai kicap burger dikalangan orang Malaysia. Sebagai sos
tambahan pula ialah mayonis, sos tomato, sos cili ataupun sos barbeku.

12.0. KONSEP YANG DIAMALKAN

12.1. Halalan Thoyiba

Konsep Halalan Thoyiba telah memenangi produk Ramly sebagai keyakinan pasaran dan
menjadikan jenama tersebut sebagai pilihan utama dan jenama isi rumah di kalangan pengguna.
Halalan Thoyiba bermaksud hanya dibenarkan dan dibenarkan untuk penggunaan yang berkaitan
dengan undang-undang Syariah selagi ia selamat dan tidak berbahaya. Wajib bagi umat Islam
untuk mengambil makanan halal dan menggunakan produk halal semata-mata kerana mereka
tidak makan dan menggunakan barang pengguna hanya untuk kesenangan tetapi juga untuk
melaksanakan tugas, tanggungjawab dan misi mereka di dunia ini.

Prinsip umum mengenai makanan menurut ajaran Islam adalah bahawa semuanya halal
kecuali kekotoran (atau dicampur dengan kekotoran), berbahaya dan memabukkan. Selain
memenuhi undang-undang Syariah, yang merupakan keharusan bagi umat Islam, faktor
keselamatan makanan berperanan penting dalam menentukan thoyiban iaitu sihat (selamat, bersih,
berkhasiat, berkualiti). Walaupun teknologi pemprosesan dan pembuatan mungkin berkembang
dari masa ke masa, namun, Ramly Food Processing Sdn Bhd mempertahankan inti pati tradisi
yang dimulakan dengan setiap produk Ramly yang dihasilkan.
12.2. Inovasi dan Produksi

Malah, kata beliau, syarikat induk turut menubuhkan makmal penyelidikan dan pembangunan
(R&D) baru untuk mengkaji dan menginovasikan produk sedia ada serta menghasilkan produk
baru. Di makmal ini, produk sedia ada akan dikaji daripada segi ramuan dan proses supaya dapat
menghasilkan produk berkualiti tinggi dengan kos minimum, selain mengeluarkan produk baru
yang bernutrisi dengan harga kompetitif. Cara pembungkusan yang menarik juga dikaji dalam
memastikan produk kelihatan menarik dan boleh dinikmati.

12.3. Kualiti

Keselamatan makanan serta sistem kawalan mutu turut ditekankan dan makmal mikrobiologi
disediakan sebagai langkah memastikan produk beliau menepati kriteria keselamatan makanan
yang digariskan, sesuai dengan pengiktirafan yang diterima daripada Jabatan Perkhidmatan
Veterinar Malaysia (JPV) melalui Sijil Program Keselamatan Makanan yang berkaitan tentang
lokasi dan cara bekalan daging diperoleh serta memastikan haiwan yang disembelih mengikut
hukum syarak. Selain itu, bekalan daging adalah diperoleh daripada pembekal yang mendapat
kelulusan Jakim dan pengesahan kualiti oleh JPV.

Slogan syarikat Dengan slogan ‘Pastikan Ramly baru beli’, beliau memegang prinsip Halal,
Bersih dan Bermutu bagi setiap produk yang dikeluarkan, baik daripada segi produk, tempat
perniagaan, peralatan, sumber kewangan, logistik dan penyimpanan.
13.0. Kilang

Pembangunan loji berteknologi tinggi ini meliputi kawasan bangunan pejabat dan
pentadbiran utama seluas lapan (8) ekar. Selebihnya enam (6) ekar dibahagikan kepada beberapa
kawasan seperti loji rawatan sisa air berteknologi tinggi, teluk dok logistik, tempat letak
kenderaan kakitangan / pengunjung dan pejabat keselamatan. Loji utama ini juga dilengkapi
dengan pelbagai infrastruktur dan kemudahan seperti makmal Penyelidikan Produk (mengikut
piawaian antarabangsa), Jabatan Pembangunan Produk, sebuah auditorium dengan kapasiti 300
tetamu dan pengunjung yang melihat dek.

