You are on page 1of 11

nBIOGRAFI AMINUDDIN BAKI

1. LATAR BELAKANG PENDIDIKAN


Aminuddin Baki merupakan satu nama yang tidak asing lagi di
Malaysia khususnya di dalam dunia pendidikan. Sudah hampir 50
tahun beliau meninggal dunia, tetapi semangat perjuangannya di
dalam bidang pendidikan masih dapat dirasai sehingga sekarang.
Sumbangan idea dan keringatnya juga memang tidak dapat dinafikan.
Pada tanggal 26 Januari 1926, bumi Malaysia bertuah kerana
dikurniakan seorang pejuang Melayu, Aminuddin bin Baki. Beliau
dibesarkan di sebuah perkampungan Mandailing di Chemor bersama
tujuh

adik-beradiknya

yang

lain.

Pejuang

pendidikan

ini

telah

dibesarkan dan diberi didikan yang secukupnya. Pada usia kecilnya,


beliau menerima didikan di sebuah sekolah atap iaitu Sekolah Melayu
Chemor antara 1932 hingga 1936, dan didikan agama Islam pada
sebelah petang dan malam di bawah tunjuk ajar Ustaz Dahlan.
Setelah itu, beliau menyambung pendidikannya di Sekolah
Anderson, Ipoh dan telah berjaya melayakkan dirinya menduduki
Special Malay Class. Beliau belajar dari tahun 1936 sehingga tahun
1941. Beliau seorang yang tekun dan sangat mencintai ilmu. Beliau
juga sentiasa mengingatkan anak-anak Melayu untuk kuat berusaha
dan mementingkan ilmu. Antara kata-kata beliau :
Tiada miskin seorang pelajar kerana sedikit harta dan keluarga,
Tetapi miskin seorang pelajar kerana sedikit ilmu dan amal.
Tiada kaya seorang hartawan kerana banyak harta dan keluarga,
Tetapi kaya seorang hartawan kerana banyak ilmu dan amal.1
1 Rozeman Abu Hassan. Biografi Aminuddin Baki Arkitek Pendidikan Negara,
2008 : Kuala Lumpur, ms 23.
[1]

Kedatangan tentera Jepun ke Malaysia telah menghantar pula


beliau ke Sekolah Convent Jalan Gopeng di Ipoh untuk mempelajari
kursus bahasa Jepun, Kamigayo. Setelah lulus di

dalam kursus ini,

beliau telah melayakkan diri beliau menjadi guru bahasa Jepun.


Kemudian Aminuddin menjalani latihan perguruan di Hyoin Yosei Jo, di
Brewster Road. Di sini, Aminuddin menjalani latihan sebagai guru, di
samping bekerja sebagai pegawai di jabatan kerajaan dan swasta.
Selepas

tamat

perang,

Aminuddin

kembali

menyambung

pengajiannya dan memperoleh Cambridge School Certificate dan


memperoleh School Certificate di Anderson School.pada 1946. Terus
menuntut ilmu di Raffles College pada Oktober 1947 hingga 1949.
Pada Oktober 1949, meneruskan jihad ilmu beliau di Universiti Malaya,
Singapura. Pada masa yang sama,

Aminuddin juga menimba

pengalaman menjadi guru dengan mengajar di Anglo-Malay Evening


School di Singapura antara 1949-1951. Beliau bersama rakan-rakannya
mengambil peluang ini untuk mengajar Bahasa Inggeris kepada anakanak Melayu di Singapura. Berkat kesungguhan di universiti, anak
muda ini berjaya memperoleh sajana muda sastera dalam bidang
Sejarah.
Tidak cukup dengan hanya sarjana muda, kecemerlangan
Aminuddin Baki telah melayakkan beliau mendapat tawaran biasiswa
pelajaran iaitu Queen Scholarship untuk melanjutkan pelajaran di
Institute of Education dalam bidang pendidikan, University of London.
Berbekalkan semangat yang berkobar-kobar, Aminuddin Baki bersama
30 orang lagi pelajar Malaysia berlayar ke United Kingdom pada Julai
1952. Kejayaan Aminuddin ini membuktikan bahawa anak Melayu juga
boleh menyambung pelajaran di luar Negara. Akhirnya, anak muda
yang sangat cintakan ilmu ini berjaya meraih Master of Methods,
University of London.

