You are on page 1of 5

Nama sebenar al-Khawarizmi ialah Muhammad Ibn Musa al-khawarizmi.

Selain itu beliau


dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff.

Al-Khawarizmi telah

dikenali di Barat sebagai al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi, al-Goritmi, alGorismi dan beberapa cara ejaan lagi1. Beliau telah dilahirkan di Bukhara. Pada tahun 780850M adalah zaman kegemilangan al-Khawarizmi. al-Khawarizmi telah wafat antara tahun 220
dan 230M. Ada yang mengatakan al-Khawarizmi hidup sekitar awal pertengahan abad ke-9M.
Sumber lain menegaskan beliau di Khawarism, Usbekistan pada tahun 194H/780M dan
meninggal tahun 266H/850M di Baghdad. Dalam pendidikan telah dibuktikan bahawa alKhawarizmi ialah seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas. Pengetahuan dan kemahiran
beliau bukan sahaja meliputi bidang syariat tapi di dalam bidang falsafah, logik, aritmetik,
geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia2. Al-Khawarizmi sebagai guru aljabar di
Eropah.

Beliau telah menciptakan pemakaian Secans dan Tangens dalam penyelidikan

trigonometri dan astronomi3. Dalam usia muda beliau bekerja di bawah pemerintahan Khalifah
al-Mamun, bekerja di Bayt al-Hikmah di Baghdad4. Beliau bekerja dalam sebuah observatory
iaitu tempat menekuni belajar matematik dan

astronomi.

Al-Khawarizmi juga dipercayai

memimpin perpustakaan khalifah. Beliau pernah memperkenalkan angka-angka India dan caracara perhitungan India pada dunia Islam. Beliau juga merupakan seorang penulis Ensiklopedia
Pelbagai Disiplin5. Al-Khawarizmi adalah seorang tokoh yang mula-mula memperkenalkan
aljabar dan hisab. Banyak lagi ilmu pengetahuan yang beliau pelajari dalam bidang matematik
dan menghasilkan konsep-konsep matematik yang begitu popular sehingga digunakan pada
zaman sekarang.

1 Sumbangan Al-Khawarizmi, 11 Mei 2013, http://tokohislam2u.tripod.com/id3.html


2 Muhammad ibn Musa al-Khwarizmi, 4 Mac 2015,
en.wikipedia.org/wiki/Muh ammad_ibn_Ms_al-Khwrizm
3 Muhammad ibn Musa al-Khwarizm
4 Sumbangan Al-Khawarizmi, 11 Mei 2013, http://tokohislam2u.tripod.com/id3.html

5 Sumbangan Al-Khawarizmi
1

Salah satu sumbangan terbesar al-Khwarizmi kepada tamadun dunia


ialahmemperkenalkan sistem nombor yang digunakan sehingga kini iaitu 0, 1,2,3,4,5,6,7,8 dan96.
Sebelum angka ini diperkenalkan, setiap bangsa di dunia boleh dikatakan mempunyaicara untuk
membuat pengiraan melalui angka-angka mereka sendiri. Tamadun-tamadun terdahulu seperti
Yunani, Romawi, Mesir Kuno, Babylon dan Parsi telah lama memiliki angka-angka tertentu yang
membolehkan mereka melakukan pelbagai operasi pengiraan dan memungkinkan ilmu-ilmu
matematik dan geometri berkembang7. Angka-angka tersebut menggunakan simbol-simbol
tertentu yang mewakili nilai-nilai tertentu.Penduduk timur Arab umpamanya menggunakan
angka-angka ,,,,,,, dan bagi merujuk angka 1 hingga 9 iaitu pengaruh angka India.
Angka-angka tersebut dinamakansebagai angka Ghuburiyyah68. Sungguhpun demikian, nilai
sifar dalam angka-angka yang digunakan oleh pelbagai tamadun tidak mempunyai simbol. AlKhawarizm ialah orang pertama yang memperkenalkan angka sifar (kosong) dalam ilmu
matematik9. Melalui penggunaan angka sifar, akan terbitkan nombor yang mencapai
infiniti.Melalui khazanah ilmu yangdikembangkannya dalam salah sebuah bukunya, De Numero
Indorum, beliau memperkenalkan penggunaan angka-angka yang digunakan oleh penduduk
dunia sekarang iaitu nombor10,. Kecuali angka 0, angka yang lain bukanlah ciptaannya, kerana
angka-angka lain iaitu 1 hingga 9 merupakan bentuk angka yang digunakan oleh orang-orang
Arab yang mendiami utara Afrika seperti Tunisia, Algeria dan Maghribi. Angka-angka ini
kemudian dipinjam oleh orang Eropah dan digunakan secara meluas di dunia. Pengenalan sistem
angka yang sistematik oleh al-Khawarizmi bukan sahaja membolehkan operasi pengiraan
matematik diperluaskan meliputi operasi kuasa, log ,kosinus dan sebagainya, malah
membolehkan ilmu sains dan teknologi berkembang dengan lebih pesat 11. Malah, sifar yang