Pembinaan kilang utama ini terbahagi kepada dua fasa. Fasa pertama akan menumpukan
pada pengeluaran burger, frankfurter, nugget dan bakso, sementara fasa kedua akan
melengkapkan keseluruhan enam barisan pengeluaran. Kapasiti pengeluaran untuk setiap barisan
pengeluaran adalah lima tan bahan mentah setiap jam. Loji utama ini beroperasi secara automatik
dan dalam skop dan pencapaian teknologi Revolusi Industri 4.0. Ia akan menjadi pencapaian yang
membanggakan dan cemerlang bagi Kumpulan Ramly dan mercu tanda bagi kilang berprestasi
tinggi di Asia Tenggara.
14.0. Rakan Strategik

14.1. Program Integrasi Lengkap Rantaian Bekalan Ayam Daging yang Halal Bersih dan
Bermutu menerusi Ramly Poultry Integrator Sdn Bhd

Kumpulan Ramly adalah sebuah syarikat industri makanan sejuk beku dengan produk
keluaran jenama RAMLY berasaskan Halal, Bersih dan Bermutu yang ditubuhkan secara rasmi
pada tahun 1984. Perusahaan ini telah berkembang dengan pesatnya dari sebuah kilang yang
beroperasi di Bandar Tun Razak dan kini di Taman Perindustrian IKS Mukim Batu, Kuala
Lumpur. Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat sebuah kilang utama yang
memiliki peralatan mesin serba canggih dan berprestasi tinggi bernilai hampir RM 1 billion yang
telah memulakan operasinya di Selangor Halal Hub, Pulau Indah pada pertengahan tahun 2019.

Ramly Poultry Integrator Sdn. Bhd. sedang menjayakan program integrasi lengkap
rantaian bekalan ayam yang halal, bersih dan bermutu yang mana di ketuai oleh anak pengasas
Kumpulan Ramly sendiri iaitu Pn. Siti Hayu bt Dato’ Dr. Hj. Ramly. Ini adalah hasil inisiatif
bersama dengan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU), di bawah geran permulaan
Program Pembangunan Ekosistem Halal Poultry sebanyak RM 20 juta dimana Ramly berhasrat
untuk menjadi sebuah syarikat Bumiputera pertama yang mempunyai Rangkaian Ekosistem
Industri Halal Poultry yang dilengkapi dengan kilang makanan ayam, pusat penetasan telur,
ladang ternakan ayam dan juga pusat penyembelihan ayam.
Ramly komited untuk menyediakan platform kepada para usahawan untuk menyertai
program penternak kontrak ayam daging Bumiputera bersama Ramly di mana para usahawan
yang terpilih akan membekalkan ayam daging kepada pusat penyembelihan ayam Ramly yang
dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2020. Ramly mensasarkan untuk mempunyai
sebuah pusat penyembelihan dan pemprosesan ayam yang moden, sepenuhnya automatik dan
menggunakan teknologi terkini yang akan melibatkan pelaburan melebihi RM 80 juta. Pusat
penyembelihan ayam tersebut akan dapat memproses ayam pada kapasiti 96,000 ekor sehari atau
2.5 juta ekor sebulan sebagai permulaan dan boleh di perbesarkan sehingga 192,000 ekor sehari
atau 4.9 juta ekor sebulan pada masa hadapan. Menerusi program ini juga, Kumpulan Ramly
menyahut hasrat kerajaan menerusi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani,

Menjadikan pertanian sebagai sektor ekonomi strategik untuk pertumbuhan ekonomi dan
juga menjamin keselamatan makanan negara. Ini kerana, program ini dapat mewujudkan kesan
ekonomi berganda dengan wujudnya penternak moden muda luar bandar. Oleh itu, pendapatan
petani yang kebanyakannya terdiri daripada masyarakat luar bandar B40 dapat ditingkatkan
kepada sasaran sekurang-kurangnya RM 4000 sebulan boleh dicapai.
15.0. Produk-Produk Ramly Burger

15.1. Burger Ayam dan Burger Lembu

Burger Ayam Ramly yang pertama dikeluarkan ialah dalam tahun 1979 dan ia adalah salah satu
produk pertama yang dikeluarkan oleh Ramly.

Ramuan Burger Ayam: Daging Ayam, Protein Kacang Soya, Rempah dan Garam. Mengandungi
Bahan Perisa dan Kondisioner Makanan yang dibenarkan.

