You are on page 1of 10

GMGA1013-283933

SEMESTER JULAI SESI 2021/2022 (JJ212)

GMGA 1013
ASAS PENTADBIRAN AWAM

TAJUK TUGASAN INDIVIDU:


TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN SURUHANJAYA
PERKHIDMATAN AWAM (SPA) DI MALAYSIA

DISEDIAKAN UNTUK:
DR. RAHIDA AINI BINTI MOHD ISMAIL

DISEDIAKAN OLEH:
MOHAMAD WALIYUDDIN BIN HAMZAH (283933)

TARIKH SERAHAN TUGASAN: 25 SEPTEMBER 2021

1
GMGA1013-283933
ISI KANDUNGAN

BIL. BUTIRAN HALAMAN

1. PENGENALAN 3-4

2. TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN SURUHANJAYA 4


PERKHIDMATAN AWAM (SPA) DI MALAYSIA

2.1 PELANTIKAN 4
2.2 URUSAN PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN 4
2.3 URUSAN PEMBERIAN TARAF JAWATAN BERPENCEN 5
2.4 URUSAN PERTUKARAN 5
2.5 KENAIKKAN PANGKAT 5-6
2.6 MELAKSANAKAN KAWALAN TATATERTIB 6-7

3.
KESIMPULAN 7-8

4.
RUJUKAN 9

1. PENDAHULUAN

2
GMGA1013-283933
Pada 31 Ogos 1957, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) ditubuhkan bersamaan pada tarikh
Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya. Semasa pemerintahan Inggeris di Tanah Melayu,
Perkhidmatan Awam Negeri-Negeri Tanah Bersekutu Melayu telah bernaung di bawah kuasa
pemerintahan Inggeris. Pemerintahan baharu Persekutuan Tanah Melayu yang terbentuk setelah
Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 menjadikan negara ini sebuah negara
yang merdeka dan berdaulat. Oleh yang demikian, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
telah dibentuk secara rasminya seperti yang telah tercatat mengikut Fasal (1) Perkara 139
Perlembagaan Persektuan dan bidang tugasan Suruhanjaya tertakluk kepada Perkara 144(1)
Perlembangaan Persekutuan yakni tertakluk kepada mana-mana undang-undang yang
diperuntukkan dan kepada Perlembagaan ini. Oleh itu, adalah menjadi satu kewajipan
Suruhanjaya yang telah dimaksudkan oleh Bahagian ini untuk membuat pelantikan, urusan
pengesahan, kemasukkan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, urusan kenaikan
pangkat, serta menukar dan melaksanakan kawalan tatatertib terhadap mana-mana anggota bagi
setiap perkhidmatan di bawah bidang kuasanya.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang terkini iaitu YBhg. Tan Sri Dato’ Seri
Utama Zainal Rahim Bin Seman. Antara tujuan utama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
adalah untuk menjadi pihak berkuasa melantik yang berintegriti, dinamik dan profesional dalam
urusan pelantikan dan urusan perkhidmatan awam. Manakala sasaran mereka adalah
melaksanakan pelantikan penjawat awam yang kompeten dan berintegriti melalui satu bentuk
penilaian yang holistik dan menjalankan urusan perkhidmatan awam secara cekap dan berkesan.

Merujuk kepada Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan, perkara-perkara berikut merupakan


peranan serta tanggungjawab Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di Malaysia: -

1) Pelantikan.
2) Urusan Pengesahan Dalam Perkhidmatan.
3) Urusan Pemberian Taraf Jawatan Berpencen.
4) Urusan Pertukaran.
5) Kenaikkan Pangkat.
6) Melaksanakan Kawalan Tatatertib.

3
GMGA1013-283933

2. TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN

2.1 Antara peranan utama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di Malaysia adalah
melantik seseorang warganegara Malaysia ke dalam sesuatu jawatan secara kontrak, sementara,
tetap, pinjaman dan tukar sementara bagi mengisi sebarang kekosongan yang ditinggalkan atau
keperluan di mana-mana jabatan kerajaan. Pihak Suruhanjaya juga berkuasa dalam penamatan
khidmat pegawai dalam perkhidmatan sektor awam merujuk kepada syarat-syarat lantikan yang
tertulis bagi anggota yang terlibat dengan sebarang kesalahan atau tingkah laku mengikut
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Melantik, Menaikkan Pangkat dan Menamatkan
Perkhidmatan) 2012. Pihak Suruhanjaya juga mewakilkan pemberian kuasanya kepada Jabatan
Persekutuan, Pentadbiran Kerajaan-kerajaan Negeri dan Kementerian-kementerian yang
berkenaan bagi perjawatan khusus untuk kumpulan sokongan. Ianya bagi memudahkan lagi
urusan perlantikan agar lebih telus dan sistematik mengikut kapasiti dan keperluan agensi-agensi
kerajaan berkenaan.

