You are on page 1of 14

BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN PJJ-UUM

PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH


PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
SEMESTER OKTOBER 2020/2021 (JA202)
BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

TAJUK : INDUSTRI FRANCAIS DI MALAYSIA.


KOD & NAMA KURSUS : BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN.
NAMA PENSYARAH : Ts. Dr. MATHIVANNAN JAGANATHAN.
NAMA & NO MATRIK : MOHD SHARQAWI RIFQI BIN MOHD SOFIAN
(282327).
TARIKH SERAHAN : 19/12/2020.

NO PENILAIAN MARKAH YANG MARKAH YANG


DIPERUNTUKKAN DIPEROLEHI
1 PENGENALAN 5
2 HURAIAN,PERBINCANGAN & 20
CADANGAN
3 KESIMPULAN 5
4 RUJUKAN & LAMPIRAN 5
5 KUALITI PENULISAN 5
6 BLOG -
JUMLAH MARKAH 40

1
BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN PJJ-UUM

1.0       PENGENALAN

            Francais adalah satu kaedah pemasaran dan pengedaran berpandukan


hubungan antara dua pihak iaitu francaisor (pemilik dan pemberi hak) dan
pemegang francais (penerima hak). Untuk menjalankan perniagaan mengikut
prosuder atau peraturan yang ditentukan dalam sesuatu jangkamasa tertentu
dengan menurut syarat-syarat yang telah dipersetujui.
Sistem francais mampu diperkembangkan dengan lebih mudah dan teratur. Pada
asalnya sistem francais bermula di negara barat dan ianya berkembang dengan
lebih pesat ke negara-negara lain. Di Malaysia, sistem francais telah mula bertapak
dan berkembang dengan cepat dengan adanya pelbagai produk dan jenama dari
luar dan dalam negara.

1.1 Apakah yang dimaksudkan dengan industri?


Industri adalah usaha menjalankan aktiviti pembuatan bahan mentah atau
bahan separuh siap kepada barang yang memiliki nilai untuk mendapatkan
keuntungan daripada pengeluaran barang itu.

1.2 Apakah yang dimaksudkan dengan francais?


Francais pula merupakan suatu kaedah pemasaran produk atau usaha niaga
yang berkaitan dengan pemberian hak dan tanggungjawab dalam melaksanakan
sesuatu perniagaan yang menggunakan konsep tanda perniagaan, sistem kawalan
dan jangka masa yang tertentu. Di dalam Akta Francais 1998, francais didefinisikan
sebagai sebuah kontrak atau perjanjian sama ada secara nyata mahupun tersirat,
secara lisan atau bertulis yang melibatkan antara kedua-dua pihak orang atau
membabitkan lebih daripada dua pihak. Terdapat beberapa jenis sistem Francais
iaitu Francais format perniagaan, Francais tanda nama atau cap dagangan dan
Francais Conversion.

1.3 Apakah yang dimaksudkan dengan francaisor?


   Francaisor merupakan satu pihak yang memberikan kebenaran lesen
kepada francaisi untuk menjual dan mengeluarkan barang francaisor dengan
menggunakan “Brand Value”  kepunyaan francaisor dengan melaksanakan
pembayaran royalti daripada francaisi dalam tempoh tertentu di mana hasil
2
BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN PJJ-UUM

perniagaan yang dibuat oleh francaisi demi mendapat keuntungan disebut


Francaisor. Francaisi pula merujuk kepada pihak atau firma yang mendapat lesen
daripada pihak francaisor untuk mengeluarkan dan menjual barangan atau
perkhidmatan yang merupakan hak milik francaisor

1.4 Apakah yang dimaksudkan dengan industry francais?


         Industri Francais pula merupakan industri yang melibatkan dua pihak iaitu:
1. Francaisor
2. Francaisi

Francaisor memberikan hak dan lesen kepada francaisi untuk melaksanakan


pengoperasian dalam menghasilkan pengeluaran produk serta menjualnya kepada
pengguna di kawasan tertentu dengan mematuhi syarat-syarat yang telah
ditetapkan. Namun demikian, bagi mendapatkan lesen dan hak ini, pihak francaisor
perlu memohon pendaftaran menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