Ramuan Burger Lembu: Daging Lembu, Protein Kacang Soya, Rempah dan Garam.
Mengandungi Bahan Perisa, Pewarna dan Kondisioner Makanan yang dibenarkan.

15.2. Frankfurter Ayam dan Frankfurter Lembu


Ramuan Frankfurter Ayam: Daging Ayam, Protein Kacang Soya, Kanji Jagung Terubahsuai
dan Rempah. Mengandungi Bahan Penambah Perisa (E450,E451,E452) dan Pengawet Makanan
(E250, E252) yang dibenarkan.

Ramuan Frankfurter Lembu: Daging Lembu, Protein Kacang Soya, Kanji Jagung Terubahsuai dan
Rempah. Mengandungi Bahan Penambah Perisa (E450,E451,E452), Pewarna dan Pengawet
Makanan (E250, E252) yang dibenarkan.

15.3. Koktel Ayam dan Koktel Lembu

Ramuan Koktel Ayam: Daging Ayam, Protein Kacang Soya, Kanji Jagung Terubahsuai dan
Rempah. Mengandungi Bahan Penambah Perisa (E450,E451,E452) dan Pengawet Makanan
(E250, E252) yang dibenarkan.

Ramuan Koktel Lembu: Daging Lembu, Protein Kacang Soya, Kanji Jagung Terubahsuai dan
Rempah. Mengandungi Bahan Penambah Perisa (E450,E451,E452), Pewarna dan Pengawet
Makanan (E250, E252) yang dibenarkan.
15.4. Nuget

"Nuget Ayam Salutan Tempura" telah mendapat Anugerah Khas - Anugerah Produk Cemerlang
anjuran Jabatan Perkhidmatan Veterinar di MAHA 2008.Nuget Daging Ramly merupakan perintis
kepada nuget daging di Malaysia dan hanya Ramly yang menjual nuget lembu di Malaysia.

Ramuan Nuget Lembu: Daging Lembu, Protein Soya, Minyak Sayuran, Tepung Gandum, Tepung
Jagung, Rempah dan Garam. Mengandungi Kondisioner Makanan dan Bahan Penambah Perisa
yang dibenarkan.

15.5. Ayam Goreng

Ramuan Kepak Ayam: Bahagian Kepak Ayam, Minyak Sayuran, Tepung Gandum, Tepung
Jagung, Rempah dan Garam. Mengandungi Kondisioner Makanan dan Bahan Penambah Perisa
yang dibenarkan.

Ramuan Ayam Goreng: Bahagian Ayam, Minyak Sayuran, Tepung Gandum, Tepung Jagung,
Rempah dan Garam. Mengandungi Kondisioner Makanan dan Bahan Penambah Perisa yang
dibenarkan.
15.5. Alaskan Pollock

Fakta tentang Alaskan Pollock:

Berasal dari air jernih Alaska, ikan putih ini memberi rasa tekstur dan kandungan nutrisi yang
tiada tandingan. Rasanya yang lembut telah terbukti sesuai untuk menghasilkan filet yang
berkualiti tinggi. Rendah dalam lemak dan kalori, menjadikan ikan Alaska Pollock adalah sumber
terbaik bagi Omega 3, protein dan mineral yang penting untuk kesihatan yang optimum.

15.6. Daging Kisar

Daging Ayam Kisar dan Daging Lembu Kisar Ramly sangat sesuai digunakan untuk membuat
kuah Spegetti, Pai Ayam, Sheppeard Pie, Kuih Cara Berlauk, Murtabak, Roti John dan Pizza.

 Ramuan Daging Ayam Kisar: Daging Ayam


 Ramuan Daging Lembu Kisar: Daging Lembu
16.0. Isu-isu Kritikal yang dialami oleh syarikat Ramly Food Processing Sdn Bhd.