2.2 Peranan dan tanggungjawab pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang
seterusnya adalah mengesahkan dalam perkhidmatan bagi memperakukan seseorang pegawai
atau anggota tersebut memenuhi syarat dan kriteria dalam skim perkhidmatan yang telah
ditetapkan dari satu tempoh ke satu tempoh. Semua pegawai yang telah menerima pelantikan
perlu memenuhi syarat perkhidmatan dalam satu tempoh percubaan antara satu tahun hingga tiga
tahun. Tujuan pengesahan dalam perkhidmatan ini adalah memastikan pegawai berkenaan
mempunyai prestasi kerja yang memberangsangkan serta kelakuan yang memuaskan. Selain itu,
pengesahan dalam perkhidmatan ini juga menentukan tahap pencapaian kompetensi seseorang
pegawai tersebut dalam tempoh percubaan seperti yang ditetapkan untuk diukur sebagai nilai
tambah pegawai terbabit. Bagi pengesahan dalam perkhidmatan seseorang pegawai, pihak
Suruhanjaya akan mengguna pakai Peraturan 29, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Melantik,
Menaikkan Pangkat dan Menamatkan Perkhidmatan) 2012.

4
GMGA1013-283933
2.3 Seterusnya, peranan yang ketiga adalah pemberian taraf berpencen bagi pegawai yang
memilih skim perkhidmatan berpencen. Setiap anggota perkhidmatan awam di Malaysia diberi
pilihan sama ada memilih skim caruman KWSP atau memilih skim berpencen. Namun,
kebanyakkan anggota memilih skim berpencen dengan alasan dapat mengurangkan bebanan
kewangan berikutan tiada lagi pemotongan caruman KWSP serta dapat merasai kemudahan-
kemudahan yang lain. Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan memberikan taraf
berpencen kepada setiap pegawai yang telah menerima pengesahan dalam perkhidmatan serta
telah memberi khidmat dalam apa jua perkhidmatan yang boleh diambil kira sebagai
perkhidmatan berpencen bagi tempoh tidak kurang dari tiga tahun.

2.4 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) juga mempunyai kuasa dalam menguruskan
pertukaran anggota-anggota perkhidmatan sector awam secara tetap dari suatu skim
perkhidmatan ke suatu perkhidmatan yang berlainan berikutan penjumudan sesuatu perjawatan
berkenaan, serta dari satu perkhidmatan ke perkhidmatan yang lain untuk skim perkhidmatan
yang di kategorikan sama seperti contoh permohonan pegawai tersebut untuk berpindah dari
Universiti Utara Malaysia ke Kementerian Pendidikan Malaysia bagi jawatan yang sama iaitu
Pembantu Tadbir (P/O) N19. Merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2016,
pertukaran pelantikan merupakan tatacara pelantikan yang akan dilaksanakan sekiranya terdapat
keperluan bagi memindahkan pegawai ke Pihak Berkuasa Melantik yang berlainan atau ke skim
perkhidmatan yang sama atau berlainan tanpa melalui proses pelantikan biasa. Pihak
Suruhanjaya juga mempunyai kuasa bagi pertukaran tetap pegawai-pegawai yang dilantik secara
pinjaman dan tukar sementara.

2.5 Selain itu juga, peranan serta tanggungjawab Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
di Malaysia adalah menguruskan kenaikan pangkat bagi setiap jawatan-jawatan yang di
wujudkan dalam perkhidmatan awam. Fungsi Suruhanjaya adalah sebagai Lembaga Kenaikan
Pangkat bagi menaikkan pangkat dari satu gred ke satu gred yang lebih tinggi untuk pegawai-
pegawai dalam Skim Perkhidmatan Bersepadu. Contohnya, jawatan Pembantu Operasi N11
kepada jawatan Pembantu Operasi N14. Pihak Suruhanjaya juga menjalankan fungsi sebagai
Lembaga Rayuan

5
GMGA1013-283933

Kenaikan Sektor Awam dalam menguruskan rayuan kenaikan pangkat atau pemangkuan bagi
kumpulan-kumpulan pegawai seperti berikut: -

a) Semua jenis kumpulan pegawai selain Gred 2 hingga Gred 16 atau Gred setaraf;
b) Pegawai Kumpulan Ikhtisas dan Pengurusan dalam Sektor Awam bagi Negeri Melaka;
c) Pegawai Kumpulan ‘A’ dalam Sektor Awam di Pulau Pinang dan Perlis;
d) Pegawai Kumpulan Profesional dan Pengurusan dalam Sektor Awam di Negeri
Sembilan.

2.6 Peranan dan tanggungjawab Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang terakhir ialah
menguruskan kawalan tatatertib dalam anggota-anggota perkhidmatan awam seperti Kumpulan
Profesional dan Pengurusan dan Pengurusan Tertinggi bagi tujuan penurunan pangkat atau
pembuangan kerja. Kawalan ini penting bagi mengekalkan tahap kecekapan dalam pelaksanaan
semua fungsi-fungsi dan tanggungjawab ke arah mencapai objektif dan matlamat jabatan
berkenaan. Antara faktor yang mendorong kepada tindakan tatatertib terhadap seseorang
pegawai berkenaan adalah seperti berikut: -

a) Membelakangi tugasan demi kepentingan peribadi.


b) Menggunakan kedudukan awamnya untuk kegunaan peribadi.
c) Mencemar dan memburukkan nama perkhidmatan awam.
d) Tidak berusaha dan tidak cekap.
e) Pecah amanah dan tidak berlaku jujur.
f) Tiada sikap bertanggungjawab.
g) Cuai dalam melaksanakan tugasan.
h) Mengingkari perintah serta melakukan perkara yang boleh dianggap sama maksud
dengannya.
i) Cuba membentuk sesuatu pengaruh dan tekanan luar bagi menyokong atau meluluskan
sebarang tuntutan berhubung perkhidmatan awam sama ada tuntutan untuk diri sendiri
atau tuntutan pegawai yang lain.