2.0       SEJARAH PEMBANGUNAN INDUSTRI FRANCAIS 

            Industri Francais adalah satu sistem perniagaan yang dikatakan bermula dari
negara Eropah dan pada masa ini sistem ini amat popular dan menjadi sebuah
industri yang perlu untuk diuruskan dan dilaksanakan. Sejarah pembangunan
industri ini dapat dibandingkan dari dua peringkat iaitu :

i. Peringkat Global
Sejarah francais di peringakt global bermula pada tahun 1850an. Yang telah
diasaskan oleh seorang lelaki berbangsa Jerman yang bernama Issac Singer. Beliau
merupakan pengasas kepada Singer Sewing Machine Company dan juga
McCormick Harvesting machine. Mereka adalah antara syarikat utama yang
menguasai industri francais. Kedua dua syarikat tersebut memulakan system
francais dengan pengedaran mesin jahit.
Selepas itu pada tahun 1900 diikuti oleh general Motors bagi industri
automotive di Amerika Syarikat yang menjalan pemasaran kereta. Beliau juga telah
mewujudkan perjanjian pengedaran dengan pihak di Amerika Syarikat.
3
BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN PJJ-UUM

Selepas dari peristiwa itu, banyak syarikat mula menjalinkan Kerjasama antara dua
pihak bagi mewujudkan pusat pengedaran di negara lain.
Pada tahun 1935, system francais untuk makanan segera telah diperkanalkan oleh
A&W Root Beer yang dimiliki oleh Howard Deering Johnson dan Reginald Spragu.
Mereka berdua telah mencetuskan idea system francais untuk makanan segera
yang mana pemilik restoran boleh menggunakan jenama,pembekal,reka bentuk
dalam serta logo untuk pengiklanan sebagai ganti yuran yang telah dibayar.

Gambar rajah dibawah menunjukkan proses industri francais bermula :

   
ii)     Peringkat Malaysia

Perkembangan industri francais di Malaysia bermula sekitar Tahun 1940.


Syarikat francais yang telah diperkenalkan pada waktu itu Bata,Singer,stesen-stesen
minyak,pengedar-pengedar automobile dan penghotelan. Pertumbuhan industri
francais di Malaysia berkembang dengan pesat di dalam industri francais makanan
segera seperti KFC, A&W dan Mcdonals yang mula bertapak di negara ini sekitar
tahun 1970 dan awal tahun 1980.
Syarikat-syarikat ini sangat terkenal di negara kita sehingga sekarang. Sejak
dari itu orang ramai mula memandang potensi industri francais ini boleh
menguntungkan dan berkembang dengan pesat.

4
BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN PJJ-UUM

Perkembangan yang pesat adalah hasil usaha berterusan dari pihak kerajaan
dalam memperkembangkan industri ini di Malaysia melalui unit khas. Unit khas ini
diwujudkan bertujuan untuk menguruskan hal ehwal francais dengan lebih
mendalam dan terperinci dalam semua hal yang berkaitan. Unit francais bermula di
Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan dibawah jabatan Perdana Menteri sebelum
dipindhkan ke Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) pada 8
April 1999 dan telah dijenamakan semula sebagai Bhagian Francais dan Vendor.
Pada 2009, MECD telah dibubarkan dan berpindah kepada Kementerian
Perdagangan Dalam Negara dan hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan harini
KPDNHEP dinamakan semula sebagai Kementerian Perdagangan Dalam
Negara,Koperasi dan kepenggunaan (KPDNKK)

3.0       KEPENTINGAN INDUSTRI FRANCAIS TERHADAP PEMBANGUNAN


EKONOMI DAN SOSIAL

Perkembangan industri francais telah memberikan banyak manfaat dan juga


kepentingan kepada sesebuah negara terutamanya dari segi pembangunan
ekonomi dan social.
Berikut adalah beberapa kepentingan industri ini dalam dua aspek berikut:

3.1     Ekonomi

Perkembangan perniagaan francais dapat memberikan banyak manfaat


kepada sesebuah negara terutamanya dari segi ekonomi. Jika dilihat dari sudut
ekonomi sendiri sitausi ini akan membantu meransangkan pertumbuhan perniagaan
dengan mewujudkan lebih ramai usahawan-usahawan tempatan. Dari pada itu

5
BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN PJJ-UUM

mereka dapat menawarkan pelbagai produk atau perkhidmatan yang lebih meluas
kepada pelanggan masing-masing. Melalui sistem francais ini juga dapat satu
transfomasi kepakaran dan juga idea-idea baharu akan diperolehi oleh usahawan di
sesuatu kawasan dan dapat membantu pertumbuhan ekonomi setempat.
Selain itu,situasi in dapat menggalakkan perdagangan antarabangsa sekali gus
dapat menyumbang kepada pertukaran mata wang negara. Disamping itu juga dapat
membuka peluang pekerjaan yang lebih banyak kepada penduduk setempat.

