You are on page 1of 1

Belia ialah fasa di antara kanak-kanak dan dewasa.

Istilah "belia" sering ditukar ganti dengan "remaja" dan "pemuda", selalunya mempunyai erti yang sama, cuma sekali-sekala dibezakan. Golongan ini merupakan teras penting yang menggambarkan kewujudan negara pada masa akan datang. Usia di mana seseorang itu dianggap "belia" berbeza-beza di seluruh dunia. Perhimpunan Agung PBB menganggap mereka yang berumur diantara 15 dan 24 tahun. Waktu di antara alam kanak-kanak dan dewasa. Istilah "belia" secara umumnya merujuk kepada mereka yang berumur di antara 15 hingga 25 oleh Bank Dunia. Program Belia Komanwel bekerja bersama "orang muda yang berumur 15-29." Belia di Malaysia ditafsirkan sebagai seseorang yang berumur 16 hingga 40 tahun. Statistik menunjukkan kecenderungan golongan belia untuk berkhidmat dalam pasukan keselamatan di negara kita semakin berkurang. Demi untuk menarik minat golongan belia menyertai pasukan keselamatan, pelbagai cadangan telah dikemukakan.

You might also like