You are on page 1of 3

SOSIAL

Pada zaman teknologi moden masa kini, media sosial memainkan peranan yang amat
penting dalam mempengaruhi segala tingkah, perilaku dan pemikiran remaja sekarang. Pengaruh
budaya dari luar yang tidak dapat disekat secara baik secara tidak langsung telah menular dalam
kalangan remaja kita ini yang boleh memberikan kesan negatif terhadap mereka. Antara pengaruh
kuat dan paling berkesan yang dapat dilihat pada generasi kini ialah melalui filem, muzik,
nyanyian dan kartun. Banyak filem dari luar yang ditayangkan di Malaysia tidak ditapis sepenuh
nya dan mengandungi adegan serta aksi yang tidak sepatutnya dipertontonkan kerana ianya akan
menjadi budaya dan ikutan oleh remaja kini seperti keganasan terhadap masyarakat, perlumbaan
haram, pergaulan seks bebas dan lain-lain yang akan mengubah tingkah laku mereka ke arah yang
tidak sepatutnya dipraktikkan dan boleh menjadikan salah satu faktor kepada kemenjadian
jenayah. Seterusnya, melalui muzik yang diperdengarkan pada generasi masa kini juga mempunyai
unsur yang negatif kerana muzik dari luar ataupun barat kini menjadi pilihan utama oleh remaja
masa kini kerana mempunyai rentak yang menarik tanpa mengendahkan maksud di sebalik muzik
tersebut. Kesannya, remaja akan melupakan budaya adat Melayu dan muzik nyanyian Melayu
tradisional lantas terus lenyap dek peredaran zaman.

Seterusnya, ialah pengaruh budaya yang amat membimbangkan semua pihak pada masa
kini ialah budaya punk atau skin head, kehidupan gay dan lesbian serta hubungan sebelum
perkahwinan. Kehidupan gay dan lesbian kini berleluasa di Malaysia malah yang memburukkan
keadaan apabila terdapat aktivis yang menyokong serta menubuhkan satu seksual aktiviti iaitu
“LGBT” atau lebih dikenali sebagai “ Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual “. Jika budaya ini
berterusan dan tidak dikawal sepenuhnya, ini dapat merosakkan akhlak serta moral remaja yang
akan merosakkan dan menjejaskan imej negara kerana Malaysia merupakan negara yang
mengamalkan ajaran Islam sebagai pegangan utama oleh rakyat negara ini. Semua pihak seperti
kerajaan, ibu bapa, guru dan masyarakat perlu memainkan peranan mereka agar perkara ini dapat
dibendung dan dicegah daripada awal. Tambahan lagi, mengenai hubungan sosial sebelum
perkahwinan juga memberikan impak dan kesan negatif yang dapat dilihat secara kasarnya. Kesan
yang dimaksudkan ialah seperti akan berlakunya kes pembuangan bayi secara berleluasa, kes
pengguguran bayi yang dilakukan di klinik secara haram dengan ini dapat mendorong kepada
penyumbang berlakunya jenayah. Selain itu juga akan meningkatkan kes maksiat dan
penangkapan zina melalui Jabatan Agama Islam.