[2]

2. LATAR BELAKANG KERJAYA


Aminuddin Baki mempunyai banyak pengalaman mengajar semasa
zaman mudanya. Sifatnya yang sememangnya peka dan sangat
prihatin terhadap pendidikan anak-anak Melayu telah menjadikan
beliau seorang yang tidak pernah kenal erti letih dan jemu untuk
mengajar.
Selepas tamat latihan untuk menjadi guru di Pusat Latihan
Perguruan yang dikenali Kyoin Yosei Jo, Aminuddin bukan sahaja
menjadi guru sekolah, bahkan turut bertugas sebagai pegawai di
jabatan swasta dan kerajaan. Pada masa yang sama, beliau juga
berkhidmat

sebagai

jurubahasa

dan

penterjemah

di

Institut

Penyelidikan dan Kebudayaan di Ipoh. Beliau juga diberi kepercayaan


menjadi penterjemah di sebuah mahkamah di Ipoh.
Semasa zaman mahasiswanya di Universiti Malaya, beliau menimba
pengalaman dengan mengajar di Anglo-Malay Evening School sebagai
kerja

sambilannya.

Aminuddin

dan

rakan-rakannya

juga

turut

menggunakan beberapa buah sekolah di sekitar Singapura bagi


mendidik anak-anak Melayu di sana Bahasa Inggeris.
Setelah tamat pengajian di Singapura, semangat Aminuddin untuk
mendidik anak bangsa berkobar-kobar. Beliau sanggup berkorban bagi
memajukan pendidikan anak-anak Melayu khususnya. Sebaik sahaja
[3]

tamat pengajiannya, beliau terus bekhidmat mengajar di beberapa


buah sekolah di tanah air, antaranya Sekolah Anderson dan Sekolah
Inggeris Sultan Yusuf di Batu Gajah.
Pulang ke tanah air dengan sarjana daripada London, Aminuddin
kembalai meneruskan minatnya di dalam bidang pendidikan sebagai
seorang pensyarah di

Sultan Idris Training College(SITC) di Tanjung

Malim, Perak. Oleh kerana sifat amanah dan dedikasi Aminuddin dalam
melaksanakan tugasnya, serta kesungguhan yang tidak berbelah
bahagi

dalam

memajukan

SITC

serta

jawatankuasa

pelajarnya,

keharuman namanya telah tersebar ke pegawai-pegawai tinggi di


Jabatan Pelajaran. Pada 31 Ogos 1957, Aminuddin telah menamatkan
perkhidmatannya sebagai seorang pensyarah di SITC.
Pada tanggal 1 September 1957, beliau telah diberi amanah untuk
menggalas jawatan sebagai Pegawai Pelajaran atau Junior Post di
Kementerian

Pelajaran.

Dalam

masa

kurang

setahun

beliau

dipindahkan ke Negeri Sembilan bagi menggalas jawatan sama,


seterusnya dipindahkan ke Selangor sebagai Ketua Pegawai Pelajaran.
Seterusnya pada tahun 1961, beliau telah diberi amanah untuk
menyandang jawatan Ketua Penasihat Pelajaran pada usia beliau 36
tahun.
Kecemerlangan Aminuddin bukan sahaja di dalam bidang pelajaran
dan pendidikan, bahkan mantap juga di dalam bidang kerjaya. Beliau
merupakan

satu-satunya

anggota

pegawai

yang

dilantik

untuk

menganggotai semua jawatankuasa bagi mengkaji dan meminda


sistem pelajaran sebelum dan selepas merdeka. Antara jawatankuasa
yang dianggotainya adalah : Jawatankuasa Menyiasat Mogok SITC
(1950) , Jawatankuasa Barnes (1951), Jawatankuasa Razak (1956),
Jawatankuasa Rahman Talib (1960), Jawatankuasa Kerajaan Menyiasat

[4]

Kelemahan Murid-murid Melayu di Dalam Memasuki Sekolah-sekolah


Menengah dan lain-lain.2
Bukan sahaja hebat di pentas kerjaya, Aminuddin juga sangat aktif
menyumbang idea dan fikiran dalam membantu persatuan-persatuan
pelajar seperti Gabungan Pelajar-pelajar Melayu Semenanjung (GPMS),
tidak

dilupakan

juga

persatuan

guru-guru

seperti

Kesatuan

Kebangsaan Guru-guru Melayu yang pernah dipimpinnya dahulu.

