You are on page 1of 5

SASARAN JUALAN BAGI PUSAT PENGUMPULAN HASIL PERTANIAN (PPHP) 2018

PPK LENGGONG

KETERANGAN BULAN CATATAN


JULY OGOS SEPTEMBER OKTOBER NOVEMBER DECEMBER
ITIK PELADANG 40 50 60 70 90 90 250 EKOR × 2.2 KG × RM10/KG =
RM 5500.00
75 EKOR × 1.9 KG × RM10/KG =
RM 1425.00
75 EKOR × 2 KG × RM10/KG =
RM1500.00
IKAN TALAPIA 91 150 150 300 400 450 1541KG × RM10/KG =
MERAH RM 15410.00
AYAM KAMPUNG 40 90 50 88 90 90 448 PAKET × RM18.00/PAKET =
ORGANIK RM 8064.00
JUMLAH PENDAPATAN RM 31,899.00

Kaedah pemasaran yang boleh dilakukan untuk meningkatkan hasil jualan dari bulan July hingga December 2018 ialah:
 Pemasaran melalui pintu ke pintu iaitu menjual terus ke restoran, kantin sekolah dan rumah-rumah di sekitar kawasan Lenggong.
 Meningkatkan pemasaran melalui Online iaitu di dalam Instagram dan Facebook serta meningkatkan ulasan-ulasan daripada
pengguna yang telah mempunyai pengalaman membeli dengan PPK Lenggong.
 Membuat edaran risalah kepada penduduk kawasan Lenggong.
 Meletakkan sepanduk yang besar untuk penduduk melihat bahawa PPK bukan sahaja menjual barangan seperti baja malah
terdapat pelbagai produk yang boleh dibeli.
Selain memasarkan barangan basah seperti di atas PPK Lenggong juga ingin Memasarkan produk baru untuk dijual di Kedai Input
hasil daripada masyarakat tempatan iaitu makanan sejuk beku tradisional sepert karipap, cucur badak, pau dan sebagainya.

Kumpulan sasaran yang dikenalpasti sebagai sebahagian daripada pelanggan meliputi:

 Penduduk-penduduk bermastautin di sekitar kawasan Lenggong.


 Kumpulan pekerja-pekerja dari sektor awam dan swasta di sekitarnya.
 Kumpulan pelajar-pelajar daripada sekolah rendah dan sekolah menengah di sekitarnya.
 Pelanggan restoran.
 Pelanggan stesen minyak.
 Pengedar perseorangan. Internet (Laman Web).

Kawasan pasaran yang dikenalpasti berpotensi untuk dipasarkan meliputi kawasan berkeluasan 25 (DUA PULUH LIMA) kilometer
persegi atau dalam radius 5 (LIMA) kilometer.

 Kawasan yang dikenalpasti secara tempatan meliputi:


 Kawasan di sekitar premis perniagaan dan kawasan Lenggong
 Kawasan Kantin Tabika, Sekolah Rendah dan Menengah di sekitar.
 Kawasan Pejabat Kerajaan dan Swasta (Telekom, Pos Malaysia dan sebagainya).
 Kawasan restoran dan di sekitarnya.
 Stesen minyak yang berhampiran.
 Masjid dan surau di sekitar.
ANALISIS SWOT

Kekuatan
 Menawarkan Pelbagai Jenis Produk Sejuk Beku
PPK adalah merupakan satu-satunya syarikat yang menawarkan pelbagai jenis produk sejuk beku kepada pelanggan. Dengan ini
pelanggan akan dapat merasai pelbagai jenis produk sejuk beku yang sedia ada dan baru. Pelbagai pilihan yang menarik dengan
bentuk yang kreatif hasil daripada perbincangan ahli-ahli PPK.

 Pentadbiran Organisasi yang Kukuh


Kekuatan dalam pentadbiran perniagaan di dalam PPK iaitu setiap pekerja telah diberi tugas untuk menjalankan tanggungjawab dan
peranan masing-masing dalam melicinkan aktiviti perniagaan. Peranan yang telah dimaklumkan dan difahami oleh setiap pekerja
semasa memulakan pekerjaan menjadi kekuatan utama dalam mengurus perniagaan.

 Menawarkan Harga yang Kompetitif


Harga yang ditawarkan bagi setiap produk adalah kompetitif. Harga diletakkan berdasarkan kepada kandungan bahan yang
digunakan melihat keadaan pasaran semasa. Harga yang ditawarkan juga adalah sama dengan pesaing yang ada di kawasan sekitar.

 Kawasan yang Strategik


Kawasan kedai input yang berada di tepi jalan raya memudahkan pelanggan untuk membeli barang, ianya juga berada di tengah
kawasan Lenggong

Kelemahan
 Persepsi Pelanggan Tidak Tetap
Pelanggan mempunyai persepsi yang tidak tetap terhadap sesuatu barangan seperti sejuk beku. Ini kerana, keutamaan atau
kecenderungan pengguna terhadap makanan segar itu telah menghadkan peluang pasaran produk proses dan sejuk beku.

 Kurang Dikenali
Perniagaan produk sejuk beku di PPK kurang dikenali sebahagian daripada penduduk Lenggong jika dibandingkan dengan
perniagaan pesaing luar yang lain. Ini kerana ia merupakan perniagaan baru dan perlu giat menjalankan promosi untuk menarik
pelanggan supaya dapat menembusi pasaran dan pesaing yang ada.

Peluang

 Peluang Perniagaan untuk Dikomersialkan


Perniagaan ini juga dijangka akan dapat dikomersialkan seperti perniagaan lain di pasaran. Ia berhubungan dengan sejuk beku
merupakan makanan yang menjadi permintaan ramai tidak kira pasangan suami isteri ataupun wanita yang bekerjaya. Imej
perniagaan akan diperkenalkan kepada umum untuk menarik minat pelanggan.

 Perkembangan Secara Online


Perniagaan ‘online’ yang semakin mendapat perhatian adalah satu peluang kepada perniagaan untuk terus berkembang.
Pelanggan boleh melayari laman sesawang yang disediakan untuk mereka membuat tempahan dengan cepat atau melihat produk
terkini yang ditawarkan.
 Mempelbagaikan Produk
Produk yang ditawarkan akan ditambah seperti mempelbagaikan lagi jenis sejuk beku seperti sate segera, roti canai segera, bakso
segera dan sebagainya. Dengan mempelbagaikan pilihan produk akan meningkatkan lagi keuntungan yang diperoleh.

Ancaman

 Pesaing Baru.

Perniagaan ini juga akan bersaing dengan pasaran baru jika pasaran ini wujud dan berjaya. Pesaing baru yang memasuki
pasaran merupakan ancaman kepada perniagaan. Di sini pelbagai strategi perlu diwujudkan bagi memastikan PPK Lenggong
tetap menjadi pilihan utama pelanggan.

 Kuasa dan Kekuatan Pesaing yang Ada

Persaingan dengan perniagaan yang mengeluarkan produk yang sama merupakan ancaman yang dihadapi. Pesaing yang telah
lama berada di pasaran mempunyai pelbagai strategi untuk memantapkan perniagaan mereka. Nama perniagaan yang telah
dikenali umum menyebabkan persaingan sengit kepada PPK Lenggong untuk memasuki pasaran yang ada.

You might also like