6
GMGA1013-283933

j) Perkara khusus dan larangan lain yang berkaitan dengan tatakelakuan pegawai
perkhidmatan awam seperti yang tertakluk dalam Peraturan Pegawai Awam (Tatatertib
dan Perlakuan) 1993.

Pihak Suruhanjaya sentiasa mengguna pakai peraturan merujuk kepada tatatertib dan
tatakelakuan bagi pegawai dalam sektor awam di bawah Peraturan Pegawai Awam (Tatatertib
dan Kelakuan) 1993 [P.U.(A) 395/1993] yang telah dikuatkuasakan mulai 15 Disember 1993
menggantikan Perintah Am Pegawai Awam (Tatatertib dan Kelakuan) (Bab ‘D’) 1980. Merujuk
kepada Peraturan 38 [P.U(A) 395/1993], seorang pegawai yang didapati telah melakukan
kesalahan tatatertib boleh dikenakan satu atau gabungan apa-apa dua jenis hukuman bergantung
kepada tahap kesalahan tersebut. Antara hukuman yang berkaitan adalah seperti berikut: -

a) Diberikan amaran.
b) Dikenakan denda.
c) Pelucutan hak emolumen.
d) Penangguhan pergerakan gaji
e) Penurunan gaji.
f) Diturunkan pangkat.
g) Dibuang kerja.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) juga merupakan Lembaga Rayuan bagi tatatertib
perkhidmatan awam adalah terdiri daripada anggota-anggota Suruhanjaya itu sendiri. Kewujudan
Lembaga Rayuan ini bagi membolehkan pegawai-pegawai yang didakwa mendapat hak untuk
membuat rayuan bagi dipertimbangkan semula. Pihak yang terlibat perlu megemukakan
dokumen sokongan serta surat bertulis selama tempoh tiga puluh hari kepada pihak Lembaga
Rayuan.

3. KESIMPULAN

7
GMGA1013-283933
Kesimpulan yang dapat dibuat adalah peranan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di
Malaysia amat penting bagi memastikan urusan pentadbiran negara berjalan lancar dan baik.

Selain itu, kewujudan Suruhanjaya ini juga dapat memudahkan urusan perjawatan bagi setiap
anggota-anggota perkhidmatan awam untuk disahkan dalam perkhidmatan, dinaikkan pangkat
serta diberikan kemudahan berpencen kepada kakitangan yang telah bersara dari sektor
perkhidmatan awam.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) merupakan tunggak utama kepada keseluruhan


penjawat awam sama ada skim perkhidmatan persekutuan mahupun skim perkhidmatan negeri.
Entiti ini juga berupaya menjamin masa depan anggota-anggota perkhidmatan awam dengan
penguatkuasaan kawalan tatatertib dalam kalangan pegawai-pegawai yang telah dilantik.
Kawalan tatatertib ini mampu membebaskan negara kita dari sebarang salah guna kuasa dan
dapat mengurangkan bilangan kes rasuah.

Antara perancangan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) ialah merancang sumber manusia
yang cekap bagi mengekalkan sumbangan yang berkualiti secara berterusan kepada ekonomi
negara dan semua pelanggan. Pihak Suruhanjaya ini juga dilihat berkuasa dalam membuka
peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia selain menawarkan pelbagai jenis kelebihan kepada
setiap pegawai yang dilantik.

8
GMGA1013-283933

4. RUJUKAN

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, (2020). Pengenalan: Latar Belakang. Portal Rasmi


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Diambil dari https://www.spa.gov.my/spa/pengenalan/latar-
belakang#fungsi

Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam, (2016). Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun


2016. Putrajaya: Jabatan Perkhidmatan Awam.

Malaysia, Jabatan Peguam Negara, (2012). Pewartaan Kerajaan Persekutuan. Peraturan-


Peraturan Pegawai Awam (Melantik, Menaikkan Pangkat dan Menamatkan Perkhidmatan).
Putrajaya: Jabatan Peguam Negara.

Bahagian Naik Pangkat & Tatatertib, (2019). Tatacara Tindakan Tatatertib. Putrajaya:
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Diambil pada September 6, 2021 dari
https://imej.spa.gov.my/dev/pdf/bukuTatatertib/BukuTatatertibSPA_PortalV2.pdf

Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam (1993). Peraturan Pegawai Awam (Tatatertib dan
Kelakuan), Jilid 37, No. 24. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad

9
GMGA1013-283933

10

You might also like