3.2     Sosial

i) Memenuhi Keperluan Masyarakat

Hasil daripada aktiviti-aktiviti peniagaan kecil atau besar iaitu melalui urusan
pembelian dan penjualan barangan dan perkhidmatan para peniaga akan
memperolehi keuntungan manakala pihak yang membeli dan yang
menggunakannya pula memiliki barangan dan perkhidmatan yang dapat memenuhi
permintaan mereka.

ii) Menyediakan Pekerjaan Kepada Masyarakat

Tidak dinafikan sebagaian besar masyarakat di Malaysia menyara kehidupan


mereka melalui pekerjaan yang diperolehi daripada sektor perniagaan. Melalui
industri francais ini juga membolehkan masyarakat mempunyai peluang bekerja
sebagai peniaga mahupun sebagai pekerja dalam organisasi perniagaan. Konsep
francais ini juga bnyak memberi dorongan dan ransangan yang positif kepada
golongan belia untuk tidak terlalu memilih kerjaya yang makan gaji. Pendapatan
yang diperolehi daripada sektor perniagaan dapat menyara malah meningkatkan
taraf dan sara hidup.

iii) Peluang Global

Apabila masyarakat yang berilmu dalam bidang perniagaan ia dapat


memudahkan negara untuk menceburi perniagaan di peringkat antarabangsa atau
global. Penguasaan ilmu perniagaan juga membolehkan peniaga-peniaga negara
kita bersaing dengan peniaga dari negara yang maju.Kita memerlukan
kepakaran,kemahiran dan lebihan persaingan yang tinggi dan berkualiti untuk terus
maju dan berjaya diperingkat antarabangsa.

6
BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN PJJ-UUM

4.0       TAHAP PEMBANGUNAN INDUSTRI FRANCAIS DI MALAYSIA

Pembangunan industri francais di Malaysia telah lama di beri perhatian oleh


pihak kerajaan. Melihat kepada pembangunan industri francais di negara ini, tahap
pembangunannya sangat memberangsankan. Ianya menunjukkan peningkatan yang
tidak dijangka oleh pihak kerajaan. Kajian daripada Utusan Malaysia pada 2014,
industri francais memberikan perkembangan yang sangat baik dan positif. Ini
menanndakan petanda yang sangat baik dan secara langsung telah memberikan
sumbangan yang besar kepada masa depan pertumbuhan ekonomi negara.
            Industri francais ini terdiri daripada lima sektor utama iaitu sektor makanan,
sektor pakaian dan aksesori, sektor peruncitan, sektor kecantikan dan kesihatan
serta sektor perhotelan.  Perkembangan industri francais di Malaysia merupakan
sesuatu yang amat membanggakan kerana industri ini masih agak baru berbanding
dengan negara-negara maju yang lain. Pembangunan perniagaan francais di
Malaysia banyak dipengaruhi peranan yang dimainkan oleh pihak kerajaan. Ini
adalah kerana kerajaan telah mengenalpasti bahawa perniagaan francais sebagai
salah satu bidang yang sangat berkesan dalam membantu serta membangunkan
usahawan-usahawan tempatan untuk lebih berjaya. Salah satu program
pembangunan utama kerajaan dalam membantu usahawan-usahawan tempatan
adalah dengan membangunkan usahawan golongan Menengah Bumiputera dan
Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera ( MPPB ). Dalam masa
yang sama, terdapat pelbagai program-program dan aktiviti-aktiviti  telah dijalankan

7
BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN PJJ-UUM

oleh pihak kerajaan bagi memberikan kesedaran dan pengetahuan kepada


usahawan tentang potensi perniagaan francais di negara ini.  Oleh yang demikian,
lebih banyak produk dan perkhidmatan  telah menggunakan pendekatan
sistem  francais dalam perniagaan yang mereka ceburi.

