You are on page 1of 1

Muhammad Ibrahim Munsyi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bapa Pendidikan Melayu Johor -Dato' Muhammad Ibrahim Munsyi

Muhammad Ibrahim Munsyi merupakan seorang pendidik Malaysia yang mempunyai banyak jasa di dalam perkembangan pendidikan di Johor. Muhammad Ibrahim adalah anak bongsu Munsyi Abdullah, tokoh persuratan Melayu. Pada tahun 1883, sebuah Jabatan Pelajaran ditubuhkan. Tujuannya ialah untuk memberi pendidikan yang lebih luas, tidak hanya terbatas kepada pelajaranal-Quran sahaja. Pada tahun ini juga dibina empat buah sekolah Melayu di Johor Bahru, Pengerang, Padang dan Tanjung Surat. Penubuhan sekolah Melayu ini terus berkembang ke daerah Muar, Batu Pahat dan tempat lain. Di samping itu, Muhammad Munsyi memperkembangkan sistem pendidikan Melayu. Selain Jabatan ini, beliau juga ditugaskan untuk mengawasi perkembangan sekolah Inggeris dan Cina. Beliau meninggal dunia pada 1904.[1]

You might also like