3. SUMBANGAN DAN PANDANGAN MENGENAI PENDIDIKAN


Sepanjang hayat Aminuddin Baki, beliau telah banyak memberi
sumbangan dan idea bernas dalam bidang pendidikan. Maka tidak
hairanlah beliau merupakan wakil tunggal yang dipilih untuk
menganggotai kesemua jawatankuasa yang terlibat dalam menggubal,
meminda dan menghapuskan undang-undang berkaitan sistem
pendidikan.
3.1. The National School of Malaya 1953
Antara sumbangan terbesar beliau adalah mencadangkan diwujudkan
sekolah kebangsaan yang menggabungkan semua kaum dan bangsa di bawah satu
bumbung yang sama. Aminuddin sangat tidak bersetuju dengan sekolah vernakular yang
terhasil daripada dasar pecah dan perintah pada zaman British. Dasar ini menyebabkan
wujudnya lima jenis persekolahan dalam sistem pendidikan di Tanah Melayu iaitu
2 Ibid. ms 35.
[5]

Sekolah Vernakular Melayu, Sekolah Vernakular CIna, Sekolah Vernakular Tamil,


Sekolah Vernakular Inggeris, dan Sekolah Agama Madrasah.
Aminuddin Baki sangat optimis dengan penubuhan sekolah kebangsaan yang
akan memberikan lebih banyak peluang kepada murid-murid berbagai-bagai kaum dan
keturunan untuk mengenali, mengetahui dan memahami persamaan serta perbezaan di
antara satu sama lain sejak dari awal lagi melalui kegiatan yang dilakukan bersama.
Beliau percaya sekolah kebangsaan dapat menyatupadukan murid-murid untuk menjadi
warganegara Tanah Melayu yang boleh hidup harmoni sebagai sebuah Negara yang
mempunyai masyarakat majmuk.
Masalah perkauman merupakan perkara sukar untuk membina satu kurikulum
pelajaran yang sesuai bagi smeua kaum. Pembentukan kurikulum yang memnuhi
keperluan semua masyarakat akan dapat membantu murid-murid ini belajar, bekerjasama
dan bermain bersama-sama.
Beliau berpendapat untuk membentuk prinsip-prinsip kurikulum yang ideal bagi
sekolah kebangsaan mestilah berorientasikan Tanah Melayu supaya dapat melahirkan
warganegara Tanah Melayu yang sempurna, menuju ke arah melahirkan rakyat Tanah
Melayu yang boleh diterima di peringkat antarabangsa, kurikulum hendaklah menjadi
jentera untuk meningkatkan kefahaman anatara budaya, dan hendaklah diserap dalam
semua mata pelajaran agar boleh menyumbang kea rah matlamat kewarganegaraan.
3.2. Penyata Razak dan Rahman Talib
British

sekali

lagi

melantik

Aminuddin

baki

sebagai

ahli

jawatankuasa bagi Laporan Razak. Beliau bertanggungjawab di dalam


menggubal Laporan Razak kerana beliau telah mencadangkan satu
Memorandum on the suggested System of National Education kepada Jawatankuasa
Pelajaran 1956 dimana ketua pada masa itu adalah Menteri Pelajaran
dan Pengerusi Jawatankuasa (Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956).
Antara cadangan penting dalam penyata itu adalah menubuhkan sekolah rendah
bahasa pengantar Melayu, sekolah rendah Inggeris, Tamil dan Cina. Kedua, menubuhkan
[6]

sekolah menengan kebangsaan dan memastikan skatan pelajaran yang sama di semua
peringkat. Ketiga, sukatan yang sama di semua sekolah. Manakala keempat adalah
menyusun semula sistem perguruan Persekutuan Tanah Melayu dengan menyamai taraf
kedudukan mereka dan akhir sekali setiap penuntut mempunyai peluang yang sama maju
tanpa mengira jenis sekolah yang dimasuk.3
Beliau juga merupakan ahli jawatankuasa penting pelajaran iaitu
Jawatankuasa Perundingan Kerja Guru yang merupakan salah
satu