5.0       SISTEM SOKONGAN OLEH PIHAK KERAJAAN DAN SWASTA INDUSTRI


FRANCAIS DI MALAYSIA

Antara pihak kerajaan yang terlibat secara langsung dalam pembangunan


industri francais adalah, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan (KPDNKK). Antara agensi lain yang banyak terlibat ialah
Permodalan Nasional (PNS), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Maktab
Kerjasama Malaysia (MKM) serta Persatuan Francais Malaysia (MFA).
        Di Malaysia Persatuan Francais Malaysia (MFA) ditubuhkan berperanan
sebagai salah satu badan induk bukan kerajaan (NGO) bagi menjaga kepentingan
pihak francaisor dan francaisi. MFA ditubuhkan pada sekitar tahun 1994 untuk
menyokong pelaksanaan program kerajaan bagi menggalakkan keusahawanan
melalui francais. PNS ditubuhkan di bawah KPDNKK berperanan menerajui
perkembangan industri francais di Malaysia dan membangunkan lebih ramai
usahawan francais, berkepakaran dalam menyumbangkan perkhidmatan serta
produk yang berkualiti.

8
BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN PJJ-UUM

Selain itu terdapat juga bantuan lain dari pihak kerajaan seperti skim
pembangunan francais. Skim ini telah diwujudkan pada 27 Oktober 1997 oleh
Kementerian Pembangunan Usahawan. Tujuan skim ini di wujudkan adalah untuk
meringankan beban, memberi insentif galakan bagi memfrancaiskan produk dan
perniagaan tempatan atau luar negara di Malaysia. Skim ini terbuka kepada Syarikat
Bumiputera, syarikat usahasama dan syarikat bukan bumiputera.
            Melalui skim ini, sebanyak 90% geran akan diberikan dengan jumlah
RM100,000 kepada setiap produk francais. Dana ini diperolehi hasil peruntukan
daripada Pembangunan Rancangan Malaysia. Bagi pihak francaisor, mereka perlu
melalui lima fasa kelayakan iaitu fasa penapisan, fasa kajian konsep, fasa
penyelidikan outlet contoh, fasa penyediaan pakej francais dan fasa pelancaran
francais bagi melayakkan mereka untuk memperolehi geran tersebut. Kelima-lima
fasa ini diperlukan untuk memperoleh geran yang dimaksudkan. Selain itu terdapat
juga skim pembiayaan berasaskan Syariah yang disediakan oleh pihak MARA iaitu
skim khas Pembuatan dan Francais

6.0       CABARAN ATAU HALANGAN PENGGUNAAN YANG DIHADAPI OLEH


FRANCAISI DAN FRANCAISOR DI MALAYSIA

            Perniagaan mana yang tidak mempunyai kekangan di dalam bersaing


dengan perniagaan lain? Begitulah yang dihadapi oleh Sistem Perniagaan Francais.
Perniagaan Francais semestinya terdapat banyak halangan dan cabaran yang perlu
dihadapi. Perniagaan ini pastinya memerlukan usaha yang berterusan agar ianya
mampu berjalan dengan lancar dan teratur. Di antara cabaran atau halangan yang
menyebabkan perniagaan Francais ini menjadi sesuatu yang perlu diambil perhatian
ialah ;

a)         Piawaian yang telah ditetapkan

            Perniagaan Francais sudah semestinya mempunyai piawaian yang perlu


diikuti oleh sesetengah pihak. Piawaian ini bukan sahaja penting malah ianya dapat
menjamin kualiti sesuatu pengeluaran barangan tersebut. Hal ini bagi memberikan
sesuatu tanggapan kepada para pengguna untuk menentukan sesuatu perkara itu

9
BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN PJJ-UUM

berbaloi atau sebaliknya. Ianya juga bagi menjaga nama baik jenama milik orang
lain bagi menjaga reputasinya.

b)        Ketetapan harga

            Kebebasan menentukan harga dalam sistem perniagaan Francais adalah


tidak dibenarkan sama sekali kerana ianya menggunakan jenama dan hak asal.
Segala syarat dan peraturan yang telah ditetapkan daripada perjanjian francaisor
perlulah dipatuhi kerana kebebasan untuk melakukan pembaharuan dan perubahan
adalah terhad.

c)         Francaisi berubah kepada Francaisor lain

            Perubahan akan berlaku apabila kumpulan francaisi berubah. Hal


ini dapat dilihat apabila francaisor dan francaisi yang membentuk sesuatu
perniagaan di wilayah atau kawasan akan menyebabkan percanggahan
persefahaman kerana ingin mencapai keuntungan masing-masing. Ekoran dari itu,
mereka akan sentiasa bersaing demi mendapatkan barangan dan
perkhidmatan yang diingini sehingga menimbulkan ketidaksefahaman di antara
mereka. Ini akan menyebabkan kerugian kepada kedua-dua belah pihak. Hal ini
akan menyebabkan francaisi berubah atau beralih arah mencari francaisor yang lain
untuk mendapatkan keuntungan mereka kembali.