6 Muhammad ibn Musa al-Khwarizmi, July 1999, http://www-history.mcs.stand.ac.uk/Mathematicians/Al-Khwarizmi.html


7 Al-Khawarizmi, 9 Febuary 2014,
http://global.britannica.com/EBchecked/topic/317171/al-Khwarizmi
8 Al-Khawarizmi
9 Islamic Mathematics, 18 September 2000,
http://www.storyofmathematics.com/islamic_alkhwarizmi.html
10 Islamic Mathematics
2

diperkenalkan oleh al-Khawarizmi dipinjam oleh bahasa-bahasa Eropah dengan sebutaan cifre,
chiffre dan zero12.
13

Al-Khawarizmi dikenali juga sebagai bapa al-jabar melalui sumbangan beliau dalam

memperkenalkan jurusan aritmetik iaitu al-jabar7 14. Al-Jabar secara ringkasnya merupakansatu
bidang matematik yang dipanggil ilmu persamaan. Melalui kaedah penggunaan simbol yang
mewakili nombor, nilai atau pemboleh ubah, banyak masalah pengiraan dapat diselesaikan.
Secara praktiknya, masalah-masalah pengiraan yang dihadapi oleh masyarakat Islam dapat
diatasi. Bentuk pengiraannya yang menggunakna simbol tertentu disebut juga sebagai algebra
dalam ilmu matematik moden. Al-jabar mula diperkenalkannya melalui kitabnya yang
berjudul Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah. Idea untuk menghasilkan ilmu al-jabar ini muncul
daripada perbincangan al-Khawarizmi dengan khalifah al-Maimun yang kehairanan kerana ilmuilmu matematik warisan pelbagai tamadun terdahulu agak rumit dan tidak dapat dimanfaatkan
dalam urusan seharian seperti jual beli, ukur tanah dan pembahagian harta pusaka 15. Oleh itu, alKhawarizmi

mengkaji

dan

akhirnya

mencipta

kaedah-kaedah

baharu

Buku

yang

memperkenalkan kaedah aritmetik al-jabar Ini turut diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan
menjadi rujukan di universiti-universiti di Eropah sejak diterjemahkan mulai abad ke12 masihi
hingga ke 16 masihi16.
Al-Khwarizmi dianggap mencipta ilmu baharu yang belum pernah dicipta oleh pakarpakar matematik sebelum ini. Dalam kitab tersebut, istilah-istilah baharu tentang ilmu ini
diperkenalkan dan digunakan sehingga kini iaitu pembolehubah (x), pembolehubah kuasa dua
(x) dan pemalar (c). Kitab itu juga terkandung bab-bab yang meliputi pelbagai topik iaitu
11 Al- Khawarizmi and modern math, 7 July 2007, http://lostislamichistory.com/alkhawarizmi/
12 Al- Khawarizmi and modern math
13
14 Morgan M, Lost History, Wasghinton D.C, 2007, Ms 97
15 Morgan M, Lost History, Wasghinton D.C, 2007, Ms 100
16 Ibid. Ms 100
3