Di samping itu, kerosakan akhlak yang terjadi pada remaja masa kini dapat dikaitkan juga
dengan pengaruh barat yang dieksport masuk ke dalam negara kita secara halus dan kini dapat
dilihat dengan mata kasar apabila semakin berleluasa nya gaya hidup sosial yang bebas daripada
pegangan agama seperti hedonistik, pornografi dan kebebasan tanpa batas. Hedonistik ataupun
dikenali lagi sebagai budaya hedonisme merupakan agen penghakis amalan tradisi dalam sesuatu
budaya. Melalui pengaruh ini, generasi muda telah didedahkan dengan alat pertuturan yang kasar,
gaya pemakaian yang mencolok mata dan cara pergaulan bebas. Sejak kecil mahupun sejak di
bangku sekolah lagi anak muda telah diajar dengan gaya pertuturan yang sopan dengan
menggunakan kata-kata yang baik seiring dengan budaya adat Melayu yang mementingkan dan
memelihara kesucian bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda, jika pertuturan kasar ini diteruskan
tanpa dikawal oleh anak muda masa kini, bahasa Melayu yang dianggap sebagai bahasa jiwa
bangsa ini akan lenyap identitinya yang telah dipelihara rapi sebelum ini. Makanya, menerusi
ideologi ini juga mereka akan terpesong dalam gejala-gejala yang bertentangan dengan norma
kehidupan seperti arak, seks bebas dan hingga ke peringkat menolak agama yang juga akan
meningkatkan permasalahan sosial yang berleluasa dalam masyarakat. Seterusnya, mengupas isu
pornografi yang ditakrifkan oleh Thomas Bombadil (2007) menyebutnya sebagai segala bentuk
tindakan melihat orang lain sebagai sesuatu yang digunakan untuk mendapatkan kepuasan seksual.
Laman web lucah pun kini mudah dilayari di mana-mana saja kerana teknologi dunia masa ini
yang hanya terletak di hujung jari. Jika remaja mempunyai ketagihan terhadap aktiviti ini mereka
akan mengabaikan mata pelajaran, pencapaian akademik merosot, keruntuhan moral serta
hubungan renggang dengan keluarga. Oleh hal demikian, perkara-perkara ini perlu dibendung dan
dibanteras secara tegas agar remaja kita tidak terus terjerumus ke kancah negatif ini yang boleh
merosakkan kehidupan mereka pada masa depan dan negara kita akan kehilangan anak muda yang
berwawasan kelak.

Ekoran daripada hal tersebut, terdapat kesan negatif yang boleh memberikan impak secara
mendalam terhadap individu itu tersebut, keluarga, masyarakat dan negara. Kesan terhadap
individu mereka akan dipandang serong dan dicemuh oleh masyarakat sekeliling dan boleh
menyebabkan tekanan perasaan dan hidup yang boleh membuatkan maruah diri dipandang enteng.
Seterusnya, keruntuhan akhlak dalam institusi kekeluargaan akan mewujudkan ke tidak harmonian
dalam kekeluargaan yang pasti akan menyebabkan berlakunya penceraian dan anak-anak akan
hilang tempat bermanja dan bergantung. Terhadap masyarakat pula dapat dilihat jika gejala ini
tidak dikawal akan terjadinya porak-peranda, berpecah-belah dan tidak bersatu-padu selain akan
wujud perasaan buruk dan prasangka dalam masyarakat yang hidup dalam berbilang kaum di
negara ini. Isu-isu perkauman akan wujud seandainya pergaduhan melibatkan antara dua kaum
jika tiada rasa hormat sesama sendiri sekali gus kadar jenayah dalam kalangan masyarakat akan
meningkat yang mana hal ini disebabkan oleh kadar keruntuhan akhlak di kalangan remaja
semakin meningkat. Akhir sekali implikasi terhadap negara jika gejala sosial tidak ditangani segera
akan menyebabkan negara akan kehilangan pelapis generasi kepimpinan pada masa hadapan. Hal
ini akan menjadikan kerancakan pembangunan negara akan terbantut dan keadaan sosioekonomi
negara menjadi lembap kerana wujudnya gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang tinggi di
kalangan remaja mahupun masyarakat. Anasir-anasir luar akan meresap masuk ke dalam negara
secara berlanjutan sekiranya generasi muda pada hari ini tidak tahu menjaga akhlak mereka. Kesan
yang paling utama ialah remaja pada hari ini terutamanya akhlak remaja Islam hancur dan rosak,
maka pandangan bangsa lain terhadap agama yang kita anuti pada hari ini tentulah serong dan
buruk.
https://zulinamin.wordpress.com/2013/05/10/kesan-kesan-masalah-gejala-sosial/

https://harulazlan92.blogspot.my/2011/04/memahami-maksud-budaya-hedonisme.html

http://www.landasanteori.com/2015/09/pengertian-pornografi-dan-definisi.html

You might also like