d)        Kurang sambutan

            Kekurangan pendedahan dan maklumat-maklumat yang berkaitan mengenai


sistem francais menjadikan ianya kurang mendapat sambutan para perniaga atau
usahawan-usahawan baru. Sekiranya sesuatu perniagaan Francais tidak
memberikan impak yang mendalam kepada pengguna, maka perniagaan tersebut
akan menjadi kurang perhatian daripada para pengguna. Hal ini kerana pengguna
merasakan kurang yakin terhadap barangan dan perkhidmatan yang diberikan
oleh sistem Francais ini.
10
BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN PJJ-UUM

 
e)          Modal yang tinggi

            Perniagaan Francais memerlukan modal yang amat tinggi untuk menjadikan


perniagaan ini lebih maju. Akibat modal yang tinggi ini menyebabkan pihak francaisi
perlu menghadapi pelbagai cabaran dan halangan. Bukan itu sahaja, terdapat kos-
kos yang perlu dibayar oleh pihak Francaisi sepeti :

i) Yuran Francais – Yuran ini termasuklah kos sewa, deposit, pembelian aset atau
bahan mentah dan pengubahsuaian kedai. Yuran ini tidak akan dikembalikan dan
ianya merupakan jumlah yang amat besar yang perlu ditanggung oleh pihak
Francaisi.

ii) Royalti Bulanan – Royalti pula perlu dibayar oleh pihak francaisi mengikut peratus
pebayaran jualan bulanan dan ianya perlulah dibayar walaupun tidak memperoleh
sebarang keuntungan.

f)        Lokasi Perniagaan Francais

            Sebelum memulakan perniagaan, pemilihan lokasi perniagaan ini amatlah


penting. Sekiranya pemilihan lokasi tidak sesuai, sukar bagi perniagaan ini untuk
berkembang maju dan mengaut keuntungan. Francaisor akan melawat lokasi
tersebut dan memberikan pandangan terhadap lokasi tersebut mengenai kesesuaian
tempat itu. Namun sekiranya lokasi tersebut tidak sesuai, maka pihak francaisor
akan memilih lokasi lain yang lebih strategik.

g)        Pemilihan Francaisor

            Pemilihan Francaisor yang betul dan tepat amatlah penting. Sekiranya


pemilihan tersebut dibuat tanpa mengambil kira bebarapa faktor maka akan
menjejaskan perniagaan dan perkhidmatan yang dijalankan. Francaisi mungkin akan
dikhianati oleh francaisor lain yang tidak bertanggungjawab. Hal ini akan
menyebabkan kerugian yang besar kepada francaisi. Oleh itu, francaisi harus

11
BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN PJJ-UUM

memastikan bahawa francaisor tersebut adalah yang benar-benar mampu


berganding bahu dalam menjalankan perniagaan.

 
7.0       MASA HADAPAN INDUSTRI FRANCAIS DI MALAYSIA

            Pada era moden ini, kita dapat melihat industri francais semakin berkembang
pesat di Malaysia. Telah banyak perniagaan yang telah menjalankan sistem
perniagaan francais ini. Hasil usahasama pihak kerajaan dan bukan kerajaan, kini
orang ramai berpeluang untuk menjalankan aktiviti perniagaan yang dapat
menaikkan ekonomi negara. Didapati juga masyarakat kini semakin celik mengenai
perniagaan francais disebabkan program dan pendedahan yang dijalankan oleh
pihak kerajaan. Jenama francais Malaysia dilihat mempunyai potensi besar dan
secara tidak langsung ia dapat meningkatkan aliran wang serta eksport produk
tempatan ke negara luar. Kerajaan telah mengenal pasti faedah yang dibawa oleh
francais, lalu memperkenalkan skim kredit serta insentif cukai bagi meningkatkan
industri ini. Pembentukan Pelan Rangka Perkembangan Francais Negara
merupakan salah satu insentif untuk mempertingkatkan industri ini dengan lebih
jauh.