pengiraan darab, campur tolak dan bahagi, Persamaan, Kerja ukur, Permasalahan jual beli dan
perniagaan, Pembahagian mata wang, Timbangan dan ukuran Pengukuran satah yang
rata,Keluasan bulatan dan segi tiga, Isi padu bentuk piramid dan kon dan Wasiat dan
pembahagian harta pusaka.
Al-Khawarizmi juga menghasilkan satu lagi buku yang berkaitan dengan al-jabar khusus
untuk mengatasi masalah praktikal yang dihadapi oleh umat Islam, khususnya melibatkan
pengiraan seperti pembahagian harta pusaka dan perniagaan. Sungguhpun penyelesaian masalahmasalah itu terkandung dalam al-Quran dan hadis, namun ilmu yang diperkenalkannya dapat
membantu mengatasi masalah pengiraan yang lebih rumit dan kompleks yang tidak dihuraikan
dalam kedua-dua sumber itu17. Kitab yangdimaksudkan ini ialah al-Kitab al-Mukhtasar fi Hisab
al-Jabr wa al-Muqabalah18. Melalui penggunaan al-Jabar, al-Khawarizmi turut memberikan
sumbangan dalam bidangyang lain seperti geometri dan trigonometri kerana kedua-dua bidang
tersebut merupakan pecahan kepada bidang matematik yang melibatkan pengiraan. Geometri
berkaitan tentang ciri dan hubungan antara titik, garis, sudut, permukaan dan pepejal dalam
ruang manakala trigonometri pula berkaitan dengan pengiraan segi tiga, sukatan sisi dan
sudutnya. Beliau telah turut menyentuh bidang tersebut dalam Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah
Al-Khawarizmi menghasilkan dua makalah tentang astronomi semasa bertugas
diperpustakaan istana.Makalah yang pertama ialah tentang alat daripada batu marmaryang
dipanggil ruhkamat yang digunakan untuk mengenal pasti waktu solat, berdasarkan perubahan
bayang-bayang sesuatu benda dalam bulatan, mulai terbit matahari hingga tenggelam matahari11
19

. Beliau juga menghasilkan satu lagi makalahtentang sejenis alat ukuran astronomi yang

dipanggil sebagai as tro la b. Bidang astronomi juga turut melibatkan pengiraan. Bidang ini turut
bergantung kepada ilmu al-jabar yang diperkenalkan oleh Al-Khawarizmi. Alat pelayaran seperti
kuadran yang digunakan untuk menyukat sudut dan altitud serta astrolab yang boleh

17 Ibid. Ms 116
18 Ibid. Ms 117
19 Islamic Mathematics, 18 September 2000,
http://www.storyofmathematics.com/islamic_alkhwarizmi.html
4

digunakan untuk mengukur waktu, ketinggian gunung dan kedalaman perigi juga turut
melibatkan pengiraan al-Jabar1220.
Beliau juga berjaya menghasilkan tulisan tentang geografi yang dimuatkan juga segala ilmu
yang diketahuinya daripada sarjana Yunani yang berjudul, ar-Rubul Mamur atau SuratuulAsrd wa ma fi ha minal Mudun, wall-Jibal waal-Jazair wal Anhar1321.

Kitab itu

dihasilkannya semasa menjalankan tugas untuk mengetahui kedudukan bumi dan keluasannya,
mengukur garis latitud dan longitud secara lebih tepat semasa bertugas di observatori di
Baghdad. Kitab ini dilengkapkan dengan carta-carta astronomi yang memerikan pergerakan
bintang di langit. Dalam kitab ini, beliau ada menerangkan dan membuktikan pandangan sarjana
Yunani iaitu Ptolemy tentang jarak antara negara-negara 22. Selain menulis kitab-kitab ilmu, alKhawarizmi terlebih dahulu menterjemahkan hasil-hasil karya sarjana Greek dan India dalam
bahasa Arab. Pada zaman itu, ilmu-ilmu tamadun terdahulu seperti tamadun Yunani, India, Parsi,
Mesir , Babylon dan Mesir kuno sudah merosot dan hanya meninggalkan warisan ilmunya yang
hampir disia-siakan23. Antaranya ialah menterjemah kitab astronomi India berjudul as-Sindhant
dan diringkaskan Sind Hindus-Saghir. Beliau juga menterjemah kitab ilmu matematik India
dalam bahasa Arab yang banyak memberikan sumbangan terhadap perkembangan ilmu
matematik iaitual-Hisabul-Hindi15.24

20 Islamic Mathematics
21 Al- Khawarizmi and modern math, 7 July 2007, http://lostislamichistory.com
22 Al- Khawarizmi and modern math
23 Al- Khawarizmi and modern math

24 Al- Khawarizmi and modern math

You might also like