16.1. Isu DNA Babi dalam sample daging Ramly Burger.

Isu DNA babi yang ditemui dalam sample daging Ramly Burger telah di timbulkan
oleh sebuah blog di media sosial dengan memaparkan salinan surat dari Jabatan
Kesihatan Negeri Kedah di daerah Yan yang mengatakan telah menemui DNA
babi hasil daripada kajian terhadap satu sample daging Burger Ramly. Perkara ini
telah dinafikan oleh Pengarah Urusannya Dato Ramly Bin Mokni dalam suratnya
bertarikh 1 Disember 2011, beliau mendakwa isu ini merupakan satu fitnah untuk
mensabotaj syarikat mereka yang dimiliki 100% oleh keluarga beliau dan hampir
1000 kakitangan yang beragama Islam. Kebebasan media sosial tanpa sempadan
menyebabkan banyak berlaku perkara seperti ini. Syarikat perlu lebih berhati hati
dan mengambil tindakan yang betul dalam menangani isu seperti ini. Sekiranya
tindakan yang diambil kurang tepat dan lambat, ianya akan menyebabkan nama
syarikat jatuh merudum dan pelanggan akan hilang kepercayaan terhadap produk
yang dikeluarkan oleh Ramly.

16.2. Isu daging Ramly tidak dibenarkan untuk di eksport ke Singapura.

Singapura satu ketika dahulu telah mengeluarkan arahan untuk tidak menerima
kemasukan daging proses Ramly untuk dipasarkan di negaranya dalam tempoh
jangkamasa yang panjang. Ini berikutan daripada dasar negara tersebut yang hanya
mengiktiraf daging eksport hanya daripada beberapa negara. Hanya daging proses
yang diluluskan oleh AVA (Agri-Food and Veterinary Authority Singapore)
dibenarkan untuk dieksport ke Singapura. Isu ini, secara tidak langsung
menampakkan Singapura telah menidakkan kualiti daging proses yang diusahakan
oleh peniaga melayu dari Malaysia. Ini dapat menjejaskan penilaian negara negara
jiran lain terhadap produk keluaran Ramly dan menyebabkan ianya sukar untuk
bersaing dengan produk antarabangsa. Pihak Pengurusan Ramly, perlu lebih
bersedia dengan perkara seperti ini dengan meramalkan negara yang boleh
membantu dan menyokong untuk memasarkan produk mereka. Syarikat juga perlu
bersedia untuk menerima apa apa keperluan perubahan mengikut citarasa semasa.
17.0. Kejayaan Yang Dicapai

Syarikat beliau telah diberikan pengiktirafan sebanyak tiga kali oleh Bank Pembangunan
atas kecermelangan prestasi iaitu Anugerah Projek Terbaik (1982), Anugerah Pelanggan
Pembangunan (1984) dan Anugerah Usahawan Jaya (1992). Bukan itu sahaja malah pada tanggal
11 Disember 2009 beliau telah menerima pingat kebesaran berpangkat Dato daripada Duli Yang
Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz
Shah Alhaj sempena Hari Keputeraan baginda Sultan.

Pada 2008, Ramly Food Processing Sdn. Bhd. membuat pelaburan menjangkau RM15
juta bagi pembesaran kilang di Taman Perindustrian IKS, Batu Caves, Kuala Lumpur. SME Bank
telah meluluskan pembiayaan syariah kepada Ramly Food Processing Sdn. Bhd. bagi membiayai
kos pembelian bahan mentah syarikat ini. Produk-produk syarikat ini telah dikenali ramai dan
berkualiti tinggi. Syarikat ini merupakan syarikat Bumiputera terkemuka yang telah mencipta
nama dalam industri makanan sejuk beku di negara ini.
KESIMPULAN

Siapa lagi tidak kenal dengan jenama Ramly Burger. Produk hasil usahawan
melayu islam yang gigih itu kini berada di setiap pelosok negara dan bahkan di negara-negara
jiran. Usahawan gigih ini tidak pernah menjejakkan kaki ke universiti dan hanya mendapat
pendidikan setakat SPM, namun beliau mampu menghasilkan jualan lebih RM50 juta setahun.
Kegigihan beliau membangunkan syarikat berasaskan makanan memang mengagumkan banyak
pihak kerana kebanyakan usahawan melayu tidak berminat menceburi bidang tersebut. Kejayaan
beliau perlu dijadikan semangat kepada usahawan melayu untuk menceburi bidang keusahawanan
terutamanya yang berasaskan makanan.