daripada

jawatankuasa

lima

jawatankuasa

ini

dibentuk

yang

adalah

dibentuk.
untuk

Tujuan

mengkaji

semulapelaksanaan cadangan yang terkandung dalam Laporan


Razak 1956. Hasil daripada semakan Jawatankuasa Rahman Talib
1960, jawatankuasa telah melaporkan bahawa sebahagian syor
dan cadangan Laporan Razak telah dilaksanakan dengan baik
dan tidak mempunyai sebarang masalah.
3.3. Penyata Aminuddin Baki
Selepas

setahun

beliau

dilantik

sebagai

Ketua

Penasihat

Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu, beliau telah memperkenalkan


satu jawatankuasa pelajaran kebangsaan iaitu Penyata Aminuddin aki
1960. Jawatankuasa ini mempunyai 9 anggota di mana Aminuddin Baki merupakan
ketua.
Jawatankuasa ini dditubuhkan untuk menyiasat beberapa perkara :
-

Sebab-sebab keputusan peperiksaan masuk ke Sekolah Menengan lemah dan

mencari jalan mengatasinya.


Sebab-sebab sedikitnya bilangan murid-murid Sekolah Kebangsaan yang masuk

Peperiksaan Masuk Sekolah Menengah


Kelemahan keputusan peperiksaan murid-murid Melayu di dalam Peperiksaan
Sijil Rendah Pelajaran dan cara-cara untuk mengatasinya.

3 Rujukan di atas. Ms 109.


[7]

Aminuddin juga seorang yang cakna dengan masalah murid-murid. Beliau telah
mencadangkan dua belas cadangan kepada kerajaan tentang kemunduran anak-anak
Melayu ini di dalam Penyata Kelemahan Pelajaran Melayu Aminuddin Baki.
Antara masalah-masalah yang dikenalpasti adalah kesesuaian bentuk soalan di
dalam peperiksaan, masalah dan sikap guru, kemantapan latihan perguruan,
pelaksanaan kaedah pengajaran, hubungan guru-guru dan ibubapa, serta kemudahan
fizikal di sekolah-sekolah.
Setelah mengeluarkan masalah-masalah, Aminuddin datangkan sekalli cadangan
penyelesaian masalah-masalah yang berlaku antaranya menyentuh masalah
pnempatan guru-guru yang terlatih, menarik kesedaran ibu bapa supaya menyedari
peranan dalam pembelajaran anak-anak mereka, dan pentadbiran diminta
mempertingkatkan aspek pengurusan sekolah.
Hasil daripada laporan ini, ada di kalangan guru yang memndama rasa pahit dan
kecewa kerana seolah-olah mereka tidak menjalankan amanah serta tanggungjawab
mendidik anak bangsa sebaiknya. Namun demi masa depan Negara, mereka tetap
menerima saranan yang disyorkan di dalam Laporan Jawatankuasa Aminuddin Baki.
3.4. Gerakan Obor
Antara sumbangan lain Aminuddin Baki adalah memperkenalkan
Gerakan Obor. Program ini diperkenalkan selepas tiga tahun beliau
menjadi Ketua Penasihat Pelajaran Kerajaan Malaysia. Gerakan ini
merupaka siri ceramah beliau yang pertama hingga ketiga di mana
Aminuddin menyuntik semangat kepada anak bangsa supaya terus
gigih berjuang dalam memajukan pelajaaran dan terus mengejar ilmu.
Selain semangat dan azam yang tinggi daripada anak bangsa,
Aminudin menegaskan bahawa kerajaan akan membantu mereka dari
segi pemberian biasiswa kepada para pelajar, menyediakan asrama
kepada para guru dan pelajar, serta bantuan peralatan untuk belajar.