 Terdapat sumber kewangan yang boleh diperolehi melalui pinjaman yang


disediakan oleh pihak kerajaan melalui agensi-agensi yang dilantik secara
khusus ataupun tidak dalam mengembangkan sistem perniagaan francais,
antaranya yang paling menonjol dalam perniagaan ini adalah Pemodalan
Nasional Berhad (PNS) iaitu agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK).
 PNS mempunyai sasaran untuk menerajui perkembangan industri francais di
Malaysia dan membangunkan jumlah usahawan francais, melalui kepakaran
dalam memberikan perkhidmatan serta produk-produk yang berkualiti PNS juga
berperanan di dalam mempelopori dan menerajui pertumbuhan industri francais

12
BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN PJJ-UUM

negara demi merealisasikan matlamat untuk melahirkan lebih ramai usahawan


dalam bidang perniagaan francais.
 Salah satu objektif utama PNS adalah untuk membangunkan produk tempatan
dan mengembangkannya ke luar negara. PNS juga menyediakan khidmat
nasihat dan skim-skim khas bagi francaisor dan francaisi serta mengalu-alukan
rakan francais ke Malaysia.
 Di bawah PNS terdapat beberapa skim pembiayaan pinjaman bagi perniagaan
francais yang boleh dimanfaatkan oleh bakal-bakal francaisi antaranya adalah
Skim Pembiayaan Francaisi dan Skim Pembiayaan Eksekutif dengan saiz
pinjaman sehingga RM1 juta.
 Antara agensi lain yang turut menyediakan kemudahan pembiayaan pinjaman
secara tidak langsung untuk memulakan dan mengembangkan lagi perniagaan
francais antaranya, SME Bank, Majlis Amanah Rakrat (MARA), Tabung Ekonomi
Usaha Niaga (TEKUN), dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).
 Para usahawan juga boleh mendapatkan khidmat nasihat dalam proses memilih
atau latihan daripada Persatuan Francais Malaysia (MFA). Mereka akan
memastikan usahawan baru ini mendapat menjalan aktiviti perniagaan mereka
dengan lancar. Ini akan menaikkan lagi semangat usahawan yang baru untuk
memulakan perniagaan.

8.0       KESIMPULAN

            Secara keseluruhannya, sistem perniagaan francais semakin berkembang


maju di Malaysia. Pelbagai aktiviti perniagaan yang berlandaskan konsep francais
telah merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi dan memberi banyak pilihan kepada
pengguna. Perniagaan francais mampu menyumbang kepada pertumbuhan
ekonomi negara menerusi aktiviti pembangunan usahawan serta pemindahan
kepakaran, teknologi dan idea-idea baru.
Usahawan-usahawan di Malaysia perlu serius dalam meneroka perniagaan
sistem francais ini kerana ia merupakan satu peluang untuk memasarkan produk
dan barangan ke luar negara kerana ia menawarkan lebih peluang untuk
berkembang dan berpotensi tinggi untuk berjaya dengan penjualan produk tempatan
atau perkhidmatan yang bertaraf global dalam pasaran antarabangsa.
13
BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN PJJ-UUM

RUJUKAN :

https:/www.mfa.org.com
Affandy Faiz. (2005). Patuhkah Perniagaan Anda Difrancaiskan. Dewan Ekonomi.
Awalan Abdul Aziz (2002). “ Peluang Perniagaan Francais dalam
Membangunkan Usahawan Bumiputera” – Kertas kerja dibentangkan di Bengkel
masyarakat Perdagangan & Perindustrian Bumiputera Negeri Johor pada 5
September     2002.
Awalan Abdul Aziz, (2001). Mengenali perniagaan sistem francais.
Awalan Abdul Aziz. (1999). Perniagaan Francais Di Malaysia : Perspektif
dan Panduan. Persatuan Francais Malaysia ; Cet. 1 Edition (1999)
Sekim Pembangunan Francais. (1999). Kementerian Pembangunan
Usahawan (KPUN)
The Borneo Post. (01 Disember 2013). Sarawak berpotensi besar dalam
perniagaan francais.
Utusan Malaysia. (2001). Francais Konsep Perniagaan Bukan Satu Industri.
Utusan Sarawak. (24 September 2013). Francais Malaysia Mampu Teroka
Pasaran Antarabangsa.
Utusan Sarawak. (13 Jun 2016). Industri Francais perlu inovatif.
Utusan Sarawak. (14 Julai 2016). Jenama francais Malaysia tumpu
pasaran pengguna China.
Utusan Online. (03 Februari 2014). Francais terbukti sebagai strategi
kembangkan perniagaan.
Utusan Sarawak. 16 OKtober 2013. KPDNKK Sasar Francais Malaysia Di Rusia.
Zahran Hj. Ismail (2014). Cabaran dan Penyelesaian dalam perniagaan Francais
Di Malaysia. Creative Energy Coporation.
 Jutawan perniagaan francais.blogspot.com tahap-pembangunan-industri-francais.

14

You might also like