Demikianlah contoh salah seorang dari tokoh-tokoh usahawan islam yang telah
berjaya dalam bidang keusahawanan dan perlu dijadikan panduan dan mentor kepada usahawan
lain. Kejayaan beliau adalah disebabkan kegigihan dan sifat beliau yang sentiasa berusah untuk
maju dan tidak takut dengan risiko dan pelbagai masalah yang perlu dihadapi dalam perniagaan.
Membaca tentang ketokohan dan kejayaan orang lain perlu dilakukan oleh para usahawan
terutamanya jika ia seorang usahawan islam yang ingin berjaya sekaligus ingin menaikkan lagi
nama agama islam sebagai menghakis pandangan yang mengatakan bahawa agama islam ialah
satu agama yang mundur ketinggalan zaman. Ikutilah mereka yang berjaya dengan jujur dan
berusaha bersungguh-sungguh. Jangan meneladani usahawan yang kaki rasuah, sabotaj,
mengharapkan bantuan orang atasan dan lain-lain lagi.

Kejayaan bukan hanya diukur kepada taraf pendidikan dan mempunyai modal yang besar
semata-mata kerana ramai juga usahawan berpendidikan tinggi dan mempunyai modal besar gagal
dalam perniagaan mereka. Pepatah ada menyebut, “berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke
tepian. bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian”, yang membawa maksud jikalau mahu
menjadi seorang yang berjaya, kamu mesti tabah menghadapi segala cabaran dan rintangan.
Pepatah ini amat sesuai dipadamkan dengan kisah kejayaan Dato’ Haji Ramly Bin Mokni yang
memulakan perniagaannya dengan pinjaman yang kecil dari Bank Pembangunan pada tahun 1982
yang kini perniagaannya itu telah melahirkan sebuah syarikat yang terkemuka di negara ini.
Wahai saudara seislamku, berusahalah untuk berjaya walau dalam apa bidang yang kita ceburi
kerana kita adalah pembawa imej islam.

Ramly Burger boleh dijadikan suri teladan buat syarikat-syarikat Islam Bumiputera yang
baru hendak berkembang dan berkecimpung dalam dunia perniagaan. Sifat Dato’ Ramly Mokni
dan isteri yang cekal dalam menghadapi selok belok perniagaan juga merupakan asas kepada
kejayaan syarikat Ramly Burger ini. Semua hal ini boleh peniaga-peniaga contohi dalam usaha
untuk berkembang dengan lebih besar suatu hari nanti. Insyallah.

Selain itu juga , melalui tugasan ini dengan secara tidak kami telah mempelajari bagaimana
sesuatu organisasi itu berfungsi dalam usaha mengembangkan syarikatnya supaya lebih kukuh dan
diiktiraf. Asas kepada kejayaan sesebuah organisasi terbahagi keapada beberapa perkara antaranya
pengurusan yang cekap dan berkesan, komunikasi yang baik dan berkesan antara pihak
pengurusan atasan dan kakitangan, bijak menyusun strategi jangka pendek dan jangka panjang,
mengenali pesaing secara dekat dan menyokong antara satu sama lain. Dalam konteks Syarikat
Ramly Food Processing Sdn Bhd setiap bahagian berfungsi dengan jaringan dan sokongan yang
rapat antara satu sama lain. Selain itu beberapa faktor luaran juga merupakan asas kejayaan
terhadap syarikat iaitu sentiasa memajukan teknologi memproses makanan supaya lebih bersedia
untuk menerima keperluan perubahan dari segi permintaan semasa. Sentiasa mempunyai
hubungan yang baik dengan pesaing, pengedar dan pelanggan dapat membantu organisasi
mencapai matlamatnya. Selain itu juga, Syarikat Ramly Burger boleh dijadikan suri teladan buat
syarikat-syarikat Islam Bumiputera yang baru hendak berkembang dan berkecimpung dalam
dunia perniagaan. Sifat Dato’ Ramly Mokni dan isteri yang cekal dalam menghadapi selok belok
perniagaan juga merupakan asas kepada kejayaan syarikat Ramly Burger ini.
Rujukan

1. http://blogperkongsian.blogspot.com/2015/10/ramly-burger.html
2. https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2020/01/648460/ramly-burger-sasar-
pendapatan-rm12-bilion-tahun-ini
3. https://www.thepatriots.asia/dato-ramly-moni-bapa-pembekal-bahan-mentah-muslim-
bumiputera/
LAMPIRAN

You might also like