[8]

Selain itu, kesediaan ibu bapa untuk berkorban juga merupakan satu
faktor pendorong unutk memajukan anak bangsa.
Bagi Aminuddin, punca kemunduran bangsa Melayu adalah
disebabkan berklakunya pertentangan di antara nilai tamadun dan
kemajuan harta benda yang telah lama wujud dan diwarisi dalam nilainilai kehidupan masyarakat Melayu. Sikap dan pandangan hidup orang
Melayu dipengaruhi oleh pemikiran rasa cukup hidup, maka ianya
mendorong kepada kemiskinan. Sebagai contoh, semasa pemberian
biasiswa dijalankan, bangsa Melayu merupakan bangsa yang paling
ramai

menerima

biasiswa

berbanding

Cina

dan

India,

namun

pencapaian anak-anak Melayu masih belum memuaskan.


Hal ini telah memberi persepsi negatif kepada bangsa Melayu.
Walaupun

mereka

mendapat

pelbagai

kemudahan,

kemunduran

mereka bukanlah disebabkan oleh masalah kemiskinan ataupun


mereka

daripada

bangsa

yang

kurang

cerdas

akalnya,

tetapi

kemunduran anak Melayu disebabkan lemahnya jiwa, sikap dan


pandangan hidup yang masih belum berjaya, lemah serta gagal
menghadapi dunia yang semakin maju dengan teknologi dan sains.
Menurut Aminuddin lagi, ada dua faktor besar yang mendorong
anak bangsa Melayu mundur iaitu pengaruh dan tekanan keadaan di
sekeliling

mereka

iaitu

berdasarkan

iklim,

hawa

dan

susunan

masyarakat serta pentadbirannya. Kedua, disebabkan fahaman agama


yang tidak seimbang iaitu fahaman yang mengutamakan soal-soal
keimanan, akhlak, dan rohani lebih daripada soal- urusan kehidupan
masyarrakat sehari-hari.
3.5. Buku-buku Sekolah Rendah dan Menengah
Buku-buku Sekolah Rendah dan Menengah mempunyai masalah
apabila sistem persekolahan yang menggunakan bahasa Melayu
[9]

sebagai bahasa pengantar. Masalah yang dihadapi adalah penggunaan


buku-buku pelajaran yang kurang sesuai dan tidak mencukupi,dan
lebih teruk lagi apabila kekurangan baha-bahanbacaan kepada guru
dan murid. Bagaimana mahu maju jika murid dan guru tiada bahan
bacaan sedangkan Bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar di
sekolah-sekolah. Menurutnya lagi, masalah untuk mendapatkan buku
pelajaran yang sesuai timbul dari segi masalah yang berhubung
dengan isi buku, bahasa dan teknik.
Beliau berpendapat terdapat dua masalah yang wujud pada
buku-buku sekolah iaitu dari segi isi, sama ada isi kandungan terlalu
tinggi kepada kecerdasan dan kebolehan murid ataupun kandungan isi
buku yang digunakan telah basi dan tidak sesuai dengan zaman. Selain
itu terdapat juga kandungan buku yang sudah tidak betul dan sesuai
serta

perlu

mengadungi

diperbaiki.
isi-isi

Beliau

sebegini

akan

menegaskan
menimbulkan

buku-buku

yang

masalah

dalam

menerapkan aspek-aspek seperti sahsiah, sikap dan kebudayaan


kepada murid-murid.
Selain daripada masalah isi, bahasa dan teknik, ianya juga
berkaitan dengan masalah ketiadaan bku dalam beberapa pelajaran,
kekurangan buku tambahan dan semakan, serta kekurangan buku
kepada semua murid. Murid terpaksa berkongsi buku pelajaran dan
tiada buku rujukan apabila mereka di rumah. Hal ini akan menimbulkan
rasa jemu dan bosan dalam pelajaran. Aminuddin menegaskan bahawa
walaupun masalah ini dilihat sebagai masalah yang kecil, tetapi ia
mempunyai impak yang besar terhadap proses pembelajaran anakanak. Masalah ini harus diselesaikan segera kerana kesannya adalah
sangat besar.

[10]

BIBLIOGRAFI
Hassan, R. A. (2008). Biografi Aminuddin Baki Arkitek Pendidikan
Negara. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
http://www.arkib.gov.my/encik-aminuddin-baki
http://ms.wikipedia.org/wiki/Aminuddin_Baki

[11]

You might also like